Showing posts with label irfan. Show all posts
Showing posts with label irfan. Show all posts

Wednesday, April 5, 2023

Tamat sudah

Walau dah beberapa minggu SPM tamat, aci lah simpan kenangan kat blog ni.
Batch Irfan mereka namakan Falcon 2018 - 2023.
Sujud syukur selepas peperiksaan berakhir.
Semoga kejayaan cemerlang mengiringi anak-anak semua.
Gigih ummi screen shot dari video yg cikgu hantar

Muka happy jer sebelum masuk dewan

Setakat ni Irfan baru isi UPU Online dan Matrikulasi.
Program YTP juga bakal dibuka dalam minggu ni.
Yang program nak jadi cikgu tu dia tak nak apply.
Hurm tak apa, tak boleh paksa kalau dia tak minat.




Tuesday, February 28, 2023

Paper Matematik SPM

Tika dan masa tulis post ni, Irfan sedang jawab soalan paper 1 Matematik.
Pukul 10.45 pagi nanti paper 2 Matematik.

Semoga Irfan diberi ketenangan jawab soalan dan diberi ilham yang mencurah-curah.
Ya Allah, lapangkan dada dan moga dipermudahkan segala urusan Irfan dan semua calon SPM hari ini.
Hanya pada-Mu kami berserah. 
Amin.

All the best, Irfan!

Irfan dan kawan-kawan




NuKilaN:
 

Monday, May 13, 2019

Menu di asrama

Saja nak share menu Irfan berbuka kat asrama sepanjang minggu lepas.
Irfan tak bawa smartphone, walau sekolah benarkan.
Belum sesuai lagi rasanya nak bekalkan Irfan dengan smartphone.
Jadi guna tepon baisa2 jer.

Gambar2 ni dapat dari parent yg share dalam group wasap.
Alahai, sayu pula hati bila tengok menu2 yang dihidangkan.
Tapi redah aje lah Irfan.
Itu lah, asam garam jadi budak hostel :)

Nasi putih, ikan bilis dan ayaam kari.
Nasi putih, sayur petola dan ikan keli berlada.
Nasi putih, ikan goreng dan sayur air.
Nasi putih, sayur petola dan ikan/telur masak kicap.
Nasi putih, sup ayam dan sayur.

Minggu ni dia dah mula exam untuk Semester 1.
Semoga Irfan dipermudahkan urusan menjawab exam, dan ditajamkan fikiran untuk menjawab soalan2 dengan baik.. amin amin amin...

Tuesday, February 12, 2019

Kisah budak asrama

Kisah Sabtu lepas (9 Feb 2019).
Saja buat catatan kat blog.
Nanti boleh trace semula, tarikh beli phone utk Irfan.

Irfan cuti utk CNY mula 4 Feb 2019.
Masa gi jemput dia, dia kata tepon dia hilang.
Err, ada ke patut tinggal phone dalam laci jer.
Bukan dalam locker.

Katanya, dia tinggal dalam laci supaya senang nak call abah bila balik.
Sekali, bukan senang utk call abah.
Senang utk yg si panjang tangan curi.
Lepas tu dia tak sebut dah pasal telepon.

Masa nak hantar dia petang sabtu lepas dia tanya, "Mcm mana nak call abah ni sbb tepon tak ada?".
A ah, ye tak yer juga.
Susah juga kalau tak ada phone.

Jadi pegi aje la kedai dekat rumah.
Cari handset yg murah2.


Settle semua, terus hantar dia ke Tumpat.
Jalan boleh tahan jammed.
Cuti panjang kan... bersusun susun kereta lepas round sbout Tumpat ni.
Lepas kawasan jem, mata dijamu dengan pemandangan desa yang menghijau..

Dah, selamat ke destinasi..
Bila sampai asrama, kalut nak angkat beg dan baju-baju.
Tak sabar nak main futsal dgn kawan-kawan.
Uhuk uhuk, ok la.. at least dia bahagia bersama dengan kawan-kawan.
Ayat sedap kan hati... huhuhu

Thursday, January 31, 2019

10 years challenge @Irfan

Beberapa minggu lepas, ramai yg update 10yrs challenge ni kat FB.
Tiba-tiba keluar gambar ni kat memori FB.
Gambar setahun lepas.
Irfan buat medical check up untuk masuk asrama.

Tiba2 jadi gigih selongkar folder lama utk cari gambar thn 2008.
Jumpa gambar ni.. 07012008
Haih, cepat benar dia besar.
Skrang dah berdikari duduk asram pun.. huhuhu

Wednesday, November 22, 2017

Tamat Darjah 6

Esok hari last Irfan belajar sekolah Rendah.
Dah habis darjah 6 pun dia.
Kejap jer rasa.
Tup tup, ummi dia dah nak terima menantu.. hahaha

Hujung minggu lepas, sekolah Irfan adakan majlis Graduasi.
Sebak pula rasa bila tengok dia naik pentas.
 Bergambar beramai-ramai semua pelajar Tahun 6 dan Puan Guru Besar.
 Semua barisan pengajar dan kakitangan sekolah bersama Murid tahun 6.
 Semua happy jer bergambar sama-sama..
 Posing lagi..
 Semoga menjadi teladan dan contoh yang baik buat adik2 yer Irfan..

Dan, esok pula akan diumumkan keputusan UPSR.
Kali pertama dalam hidup anak sulung bakal menerima keputusan peperiksaan besar.

NuKilaN:
 

Sunday, November 12, 2017

Karnival Ko kurikulum Terengganu

Kisah awal November hari tu (3-4 November 2017).
Karnival ko-kurikulum MGBSIM Negeri Terengganu.
Saya pun tak tahu MGBSIM tu singkatan pun apa... huhuhu
Tapi ia melibatkan pelajar tahun 6 dari sekolah Ikram Musleh.
Kalau tak silap, ada dalam 6 sekolah yang mengambil bahagian.

Tahun ni, sekolah Irfan yang jadi tuan rumah.
Petang Jumaat mereka dah lapor diri di sekolah.
Untuk pengisian hari pertama, ada juga malam kebudayaan sebelah malam.

Pada hari Sabtu, ada pula pertandingan sukan seperti bola sepak, bola jaring, memanah, badminton dan ping pong.
Irfan ambil bahagian dalam sukan bolasepak.

Sedang beraksi di padang.

Mereka berjaya membawa pulang pingat perak.
Tahniah buat team Irfan dan kwn2.


Tuesday, October 10, 2017

Master Chef Junior

Bagi mengisi pelajar yang dah selesaia UPSR, mcm2 aktiviti yang pihak sekolah dah atur.
Semalam pula, Irfan dan kawan2 belajar memasak.
Lepas masak, hidang pada para cikgu utk merasa.
Macam syok jer tgk aktiviti mereka.

Banyak juga gambar yg cikgu kongsi dalam Wasap.
Hari ni nak tempek pula kat blog.
Kan blog ni tempat simpan memories anak2 :)

Agaknya apa la yg Irfan duk sembang dgn muallim nya..
Bukan lain lagi Irfan posing dgn kawan2..
Yang baju biru tu, Muallim Syakir.. bekas student saya.
Dulu saya ajar dia, sekarang dia pula yang mengajar anak2 saya :)

Ada yg kena buat air..

Semua ceria jer...

Sesi merasa makanan..

Nampak sedap, kan?

Food presentation pun boleh tahan..

Kreatif sungguh budak2 ni..

Teringat pula dulu2 zaman belajar..
Kalau tak silap, masa Form 3 baru belajar masuk dapur utk subjek Kemahiran Hidup ERT (Ekonomi rumah tangga).
Masa tu first time buat kek dgn kawan2.
Senang pula resepi yang cikgu guna masa tu.
Lepas tu, selalu la baking kek coklat yg mudah tu kat rumah.
Masa form 4, siap buka tempahan kek lagi.

Tapi budak2 zaman sekarang sgt untung.
Dari kelas tadika lagi dah belajar masak.

Monday, May 8, 2017

Bila boleh beri anak2 smartphone??




Sumber dari sini..

Irfan dah lama merengek nak smartphone.
Tapi setakat ni dia masih lagi ok bila saya kata tak perlu.
Nanti boleh tunjukkan artikel ni pada dia.

Apa pula pendapat mommies: Umur yg sesuai utk hadiahkan anak smartPhone?


NuKilaN:
 

Tuesday, April 18, 2017

WW ::: Team futsal

Semalam Irfan bermalam di sekolah untuk praktis Futsal..
Mereka ada perlawanan hujung minggu nanti..
All the best to them!

Sunday, February 12, 2017

Teknik usungan dan heretan

Kat sekolah anak2, cuma ada Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) shj sebagai ko-kurikulum badan beruniform.
Bila Tahap 2, baru boleh join TKRS.
Jadi tahun ni, Irfan dan Aisyah akan pakai baju TKRS pada hari Selasa.

Minggu lepas, cikgu ada share beberapa gambar semasa mereka buat teori dan latihan untuk teknik usungan dan heretan.
Apa lagi, terus save dan hari ni baru berpeluang upload dalam blog.

Irfan seronok agaknya diusung oleh rakannya...
Giliran Irfan pula untuk usung kawannya...

Ni pula belajar teknik heretan...

Mak pula yg rasa eksaited bila cikgu hantar gambar2 mcm ni...
Mula la nak mengimbau zaman belajar dulu2..
Masa kat uni dulu, saya join ahli St John Ambulance.
Seronok tau tiap kali perjumpaan bila dapat buat rawatan kes...
Macam2 jenis rawatan kecemasan yang dapat belajar.
Macam-macam pengalaman yang dapat ditimba.
Hihihi, indahnya zaman belajar..

Eh, zaman kerja pun indah juga tau...
Walau minggu ni dah mula busy sebab pelajar2 dah mula semester baru.
Hari Selasa ni dah mula kuliah yang pertama.
Tak sabar nak jumpa anak2 didik baru untuk semester ni.

Monday, January 16, 2017

Bermulanya kelas malam

Tahun ni Irfan dah darjah 6.
Haih, dah nak masuk sekolah menengah pun tahun depan.
Rasa mcm sekejap sgt Irfan ni besar.
Mula la nak syahdu2 bila taip entry.. hihihi

Untuk persiapan UPSR, sekolah adakan kelas tambahan pada waktu malam (8.15 - 10.15 malam).
Sepatutnya kelas malam ni bermula pada minggu lepas, tapi disebabkan cuaca yang tak mengizinkan makan kelas malam ditangguhkan dulu pada minggu lepas.

Jadi semalam, merupakan kelas malam yang pertama buat Irfan.
Sebelum ni, Irfan belum pernah ikuti sebarang tuisyen atau kelas tambahan.
Kira semalam tu adalah his first experience.
Kebetulan ada pula cikgu update kat wasap.
Jadi boleh tempek gambar kenangan kat blog ummi :)

Irfan yang pakai baju kuning...

Solat Isyak berjemaah...
Kata cikgunya, "Bertuah la budak2 ni... Ingatkan rehat 15 minit gi mana tadi. Rupanya gi solat berjemaah puok2 dia."

Alhamdulillah, semoga mereka dipermudahkan urusan dalam menimba ilmu.
Semoga mereka berjaya dunia dan akhirat... amin amin Ya Rabbal alamin...

Wednesday, October 5, 2016

WW ::: Kasihnya abang




Gambar2 ni aunty saya yg kirim.
Alahai, sweet jer abang duk mengasuh adik.
Rasanya, ni gambar hujung minggu hari tu.
Masa tu saya tak berapa sihat- demam dan sakit kepala.
Mujur ada abang yg rajin mengasuh adik :)
Related Posts with Thumbnails