Showing posts with label Lauk-Pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk-Pauk. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Saya panggil Sambal Jawa.

Assalamualaikum wbt.

Semalam sebelum balik rumah mak boleh saya tanya, 'mak masak tak hari ni?'

Bila mak jawab masak. Saya terus kata nak balik makan. Perut dan dan tu jugak bunyi. Lapar.

Sampai rumah terus terjah dapur. Buka tudung saji tengok ada sup ayam. Ikan goreng. Sambal Jawa.

Ya Allah... sedapnya..!!

Sampai sanggup suruh mak tunggu kejap. Nak makan dulu.

Dah siap makan. Baru kami keluar pergi Kg Pandan.

Hari ni saya teringat-ingat Sambal Jawa.

Teringat sampai membawa saya masuk ke dapur hari ni. hehe.




Resepi Sambal Jawa.

2 genggam ikan bilis

5 biji bawang merah dihiris

3 biji bawang putih dihiris

7 biji cili padi dibelah tengah- nak pedas lebih tambah lagi 3 biji.

seketul belacan - anggaran sebesar ibu jari.

Cara-cara :

Goreng semua bahan dengan api yang panas. Satu persatu ya.

Kemudian tumbuk. Saya tak suka lumat sangat. Sekadar nak bagi bersatu ja. Macam dalam gambar.

Makan dengan nasi panas. Saya gerenti bertambah nasi. :)

Saya panggil Sambal Jawa. Ada ke nama lain lagi..?

Sebab kalau Google Sambal Jawa lain la pulak rupanya.

Apa yang pasti sambal ni adalah menu wajib bawak balik masa duduk KUSZA. :)

Thursday, July 21, 2011

Sambal Udang dengan Belimbing Buluh.

Assalamualaikum wbt.

Tiga hari saya di rumah mak. Saja. Bila takde tempahan boleh la nak balik sana. Macam la jauh sangat kan rumah mak tu. eheh. 15 minit dah sampai.

Hari Isnin, mak masak nasi lemak untuk makan malam. Petang tu masa mak nak beli lauk, saya cakap teringin nak makan udang. Tak kisah la udang kecik ke udang besar. Janji udang.

Nampaknya bukan rezeki saya nak makan udang hari tu. Dah petang, udang kat kedai pun dah habis.

Esoknya, pagi lagi mak dah siap beli lauk. Mak suruh saya siang udang. Yeayy. Ada rezeki nak makan udang.

Sambil siang udang, saya cakap kat mak. "mak, orang simpan kulit udang ni. Esok kita buat mee kari." Sambal udang pun tak nampak rupa lagi dah merancang menu esok. :)



Resepi Sambal Udang dengan Belimbing Buluh.

Bahan-bahan :

500 gram udang 
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 sudu besar cili kisar
5 biji belimbing buluh -dibelah dua
1/2 cawan air
garam 

Cara-cara :

1- Udang dibersihkan. Buang kepala dan ekornya. Kalau nak simpan kepala dan ekor pun boleh. Nanti boleh guna untuk buat air rebusan udang kemudian hari.

2- Tumbuk atau kisar kering bawang merah dan bawang putih. Bagi yang suka letakkan belacan. Boleh letak sekali semasa menumbuk.

3- Tumiskan bahan yang ditumbuk sehinggan garing. Masukkan cili kering. Masak sehingga pecah minyak dengan api sederhana. 

4- Bila cili dah garing (pecah minyak), masukkan air. Kacau sampai sebati. 

5- Bila dah mendidih, boleh masukkan udang. Masukkan belimbing buluh. Biarkan sehingga udang masak dan kuah pekat.

6- Hidangkan dengan nasi panas. Perghhh... saya pulak telan liur bila ingatkan balik sambal udang mak. ;)

Hari sebelum tu saya mengadu kat mak senak perut. Tak sedar yang seharian saya tak makan apa-apa. Tup.. tup balik dari Jusco saya habiskan air teh Boh dalam tin. Memang cari pasal lah nak kena tazkirah pendek dengan mak. 

Jadi masa makan nasi ni mak dah siap petik pucuk berbuas dan pucuk kaduk. Belum makan dah kata pahit lah. Tak nak lah. Tak sedap lah. Bila dah mula makan. Eh, sedap lah pulak. Rasa pucuk berbuas tu berangin macam daun pudina. Sambil makan, mak pun bercerita. Pasal orang dulu-dulu yang badan masih sihat sebab amalkan makan ulam. Makan pria katak. Gulp. 

Saya selain dari pria katak boleh lagi. Masa kerja dengan Kak Siti pun bila dia beli pria katak. Kak Siti yang masak. Saya makan udang dengan suun ja. hehe. Saya akan cuba satu hari nanti yang entah bila. 






Thursday, November 18, 2010

Lidah Lembu Masak Merah.

Assalamualaikum wbt.






Pertama kali saya merasa makan lidah lembu di London. Semestinya di rumah kak Ct. Ini kali kedua saya makan. Rasa. Ok. Daging dia lembut dan sedikit kenyal. Almaklumlah, lidah tak bercabang bertulang. Boleh masuk tekak. 

Korang kalau nanti dapat lidah lembu, jangan pulak buang. Ambik je. Cuba sekali masak macam Kak Ct buat. 

Saya kompem takkan masak punya. Tengok lidah pun dah gerun. Dah siap masak tak pa. Dah takde rupa lidah. Errkk. ;P

Nak masak lidah lembu ni leceh sikit. Kena rebus dulu sebab nak buang kulit luar dia yang keras. Kata Kak Ctlah. Saya tak tengok pun proses masa merebus dan membuang kulit. Takut tak lalu makan. ~alasan~

Kemudian, hiris nipis-nipis. Kalau nak lagi sedap, boleh goreng sekejap.

Resepi Lidah Lembu Masak Merah.

Bahan-bahan :

1 labu bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji cili merah -hiris
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar pati beetroot 
Optinal- 1 sudu besar pewarna merah
Garam 
Minyak untuk menumis
Daun bawang -hiasan

Cara-Cara:

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing.

2. Masukkan lidah lembu yang dah dihiris nipis. Goreng sekejap. Biar garing.

3. Masukkan sos tiram, pati beetroot/pewarna merah.

4. Masak sampai sebati. Kemudian masukkan cili merah dan daun bawang.

Hidang dengan nasi panas atau lauk korban yang lain. Sup tulang! ~sambil telan liur~

Bagi sesiapa yang suka mencuba. Memang tak rugi. Sedaapp!

Ada sesiapa yang pernah masak lidah lembu cara lain. Jom kongsi.



Sunday, October 31, 2010

Ayam.Tandoori.dengan.Roti.

Assalamualaikum.



Menu.hari.pertama.sampai.di.Bradford.

Nanti.boleh.diamalkan.bila.balik.London.


Thursday, October 28, 2010

Nasi.Ayam.Bradford.


Yum..Yummm.

Syokkk..OoO.

Selalu.kan.saya.masak.saya.jugak.yang.makan.

Bila.makan.orang.lain.masak.

Nikmat.dia.lain.

Sedap.bangat.lorrhhh..!!

errkk..keluar.slang.bibik.plak.

;P

Terima.kasih.Kak.Zue.

Monday, October 25, 2010

Nasi.Lemak.Bradford.




Dah.sarapan.ke.belum..?

Jom.Makan.



Friday, October 15, 2010

Nasi Dagang D'London.

Assalamualaikum wbt.

Sejak pagi tadi terfikir nak cuba resepi baru. Cari bin Selak. Ternampak resepi Nasi Dagang. Macam best je nak cuba ni.


Bermulalah episod mencari dan menyalin resepi terbaik dari tok guru saya. Macam-macam versi ada. Sampaikan saya pun dah tak tahu nak ambil resepi siapa.

Sampailah saya jumpa resepi di sini. Nampak mengujakan sangat. Lagi-lagi bila baca ayat ni.

'Resipi dari tukang masak nasi dagang almarhum ayahanda Sultan Mizan'

Mantapkan ayat ni. Bukan sembarangan resepi ni. Tengok cara nak buat pun renyah. Bukan sekejap. 

Resepi nasi saya ambil dari blog Tok Guru Johor -----> Nasi Dagang.

Resepi Gulai Ikan Tongkol saya ambil di sini -----> My Resepi.

Jadi kalau korang rasa nak buat. Cubalah. Kalau tak carilah kat mana-mana kedai kat Malaysia yang ada jual Nasi Dagang. Senangkan.

Bagi saya, pengalaman hampir 4 jam berdiri untuk menyiapkan Nasi dagang ni berbaloi bila dengar Kak Ct cakap, 'Sedap nasi ni'.

Pheeewwww... habis terbang penat dan lenguh memasak.





Boleh lah untuk percubaan pertama kali. Takkan sekali cuba terus nak serupa dan sesedap seperti yang dijual di Panji Alam. Tunggulah cubaan yang ke sepuluh atau selebihnya. Barulah mantap. 

Aduhai. ada lagi ke yang kedua dan ketiga sampai sepuluh. Satu pun dah semput.

Pesan dari bibik. Sediakan sabar yang secukupnya kalau nak masak Nasi Dagang. Eh.. bukan setiap masa ke kena ada sabar. :)


Kawan saya cakap, kalau guna rempah gulai cap bunga rose lagi sedap. Rempah ni femes kat belah pantai timur. 

Cubalah..! ~err... macam tak bersemangat ja nak suruh cuba~ ;P

Friday, October 8, 2010

Ayam Masak Merah Mak Saya.

Assalamualaikum wbt.

Tengahari tadi, turun dari bas 244 saya dapat panggilan telefon dari seorang kakak. Bertanyakan tentang resepi ayam masak merah yang dimasak oleh saya berbulan-bulan yang lepas. Aiiya..yaa. Bibik dah sengih sorang-sorang sambil menjawab panggilan Kak Syam. 

Sebab...

Saya ni kalau memasak, sepuluh kali masak Ayam Masak Merah. Sepuluh kali saya campak bahan yang berbeza. Memang tak pernah kekal dengan satu resepi. Almaklumlah tok guru ramai. Merata dunia. Hari ni cuba resepi tok guru Jepun. Bulan depan cuba resepi tok guru Malaysia. Sedap atau tidak dah jatuh tempat no dua.

Jadi petang tadi saya telah menelefon tok guru sebenar saya. Tak pernah selama saya di sini menelefon mak untuk bersembang pasal resepi. Hari ni kira sejarahlah. Telefon semata-mata nak tahu resepi sebenar. Ye, resepi mak saya.

Selama ni buat dek je bila mak masak. Tahu mak masukkan apa tapi tak melekat dalam kepala. Jadi hari ni saya kongsikan resepi Ayam Masak Merah Mak yang menjadi pujaan hati ramai. Cewaah!

Ayam Masak Merah.

1 ekor ayam dipotong kecil.
1 sudu kecil garam 
1 sudu kecil kunyit

Gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kalau rasa tak cukup boleh tambah lagi garam dengan kunyit. Goreng. Tak perlu garing sangat. Pastikan masak dengan betul sahaja. Kira masak tiga per empat sahaja. Masak garing sangat pun tak sedap. Nanti keras. Liat.

Mak kata, kalau ayam tu digoreng dengan betul. Boleh bertahan sampai seminggu lamanya. Kena selalu panaskan atas api. Bukan dalam microwave.  Mak yang kata. Bukan saya. Orang tua kan banyak pengalaman. Jadi kita kena dengar dan ikut. 

Kuah Ayam Masak Merah.

2 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 inci halia -tumbuk jangan la sampai halus sangat. Sedang-sedang sahaja.
3 camca besar cili kisar - nak lebih pun tak pa.
1/2 cawan susu cair/ pati santan
1/2 cawan tomato puree
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kerisik
2 cawan air

1 cawan kacang peas sebagai hiasan. Takde pun tak apa.

Cara Memasak :

Panaskan kuali dengan minyak untuk menumis. Bila minyak dah cukup panas, tumis bawang besar, bawang putih dan halia sampai garing.

Tip dari mak. Bila menumis, mak saya lebih suka tumbuk bawang dari menggunakan blender. Sebabnya, bila guna blender kena guna air. Jadi air tu akan melambatkan bawang untuk menjadi garing. Almaklumlah orang dulu mana ada blender. Semua pakai lesung batu. Sekampung dengar menumbuk. Buatnya rumah flat. Tak ke benggang orang tingkat bawah. Dah siap masak, boleh hantar seketul (Cukuplah. Takkan nak bagi sepinggan). Buat habuan tahan telinga dengar bunyi orang atas menumbuk. 

Kalau saya pulak kat sini, saya pakai hand blender je. Satu minit dah boleh tumis. Yang penting takda bunyi kelentung kelentang dan adegan bawang melompat-lompat. Cepat dan efisien. ;P

Tapi. Ayam Masak Merah mak saya tak payah tumbuk apatah lagi blender. Senang je. Korang ambik pisau. Potong membulat bawang merah dan mayang bawang putih. Ini maklumat terkini. Baru kejap ni telefon mak saya. Punyalah tak nak derhaka kan. HAHA. Atas tu tips memasak namanya. ;P

Bila bawang dah garing. Boleh masukkan cili kering. Kalau nak tambah lagi cili. Boleh. Nanti pandai-pandailah ubah sukatan yang lain ye. Masak cili sampai keluar minyak. Masa ni api kena jaga. Jangan kuat sangat. Nanti hangus. Biar api sederhana. Lama jugak nak tunggu cili garing. Lebih kurang 15 minit.

Kemudian, masukkan tomato puree dan sos tomato. Kacau sampai sebati.

Masukkan susu cair atau santan pekat dan air. Kalau rasa air tu banyak. Kurangkan kepada satu setengah cawan sahaja. Kalau suka kuah banyak tuang semua sekali pun tak apa.

Mengikut petua mak saya. Kerisik untuk ayam masak merah tak sama dengan kerisik masak rendang. Kerisik Ayam Masak Merah mak saya tak hangus atau berwarna gelap. Jadi, bila masak kelapa. Pastikan api kena jaga okeyhh. Jangan suka-suka nak pakai api besar sebab nak cepat masak. Korang nak sedap kan. Nak sedap kena sabar. Tuang sabar banyak-banyak dalam hati bila masak. Kompem sedap. Kalau tak sedap pun dapat pahala kan. Lepas tu, tumbuk kelapa untuk jadi kerisik. Tumbuk sampai keluar minyak. Kalau malas (baca: nak cepat) guna aje blender kering. Senang kan.

Bila dah mendidih, masukkan kerisik, garam dan gula. Ikut citarasa masing-masing.Nak masin ke. Pedas ke. Terpulang. Kadang saya guna gula merah sebab nak bagi kuah nampak pekat. Kan saya ni suka campak-campak dan derhaka. Jangan campak kuali kalau ayam tak sedap sudah. 

Korang jangan ikut saya. Ikut resepi mak saya ;D

Biarkan sekejap. Dalam 10 minit lebih kurang. Kacau dengan api perlahan. Lepas tu, boleh masukkan ayam yang siap digoreng kunyit.

Masak dengan api sederhana perlahan lagi. Biar sampai keluar minyak bergenang-genang. Masa tu memang kompem ayam tadi dah masak.

Taburkan kacang peas. Kacau sedikit.

Bila sembang lagi dengan mak. Rupanya Ayam Masak Merah ni memang lebih sedap kalau dah dibiarkan sehari dalam kuali. Bila baru masak, kuah tu tak cukup menyerap dalam ayam. Lepas sehari, barulah segala rempah yang ada sebati dalam ayam.

Patutlah lauk yang saya masak habis licin esok pagi bila mereka bersarapan. ~Perasan sedaplah tu. ewah~


Ayam Masak Merah dalam gambar ni memang mak saya yang masak. Tahun lepas. Masa Hari Raya Haji. Untung sapa yang datang. Chef import dari Malaysia weyh.


Gabungan Ayam Masak Merah dengan Nasi Minyak Mak Saya. Memang mantap. Sampai sekarang saya tak terer lagi masak nasi minyak macam mak saya. Nanti kena telefon lagi. Tanya resepi. 


Bukti. Air tangan syurgaku sedang menggaul acar timun.


Menu tahun lepas. Punyalah lama simpan gambar. Tahun ni baru keluar.


Pembantu-pembantu mak sedang menolong mengelim karipap.



Sukanya Maryam.




Anak bujang Kak Ct ni pun nak tolong jugak.




Opss, sudah dibooking untuk menjadi menantu kepada kawan kami.  




Perhimpunan sempena jamuan Aidil Adha 2009. Dah nak masuk Aidil adha 2010 baru keluar gambar ni kat blog. Apa daaa..

Sukatan resepi ini saya ambil dari sini. Ada jugak yang saya ubah. Ikut betul-betul yang mak bagitau. Kalau sembang siap tanya sukatan betul semua bahan mahunya sejam. Melampau lah kan. Agak-agak pun boleh. Bila tengok resepi orang lain. Saya tak jumpa yang letak kerisik. Bahan yang lain sama ja. Tu lah rasanya rahsia yang bagi bertambah sedap.:D


Kadang tu ada jugak dalam hati. 'Ah, malas lah nak kongsi resepi. Sama je dengan orang lain masak.' Rupanya tidak. Ada jugak bahan dalam masakan kita yang tak sama dengan orang lain. Jadi, bila dah orang bertanya. Barulah nak kongsi. Ngeeee.!

Siapa yang dah rasa Ayam Masak Merah mak saya memang dah tahu sedap. Dah berapa ramai yang pernah rasa. Termasuklah anak murid saya di sekolah dulu. Masa buat jamuan akhir tahun. 


Korang nak tahu sedap atau tak kena cuba. Sedap, alhamdulillah. Belum sedap. Kena cuba lagi sampai sedap. ;D

Friday, August 13, 2010

Bergedil Daging.

Assalamualaikum wbt...


Alahaiiii... siannya kamu bergedil. Senget. Sedih ke? hikhik

Hari kedua Ramadhan saya masak soto. Salah satu yang perlu ada bila nak makan soto mestilah bergedil kan. Kalau tak rasa kureng ja. Tak lengkap. Sejak pagi saya dah masuk ofis. Rebus nasi impit. Petang buat kueh. Pastu lepas asar buat kuah soto dan bergedil.

Kak ct bila tengok bergedil di dapur terus tanya, 'Apasal bergedil ni warna lain?' =D hohoho.

Terus saya bagitahu. Saya gunakan lebihan daging cincang lasagna untuk menyedapkan bergedil saya.

Hantam sajalah. Sedap je. eceh.

