27 September, 2007

Nasi beriani gam

Nyam nyam...jemput smua berbuka di sini...tapau pun boleh ler...special utk UncleJ...untuk semua yang datang sini pun boleh la...tp mesti utamakan UncleJ dulu ye...lepas tu yg lain tu nak tapau ke mkn abiskan ke baru boleh..ok?...hehe...xde idea pun nak post ape sbnrnye... Sdr. Kasawari..cepat2 sebelum uncleJ dtg ni...lepas tu elok2 kan blk smula buat2 lom luak nasi n lauk tu...syyyyyyyyyhh.....snyap2 tau...heheh...

26 September, 2007

PeTua KuRanGkAn LaPar DaN dAhAgA

Semalam dapat email ni... bagus juga petua ni..boleh di cuba...bukan susah sangat untuk kita praktikkan...

Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga.
  • Mesti sahur.
  • Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.
  • Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagiii.. Sampailah 7 kali.

Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya.

SEBENARNYA :-Surah Al Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt. Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis tak kan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga. Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.

20 September, 2007

Nur Syahirah lg....

Hari ni umur Nur Syahirah cukup 8 bulan..teringat di saat mengandungkan dia...mcm2 dugaan yang harus aku tempuhi...kurang drh...kencing manis...tiba2 pula muncul penyakit tu...disebabkan itu darah aku diambil lebih 10 kali rasanya...masa mengandung 6 bulan...bulan puasa pula...lagi byk dugaan...lembik aku dibuatnya di bulan puasa..menahan lapar utk 2 org sekali...hmm..dugaan...sabar...masa raya puasa...7 bulan...masa tu rasa x sabar rasanya nak tengok wajah anak dalam kandungan...tengok anak2 saudara bergembira di hari raya, teringin juga nak tengok anak sendiri rasa camtu...hmm....
20hb Januari 2007...Jam 3.48 ptg...berat 3.03 Kg....Itulah saat kelahiran Nur Syahirah...segala kesakitan saat melahirkannya hilang bila lihat wajahnya gembira tak terkata....suamiku yang sentiasa berada di sisiku semasa aku sedang menanggung sakit turut gembira..mau taknye..anak pertama...mmg tak sabar2 menunggu...dialah yg menguatkan semangatku semasa proses kelahiran Syahirah...dia sentiasa di sisiku dr awal sehingga kelahiran Syahirah...
Diam tak diam...sekarang dah 8 bulan ianya berlalu...dalam tempoh itu macam2 dugaan yang aku tempuhi...dengan menjaga Syahirah seorang diri...suamiku kerja out-station, terpaksalah aku menghadapi semua ini seorang diri, hanya weekend je kami sekeluarga bersama...Alhamdulillah...aku dapat tempuhi segala dugaanNya dengan sabar dan tabah...ssemoga hari2 berikutnya pun begitu..Amin...
Ini adalah gambar Nur Syahirah dari umur dalam pantang sehingga umurnya 7 bulan...berubah2 wajahnya...cuma tang hidungnya tak berubah...heheh...ikut hidung mak mertua ku....

Umur 22 hari


Umur 2 bulan


Umur 3 bulan


Umur 4 bulan


Umur 5 bulan

Umur 6 bulan

Umur 7 bulan
Hmm...tu saje setakat ini...jumpa di lain post...tata...

19 September, 2007

Menawan hati isteri...

Td baca paper...terjumpalah tajuk ni..."Menawan Hati Isteri"...Bagi para suami..ianya amat berguna utk panduan anda...marilah sama-menghayati... :-)

SEBAGAI lelaki, pernahkah ego anda tercabar? Apatah lagi orang yang mencabar itu adalah insan paling rapat dengan anda iaitu isteri. Bagi lelaki, adakalanya mereka sukar menelah isi hati wanita yang pernah menjadi kekasihnya dan kini muncul sebagai suri dalam hidup insan bernama suami.Hakikatnya, mengenali hati wanita bukan payah kalau anda tahu ‘kuncinya’. Bahkan isteri bukan mendambakan yang hebat-hebat atau sesuatu yang bertaraf eksklusif semata-mata. Cukup sekadar biasa saja, tetapi dilakukan dengan penuh keikhlasan dan rasa kasih yang mendalam oleh suami, pasti hatinya berbunga gembira.
Panduan berikut mungkin mampu menjadi amalan anda untuk isteri tercinta supaya keutuhan cinta terus bertahan lama. Jika anda mampu mendalaminya, pasti anda menjadi lelaki yang paling disanjungi isteri.

  • Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan ‘I love you’. Gunakan teknologi yang ada kini sepenuhnya. Sering menelefon atau menghantar e-mel untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi wanita, walaupun hanya satu ungkapan atau ayat, ia sangat berharga dan rasa begitu bahagia menerimanya.
  • Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
  • Tolong terbalikkan stoking atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
  • Apabila keluar daerah, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang anda sudah selamat sampai.
  • Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumah tangga dan pendidik.
  • Berbincang dari semasa ke semasa, jangan ketepikan pendapat isteri. Berkongsi masalah dengan mereka, sekurang-kurangnya membuatkan mereka rasa penting dalam diri anda.
  • Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
  • Sokong pendapat isteri jika dia bertentangan pendapat dengan orang lain, tetapi perlulah secara rasional. Sekiranya pendapat isteri salah, betulkan.
  • Urut isteri dari semasa ke semasa.
  • Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
  • Sabar dan tenang apabila mendengar cerita serta masalah isteri.
  • Pamerkan kasih sayang apabila di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh bila berjalan.
  • Apabila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
  • Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.
  • Apabila makan di luar, jangan harapkan isteri saja yang memilih tempat untuk makan.
  • Sabar apabila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
  • Beri perhatian yang lebih pada isteri daripada orang lain di khalayak ramai.
  • Lebihkan isteri anda daripada anak-anak.
  • Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa seperti minyak wangi dan jam. Kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.
  • Apabila Aidilfitri tiba, jangan beri duit raya kepada anak-anak saja, tetapi beri juga kepada isteri.
  • Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutama daripada yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keprihatinan dan kasih sayang yang tidak ternilai kepada mereka.
  • Jangan ambil mudah perkara yang amat penting bagi wanita. Wanita cukup kuat mengingati tarikh penting contohnya hari ulang tahun. Sesekali, buatlah kejutan supaya mereka rasa lebih disayangi.
  • Jangan kedekut memberi pujian kerana mereka berhak menerima pujian.
  • Wanita juga ada ego terselit di celah kelembutan mereka. Apabila mereka rasa terancam atau tercabar, lahirlah sifat marah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah timbul bila mereka suka memendam perasaan dan ‘meletup’ suatu hari. Tetapi sebagai lelaki, usah sama-sama meletup. Cuba selesaikan masalah dalam keadaan terkawal dan fikir secara positif misalnya, mencari punca wanita cemburu atau marah.

Jodoh...

Renungkanlah sedalam-dalamnya

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...'

Nur Syahirah

Inilah dia video Syahirah yang tengah gelak sakan...ape yang dia suka sgt gaknya tu...masa ni umur dia ni baru 5 bulan.... :-)

18 September, 2007

Blog baru....

Hari ni create blog baru...blog yang lama xtau la nape...xleh buka pulak...hmm..lom ade idea la nak tulis ape hari i....nnti2 ler.... :lol: