Pages

Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

11 July 2018

#kaptenRizqkeMelaka : Jumpa baby Adam

Yeah.
Tahun lepas tak pergi Melaka.
Tahun ni kena pergi lah (baru perasan, memang dari tahun 2010, kiterang pegi Melaka 2 tahun sekali. Nampak nau sayang sgt kt Melaka kan. Ye lah.. tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat jatuh cinta berdeting segala. Eh. Hahaha. Takpe. Ayah Rizq tak baca blog. Wakakaka).
Kali ni memang tujuan dia nak visit Yani ngan baby Adam. Hadiah dah lama beli. Beliau pun nak masuk koje dah. Idak la pergi jenguk lagi si comel sorang tu.

So, kiterang plan duk hotel pastu check out pastu pergi rumah Yani and terus balik.
Takde lah nak jalan jalan sight seeing bagai lah.
Kiterang gi on 30 Jun - 1 Julai 2018.

Gerak dari rumah pagi2. Breakfast siap dari rumah sbb takmo dah berenti makan kt RnR.
Direct je lah terus ke Melaka.
Pastu, akak memang dah booked terus untuk high tea kat hotel.
Malas lah nak fikir2 nak makan kat mana. Makan kat hotel ja senang.
Lagi mau carik asam pedas lah apa lah. Eh. Tak kuasa.
Okay gak la high tea dia. Kena lah ngan harga. Dapat RM28/pax. Harga promo rasanya ni. Banyak jugak choice. Makan kekenyang smpai bufet nak tutup. Hehe. Sementara tu, ayah Rizq gi check in sesiap.

Hatten Place Hotel. Link dia hattenplace
Hotel ni hotel baru. Tak plan pun sebenarnya nak dok hotel ni.
Ada cerita dia sebenarnya. Hahaha. Tau lah kengkadang, akak ni datang jugak bengong dia.
Last minute planning jugak kiranya.
Rasa cam eh, nak pi Melaka lah hujung minggu ni. So, buka Agoda. Try2 tgk. Kebetulan ada code untuk diskaun pulak kan. 
Keluar lah satu hotel ni dgn harga yang amat lah murah.
Nampak situ orang bagi rate paling bagus. 
Pastu cam eh, Hatten lah. Memang lah best.
So, tanpa agak2.. terus lah akak booking.
Bayar semua dah ni.
Pastu rasa cam nak semak balik. Apsal la Hatten murah sgt ni.
Ada hotel lain ke apa ni.
Sekali... memang betul lah. Bukan Hatten Hotel. Ni Hatten Place.
Bengong aih. Kihkihkih.
Naseb la hotel tu memang hotel baru. .
Actually kami dapat harga dalam RM90++ ja untuk bilik superior. Lagi pulak dapat diskaun. Tapi takde breakfast lah. No hal. Melaka kot. Pastu kiterang plan memang nak check out awal.

Hotel ni konsep dia, bawah ada mall. Elements Mall nama dia.
Sekarang mmg Melaka buat konsep camtu gamaknya.
Tak banyak lagi orang review sbb hotel baru ni. Baru buka dalam hujung thn last year kalau tak silap. Kakak bagi 4bintang!
Staff semua baik baik. Bilik pun cantik, bersih. Haha. Baru kot. Memang lah best.
Masa kiterang tunggu nak turun lif, duduk lah kat depan kaunter check in tu. Pastu ada staff dia datang tanya "puan dah check in?" Padahal masa tu dah nak malam. Kalau ikut mesti orang dah check in, kan? Okay lah. Bagus. Kakak suka.
Cuma, kakak tak dapat bagi 1 lagi bintang sebab lif.
Aiyooo.. dulu masa pergi hotel the shore tu kakak dah tobat lahum sbb lif dia.

Yg ini, okay sket. Lif asing utk hotel. Tapi, nak turun tu lif sama ngan shopping complex. Pulak tu rosak pulak satu. Lif ada 2 je utk ke hotel. Bila dah sampai hotel, tu takpe. Ada lif lain utk naik bilik (kena touch kad utk naik).
Style hotel kat Melaka skrg mmg gitu. Siap ngan mall kat bawah dia.
Hotel ni okay ja. Turun ja da ada kedai memacam. Wayang lah. Kedai DIY lah.
Pastu paling menarik ada skydeck.
Kan yg masa pegi The Shore tu kepingin tak dapat naik skydeck, so, kat sini pun ada. Pulak tu orang tak ramai. Utk guest hotel dapat naik free. Tapi, sekali naik je lah. Dia cop sesiap kat kad hotel kita tu. Sini pun cantik view dia.


Kira nak pergi skydeck ni kena turun sampai tgkt bawah (G kalau tak silap), pastu carik arah ke Skydeck. Nanti ada lif lain naik ke atas tu. Laju je. Tingkat 42 rasanya. Best sangat. Nak best, naik dekat2 sunset tu. Lawa.


Parking - okay, parking kakak puas hati. Uols kena pergi carik arah parking untuk Hatten Place. Walo dia tulis camtu, tapi sebenar dia sama je ngan parking Elements Mall tu. Tapi, okay ja. Jangan carik kat tgkt 5 tu. Naik sampai 7 ke atas. Memang ada je. Carik la yg dekat ngan lif. Dia ada tulis "Hatten Place"
Pastu kena naik lif untuk check in. Naik ya. Bukan turun. Hotel ni kat atas. Bukan kt bawah. So, naik lif, terus tekan tingkat 12. Ha, yang masa ni lah kata kurang bintang tu. Lif tu lah yang ada 2 je. Masa kiterang pegi ni rosak pulak satu. Lif tu sama utk naik ke hotel dan juga orang pegi mall tu. Jadi, cam asyik la penuh. Ini pun orang tak ramai sangat. Kalau ramai, memang pitam lah nak tunggu jadiknya. Untuk guest parking free ja. Just pergi kat kaunter je utk swipe sebelum keluar tu.
Swimming pool - pun okay. Ada infinity pool. Idak la besar, tapi boleh la. Kami tak pergi pun. Sebab, cam malas ja. Haha. Bawak ja baju dak Rizq tapi malas.
So, okay. Takde prob lah hotel ni. Best ja. Bak kata orang - under one roof.
Nak pergi bandar Hilir pun dkt ja. Kiterang malam tu pergi take away McD Dataran Pahlawan tu. Kejap je.


So, Ahad tu check out kul 10 pagi. Alas perut dengan roti dulu. Pastu beli barang sket kat DIY (akak bukan boleh nampak DIY ni. Geram. Pulak tu kedai ni baru, memacam ada. Best tul. Sambil tu, Rizq memain kat mini playground kat area MBO).


Pastu singgah kat Coconut Shake. Makan nasik lemak 2 setgh bungkus. Haha. Gilos. Setengah tu dak Rizq punya tak abis. Alah, kecik ja nasik lemak situ. Pastu melepaskan gian minum coconut shake. Then terus ke rumah Yani. Kat sana makan2 jap, solat jamak, pastu balik.


Rizq siap tukar baju n mandi kat rumah Yani.
Sbb rasa cam dah comot momot ja anak aku ni. Sbb sebelum tu dia da berak. Pi wash kat Petronas ja. Tu yg rasa cam tak puas ati tu. Terus mandikan ja. 




Balik pun, jammed weh. Stuck. Kiterang lari masuk highway nak pi KLIA tu. Pastu masuk MEX. Tu pun, stuck juga nak menyampai ke MEX tu. Ingat sempat lah nak pi open house orang menjemput. Tak dannnn.. ampun maaf dipinta. Huhu.

23 March 2016

Jalan-Jalan Melaka 2016 : Gold Coast Melaka

Oraitz. Nak kata family trip tidak lah sangat.
Tapi, edisi ni disertai bersama family abgcik n kami bawa emak juga.
Family members lain tak follow kali ni.
So, ada ber 7 kali ini.

Kami stay di 
[Masa isi borang cuti, tulis Gold Coast Melaka - udah boss saja perli2 kata aku nak gi Gold Coast Australia. Boss nihhhh... I'm not fit to fly lah boss. Kalau tak, ai dah ke Kuekonhof dah].
Dah beli voucher masa Matta Fair last year.
Harga masa tu RM350.00 utk apartment 2 bilik, breakfast 4 orang dan tiket theme park 4 orang.
Kalau beli takde Matta Fair, beli online, boleh la dapat harga RM400.00.
Tapi, kalau weekend ke, PH ke cuti sekolah ke harga jadi RM600 per nite.
Sbb kami beli voucher Matta Fair ni, dia tak kira PH ke, school holiday ke weekend ke, harga tetap harga voucher jugak. So, mengapa bayar lebih?? *terus teringat iklan Trivago. Hehe.

Untuk entry ni, kita review pasal Gold Coast Melaka dulu lah yer.
Entry makan makan, kita buat entry lain.

Kami pergi hari Isnin - 14 Mac 2016 since weekend penuh.
Keluar dari rumah dalam kul 9.00 pagi.
Singgah makan kat RnR Seremban.

Persinggahan pertama - Freeport A'Famosa Outlet.
Dalam kul 11 sampai. Penuh juga kereta, tapi ada je parking.
Just jalan-jalan ja. Takde pun datang sini dgn nawaitu "sahaja aku nak beli handbag bla bla bla..."
Jadi, selamat lah di situ walau geram2 je tgk Carlo Rino, Sembonia.
Aku beli bola ja. Haha. Yes, Gym ball / exercise ball tu. Lama dah carik. Tetiba ternampak. Lalu beli je lah. Best apa ada bola tu.
Takde apa menarik sgt lah sini. Besar lagi JPO.
Food court ada dah.
Toilet takde pipe. Me is dun like. Lps tu kecik. 
Surau tak tau sbb pergi belum masuk waktu solat.
Kalau takde apa nak beli takyah lah pegi. Kot sesaja sambil jalan ke Melaka tu, boleh la singgah. Nampak macam chinese yg lebih berminat datang sini.

Nak pergi sini, macam tak nampak pulak signage beso beso.
Just keluar dari tol Alor Gajah (Simpang Ampat), carik jalan ke A Famosa Resort. Nanti jumpa lah.
Balik tu kami singgah makan cendol bakar (cawangan yg Kuala Selangor tu punya).
Cendol Bakar ni mmg on d way ke Freeport ni.
Ramai orang. Tu nyampah kalau pergi waktu cuti sekolah.

Then direct pi hotel.
Gold Coast Melaka ni letaknya di Bukit Katil. Takde la nampak laut ke apa. Dekat juga dengan Bayou Lagoon. Dalam area perumahan.
Smpai hotel tak boleh masuk bilik lagi since check in kul 3pm. Kiterang sampai dalam 2.30pm.
Just isi2 borang apa semua dulu. Nanti kul 3pm baru dia bagi kunci.
Patut la penuh on weekend. Sbb ada family day company mana ntah. Sampai 2 malam family day nya. 
Dah kul 3pm, pergi ambik kunci. Oh. Agak lambat proses nya walau dia buka 2 kaunter untuk check in. Mungkin sbb cuti sekolah kan. Orang pun ramai. Tapi, petugas kaunter friendly. Mostly melayu.


Ada buggy yang boleh hantar kita ke apartment. Kami duk apartment no. 1 - apartment Hang Tuah kalau tak silap. Tapi, boleh ja bawak kereta ke apartment. MyDH bawak keta. Aku, mak n anak2 buah je naik buggy. Hehe.
Menarik juga. Sbb mengadap theme park. Dari bilik pun nampak.

Dari pintu masuk. Ada meja makan. Dan terus hall. Luas.
Bilik ke2. Bilik 1 lupa nak ambik gambar.
Bilik 1 dia combine kan 2 katil ni jadi 1.
View dari balkoni.
Macam takde orang sbb masa ni tgh check in.
Dari tingkap bilik 1. Pun buleh nampak. Menarik!
Nak dijadikan rezeki kami, kami dapat 6 tiket theme park. Jadi, semua boleh masuk (minus emak la kan. Emak duk tgk kami dari atas je. Hihi).
Kalau tidak, masuk theme park ni RM30/person. Adult. Child tak tahu. Ngeee.....


Tapi, utk breakfast dapat 4. Kalau nak tambah breakfast, RM25/pax. Jadi, me n myDH kata, biar 4 orang je masuk. Kiterang beli je lah tapau kat luar. Membazir je kan. Me, MyDH and sorang lagi anak buah, tak pergi breakfast. Pagi tu carik je warong2 kat area situ utk beli breakfast.
Dan.. mmg mujur lah pun tak beli breakfast kat dalam tu. Abg siap cakap "tak best" Haha.
I don't know, tapi kalau ikut GC Morib punya expectation, mmg weols takkan keluarkan RM25 utk breakfast lah. Better lah pi carik nasik lemak orang Melaka ni kan. Haha.

Berbanding GC Morib, kat sini agak luas.
Dia divide tempat mandi kepada 3 bahagian. Takde la orang tertumpu reramai satu tempat kan.
Satu tempat theme park (which mengadap bilik kami), satu tempat kolam2 santai macam kat rumah weols jugak, dan satu kolam ala ala ada ombak tu.

Dia buka theme park pagi lagi. So, kul 9pagi dah buleh berendam.
Area kanak-kanak.
Area wave pool.
Wave pool.
Bagus jugak lah buat camni kan. Byk tempat leh mandi manda.
Puas la bebudak mandi kan. Ai masuk celup2 kaki sket je lah. Takkan nak "mendugong" dalam tu plak kan. Haha.

Sebelah kapal ni ada lagi pool biasa macam ala ala kat rumah tu.
6 of us. Mak tgk dari atas. Hihi.

Keadaan apartment plak.
Kami duk tingkat 6. Dan rezeki dapat dekat dgn lif. Oh. Lif agak keuzuran. Kakcik siap takut nak turun sengsorang. Huhu.
Bilik 2. Satu dapur. 2 bilik air.
Ada meja makan. Cantik kerusi n meja nya. Ada unsur2 kraf sbb kerusi dia buat ala ala ekor dolphin. Meja kerusi jenis berat. Ada satu kerusi panjang mcm kerusi kantin tu.
Sofa tempat tgk tv pun luas. MyDH tido kat kerusi tu je malam2. Selesa je pun.
Lps tu kami bawak satu toto jugak which kakcik n anak perempuan dia bentang toto dalam bilik.
Aku tido ngan mak kat satu lagi bilik. Bilik tu ada bilik air dgn bath tub.
Satu lagi bilik air kat luar (kat hall)

Pendek kata keadaan apartment mmg selesa lah.
Luas.
Cuma, style sini macam ada banyak bonggol. Eh. Bukan la bonggol, dia macam nak jalan tu ada je sekatan, dia buat lantai tu tinggi sket. Dkt lobi apartment nak ke lif pun macam tu. Kakcik aku gitau ada orang jatuh tersembam masa dia nak naik bilik.
Nak masuk dalam apmt pun ada jugak menaik macam tu.
Kena hati hati lah.

Parking banyak. Depan2 apmt tu boleh ja parking. Tapi, cam biasa.. ada juga sengal yg pi parking dekat dgn lobi apartment. Kenapa eh ada je orang sengal camtu. Susah la keta nak pi pick up orang kat lobi. Selfish betul perangai! Tak boleh la nak jalan kaki sket. Alah, bkn jauh pun. Sketttt je pun jalan kakinya.

Check in - rehat2 jap - solat - kami keluar makan.
Balik makan - pi beli roti2 kat 7E.
Haha.
Boleh?
Kelaparan plak semua orang.
Beli roti lah, maggi lah. Buat air lah. Siap beli vico 3 in 1 tu kat 7E.
Bila reramai camtu lah keadaan nya.
View malam.
Esuk pagi, lepas breakfast baru turun mandi manda.
Semua 6 orang turun lah. Ate, dah dapat tiket 6 orang kan.
Cuaca panas, tapi berangin. Depa2 yg mandi dah menggigil2 kena angin.
Kul 10.00 naik bilik, siap2 utk check out.
11.30 check out.

