Posts

Showing posts with the label Cinta

:: jodoh mimpi

Image
Assalamualaikum. Pernah kamu bermimpi indah? Seperti kamu ketemu jodoh kamu? Kebiasaannya mereka yang menjelma dalam mimpi adalah manusia-manusia yang kita pernah jumpa dalam sedar atau tidak. Mungkin, dipersimpangan LRT tatkala manusia berpusu-pusu. atau dipertengahan lampu trafik merah, pemilik kereta sebelah. Maka mari kita bersenyum sama kita, kerana barangkali dia milik kamu sebenarnya. : Post lama yang masih dalam simpanan sebagai draft. Oh dahulunya sentiasa menulis tulisan style sebegini. Sesungguhnya maCy sudah tua.

:: orang asing

Image
Assalamualaikum Hai orang asing Kita bertemu buat pertama kalinya Tiada siapa peduli siapa kamu, kamu pun tak peduli siapa aku Hai orang asing Setelah bertahun sekali lagi kita berlaga bahu Mata memandang mata Senyum terukir tiba-tiba Kerana saat kita kembali bertemu Kamulah orangnya yang sedang melamar aku lelaki : my eldest nephew lokasi : danga bay

Old Time Short Story : God Is Fair To Us

Assalamualaikum.   “I believe that everything happens for a reason. People change so that you can learn to let go, things go wrong so that you appreciate them when they're right, you believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself, and sometimes good things fall apart so better things can fall together.”  ::. Marilyn Monroe “Damn it!” , shout Lisa  “What’s the matter?”, her roommate, Fay, sat beside her.   “I broke up with him.” , said Lisa.   “That must be hard. It’s okay. You will meet a better person” , she tried to comfort her.   “But I never trust a guy as much as I trusted him. It’s such a deep pain!” , she cried. Fay does not know how to handle the situation. She once fell in love but her love story was such a misery. Fay is a pretty young lady. Anyone may fall in love with her even only in their first sight.   She slowly opened the door and stepped out her pink-pain...

pertemuan

Assalamualaikum. Sekali merasa sayang yang gagah, sampai mati rasa tak pernah nak rebah.. "Bunga, izinkan Azfar berjumpa dengan Bunga sekali?".  Mesej pendek Azfar cukup membuat hati Bunga berdegup kencang. Masakan tidak, kekasih yang pernah dinanti bertahun lamanya kembali mengusik kenangan lama meski genap setahun mereka tidak bertegur sapa. Ah. Mengapa harus digoncang rasa lama sedang dia sudah ada pengganti? Juga Bunga sudah punya insan yang dicintai segenap rasa. Jika dahulu tidak ada lelaki yang mampu mengganti tempatnya, hari ini untuk pertama kali sudah ada yang berjaya mendudukinya penuh selesa. Dan kencangnya degupan tadi tidak seperti biasa, cuma biasa-biasa. "Bunga, tolong, izinkan Azfar berjumpa dengan Bunga sekali sahaja. Izin Azfar lihat sekali lagi bagaimana reaksi Bunga berhadapan dengan Azfar.." Kenapa? Ingin melihat sejauh mana rasa lama masih ada? Ingin melihat bagaimana kasih Bunga pada dia bagai esok akan tiada? Rindu...

cinta pertama

Image
Assalamualaikum. Cinta pertama. Bicaranya sudah buat kepala bengang. Kisah semalam yang menutup cerita. Kisah semalam yang pertama bikin hati jadi berbunga. Kisah semalam yang membuatkan hati beku saat berbicara tentang takdir seadanya. Kisah pertama yang meninggalkan jutaan rasa yang bercampur ibarat ribena bercampur teh bunga dengan nescafe buat penambah rasa. Kisah cinta pertama. Pada mereka yang bercinta monyet beruk mahupun serigala, seringkali menjeling sahaja pada mereka yang jatuh tak bangun lagi dek bahana cinta pertama. Bodoh, kata mereka. Kumbang jantan bukan seekor, pupusnya belum risaunya mengapa? Bunga indah bukan sekuntum, layu satu berpuluh spesis masih ada. Namun, bagi mereka yang membuka hati buat arjuna pertama kalinya terus  nawaitu sahaja aku bercinta untuk berumahtangga, bila putus lebur besi panasnya tak terasa sakit lagi parah di jiwa. Hubungan. Saat tiada bergelodak rasa mahu dipeluk cium gadis yang dirasa cinta. Ditabur ja...

dear ex : quote

Image
Assalamualaikum. Dear ex, just because I'm nice to you, doesn't mean I want you back. Sincerely, I'm just a nice person. Just quote. Nothing to do with personal life. I once, create a signature. A combination of two names. But it was in the past, currently I'm too busy falling in love with my summer <3

penantian

Image
Assalamualaikum. Senja yang dilitupi langit merah kian hilang diganti gelap langit malam. Kaki masih lagi terjuntai di kaki beranda. Memicit butang telefon bimbit yang masih terkunci. Sengaja dipicit kuat-kuat buat lepas geram penantian khabar kekasih hati yang sudah lama berdiam diri. Kau sedang sibuk. Begitu juga aku. Tapi di mata aku kau masih kelihatan tiap malam di dada langit. Di hari siang wajah kau tetap juga aku terbayang seakan menemani pemanduan aku sehari-hari.  Kelopak-kelopak bunga yang kau hadiahi kemarin sudah mulai layu selayu rasa hati aku saat ini. Cuba aku cari ke mana hilang harumannya. Senyumlah, kerana harumannya masih mekar di dalam jiwa. Secebis lagi kisah cereka duka. Lama aku menghirup perit luka dari merasa manisnya gula-gula kapas. Sehinggakan aku hanya pandai mengait kata duka dari memahami indahnya menikmati pelangi petang. Bahagia aku, izin biar aku sahaja yang tahu. Kerana bahagia aku seisi dunia turut mahu cemburu.

mitos

Image
Assalamualaikum. Menyisir rambut panjang separas bahu yang legap warnanya. Duduk di hadapan cermin memantul cahaya matahari terang menjadikannya perang warnanya. Memandang langit tinggi, cerah namun mendung langit seakan mahu menemani hati yang sedang bergelodak rasa entah apa-apa. Kembali melangkah perlahan memandang cermin. Hukum fizik meletakkan pantulan objek dan pantulan imej sama darjahnya. Memantulkan imej sebuah kotak kecil jingga warna.  Apa di dalam? Hati berbisik seakan tidak mahu tahu. Tapi hati di ceruk paling dalam sedia ada tahu. Sebentuk cincin silver bersaiz 8. Kecil sehalus jari tuan empunya badan.  Gadis bertubuh kecil itu berpaling. Namun mata kembali membalikkan cahaya menangkap imej kotak hadiah pertama si dia. Dibelek perlahan dibuka sengaja.  Lekas! Hati mendesak keras. Lalu berlari gadis bertubuh kecil itu menggenggam sebentuk kenangan lalu menuju ke tasik tinggalan 200 meter dari lokasi teratak kediaman. Dalam mengah ...

kesayangan

Image
Assalamualaikum. Lagu Random Awesome-Yuna sebagai latar. Permulaan hari yang menyenangkan. Hari berganti hari, masa silih berganti. Burung-burung berkicauan penuh gembira. Tupai kelihatan berlari berkejaran riang tak terkata. Senyuman manis terukir. Panggilan telefon awal sejam sebelum kalimah seruan solat subuh kedengaran masih terngiang-ngiang lagi.  Bualan kosong. Sekadar mengejutkan gadis biasa-biasa ini untuk bangkit bersahur setelah semalam terlepas mengejar pahala sunat itu adanya.  Pernah satu ketika cerita lama bermain tanpa diminta dirayu pergi tetap adanya tapi kali ini ia tewas tampaknya. Benar seperti dikata, memori lalu tak akan pudar sendiri tanpa ada memori baru yang lebih baik hadir mengganti. Tersenyum lagi. Andai hati ini punya empat musim semuanya, pasti kali ini musim luruh saatnya. Bila tiba masa, musim bunga pasti menjelma. 12 Ogos 2011. Selamat hari lahir yang ke 24, buat kesayangan, buat dia. Dia yang menghidupkan aku kem...

