Posts

Showing posts with the label Copyright

:: jodoh mimpi

Image
Assalamualaikum. Pernah kamu bermimpi indah? Seperti kamu ketemu jodoh kamu? Kebiasaannya mereka yang menjelma dalam mimpi adalah manusia-manusia yang kita pernah jumpa dalam sedar atau tidak. Mungkin, dipersimpangan LRT tatkala manusia berpusu-pusu. atau dipertengahan lampu trafik merah, pemilik kereta sebelah. Maka mari kita bersenyum sama kita, kerana barangkali dia milik kamu sebenarnya. : Post lama yang masih dalam simpanan sebagai draft. Oh dahulunya sentiasa menulis tulisan style sebegini. Sesungguhnya maCy sudah tua.

:: orang asing

Image
Assalamualaikum Hai orang asing Kita bertemu buat pertama kalinya Tiada siapa peduli siapa kamu, kamu pun tak peduli siapa aku Hai orang asing Setelah bertahun sekali lagi kita berlaga bahu Mata memandang mata Senyum terukir tiba-tiba Kerana saat kita kembali bertemu Kamulah orangnya yang sedang melamar aku lelaki : my eldest nephew lokasi : danga bay

dongeng maCy : Puteri Katak

Assalamualaikum. Hujan renyai-renyai. Kedengaran katak-katak puru mengaum memanggil hujan. Kelihatan sepasang kekasih sedang bersandiwara antara satu sama lain. Sang jejaka memandang wajah si gadis penuh rasa cinta.  "Sayang sayang sayang?" , tanya sang jejaka.  "Sayang. sayang sayang sayang.", jawab si gadis sambil melentokkan kepalanya di bahu sang jejaka.   Peluang baik ni. Getus sang jejaka dalam hati. Tanpa melengahkan masa, sang jejaka terus mencium si gadis kerana ketidaksabarannya.  Ka-cing! Berubahlah si gadis menjadi katak semula. will be spending cuti maulidur rasul di rumah lecturer :)

Old Time Short Story : God Is Fair To Us

Assalamualaikum.   “I believe that everything happens for a reason. People change so that you can learn to let go, things go wrong so that you appreciate them when they're right, you believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself, and sometimes good things fall apart so better things can fall together.”  ::. Marilyn Monroe “Damn it!” , shout Lisa  “What’s the matter?”, her roommate, Fay, sat beside her.   “I broke up with him.” , said Lisa.   “That must be hard. It’s okay. You will meet a better person” , she tried to comfort her.   “But I never trust a guy as much as I trusted him. It’s such a deep pain!” , she cried. Fay does not know how to handle the situation. She once fell in love but her love story was such a misery. Fay is a pretty young lady. Anyone may fall in love with her even only in their first sight.   She slowly opened the door and stepped out her pink-pain...

pertemuan

Assalamualaikum. Sekali merasa sayang yang gagah, sampai mati rasa tak pernah nak rebah.. "Bunga, izinkan Azfar berjumpa dengan Bunga sekali?".  Mesej pendek Azfar cukup membuat hati Bunga berdegup kencang. Masakan tidak, kekasih yang pernah dinanti bertahun lamanya kembali mengusik kenangan lama meski genap setahun mereka tidak bertegur sapa. Ah. Mengapa harus digoncang rasa lama sedang dia sudah ada pengganti? Juga Bunga sudah punya insan yang dicintai segenap rasa. Jika dahulu tidak ada lelaki yang mampu mengganti tempatnya, hari ini untuk pertama kali sudah ada yang berjaya mendudukinya penuh selesa. Dan kencangnya degupan tadi tidak seperti biasa, cuma biasa-biasa. "Bunga, tolong, izinkan Azfar berjumpa dengan Bunga sekali sahaja. Izin Azfar lihat sekali lagi bagaimana reaksi Bunga berhadapan dengan Azfar.." Kenapa? Ingin melihat sejauh mana rasa lama masih ada? Ingin melihat bagaimana kasih Bunga pada dia bagai esok akan tiada? Rindu...

cinta pertama

Image
Assalamualaikum. Cinta pertama. Bicaranya sudah buat kepala bengang. Kisah semalam yang menutup cerita. Kisah semalam yang pertama bikin hati jadi berbunga. Kisah semalam yang membuatkan hati beku saat berbicara tentang takdir seadanya. Kisah pertama yang meninggalkan jutaan rasa yang bercampur ibarat ribena bercampur teh bunga dengan nescafe buat penambah rasa. Kisah cinta pertama. Pada mereka yang bercinta monyet beruk mahupun serigala, seringkali menjeling sahaja pada mereka yang jatuh tak bangun lagi dek bahana cinta pertama. Bodoh, kata mereka. Kumbang jantan bukan seekor, pupusnya belum risaunya mengapa? Bunga indah bukan sekuntum, layu satu berpuluh spesis masih ada. Namun, bagi mereka yang membuka hati buat arjuna pertama kalinya terus  nawaitu sahaja aku bercinta untuk berumahtangga, bila putus lebur besi panasnya tak terasa sakit lagi parah di jiwa. Hubungan. Saat tiada bergelodak rasa mahu dipeluk cium gadis yang dirasa cinta. Ditabur ja...

penantian

Image
Assalamualaikum. Senja yang dilitupi langit merah kian hilang diganti gelap langit malam. Kaki masih lagi terjuntai di kaki beranda. Memicit butang telefon bimbit yang masih terkunci. Sengaja dipicit kuat-kuat buat lepas geram penantian khabar kekasih hati yang sudah lama berdiam diri. Kau sedang sibuk. Begitu juga aku. Tapi di mata aku kau masih kelihatan tiap malam di dada langit. Di hari siang wajah kau tetap juga aku terbayang seakan menemani pemanduan aku sehari-hari.  Kelopak-kelopak bunga yang kau hadiahi kemarin sudah mulai layu selayu rasa hati aku saat ini. Cuba aku cari ke mana hilang harumannya. Senyumlah, kerana harumannya masih mekar di dalam jiwa. Secebis lagi kisah cereka duka. Lama aku menghirup perit luka dari merasa manisnya gula-gula kapas. Sehinggakan aku hanya pandai mengait kata duka dari memahami indahnya menikmati pelangi petang. Bahagia aku, izin biar aku sahaja yang tahu. Kerana bahagia aku seisi dunia turut mahu cemburu.

tunggu sekejap

Assalamualaikum. tunggu sekejap! aku belum bersedia. tunggu sekejap! amalku belum cukup sempurna. tunggu sekejap! *zap* maaf. kini sudah tiba ajalnya. tunggu sekejap angan cuma. Ilham tulisan AkuBukanMalaikat Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin buat semua. Ikhlas dari Macy Humaira, dan teman SkandaL dariLangit.

mitos

Image
Assalamualaikum. Menyisir rambut panjang separas bahu yang legap warnanya. Duduk di hadapan cermin memantul cahaya matahari terang menjadikannya perang warnanya. Memandang langit tinggi, cerah namun mendung langit seakan mahu menemani hati yang sedang bergelodak rasa entah apa-apa. Kembali melangkah perlahan memandang cermin. Hukum fizik meletakkan pantulan objek dan pantulan imej sama darjahnya. Memantulkan imej sebuah kotak kecil jingga warna.  Apa di dalam? Hati berbisik seakan tidak mahu tahu. Tapi hati di ceruk paling dalam sedia ada tahu. Sebentuk cincin silver bersaiz 8. Kecil sehalus jari tuan empunya badan.  Gadis bertubuh kecil itu berpaling. Namun mata kembali membalikkan cahaya menangkap imej kotak hadiah pertama si dia. Dibelek perlahan dibuka sengaja.  Lekas! Hati mendesak keras. Lalu berlari gadis bertubuh kecil itu menggenggam sebentuk kenangan lalu menuju ke tasik tinggalan 200 meter dari lokasi teratak kediaman. Dalam mengah ...

