Assalamualaikum, Hari ini mood baik macam biasa. Cuma kaki maCy yang pernah retak itu terasa berdenyut-denyut hari ini. Barangkali kerana semalam terlalu sibuk semasa TPM datang, banyak berjalan dengan heels. Jadi hari ini sudah rasa sakit-sakit sedikit. ihsan Mr. G aka Mr. Google Lupakan tentang itu, pernah dengar mengenai wanita yang enam? maCy baru semester ini terdengar mengenainya, tetapi kebanyakan sumber yang maCy temui, semua penerangannya agak kompleks dan panjang. Tapi tadi maCy berziarah ke satu blog kerana tertarik dengan tinggalan jejaknya di shoutbox. dan maCy menemui penerangan ringkas mengenai wanita yang enam ini. "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah" -Imam Ghazali- wanita Ananah banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. wanita Mananah suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini men...