Ini saya nak bagi resepi betul. Bukan resepi campak-campak versi nak cepat saya.



Amacam. Nampak lain tak warna bergedil saya?

 kehkehkeh =)

Bahan-bahan :

5 biji ubi kentang saiz besar
100 gram daging cincang/ isi ayam yang disiat
3 batang daun sup dimayang halus
3 sudu besar bawang goreng (ramas sedikt semasa nak gaul)
1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa

2 biji telur untuk menggoreng

Cara-cara :

1- Potong ubi kentang nipis-nipis. Kemudian goreng sehingga masak. Tak perlu sampai garing.

2- Tumbuk ubi kentang sehingga lumat. Gaulkan semua bahan dan bentukkan menjadi bulat.

3- Pukul telur dengan sedikit garam dan lada sulah. Goreng bergedil sehingga masak dengan api yang sederhana.

Perrghhh... nak makan soto punya pasal. Sanggup. Memang renyah tapi sedap.

Selamat mencuba. 

Friday, July 9, 2010

Ayam Percik Madu

Assalamualaikum wbt.


'Sedap,' kata kak zue. Alhamdulillah. Saya pun bukannya selalu buat ayam percik. Kadang-kadang buat ikut resepi A. Nanti cuba pulak resepi B. Lagi nak derhaka. Resepi A campur dengan resepi B jadi resepi C. ekeke.

Ini resepi C ya kawan-kawan. eheh. 

Bahan-bahan :

1 ekor ayam di potong 12.
3 cawan santan pekat ( sama dengan 1 biji kelapa)
3 sudu besar gula (boleh tambah kalau suka manis)
3 sudu besar madu
1 sudu teh halba
Garam secukup rasa
1 kiub ayam
3 sudu besar cili kisar
Sedikit minyak untuk menumis


Bahan untuk dikisar :

5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
3 cm halia, lengkuas dan kunyit
5 batang serai


Cara-cara :

1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Tak garing sangat pun tak apa. Saya suka kalau bahan kisar tu kering. Tak diblend dengan air. Kalau ada blender kering lagi senang. Kalau tidak. Rajin-rajinlah menumbuk ya.

2. Masukkan ayam. Masak dengan api SEDERHANA. Biar ayam masak perlahan-lahan. Nanti lembut isi daging.

3. Lebih kurang 10 minit. Masukkan santan. Kacau. Ayam tak perlu masak sangat. Cukuplah separuh masak saja. Lepas ni nak bakar pulak.

4. Angkat ayam. Kalau ada pemanggang arang. Sedapnya. Dapat bau-bau arang. Takda pun tak apa. Oven pun boleh.


Edited - Pagi ni baca balik resepi macam ada yang tak kena. eheh. Kuah percik tu. Lepas ayam diangkat. Masak lagi dengan api perlahan sampai pecah minyak ya kawan-kawan. Makasih. :)

5. Panggang ayam dengan suhu 180'C selama lebih kurang 45 minit. Selang 15 minit keluarkan ayam. Sapu dengan kuah. Ulang sebanyak 3 kali.

6. Agak-agak dah masak. Letakkan dalam bekas. Curahkan kuah percik. Sedia untuk dimakan.


Selamat mencuba.



Saturday, March 20, 2010

Resepi Ikan Bawal Sweet Sour.


Pandangan Depan : Bagi tengok muka dulu...


Pandangan Belakang : Bagi tengok ekor pulak. Nampak tak hangit tang ekor. Sedap. Saya siap hisap-hisap lagi ekor. Terasa manis. Ikan baru la katakan. HEHE.

Ok. Satu lagi entry. Yang ni betul-betul entry RESEPI. Tak tipu punya. Baca sampai habis ye. Kalau meleleh air liur. Sila telan. HeHe. Kalau ada bahan boleh cuba. Tu pun kalau nak la kan. Kalau kureng sikit. Apa susah. Start enjin cari kedai makan la jawabnya.


Kalau nak pertingkatkan skill memasak. Memang kena cuba. Resepi ni memang gerenti senang lah. Hasilnya. Jangan takut. Memang laku punyalah.


Ok. Malam ni saya nak kongsi resepi Ikan Bawal Sweet Sour. Waahh.. Saya pun telan liur sambil menaip. Teringat masa makan menu ni. Dah la puasa masa tu. Selalu saya solat dulu baru makan nasi. Ni punyalah tak tahan dek godaan ikan. Terus senduk nasi panas-panas. Makan dulu. Masa tu pulak kak ct tak balik lagi dari beli barang dan ambil Syakirah. Makan sorang la saya. Waalllaahhhh... Sedap. TAK TIPU.


