Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Resepi Bread Butter Pudding.

Assalamualaikum wbt...





Tu diaaa... resepi dah datang. Jeng... Jeng... Jeengg..! heh.


Kesian pada adik-adik dan kawan-kawan yang menunggu. Mana la resepi tak muncul-muncul lagi ni. Dah suruh Google sendiri. Hampa tak mau. Manja sangat neh. Nak jugak resepi derhaka dari ahkak hampa. Terima kasih kerana sabar menunggu. Eceee.


Dah.. dah.. tak yah merapu banyak. Malu nanti tau. Sekarang bila jumpa customer. Ada yang baya-baya mak saya baca blog ni. Tu diaaa.. Saya malu-malu kucheng. Dush... dusshh! Blog ni kan dulu merapu ja panjang. Ilmunya sikit ja. hihii. 


Bismillahirrahmanirrahim...


Resepi Bread Butter Pudding ni saya dah olah dari merata entry blog yang saya baca. Biasalah... baca entry ni nampak best. Baca entry tu pun nampak best jugak. Jadi mari kita bergabung.. bergabung meletup. Eh!







RESEPI BREAD BUTTER PUDDING. (versi derhaka)

Resepi asal - klik sini


BAHAN A 


10 keping roti Butterscotch Gardenia
butter Anchor Salted secukupnya
Kismis ikut suka nak banyak mana
Choc chip ikut suka nak banyak mana
Serbuk kulit kayu manis kalau suka

* 'apasal bahan ko takde kuantiti ma?'

  ' sebab saya main ikut soka hati ja letak. tak ikut pun resepi' 

Kalau nak ikut kuantiti boleh rujuk resepi asal. ni kan resepi derhaka. 


BAHAN B


1 liter fresh milk ( saya campur fresh milk + whipping cream Anchor + susu cair)
200 gram gula kastor ( boleh kurangkan jika tak suka manis sebab roti dah manis)
10 biji telur 
1 sudu teh esen vanilla


CARA VERSI DERHAKA.


Pertama - sapukan butter pada sekeliling loyang. Sapu sikit-sikit ja. Saya guna loyang 9 inc. Korang takde loyang 9 inc takpe. Jangan gelabah. Guna je loyang apa yang ada. Bulat ka. Segi empat ka. Asal tak bocor sudah!


Dua - Sapukan butter pada setiap keping roti. Saya silap. Pakai butter salted. Jadi hasilnya masin sikit. Masin sedap. Dia jadi lemak-lemak masin. Hentam ja lah. Dah nama derhaka kan. Pakai apa yang ada ja dalam peti ais tu. Lepas tu potong roti jadi bentuk tiga segi. Nak senang. Susun roti tu banyak-banyak. Potong sekaligus. Zaapp.. siap.!


Sebelum korang tanya. Meh saya nak bagitahu siap-siap. Tak kisah nak guna roti jenama apa na. Saya guna Butterscotch Gardenia. Kalau korang ada roti biasa pun boleh. Hasilnya tentulah tak sama na. Dah nama adik beradik tapi tak sama rasa. Buat dan rasa sendiri.


Tiga - Susun roti tu bertindih-tindih.. Nak susun ikut suka pun boleh. Tak kisah pun sebenarnya. Sebab nanti bukannya boleh nampak susun tu cantik lepas dibakar. Sambil susun boleh tabur kismis dan choc chip. Bagi saya la kan.. Kalau suka choc chip, kurangkan gula dalam bahan. Sebab choc chip yang saya letak manis. Dia kacau rasa bread butter pudding tu. Manis sangat. Sedangkan saya guna semi sweet choc chip je tu. Mungkin sebab saya suka hati ja tabur choc chip. Naahh.. rasakan la kemanisan choc chip di merata tempat. heh! 


* Saya tak suka serbuk kulit kayu manis. Jadi saya tak letak. Korang suka. Boleh la letak sikit-sikit. Sikit je tau. Jangan memandai nak tunjuk terer derhaka terlebih. ~Eceh.. pandai pulak marah ye!~ 


Buat sampai habis semua roti tu.


Empat - untuk bahan B yang akan jadi pudding. Dalam hati mesti kata, 'Banyak giler telur' 'Tak nak ah buat. Nanti gemuk!' haha. Rugi weii tak buat. Saya bagi dekat kawan. Dia kata sedap sangat. Nak order pulak. Sebenarnya kan.. kalau fikir logik bagi mereka yang berfikir. Takkan la korang nak hadap 1 loyang tu sorang diri. Tak habis pun. Tak mungkin dapat habiskan sorang-sorang. Makan sikit dah kenyang. Saya makan sepotong ja. Tak boleh dah masuk lagi. Kenyang sangat. 1 loyang tu saya potong-potong dapat 3 bekas aluminium foil macam saya jual lasagna. Satu bagi kawan. Satu bagi kakak. Satu saya punya. Tu pun kan, seminggu baru habis. 


Jadi jangan la risau dengan telur yang banyak. Bukan korang makan semua. 


Untuk bahan B campurkan semua bahan dalam satu bekas. Kacau sampai sebati. Korang tengok bahan saya jangan pulak nak cari semua yang saya pakai tu. Naya pulak satgi nak pegi beli. Saya sebab bahan-bahan tu dah ada kat rumah. Jadi saya sarankan korang guna susu cair. Lemak berkrim disukai ramai. 

Dah sebati.. tuang adunan atas lapisan roti. Saya tapis. Korang pun tapis la jugak eh. Ikut tok guru. Jangan derhaka. Nanti saya rotan! :P


Sebenarnya... bila kita tapis, pusat telur yang ada akan tertinggal dekat penapis. Pusat telur tu yang buat rasa hanyir kalau guna telur yang banyak. Bukan saja suka suki suruh tapis.


Dah habis tuang, letakkan butter atas adunan. Butter ni yang akan bagi bread pudding kita berwarna keemasan. Mengancam. Pastu, biar sekejap roti dan adunan kastard berendam sampai lembut.


Masa ni nak panaskan oven boleh dah. Tunggu 10 minit baru masukkan loyang.


KAEDAH MEMBAKAR. 


Saya gunakan suhu 165 darjah dengan kaedah water bath. Letakkan loyang dalam loyang yang berisi air panas. Bakar selama 1 jam 15 min. Bergantung pada oven masing. Kalau korang buat setengah adunan jangan pulak bakar sama masa dengan saya. Confirm-confirm tak sama. Cuba sendiri na.


Nak habaq jugak lagi.. Kut ada yang nak tanya. ' kak.. rumah saya tak dak oven. Boleh dak nak kukus?' Saya tak pernah cuba. Apa kata hampa cuba. Pastu habaq kat kami na. 


VANILLA SAUCE

BAHAN A

1 liter fresh milk ( saya guna 500 ml fresh milk + 500 ml Anchor whipping cream )
200 gram gula kastor ( nak kurangkan pun boleh )
1/2 sudu teh esen vanilla


BAHAN B

40 gram tepung kastard
250 gram air


CARA-CARA 

Pertama - panaskan bahan A sampai mendidih. Api jaga naaa. Jangan kuat sangat. Nanti hangit. Kena sabaq sikit. 

Kedua - sambil tunggu susu mendidih. Bancuh kastard dengan air. Kacau. Bila susu dah mendidih, masukkan bancuhan kastard. 


Kacau sampai likat. Jangan likat sangat tau. Sedang-sedang ja.


Dah siap semua. Boleh dah hidang. Nak makan masa panas pun sedap. Makan masa sejuk pun sedap. Dua-dua saya dah cuba. Dua-dua saya suka. 



Masa makan tu kan.. sempat lagi berangan. Kan best kalau letak kacang badam ka. Walnut ka. Pecan ka. Mesti sedap sambil kunyah roti yang lembut dengan kacang ranggup. Krup.. kraakk.. Krup kraakk. Berangan je la. Nak buat malas dah sebab yang ada tu pun dah sedap sangat. Lain kali ah cuba versi derhaka baru. 






Dah.. apa tunggu lagi. Pi beli barang lekaih. Cuba. Tak rugi. Saya jamin sedap.


Ehhh... lupa nak bagitahu. Masa masak tu jangan la diam ja. Selawat banyak-banyak. Zikir banyak-banyak. Doa banyak-banyak. Bagi bread pudding hampa sedap meletop sampai ngigau orang makan. 


Selamat mencuba! 


Thursday, February 21, 2013

Hai Tiramisu Milo Tabur...!

Assalamualaikum wbt...




Tiramisu ni dah selamat setel untuk Kak Nab sekeluarga. Alhamdulillah... semua orang suka.


Untuk jualan saya tak berani lagi nak buat. Kecuali... (baca 12 harakat) pelanggan saya tak kisah pasal harga.


Alasannya sebab saya guna Cream Cheese - Mascarpone - Dairy Whipping Cream Anchor. Naaahh... sapa tahu harga barang ni, mesti boleh agak berapa harga sebekas Tiramisu di atas. :)


Berbaloi untuk saya buat sebab untuk 2 biji kek ( Opera dan Tiramisu) dan 2 pack Durian Crepe saya dapat sepasang kasut Clarks dari London. hihi.


Mungkin saya kena adjust resepi untuk dapat jual dengan harga murah. Tunggu la nanti, kedatangan Tiramisu sedap versi murah.


Ting...!!!


Eehhh... bukan laa. Silap muzik latar.


Kaachinngg...!!!



Wednesday, May 9, 2012

Bila hujan, perut pun pandai minta di isi.

Assalamualaikum wbt.

Tempat saya tengah hujan lebat. Ehh.. kejap nak jenguk luar.

Tak lebat sangat. Nampak dah bangunan. Tadi ya. Hujan lebat sampai tak nampak bangunan. Tu belum masuk petir dan guruh. Bersilih ganti.

Sebenarnya mata ni ngantuk. Dah kekenyangan makan kuah durian cecah roti. ~nyum.. nyumm~

Nak elakkan mata terkatup, meh la saya taip sebaris dua ayat. Sekejap lagi dah masuk Maghrib.


Resepi Kuah Durian Campak-Campak.
 


Bahan utama semestinya durian. Takde durian tak jadi kuah durian. ;)

Bahan sampingan - santan, air, daun pandan, gula dan secubit garam.

Cara - Campurkan semua. Masak atas api perlahan sehingga mendidih. SIAP..!





Makan dengan biskut kering atau roti. ~nom nom nom~


Atau makan saja. Pun sedap. Yang ni saya buat TERpekat. Banyak sangat durian. Hari ni saya buat cair. Semestinya tak sama dengan mak buat. :(

Tak sabar tunggu mak datang hujung minggu ni.Sekarang dah susah nak balik rumah Keramat. Siang ada order. Malam ada kelas ngaji.

Maka jadilah saya pungguk rindukan hujung minggu. ~Eeehh!~

Tuesday, September 20, 2011

Selingan.. Choc Moist Cake dengan Vanilla Ice cream.

Assalamualaikum wbt.



Buat yang bekerja. Selamat makan tengahari.

Buat yang berpuasa... --------> Sabar ye.. ;)




Friday, July 22, 2011

Tutti Fruti cawangan baru di Platinum Walk, Danau Kota.

Assalamualaikum wbt.

Semalam masa balik dari rumah mak, saya nampak kain rentang Tutti Frutti di Platinum Walk. Saya bagitahu kat akak. Dia tak percaya. Katanya pejabat dia kot. Errr... entah la. Barangkali mata rabun sebab malam kan. haha. Abaikan. Esok kita lakukan penyiasatan. Yehaaa.

Petang tadi saya jalan kaki pegi beli barang bakeri dekat Yumie. Arah balik saja la lalu ikut Platinum Walk. Dari jauh saya dah nampak kain rentang Tutti Frutti. Haaa. kan betul. 


Dari seberang jalan saya dah keluarkan kamera. Lantaklah orang nak kata apa. Bukan kenal pun. :P


Haaa.. lagi dekat. Memang betul. Tutti Frutti bakal di buka. Memang terbaik lokasi dia. Sebelah dengan Mali's Corner. Sebaris dengan Sate Hj Samuri, Noodle Station, Old Town White Coffee. Cumanya kata kakak saya. Kurang strategik la dekat tingkat 3. Nak kena panjat tangga. Err. rasa ada lift kat situ.

Rasa saya la. tak kisah la tingkat berapa. Sekarang Tutti Frutti ni tengah laku di pasaran. Semua orang nak rasa. Selain dari berkhasiat dan elok untuk penghadaman. Bersiap sedialah dengan poket yang penuh. 



Saya pernah rasa sekali dekat cawangan Wangsa Walk. Saya ambil perisa red velvet dengan vanilla. Pastu campur dengan buah dan kekacang. Naahhh.. sekali harga dia RM20++. Perghh... harga. Memang mantaps..! Nak lagi mantap. Habis je semangkuk froyo terus nak pergi tandas. Bagus betul perut saya. ;P

Satu lagi. Tutti Frutti -----> bagi pembeli macam saya yang punyai perut yang sangat baik. Saya sangat berharap tandas di premis anda sentiasa dalam keadaan baik. Sekian. ~ayat macam pelanggan tetap je bunyi. haha~

Wednesday, June 29, 2011

Resepi Pavlova.

Assalamualaikum wbt.


Apa dia Pavlova ni?

Pavlova (pav) adalah sejenis meringue kek yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama. Tekstur pavlova ni ringan bila dipegang. Jangan cuba-cuba nak lambung ye. Kang ada yang nangis berjurai air mata. :) Bila disentuh kulit permukaannya akan terasa licin dan garing. Di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow. 

Biasanya, pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue.

Ada perbalahan di zaman dulu kala di antara Australia dan New Zealand yang berebut hak siapa yang mula mencipta Pavlova. Takpalah. Biar depa bergaduh. Pentingnya kita cuba resepi yang menggoda ni. Apa yang perlu kita tahu, nama Pavlova ni dipilih sempena penghormatan kepada jaguh ballerina dari Russia, Anna Pavlova yang mengelilingi Australia dan New Zealand pada tahun 1926.

Raaaajinnya cik Irma menterjemah teks yang disediakan di Joyofbaking.com ye. hihi. 


Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.


Apa kata saya :

Sedap. Melalui pembacaan, mereka mengatakan rasanya seperti marshmallow. Selepas mencuba sendiri, apa yang boleh saya katakan, pavlova lagi sedap dari marshmallow. Makan sampai tak sedar dah habis sepotong. :)

Semestinya pavlova ni manis rasanya. Nak kata manis sangat tu tak lah. Saya pernah makan dessert yang lebih manis. Contohnya macaron. Bila dimakan dengan buah yang masam (strawberry, blueberry,kiwi) rasa manis tu dah hilang dalam rasa masamnya buah-buah ni. Mak saya tetap kata manis. Saya tak leh nak ambil pendapat mak saya sebab dia memang jaga kesihatan betul. Satu jug besar air teh dibancuh dengan satu senduk gula sahaja. Nak bagitahu jugak. Dalam mak duk kata manis. Habis juga sepotong pavlova. ;D

Bagi sesiapa yang merujuk pada resepi Joy of baking. Dia menggunakan suhu 130'C. Sebagai anak murid yang taat ( tang ni yang taat pun. tang lain ada je derhaka.) saya guna suhu 130'C. Selepas 50 minit pavlova saya masih lagi tak bertukar wajah seperti yang saya nak. Bila dipegang masih lagi rasa melekit dan tak betul-betul garing kulitnya.

Dalam masa yang sama saya tutup api. Jarangkan pintu oven untuk sejukkan meringue. 

Bila dah sejuk, saya sentuh lagi. Pasal tak puas hati, saya panaskan balik oven dengan suhu 150'C dan tunggu api panas. Saya masak balik selama 1/2 jam. Haaaa.. kali ni baru puas hati. Kulit dia bertukar menjadi keperangan dan ada rekahan kecil yang membuatkan saya tersenyum. :)

Kemudian dalam satu video youtube, dia gunakan cream of tartar menggantikan tepung jagung dan cuka masakan. Saya yang teruja dengan cara mudah telah menderhaka resepi Joy of baking. Kan dah kata. Ada je nak derhaka. ;)

Satu lagi terakhir, Joy of baking guna esen vanilla. Saya pulak ikut resepi yang tak guna. Jadi bila makan ada rasa hanyir sikit. Betul. Sikit ja. Tak mencacatkan pun rasa pavlova yang sememangnya sedap. Jadi gunalah esen vanilla ya. Kalau tak nanti ada bau hanyir. 


Sumber rujukan :

Joy of baking - klik sini.

Salam Dua Benua - klik sini

Delia's Strawberry and Vanilla Pavlova - klik sini.

Youtube - klik sini

Summer Pavlova - klik sini


Rasanya tu je kot nak kongsi. Kalau malas nak buat, order je dengan saya. ;) 

Friday, February 18, 2011

Nikmat Di waktu Panas.

Assalamualaikum wbt.








Butterscotch dengan vanilla choc ice cream.


nyumm.. nyuummm...!!




Terbaru : Roti Gardenia tidak HALAL. Benarkah? 


Wednesday, October 27, 2010

Jagung.Rebus.Yang.Sedap.

Assalamualaikum.


Perisa:

BBQ

Curry

Cheese

Garlic

Mexican.Chilli

Ginger

Tomato

Chicken

Vinegar

Jalapeno




Menarik.bukan..?

Saya.pun.bila.lalu.dekat.gerai.ni.terus.terasa.nak.cuba.

Manalah.tahukan.

Boleh.cuba.buat.bisnes.-wink.wink-

Saya.beli.satu.dengan.perisa.BBQ.dan.cheese.

Sedaappp..!!


Tuesday, September 28, 2010

Macarons, Laduree, Harrods.

Assalamualaikum wbt.


Entry khas tentang manisan yang paling mahal pernah saya makan. Barangkali memang harganya paling mahal di dunia. Sana sini orang memperkatakan tentang kesedapan macaroon. Untungnya saya dapat merasa macaroon yang dibuat di kedai asalnya. Laduree, Harrods.

Macaron atau macaroon.

Dua-dua adalah betul belaka. Kalau ditulis dengan macaron tanpa harakat. Itu adalah sebutan dari negara asalnya Perancis.

Jika ditulis dengan perkataan macaroon (baca dengan 2 harakat ye.) maknanya anda menggunakan sebutan inggeris.

Jadi tak payah nak kata sebutan ni salah atau sebutan tu betul. Dua-dua pun betul belaka.

Memandangkan saya beli di London, maka saya akan menulis sebagai macaroon. Ada harakat. Nanti bila ada rezeki lagi. Boleh beli di Paris. Saya panggil macaron. Takda harakat pulak.

Dah lama saya teringin nak merasa keenakan macaroon yang dijual di Laduree, Harrods, London. Sementelah saya masih berada di sini. Rugi rasanya kalau tak merasa. Sungguh pun pada mulanya berpinar mata tengok harga yang dibayar oleh seorang rakan blogger untuk merasa keenakan macaroon. Saya tahu harga yang dibayar berbaloi dengan rasa macaroon itu sendiri.



Pintu masuk Laduree dari Harrods. Lama saya tunggu pintu masuk ni kosong. Jangan harap. Ada ja orang keluar masuk. Akhir sekali, snap ajelah sekeping. Untuk tatapan kawan-kawan di blog. Koranglah.



Papan tanda Laduree, Paris. Sebenarnya kat London je. 



Ramaikan. Masa ni petang dah pukul 5. Jadi ramailah orang nak minum tea dan beli macaroon. Mulanya saya dah ditegur oleh seorang pelayan. 'No camera please'. Err.. tapi macam biasalah. Selamba aje ambil. Tunggu pelayan tu beredar saya pun apa lagi. Snap aje. Pastu lalalalaa. Buat muka toye.

Psssttt.. nak bagitahu. Saya dilayan oleh satu-satunya mamat kat kaunter tu. Handsome. Terkelu kejap lidah nak beli. Huahua.


Masa ni tengah beratur tunggu giliran. Nampak tak mamat handsome tu kat cashier. Lepas tu dia datang layan saya pulak. Ecewaah. 


Ini jenis-jenis macaroon yang dijual. Ada macam-macam perisa. Tak semua dijual dalam satu masa. Ada yang bermusim. Nak merasa semua kena datang selalu lah. Pengsan. Tak bangun-bangun. Tunggu Allah beri rezeki yang murah untuk saya. Nanti saya boleh pergi makan dekat Paris pulak. Walaweyhh. doa. doa.

Nak tahu sejarah Laduree. Meh klik di sini. --->  Laduree.


Ini bila dah balik rumah. Jenuh peda (baca:jaga) tak nak bagi orang bertuh (baca:langgar). Takut pecah. Dalam duk jaga tu terlepas juga masa dalam train. Saya terlelap. Jatuh. kuikuikuii.


Tadaaaaa.... Untuk permulaan saya beli yang paling sikit. Bujet kecik je. Nak rasa dulu. Kena dengan citarasa baru fikir nak beli banyak. Eceehhh, ye la tu.


Elok je saya susun ikut urutan sedap. Dari kanan yang paling sedap. Pistachio. Terasa kacang dia yang asli tu memenuhi mulut saya. Kemudian, perisa vanilla, Rose petal, rasberry, blackcurrent violet dan last sekali chocolate.

Ada macam-macam lagi perisa lain. Saya tak berani nak beli. Takut menyesal. 


Bagi sayalah, selepas mencuba makan macaroon semua ni memang ternyata ianya sangat manis. Nak seimbangkan rasa manis tu kenalah minum teh tanpa gula. Nak lagi ngam lagi duduk dekat taman sambil membaca. Barulah terserlah kePerancis-annya. Ni kalau makan sambil ambik gambar. Apa kes weyyh! ;P


Cukuplah sekali mencuba merasa macaroon yang disebut-sebut oleh ramai ni. Memang ternyata kesedapan dia yang sampai hari ni masih teringat lagi. Nak lagi best. Masih terbayang menghulurkan dua keping note sepuluh pounds untuk membayar harga lapan biji macaroon. Puas hati.

Nak tahu berapa harga macaroon yang dibeli di Laduree, Harrods..?


*

*

*

*

*

*

*

*



*

*

*

*

*

*

*

*



*

*

*

*

*

*

*

*


*

*

*

*

*

*

*

*




Ada sesiapa nak kirim. Bulan Disember nanti saya balik. Sempat lagi nak kumpul duit sampai bulan 12. Saya berbesar hati nak pergi belikan untuk korang. ~kenyit mata banyak-banyak~


P/S : Bagi mereka yang berada di sekitar KL dan Selangor dialu-alukan untuk mengirim. Korang boleh ambil di rumah saya sahaja. 


Luar kawasan sepertinya tidak berbaloi. Kalau nak pos dikhuatiri akan pecah. Sanggup ke makan yang dah pecah. :D



Sunday, August 22, 2010

Tau Fu Fa.

Assalamualaikum wbt...


Salam Ramadhan buat semua. Dah masuk hari yang ke 12 di sini. Alhamdulillah puasa di musim panas tahun ini tidak menjadi beban kepada kami. Bayangkan ya. 17 jam berpuasa. Bermula jam 3.30 pagi sehingga 8.30 malam. Lama kan. Tetapi, Allah tu Maha Adil. Maha Penyayang buat hamba-hambaNYA. Sepanjang 12 hari berpuasa di sini, cuaca tidak menggambarkan musim yang sebenarnya. Setiap hari cuaca mendung, sejuk dan kadangkala hujan renyai turun seketika. Jadi 17 jam tidaklah membebankan sebenarnya. 

Kalau Maryam mampu menghabiskan 2 hari berpuasa selama 17 jam. Memang sangat memalukan bagi mereka-mereka yang beratur membeli nasi bungkus di bulan Ramadhan. Allahuakbar. 

Hari ni nak kongsi resepi lagi. Semalam kami menganjurkan majlis berbuka puasa sesama kawan-kawan dari Malaysia yang berada di sini. Salah satu menu 'istimewa' yang berjaya saya sediakan ialah Air Soya dan Tau Fu Fa. Seronok tak tahu nak katalah kan. Dalam hati terloncat-loncat seronok. Apalagi bila mendengar komen dari kawan-kawan. Ada yang kata, 'Boleh buat bisnes balik nanti.' 

Moga kerajinan untuk mencuba masak di sini akan berpanjangan sampai di Malaysia. Bukan apa, saya takut nanti dah ada di Malaysia. Seronok hulur duit sana sini nak makan. =)


Resepi Tau Fu Fa.


Bahan-bahan :

2 liter pati air soya dari perahan yang pertama. Masak sampai mendidih.

1 sudu teh GDL

2 sudu besar tepung jagung

1/2 cawan air


Cara-cara :

1. Bancuh GDL, tepung jagung dan air dalam satu bekas kecil.

2. Masukkan pati air soya yang dimasak dalam satu jag.

3. Sediakan satu bekas atau periuk untuk membekukan tau fu fa.

4. Dengan menggunakan nikmat 2 belah tangan yang Allah berikan, sebelah kiri pegang bancuhan GDL, tepung jagung dan air. Sebelah kanan pegang jug pati air soya.

Masukkan keduanya serentak dalam bekas. Kacau dengan sekali pusingan. Kemudian tutup dengan kain tuala dan penutup periuk.

5. Biarkan selama 1 jam untuk tujuan pembekuan.

Bila dah beku, boleh buang air yang ada. Sedap dimakan semasa panas atau sejuk dengan air gula merah atau air gula putih.

Alhamdulillah, percubaan pertama saya menjadi. Percubaan tapi buat 4 liter. Memang percubaan berani mati ni. ehehh.


Mulanya saya takut juga bila membaca entry blogger yang pernah mencuba buat Tau Fu Fa ni. Pheeww... cuak jugak kalau tak jadi. Sapa nak makan?

Tak lama kemudian, masuk ofis saya tawakal sahaja. Jadi tak jadi itu dah jadi NO 2. Yang penting cuba dulu.

Begitulah alkisahnya... dengan izin Allah swt. Percubaan pertama saya menjadi dengan baik. Nak tengok rupa dia macamana.


Jeng.... Jeng.... Jeng.....



30 minit selepas ditutup, punyalah tak sabar. Saya intai sikit dan goyang-goyangkan periuk. Uisshh.. lembik lagi. Tak pa. Tak pa. Sabar. Tunggu lagi 30 minit.

Lepas 1 jam. Inilah hasilnya. Tadaaaaaa....




Perghhh... sedap. Lagi-lagi bila sejuk. Pagi tadi masa sahur sempat lagi makan semangkuk. Memang berbeza kalau makan yang sejuk dan yang panas. Wallaaaahhhh..!

Dek kerana teruja tengok video inilah semangat untuk mencuba tu ada. Nampak senangkan. =)




Selamat mencuba ya.