pantun cinta satu dari saya

Image
Assalamualaikum. maCy masih keletihan lagi sebenarnya sampai tak semangat mahu update. Tapi bagi mengelakkan teratak merah hitam ini semakin usang, dengarkan pantun sekerat dari maCy~ indah corak bunga kerawang, hasil tenunan si dara sunti, semakin hari semakin sayang, usah curiga cinta di hati. Jawab-jawab~ Err.. sebenarnya tu pun pantun lama baru publish. hik2 p/s : malas nak ulas pasal BERSIH. harapnya dua-dua pihak sama sedar diri.

past and present

Image
Assalamualaikum. You can't force yourself to forget something because the only reason why we forget is when a better memory has taken its place. ..and a better memory has taken its place.     One of above,  thanks for creating a better memory. ily~ p/s : my intuition says, it gonna be a good day~

in love

Image
Assalamualaikum. forever in love <3 :p p/s : downloading all arashi songs~

nafas.nadi.mata

Image
Assalamulaikum. Setiap hembus nafas adalah kata Setiap denyut nadi adalah harapan Setiap kerdipan mata adalah bukti penantian kemana agaknya kapal terbang kertas itu? sampaikah pada tangan yang dituju? p/s : setiap patah kata hanya sekadar coretan..

realiti fantasi

Image
Assalamualaikum. Apa yang kita ingat dari kenangan-kenangan yang dirakam oleh kita? Nama tempat, nama permainan, nama sahabat atau kejadian adalah perkara-perkara yang mungkin lambat laun boleh terlupa. Tetapi, tidak dengan rasa. Rasa senang, rasa sedih, yang akan terus kita bawa tanpa mudah tercicir di sepanjang perjalanan kita. Dan semakin kita dewasa, kita akan menyedari bahawa di antara kenangan-kenangan tersebut ada satu rasa yang paling besar. Senyum Kerana ketika satu persatu cerita terhenti dan menjadi kenangan, cinta terus bergerak seiring harapan. Cinta yang tidak terlihat oleh mata, tak tersentuh oleh tangan, tapi dia ada. Namun kita belum mampu mengucapkan. Cinta yang sejati, cinta yang ketika kita kira sudah pergi, ternyata cuma bersembunyi, menunggu untuk kembali lagi. Terkadang ianya sedikit geli-geli namun ia suatu realiti bukan? Anggaplah aku sedang berfantasi. Sembang padu Encik Psychopath , a besfriend, a brother. Cukup untuk menggambarkan perasaan s...

feeling of insecurity in relationships

Image
Assalamualaikum. Last week me and a few friends talked a lil bout love stuff until we reached the topic insecurity. One of them admitted that she had this feeling of insecurity in relationships after what she had experienced before - being lied to. Sometimes you need to let go the past. From the conversation, I can say that most of the feeling of insecurity come after a break up. When a relationship ends, you just can't imagine how disorienting it can be, especially when one of the two is very committed to the relationship. Then when you are up to start a new relationship, you would feel terrify that someone else would steal your partner away from you once again. Feeling insecurity in relationships happened when you are not confident of yourselves. When you think that you are not good enough for your partner in the matter of look or whatever, you will always think that he or she will be looking for someone to replace you. ~Oh i have this feeling. ==" If you ask me, I...

kapal terbang kertas

Image
Assalamualaikum. semalam aku temui satu kapal terbang kertas renyuk kelihatannya kubuka renyukan perlahan ada tulisan yang hampir padam kubaca sepatah kata ah, kisah semalam kurenyukkan semula kuhampar sekeping kertas baru putih warnanya ku ukir tulisan dengan pena mata biru kulipat kemas membentuk kapal terbang kertas baru pantas aku berlari ke tingkat tinggi membiarkan lelah dan aku berdiri lalu melancarkan kapal terbang kertas itu dengan satu harapan kabur tapi aku pasti, itu yang aku mahu dan pasti, itu yang terbaik buatku p/s : putih warna pilihan, biru sebagai peneman.

back to normal. mesir. abg. all in one.