azfar dan najmi

Image
Assalamualaikum. "Umi umi! Tengok tu, banyaknya bintang!" teriak Najmi, anak kecil berkulit putih berpipi bagai donat. Jelas terpancar keriangan di wajahnya. Si ibu tersenyum melihat telatah anaknya itu yang sudah mencapai umur darjah satu. Dibiarkan sahaja dia berceloteh tak henti-henti. Makin tersenyum melihat si abang rajin sahaja melayan adiknya yang pelat dan banyak cakap itu. "Azfar, Najmi.. Tahu tak kenapa ayah dan umi bawa Azfar dan Najmi ke pantai malam-malam ni?" , tanya si ibu, lembut. "Tak tahu, umi.." , jawab mereka hampir serentak. Si ibu tersenyum, memandang ke wajah si ayah sekilas meminta dia pula berbicara. Namun si ayah menggeleng pula. Si ayah memang pendiam orangnya, memanjakan dan mendidik anak-anak dengan caranya sendiri. "Sayang umi, lihat atas sana. Bintangnya banyak, tapi dalam banyak cuma satu yang menyerlah sekali. Luarannya terang, indah warnanya. Menyejukkan mata yang memandang, membuat hati jadi senang.. Sayang um...

kapal terbang kertas

Image
Assalamualaikum. semalam aku temui satu kapal terbang kertas renyuk kelihatannya kubuka renyukan perlahan ada tulisan yang hampir padam kubaca sepatah kata ah, kisah semalam kurenyukkan semula kuhampar sekeping kertas baru putih warnanya ku ukir tulisan dengan pena mata biru kulipat kemas membentuk kapal terbang kertas baru pantas aku berlari ke tingkat tinggi membiarkan lelah dan aku berdiri lalu melancarkan kapal terbang kertas itu dengan satu harapan kabur tapi aku pasti, itu yang aku mahu dan pasti, itu yang terbaik buatku p/s : putih warna pilihan, biru sebagai peneman.

muntah

Image
Assalamualaikum. "Wekk..". Kepala paip silver yang tampak mewah digenggam dan dipulas segera bagi me muntah kan air bersih, mengurangkan kepekatan cairan muntah putih kuning gadis berusia 19 tahun itu. Berkumur serta membasahkan muka. Kepala paip dipulas kembali menghentikan muntah an air bersih sebentar tadi. Kali itu merupakan kali ketiga dia muntah untuk hari ini. Kesal merobek dada. Air mata mencurah laju, menahan sakit loya, menahan sakit senak kepala memikirkan masalah dunianya hari itu. Muntah an perasaan itu benar sukar dilayan tetapi tetap menguasai ceruk kepala minda dan akal yang sebenarnya waras tapi diperbodohkan nafsu sendiri. Bodoh yang tetap bodoh. Menjadi gadis cantik punya aset mahal yang diberi percuma untuk dicoba jantan hilang akal tidak dipastikan kemampuan untuk menjadi imam sebuah keluarga bahagia. Kebodohan semalam membenarkan jantan keparat itu me muntah kan air mani ke ruang sempitnya benar-benar memakan dirinya kali ini. Dipegang perutnya sekali ...

hidup tapi mati- yelah tak main link2 dah. isk

Image
Assalamualaikum, Tok tok tok. Pintu dikuak perlahan, Bunga segera masuk tanpa perlu dijemput. Duduk di atas tilam empuk bercadarkan latar kuning berbunga merah menawan. Ada teddy bear bewarna pink muda seakan tersenyum sayu. Tersadai di ceruk ruang, menanti dipungut dan dipeluk erat seperti dulu. Bunga menghampiri gadis bertubuh kecil yang sedang berbaring mengiring. Menguatkan hati cuba menghadiahkan senyuman terindah kelas pertama. Senyumnya kembali tawar, seperti bulan-bulan yang lalu, masih tidak berbalas. Senyumnya benar-benar mati agaknya semenjak menerima mesej putus suatu hari dahulu. Berjalan langkah kecil-kecil menuju ke tingkap ruang bilik yang terisi tapi seakan kosong itu. Menyelak langsir. Memandang ke luar, melihat rumput yang masih basah. Menghadap langit, memandang kesemua tujuh warna indah. Bunga segera mengambil sehelai kertas nipis bewarna buruk dan sebatang pen merah yang sedia ada di atas meja. Menulis sebaris dua dan melangkah keluar dengan alis mata yang ...

hidup tapi mati

Assalamualaikum. Read my latest short post 'hidup tapi mati'. Here Big thanks to sis Catherine :) p/s : hopefully it'll be a happy ending :)

milo panas

Assalamualaikum. Kesejukan hujan renyai diluar memeluk tubuh. Tapi pastinya tidak mampu menjangkau sejuknya di UK sana. Saat mereka barangkali berhadapan situasi suhu paling sejuk dalam tempoh masa 45 tahun seperti beberapa hari yang lepas. Milo panas dihirup perlahan. Cukup untuk membekalkan haba sementara, juga cukup untuk membolehkan mitokondria bekerja menghasilkan tenaga untuk bekalan esok hari. Teringat kisah petang tadi. Saat itu, langit kian gelap. Segelap semangat yang mengendur sejak semalam. Parang ditangan tetap digenggam. Bukan. Bukan untuk mencederakan. Cuma untuk dihayun saat semak samun menghalang perjalanan. Abah bercekak pinggang sebentar melepaskan lelah. Abah baru sudah merebahkan pohon besar yang bertindak ibarat parasit mengganggu tanaman. Segera kuhampiri abah dan kuletakkan kepala dibahunya. Lemah. "Dah penat? Nak balik?" , tanya abah. "Tak abah, cuma penat mencari semangat." , jawabku di dalam hati. "Macam ni la. Bukan senang nak cari r...

rupa ada pada apa ada pada rupa

Assalamualaikum, Rupa? Ah, apa ada rupa jiwa rosak orangnya gila Gila dunia gila wanita gila harta gila semua Kerana sekali kau pandang rupa Tiga kali orang pandang kau dengan alasan yang sama Bila kau hilang segala Selangkah kau datang menghampiri Sepuluh langkah dia lari Plumpy tootsie, orang macam ni you memang patut tinggal je.. Amik I ok? kikiki~ p/s : ini bukan entry emo tau. now tengah study utk esok last paper major. autopost lagi . ngee ;D

hujan rintik-rintik

Image
Hujan rintik-rintik Air bergelora Wajah nampak selamba Hati bagai menggila Siapa kata aku tak ada rasa? Muka brutal jiwa kaca kau apa tahu? Aku kental aku gagah kuat aku luar biasa Tapi aku juga manusia biasa Bisa tagih cinta manusia Aku tidak gila pada harta Tidak juga gila aku pada rupa Aku gila pada dia yang gila setia pada aku Tapi siapa dia? Usah tanya aku Kerana aku sendiri tidak tahu Kosong Mimpi aku kosong Dunia aku nyata kosong juga Aku tunggu kau Kau yang belum lagi aku tahu siapa Dan barangkali kau juga tidak tahu aku Esok lusa mungkin kau dan aku akan berselisih bahu Di pertukaran LRT tatkala manusia berpusu-pusu Wahai kau cinta hatiku Aku masih menunggu Wahai kau jiwa batinku Tunggu aku hasil ketukan keyboard setelah membaca satu entry seorang blogger hey alvin, hujan itu tanda p e l a n g i mahu tiba! :) p/s : esok ada paper. ini copy paste sudah sedia dalam lappy ;D p/s 2 :entry ...