Click for BEST OFFERS

Followers

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

~Fuyooo...Kelantan nak bagi sebuah rumah untuk Khairul Fahmi~

Salam semua.

Fuyoo main bola dapat rumah free! Nak main bola jugak la gini. Hehe.



KOTA BAHARU 5 Jan. — Kerajaan Kelantan sedang berbincang untuk mencari rumah serta lokasinya yang sesuai untuk dihadiahkan kepada penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat yang mengharumkan nama negara membantu menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 menentang Indonesia, baru-baru ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunaan Insan, Belia Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri juga belum menetapkan nilai rumah yang akan dihadiahkan kepada pemain remaja itu.

"Kita sedang berbincang di peringkat dalaman untuk menentukan rumah, lokasi dan nilainya untuk dihadiahkan kepada pemain itu, yang penting keselesaan bagi dia dan keluarga,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini. — Bernama

Thursday, December 23, 2010

~Awas! Kicap Kipas Udang Tiruan~


Salam Readers!

Sapa suka makan kicap angkat tangan! Wohoo...rugi ooo tak suka. Ekeke.
Kicap ada banyak jenis, tapi semua tak boleh lawan kesedapan kicap kipas udang keluaran Zara Foofstuff Industries. Tapi sila hati-hati lah ya sebab sekarang ada yang tiruan. Ish ish ish. Tak baik betullah diorang ni.
So please beware ya.



Sunday, December 5, 2010

~Kesian Kat Garam~

Salam semua!

Harga gula naik lagi baru-baru ini.

Apakata cuba tanam Stevia. Mungkin boleh jadi alternatif terbaru untuk gantikan gula.

Tak pernah tengok?
Ni gambar Stevia.



Manisnya dipercayai 15 hingga 20 kali daripada gula.

Suatu kajian telah menunjukkan, ekstrak Stevia yang dipanggil Steviosides (85-95%) didapati 200-300 kali manis dari gula biasa.

Walaubagaimanapun, Stevia ada sedikit rasa pahit.

Daun dia memang manis sungguh tau. 
Dah penah petik sehelai dan letak dilidah.
So sweet.

Harap banyak lagi research dibuat untuk jadikan Stevia alternatif pemanis baru dalam masakan juga minuman kita. Pastikan juga kajian menyeluruh hingga bioassay study supaya pengguna tahu tahap ketoksikan tumbuhan ini. 

Lagipun, boleh je tanam sendiri di rumah.
E.g: kalau nak minum teh,bolehla letakkan 2-3 helai daunnya...jimat dan sihat.




Persoalannya,




Cuba fikirkan pula pasal GARAM.
Kesian beliau.
Tak naik-naik harga.

Haha.
Semoga maintain lah ye harga tu.


Ingat, makan gula banyak, kencing manis.
makan garam banyak, darah tinggi.


Jadinya, sama-samalah kita kawal diri dengan menjaga kesihatan.
Iklan khidmat masyarakat sebentar. Wink wink.





Friday, December 3, 2010

~Ini sungguh menakutkan!~

Salam...

Cuba bayangkan...
Tengah-tengah dok dalam bas, tengah bersembang-sembang, tiba-tiba api menyambar
Nauzubillah. Risau sangat, Lately ni, dah asyik dengar cerita pasal bas terbakar.
Takut kan?

MARAK...bas yang terbakar di tempat kejadian, semalam.
(sumber: Harian Metro)

Kes pertama terjadi apabila tiga orang pelajar kolej kejururawatan terlibat dalam kejadian ini. Nurzilawati Hussin, 20 melecur teruk selepas enjin bas RapidKL yang dinaiki mereka tiba-tiba meletup. Dua lagi mangsa ialah Nadia Husna Arshad, 20, dan Nur Aisyah Abd Samad. Ya Allah, selain tidak dapat menduduki peperiksaan akhir, Zila juga terpaksa melupakan hasrat untuk melangsungkan pertunangan Januari tahun depan. Kesian sangat kan.

Kes kedua pula terjadi bila sekali lagi bas RapidKL yang disewa khas untuk membawa kakitangan awam hangus terbakar berhampiran susur keluar Desa Petaling, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dua hari lepas. Nasib bas sempat diberhentikan di bahu jalan bila seorang penumpang perasan asap berkepul-kepul keluar dari arah belakang bas, dipercayai enjin bas mengalami kerosakan.



Kenapa ya?
RapidKL kata bas diselenggara dengan baik. Tapi tak tau lah kan.




Aha...

Ke sebab MINYAK?
Ada kata Ron95 mudah terbakar.

Ish ish ish...takutnya



Yang pasti, tiap kali naik bas, dah jadi sedikit trauma nak cari seat belakang.Huhu.
Nauzubillah, semoga kita dijauhkan dari kejadian macamni dan dilindungi di bawah lembayungNya.

Amiin.