Followers

Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

Gulai Lemak Telur dan Belimbing


Lauk kami...

Belimbing tu Kak Yan (jiran selang sebuah rumah) yang bagi. Terima kasih, Kak Yan. Kalau ada, bagilah lagi hahahaha!!!!

Selalunya kalau buat gulai lemak camni lebih sedap dan afdal guna telur itik, kan...? Tapi sebab kemalasan nak pegi pasar cari telur itik, belasah aje guna telur ayam. Hokaylah tu... telur gak ekekekee...

Layan!!!

Friday, January 28, 2011

Porch Egg.... suka-suka!


hamboiii suker beno.... berbentuk2 telo aku...
sebenonye bukan baru buat ni.... dah lame.... tp menunggukan masa senggang nak mengupcate blog ngalahkan menteri.... ekekekeee

and sebenonye dr lepas beli acuan ni bulan2 lepas, ni kali kedua buat. kali pertama aritu tak bape menjadi sbb guna telo kecek.... ni baru dapat telo beso sikit. baru le sebok2 nak enterprem dlm blog.... tu pun berabad gambo peram dlm folder... heheheeee

layan ajelah!

Wednesday, August 12, 2009

Telur Penyu


Salam...

Ada tak yang ngences tengok ini telur? Heheheee ampunlah yek... tapi nak jugak enterframe ini makanan feveret. Sape suker makan telur penyu, angkat tangan!!! Huh, tak nampak! Memanglah tak nampak ye tak...?

Okey, sementelah daku enterframekan telur penyu ni, daku nak malanjutkan persoalan yang mungkin bermain dalam kepala sesetengah blogger yg mengatakan daku pregnant kerana tiba2 teringin makan telur penyu.

Alkisah subuh semalam aku bangun untuk solat subuh, hajatku untuk mensujudkan diri kepada Allah s.w.t. tidak kesampaian kerana.................. 'dia' dah keluar! Jadi korang2 faham2lah yek... Sesungguhnya daku tidak mengandung. Teringin nak makan telur penyu tu hanyalah sekadar teringin sebab dah lame tak makan...

Hah, telur penyu ni tidaklah besar mane. Lebih kurang sebesar bola pingpong jek... jadinya kerana itulah kadang2 rase tak berbaloi dgn harganya. Bende kecil tapi harganya ya rabbi... tapi kalau sekali sekali (mcm aku dah dekat 3 tahun tak makan) bolehlah ampun...

Kulitnya lembik dan permukaannya kesat sikit. Tengoklah kat gambar tu, boleh lesut2 lagi tu... Kulitnya tidak bercengkerang macam telur biase2 tu. Tengoklah gambar kat atas, boleh tekan2 lagi. Kulitnya melesut ke dalam. Telur ni ade sejenis bau yang sangat heaven kat hidung aku, hehehee...

Cara makannya direbus dalam 20 minit gitu. Aku tak pernahlah goreng dan tak tahu ape jadi kalau digoreng. Tak pernah cuba. Sayang woooo... bukannya murah kalau cara memasaknya error, kan... buang gitu aje...huhuhuuu Jadi aku memang makan rebus je.

Yang bahagian putih tu berlendir dan ada masin2 sikit. Sikit je... Yang merahnya keras sikit dan itulah yang sedap kat tekak aku ni. Kalau aku makan, aku sudu sikit2. Sayangnya nak habiskan.

Heheheee... kate hb yang tak suker makan telur penyu ni, telur merah tu rase kertas. Erk, abang pernah makan kertas ke???? Hahahaaa memacamlah laki aku tu kan...

ps : kepada mak yong2 blogger... minta maaflah kalau n3 ni buat korang teringin plak... sekadar nak berkongsi info...

Wednesday, March 04, 2009

Roti Bakar + Telur Setengah Masak


Yang ini pulak sarapan Boy. Seronok dia tengok ada telur setengah masak. Dia memang hantu telur setengah masak...

Walaupun chicken pox Baby dah semakin elok tapi aku tetap tak bagi dia makan telur, udang dan sebagainya tu. Hb lagilah. Asyik dok ingatkan aku je... soh makan pantang. Dia risau kulit anak dara dia tinggalkan kesan....

Tuesday, March 03, 2009

Spicy Scrambles Eggs



Layan je la gambo ni... tak tahu apa nak taip.... hahaha

Thursday, January 22, 2009

Roti Telur


Sarapan pagi ni yang sangat mudah. Mama ada malas sikit. Sikit je ye... kalau malas banyak, maknanya tak ada sarapanlah. Atau makan je roti tu dengan jem yang macam-macam kat dalam peti ais tu. Ni sekurang-kurangnya mama ada jugak buat something kan...