Kalau tanya nak pegi lagi tak?
Memang nak. Tapi sesuai utk beramai ramai lah. Takat satu family je cam tak best dan tak meriah sbb rasanya situ seme style apartment kan.
Okay je environment dia. Compared to Gold Coast Morib, I vote sini. Morib tu dah la memalam berbau. Eiww. Me is dun like. Now, tak tahu la ada bau lagi ke tak. Tapi, 2,3x pegi dulu, bau tu tetap ada.
Anta gambar kat grup WA family seme pun kata syok.
Takpe. Nxt year kita plan. Da ramai ahli baru kan nxt year. Anak buah pun kawen thn dpn. Ha..kena amik 2 apmt lah camtu.

Boleh la nanti kot uols nak pi bercuti ke Melaka.
Salah satu pilihan, Gold Coast Melaka ni.

26 February 2014

Trip Ke Melaka 2014

بِسمِ اللَّÙ‡ِ الرَّحمٰÙ†ِ الرَّحيمِ

Huwa.. ini kejadian bila nih?
Awal bulan tu hari. Masa yg blog aku giler tu. 8 Feb 2014.
Pastu terus down, malas nak buat entry blog.

Wedding my alam maya friend's.
Hihi.
Back in 2002 - 2004. Masa tu manade facebook instagram segala.
Yg paling bes nak carik kawan (selain MIRC yang duk tanya ASL yang bukan bermaksud asal tu) adalah di forum. Aku paling aktif di forum mesra dot net. Dari situ kami berkawan, smpai lah sekarang.

Kira kawan ni tahap bebetul kawan. Bukan setakat hai hai bye bye. Cam aku, mmg ada 3,4 orang yg mmg rapat hingga sekarang. Siap jadi pengapit segala. Yang sanggup turun kampung aku masa aku tunang, kawen. Hurm. Kawan sekolah pun tak camtu kan.. eh..? Hahaha.

Yang bes tu, masa porem kan tak guna nama betul. Dan nick name itu lah kami guna sehingga sekarang. Kawan yg kawen ni namanya Jamilah. Tp kami senang panggil Hasta. Hihi.

Ohoi. Aku tak tahu lah kenapa aku boleh bertolak dari KL jam 1tghari. Bayangkanlah.
Aku bajet smpai Melaka dalam kul 2 lebih. Sejam setengah kan.
Sekali kau... 5 minit lagi dewan nak tutup yakni 3.55petang. =_=

Ini lah pertama kali dalam hidup aku buat perangai cemni.
Takmo buat dah... giler kau. Mujo pengantin tak pergi outdoor lagi.

Oleh kerana lama tak pergi Melaka, kami decide overnite terus.
Mula tu ramai yg nak overnite gak.
Tapi tak jadi.

Melaka.
Cam biasa la.
Ikan bakar. Coconut shake. Kuih Keria. Cucur Udang.
Ikan bakar. Makan kat Alai. Memula pergi kat Muara Sg Duyung tu. Pastu cam erk. Ramai giler kot. Kedai satu. Igt ada banyak kedai. Rupanya dia macam kat Jeram tu. Sebuah kedai. Tu yg terus g Alai tu. Dah tak jauh dah pun.

2x dah try nih. Dulu kedai lain. Ni kedai lain. Tapi tetap aku rasa Bagan Lalang gak best.
Entah ek. Kiterang tetap suka seafood BL lah. Tak kira kedai mana. Mmg sedap situ.




Coconut shake (CS). Wajib kot. 
Mula tu kami gi lepas kenduri. Pergh. Panas. Dengan tempat penuh. Nak beratur panjang. So, tak payah. Pergi sebelum balik je lepas check out. Awal2 lagi. Tak la ramai sgt orang. Minum situ dan tapau gak satu. Tp apsal skrg ni rasa susu sangat eh. Dulu cam bes sket.
Katanya sekarang CS Batu Berendam lagi bes eh?

