Showing posts with label mimpi. Show all posts
Showing posts with label mimpi. Show all posts

Dec 13, 2010

perempuan, lelaki dan mimpi [part 2]

10:55 PM 0 ♥
aku, kalau mimpi tu mesti ada warna-warni. rasa macam tak pernah la pulak mimpi hitam putih. kalau tak, takkan la aku boleh ingat pernah mimpi pokok bunga warna pink kat belakang umah time banjir. tadi pon mimpi schoolmate aku ada kuarkan majalah kaler merah2 makngah! pernah mimpi kenduri kahwen pakai baju tema purple. banyak sangat lah kalau nak senaraikan mimpi mainan tidur aku ni.

tapi, lelaki mimpi memang xde warna ke? aku bukan main serkap jarang aje. tapi pernah la baca kat blog mana ntah, dia cakap mimpi sumer colourhitam putih. tadi pun, dia cakap mimpi kawen. bila aku tanya apa colour baju, dia cakap x tahu.sebab mimpi hitam-putih. 

ish, bosannya jadi lelaki. mimpi x meriah langsung! hahaha

pssttt, dulu masa 1st time mimpi family dia datang meminang pun sumer pakai baju warna warni tau.meriah sket majlis i hahaha

Dec 6, 2010

perempuan, lelaki dan mimpi

10:58 PM 0 ♥
lately ni, selalu sangat duk mimpi. harini lagi la mimpi bukan-bukan. kat umah banjir besar tapi kat belakang umah tuh penuh ngan pokok bunga warna pink.bunga besar2. lepas terjaga, aku sambung tdo. mimpi lagi. ada orang jeles ngan aku. sebab pera2 cakap lua walaupun aku anak jati ganu. pastu dia rasa benci gila ngan aku. alih2 dia duk baling2 nasik. xde keje. aku geram sangat. pergi rempuh. dia tergolek, last2 nasik yang dibaling tadi kena muka sendiri. padan muka! hahaha

ok. main point is aku jarang la lupa apa yang aku mimpi. kalau mimpi tu sure boleh ceritakan balik satu2. walaupun kadang2 mimpi aku tu ntah apa-apa.

tapi kan, lelaki ni memang susah ke nak ingat mimpi? dorang tau yang malamnya dorang mimpi, tapi bangun2 je dari tidur terus hilang isi kandungan mimpi. pelik tol. 

aku kalau mimpi tuh, boleh siap buat cerita lagi dengan detail nya apa yang berlaku. siapa dalam mimpi. sumer2 lah. tapi org laki ni x ingat apa-apa lak. ke saja taknak cte sebab mimpi benda pelik2 ni. haaaaaa~

Jul 31, 2010

mimpi mainan tidur

9:17 AM 0 ♥
semalam mimpi ngeri.

sejauh mana korang percaya mimpi? kadang-kadang mimpi nih banyak yang mengarut2. memang mengarut pun. tapi kadang-kadang mimpi ni macam petunjuk pun ada bagi sesetengah orang. mimpi mainan tidur. dan aku ; sebagai manusia yang susah sebenarnye nak mimpi melainkan jika keadaan emosi aku pada ketika dan waktu itu kurang stabil, macam2 la yang aku mimpi.

sebanarnya, mimpi adakalanya datang sebab 2 3 hari sebelum tuh duk asyik terfikir je pasal benda sama. aku xtahu orang lain macam mana tapi aku jenis yang macam tu. contohnya, dulu masa kat sekolah, ada satu ketika ni aku selalu duk belek2 bulu mata aku ni depan cermin. yelah, bulu mata tak lentik, tak lebat dan tak panjang. tapi aku bersyukur dengan ciptaan Tuhan. so setiap kali ngadap cermin aku duk belek2 cari lah seurat dua bulu mata yang agak2 lentik sikit kan. 

"hmmm, ada jugak bulu mata aku yang lentik. walaupun tak sampai 45 darjah macam iklan mascara tuh."

nak jugak sedapkan hati. pastu, tak lama lepas tu aku mimpi dorm-mate aku 2 3 orang duk puji bulu mata aku lentik. ha ha ha ha nak sangat kan? terus mimpi. so kadang-kadang kalau dapat mimpi entah pape, jangan la cepat sangat panik. kita terlampau fikir sangat sampai masuk lam mimpi hehe

tapi tak mustahil ada orang yang taksub ngan mimpi kan? terlalu mempercayai mimpi. dapat mimpi macam tu macam ni terus fikir macam2.

Jul 28, 2010

muak sudah~

4:43 PM 4 ♥
just a quick update
konon2 ngah rehat la ni hahaha
dah muak tengok nombor lam buku ni
semoga segalanya dipermudahkan esok, amin.

teringat pulak final exam last sem. sem yang menentukan hidup aku kat sini. sem yang menentukan aku bleh naik 4th year atau tak. pulun2 study sampai nak tdoq pun xlena. kejap2 terjaga sebab mimpi soklan kua cmtu cmni. hoihhh mimpi ngeri betul!

dan ada jugak memori yang kelakar kalau sebut pasal exam ni. ade pernah satu ketika, sepanjang minggu aku study mesti aku akan mimpi sorang senior aku ni. aku segan gila ngan dia ni. nak bertegur pun segan, nak berlawak pun segan. tapi kalau dia tegur aku, aku ok je. tak panjang pun mimpi nye. kejap je. cukup sekadar dia muncul dan aku akan terjaga. seolah2 mengejutkan aku dari tidur. mimpi tu macam membawa mesej 

" sila bangun study. sila bangun untuk jawab exam"

hahahaha memang kelakar gila ok. beberapa hari jugak la tidur aku dihantui oleh senior tu. dah la muncul pun mcm gaya macho bajek bagus je kan. ops!

Jul 27, 2010

mimpi # 003

9:09 AM 0 ♥
sekumpulan budak2 sekolah buat lawatan ke negara mana ntah. sampai di suatu tempat mereka perlu sembahyang. tapi xtahu ajaran sesat mana yang menghasut. ada ke sembahyang kena ada benda yang simetri baru boleh sah. niat tuh kena sebut sekali benda simetri yang kau ada. gila ke apa??? ni ajaran sesat negara kayangan mana lak nih?

pastu sampai di sebuah rumah tumpangan. nak masuk kena beratur sorang2 xleh ramai sekaligus. ada disediakan air kosong. tapi ada sorang makhluk termintak wine. cepat2 pelayan bagi. dan makhluk itu terus mabuk2. cakap sorang2. bila dia dah terjaga, ditanya kawannya apa yang dibebelkan ketika mabuk. mana lah tahu dibongkarkan segala rahsia hidupnya. 

-the end-

Jul 26, 2010

mimpi # 002

11:24 AM 0 ♥


assalamualaikum =)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

  • scene 1

hujan lebat mencurah2. aku tengok tv kat ruang tamu. tetiba mak aku pulang dari mana pun aku xtau, tengah marah2. membebel sebab aku tak angkat kain yang dah basah lencun dek hujan. tapi aku buat bodoh je lam umah.siap memcebik lagi. ish anak derhaka betul.

*tetibe teringat kisah nenek aku. sedih pulak bila teringat.dorang ni xde hati perut langsung! haiihhh

  • scene 2

aku ragu2 mahu pulang ke kampung. sepupu aku akan  kahwin. tapi dorang cakap sempat je. maka aku pulang menaiki kereta tapi xtahu siapa pemandu. ternyata tak sempat bila aku lalu kat tepi lereng kelihatan majlis kahwen sedang berlangsung. tema kaler dark green. yang peliknya pengantin perempuan memakai kaler hitam. dah jadik woman in black. pastu kakak dia pulak yang lebih2 pakai veil.erk, siap yang kahwin ni?

  • scene 3

kereta2 melelui lereng2 bukit gunung ganang nak g mana pun xtahu. tiba di persimpangan lereng bukit kalau stop kereta memang jadik senget abes lah. boleh pulak penumpang kereta belakang suh stop kat situ sebab nk singgah kat toilet tepi jalan. kalau tergolek masuk gaung memang arwah terus.

*mimpi semuanya benda mengarut2 kan. haiihhh

Jul 22, 2010

mimpi # 001

12:04 PM 0 ♥
assalamualaikum =)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

tentera israel menyerang dan mengepung sebuah pulau. entah apa yang dicari. mereka menyekat sebarang aktiviti keluar masuk pulau tersebut. mereka sanggup berjaga di dalam laut semata-mata untuk memastikan tidak ada yang terlepas pandang. kelihatan seorang kelibat manusia yang cuba untuk melepasi garisan sekatan. entah apa yang dimahukan. dengan azam yang kuat dia menyelam berenang2 di dasar. nasib tidak menyebelahinya. di saat dia timbul untuk mendapatkan oksigen, dia timbul betul2 di dalam kepungan tentera kejam itu. kemudian dia beredar perlahan. ayahnya yang ternampak kelibat anak perempuannya itu terus mengekori untuk bertanyakan tujuan dan kedegilan si anak untuk melepasi kepungan. namun nasib tidak menyebelahi si anak apabila dia ditembak di kepala. lalu syahid. si ayah menangis.

aku kemudian terjaga dari tidur. berpeluh2 sebab cuaca yang panas.

Jul 21, 2010

gempa bumi

10:28 PM 0 ♥
assalamualaikum=)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

malam tadi aku balik KAMPUNG oomiya. kampung lama aku. sekarang aku menetap di BANDAR kentoku. dan semalam aku menumpang kasih teduh di rumah junior aku.

aku tak pasti pada pukul berapa, kurasakan tilam bergoyang-goyang .agak lama. sehingga aku terjaga dari tidur dan menoleh ke arah juniorku yang tidur di atas lantai. dia yang terlalu baik atau aku yang terlalu kejam? 

bila aku melihat lampu di syiling, kelihatan bergoyang2. sah. gempa bumi. Alhamdulillah tiada di antara kami yang cedera. bagiku ia cukup kuat untuk membuat aku terjaga dari tidur tapi cukup perlahan bagi mereka yang tidak sedar hehe

dan aku terus menyambung lenaku yang terganggu. aku bermimpi. juniorku mengatakan mr K nak datang umah makan tengahari. aku yang keadaan bingung antara percaya atau tidak ianya sebuah mimpi atau realiti, terus bangkit dan mandi. setelah segar, barulah dipastikan ianya mimpi semata2. adeh.

tazkirah hari ini:


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.

Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
H.R Muslimi
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting