.:: Sahabat Blog ::.

Showing posts with label Firas. Show all posts
Showing posts with label Firas. Show all posts

Wednesday, November 5, 2014

.: Besday : Firas ke 8 tahun :.

Assalamualaikum...


27.10.2006 - 27.10.2014
Lapan tahun dah my 1st putera.
Besar dah anak ibu ye...


Selamat hari lahir sayang. Semoga anak ibu menjadi anak yang soleh yg blh membahagiakan ibu n ayah didunia dan akhirat... amin..


Actually masa ari besday firas ni aku keje. Hubby plak cuti so pembelian sambutan kuserah padanya, tu yang kek besday pun gamba rabbit ikat tocang. Apa-apa je la... asalkan hepi... 


Sambut kami-kami je... tak panggil orang pun... just beli kek dan ayam goreng kfc. Jadilah kan...


Sekian wassalam...

Thursday, April 3, 2014

.: FIRAS : Suka Layan Hafiy :.

Assalamualaikum....


Besar dah si abang ni. Pandai dah tolong ibu jagakan adik-adik dia. Pandai dah layan adik dia main. Si adik pun rajin carik abang tuk main sama-sama. Layan gamba je lah ye. Tak banyak masa nak mengarang. Sayang pulak picture ni kalau tak di share. Buat kenang-kenangan.
Bak kata orang setiap gambar tu ada cerita dia yang tersendiri.
 


 

 
Budak Hafiy ni mang dah semakin aktif. Tak boleh duduk diam. Ada je kerja yang nak dibuatnya. Fawwaz takmo amik gamba masa ni sebab demam campak dia tak baik lagi. Malu nak enteprem!. Kalau tak selalunya mang asik muka dia je le.
 
Tengok rambut si Hafiy tu panjang dah, tapi disebabkan halus sangat, sayang pulak nak potong. Biar je le.
 
Ok, sekian tuk hari ni.
 
p/s: bila tah nak aktif balik berblog ni.
 
 


Wednesday, March 26, 2014

.: Kreativiti Anak-Anak :.

Assalamualaikum....



Aritu masa pi tesco belikan anak-anak Pizza set ngan Burger set. Cam playdoh tapi ni tak ori. Saja sebab nak tengok kreativi diaorang tuk buat benda ni.
 
 Kadang-kadang kena bagi diaorang fikir sendiri camana nak buat sesuatu yang tak pernah diaorang buat. Barulah minda diaorang terbuka. Alhamdulillah pandai diaorang buat sendiri. Silap aritu tak amik gamba masa diarang buat burger n pizza. Sibuk nau melayan sikecik yang semakin aktif ni. Pantang letak ada je yang dia nak buat.

Sekian, wassalam...
 
 


Thursday, February 20, 2014

.: FIRAS : Perkembangan Terkini :.

Assalamualaikum...



Jarang sangat aku nak citer pasal Firas kan. Cuma ada waktu-waktu tertentu je. Sian kat dia. Hihi.. apalah ibu ni kan. Firas pun ada citer tersendiri.
 
Nak share lah sket pasal perkembangan dia yang terkini, setelah naik darjah dua. Apa yang aku perhatikan, dia dah boleh nak suaikan diri, ada sifat tanggungjawab dah, rajin menolong, memahami kalau ibu dia bizi kat umah. Rajin jugak mengasuh adik-adik dia. Cuma kadang-kadang tu dia bebai gak ngan Fawwaz sebab, kadang tu Fawwaz suke usik dia. Ayah dia pun dah jarang bebel kat dia. Sebab dia mang dengar cakap.
 
Berbeza ngan dulu, penah gak aku citer yang kadang-kadang Firas ni aktif sket dan takmo nak dengar cakap. Tapi sebenarnya bagi budak-budak itu adalah perkara biasa. Sebab bila dia dah besar sket, dia akan berubah pelan-pelan.
 
Alhamdulillah, satu lagi perubahan yang aku nampak kat dia, bila dia balik dari mengaji dia akan bukak balik muqaddam (sekarang guna iqra' kan, dulu-dulu masa aku start mengaji guna muqaddam). Dia akan try baca surah-surah pendek. Bila dia dah faham dan bley baca dia jadi seronok mengaji. Sebelum ni mang dia kenal huruf tapi dia tak pandai nak bunyikan. Dan bila aku antar sekolah mengaji waktu malam ada perubahan kat diri dia. Pandai dah anak ibu ye. Tahniah Firas.
 
Ada aritu satu hari tu dia pi main basikal kat luar umah. Pakai pulak suar pendek. Dia main sat pastu, dia masuk balik kat dalam umah. Aku tanyalah "pasai pe?, dah sudah ke?". "Belum lagi ibu, ustazah kata kena pakai seluar panjang kalau keluar, tak bley nampak lutut....". Opsss... Maksud dia 'aurat' la tu. Erm... ingat jugak apa yang ustazah dia pesan.
 
Sekian, wassalam...
 
 
p/s: Dalam mendidik anak-anak memang banyak cabarannya, tapi ingatlah bila kita bersabar dengan setiap cabaran dan dugaan yang Allah berikan, pasti akan ada hasilnya. So, janganlah kita mudah untuk mengalah.
 


Monday, February 10, 2014

.: FIRAS : Mengaji :.

Assalamualaikum...




Alhamdulillah syukur, dah tertunai hajat aku nak masukkan Firas ke sekolah mengaji. Sebelum ni dia dah mengaji dah, tapi ter'stop' masa mak mertua aku sakit. Dulu dia mengaji dekat ngan umah mak mertua. Mak mertua yang antar pi dan amik masa balik. So, aku hanya ajar kat umah gitu-gitu jelah. Biasalah kalau ibu atau ayah yang mengajar, asik nak ngelat je. Tu yang aku nyampah. Tapi masa aku kecik dulu arwah abah ajar mengaji ngan solat. Elok je, hihi... 

Kelas ada tiga sesi : pagi, petang dan malam. So, aku amikkan kelas mengaji malam tuk Firas. Sebab siang tu aku ngan hubby keje. Malam je lah pun yang boleh. Start pukul 8.00 malam sampai pukul 9.30 malam. Oklah, alhamdulillah setakat ni dia pun suka pi mengaji, sebab ramai kawan. Setiap hari excited nak pi mengaji. Hari Jumaat ngan Sabtu adalah cuti.

Sekian, Wassalam....




Wednesday, February 5, 2014

.: HAFIY : Semakin Cerdik! :.

Assalamualaikum....

Lately ni hafiy dah semakin cerdik mungkin disebabkan rasa nak cepat besar. Yelah nak jadi cam  abang- abang dia. Kadang-kadang ianya mempengaruhi tumbesaran sikecik gak. 



Suka sangat kacau time abang dia menyusu botol. Si abang pun tak malu dah 4 tahun takmo pisah ngan botol susu. Sejak dah pandai merangkak makin aktif le pulak. Mata ni nak kena sentiasa alert. Takut dia duduk kang telentang pulak. Sebab be4 this berkali jugak tak dan nak tampan masa dia telentang. Whohaaa... anak jantan tak sah kalau tak jatuh.



Time ni si abang besar dok bad mood... merajuk coz kena marah ngan ayah dia. Dah malam-malam pun tak reti nak dok diam. Dok melompat sana sini... anak-anakku mang aktif belaka. Orang kata anak yang aktif ni selalunya cerdik. In shaa Allah... berkat doa ibu ngan ayah semoga itu semua menjadi kenyataan.

Sekian, wassalam...

Wednesday, January 15, 2014

.: Firas : Bawak Bekal :.

Assalamualaikum...
 

Bukan bawak bekal pi skola tapi bawak bekal pi umah pengasuh. Sebabnya Firas ni susah sangat nak makan. Jenis yang memilih makanan. Itu takmo ini takmo. Payah gak, sebab aritu kak ipar pun susah ati sebab dia takmo makan sebelum pi skolah. Dia kan dah start skola petang tahun ni. Rehat pulak kang pukul 3.00 petang. Tahan ke perut. So, aku pun amik keputusan bawakkan bekal, apa yang dia suka makan. Bolehlah dia makan pagi tu sebelum pi sekolah. Tu aku bekalkan roti sandwich ngan sosej goreng.
 
Sosej tu mang kegemaran dialah. Lagi satu makanan yang berasaskan sup, apa je jenis sup dia makan cam kuey tiaw sup, bihun sup. Kalau nasi dia tengok gak lauk apa yang kita masak. Kalau kata dia tak berkenan, dia cuit sket je pastu takmo dah. Sebab tu kalau makan nasi aku suka suap dia makan sekali masa aku tengah makan. Aku tak galakkan dia makan sendiri. Tak kenyang. Sudahnya nanti dia suh aku goreng nuggetlah, sosejlah. Tu jelah cara nak bagi dia kenyang makan. Kalau Fawwaz sume dia belasah. Kadang tu baru je abis suap dia makan. Time kita makan, dia pun nak jugak... ermmm...
 
Sekian, Wassalam...
 
 


Monday, January 6, 2014

.: FIRAS : Tahun Dua 2014 :.

Assalamualaikum....



Tahun ni Firas 8 tahun dah, maka naik darjah dua la ye. Still kelas yang sama Dua Dedikasi. Tak tukar kelas pun. Dalam kelas dia perempuan lagi ramai dari lelaki. Lelaki lapan orang je. Tahun ni dia sekolah sesi petang. 
Macam lagi rajin pulak dia, sebab takyah bangun pagi-pagi nak bersiap tuk pi sekolah. Aku pun takdelah kalut kalau pagi-pagi nak pi keje. Kalau dia sekolah sesi pagi kui 5.00 pagi aku dah kena bangun, bersiap terus. Sementara nak tunggu solat subuh kejut Firas tuk mandi pulak. Memang agak kalut jugaklah. Kui 6.20 pagi mang dah nak kena kuar umah.

Alhamdulillah tahun ni dia sekolah sesi petang. Hari khamis lepas, sian betul kat Firas. Duit belanja dia tertinggal kat dalam kelas. Kelas pulak kalau time rehat cikgu kunci. Dia bagitau dah beratur nak beli makan dah bila check kat poket duit takde. Tak makanlah. Dok tengok kawan-kawan dia makan. Aduiii... siannya, bila dia citer camtu, cam nak nangis pulak aku dengar. Lupa nak pesan kat dia, amik duit yang ayah buh dalam beg skola tu.  Make sure pasni tak jadi lagi kat dia. 


Sekian, Wassalam...





Monday, December 9, 2013

.: Apa itu HERNIA? :.

Assalamualaikum....
 
Terpanggil untuk membuat entri berdasarkan kepada komen INA ni.



Nak share pengalaman jugak mengenai anak aku yang first, Firas yang pernah menjalani pembedahan untuk membuang lebihan cecair pada telur dia.
 
Mula-mula tu mang tak perasan sangat, tapi bila ada misi (dulu mak mertua mengasuh anak misi ni) tu tegur pasal telur Firas besar sebelah. Barulah kitaorang refer kat klinik. Masa tu kalau tak salah umur Firas baru setahun lebih. Doktor mang syak yang tu adalah Hernia. Apa tu Hernia?

HERNIA merupakan gangguan kesihatan yang umumnya dideritai oleh kaum Adam. Sekalipun insidennya lebih banyak menyerang orang dewasa, ia juga kerap terjadi di kalangan kanak-kanak.
Walaupun hernia tiada kaitan dengan masalah angin, tetapi ia turut mendapat jolokan di kalangan masyarakat kita sebagai penyakit angin pasang.
 
Hernia diambil daripada perkataan Latin, herniae yang membawa maksud penonjolan keluar organ atau tisu yang lembut melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen. Ia kelihatan seperti bonjolan kecil pada kulit dan akan jelas kelihatan semasa anak batuk atau menggeliat.

Salah satu puncanya mungkin kuat menangis masa dia bayi dulu. Kan ke aku dulu PJJ ngan hubby. Anak pulak hubby ngan mak mertua jaga. Masa tu umur Firas baru je dua bulan. Terpaksa tinggal sebab aku keje kat Petaling Jaya. Kalau ikutkan ati masa tu aku nak je bawak sekali Firas tapi dah hubby kata dia nak jaga. Kena gak lah ikut cakap suami. Sebab tu sampai sekarang Firas jadi cucu kesayangan. Mak mertua jaga daripada bayi.

Tapi yang jadi kat telur Firas ni tak kecut pun, kalau kata angin pasang kan. Ada masa dia besar dan ada masa dia kecut kan?. Masa doktor pakar check dulu pun, doktor confuse. Tak tau nak klasifikasikan sebagai sakit apa. Cuma nak sama cam Hernia, tapi bukan Hernia. Yang pastinya dalam kantung telur tu ada lebihan cecair.

Nak tak nak doktor decided suh operate buang cecair tu gak. Takut effect bila dia dah besar nanti. So, masa umur Firas dua tahun, doktor set appoinment tuk operate.

Rawatan moden satu-satunya kaedah yang dapat menyelesaikan masalah bayi yang mengalami hernia. Jika ibu bapa takut dan tidak mahu mengambil apa-apa tindakan atau hanya mencuba kaedah mengurut, besar kemungkinan hernia itu lebih parah.

Penah gak bawak dia tuk urut tapi tak jadi apapun sama je camtu gak. Sib baik tak jadi apa-apa.
 
First time anak masuk bilik bedah. Sesuatu keresahan yang tak dapat nak digambarkan. Risau yang amat. Kesian pun ada sebab masa tu usia dia kecik lagi. Mak ayah mang diaorang tak bagi masuk.
 
Alhamdulillah, lastly berjaya jugak doktor operate telur dia. Kecut dah seperti sedia kala. Kami suh doktor tu sunat terus. Senang dua dalam satu. Seminggu jugaklah nak bagi dia betul-betul baik. Payah gak masa tu kan dia dok pakai pampers lagi. Cakap pun tak reti lagi. So, cara penjagaan dia rumit gak lah. Sib baik mak mertua banyak membantu. Cucu kesayangan, confirmlah dia jaga betul-betul. Huhuhu....



sumber SINI

Sekian, Wassalam...
 


Wednesday, December 4, 2013

.: Nak Henpon ??? :.

Assalamualaikum....
 
Masa dok tunggu WAYANG nak start aritu, hubby saja bawak anak-anak cuci mata kat kedai phone floor yang sama.
 
 
Lepa semua dah biasa dok touch tab kan, so tangan mang laju lah.
"ibu...ibu beli lah kat fawwaz yang ni...". (tu yang kat atas tu)
 
Hohoho #pengsanibu.... anak oi... tak mampu ibu nak beli yang semahal ni ye. Yang ada ni pun beli time ada less.



Kalau si abang (Firas) dia cerdik dah. "Adik tak boleh beli yang tu. Mahal."
 
Dia tau dah yang mana dia bley request tuk beli dan yang mana yang tak bley request tuk tak beli.
 
Sebab selalu aku pesan kalau yang mahal-mahal ibu tak mampu beli. Kalau RM20 ke bawah tu tak pe lagi. So, abang ni sentiasa ingat. Mang kene bagi tau siap-siap u all, kalau tak dia akan selalu ingat mak ayah ni bley je beli apa yang diaorang nak. Kopak duit wei....
 



Sekian, Wassalam...
 
haryatifaizal: mintak maaf banyak-banyak kalau ada sape yang komen dan aku tak sempat nak jejak blog korang...kalau ada free nanti aku terjah ok..

 


Monday, October 28, 2013

.: Sambut Hari Lahir Firas :.

Assalamualaikum....

Semalam sambut besday Firas ala kadar je. Buat tuk famili je. Tak jemput sapa-sapa pun. Saja seronok-seronok, tuk hiburkan hati anak-anak. Ok, pas Firas pi sekolah tu aku prepare terus tuk masak makan tengahari sebab area pukul 9.30 pagi nak kuar pi carik hadiah ngan kek. So, tuk hari istimewa Firas ni aku masak Nasi Ayam Goreng cam aritu ngan Ayam Masak Merah. Cukuplah tu tu makan satu famili.




Area pukul 1.45 petang tu dah standby siap-siap sebab Firas balik time ni. Saja nak tengok reaksi dia hihihi.... Bukak je pintu gril dia dah confuse, muka ada senyum punya.... sebab nampak kek ngan hadiah kat atas meja. Adik fawwaz dah bocor rahsia, siap bagitau kata besday abang. Hahahaha....

Senyum je Firas bila tau hari tu adalah besday dia. Ibu ngan ayah pun seronok sebab dapat hepikan anak-anak.


Abaikan je pemandangan kat belakang tu sebab asik ujan je baju aku tak kering-kering. Bau hapak kalau jemur kat luar!. 

Hadiah yang kami bagi kat Firas adalah alatulis yang boleh dia guna tuk bukak sekolah tahun depan. Rasanya yang tu lagi berfaedah daripada beli mainan.


Fawwaz pun nak tumpang sekaki gak, terlebih excited!. Opss! nampak penyut ayah pulak, sori ayah, malas nak edit banyak-banyak....huhuhu...

Sekian, Wassalam...


Sunday, October 27, 2013

.: Hari Lahir MUHAMMAD FIRAS FIRDAUS :.

Assalamualaikum....



27.10.2006 - 27.10.2013,
Firas dah genap 7 Tahun!,

Alhamdulillah, ku panjatkan syukur kepadaMu Ya Allah,
Di atas putera kurniaanMu ini,




Doa ibu dah ayah semoga anak ibu Muhammad Firas Firdaus menjadi anak yang baik, yang soleh dan sentiasa membahagiakan ibu ngan ayah di dunia dan di akhirat.
AMIN...

Sekian, Wassalam....

haryatifaizal: nak buat supprise kat Firas, dia pi sekolah arini so, dan lah nak beli kek besday tuk dia...

Sunday, October 20, 2013

.: FIRAS | Peperiksaan Akhir Tahun :.

Assalamualaikum....



Hari ni anak ibu akan menghadapi peperiksaan akhir tahun bagi tahun satu, untuk subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Semoga anak ibu dapat menjawab semua soalan dengan tenang hati ye!.
Semoga Berjaya!...

Sebelum pi sekolah dah pesan macam-macam ngan Firas ekekeke.... yelah first time anak amik periksa sebab masa pertengahan tahun tu takde periksa. Aku pun pelik ngan sistem pembelajaran sekarang ni. Macam tak berapa nak sistematik. Oppssss!. Kalau dulu tau dah kan, setiap tahun ada 2 kali periksa. Takpelah kita ikut jelah, yang penting anak-anak boleh mengikuti sesi pembelajaran dengan baik.

Sekian, Wassalam...





Tuesday, September 24, 2013

.: Upin Ipin :.

Assalamualaikum....


Budak-bidak ni kalau tengok citer katun Upin Ipin  ni mang tak toleh kiri kanan dah. Tengoklah berapa kali pun tetap tak jemu-jemu. Sampai kadang-kadang dialog dalam katun tu pun dia hafal dah. Apa taknya ari-ari dok mengadap. Siang malam dok tanya ada tak katun Upin Ipin. Kadang-kadang terpakse kelentong kata Upin Ipin tak balik sekolah lagi kang tengahari baru ada. Yela pagi-pagi buta nak tengok Upin Ipin. Malam pun sama gak, adoiii...."Upin ngan Ipin tido dah sayang...sok dia nak bangun pagi-pagi, nak pi sekolah".

Sekian, Wassalam...

p/s: Baby Hafiy asal dia bangun je, nak ajak bersembang so kena layan dia sat. Nanti petang sket baru bley BW ye...

Thursday, September 19, 2013

.: Suka Tengok Abang Buat Homework :.

Assalamualaikum...





Ni pun salah satu feberet Fawwaz. Suka sangat tengok bila Firas buat homework atau susun buku tuk sekolah soknya. Nanti dia beleklah buku abang dia. Konon-konon nak bacalah. Bila abang dia buat homework pulak nanti dia akan tanya abang dia ni apa, tu apa.... Kadang kalau abang dia dok kaler. Dia jadi tukang komplen. "Pasai pe abang kaler tak banyak-banyak?". Ha lah kaler cincai je, tu kadang aku kata kat Firas "kaler tu bagilah cantik-cantik sket". So, bila adik dia komplen barulah dia kaler betul-betul. Bagus jugak ada tukang komplen ni hihi... mudah sekt keje aku.


Sekian, Wassalam...


Thursday, September 5, 2013

.: Abang-Abang Yang Cerdik :.

Assalamualaikum....



Memang cerdik sangat. Dalam tempoh aku cuti panjang ni, ada pulak baby Hafiy, Fawwaz memang tido lambat. Kadang-kadang mood dia tak berapa baik, mungkin sebab ada adik baru kan. So, dia suka layan game kat tab, sampailah dia mengantok nak tido. 

Bila aku dah terlelap sambil dok nenen Hafiy, kalau Fawwaz nak terkencing dia akan pi sendiri ke bilik air. Aku mang pasang je lampu bilik air dalam bilik tu sebab ada baby kecik bagi ada cahaya sket. Lagi pulak nak senangkan aku bila tukar pampers Hafiy malam-malam. Takdelah teraba-raba dalam gelap.

Mula-mula cam tak caya, aku saja buat-buat tido, nampaklah dia dok ulang alik dalam bilik tu. Tup-tup dengar ada bunyik air dalam bilik air. "ishh... Fawwaz ni buat pe? kencing ke?". Bila dia balik kat tempat tido dia, dia tak pakai seluar. So, mang confirmlah dia kencing.

Kagum jugaklah sebab dia tak kejut aku pun, mungkin dia fikir "ibu tengah nenen Hafiy, sian kat ibu..". Dalam hati aku kata, "berani jugaklah dak Fawwaz ni". Bukan apa, kalau siang hari nak pi kencing kena teman sampai bilik air, siap suh basuh kencing bagai. Cuma basuh yak je dia basuh sendiri. Tapi bila malam bley pulak dia berdikari. Sebenarnya boleh je tapi saja nak bermanja ngan ibu la tu....


Time 3.00 - 4.00 petang pulak adalah time aku ngan Hafiy golek-golek ye, merehatkan badan hihihi. Tu pun pas aku tunggu Firas balik sekolah, tukar baju, bagi makan siap-siap. So, dalam jangka masa tu aku mang amanahkan kat Firas tuk jaga Fawwaz. Main toksah gaduh-gaduh, toksah sepah-sepah umah. Dah main kemas balik. Mang dia buat, kalau Fawwaz nak buang air dia akan teman. Alhamdulillah, mudah sket kerja aku sebab anak-anak boleh diharap.


Sekian, Wassalam...




Friday, August 30, 2013

.: Kaler Ajaib :.

Assalamualaikum...

Masa bulan puasa aritu Firas ada bagitau kat aku ngan hubby, masa kat sekolah dia buat kad Selamat Hari Raya. Cikgu dia ajar. So, sebab tak siap lagi dia bawaklah balik kad tu tuk buat kat rumah. 

Firas : Ibu takde ke Kaler Ajaib macam cikgu punya tu?
Ibu : Hah?, #sambildokpikir. Kaler ajaib?, kaler ape tu??. Ayah tau ke kaler ajaib ape yang cikgu guna tu?
Ayah : Hahahaha! ibu ni apalah.... Magic Colour lah tu.
Ibu : Kikiki....! 

Jarang-jarang orang kata "Kaler Ajaib". Selalu aku kata "Kaler Magik" je. Tu yang bila anak tanya aku jadi blur. 




Sekian, Wassalam....


Monday, August 26, 2013

.: Oh! My Hero! :.

Assalamualaikum....

Dalam tempoh aku cuti bersalin ni mungkin banyak perkembangan anak-anak yang aku update kat blog ni sebab setiap saat dan setiap masa aku disamping diaorang ni, so mana yang aku rasa nak share kat blog ni aku share le ye, so sila jangan menyampah hihihi....

Nanti bila dah start keje tak taulah sempat ke tak aku nak update strorimori ni. Rasanya kena buat autopublish kot. Iyelah masa aku ngan anak-anak kalau time keje mang terhad, malam berapa jam je nak bersama dan layan anak-anak. Tengok jam dah nak pukul 10 malam. Time tu adalah time tido tuk Firas sebab sok tu dia skola. Kalau selagi aku tak tido mang dia takmo tido tu yang susah. Cuma kalau dia dah tertido kat depan tv tu senang sket la keje aku. Bley tido lewat sket, paling lewat pun takde la sampai kui 12. Siap buat keje umah semua aku tidolah. Tu nak layan baby kecik ngan baby besar lagi.... Baby besar kena jaga jugak kot dia sentap nanti, takmo kawan pulak. 

Ok kali ni nak share picture anak-anak aku, tak penah lagi kot aku update gambar diaorang bertiga. Ni baru ada kesempatan nak buh kat blog. Bley jugak diabadikan bila diaorang besar nanti.








Sayang sangat diaorang kat baby Hafiy ni. Pantang kalau Hafiy bangun, dua-dua dok berebut nak kiss baby, nak sembang ngan baby. Kadang-kadang sampai bergaduh. Aku pulak yang pening. Isshhh... payah jugak. Si Fawwaz ni dia kedekut sket, selalu tak bagi Firas join sekali. Dah pastu merajuklah. Kalau bley dia sorang je yang ngadap Hafiy. Ermmm....

Sekian, Wassalam...

Wednesday, July 17, 2013

.: FIRAS dan PUASA :.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dah sampai Ramadhan ke 8 ye umat islam berpuasa,
Tapi bagi aku yang masih dalam tempoh berpantang, rugi pulak bila tak dapat join sekali puasa kali ni,
Apapun puasa tetap kena ganti kan.....?, 

Alhamdulillah jugak Firas dapat melaksanakan puasa dengan baik, 
Walaupun baru 7 tahun, dia dapat menahan lapar ngan dahaga tu,
Terkejut jugak aku sebenarnya, sebab tak sangka yang dia boleh jugak puasa sampai ke petang,
Adalah masa hari pertama ngan kedua tu tak sampai waktu berbuka lagi dia dah tak tahan,
So, bagi dia bukak pose area kul 7 petang tu, berdosakan paksa anak puasa kalau dia dah tak larat, lagipun baru ajar dia  puasa dengan betul-betul tahun ni.