Oh. Kami tido kat Explorer Hotel.
Recommended.
Bes. Tgh bandar. Easy access. Bebetul sebelah Mahkota Parade. Dan berdepan dengan Dataran Pahlawan.
Tapi takde breakfast.



No hal. Kami breakfast kat kedai perhentian kuih kampung. Dekat gak ngan hotel (naik kereta la. Jangan jalan kaki lak).


Balik tu saja ikut jalan dalam - lalu Masjid Tanah semua. Dan wajib lalu UiTM Londu. Haha. Dulu dah pernah masuk dalam. Skrg tak payah la. Pass by pun cukup. Kang menyampah laki aku kang. Apa keja nak pergi UiTM je kan.


Berhenti jap Alor Gajah. Makan cucur udang. Apsal tak rasa cam dulu dah. Tak bes.
Nasi Ayam Nadia kat stesen bas tu mana pergi? Tu lagi tempat kenangan. Lunch date situ. Kira abis haibat dah lunch nasik ayam. Hehari pun takpe katanya. Almaklum lah masa tu boipren ada keta. Huwa huwa huwa.... bongok je cite2 camni. 
Stesen bas pun dah besar. Pasar tetap sama.

Oh. Cuma tak dapat satu je. Kuih Keria kat Limbungan tu je.
Masa nak balik nampak kedai tu.
Tapi masa dari tempat kenduri kawan aku tu, tak perasan.

Sedih. Tkpe, ada rezeki kita pergi yea.

Pendek kata - bes gi Melaka kali ni. Smooth je :)

22 June 2012

Melaka Wonderland-Jonker Walk-Coconut Shake

Tgk tajuk pun da tau kat mana letaknya seme tpt tu.
Tujuan utama adalah ke Melaka Wonderland. Oleh kerana dah tergatal tergedik beli voucher dari Groupon, lps tu rasa cam taknak pegi, tp sbb takde orang pun berkenan nak beli voucher, maka terpaksa la pegi. Tk kuasa aku nak burn cam Suria Cherating tu ari. Rugi lorhh...

Maka d only date yg available ada lah 16hb. Jadi, pada sesapa berkenaan aku minta maaf bebyk sbb tak dpt nak menjoinkan diri pada acara yg dianjurkan. Maaf, kami da plan lama ni. Pun lagi, voucher tu expired on 13 July. Mmg no weekend available dah till the date. Weekend ni dgn weekend dpn kami kena stay kat ofis sbb promosi kerja kahwin ni, 7 & 8 Julai not available. So, abis dah la weekend yg ada.
Tapi ye lah, orang kata pun, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Tapi, apakan daya. Bukan nak berdalih, tp tak dapat dielakkan. Moga tidak disalah ertikan. Next time, Insyallah, kalo kena masa ngan kelapangan, kami join :)

Oke. So, kira cam short gateway je la. Pegi tak ikut planning apa apa pun. Ikut sukahati je. Tapi kan, dpt gak la pegi byk2 tpt. Melaka Wonderland of course la kan. Lps tu dpt makan ikan bakar kat Crystal Bay (my 2cent : Bes lagi Bagan Lalang). Malam pegi Jonker Walk. Ahad pagi tu dpt tgk Masjid Selat. Pegi plak tgk kapal selam kat Klebang. Dan bila kat Klebang, otomatik la dapat makan coconut shake. Nomnomnom.


Jalan jalan kejap area Dataran Pahlawan (psstt... aku rasa semorang pun penah amik gmbr dpn A-Famosa tu, skali myDH kata dia tak penah amik gmbr dpn tu. Haha. Kasihaaannn...). Seterusnya mengimbas kenangan ke UiTM Melaka. Hurm. Banyak dah berubah situ yer.

Tp kan, elok aku dah redeem voucher tu, ari Isnin tu ada emel tanya nak beli voucher tu. Huhu.
Mmg bukan rezeki utk aku jual, dan bukan rezeki orang tu nak dpt rega bes ni.