Friday, January 09, 2009

Egg Benedict


Buat lagi untuk breakfast kami semalam. Tak sempat nak enterfrem semalam. Delay n3 la ni... Pernah buat sebelum ni... besh & mudah & cepat!

Wednesday, January 07, 2009

Sandwich Telur


Ini sarapan pagi kami hari ni... Baby nak bawak bekal ke sekolah walaupun papa dan mamanya dah cakap tak payah sebab kat sekolah tu ada sediakan makanan. Tapi Baby... kalau dia kate dia nak tu, maka kena jugaklah diturutkan. Kalau tak turutkan mulutnya mak oiii panjang sedepa. Getiksss betullah nak dare sorang ni...

Resipi yg simple dan bahan2nya pun simple jugaklah ye...

Bahan-bahan
Roti Gardenia dan seumpamanya
Telur
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Garam
Mayonis
Butter

Cara-cara
Telur direbus hingga masak. Kupas kulitnya dan hancur2kan. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan lada sulah. Campurkan mayonis. Gaul rata.
Sapukan butter pada roti. Kemudian sudukan telur bermayonis tadi di permukaan roti. Lapiskan dengan satu keping roti lagi yang telah disapukan dengan butter juga.

Senang je kan...???

Tuesday, December 16, 2008

Egg Benedict


Breakfast kami 3 branak. Hb dah g keje dan dia mmg jarang2 makan pagi. Stok telur tgh banyak nih jadi bolehlah merasa sebiji telur seorang, hehehe... semalam balik dari hospital, mandi2 keluar pergi c4 beli barang dapur. Telur kat rumah ada 1/2 papan lagi. Smalam beli lagi 1 papan. Hah, kan banyak tu...
Anak-anak bangun tidur dan tgk sarapan yg disediakan bukan main tersengih lebo sampai ke telinga. Almaklum le telur sejibik mama dia orang letak, hehehe... tapi apa-apa pun kene mandi dulu. No mandi, no tv, no makan. Padan muke!!! (Ish, garangnya mama dorang, wakaka)

Tart Telur


Buat ni semalam dan bawa ke hospital. Sementara tunggu2 mak dan ramai2 adik-beradik tu leh gak ngap2 kan...kalau nak beli dah ramai2 tu tentulah tinggi kosnye.Jadi kene bangun pagi2 dan masak2 bende nak dimakan semasa menunggu...

Pernah buat egg tart ni beberapa minggu lepas. Resipi kat sini ye...

Monday, November 24, 2008

Tat Telur


Lepas masak tadi terus buat adunan tuk tart ni. Dapat resipi ni skodeng kat umah untie yochana. Buat dua saiz sbb tak cukup mould yg kecil tu. Masa mula-mula nak buat tak sabo. Dah buat pun tak sabo - tak sabo nak siapkan. hahaha

Jom kongsi resipi...

Bahan-bahan untuk Pastry Crust
100g unsalted butter (aku guna marjerin je...)
40g icing sugar (aku pakai guna kastor...)
sedikit garam (aku tak letak pun...)
1 bj telur
20g susu tepung
220g tepung gandum
1/2 s/k esen vanila

Bahan-bahan untuk Egg Custard
2 bj telur
45g gula kastor
sedikit garam
1 s/k lemon juice (aku gantikan dengan cuka)
80ml susu segar
40ml air
1/2 s/b esen vanilla

Cara-cara untuk membuat Pastri Crust
Campurkan semua bahan kecuali telur. Sebatikan hingga menjadi 'crump'. Masukkan telur dan adunkan sehingga menjadi doh. Biarkan selama 20 minit. Acukan ke dalam acuan tart.

Cara-cara untuk membuat Egg Custard
Campurkan semua bahan dan sebatikan. Tuang dalam tart.

Bakar 175c - 20 minit - Lebihkan api bawah.

Tuesday, November 11, 2008

Frittata

Buat ni untuk breakfast pagi tadi. Akhirnya terlaksana juga impian yang tersimpan sejak cuti hujung minggu lepas. Disebabkan ke'bz'an yg melampau, hasrat hati ni terpaksa dipendamkan jauh di lubuk hati. Wakakah... ayat aku!!!

Terima kasih pada kak LG, sumber pertama menepek resipi ni dan Hana yang semakin mengobar-ngobarkan semangat ku untuk buat frittata yang senang dan simple ini.

"Ni breakfast special gilerrr ni mama..."-Boy.
Ish anak aku ni...mcmlah aku ni tak pernah masuk dapur...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)