Showing posts with label Noodle. Show all posts
Showing posts with label Noodle. Show all posts

Saturday, July 9, 2011

Resepi Chili Con Carne.

Assalamualaikum wbt.

Sekarang saya sedang menonton Enchanted di TV2. Cerita ni saya dah tengok masa kat London dulu. Ni sajalah tengok lagi. Sambil tengok cerita, tangan menaip entry untuk hari Sabtu. Ada faedah juga kan. Berkongsi resepi dengan pembaca saya. Mana la tahu. Ada yang tergerak nak mencuba resepi baru hujung minggu ni.

Sedaaapp..!! nyum. nyum. ;D

Nama resepi hari ni Chili Con Carne. Saya tahu menu ni dari perbualan dengan Fatimah di YM. Saya tanya dia makan apa..? Fatimah bagitahu ummi ( Kak Siti) masak Chili Con Carne. Saya pun cepat-cepat Google nak tahu. Macamana rupa Chili Con Carne.

Oh... Ini ke rupanya. Nampak sedap. Mari kita cuba. ;)

Sebenarnya saya dah beli bahan untuk buat CCC (dasar malas nak menaip. haha) ni dua minggu lepas. Seru tak sampai lagi masa tu. Hari ni dalam duk kalut siapkan tempahan untuk Salimah, sempat lagi saya memasak CCC. Alhamdulillah, siap bekalan untuk seminggu. ;P

Inilah resepi yang saya nak kongsi bersama kalian semua. ;)


RESEPI CHILI CON CARNE.

Bahan-bahan :

500 gram daging cincang
3 biji bawang besar Holland dipotong dadu
3 biji bawang putih dimayang halus
3 biji tomato di potong dadu
1 biji cili benggala dipotong dadu
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar rempah kari daging
1 tin tomato cincang - saya guna sos spaghetti jenama Kimball
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 tin kacang merah dibuang air
1 kiub pati ayam
1 cawan air
Garam

Tambahan - saya terlebih bijak letak cheddar, mixed herbs dan oregano dalam kuah CCC. Saya suka. ;D

Resepi asal menggunakan serbuk kulit kayu manis. Pastu macam-macam la herbs yang lain. Bila ikut tekak melayu kita ganti je dengan serbuk kari. Kan sonang..! ;)

Cara-cara :

Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga garing. Masukkan cili kisar. Masak sehingga cili garing. Masukkan rempah kari. Kacau sampai semuanya sebati dan pecah minyak.

Masukkan daging cincang. Tuangkan air. Sambil kacau hancurkan daging dengan hujung senduk. 

Masukkan tomato yang didadu, sos tomato Kimball dan cili benggala. Masak dengan api perlahan.

Masukkan kiub ayam dan serbuk lada hitam. Kacau jangan sampai hangit. Nak tambah air dalam setengah cawan pun boleh. 

Akhir sekali masukkan kacang merah yang sudah ditoskan airnya. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

Kemudian boleh tutup api.

Chili Con Carne sedap dimakan dengan nasi, spaghetti, kentang goreng atau nak lagi western carilah chip jenama Doritos. Kat Malaysia takde. Saya pun belajar makan Doritos masa kat London. Sedap chip dia..! :(

Oklah, tak mau cakap panjang lagi. Cubalah sendiri ya. Tak rugi.Sebab... saya sendiri dah masak untuk bekalan selama seminggu. ------> Senang. Tak payah fikir nak masak apa selama seminggu. Hooyeaahh..!



Enchanted pun dah habis. Moh la kita tidur. ;)

Tuesday, March 15, 2011

Meatball in Tomato Sauce.

Assalamualaikum wbt.

Haaiii.... ~ ala.. ala... sleeping beauty yang tidur 100 tahun baru bangun. Ini versi tuan empunya blog yang malas nak menulis entry. Maafkan kami.~

Ini pun saya tulis sebab nak kongsikan resepi. 

Oh... so sweet..!! ;P

Dah lama saya cuba resepi Meatball in tomato sauce. Tak la lama mana pun. Hari Jumaat lepas. Nyum... Nyum... wallah. Seronoknya bila mood rajin masuk dapur datang sekali sekala. Masa ni lah saya akan gunakan semaksima yang baik untuk memasak. Bila mood memasak ala kadar sahaja. Menu brunch saya ialah biskut dengan air milo sementara tunggu petang nak turun bawah pilih mana satu restoren yang nak cuba. Bila tak sedap (baca: tak kena selera) mulalah komen tak sedap. Bla. bla. bla. Esok cari kedai lain pulak. Sampai la dah boring nak makan kat kedai. 

Resepi meatball. 5-7 orang makan.

500 gram daging cincang
2 biji bawang besar -dipotong dadu
3 ulas bawang putih -dicincang
1 biji telur-dipukul sedikit
3/4 cawan bread crumb
1 sudu besar mentega
1/2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh rosemary
1 sudu teh oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam

Cara -cara :

Gaulkan kesemua bahan di atas sehingga sebati dan mesra. Bentukkan menjadi bebola sebesar bola ping pong. Pastikan anda kepal dengan sebaiknya untuk mengelakkan bebola terlerai ketika dibakar.

Siap kesemua adunan bebola. Bolehlah dibakar dalam oven selama 20 minit dengan suhu 170 'C atau digoreng di atas kuali dengan kadar minyak yang sedikit selama 10 min. Syarat tak nak melekat. Jika ada kuali non stick lebih baik. Amalkan gaya memasak yang sihat. ;)

Sambil menunggu bebola daging masak. Boleh lah disediakan kuah tomato.

Bahan-bahan :

1 mangkuk tomato cincang/dadu, anggaran 3-5 biji tomato- kalau jumpa tomato soup dalam tin yang siap ada creamer tu lagi best. sedap.
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 biji bawang putih dicincang halus
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
1/2 cawan tomato paste
2 sudu besar oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 cawan air - boleh tambah air kalau rasa kuah pekat sangat.
minyak untuk menumis

untuk dibakar :

parmesen cheese 
mozarella cheese

Cara-cara :

Tumiskan bawang sampai garing. Masukkan cili kisar. Tunggu sampai cili garing. Masukkan sos tiram, cili dan tomato paste. Kacau sampai sebati.

Masukkan tomato cincang atau tomato soup. Kacau sampai mendidih. 

Masukkan serbuk lada hitam, oregano dan garam. Rasa secukupnya. Cukup masin, masam dan pedas. Boleh tutup api.

Alihkan sos tomato dalam bekas yang tahan panas. Susun bebola daging dan taburkan cheese.

Bakar dengan suhu 180'C selama 20 minit sehingga cheese bertukar kekuningan atau garing keemasan.

Boleh di hidang dengan spaghetti atau dimakan dengan roti macam Subway. Waahhh.. terliur lah pulak saya malam-malam ni. Gullpp..!!





Selamat mencuba ya kawan-kawan..!!


Friday, October 29, 2010

Mee.Goreng.Basah.

Assalamualaikum.


Ini.sarapan.pagi.di.Bradford.

Memang.macam.makan.kedai.

Tabik.spring.kat.Kak.Zue.

Pelajaran.buat.saya.juga.

=)


Thursday, August 19, 2010

Mee Kari.

Assalamualaikum wbt...




Semalam kami berbuka dengan Mee Kari Sedap. Tak tipu. Memang sedap. Bagi saya dan mereka yang pernah rasa dan komen sedap la. ehee. Dah 3 tahun di sini. Sejak kali pertama bekerja untuk keluarga Kak Ct, dia dah bagitahu. Resepi Mee Kari ni sedap. Rasanya kalau tetamu datang berkunjung ke rumah. Antara menu yang dihidangkan ialah Mee Kari. Mesti guna resepi ni. Tak pernah tukar atau saja-saja nak cari resepi lain. Dah memang jatuh chenta dengan resepi ni. Senang pun senang. Sedap tu berdasarkan mereka yang dah rasa. Belum rasa kena cuba lah sendiri.

Meh nak kongsi dengan korang. Resepi Mee Kari Sedap.


Bismillahirrahmanirrahim....


Mee kari Sedap ( hidangan untuk 6-7 orang dewasa )


Bahan-bahan :

300 gram mee kuning (dicelur dan ditoskan)
1/2 kg kerang (direbus dan dikupas kulitnya)
20 ekor udang sederhana besar
1 mangkuk isi ayam
2 keping fishcake dipotong nipis / 10 biji bebola ikan (dibelah dua)
2 cawan santan pekat
2 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah kari daging
3 cawan air rebusan udang
3 tangkai daun kesum
2 tangkai daun kari
1 ketul kiub ayam
Garam secukup rasa


Untuk hiasan - telur rebus, tauhu goreng, sawi celur, taugeh, cili merah, lemon/limau kasturi, timun, daun sup dan bawang goreng. 

Tak ada semua bahan pun tak apa. Bergantung apa yang ada dalam peti ais pun boleh jadi.


Cara-cara menyediakan :


1.  Buang kulit udang dan bersihkan. Selawat. Rebus kulit udang dengan 3 cawan air. Air rebusan udang digunakan sebagai pemanis kuah.

2.  Potong ayam mengikut citarasa anda. Sebaik-baiknya seketul sekali suap kan. Tak payah dah nak potong-potong lagi. Potong fishcake atau fishball. 

3.  Bawang merah dan bawang putih ditumbuk atau kisar untuk menumis.

4. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawnag putih sehingga garing. Masukkan rempah kari. Kacau sehingga naik minyak. Masukkan cili kering. Tunggu sehingga cili garing. Lebih kurang 10 minit dengan api sederhana.

5.  Masukkan ayam. Kacau sehingga separuh masak isi ayam. Kemudian masukkan santan. Apabila telah naik bau (lebih kurang 10 min). Masukkan fishball/fishcake, udang dan kerang. 

6.  Masukkan air rebusan udang. Tambah air mengikut citarasa anda. Dua atau tiga cawan. Bergantung kepada kepekatan kuah. 

7.  Masukkan daun kesum dan daun kari sebagai penambah rasa. Saya rasa ini yang membuatkan mee kari sedap (eceehh) ini lain dari yang lain. Rasa daun kesum dan daun kari membuatkan mee ni sedap bagi saya.

8.  Masukkan garam mengikut citarasa anda. Tak lupa kiub ayam. Kacau sehingga mendidih. Kemudian bolehlah ditutup api.


Semasa menghidang boleh ditabur dengan ulam hiasan. Kalau tak makan tak perlu bubuh. Ambil yang dimakan sajalah kan.


Psssttt... bila dirujuk Mee Kari tok guru. Rupanya Mee Kari saya tahap sempoi ja. hikhiikk.




Selamat mencuba ya.

=)

Resepi diambil dari buku masakan Praktikal (sapa pernah belajar di Uk atau Eire mesti ada buku ni. ) keluaran khas untuk masakan di UK dan Eire yang dah lunyai. Memang praktikal sungguh. :)


Thursday, January 21, 2010

Laksa Kuah Putih D'London...


Teringat kisah dulu masa mengajar di SRIQ, Kuala Terengganu. Kami guru-guru perempuan kalau buat jamuan atau makan-makan suka buat Laksa Kuah Putih ni sebab SENANG. Masing-masing akan bawak sorang satu bahan. Sampai sekolah bancuh dengan air panas. Laksa beli yang siap dah dicelur di Pasar Besar Bukit Besar.


Nak jadi tergelaknya, kami cikgu-cikgu yang bukan asal Pantai Timur akan makan guna sudu. Cikgu-cikgu lain semua makan pakai tangan. Siap menjilat jari lagi. Hehe. Lagi satu kami buat macam makan laksa penang. Kuah nak banyak. Memang tak masyuuukk betul ;D

Ini resepi Laksa Kuah Putih versi D'London ye kawan-kawan. Memang tak serupa dengan yang ada di Malaysia la kan. Saya pakai ulam yang ada di dapur saja. MUDAH. SENANG. SEDAP JUGAK. Weeeiii, masuk lif tekan sendiri nampak ;P

Bahan-bahan:

1 paket laksa - celur
3 tin sardin tuna saiz kecil - kisar
1 inci halia - diketuk
1 biji bawang besar - kisar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
5-6 keping asam keping
2/3 cawan air
garam secukup rasa

ulam- timun, lemon, bawang besar.
sambal dan belacan bakar.


Pssttt... saya ngelat. pakai sambal belacan yang akhi fauzi buat banyak-banyak. :D

Cara-cara:

Jerang air sehingga mendidih. Masukkan ikan dan bawang yang dikisar. Kacau seketika.

Dah mendidih, masukkan kesemua bahan lain dan tunggu sehingga mendidih.

Hidangkan bersama ulam, sambal dan belacan bakar.

Perhatian... Perhatian...

*Masak dengan api sederhana untuk mengelakkan santan berketul ye.

Kang tak pasal-pasal ada yang buang sesaja kuah sebab tak jadi. Nanges kuah tu nanti. uhuukk.. uhukk..!!

;D