Click for BEST OFFERS

Followers

Showing posts with label kasut. Show all posts
Showing posts with label kasut. Show all posts

Friday, June 10, 2011

~Shoe Giveaway: Absolutelygorgeous By Amy~

Assalamualaikum lovelies!


Nak try join contest untuk shoe giveaway ni...hihi




Cara penyertaan :

1. Ceritakan kepada kami kasut impian anda di blog ataupun di facebook.
- Anda boleh melakar(sketch) sendiri kasut impian anda.
- Anda boleh mencari kasut impian anda dengan cara men'google'.

2. Ceritakan mengapa anda memilih kasut impian tersebut?

3. Anda perlu link blog Absolutelygorgeous By Amy(http://absolutelygorgeousbyamy.blogspot.com/) di blog anda.
(jika tiada blog, anda boleh membuat Notes di Facebook)

4. Anda perlu menjadi sebahagian daripada kami iaitu perlulah LIKE di Absolutelygorgeous By Amy fan page.

4. Email kepada kami link entri atau Notes tersebut ke absolutelygorgeousbyamy@gmail.com


Syarat-syarat penyertaan :

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Penyertaan bermula pada 14 Mei 2011 sehingga 15 Jun 2011.
3. Keputusan akan diumumkan melalui Facebook, dan juga email.


___________________________________________________________

1. Kasut impianku...jeng3
Ref: Benjamin Adams

Disaluti batu-batu kristal Swarovski  dan leather lining untuk sokongan dan struktur lebih mantap, serta duchesse silk exterior for a luxurious look...berwarna dyeable white silk. Gulp.



2. Sebab pemilihan...

1.Comfortable
 Pemilihan kasut wedges adalah kerana ianya lebih selesa, dengan harapan tidak terpele’ot@terpelecok di hari bahagia tersebut. Malu weh kalau terjadi kejadian tu. Nauzubillah. Sebabnya jarang pakai heel. Wedges ni lebih supportive dan menjadikannya super-stylish shoes for a wedding

2.Contemporary
 Wedges will give you a very contemporary look and those important extra inches that make you feel so great! Terasa berkeyakinan untuk melangkah.

3.Design tak over
 Sometimes,less is more. Sebabnya dengan harapan baju pengantin dah melatop, hope kasut tak melampau sangat; dalam erti kata lain tidak sarat, namun masih kelihatan elegant.

4.Bahagian hadapan bertutup/hampir bertutup
Lebih sopan rasanya bila hadapan kasut bertutup. Lagipun dapat tutup sedikit sebanyak kebesaran sebenar kakiku itu. Hikhik. Terasa lebih bergaya dan mempesonakan.


Soalan dan jawapan extra...(ok,over kan..haha)

Kenapa mau join contest ni?
Sebab sangat menaruh harapan tinggi agar Absolutelygorgeous By Amy dapat designkn kasut idaman kalbuku, untuk digayakan penuh confident di hari bahagia itu. Lagipun agak sukar untuk mencari kasut yang sesuai dengan  kakiku yang agak lebar. Agar lebih selesa. Weuuu...syioknyee. Thanks Amy!



Ehe...done!
Semoga ada rezeki =)


Have a nice day!

Saturday, February 26, 2011

~Contest mesti menang (Pelamin, Busana, Hantaran Impian)~

Salam lovelies!

Join contest anjuran Cik Tatie manis.


...
...
...


Bila dewan sudah dibooked, MUA sudah confirmed, NOW, masa untuk memikirkan pasal PELAMIN, HANTARAN, dan BAJU.. bagaimana bentuk pelamin yang sesuai, dan warna dan tema. Jadi, untuk memudahkan kerja Tati, Tati ingin mengadakan CONTEST bagi mencari idea untuk Majlis Tati nanti. Caranya senang, hadiahnya juga lumayan.. Apa yang anda harus buat, adalah memikirkan, mencari dan elaboratekan idea anda itu.... Mudah bukan?

Cara-cara nak sertai contest ini adalah :=
1) Anda perlu google (ATAU design sendiri)
- 1 gambar pelamin nikah/pelamin kahwin paling anda suka
- concept hantaran impian anda
- baju pengantin impian anda
2) Setiap gambar itu haruslah mempunyai caption yang tersendiri
3) Buat satu entry mengenainya, dan entri anda itu haruslah dimulakan dengan ayat ini... "Perkahwinan saya lebih lengkap dengan adanya pelamin, hantaran dan baju ini kerana......"
*bebas kepada anda berapa patah perkataan pun asalkan kreatif*

Hadiah-hadiahnya adalah :

Hadiah Utama
-wang tunai bernilai rm250
-2 keping tiket wayang di Cathay Cineplexes Platinum Movie Suite
-1 hadiah misteri

Hadiah Tempat Kedua
- sepasang kasut dari HEY GILFRIENDS
- sehelai baju dari MNG
- Wang Tunai rm50

dan
5x hadiah saguhati misteri

ALERT!!! tanpa ini, penyertaan anda tidak sah

1) Follow blog ini terlebih dahulu
2) Jangan lupa save banner ini sebagai bukti anda sertai contest ini
-cara nak save banner , tekan right click untuk dapatkan code banner
3) Pamerkan banner dan link blog ini di akhir entry anda:
4) Jangan lupa link-kan penyertaan anda ke entry ini (PENTING)
5) Bagitau rakan-rakan anda yang lain mengenai contest ini

Tarikh tutup penyertaan :
31 March 2011

-----------------------------------------------------------------------------

 Pelamin Perkahwinan impian

Pelamin dari Rins Suzana ini berkonsepkan english style, vintage dan memukau tiap mata yang memandang. Background yang unik, dan keseluruhan pelamin nampak ringkas, moden dan kontemporari serta mampu mencipta suasana indah dan romantis, memberi aura serta mood romantik pasangan mempelai.


  Baju perkahwinan impian

See...macam cinderella's dress kan. WoW! Busana ini menjadi pilihan kalbuku sebab buatkan i terasa diawang-awangan, ibarat fairy tale wed pula. Bila memakainya pasti merasakan kecantikan terserlah, kerana ketelitian manik-manik yang ditabur indah, design yang menarik (ada teknik ropol-ropol di sisi dress) ini akan membuatku rasa yakin tampil di khlayak ramai. Love it damn much.


Oh ya, perlu dipadankan dengan kasut ini.
Akan menjadikan i persis cinderella teragung di abad millenium ini. =D


Konsep hantaran impian


Gubahan hantaran by Arma ni sangat menepati citarasaku kerana sangat eksklusif, berkonsepkan padanan moden dan tradisional. Menggunakan bunga-bunga segar dengan kombinasi warna yang lembut (tapi i prefer warna yang agak terang sebab dalam gambar nanti lagi teserlah), nampak manis bergaya. Diserikan lagi dengan bekas hantaran berunsurkan ukiran tradisional. Indah sekali.



Akhir sekali, kena lengkapkan ayat ini...

Perkahwinan saya lebih lengkap dengan adanya pelamin, hantaran dan baju ini kerana saya amat menggemari konsep gabungan yang moden kontemporari, serta sedikit mode tradisional. Dekorasi pelamin berkonsepkan english style dan vintage yang dipenuhi rimbunan bunga, hantaran yang simple menggunakan campuran bunga segar pelbagai warna dan jenis yang mencipta rasa, serta pilihan busana persis puteri raja yang trendy tetapi masih mengekalkan kesopanan dan adab budaya melayu. Ya, saya pasti bahagia jika impian ini termakbul! Weee.


Thanks Tatie dearie buat contest ni...hehe buat i berangan lagi.

Have a nice day!


Jom LIKE Muslimah Vogue Shop jom! Tqvm. =)