Followers

Showing posts with label makanan jepun. Show all posts
Showing posts with label makanan jepun. Show all posts

Tuesday, January 04, 2011

Takoyaki




Dah lame sangat tak men'tako'.... sesekali buat tu memang sedap bebenolah rasenye... 2 hari berturut2 buatnya... betui2 makan sampai lebam! Hahahaaa...

Mula2 buat tu guna inti hirisan sosej & cheese aje... kali kedua buat barulah letak sotong yang direbus terlebih dahulu seketika. Kemudian masak dengan sedikit sos tiram, beberapa titis minyak bijan dan sedikit pewarna merah. Adunan tepung cuma guna tepung gandum biasa saja. Bancuh cair2 bersama sebiji telur dan sedikit garam.
Untuk sos siram, aku campurkan sedikit sos pekat soya dengan kicap cair bersama sedikit air.

Puas hati, wallah!!!!!



Thursday, March 18, 2010

Cheese Hamburger


Salam...

Dah lama teringin nak buat ni sebenarnya. Daging kisar memang ada je dalam peti es tu. Keluar masuk, keluar masuk peti ais je dalam beberapa minggu lepas. Mane taknye... malas datang secara tiba-tiba... Alhamdulillah hari ni terlaksana hajat di hati.

Yang tak beshnye, tang cheese tu. Anak2 tak suka pula. Beria-ia si Baby yang banyak mulut tu merungut. "Kenapa mama pakai cheese yang ni...? Kita tak suke tau... lain kali mama buat lagi, pakai cheese yang biase tu tau...?" Ha, iyolah anak...

Aku guna slice cheese perisa barbeque lebihan buat cheezy wedges aritu... Ingatkan nak menghabiskan stok le tu konon... upernye.... haish!!!

Disebabkan tak suke, dia korek2 cheese dalam tu dan letak tepi. Boy pun tak suka tapi dia telan jugak. Membazir dibuang, kate dia... bagus anak mama! Ehehehee...


Bahan-bahan
  • 400g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan tepung
  • 2 sudu besar breadcrumbs - (aku tak letak. tadek stok)
  • beberapa keping slice cheese @ cheese lain
  • 1-2 sudu besar susu segar - hana tk ltk (aku pun tak letak)
  • serbuk lada putih
  • garam
  • 1/4 cawan air- utk steam daging
Cara-cara
  • Utk membuat hamburger : Satukan semua bahan2 daging kecuali cheese utk membuat hamburger. Gaul sebati. Ambil segenggam, penyek2kan di atas tangan, kemudian masukkan slice cheese yg telah dicarik kecil2. tutup kemas dan bulat2kan seperti bentuk humburger. (bukan leper cam beger biasa yer! agak bolat2 lonjong n gemok2 sket!)
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Seeloknyer guna kuali non-stick. Balik2kan hamburger sehingga 3/4 masak.
  • Masukkan air 1/4 cawan tadi. dan cepat2 tutup kuali (kaedah nih utk steamkan daging agar masak rata dan daging lembab serta juicy). Biarkan sehingga air kering baru matikan api.

Monday, November 16, 2009

Takoyaki

Salam...

Takoyaki... arwah mak aku panggil 'cekodok Jepun'... Al-Fatihah untuk arwah mak...

Dah lame gak tak buat takoyaki ni... Bila anak2 (lebih2 lagi Boy...) nampak mamanya buat takoyaki ni, dia melompat seronok... suka sangat! Ish, macam beranakkan anak Jepun plak rasenye, eheheheee...

Percubaan, aku campurkan 1 cawan tepung gandum dan 1/2 cwn tepung kentang bersama 2 biji telur. Dibancuh dengan air hingga agak cair (mcm bancuhan nak buat kuih ketayap/dadar). Intinya cuma bubuh hirisan crab stik. Kobis pun xde nak diracik2. Emp, memang macam tak bape puas hati. Tapi kenyang gak la perut...

: Note :
Sebenonye aku buat n3 pada hari Sabtu (malam) lagi... tapi tenet sangatlah cemburu... jadi aku buat auto-publishkan utk siaran hari ini...
harap maklumlah yek...jgn mintak2...tentu2 dah jadi baje neh...

Saturday, June 13, 2009

Takoyaki - Last Edition


Last... lepas ni kalau buat memang tak delah dah campo2 tepung. Memang akan pakai tepung gandum jati. Atau boleh juga campurkan dgn tepung tempura atau tepung kentang seperti ada yang menyarankan. Tapi sebelum tu kene pergi cari fish flake dulu sebab fish flakes pun dah habis. Sos masih ada sikit lagi. Bolehlah nak pakai 3/4x lagi. Nori halus tu pun ada lagi. Boleh pakai dalam 10x lagi sebab nori tu tak letak banyak.

Dah banyak kali aku buat takoyaki ni kan...? dah jenuh makan dah... nak habaq... kali last nilah aku buat yang aku rasa SANGAT2 PUAS HATI. Aku ikut macam step dak Ijah ajar kat blog dia. Letak minyak banyak2 (Ijah, akak guna minyak jagung :)). Memang tak lekat dan amatlah senang nak balikkan. Yang aku buat memang bulat betui2... sah dan sohih macam yang dijual di gerai kat JJ tu.

Ahoi... aku sangatlah puas hatinya!

Thursday, May 28, 2009

Takoyaki


Takoyaki once again. Korang jangan jemu ye... jangan jugak muak menengoknya.

Aku buat ni untuk bf kami request dari Boy yang amat suker melompat2 bila aku anggukkan kepala tanda setuju dengan permintaannya tu. Dia suker bebeno. Mierza pulak tukang selet sos dan mayonis atas ball tu sambil cakap, "emppp, dap...!" Okey, mama tau sedap, anak! Sebab mama pun gilo dengan makanan ni.


