Showing posts with label baca. Show all posts
Showing posts with label baca. Show all posts

Tuesday, February 2, 2010

Lelaki dan Perempuan



Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja.
Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.
Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.
Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?
Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.
Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.
Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.
Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.
Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.
Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.
Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.
Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?
Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah: -

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DRPD TIDAK MELAKUKAN APA-APA, WALAUPUN ADAKALANYA YG DIUSAHAKAN ITU GAGAL

Tuesday, January 5, 2010

9 Nyawa


9Nyawa.

Aku baru menghabiskan baca novel 9Nyawa nie. Ni novel ke-3 tulisan Ramlee Awang Murshid aku baca selepas Satu Janji dan Tumbiro Terakhir. Lampi kan aku. Setelah berpuluh novel tulisan beliau di pasarkan aku baru baca 3. Ok la tue kan dari xbaca langsung. heehhehee....

Memang da lama aku tinggalkan dunia baca novel nie. Last aku baca novel masa aku 2nd year kat UKM. haahhaa....Sepanjang belajar kat UKM korang tau bape buah novel aku baca??Nak tau....Dua novel je. Tue la, novel Satu Janji dan Tumbiro Terakhir.

Aku brenti baca novel masa tingkatan 3 kot. Memang lama aku tinggalkan dunia novel nie. Masa sekolah dulu novel Adi Ahadiat (btol ke aku eja nie???) popular cam novel Budak Setan. Tue je yang aku ingat. Yang lain aku xingat.


----------------------------------------------------------

Berbalik pada Novel 9Nyawa nie. Bagi aku cite dia memang menarik. Pengolahan plot oleh penulis memang takjub. Cite mengisahkan dua watak utama iaitu Intan Suryani dan Hakim (lelaki buta).

Intan Suryani pewaris tunggal perniagaan D'Daimonds dan anak kepada Azizah. Manakala Hakim lelaki yang cacat penglihatan yang berusaha membesarkan Adiknya Shauqi setelah kematian kedua-dua ibu bapanya.

Intan Suryani di Kuala Lumpur, menguruskan perniagaan D'Diamond dan di kaitkan dengan Mitos 9Nyawa kerana Intan pernah beberapa kali terputus nafas. Azizah amat menyayangi anaknya dan menghalang sesiapa mendekati anaknya kerana takut dan terlalu taksub kepada Mitos 9Nyawa. Azizah tidak mahu kehilangan Intan. Intan juga mengalami masalah komplikasi jantung.

Hakim membesarkan adiknya Shauqi di kota Singa. Berkerja sebagai Telefonis di sebuah hospital. Hakim mempunyai satu kelebihan yang diberikan Allah iaitu boleh berkomunikasi dengan manusia yang berada di ambang maut. Manakala Shauqi terlibat dalam penjualan barangan seludup.

Khairil, muncul dalam hidup Intan Suryani. Memberi kuntum cinta pada Intan. Seri hidup Intan berbunga. Ikhlas menerima cinta Khairil. Apakah begitu jua Khairil??

Mat Siam, Brother Long dan Roni tiga penjenayah besar di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Membunuh tanpa erti belas kasihan. Merajai dunia gelap.

Apakah kaitan Intan dengan Hakim?? Apakah cerita di sebaliknya??

Nak tau. Baca sendiri. Memang x mengecewakan baca tulisan Ramlee Awang Murshid nie.



PSP : Kekadang manusia yang buta matanya lebih celik hatinya dari kita yang celik ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...