Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Wednesday, November 11, 2020

Mengawal Amarah



Semoga minggu ini dipenuhi dengan berkat dan semoga Dia memberi anda ketenangan dan ketenangan di dalam hati anda dan moga ceria di hari Isnin ini, buat penduduk Selangor bertabahlah. Hari ini merupakan genap 4 tahun Allahyarham "my late" telah meninggalkan kami. Namun kaki harus melangkah walaupun terkadang tersungkur keseorangan namun teruskan melangkah.
Sejujurnya dalam diri kita pasti terdapat perasaan marah dan marah merupakan salah satu emosi manusia .Kita tidak pernah dapat lari dari perasaan seperti itu, dan kita tida dapat menolaknya sama sekali. Kita perlu tahu apa masalahnya, apa yang mencetuskan kita dan bagaimana kita mengatasi masalah serupa. Barulah kita dapat mengawal emosi kita sendiri dan dan minda berkembang dan bertindak sebagai seorang matang. Sekiranya tidak, kita mungkin akan menjadi seseorang yang mudah terpengaruh oleh perasaan orang lain, yang akhirnya boleh meletakkan anda di tempat yang gelap di masa akan datang. Berikut adalah beberapa perkara yang dapat anda lakukan ketika menghadapi masalah yang menyusahkan:

1. Melangkah ke belakang
Apabila anda menjadi sedeh (upset) atau marah, hampir semua orang akan mulai berkobar-kobar dan meneriakkan kata-kata paling kotor yang mereka tahu dalam perbendaharaan kata mereka. Orang lain cenderung melakukan sesuatu yang terburu-buru, seperti mengirim teks yang tidak baik kepada seseorang yang mereka sayangi atau membuang orang tertentu - pada dasarnya sesuatu yang bodoh yang mungkin mereka sesali kerana kesan dari kata-kata anda itu akan terpahat di ingatan. Untuk selamat demi kepentingan orang lain dan diri sendiri, hentikan diri anda daripada mengatakan apa-apa yang tidak baik dan beri ruang kepada diri sendiri. Bawa diri berjalan-jalan, menjamu selera, pergi ke suatu tempat untuk menyejukkan badan dan mengumpulkan pemikiran anda. Kerana kata-kata kesat yang dilemparkan itu sakit menghiris umpama sebilah pedang yang menghiris.Sampaikan ini kepada orang yang anda marah kerana anda memerlukan ruang dan masa untuk berfikir, dan pastikan ketenangan anda tidak terganggu. Perkara terakhir yang ingin kita lakukan adalah menyakiti orang-orang di sekitar kita dengan marah, sama ada melalui kata-kata atau tindakan kita.

2. Kenal pasti masalah
Ini berguna untuk mengetahui apa yang mencetuskan anda sehingga anda mungkin dapat menghindarinya pada masa akan datang. Adakah rakan anda berbicara tidak beradab atau tidak sensitif? Berikan sedikit teguran kepada mereka dan atasi masalah yang dihadapi dengan mereka secepat yang mungkin. Sekiranya ia membantu, dapatkan rakan lain untuk berada di sana untuk menjadi orang tengah. Secara keseluruhan, anda harus dapat menentukan masalahnya dan kemudian berusaha untuk mengatasinya. Sebilangan orang gagal menangani masalah dalam kehidupan mereka ini dan kekal menyimpan dendam dan dengan demikian mengabadikan perasaan negatif ini ketika ia berlaku lagi. Kenal pasti masalah dan cuba atasinya.

3. Jatuhkan ego anda
Petua ini mungkin terdengar mudah tetapi menerapkannya dalam setiap kehidupan kita adalah kisah lain. Teori segalanya selalu jauh lebih sederhana daripada ketika kita harus melakukannya secara praktikal. Sebenarnya, ini akan menunjukkan bagaimana kita dapat menyesuaikan tip dan nilai ini dengan baik dalam situasi kita sendiri. Pada penghujung hari, kita harus selalu ingat bahawa semua orang belajar, sama seperti anda. Anda juga pernah menjadi pemula, tetapi dengan persekitaran yang tepat dan sokongan yang mencukupi, anda berkembang. Sudah tiba masanya kita memberi peluang kepada orang lain juga.
Satu perkara lain yang sukar kita akui ialah kita bersikap egoistik. Dalam beberapa keadaan, kita tidak dapat menafikan bahawa walaupun pihak lain salah, mungkin ada cara yang lebih baik untuk menangani sesuatu. Tidak perlu menjerit kepada pekerja anda di hadapan seluruh pasukan kerana dia membuat kesalahan dalam laporannya. Kita tidak perlu memalukan pasangan kita di hadapan rakan kita kerana tidak "memenuhi standard kita". Kita tidak perlu memanggil adik-beradik kita sebagai orang bodoh atau sebagai orang gila hanya kerana satu pertengkaran. Kuncinya adalah juga mengambil kesempatan ini untuk merenung diri kita sendiri. Sama seperti kita melihat kekurangan orang lain, kita juga mempunyai banyak hal yang kita kekurangan, jadi kita berusaha untuk memupuk dan merawat diri dan pemahaman.

(Tetapi secara jujur, jika mereka menganggu berkali-kali, adalah sangat penting untuk kita memberi mereka maklum balas, bahkan mungkin sedikit memarahi. Siapa tahu? Mungkin mereka lebih baik dengan cara itu).
Tidak ketinggalan MisDss sertakan menu buat minggu ini APAM PISANG. Berikut adalah menu seterusnya yang digemari oleh orang-orang yang tersayang terutama sikenit Aysh Ayshah.




Berikut adalah menu setrusnya yang digemari oleh yang tersayang.

Bahan A (kisar) 3 biji telur 3/4 cawan gula perang 1 cawan minyak Esen vanilla Bahan B (ayak) 2 cawan tepung gandum 1 sk baking powder 1 sk soda bicarbonate Bahan C 1 cawan pisang di lecek 👉campur semua Bahan A dan kisar halus 👉kemudian campur ke dalam B..bila dah bercampur rata masukkan bahan C 👉Kacau sebati dan rehatkan adunan selama 20 minit 👉sediakan acuan dan sapu sedikit minyak 👉tuang adunan tadi (jangan kacau cedok dengan sudu je) 👉kukus api sederhana besar selama 15 minit



rujukan :- Ustaz Mizi & umikitchen




Thursday, October 17, 2013

Cucur Pisang... pisang import dari muo



Ini dia hasil bekalan bonda muo masa raya tempoh hari... Pagi ni terpaksa bercuti Amaar tidak sihat ada ulcer...

Monday, October 7, 2013

Ubi Ketuk

Rujukkan
Saiz hidangan: 10 orang
Ubi fresh dari Muo buah tangan bonda, ketika beliau berkunjung ke Klang.
BAHAN-BAHAN:
  • ½kg ubi kayu
  • 20gm tepung gandum
  • 3 sudu makan gula pasir
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
BAHAN A (KULIT):
  • 150gm tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • Pewarna kuning secukupnya
  • Garam secukup rasa
 
CARA MEMASAK:
1. Satukan ubi kayu bersama tepung gandum dan gula pasir. Gaulkan sehingga sebati.
2. Kemudian bentukkannya di dalam acuan kegemaran. Lakukan sehingga habis.
3. Untuk bahan A, bancuh kesemua bahan sehingga sebati.
4. Seterusnya celupkan adunan ubi kayu tadi ke dalam adunan bahan A. Pastikan rata.
5. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
6. Sedia untuk dimakan.

Ubi Rebus


Makanan ni nampak klasik namun sangat banyak khasiatnya. Pemberian dari bonda Muar

Wednesday, January 2, 2013

Cekodok Pisang


Sabtu yang lepas, kuliah muslimat akan mengadakan majlis beramah bermesra bulanan dan digalakkan ahli nya membawa ' potluck' selepas balik subuh aku pun gagahkan diri walaupun malam tadi perut memulas ekoran perut ini terkejut makan macam-macam malam tadi di Warung lebai Dolah @ Seksyen 13 .



Stok pisang masih ada walaupun dah terlampau masak namun kupilih yang terbaik.Agak lambat ke surau namun aku bukan lah orang terakhir rupa-rupanya sahabat ku Linda juga kelewatan kerana sibuk memasak kek Cheese. Semasa penutup ustaza memesan agar semua para ibu jangan terlalu ego dengan gelaran " syurga seorang lelak ditapak kaki ibunya" kerana ia akan membuat kita lupa diri dan SOMBONG. Beliau membawa satu kisah yang mana seorang ibu tidak halalkan air susunya kerana si anak ingin berkahwin dengan wanita yang tidak diredhainya. Subhanallah sangat tersentak diri ini kerana sering kali juga aku terniat berkata begitu. Moga kuliah kali ni sering mengingatkan diri ini untuk menjadi ibu yang menjadi kawan kepada anak-anaknya.
/fuzidss

Tuesday, April 24, 2012

Ubi Rebus

Memang lama sangat dah ketagihkan ubi ni.. makanan orang dulu-dulu ketika dijajah oleh Jepun. Tapi makan panas memang enak sekali sehingga lupa akan diri ini yang memang alah kepada segala jenis ubi yang melata. Amaaar dan Amir suka sangat

Saturday, March 24, 2012

Lempeng Pisang




Lempeng ni dibuat sebabnya ada pisang jiran tercinta bagi so dok tengok pisang tu macam dah tak boleh nak buat goreng sebab dah masak apa lagi buat lempeng laa. Bila dah siap yang funny tu " ibu cepat laa turun potong kek ibu ni haa alif tak sabar dah lagi dah baru dia sedap tul" ha ha kek orang melayu ya.

Gi bawa satu keping umah mak sebab adak mak yong kat umah tu tp mak ada komen kuih tak complete sebab tak de kelapa ..ohhh failed

Bahan-bahan ( 3 keping )

5 bij pisang
3 sudu gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
Kelapa parut + sedikit garam
Daun pisang
Cara-cara

Lenyek pisang dengan gula sampai hancur.
Masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
Ambil sedikit adunan dan ratakan di atas daun pisang.
Ratakan kelapa parut pada sebelah bahagian sahaja.
Lipatkan daun pisang.
Bolehlah dibakar di atas kuali leper.
/fuzidss

Monday, December 19, 2011

Kepentingan Solat



Urusan paling penting dalam dunia ini adalah Islam dan juga tiang serinya adalah solat. Rasululluh pernah berkata bahawa sesungguhnya sempadan dan benteng antara seorang leleki itu dengan syirik dan kufur adalah meninggalkan solat. menunjukkan bahawa bahaya meninggalkan solat. Dilarang juga kita lalai dalam solat yg mana bila solat otak kita tak sedar pun apa yang kita baca dalam solat.Markah kita dalam solat adalah bergantung pada kekesyukkan kita. Kekusyukkan bergantung kepada pergerakkan fizikal kita. Semasa sujudlah saat yang paling makbul untuk berdoa. Dan ingat bukan sujud terakhir sahaja kita perlu faham Rasulullah telah menyebut dengan jelas bahawa banyakkan berdoa masa sujud jadi semua sujud bukan sujud terakhir sahaja.

Moga diberikan istiqamah dalam mendidik amanah Allah


/fuzidss

Monday, July 25, 2011

Karipap Montel

Hari ini my kanda berpuasa...so balik pi speedmart pi cekau tepung gandum balik terus menguli...uli-uli punya uli terasa terlebih mingak pula.. balun sajalah...tepat jam 7 nak pi hantan si bujang mengaji and tepat jam 9pm kami pulak nak mengaji
/fuzidss

Friday, July 22, 2011

Murtabak Cream Cracker


MURTABAK CREAM CRACKER
By :Rozzan's & Azlita's

Bahan-Bahan
600 gm daging cincang
3 ulas bawang putih }
2 cm halia } …. kisar/tumbuk
4-5 sudu makan rempah kari daging
(Gaul semua bahan di atas dan perap sebentar)
3 biji bawang besar (potong dadu)
3 sudu makan minyak
garam secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang dadu hingga separuh layu. Masukan perapan daging tadi. Bubuh garam dan masak hingga daging kering sedikit. Bahagikan kepada 5 bahagian.

45 keping biskut krim kraker
1 cawan santan
1 cawan susu cair
1 cawan air

secukup daun sup/ daun bawang (potong kecil2)
3 batang lada merah (dihiris)
3 batang lada hijau (dihiris)
150 gm keju parut (optional)
10 biji telur (bubuh sedikit garam, dikocok sedikit)

Cara:Siapkan loyang berukuran 8”x8”. Alaskan dasar loyang dan sekelilingnya dgn kertas kalis minyak (grease-proof) ataupun aluminium foil. Kemudian sapukan dgn mentega.

Satukan santan, susu cair dan air di dalam periuk dan panaskan di atas api. Ambil 9 keping biskut dan celupkan sebentar di dalam campuran santan/susu cair tadi. Jangan terlalu lama agar biskut tak terlalu lembik dan pecah. Setelah itu, susun biskut tadi ke dalam loyang hingga menjadi satu lapisan rata.

Taburkan satu bahagian daging dgn rata ke atas lapisan pertama biskut tadi. Bubuh sedikit lada merah, lada hijau, daun sup/bawang dan sedikit keju parut. Akhir sekali jiruskan sedikit telur rata-rata ke atasnya. Buatlah begini sehingga lapisan ke lima. Jiruskan lebihan telur rata-rata ke dalam lapisan biskut2 tadi. Biarkan sebentar (abt 5-10 minit) sebelum dibakar dalam oven dgn suhu 170 C selama kira-kira 40 minit. Biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.


/fuzidss

Thursday, October 7, 2010

Cornflake Madu


Bahan-Bahan:
1 cawan gula
10 tbs madu
1 buku mentega (250g)
1 kotak cornflakes


Cara:
masak semua bahan-bahan tadi kecuali cornflakes. Setelah gula larut, sejukan sebentar ( jangan terlalu lama, nanti gula mejadi keras) dan masukan cornflakes yang diramas (jagan terlalu hancur). Bubuhkan adunan itu kedalam paper cups, dan hiasi dengan ceri merah di atas. sejukan dalam 15 minit sehinga adunan menjadi keras, Simpan didalam bekas kedap udara..

Thursday, August 19, 2010

Samosa Jagung

Memandangkan ada stock jagung lagi balance dari nasi jagung maka idea datang buat samosa. Google kat tenet tadi cari cara2 melipat Samosa. Baru laa kemas rupanya kalu tidak macam apa tak tau laaa.

Hari ini kat office, my ex boss mai submit offer letter beliau. Ha ha tu laa dah agak dah tak lama dia kat Colgate tu beb. Tekaan ku tepat sekali. Allah kalau nak tunjuk dalam berbagai bentuk.

bahan2

2 cawan jagung segar
1 cawan carrot dipoting halus (ala2 acar)
bawang merah sedikit
bawang putih sedikit
cili powder
bawang goreng kalu ada
sedikit paprika
sos tiram
kulit popia tu beli besar dan potong 3

cara2nya
goreng bawang hingga naik bau, kemudian masuk jagung dan carrot , kacau hingga naik bau masukkan sos tiram kemudian paprika dan kacau dan kemudian cili powder dan kemudian angkat.

cara melipatnya adalah buat macam nak jual kacang tu ha ....nanti cari website tu yang dah lupa dah kat saya tengok dia buat demo tu

Friday, August 13, 2010

Lempeng... cicah kari


malam ni tergerak pulak nak buat lempeng.... tapi anak2 macam tak berkenan jeee. Aduhhhh ni la yang dinamakan kepenatan teramat kerana tiada yg sudi nak menjamah... Kanda pulak kepenatan sebab baru balik dari Penang.

Monday, April 26, 2010

Kuih Tako

Yeee Haa, buat pertama kalinya buat benda ni. Idea ni datang setelah melihat dapur Hazila ni tapi menu tak salin pas tu main bohhh jee laa menunya. Pi hantar ke rumah Mak tapi malangnya hajat tak kesampaian kerana bondaku balik Teluk Intan. Seronok sesangat ni sebabnya sejarah dalam hidup ni. Thanks Zila Amaar suka sangat kuih ni.

Bahan-bahan ( 6 bekas kecil2 )
Lapisan bawah:-
30gm tepung Hoen Kwee
90gm gula
300ml air
6-8 biji sengkuang - dibersihkan dan dipotong dadu
Lapisan atas:-
@270ml santan
@20gm gula
@20gm tepung beras
@secubit garam
Daun pandan atau bekas2 kecil sebagai acuan

Cara-cara
Masukkan semua bahan untuk lapisan atas kedalam periuk. Masak atas api perlahan, kacau hingga pekat.
Masukkan sengkuang, kacau rata dan masukkan kedalam acuan.
Masukkan semua bahan untuk lapisan atas, kacau atas api hingga pekat dan masukkan keatas lapisan pertama.
Biarkan sejuk dan hidang.

Sunday, March 21, 2010

Banana Coconut Ball


Ni dia cucur pisang tapi nama mak ai glamour sungguh. Bak kata Hana Japan banyak tanduk tapi kekanda ku sangat suka dan memang khas untuknya. Lagut ku lihat kekandaku makan kat office tadi. Ku pulak lagut melihatnya makan dan terasa sejuk hati ini sambil ku bantu mengemas office nya yang berserabut tu. Thanks Hana & Love
Bahan2nya
7 Biji pisang emas
1 sudu besar gula - kekanda tak suka manis
1/2 sudu teh baking powder
1 cawan kelapa salai
2 cawan tepung gandum
garam
Minyak
Cara2nya
Masukkan pisang dan lecekkan sehingga hancur kemudian masukkan gula, dan kacau masukkan tepung dan baking powder dan kacau sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan kelapa salai then kacau lagi sehingga boleh dibentuk bulat. Jangan terlalu cair adunannya kerana akan serap minya kemudian panaskan minyak. Saya lebih bentuk bebola tu menggunakan tangan kerana air tangan ni la yang akan mengikat kasih antara anak dan suami. InsyaAllah goreng sampai agak cokelat dan angkat ya

Tuesday, February 23, 2010

Apam Mekar Terkezuttt

Hari ni kucuba Apam Mekar ni dari dapur Siti & Ika. Thanks guys. Mulanya nampak gebu tapi tetipa jee dia Turun ... sebabnya aku cepat sangat buka periuk tu .... tapi habis aku makan. Suami ku tersenyeum sinis. Itu semangat bagiku untuk terus mencuba.

Monday, February 22, 2010

Pancake


Pancake ni di copy dari dapur Hana.. Thanks Na.. memang lembut. My doter yang sambung buat semuanya sebabnya dia ni hantu pancake. Buat ni untuk Amaar yang tak mau makan 2 3 hari ni. tapi Hubby suka tu.. Yang bestnya esok paginya tanya pancake lagi tu ha ha. Thanks Anis my dear ..

Bahan-bahan
2 biji telur
6 sudu butter - cairkan
21/2 cwn tepung naik sendiri
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula
2 cawan susu segar
2 sudu besar lemon juice - optional
secubit garamCara-cara
Campurkan ke semua bahan dan blend hingga sebati.
Biarkan sebentar dalam 10 minit.
Cedok sesenduk adunan dan masak sehingga habis.
Hidangkan panas2 dengan topping pilihan.

Wednesday, February 17, 2010

PIzza.. awat nya

Aduh ... tak berapa nak jadi.. tapi habis licin

Sunday, February 14, 2010

Capati Memikat

Ate kome senang bebenar buat capati ni.. ish ish. Ku gelorkan capati ni memikat ni kerana hatiku terpikat bebenar dengan capati ku sendiri... ha ha sapa lagi nak puji.. ape nak buatnya memang penggemor capati ate cicah pulak dgn kari ayam apa lagi 2, 3 keping bedalnya

Monday, February 8, 2010

Pisang Goreng Hasil Titik Peluh


Petang ni merasa pisang goreng hasil tangan. Memang lemak manis rasanya pisang masak pokok. Jauh berbeza rasanya pisang beli. Seluruh jiran yang ada dirumah ku sedekahkan. Amaar paling suka makan pisang ni