Kagum jugak ngan hubby sebab dia dapat uruskan semuanya tanpa bantuan aku,
Bab-bab bukak puasa ngan sahur mang hubby yang handle,
Termasuk ngan juadah bukak puasa, mang ku serah abis kat dia,
Bangun tuk sahur pagi pun Firas tak liat nak bangun, bila ayah dia kejut, cepat je dia bangun,
Dia tau nak puasa kena bangun sahur. Bila dah berbuka puasa tu aku tanya kat Firas "best tak puasa?". Dia kata "best". Nampaklah kat muka dia, yag dia puas hati bila dapat bukak puasa pas sehari berpuasa.
Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya dikala aku dalam tempoh berpantang.


Sekian, Wassalam.....




Monday, April 22, 2013

.: Kasut Sekolah :.

Assalamualaikum....


Kasut sekolah dah cam kasut pi kebun,
Aku rase kasut pi kebun lagi cantik pe,
Baru sehari sekolah kasut dah itam legam (kedah ari ahad sekolah),
Pesan banyak kali dah, pi sekolah tuk belajar bukan main je,
Ni tak asal rehat je, dok berkejaran. Melompat sana, melompat sini.
Tu pun aku yang tanya pasal pe kasut kotor sangat.

Balik je sekolah semalam, Firas bagitau "ibu arini kasut Firas tak kotor sangat...",
Yelah tu...  aku rase sama je....

Normallah kot bagi budak-budak yang baru masuk darjah satu.
Aku tak marah pun sebab, diorang ni pun kadang-kadang masih belum boleh berfikir sangat.
Mungkin bila dah naik darjah 2-6 tu ok sket kot.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: IkatanKu ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:: Muhammad Firas Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Fawwaz Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Hafiy Firdaus ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Labels

anak-anak famili tentang aku fawwaz Muhammad Hafiy Firdaus wordless wednesday Firas giveaway kerjaya ragam anak-anak jalan-jalan segmen blog mengandung hari raya blog memori terindah birthday blogwalking apa-apa je nuffnang perkembangan terkini Hafiy mutiara kata kursus novel renungan review blog churpchurp doa CPUV Nuffnang puasa 1st Giveaway jalan-jalan cari makan pemeriksaan ibu mengandung tip didik anak pulau pinang rumahku Contest GA Hadiah Menang anak yang cerdik demam campak ibu berpantang mak mertua perkembangan hafiy pertukaran petua Hadiah GA aksi anak balik kampung banding lakeside inn belajar membaca demam hari lahir info sihat makan-makan motivasi diri pemeriksaan anak di klinik solat tesco Mini GA anniversary artis bergaduh buat baju kurung cuti sekolah cuti-cuti melaka hadiah birthday hari inovasi header kami keywords kucing makanan masak-masak peperiksaan KPSL Gred N27 pregnant rezeki sahabat blog shopping raya tak sihat 6 Mei 2013 Cuti Umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bantuan Rakyat 1Malaysia Bersalin BonusLink Caesarean Carta Jantina Anak Lelaki atau Perempuan Carta Mengenai Jantina Anak Dan Usia Ibu Doa ketika bayi dalam kandungan Hanif Idrus Ibu dan bayi KFC Karya Seni Kawalan Komuniti Taman Kelahiran Normal MH370 Pengomen Setia Permohonan Bertukar Sekolah Perodua Kancil Potong Rambut Siti Nurhaliza Slot Zehra TV3 Tahun Baru Cina alat permainan anak lelaki anak perempuan annual dinner awal muharram baby berkatalah yang baik-baik kepada anak-anak blog ana suzana camana nak buat bila anak-anak bergaduh celoteh MJ doa akhir tahun doa awal tahun doa untuk anak-anak follower free diapers hari ibu hati hobi http://tengkubutang.blogspot.com i-city irma hasmie jamu lepas bersalin jamu ratus warisan plus jatuh jenis-jenis makanan semasa berpantang kaki novel kek karemel coklat moist kenduri kesyukuran keputusan peperiksaan KPSL Gred N27 tahun 2013 kesihatan khasiat buah kurma kpsl 27 lesen memandu lirik lagu luahan mak mengajar anak tidur sendiri persiapan hari raya rabun silau rezeki Allah pelbagai cara riadah petang sahabat sambutan hari merdeka samsung galaxy S2 sekolah sekolah baru sekolah darjah satu terima kasih tip cantik tip sihat top entry top post tupperware ulangtahun perkahwinan wayang 10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara 10 bulan 1000 posts 13 jam A380 33 minggu 8 bulan Aeril Zafrel Air Zam Zam Al- Fatihah Amalan Meminum Air Zam Zam Anuar Zain Awal BE BL1M BMI BORANG Permohonan BR1M 2014 BRIM 2.0 Bangunan MPSP Bayaran Hasil Beris Lake Vineyard Best Friend Forever Best Vacation Photo Beto Kusyairy Big Box Pizza Hut Bila Blogger Jadi Maid Blog Sepet Borang Permohonan BL1M Online Borang Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia Bukit Merah Laketown Resot CMart Sungai Petani COLA Camera360 Cerita Perodua Anda? Cheezy Wedges Cinta Jannah TV3 Cintai Isteri City of digital lights Doa memohon zuriat dan anak yang soleh Donut buatan sendiri Drama Cinta Jangan Pergi TV9 Electric Multifunction Pressure Cooker Evelyn Rose Fajar Pakeer Felinna GA IntaNBerliaN Gangnam Style HTC One V Hanya PadaMu Hubby Ikan sepat goreng Inilah Realiti Bukan Fantasi IntaNBerlian Internet tanpa had Istana Negara Jamuan Hari Raya KGT KSSR Kartun Upin Ipin Kenaikan Gaji Tahunan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Khasiat Air Zam Zam bagi Ibu yang Mengandung Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung Kuih Donut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Ladang Anggur Beris Majalah PaMa Mak Dara Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 MalaysianCubprix Maulidur Rasul Melur Jelita Menang Top komen Motor Cubprix Batu Kawan Muharram Mums n Kids Fair My Precious Iris Nabi Muhammad SAW Nelydia Senrose P1 PC Fair Pagi yang nyaman Panggil Aku Kiah Paul Walker Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Penjawat Awam Permohonan BR1M 2014 Permohonan BR1M 2014 secara online Persiapan Menyambut Bayi Baru Petua Mengandung Petua Mudah Mengandung Pilihanraya Pizza Hut Pizza roti Program 1Karisma Punca nafas berbunyi Putu Mayam Rumah P. Ramlee SKT tahun 2014 Sabahat Baik Sekolah Kebangsaan Tikam Batu Senarai Semak Kelengkapan Bayi Baru Shopping online Sik SimplySiti Sinopsis Cinta Jannah Sinopsis drama Cinta Jangan Pergi Slot Akasia TV3 Spongebob Star Max Technology Tahun baru 2014 Terus Cintai Aku The Fast and The Furious The Wedding Breaker Top Komen Tugu Negara Upin Ipin Zati Mohd adrianna syaz aircond akar fatimah altimet amalan penambahan rezeki amalan ucap terima kasih amanda misbun anak anugerah Allah anak isap jari anak kembar anak pandai membaca anak rajin solat anak yang nakal anak yang soleh anonymous anugerah apa itu hernia apa itu ujian pap smear apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa berpantang arabian night arnab asingkan anak tidur dari ibu bapa autumnz awak suka saya tak? awi rafael ayat kursi badan tak selesa bagaimana nak mengajar erti tanggungjawab pada anak-anak bahagia baju printed bakul balck out bancaan bantuan sara hidup barangan elektrik barangan online basikal baru baskin robbins batuk beg beg duit belajar berpuasa beli barang secara online berbudi bahasa berkelah di Pantai berkelah di Pantai Batu Feringgi berkhatan berpantang sendiri bersangka baik dengan orang lain bertukar ke jabatan lain berurut selepas bersalin. biar lambat asalkan selamat bila anak-anak bertanya blocking colour blueberry cheese buah langsat buah manggis buang air besar bubur keladi budak yang cerdik buku merah buku prima bulan ramadhan burger burger yang simple cabaran candy crush saga cara berpantang cara mengatasi anak yang nakal cara-cara untuk free diaper cars cash out nuffnang cat jotun cat rumah ceeranoh.com cerdik cerita hari raya 2013 cerita kegemaran check nuffnang check up bulanan cheese cheese meleleh cheesekut cicak colour congratulation coolblog cuaca panas cucu perempuan cucuk 6 bulan cucuk untuk dua bulan cukur kepala cup cake cuti damansara intan demam kuning diapers dinner doa angin ahmar doa bahagia suami isteri doa ketika hendak bersalin doa ketika hujan doa menghindarkan diri dari sihir doa minum air zam zam doa pengikat kasih sayang suami isteri doktor dugaan durian crepe email entri entri blog ephyra fasha sandha bersanding free diaper frozen gadis pecinta pink game transport games ganjaran isteri memasak untuk suami dan anak-anak gastrik google analytics google chrome gunting rambut gusti hadiah hari guru hantu hari graduasi tabika kemas tahun 2012 hari pertama sekolah di tahun 2013 hari potensi tabika kemas parlimen sungai petani hati mudah terasa hati tak bahagia hello mr. perfect hernia hidung tersumbat? Fawwaz hikmah keluarga bahagia hisap jari homework http://atienstory.blogspot.com http://ayuinsyirah.blogspot.com http://botak-gambus.blogspot.com http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ http://herba-tihara.blogspot.com http://ihaveasweetsmile.blogspot.com http://mylovekasih.blogspot.com http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com http://normj1001.blogspot.com http://sayangkudinadania.blogspot.com/ http://staibaqhang.com http://summerkisseswinterrain.blogspot.com http://tengkubutang.blogspot.com/ http://www.google.com/analytics hubungan menantu dengan mak mertua hujan i-city snowalk ikatan yang rapat antara anak dan ibu iklan jawatan kosong impian dan harapan 2014 integriti internet isap jari istighfar jahit baju jahit kain langsir jeli jeli nona jimat cermat jimmy palikat jiran setaman johan kad ATM kad raya kalau aku kaya kalau memang harus bagitu kampung sungai raba kampungku kanser servik kapur kasut kartun frozen kasut sekolah kata-kata hikmah kebersihan vagina selepas bersalin keburukan bagi bayi yang hisap jari kedah kehamilan kek coklat kukus kek coklat strawberry kek keju oreo kek oren kelas mengaji kelebihan ephyra kelebihan istighfar keluarga iskandar kenangan kencing kotor dan kesannya pada wanita hamil keretaku kerja isteri kesan pegambilan jamu ratus warisan plus khasiat akar fatimah khasiat jamu kira berat badan ideal kiraan BMI kisah gigi klinik pakar kanak-kanak Harcharan Sungai Petani kreativiti anak-anak kuih dangai kuih koci kuih pak tunku kuning telur kurma baik semasa berpantang kurus langgar latihan legolang malaysia lirik Ketulusan Hati lirik lagu anak kampung lirik lagu kalau aku kaya loghat utara maal hijrah magic colour main-main majlis perpisahan mak mertua terbaik makanan berkhasiat ketika mengandung makanan berkhasiat semasa berpantang makanan kegemaran makanan pejal bagi bayi 6 bulan ke atas makku yang tersayang malu malware sms manjaku baby centre sungai petani masak di hari raya masak untuk suami masakan mak mee udang pulau sayak memanjat memey bertudung memilih makanan menang teka-teki menanti saat bersalin mengajar anak-anak belajar mengigau semasa tidur menguji minda anak-anak meniarap menjaga orang sakit menyusu anak merajuk merancang sendiri merangkak mercun merdeka mini contest minum air gula minum malam minyak minyak naik harga misteri surat Al- Fatihah monster inc monster university mood shopping motivasi muara hati muntah murai nabila biela nakal nasi ayam goreng nasi kerabu novel Sebenarnya Saya Isteri Dia nugget nurul akad nikah nurul dan eric deep office operation oreo better together oscar oasis panduan sendawakan bayi selepas menyusu panggilan emak pantai merdeka pap smear pawagam pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2013 pekembangan bayi di usia dua bulan pemandu kereta pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah sistem saraan malaysia pemilihan nama anak yang baik dalam islam pencerobohan di sabah pengalaman bersalin pengantin pening penyedut hingus penyusuan susu ibu peperiksaan akhir tahun peribadi perikemanusiaan periuk periuk pelbagai guna perkembanga terkini anak-anak perkembangan anak-anak perkembangan bayi perkembangan bayi 5 bulan perkembangan fetus 22 minggu perkembangan fetus 24 minggu perkembangan fetus 30 minggu perkembangan fetus 36 minggu perkembangan ketika mengandung perodua persiapan melahirkan anak persiapan sekolah personaliti anak kedua personaliti anak pertama pertama kali memandu kereta pertukaran tempat bertugas pesanan pesta pesta pulau pinang petua kulit bayi bersih petua mengetahui jantina anak petua selsema dan batuk pewangi baju pil perancang pondok-pondok posts power bank prego keju & herbs pretzels puasa ganti puding roti coklat punca bayi hisap jari punca hernia punca telinga berair puzzle quality time rambut rantai tangan resepi resepi cheesekut resepi kek coklat resepi kek oren resepi koktail buah resepi kuih inti sardin resepi nasi ayam goreng resepi puding roti resepi roti arab rezeki yang berkat ribut romper dan cloth diaper murah rosak roti roti arab sabah sahabat yang baik sakit di bahagian bawah abdomen ketika hamil sakit perut sakit telinga salam perpisahan salam takziah salindah saman traffik samsung sandiwara cinta sarang burung sardin satu barang satu ringgit sauce says sayur sayur tahan lama selamat hari raya selamat tahun baru 2014 selsema semasa berpantang senarai barisan kabinet persekutuan 2013 sendawakan bayi selepas menyusu service center samsung servis kereta servis laptop sesi persekolahan set manual breastpump autumnz shaklee shopping shopping online Hishop soalan mengenai kelahiran normal selepas caesarean softlan sos prego soya spageti status pertukaran super spontan surirumah susah nak tidur susu dutch lady 123 tahun baru 2012 tak boleh nak bukak blog sendiri taman perbandaran pulau pinang tambah rezeki tandas lelaki tandas perempuan tanggungjawab seorang isteri teka harga tekanan darah telefon telinga berair telur telur ayam telur ganjil temujanji dengan doktor tiada ubat batuk dan selsema untuk baby bawah setahun tidur sendiri tiga bulan tip asuh anak tip bila anak dah berusia 7 bulan ke atas tips anak tidur lena tips cairkan susu perahan tips gembira sepanjang hari tips kebersihan vagina tips mengurangkan sakit belakang tips untuk menangani adik-beradik yang bergaduh tiramisu tobasco tumbuh gigi tutorial letak button facebook tutorial scroll box untuk bloglist ubat batuk ubat selsema ujian minum air gula ujian pap smear village mall vita-lea shaklee walker wanita weekend wirid wanita hamil world children's day free screening og planes www.babycenter.com www.jpa.gov.my www.mialiana.com yes boss you drive you win youtube zaman sekolah zizan zoo bag zoo taiping and Night Safari