Kali ni aku buat takoyaki ni mengikut saranan Hana. Aku guna 150g tepung khas takoyaki bersama 100g tepung gandum. Ni kes nak berjimat cermat. Nak cari tepung tu kat sini amatlah payah. Tak pernah jumpa pun. Tapi kalau bahan2 lain tu memang ado. Tapi pun mahai... hiks!

Untuk Linda yang selalu tinggalkan pesan kat shoutmix aku tanpa meninggalkan linknye itu, ini resepinya ye... juga untuk yang lelain (wawa, ayu q8, ciklinn dll) yang ter'ngences'melihat mende alah ni dan nak cube, silekan ye...

Linda, lain kali ko datang tinggalkan link ye, sonang akak klik je kat situ terus tobang g umah ko, hihihiiii aku nak sonang yo...

Bahan-bahan
(A)
*100g tepung gandum
1 biji telur
Garam
Air

*Tepung Khas untuk takoyaki memang susah nak jumpa. Aku dah jenuh cari. Merata2 JJ dah pergi tapi tak ada. Kalau jumpe kat mana2 bagitau ye...

(B) - Inti
Kobis - diricik halus
Hirisan Sosej/Udang/Sotong/Stick Crab - Ikut suka & yg bersesuaian

(C)
*Sos Okonomiyaki @ Kicap Lemak Manis - tak kisah cap apa
*Fish Flakes - parutan ikan
*Nori Halus - serbuk yg warna hijau kat dlm gambar tu
Mayonis

* Boleh cari kat Jaya Jusco - Section Japanesse Food.
Kalau tak pun, goreng ikan bilis secara kering dan blend halus. Yang ini boleh digantikan dengan Fish Flakes tu.
*Acuan takoyaki. Kalau tak ada acuan tu boleh juga guna acuan kuih cara.

Cara-cara
(A)
Campurkan semua bahan. Kacau sebatikan adunan. Adunan tu sepekat macam nak buat kuih cara. Tak cair sangat, tak pekat sangat.

Panaskan acuan dan oleskan dengan minyak. Tuang adunan separuh acuan dan masukkan bahan2 inti. Tuang lagi separuh adunan. Melimpah pun tak apa. Nanti kaupkan masuk dalam adunan yg berada dalam lubang acuan. Bila bahagian bawah dah masak, terbalikkan.

Bila dah masak, angkat. Tuangkan mayonis dan sos/kicap kat atasnya. Taburkan juga fish flakes dan nori halus.

Sedia untuk dimakan. Sesangat sedap dimakan ketika masih panas.

Monday, May 25, 2009

Takoyaki


Hiks... Breakfast kami 3 beranak di pagi Isnin minggu ini. Boy sangat suker. Begitu jugak dengan Mierza. Mama pun suker tapi kite ni sebagai ibu, biler tengok anak2 suker makan mesti nak bagi anak2 yang merasa lebih, kan? Jadinye mama cume makan 3 ketui jek. Selebihnya Boy ngan Mierza yang habiskan.

Macam Okonomiyaki, untuk Takoyaki ni pun aku tak pakai tepung yang Hana poskan untuk aku tuh. Masih gunakan tepung gandum, air, garam dan telur. Dan alhamdulillah kali ni aku buat menjadi. Tak macam 1st time dulu. So, lepas ni bolehlah agaknye aku pakai tepung tu. Barulah seronok dan senang hati biler yang dibuat tu menjadi...

Okonomiyaki


Breakfast pagi semalam - Ahad. Balik2 dari rumah kak yong terus menggodek mende alah ni. Hb 1st time makan. Memule dia kate tak teringin. Nampak pelik jek. Tapi biler dah makan makan tak cukup pulak. Muahaha!!! Aku pun makan beberapa kerat jek. Aku potong pakai pemotong pizza tu. Anak-anak lagilah. Siap selet2 jari kat pinggan. Suke dengan sos dan ikan kering tu.

Ni aku tak pakai tepung takoyaki tu. Aku pakai tepung gandum je. Sayang nak pakai tepung tu. Kahhhh!!! Bukan sonang nak dapek. Jauh nak import tuh. Aku bancuh cam biase jek. Letak telur sebiji & garam. Itu jek... Hehehee

Pagi tadi aku buat Takoyaki. Alhamdulillah kali ni menjadi. Sat-sat lagi aku masuk n3 k...

Monday, May 18, 2009

Takoyaki


Nyum nyum... sedapnye... walaupun tak menjadi takoyaki aku tuh. Tak taulah di mana silapnye sampaikan adunan takoyaki aku melekat kat acuan takoyaki yang cantik molek tu tadi. Tapi yang pastinya memang rasenye sebijik dengan takoyaki yang dibeli di jusco tu. Lebih-lebih lagi bila bahan-bahannya lengkap semua. Terima kasih sekali lagi Cik Puan Hana yang disayangi!

Sayang kau rase nak guna tepung tu. Tadi pun pakai 100g je tepung tu. Jimat, jimat... nak order lagi dari Jepun segan lak rasenye. Wakaka! Yang pasti lepas ni nak try lagi. Tengoklah esok2...


Oh lupe nak habaq... mak aku ada kat rumah aku ni sejak dari hari Jumaat lepas. Tadi aku bagilah dia makan takoyaki ni. Bukan mainnye dia makan. Sampai kekenyangan, tak mo dah makan nasi hahahahhh!!! Tapi... sejak dia sakit ni, 'tangki' dia memang cepat je penuh. Makan sikit dah kenyang... maklumlah dah banyak umur...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)