Nati aku citer lagi lah yer perihal jalan2 ke Melaka ni. Bukan cuti cuti cinta. Cuma jalan jalan saja. :)

29 November 2010

~Pasal Di Bandar Hilir pula~

Masih lagi di Melaka yer kawan-kawan. Harap tidak ter muntoh la hendaknya. Ni pun da edit2 gmbr ni. Kalo tidak lagi muntoh. Hohoho.

So, sebaik saja cekidaout tghari tu, kami terus ke Bandar Melaka. Amik laluan Sg Udang terus ke Bandar. Tak sggup lah lalu kat A.Gajah tu. Nati asik traffic lite je. Udah la aku nak beli kotak ikan yg polisterin putih tu. Nak buat apa? Hahahaa.. aku beli ikan, udang n sotong kat pasar situ. Geram tgk ikan2 yg mata still putih tu. Baru naik laut la tu. Okeh..mcm kat KL takde pasar. Haha.

Then pikir nak benti memana utk lunch je supaya sng kang takyah pikir nak makan ke hapa kalo da smpai Bandar Melaka. On d way tu napak keta byk benti kat satu tpt tu. Dlm pokok kelapa sawit je. So, kasik benti je la. Rupanya ada kedai makan situ. Byk lak tu makanannya. Memacam ada. Nama tpt dia adalah Sawit Corner.


Nak buat la gak ladang arwah ayah aku ceni.
Lps tu tutup sbb tkde sambutan-jauh menyusup dlm utan. haha

Yg uniknya selain dia dlm ladang kelapa sawit, dia hidang dlm big plate. Hoho. Derang memasing amik Asam Pedas. Aku tak brapa sker, so aku order ayam masak lemak. Ada memacam menu. Ada menu Karipap Jin gak.. dengo nama je da takuit. Tehehe.

Cendol itu serius sedap!
So, bila da perut kenyang ati girang, teruskan perjalanan. Ngantuk banget da aku. Tido je la. Smpai la Bandar Hilir. Igt nak naik cruise tu..pehtu derang kata takyah la. Nak tgk apa pun. So, amik amik gmbr secara maraton la jawabnya.  Oleh krn ada sorang yg salu amik gmbr kami tu tak join maka tiada la gmbr melompat kami yer. Kalo tak, sure ada tu..teheheheheh

Para gadis je amik gmbr. Para lelaki jd kameraman. Hihik

Aduan Rakyat-Unit Aset-Ambil Berat. Haha

Seb bek la cuaca tak membahang thp menggelegak otak. Tp tatap la panas jugak. Atu, mana taknya. Paking kan susah..so, paking..then jalan kaki. Ramai giler eh org dtg Melaka skang nih. Mmg btul lah tu dah maju. Huhu.

Tak byk membeli pun kat situ. Just beli kuih cakar ayam je. Lelain takdak. Tak reti aku aih. Tgk sama je suma menda. Huhu.

Dlm kul 5 tu gerak lah balik. Kiterang berpecah sbb keta lagi satu tu nak antar kazen dia balik Pilah.

Itu sajalah trip ke Melaka kiterang. Syok la kan sekali sekala gi ngan kawan2 camtu. Tp nyer balik tu da pening pening. Mujur pagi ni dah ok. Hik hik....

Lenkali kemana lagi eh?? Ehhh...aku lum booking resort kat Kundasang oih. Esuk kena call nih carik resort. Ada yg tido surau kang..teheheheheh

~Pasal Percutian di Melaka~

As I 'pekik pekik' dlm FB yg every each wiken tader kat umah tu, ni yg last wiken in November yg ai jalan2. Penat oih. Umah pun da bersawang. Bila tah nak sapu. Sakit mata tgk..tp balik keja mmg tak kuasa. Kena tggu wiken gak. Wiken pertama-Deepavali retu balik kg, then wiken kedua gi PD, wiken ketiga Raya Haji, balik Perak semula, wiken keempat iaitu smlm ke Melaka.

Kali ni percutian bersama adik2 opis plak. Mula cam ramai. Tp pastu tak jadi. Biasa lah kan..hati dan perasaan bukan perkara yang boleh dipaksa paksa. Patut ada 2 org lagi lelaki lg yg join, tp sorang tu hati da terluka dan sorang lagi katanya nak menenangkan hati di masjid jadi mereka tak boleh join. Ewahhhh... ok, lupakan.

