26 August, 2008

Di Majlis Resepsi Feriz & Fifi

Lebih kurang jam 7.40 kami keluar dr hotel terus gerak ke Sime Darby Convention Centre, mmg x jauh sgt dr hotel...jam 8 kami dah sampai di situ... dari dlm keta lg saya dan suami risau mcm manalah keadaan di dalam nnti, syahirah yang kepenatan berjalan ptg tu msti buat ragam dalam dewan tu nnti...hmm....xtaulah nak ckp, mcm2 yg kami fikirkan masa tu...dah lah ni 1st time gi majlis yg grand camtu, kalau anak meragam mesti segan dibuatnya, mood kami x berapa baik masa tu kerana banyak sgt yang difikirkan...

Sampai di lobi, kami menunggu ketibaan Kasawari dan UncleJ untuk masuk sama2 ke dlm dewan, almaklumlah..segan...x pernah gi majlis grand la katakan..hehe...x lama lepas tu dorg pun sampai, masa lalu kat red carpet keluarga pengantin telah menunggu untuk menyambut tetamu2 yang hadir, kami duduk di meja yang sama, bila kat dalam tu, syahirah dah mula mengantok tp x selesa nak tido dlm keadaan camtu, pengantin pun dah berarak masuk....syahirah yg dah ngantok td pe lg...apa yang kami risaukan betul2 berlaku, dia menangis sekuat2 ati semasa sesi berdoa...adoiiiiii....malunya kami, dahla waktu tu keadaan mmg senyap sunyi sbb org tgh berdoa, suamiku cepat2 bwk syahirah lari keluar dewan...so, tggllah saya sorg kat dlm dewan...w/pun ade kawan2 lain, tp suami dan anak tiada di situ, fikiran saya x tertumpu sepenuhnya kepada majlis tersebut, fikiran saya ada di luar dewan memikirkan macam mana suami dan anak di luar...hmm...x seronok betul, ilang mood, nak bergambar pun x semangat, so..xde lah amik gambar kenangan2...gambar yang ade pun ihsan dr Kasawari..thank's ya my fren.. :D

Bila majlis semua selesai...kami blk hotel dan masing2 kepenatan....esoknya dah nak gerak blk JB pulak....so, mlm tu mmg tido lena betul, sedar2 dah subuh.... :D

P/S : KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA FIFI & FERIZ, SEMOGA TABAH & SABAR MENGHADAPI DUGAAN BERUMAHTANGGA, SEMOGA KEKAL KE SYURGA..ITU DOA KAMI UNTUK ANDA BERDUA....AAMIN....

tengoklah video syahirah di luar dewan...suka ati dia je baring n berlari2 kat luar tu...

Gambar pengantin ihsan dari Kasawari.. :D

Romantiknya pasangan pengantin baru kita ni... hehe...

Gambar kenangan kami dalam dewan....

Bergambar di luar dewan sblm masing2 balik... Kasawari dan Kak Linda, UncleJ dan isteri, Bro KS dan anak....

Gambar syahirah memanjat kerusi di luar dewan....aktif tul anak dara sorg ni...jgn jd hiper aktif dah la nak ooi...x larat ummi ngan ayah nnti.. ;)

22 August, 2008

Jalan2 di KL........

Hari kedua di KL...
Pada jam 11 pg kami gerak dr hotel untuk ke KL central, parking kereta di situ kemudian naik LRT ke masjid jamik...penat gak menapak sampai ke jln masjid India, jln2 area situ..then kami terus ke sogo pula...pergggggggh....sale kat sogo, mmg betul2 sale, kebetulan di ground floor ade sale baby kiko sampai 50%, ape lagi...saya pun beli lah beberapa helai baju raya untuk anakku yg sorg tu..untunglah dia thn ni banyak pakai baju baby kiko, kalau kat Jb xdenya baby kiko nak sale sampai 50%, yang ade patern yang lama2 n x bape cantik...

Hmm...lebih kurang kul 1 lbh kami keluar dr sogo dan naik LRT ke masjid jamek dan terus ke KLCC...sampai ke KLCC kami terus ke Aquaria, 1st time sampai ni, almaklumlah mmg dah lama sgt x ke KL ni, menarik gak la, macam2 jenis ikan kat dlm tu, syahirah suka lah tengok ikan2 tu...keluar je dr aquaria kami ikut taman luar KLCC, teringt waktu dulu, selalu dating2 kat situ... hehe ;) betul x bang? :p syhhhhhh....

Masuk dlm KLCC jln2 kat dalam tu pulak, then kami pun dah kepenatan, so balik lah hotel untuk rehat kejap dan prepare untuk majlis resepsi F&F mlm nnti.... ;)


Syahirah xnak pegang tgn, nk berlarilah tu
(1st time gambar pakai spec msk dlm blog ni, rabun tp x ngaku rabun..hehe)


Tgh hayal main hp, dia pun sibuk nk snap gambar


Nak turun berlari...


Muka senyum kepenatan


Kat luar KLCC


Kat taman KLCC

20 August, 2008

Kenduri Kawin di KL...

Pada sabtu yang lepas (16hb 8) kami bertolak jam 8 pagi ke KL, plan asal nak bertolak jumaat malam, tp disebabkan suamiku sampai rumah dah jam 9 mlm, lebih elok rasanya kami bertolak pg esoknya saja, msti suamiku kepenatan baru blk dr muar (tempat kerjanya)...lgpun nnti sampai kl dh jam 2-3 pg, pintu rumah sape pulak yg kena kami ketuk di waktu org sedang asyik dibuai mimpi...sebenarnya adik beradik suamiku ramai yg berada di KL, tp kali ni kami lebih prefer nak tido di hotel, lebih memudahkan dan x nak menyusahkan sesiapa.

Berbalik pada cerita td...kami sampai di KL lebih kurang jam 12, dan kami terus ke destinasi pertama, iaitu kenduri kawin abg ipar adik angkatku sewaktu di IKM dulu, majlis ni di taman setiawangsa, kami sampai lebih kurang jam 1.30...mmg dah lama x berjumpa dgn adikku yg sorg ni, kali terakhir adalah masa majlis perkahwinan adikku yg sorg lagi iaitu syima pd tahun 2007, dah setahun lebih kami x berjumpa...setelah mkn dan bebual2 kami pun berangkatlah untuk check in di hotel, kali ni kami pilih hotel sri petaling di bandar baru sri petaling, kononnya nak dekat dengan majlis resepsi F&F tu, sbb tu kami pilih lokasi tu...setelah check in, kami berehat sekejap di dlm bilik hotel setelah kepenatan sepanjang perjalann dr JB, lebih kurang jam 5 kami keluar semula pusing2 bandaraya KL...lama betul dah x ke KL, dulu semasa study di UiTM Shah Alam, KL ni mmg tempat biasa bg sy dan suami....setelah penat berjalan, kami blk semula di hotel dan berehat.



Gambar kenangan2 kami

Ni begambar sekeluarga bersama adikku dan suaminya...

  • gambar hotel terlupa nak amik lah...;) hehe.....

11 August, 2008

Dapat kunci rumah.....

Dah lama x update blog ni, macam biasa...saya bukanlah org yg sgt rajin nak meng'update' blog ni...hehe...arini cuma nak cerita dan berkongsi kegembiraan di sini, smlm saya dah dapat kunci rumah baru dari developer, lega rasanya dah ada rumah sendiri, sebelum ni dok menyewa je, x seronok...bayar tiap2 bulan, tp rumah orang lain, mana seronok kan....almaklumlah...saya dan suami keje baru lagi pastu dah nak kawin...manalah smpat nak kumpul duit nak beli rumah kan...rumah yang kami beli ni pun buka lah rumah mahal, tp bolehlah...asalkan rumah sendiri kan....rumah ni 22' x 70'..ada 4 bilik ( 2 blk kecik n 2 bilik besar), 2 blk air...wet n dry kitchen...oklah kan...kecik2 pun asalkan rumah sendiri, tu je yg termampu kami beli...nak pindah xtau bila ni...ingt nak renovate sikit2 dulu pastu baru pindah, lepas2 raya lah kot baru kami pindah...semalam sempat lah jengok2 rumah tu kejap...kebetulan masa gi sana tgh ujan lebat...so, ternampak lah ade tmpat yg bocor...ape lg..snap gambar dan buat complain ke developer, lepas ujan dah teduh, kami pun balik dan singgah ke pejabat developer utk buat aduan....

gambar syiling yg telah dibasahi hujan...haha..ayat pe ni? hentam, jelah...

gambar dr posisi lain


Inilah gambar yang di ambil ketika kami nak blk...ujan pun dah teduh...sempat snap satu gambar pandangan hadapan rumah kami...