Image
Assalamualaikum. Everything back to normal. Better than normal. =) Sorry for yesterday's mood. Really pagi lain malam lain. Just because maCy tak dapat dengar the whole true story behind what happened yesterday. Too sudden jadi maCy terlalu risau dan buat banyak assumption yang memang patut sebenarnya. lol~ And my fault juga tak dapat let go what had happened before, admit that i got a lil problems in trusting guys. Philophobia. erk? Moral values yang maCy dapat untuk apa yang terjadi semalam, in a relationship, tak kisah friendship ke family or apa-apa, honesty tu penting. Bersabar dulu dengar penjelasan (tapi kalau dah dari siang tunggu malam dah malam, pagi baru nak explain, tak ke haru. haha). Seriously honesty is the key, jadi tak adalah tonggang terbalik jadinya, dah jadi baru nak explain semua. But for yesterday alang got his reasons for all he had done. But he did still sounded like a player. Grrr ;p Thanks to all my friends, yesterday everybody keep asking me ...

emosi negeri di bawah bayu

Image
MAKLUMAT PENEMPATAN ANDA SEPERTI BERIKUT : Nama : Robin Hood No. k/p : ******-**-**** SABAH Tarikh Penempatan : 07-February-2011 **** Assalamualaikum. Emosi tidak stabil. Tak tahu tak tahu. Sabah negeri di bawah bayu. Jauh jauh. Dekat dekat. Jauh dekat. Sebelum ini mahu ke sana. Kemarin kata tak kisah. Semalam takut yang lain tercampak ke sana. Hari ini mimpi menjadi nyata. Hati kata tak apa. mana terbaik support sahaja. Dia mahu kita tumpang gembira. Tadah tangan terus berdoa. Dua tangan rapat ke dada, pejam mata berharap sahaja. Tapi... Jauh di ceruk hati, risau takut risau takut. Emosi. Hati dalam bahaya. Hati? Ah, kenapa risau? Dia siapa? Ada apa-apa? Risau lagi.. Jauh jauh. Dekat dekat. Jauh dekat. Sabah tu jauh. Jauh dan lama? :'( p/s : isk. bukan maCy lah. maCy habis 3 tahun lagi~

hidup tapi mati- yelah tak main link2 dah. isk

Image
Assalamualaikum, Tok tok tok. Pintu dikuak perlahan, Bunga segera masuk tanpa perlu dijemput. Duduk di atas tilam empuk bercadarkan latar kuning berbunga merah menawan. Ada teddy bear bewarna pink muda seakan tersenyum sayu. Tersadai di ceruk ruang, menanti dipungut dan dipeluk erat seperti dulu. Bunga menghampiri gadis bertubuh kecil yang sedang berbaring mengiring. Menguatkan hati cuba menghadiahkan senyuman terindah kelas pertama. Senyumnya kembali tawar, seperti bulan-bulan yang lalu, masih tidak berbalas. Senyumnya benar-benar mati agaknya semenjak menerima mesej putus suatu hari dahulu. Berjalan langkah kecil-kecil menuju ke tingkap ruang bilik yang terisi tapi seakan kosong itu. Menyelak langsir. Memandang ke luar, melihat rumput yang masih basah. Menghadap langit, memandang kesemua tujuh warna indah. Bunga segera mengambil sehelai kertas nipis bewarna buruk dan sebatang pen merah yang sedia ada di atas meja. Menulis sebaris dua dan melangkah keluar dengan alis mata yang ...

hidup tapi mati

Assalamualaikum. Read my latest short post 'hidup tapi mati'. Here Big thanks to sis Catherine :) p/s : hopefully it'll be a happy ending :)