Kiterang stay kat Damar Suria Resort, Kuala Sungai Baru. Di sajes oleh kawan aku kat LKIM tu. Katanya dulu dia penah stay situ. Yelah..aku carik punya carik hotel area Melaka tu suma da full. Tu masa tu lps raya tu. Yelah..cuti sekolah katanya kan. So, bila resort/chalet di kawasan2 perkampungan tepi pantai ni aku pun da set mind supaya jgn put high expectation sgt. So, bila smpai dia mcm lebih best dari apa yg kita expect, maka kita akan rasa seronok. Aku igt dia mcm ala ala je kan. Tp bila smpai. Owh.. besnya. Betul2 ngadap laut weh. Bkk je pintu, trus napak laut. Ada pool jugak. Walo 2 tgkt je yg mana kalo nak terjun pool tu leh lompat je tp ok la.

Bilik pun ok. Ada 2 katil single. Oleh krn aku bwk anak buah aku, jd kami rapatkan katil tu. Tp, kalo tak bawak anak buah pun sure rapatkan gak katil tu kan? kan? kan? eh..eh.. :P
Kira mcm ok la. Bilik air pun ok jer.

Ptg tu trus turun pantai. Ramai gak yg stay sini. Leh gak kalo nak ber bbq bagai.

Mlm kiterang makan ikan bakar kat Restoran Ikan Bakar Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat. Patut pi medan ikan bakar terapung tu, tp mcm tersilap masuk. Ah..kira ok la. Ni area Kuala Sg Baru gak la. Tak jauh pun dari resort kiterang tu.

Ini yg kiterang makan. Yg timbang timbang tu amik ikan serkut buat bakar kering. Mmg nom nom. Sotong buat goreng tepung. Setappp....rugi amik sket je. Pastu udang buat butter prawn. Tp agak mengecewakan baik rupa dan rasanya. Lps tu kerang sekilo. Rebus. Dan kiterang tmbh kailan ikan masin n tomyam yg tak berapa nak kung. Napak mcm tomyam kung tu. Tp boleh la.

Sebelum

Semasa dan selepas. Hihi. Licin uolsss....
Utk suma tu- 6 dewasa 1 kanak-kanak cuma RM88.40. Murah eh? Itu pun dgn rega 2 jag air sirap limau, 4 bekas jeli, satar 2 n otak-otak 4 ketul dan gak nasik. Ok sgt kan.

Lps makan2 tu merayap smpai nak ke Melaka. Konon mcm nak pi Jonker Walk tp da ujan. So, balik. Jauh oih KSB dgn Bdr Melaka. GIler ah. Dah la siap benti Tesco Cheng tu sbb nak terkencing. Haha. Tau je lah hadap 2 jag air kan. Pehtu lak petrol pump pun ssh nau nak jumpa tepi tepi jalan tu. Kalo ada pun, pilihan aku Petronas la sbb dia mcm ok sket. Lain tu..errkkk... Tp tak jadi pun pi Jonker Walk. Takat Pantai Klebang jer. Eh...da lain yer kat situ. Da tambak laut suma tu. Dulu tu tpt aku dating tu. Eh..eh.. hohohoo...
Keseluruhan tpt kiterang stay ni ok la. Dkt ngan pantai. Tp bekpas takda la. Beli je la nasik lemak sekitar tu. Cuma satu je. Mlm dia ada pencemaran bau sket. Aku tatau bau apa. Tp tetiba aku mcm terpikir isu ladang ba alif ba ya yg jadi hot hot isu 2,3 thn lps kan. Lps tu esuk pagi nya aku da takmau mandi laut tu. Haha. Ada lagi ker?? takde dah kan..

Keseluruhannya, kalo nak yg ala ala bajet tp nak sea view bagai, tpt ini boleh di considerkan. Search je la Damar Suria Resort. Oh..rega kiterang dpt adalah RM100 per room for 1 nite stay :))

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign