Memaparkan catatan dengan label indra putra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label indra putra. Papar semua catatan

20 Dis 2014

Thailand Juara Piala AFF 2014

Keputusan penuh :

Malaysia 3-2 Thailand

Thailand menjuarai Piala AFF Suzuki 2014 dengan agregat 4-3.

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Shafiq Rahim melalui penalti dan sepakan percuma manakala gol ketiga dijaringkan oleh Indra Putra.

Tahniah Harimau Malaya,walaupun tewas tetapi telah menunjukkan semangat juang yang tinggi.Nasib tidak menyebelahi Harimau Malaya untuk menjulang Piala AFF kali ini.

4 Dis 2014

Penjelasan Indra tidak dapat bersama TRW

Salam semua..sebenarnye berat untuk sy umum,sbb sy baca semua komen boleh di katakan 100% sy punya fan nak sy balik di TRW..tak sanggup nak tengok kwn2 kita kecewa..tp sy berbalik pada yg SATU..perancang Allah adalah sebaik2 nye!!dia letak kan sy bersama felda lg setahun untuk musim 2015..Tq buat Tan Sri Annuar musa 'ayah wa' kita di atas pengorbanan,nasihat dan pandangan yg cukup bermakna smlm!!TSAM memang terbaik,percaya dah yakinlah dgan kehebatan dia,tanpa sy pun TRW akan jadi satu pasukan yg di geruni musim depan..pakat2 support jgn cepat nak takir..hehe!!JIKALAU pertemuan smlm sedikit awal..confirm sy bersama TRW musim depan..ini bukan soal gaji,sbb gaji yg TRW offer pun dah jauh lebih cukup untuk sy hidup di kelantan..tp ngan jadual yg padat,sy training malaysia,tak da masa nak jumpa atau bincang apa2 soal kemana hala tuju sy,tp felda tetap menunggu untuk sign,dan tak adil bg sy untuk pindah disaat2 akhir pendaftaran pemain dah nak tutup,dan yg mana felda tak cari pun penganti untuk isi slot sy..sbb barakah atau berkat yg sy cari!!maaf panjang sikit sbb x nak ada salah faham..pada nikradhi jugak tq atas segala usaha demo cari jln penyelesaian..akhir sekali sy nak mintak maaf kalo yg terasa atau sy ada menguris sapa2..kita tetap bersaudara!!anak beranak sesama islam..pengaruh awak2 demo memang kuat,tak lawe ambo haha..sy memang salute!!we support each other!! Gomo kelate gomo!!! -1nd23-

sumber : facebook indra

3 Dis 2014

Indra kembali...

Indra menamatkan spekulasi pasukan yang bakal diwakilinya musim 2015 apabila memilih pasukan Kelantan.
Selain itu juga Abd Latif Suhaimi dari Felda berjaya dipinang Kelantan untuk musim depan.

21 Okt 2012

Indra Putra julang Kelantan


INDRA PUTRA mengesahkan kemenangan Kelantan apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-96 di Stadium Shah Alam malam tadi.

KELANTAN melabuhkan tirai Liga Malaysia (Liga-M) 2012 dengan penuh bergaya apabila mengungguli gelaran trebel pada musim ini.

Skuad The Red Warriors merangkul trofi ketiga selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kelantan membuka jaringan menerusi penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-44 tetapi ATM berjaya mengikat kedudukan menerusi gol Rezal Zambery Yahya pada minit ke-48.

Selang dua minit kemudian, Norshahrul kembali menggandakan kedudukan tetapi penyerang import ATM, Marlon Alex James kembali menyamakan kedudukan apabila menewaskan penjaga gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-62.

8 Jul 2012

Kelantan Juara Liga Super 2012...Hatrik dari Indra

Keputusan Penuh : 

Kelantan 6 - 0 Perak
 
Kelantan akhirnya menamatkan teka-teki penyokong setia mereka apabila merealisasikan impian untuk bergelar juara Liga Super 2012 dengan kemenangan bergaya 6-0 mengatasi Perak di gelanggang keramat Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Indra Putra Mahyuddin menutup mulut pengkritik malam ini apabila meledak hatrik manakala tiga gol lagi dijaringkan oleh Ghaddar,Nurul dan Badri Radzi.

10 Feb 2011

Sila rujuk KAFA

KERAJAAN negeri Kelantan tidak bertanggungjawab sekiranya wujud keciciran nama pemain dalam menerima sumbangan yang diagihkan kepada mereka ketika membantu skuad The Red Warriors muncul juara Piala Malaysia musim lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood, berkata kerajaan negeri sudah menyerahkan sumbangan sebanyak RM200,000 seperti dijanjikan untuk diagihkan kepada semua pegawai dan pemain Kelantan berdasarkan senarai nama disediakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).


Sehubungan itu, beliau akan membuat semakan dengan pihak Kafa bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai empat bekas pemain tonggak Kelantan yang dikatakan dinafikan hak mereka dalam menerima ganjaran yang disediakan kerajaan negeri. “Kerajaan negeri sudah tunaikan janji dengan mengadakan majlis penyerahan sumbangan kepada pegawai dan pemain The Red Warriors pada 25 Januari lalu dan jumlah agihan wang yang diberikan kepada mereka antara RM3,500 hingga RM7,500 seorang. “Kita beri sumbangan kepada pegawai dan pemain sebagaimana dijanjikan dan ia diputuskan berdasarkan kepada senarai nama disediakan pihak Kafa. Sekiranya wujud keciciran atau ada pemain yang tidak menerimanya, itu perlu dirujuk atau disemak dengan pengurusan persatuan berkenaan,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan negeri di Kota Bharu, semalam.


Empat bekas tonggak Kelantan, Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Muhamad, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Azizi Mat Rose dinafikan hak mereka dalam menerima sumbangan kerajaan negeri selepas membantu skuad Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2010 sebagaimana laporan akhbar ini, kelmarin.


Abdul Fattah berkata, kerajaan negeri sudah melaksanakan janji yang dibuat dengan menyerahkan sumbangan berkenaan kepada barisan pemain dan pegawai The Red Warriors sebagaimana yang diadakan di Kota Bharu pada 25 Januari lalu.

“Saya tak dapat beri komen lanjut berhubung isu yang timbul ini kerana saya perlu merujuk kepada pengurusan Kafa bagi mendapatkan pengesahan atau gambaran sebenar.


“Saya juga tidak pasti sama ada nama empat bekas pemain Kelantan itu disenaraikan atau tidak kerana penyediaan senarai nama pegawai dan pemain adalah daripada pihak Kafa,” katanya.

15 Dis 2010

Penjelasan Tan Sri Annuar Musa







theredwarriorscom

Artikel berkaitan:

Merang

9 Dis 2010

Petikan kata-kata TSAM dalam facebooknya

Sy tak kesal Indra/Farhan/azizi nak kemana.. Gaji mereka dah kita tawar Tinggi..Indra(19k)Farhan(16k)Azizi(12k).Dan sebulan bonus tak termasuk bonus piala Msia..YG. SY KESAL HINGGA KINI TIADA MAKLUMAN KPD KAFA HITAM PUTIH..DAN KAFA TAK SEMPAT CARI PEMAIN GANTI..INI BERUPA SABOTAJ PERSIAPAN KITA DAN TRW TERJEJAS TERUK DR SEGI PERSIAPAN TEAM


p/s : Mahal doh tu KAFA tawar tapi gak mungkin T.Team tawar lebih tinggi dari tu...Tahniahlah sebab pilih T.Team!!!

7 Dis 2010

Indra, Farhan, Azizi sah bersama T-Team

Oleh Malik Muhamad
sukan@hmetro.com.my


BEKAS tonggak Kelantan, Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Muhamad dan Azizi Mat Rose sah bersama skuad T-Team pada saingan musim depan selepas menandatangani kontrak bersama pasukan itu sebaik kontrak mereka dengan skuad The Red Warriors tamat musim ini.
Jurulatih baru T-Team, Yunus Alif berkata, tiga pemain berkenaan berada di Kuala Terengganu dan mula menjalani latihan sejak beberapa hari lalu.

“Kini tidak timbul lagi desas-desus mengaitkan tiga pemain itu dengan skuad lama.
“Selain itu, penyertaan mereka sudah dimaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan hal ini sudah selesai dan tiga bekas ayam tambatan Kelantan itu kini sah bermain untuk T-Team musim depan,” katanya.

Sebelum ini, tiga pemain itu yang membantu skuad The Red Warriors menjulang Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah, dikhabarkan kekal bersama skuad Kelantan bersama Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Hairuddin Omar.

Bagaimanapun, mereka memilih T-Team untuk beraksi musim depan manakala Hairuddin memilih Negeri Sembilan dan Akmal Rizal bersama skuad Perak.

Yunus yang pernah menjulang Kasut Emas pada 1984 ketika bersama Pahang berkata, kehadiran tiga pemain yang beraksi di posisi pertahanan, tengah dan serangan bakal memperkuat T-Team yang berhasrat menjulang kejuaraan Liga Super.

Selain itu, Yunus berkata, Nor Farhan yang berasal dari Bukit Payong, Kuala Terengganu, bakal menjadi penggempur berbisa sambil dibantu Indra Putra di posisi tengah selain ketenangan Azizi menjadi tonggak di bahagian pertahanan.

“Saya yakin tiga pemain itu bakal menjadi tonik berharga buat pasukan,” katanya.

1 Okt 2009

Kelantan semakin garang



INDRA meuncul wira Kelantan apabila meledak gol tunggal pada pertemuan menentang Kedah di Stadium Sultan Muhammed IV kelmarin.














DUA kemenangan dalam dua perlawanan membuktikan Kelantan benar-benar optimis memburu kejuaraan berprestij itu.
Lebih manis, pasukan yang ditundukkan di gelanggang keramat mereka Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu adalah juara treble dua kali, Kedah.

Seperti mahu membuktikan sesuatu, tindakan kurang bijak bekas jurulatih mereka, Peter James Butler yang meninggalkan pasukan ketika persiapan kempen Piala Malaysia sedang berjalan sedikitpun tidak merencatkan semangat pemain.

Aksi kedua di bawah bimbingan jurulatih baru, B. Sathianathan, beberapa perubahan taktikal dilihat memberi kesan.

Khidmat penggempur lincah mereka, Che Hishamuddin Hassan kembali mendapat tempat apabila digandingkan dengan Khalid Jamlus dan Norfarhan Mohamad.

Pada babak pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan bermain dengan terlalu berhati-hati namun, beberapa serangan hampir menerjah jaringan lawan masing-masing.

Che Hishamuddin hampir meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke-19 namun rembatannya berjaya ditepis oleh penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias.

Selang enam minit kemudian, Helmi sekali lagi beraksi cemerlang apabila berjaya menguis keluar bola daripada sepakan percuma ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahyuddin.

Kedah memiliki peluang terbaik melalui Fauzi Shaari pada minit ke-33 apabila sepakan beliau menerjah gawang Kelantan, namun penjaga garisan mengesannya berada pada kedudukan ofsaid.

Pada minit ke-41, Badrol hampir mencemaskan 25,000 penyokong Kelantan melalui tandukan menarik, namun Halim Napi menafikan percubaan tersebut.
Babak kedua mula menampakkan perubahan apabila Kelantan menggandakan asakan untuk memburu gol dan Indra menceriakan peminat sang Kijang apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-49.

Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my