Memaparkan catatan dengan label K.Rajagopal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label K.Rajagopal. Papar semua catatan
1 Ogo 2013
Keputusan perlawanan persahabatan Harimau Malaysia 2013...Apa dah jadi?
6 Mac 2013
Harimau Malaya tagih bisa Piya
SELEPAS sekian lama diselubungi kontroversi, kapten Kelantan, Mohd.
Badhri Mohd. Radzi akhirnya dipanggil memperkuat Harimau Malaya bagi
mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 berdepan Yemen di Stadium
Shah Alam pada 23 Mac ini.
Badhri yang mesra dengan panggilan Piya, bakal menyertai 27 pelatih
Harimau Malaya yang akan berkumpul di latihan pusat di Wisma FAM, Kelana
Jaya bermula 11 Mac ini.
Sebelum berdepan Yemen, Harimau Malaya bakal diuji Arab Saudi dalam
satu aksi persahabatan (17 Mac) selain turut dijadualkan berdepan
Palestin dalam satu perlawanan amal di Kuantan, Pahang pada 26 Mac.
Sebelum ini, nama Piya sering menimbulkan perdebatan dalam kalangan
penyokong tempatan kerana tidak berada dalam perancangan Rajagobal
mengharungi beberapa perlawanan utama biarpun beraksi cemerlang bersama
The Red Warriors.
16 Dis 2012
Apa tunggu lagi...
| Shukor Salleh, Bekas pemain kebangsaan. |
Kuala Lumpur: "Jika seseorang itu tahu erti tanggungjawab dan perasaan bersalah, dia akan letak jawatan," demikian tegas bekas pemain negara, Shukor Salleh semalam ketika mengulas desakan ramai yang mahu pengendali skuad kebangsaan Datuk K Rajagobal meletak jawatan.
Desakan itu timbul selepas skuad Harimau Malaya tunduk 3-1 secara agregat kepada Thailand di separuh akhir sekali gus gagal mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Suzuki AFF yang dimenangi dua tahun lalu.
Saya lihat pasukan tidak menunjukkan sebarang peningkatan baru, baik dari segi corak permainan dan keyakinan diri. Berbeza dengan Thailand, mereka mempunyai keyakinan tinggi” Shukor Salleh, Bekas pemain kebangsaan.
13 Dis 2012
Mampukah Harimau Malaya mengaum di Bangkok?
Malam ini tepat jam 8.00 malam sudah pasti peminat setia Harimau Malaya akan terpacak dihadapan televisyen bagi menyaksikan skuad kesayangan yang bakal berentap dengan Thailand bagi merebut slot ke Final Piala AFF.Singapura adalah lawan yang akan ditentang oleh mana-mana pemenang perlawanan malam ini.
Skuad K.Rajagopal dilihat mempunyai tugas yang sukar untuk merobek gawang Thailand malam ini dan memastikan gawang tidak dibocori andai ingin melangkah ke Final nanti.Andai gagal telahan Tan Sri Annuar Musa tentang skuad eksperimen ini adalah benar dan 'kerusi' K.Rajagopal sudah pasti akan bergoyang dan mungkin sudah tidak selamat untuk diduduki beliau.
Harapan kami,penyokong-penyokong Harimau Malaya agar Harimau Malaya dapat mengaum garang malam ini dan membaham keegoaan skuad kendalian Winfried Schäfer ini.
26 Nov 2012
Komen rakan-rakan Laungan TRW-Kelatefc selepas Malaysia kalah 3-0 kepada Singapura
| trw kedah |
bondjr
buleh dah gopal nak letak jawatan...
trw4u
smale klu boh team trw kawe rso blh mene ngn spore..pok dio bke men sdak mano pn..pok kto hok kuca bara abh...
trw kedah
mano2 negara didunia pun team juara/treble pasti pemain team tu ada 6 atau 7 pemain dale team negara,tgok sgor maso tahun2 8oan,barcelona,bayern munich,juventus byk lg la,.tp msia dok mace tu. ,
TRW FA
HARIMAU MALAYA DIA AMBANG KEHANCURAN APABILA MENUTAMAKAN KRONI SAHAJA
Piala AFF: Rajagobal kecewa prestasi Apex
KETUA jurulatih Datuk K. Rajagobal kecewa dengan
persembahan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang menjadi
punca kekalahan 0-3 kepada Singapura pada perlawanan Kumpulan B di
Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Beliau berkata, kesilapan yang dilakukan oleh Khairul Fahmi yang dikenali dengan nama 'Apek' pada separuh masa pertama menyebabkan moral pemain pasukan kebangsaan terus merosot namun beliau memuji kebangkitan yang ditunjukkan pada separuh masa kedua.
"Dia (Khairul Fahmi) membuat kesilapan dan memberi kesan kepada moral pemain... sejujurnya saya tidak menyangka kita akan tewas dengan keputusan malam ini (tadi).
Beliau berkata, kesilapan yang dilakukan oleh Khairul Fahmi yang dikenali dengan nama 'Apek' pada separuh masa pertama menyebabkan moral pemain pasukan kebangsaan terus merosot namun beliau memuji kebangkitan yang ditunjukkan pada separuh masa kedua.
"Dia (Khairul Fahmi) membuat kesilapan dan memberi kesan kepada moral pemain... sejujurnya saya tidak menyangka kita akan tewas dengan keputusan malam ini (tadi).
20 Nov 2012
Info : Perlawanaan Persahabatan Malaysia vs Bangladesh 2012
Astro akan menyiarkan siaran langsung perlawanan melibatkan Malaysia menentang Bangladesh malam ini bermula jam 8 malam di saluran Astro Arena 801.
Perlawanan pemanas badan sebelum tirai Piala AFF Suzuki 2012 ini bakal menyaksikan 'amukan' ketua jurulatih Rajagopal yang dikritik hebat sebelum ini gara-gara aksi longlai pasukan Harimau Malaya.
Adakah rangking tidak penting?Bangladesh sekarang berada dikedudukan 171 dunia manakala Malaysia berada dikedudukan 163.Oleh itu tiada masalah skuad K.Rajagopal menundukkan Bangladesh malam ini.
8 Nov 2012
Skuad Rajagobal hilang arah
Walaupun ketika Thailand bermain dengan 10 pemain, mereka tetap mampu menambah jaringan untuk merekodkan kemenangan selesa keatas Malaysia 2-0.
Adakah Datuk K. Rajagobal masih lagi mahu bermain dengan alasan "menyimpan kekuatan sebenar", dalam masa semua pihak gelisah dengan kemampuan negara dalam misi mempertahankan Piala AFF Suzuki 2012?
Jelas sekali, beliau perlu mempertingkatkan lagi kerja rumah bersama para pemainnya, selepas menyaksikan prestasi skuad negara ketika tewas 2-0 di Stadium Chiang Mai. Pemain Rajagobal jelas kelihatan hilang arah, hantaran kurang baik, tiada gerakan kreatif dan corak serangan yang juga tidak merbahaya.
Dalam aksi di separuh masa pertama, permainan agak perlahan namun tuan rumah tetap berjaya mendahului perlawanan menerusi gol Prayat Bunya pada minit ke-26.
24 Okt 2012
Senarai 28 pemain Malaysia untuk Piala AFF Suzuki 2012
Berikut adalah senarai 28 pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan bulan november bagi persiapan menjelang Piala AFF Suzuki 2012 :
Penjaga Gol :
Penjaga Gol :
- Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
- Mohd Farizal Marlias (Negeri Sembilan)
- Norazlan Razali (Selangor)
- S Subramaniam (Kelantan)
- Nik Shahrul Azim Abdul Halim (Kelantan)
- Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak (ATM)
- Mohd Azmi Muslim (ATM)
- Amiridzwan Taj Tajudin (ATM)
- Mahalli Jasuli (Harimau Muda A)
- Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda A)
- Mohd Bunyamin Umar (Selangor)
- Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu)
- Mohd Faizal Muhamad (Terengganu)
Pok Nik teruja
| Pok Nik (kanan) disenaraikan dalam barisan 28 pemain yang mengikuti latihan serta pemilihan bagi kempen Piala AFF Suzuki. |
TERSENARAI dalam barisan 28 pemain yang akan menjalani
latihan skuad kebangsaan bagi menghadapi kejohanan Piala AFF Suzuki
penghujung bulan depan ibarat bulan jatuh ke riba buat pemain pertahanan
Kelantan berusia 22 tahun, Nik Shahrul Azim Abdul Halim (Pok Nik).
Pemain paling muda dalam kesebelasan utama The Red Warriors ketika menjulang Piala Malaysia baru-baru ini, teruja dengan kepercayaan diberikan pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal kepadanya, malah bertekad menggunakan peluang itu dengan menyasarkan senarai 18 pemain utama.
Pemain paling muda dalam kesebelasan utama The Red Warriors ketika menjulang Piala Malaysia baru-baru ini, teruja dengan kepercayaan diberikan pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal kepadanya, malah bertekad menggunakan peluang itu dengan menyasarkan senarai 18 pemain utama.
26 Apr 2012
Rasional Manchester City ke Malaysia pada bulan Ramadhan
Gergasi Liga Perdana Inggeris sekali lagi akan bertandang ke Malaysia pada 24 julai dalam siri jelajah Asia.Kali ini bukan Manchester United atau Liverpool tetapi kelab yang sedang meningkat naik dan sedang bersaing dengan Manchester United bagi merebut kejuaraa Liga Perdana Inggeris(EPL) iaitu Manchester City.
Kedatangan kelab tersebut dianggap tidak tepat pada masanya kerana ketika itu umat islam sedang berpuasa dalam konteks Malaysia sebuah negara yang majoritinya beragama islam.Rajagopal yang ditanya wartawan tentang faedah perlawanan ini menjawab : “Daripada kita tiada perlawanan pada bulan Ramadan, saya kira ini
kesempatan terbaik untuk pemain belajar satu dua perkara daripada pemain
bertaraf dunia. Kita kena berfikiran positif.”
17 Mac 2012
Rizal Hashim adakah ada dendam dengan Annuar Musa?
Jika kita lihat entri terbaru Blogger 'tersohor' Rizal Hashim yang membuat ulasan panjang tentang Tan Sri Annuar Musa seolah-olah beliau menyimpan perasaaan dendam dengan Annuar.Rizal seolah-olah ingin membuka cerita lama yang melibatkan Annuar yang mungkin menjadi mimpi ngeri buat Annuar sebelum ini.
Penyokong-penyokong boleh membaca sendiri entri Rizal yang bertajuk 'Siapa Annuar Musa?'. Kita boleh melihat bagaimana Rizal mengupas isu-isu tentang Annuar seolah-olah ingin membuka kembali aib Presiden KAFA itu yang gagal diperbudakkan dalam rancangan 'dengan izin' suatu ketika dulu.
4 Jun 2011
Tahniah K.Rajagopal...
Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan TAHNIAH kepada K.Rajagopal kerana telah dianugerahkan gelaran Pingat Jasa Negara(P.J.N)oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong sempena hari keputeraan Beliau hari ini.
Anugerah tersebut diberikan kepada Datuk K.Rajagopal kerana kejayaan skuad kebangsaan memenangi kejuaraan Piala AFF tahun lalu.
Semoga dengan penghargaan ini dapat memberikan perangsang kepada beliau agar lebih berusaha dalam menempatkan Malaysia di mata dunia dalam bidang bolasepak terutamanya dalam kempen kelayakan Piala Dunia nanti.
Langgan:
Catatan (Atom)