Bahan-bahan:


2 ekor ikan bawal - Tak kira la saiz apa. Besar. Sedang. Kecik. Asal ikan bawal. Takde ikan bawal. Kensel. Cuba lain kali. Ehh.. Tak. Tak. Boleh je ikan lain. Tapi nanti tukar la nama ye. Kalau ikan kembung. Namanya Ikan Kembung Sweet Sour. GaGaGa. Jangan lupa siang ikan. Bersihkan. Selawat. Nak hilangkan hanyir ikan. Perahkkan asam limau atau nak jimat. Guna air basuhan beras. Ini petua mak saya. SAYA. Ikan bawal saya dah siap siang dan dibersihkan. Siapa buat..? Samada Kak Ct atau akhi Fauzi. Waalllaahhh.. Bertuah punya bibik. HeHe.


Ikan bawal ni saya perap dengan garam, kunyit dan bawang putih yang ditumbuk. Perap selama sejam atau lebih. Biar rasa dia lagi masyuuukkk. Ada juga resepi yang goreng dengan tepung KFC. Boleh juga cuba lain kali.


5 ulas bawang merah. TAKDA. Saya guna bawang besar terus.Sebiji. Sini bawang merah mahal. Jadi guna je apa yang ada. Potong membulat boleh. Belah dua boleh. Asal potong. Jangan dicampak terus seketul dalam kuali sudah. Ada kang nak kena reject jadi menantu. Naya je pulak. Ni yang nak ajar ni.


3 ulas bawang putih. Mayang halus. Ehmm.. cerita bab mayang ni berbeza dengan hiris ye adik-adik. Mayang ni lagi halus dari hiris. Kalau pisau tak tajam memang susah nak dapatkan hasil yang diidam-idamkan. Jadi rajin-rajin la asah pisau. Kalau belajar masak dengan mak. Dia perhati bab ni. Halus ke tak. Ehm. Mak saya masih lagi titik beratkan hal ni. Cucu tukang masak Raja Perak la katakan. Mak saya sambil makan dia belek lauk tu. Kalau tak betul kang dia komplen la. Kalau menu yang pertama kali dimakan. Dia rasa sedap. Sekali rasa je dia boleh tahu apa bahan. Kang kat rumah dia cuba sendiri. Memang sebjik macam yang dimakan. Saya kat sini. HANTAM sajalah. Mak jauh nak belek masakan saya. HuaHuaHua. Lagipun saya tak sampai tahap terer macam mak. Rasa je boleh tahu resepi nak masak. HeHe


1 cm halia. Saya belasah 1 inci rasanya. HaHa. Mana ada pembaris nak ukur kat dapur. Agak-agak je. Kompem jadi punyalah. Ini bukan kek atau biskut nak sukat betul-betul. Jangan risau. Lagi satu saya rasa ikan saya besar. Kalau 1 cm macam tak cukup je. Lagipun halia banyak. Tak yah kedekut. Tak luak lagi ada la. Kecut ja dalam bakul.


5 sudu besar sos tomato. Ini pun satu hal. Saya main tuang ja. Agak-agak macam 5 sudu saya stop picit.


3 sudu besar sos cili. Nak pedas boleh je tuang lebih. Ahaaa.. Nak cerita. Saya kat sini pakai sos cili LINGGAM. HaHa. Sila jangan perlekeh sos cili Linggam ye. Itu saja pilihan yang ada. SYUKUR. Nasib tak yah buat sos cili. Kang ada yang suruh saya buka kedai sos cili kat Malaysia. ;P


2 sudu besar sos tiram. Ini bibik pandai-pandai derhaka. Resepi asal takda pun letak sos tiram. Bila belek resepi lain depa buh. Bibik apa lagi. Nak bagi mantap. Kita cubalah.


3 sudu besar cili kisar. Tambahan nak bagi pedas. Dalam resepi tak ada. Bibik memang suka derhaka-derhaka ni. Asalkan sedap.


2 biji cili merah
. Potong nipis boleh. Potong memanjang pun boleh. Tak potong pun boleh. Takda masalah. Cili ini sekadar hiasan sahaja. Sampai masa dia masuk tong sampah juga. Kesian...


1/2 cawan air. Boleh dilebihkan. Ikut citarasa anda. Suka kuah banyak. Tambah air. Tak suka kuah. Jangan pandai-pandai nak tambah.


1 biji tomato
. Belah 6. Nak belah 4 pun boleh. Takda masalah. Markah takkan dipotong.


1 pokok daun bawang & daun sup. Potong la ikut suka. Bibik tak marah pun. Orang yang tengok akan menilai. Isshh... ni anak dara sapa ni potong daun sup seinci-seinci. Sapa malu..? Mak jugak kan. Sebab. Tak ajar anak masak. Anak penyegan nak masuk dapur. Duk bagi alasan. LAMBAT LAGI NAK KAWEN. Tengok-tengok esok jodoh dah sampai. Baru gelabah. Tak rugi belajar masak dari awal. Tak belajar pun tak rugilah. Kedai kan banyak. Sedia kad kredit ja. ;)


Nenas. Ini tambahan sebagai hiasan. Saja nak meriahkan suasana. Tak ada pun tak apa. Jangan nangis pulak.
Jangan lupa GARAM dengan MINYAK. Kang tak berasap dapur. =)


Cara-cara nak memasak:

1- Ikan bawal yang siap diperap tadi. GORENG DENGAN API YANG KUAT. Biar garing. TAK GARING TAK SEDAP. Nak bagi hangit-hangit sikit pun tak apa. Lagi bertambah sedap.


2- Untuk kuah... Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia. Kacau sampai garing. Dah cukup garing. Masukkan cili kisar. Biar sekejap supaya cili masak dan garing. Kalau tak nanti bila makan terasa peda dan maung. Istilah untuk cili yang tak masak. Bila cili dah garing. Boleh masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau sehingga sehati dan sejiwa. Masukkan air untuk menambahkan kuah. Kan dah cakap. Kalau suka kuah tambah air. Kalau tak suka jangan pandai-pandai tambah. Kalau dah TERTUANG. Tak apa. Tak da sapa nak saman. Ini bukan kawasan polis trafik nak main saman-saman. Ini wilayah BIBIK.


3- Jangan lupa bubuh garam nak bagi masin. Kang ada yang komplen. Tawar la masakan bibik ni. HeHe. Ikut lidah masing-masing. Jangan sampai lori garam tumpah sudah. Kalau tumpah jugak. Nak buat camana kan. Syok sangat menuang sampai tak sedar dah terlajak. Kuang Kuang Kuang.... Sapa tu..? Sendiri mau ingat la kan. Hari-hari duduk dapur. Memang terjadi adegan LORI GARAM TUMPAH. Bluweeekkk....!! ;P


4- Dah siap kuah. Boleh la landingkan ikan bawal dalam pinggan yang sesuai. Jangan pulak ikan tu sampai terkeluar ekor dengan kepala dari pinggan. Kesian dia. Dah siap dia baring. Tuangkan kuah sampai habis. Jangan membazir. Kalau nak buat sessi penggambaran untuk dimasukkan dalam Facebook. Tuang separuh dulu. Bakinya tuang selepas gambar diambil. Muahahahaaa. Kerja sapa tu..?? ;P


5- Hias ikut citarasa anda. Tabur daun bawang dan daun sup yang telah dipotong. Jangan main lempar je. Nanti tak chanteeekkk. Persembahan mesti MANTAP. Orang tengok pun dah terliur. Yang penting kita kena tawan pandangan mata dulu ye. Ceeewwaahhh... ayat tak boleh blah...!! Saya tambah dengan tomato ceri yang dibelah dua. Kemudian saya letak nenas yang dipotong dadu.


Tak letak pun tak apa. Saya barang dah ada depan mata. Bukan payah pun nak pergi kedai. Hasilnya memang wallaahhh. Tak tanya pun dah tau. Tengok ikan tu habis sekali makan. Tinggal kuah ja esok pagi bila saya masuk dapur. HeHe.



Pandangan dari atas helikopter :
Ini namanya Ikan Bawal Sweet Sour D' London.

Nak kata apa lagi. Alhamdulillah....


SELAMAT MENCUBA...!!

Wednesday, March 3, 2010

Sambal Tumis Udang BerPetai...


Bahan-bahan:
1kg udang
3 papan petai - diambil isinya
1/2kg bawang besar - dihiris
2 sudu makan santan
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar:
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
15 batang cili kering
1 ketul belacan

cara:

1. panaskan kuali, tumiskan bahan2 kisar hingga wangi
2. kemudian tuangkan air asam jawa dan masak pada api sederhana hingga naik minyak
3. selepas itu, masukkan petai, udang dan bawang besar. kacau rata
4. akhir sekali, masukkan santan dan perasa secukupnya. kacau sehingga udang masak
5. hidangkan bersama2 dengan nasi putih


Resepi asal dari sini


Tuesday, February 9, 2010

Ayam Ala Kassim...




Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - dipotong kecil

3 sudu besar cili kisar - kalau suka pedas boleh tambah

2 sudu besar kicap pekat

3-4 tangkai daun kari
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa


bahan2 kisar:


1 labu bawang besar

4 ulas bawang putih

1 inci halia


cara:
  • gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit
  • kemudian gorengkan ayam tadi separuh masak
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak
  • masukkan daun kari dan kacaukan rata
  • biarkan seketika sambil dikacau selalu
  • kemudian masukkan kicap pekat dan tumiskan sehingga kuah agak kering sedikit
  • masukkan pula ayam dan sedikit air (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada selera masing2)
  • akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
  • kacau dan biarkan sehingga ayam masak dan empuk
  • angkat dan hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato dan lain2

Resepi asal dari sini.


