Click for BEST OFFERS

Followers

Showing posts with label hiv test. Show all posts
Showing posts with label hiv test. Show all posts

Friday, February 3, 2012

~Prosedur nikah lelaki dan perempuan di Selangor~

As salam lovelies!

Kali ni nak share prosedur nikah di Selangor.


Psst…even anda belum ambil @ isi boring nikah, anda boleh settlekan beberapa perkara penting berikut:

    1. Buat ujian HIV (valid 6 bulan sebelum tarikh nikah)
    2. Hadiri kursus kawen (valid sepanjang hayat, amek sekali je)


    Ok, mari kita mulakan.



Panduan prosedur nikah lelaki


    1. Dapatkan borang nikah anda di Pejabat Agama Islam Daerah berdekatan rumah anda atau boleh dapatkannya secara online.

    2. Setelah dapat@print boring tu, sila isikan semua maklumat diri pemohon, 2 orang saksi TANPA menurunkan tandatangan ke atasnya. Ini kerana proses sign mensign ni harus dibuat di hadapan jurunikah@penolong jurunikah @ qariah di tempat anda nanti.

    3. Sila lampirkan dokumen berikut:
-photostate ic anda selaku pemohon lelaki
-2 orang saksi
-sijil kursus kawen
-borang/result HIV test 

4. Sila cari siapa qariah kawasan anda dan buat appoiment. Nanti i cerita bab ni.

5. Bawa borang tersebut, 2 orang saksi, dan semua dokumen original dan photostate bila berjumpa dengan qariah. Proses sign akan dibuat di sini.

6. Borang anda akan disahkan, bawa semua dokumen tersebut ke PAID untuk diluluskan oleh PPN.

7. Amek nombor, hantar, dan collect balik esoknya bagi mendapatkan surat kebenaran kawen lelaki. Bayar RM10.


Hehe complex tak?

Ok, untuk makluman…pihak lelaki perlu settlekan boring mereka dulu (lebih baik 3 bulan sebelum tarikh nikah).



Next step ialah…



Panduan prosedur nikah perempuan

     
    1. Dapatkan boring nikah anda di Pejabat Agama Islam Daerah berdekatan rumah anda atau boleh dapatkannya secara online.

    2. Setelah dapat@print borang tu, sila isikan semua maklumat diri pemohon, 2 orang saksi, seorang wali TANPA menurunkan tandatangan ke atasnya. Ini kerana proses sign mensign ni harus dibuat di hadapan qariah di tempat anda nanti.

    3. Sila lampirkan dokumen berikut:
-photostate ic anda selaku pemohon perempuan
-2 orang saksi
-1 orang wali
-sijil kursus kawen
-borang/result HIV test
-borang dan surat kebenaran lelaki yang telah settle. 

4. Sila cari siapa qariah kawasan anda dan buat appoiment. 

5. Bawa borang tersebut, 2 orang saksi, dan semua dokumen original dan photostate bila berjumpa dengan jurunikah. Proses sign akan dibuat di sini. Di sini, qariah anda akan check masa yang anda nak tu available tak di diarinya. Jadi, jangan lambat bertindak.

6. Setelah mendapat kelulusan beliau, bawa semua dokumen tersebut ke PAID.

7. Amek nombor, hantar, dan collect balik esoknya bagi mendapatkan surat kebenaran kawen perempuan. Bayar RM10.

8. Proses ini secara amnya selesai, tetapi sila berhati-hati. Ini kerana ada kes jiran sendiri baru-baru ini yang pada hematnya proses ini selesai, tapi di hari kejadian yakni hari dia mau menikah, tiada jurunikah yang hadir. Dapat bayangkan tak situasi itu? Pending beberapa jam di masjid. PAID suruh tangguh ke hari selasa. Bayangkan, hari esoknya majlis resepsi sudah dirancang. Terjadi sebab dia tak merujuk pada kairiah kawasan. Oleh itu, sila betul-betul rujuk pada kairiah kawasan anda.

9. Bawa semua borang lelaki dan perempuan ke qariah anda untuk tindakan lanjut. Wali juga akan dibriefing pada masa ni berkaitan mas kawen, hantaran dan samada mau jadi wali @ wakilkan.


Sekadar berkongsi rasa, sila suruh lelaki settlekan part dia supaya tak kelam kabut pada 1 bulan sebelum majlis.
  

Membantu tak?

Hihi.


 Have a nice day!

Wednesday, November 16, 2011

~HIV Test~

As salam lovelies!

Alhamdulillah dah settle buat ujian HIV.



Prosedurnya:


1. Sila buat temujanji dengan klinik kesihatan berhampiran anda.

Walaupun rasa ia nya simple step, jangan dilengah-lengahkan sebab mungkin dekat-dekat tarikh tu nanti mungkin terpenuh.

Abisla koraaang. Hehe.

Eleh, padahal boleh je pergi kk lain kan?

As for me, di pagi hari cuba call 3 kk yang terdekat.

Discuss date paling hampir dan available. 

Setelah perbincangan dibuat, tarraaa tak pasal-pasal semua kk dah penuh in two weeks dalam masa sejam lepas phone.

Agaga. 

Maka nya, jangan pergi buat test tu di hujung tanduk tarikh nikah u olz ya.

Tapi jangan la awal sangat sebab validity test ini 6 bulan saja.


2. Jari anda akan dicucuk dan akan diletakkan ke satu kit.

Keputusan ujian mengambil masa 15 minit saja.

Yang lelain tu terambil masa untuk daftar, isi borang, dan tunggu keputusan.

Bertabahlah ketika menunggu.


3. Takda soal-soal pun. 


Siap!

Boleh isi borang nikah.

Yeay!



Oh ye, bagi b2b slangor, boleh contact kk di link sini.


Have a nice day!