Assalamu'alaikum...
Cara nak ambil ukuran dan buat getah pinggang jenis separuh-separuh...
Haaa... Amekaaawww...! Dia punya tajuk entri punyalah panjang berjela.. haha.. Sebenarnya aku tak tau nak letak tajuk yang sesuai.. Ini je yang mampu aku fikir dan letak.. Maafkan aku ya jika tajuk tak kena dengan entri.. hehh... Apapun, jika dah tengok gambar dan baca sikit penerangan yang aku bagi, rasanya boleh faham kot.. InsyaAllah..
Aku nak kongsikan cara aku buat getah untuk pinggang jenis separuh getah dan separuh pengeras ni.. Sebelum ni banyak cara yang aku belajar dan gunakan.. Setiap cara ada dia punya pro dan kontra.. Bila kita dah selalu mencuba, kita boleh nampak perbezaan antara semuanya.. Dan dari situ kita dah boleh fikirkan untuk cuba cari jalan penyelesaian mengikut apa yang pernah dan telah kita try and error tadi...
Cara yang aku gunakan sekarang ni pada aku sangat mudah dan very practical.. Bukan nak isi bakul, angkat sendiri tapi inilah yang sebetulnya yang beri keselesaan pada aku yang menjahit pinggang tu.. Kadang-kadang ada pinggang getah kat bahagian zip tu bergumpal atau macam bergulung.. Issh, tak reti nak describe macam mana.. ahahh...
Jom tengok gambar dan baca sikit penerangan yang aku bagi...
Ambil ukuran pinggang tetap.. Kemudian tambahkan dengan satu inci.. Lepas tu bahagi dua.. Contohnya ukuran pinggang 35.. Tambah satu inci jadi 36.. Lepas tu bahagi dua jadilah 18.. Maka, potong getah 18 inci dan potong pengeras 18 inci jugak..
Lepas tu, potong dua lagi setiap getah dan pengeras...
Kemudian, potong dua lagi getah tu.. Getah dah jadi tiga bahagian dah.. Bahagian getah yang pendek tu nanti akan diletakkan pada bahagian sisi untuk zip.. Pengeras jangan potong dah sebab satu bahagian pengeras tu untuk depan dan satu lagi untuk belakang..
Beginilah rupanya bila dah siap cantum dan jahit.. Sebab itulah ukuran pinggang tetap tadi kena tambah satu inci.. Setiap cantuman tu 1/4 inci.. Kat bahagian hujung sekali tu sengaja aku jahitkan dengan pengeras.. Tujuannya untuk cover hujung getah tu dari berbulu dan juga untuk menguatkan hujung getah tu..
Gunakan pin untuk masukkan getah dalam kain pinggang...
Beginilah rupanya pinggang kain yang sudah siap... Nak kata kemas sangat tu takde la tapi tidaklah ianya bergumpal..
Cara yang sama juga digunakan jika kita nak buat zip kain kat bahagian belakang iaitu kat ponggong.. Bezanya, potongan pada bahagian getah tadi ditukarkan kepada pengeras.. Maksudnya, pengeras ada tiga bahagian dan getah ada dua bahagian sahaja..
Kat bawah ni aku kongsikan dua buah video yang aku ambil kat Youtube.. Boleh ikut cara beliau jahit getah pinggang ni..
p/s: Ini sahaja perkongsian untuk kali ini.. Harap dapat membantu menyelesaikan permasalahan..