Tip dari bibik :

Dengar ya adik-adik sekalian. Buat kakak yang dah terer masak. Tak yah la. Malu saya. HikHik. Saya pun kalau masak sambal kadang-kadang GAGAL. Terlebih pedas la. Terkurang bawang la. Minyak tak cukup la. Tak cukup garing. Ada je la yang tak kena gaya. SERBA TAK KENA.

Ada masa tu bila masak kalut pun tak jadi. Bila masak sambil lewa menjadi. Ni lah jadinya kalau dah hari-hari memasak. Kadang jadi kadang tak. :D


Ok. Ini tip yang sebenar. :D

Pastikan bahan tumis betul-betul garing. Begitu juga dengan cili. Kalau dua-dua ni masak betul. CONFIRM jadi. Yang penting curah la kasih sayang yang FREE OF CHARGE tu banyak-banyak. Mesti sedap punyalah.

Saya punya hasil dah terbukti sedap.

Apa lagi... SELAMAT MENCUBA.



Saturday, January 30, 2010

Kambing Panggang...

Menu DINCH (lunch + dinner) kami hari ni kambing panggang dimakan bersama nasi daging. Untuk menambahkan pecutan menyuap kita makan dengan sambal belacan. Nyuumm.. Nyuuumm. Kat sini harga daging kambing lebih murah dari harga daging lembu. Sekali beli terus seekor. Buat stok sebulan. Seminggu sekali layan makan daging kambing. Kat sini daging kambing tak berbau HAMIS. Betul. mana ada saya tipu. Tak bau langsung. Dah dua tahun saya makan daging kambing. Memang syioookk laaa.


Saya agak sebab kambing tu masih muda. Peluang dia untuk tak mandi tu sedikit berbanding kambing tua. agagaga. Betul kan.. kaaann..? Boleh pakai kan teori saya ni. HeHe. Jadi teori tak pandai sembelih atau pandai tu tak boleh pakai la kan. Rasanya sembelih semua sama ja cara. Ke sebab penyembelih pun tak mandi tu yang jadi kambing pun berbau. Teeeett... aiyoookk..!! :P


Lauk ni memang menjadi kegemaran Fatimah. Saya tau dah. Kalau masak kambing mesti dia suka. Belum masak lagi kambing dah ditanya. Bila nak masak..? Lama lagi ke nak masak? Pukul berapa saya boleh makan? Saya lapar ni. HaHa. Saja je saya lengah-lengahkan tutup api oven. Dia dah tak sabar nak makan. Kan seronok kalau hari-hari macam ni. Bersemangat nak makan sampai tak sabar-sabar.


Ini resepi memang betul campak-campak yang kak ct ajar saya kalau masak kambing. Takde sukatan langsung. Hehe. Selalu saya memang campak-campak je terus. Kali ni saya buat sukatan sebab nak masukkan dalam blog. Boleh la kalau ada sesiapa nak cuba.

Bahan-bahan:

1 bahagian kaki kambing


1 sudu besar pes nasi goreng ADABI
3 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil chicken seasoning
3 sudu besar madu
1 sudu besar thyme
1 sudu besar rosemary
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada putih
1 sudu kecil lada hitam
minyak zaitun

Cara-cara:

Gaulkan semua bahan. Lumurkan bahan pes dan perap selama 5-6 jam. Lebih lama diperap lebih sedap. Bakar lebih kurang 1 jam 30 minit dalam suhu 180' C.

Boleh dimakan dengan nasi putih atau kalau rajin buatlah nasi daging ka. Nasi tomato.. Apa-apa saja. Makan begitu saja pun sodaaapp..!! :D

Tips dari Chef Norzailina Nordin:

Untuk 20 minit pertama, panggang kambing pada suhu 200 C. Kemudian turunkan suhu pada 180 C dan panggang selama 1 jam 20 minit lagi.

Secara amnya, untuk setiap 500 g kambing, anda perlu panggang selama 20 minit. Jadi, kambing yang seberat 2 kg akan mengambil masa (20x4=80 minit). Manakala kambing seberat 3 kg akan memakan masa (20x6=120 minit=2 jam). Namun begitu, yang sukakan daging yang tidak begitu masak (half-done) boleh mengurangkan masa membakar.


See.. See.. buah hati saya yang dah besar ni. Makan sambil tengok Thumbelina. Sepatutnya pinggan tu untuk Fatimah. Bila Fatih nampak terus dia ambil. Shiaann.. Fatimah. Hik..Hiikk...