Pages

Showing posts with label detox. Show all posts
Showing posts with label detox. Show all posts

12 September 2014

Detox, BMI dan JK1M

Hai uols. Salam hari Jumaat. Esuk Sabtu. Ahad. Isnin. Pastu Selasa cuti. Uols cuti eh Isnin? Aiols tak. Sbb 22hb tu mother ai nak pergi check up di Hosp Serdang. So, cuti masa tu lah.

Lama kan saya tak bercerita perihal raw juicing@detox drinks saya. [eh, ber saya saya pulak. Sbb baru baca blog Mya ni.. tu yg ber saya saya jadi nya.. hehe. Hai Mya ]. Ni pun ada idea nak buat entry lps baca entry dia pasal detox.

Saya pun dah tak buat detox every day. Dulu kan siap buat challenge bagai kan. Now.. kegigihan dah merudum. Sket. Sket je la tapi. Takuit uols... sbb aiols amalkan raw juicing ni, memacam perubahan yg weols (#lakibini) alami. Berat badan weols maintain, kulit glowing, jerawat kurang (ni utk myDH.. dulu muka dia mmg la jerawat bagai. Skrg dah oke uols. Kulit pun tak berminyak dah. Ai buat dia je testimoni.. sbb aiols muka takde masalah sgt. Cewah!)

Tapi, tu lah.. kalau tak buat, sure rasa bersalah.
Sbb tu saya advise pada orang yg nak beli slow juicer tu, kalau berjaya buat non stop selama 30hari - then u can buy that thing. If not.. toksah dulu lah. Sbb mahal kot. Bagi saya mahal lah. RM700 utk juicer sahaja kan. Saya beli pun dulu guna duit bonus (thanks PM bagi bonus, tahun ni...?? Cea.. sebokk.... nanti mula dapat cemuhan dari org keja swasta.. gomen ni asyik mintak bonus je.. ala.. takat 5,6 ratus bonus nya setahun..uols tu lagi la.. bonus 13bulan gaji khennn.... hikhikhik)
Takyah pakai slow juicer pun takpe.. tgk org jual2 kat MBO MBG tu takde pun pakai slow juicer nih. Tu pun mujo aiols beli juicer ratus2 je, if aiols datang giler beli HUROM yg 2k tu lagi lah rasa menebal bersalahnya if jarang ber juicing. Hampir2 aiols buat gile nak beli HUROM punya tu ari tu. 

Latest saya buat juicing pada 4 Sept tu hari. See..more than a week tak buat. Apa nihhh....

Saya kalau juicing mmg buah2 "selamat" ja. Haha.
Dah lama jugak tak buat jus sayur. Sbb blender jus saya tertinggal kat kg masa raya tu ari. Alah, kalau tak tertinggal pun tak buat juga. Utk sayur, biasa nya sy pakai blender yg siap bertapis tu. Sbb slow juicer tak buleh masukkan sayur. Sayur ni kita kena tambah air sket baru buleh dia menghasilkan jus.

Saya paling suka jus oren+carrot+tomato. Sedap. Kalau nak lagi sedap, buleh tambahkan asam boi (tak berapa sihat la jadinya).

Tu hari masa ayah sakit kt IJN tu, sempat beli jus kat MBG. Err.. RM6.50 se cup (juice mangga + carrot + pear). Sbb tu saya jarang2 beli jus kat booth jual juicing ni. Sbb rasa cam err... 6ringgit tu kalau tambah sket jadi RM10 dapat stok buah 2,3x juicing jugak. Huhu. Berkiranya kan. Haha. Sesekali buleh la. Kalau hehari.. parah namanya.
MBG ni oke jugak. Kalau jadi ahli dia (RM10-lifetime), dapat la beli barang dia murah sket. Dia ada jual makanan kesihatan. Cam Virgin Coconut Oil, Chia Seed. Rasa nak jadi ahli. Nanti lah. Pergi yg Festival City punya.

Oh. Perubahan semenjak saya amalkan berjuicing lebih setahun ni. Paling nampak - berat badan maintain. Tp kalau niat nak turunkan berat, mmg kena istiqamah gegila. Kalau tidak, maintain je lah. Mmg berat badan ai dalam kelompok normal weigt. dah.
BMI saya - 22.2
Cuma, saya nak turun kan dalam 1 ke 2kg lagi supaya BMI jadi 20++ camtu. Huhu.
Ce uols check kat sini - calculate BMI
Kalau normal, usah risau lah kan.

Now, saya nak try early dinner pulak.
Tukar sket jadual makan. Kalau tak amik heavy breakfast, saya lunch nasi, malam makan roti. Kalau amik heavy breakfast, lunch makan buah ja, petang makan berat pulak lps balik kerja. Gitu lah. Nak cuba.

Exercise je kurang sekarang nih. Ingat nak join JK1M by Kevin Zahri tu. Tapi takde member pulak. Huhu. Ah, jangan kecam pulak kata dah berat ideal, sebok nak kurus..no, bukan nak kurus, just nak tau cara pemakanan yg betul dan exercise nya. Sbb suka KZ punya style yg tak "mengikat" dan takde ikut diet tertentu.

23 October 2013

Detox Drink, Kekda Tak Buat Ke?

Tak pernah lagi. 
Sbb malas. Haha.

Ada yg bertanya 'kekda tak buat detox drink tu ke?'
Takde la dia tanya direct camtu. Tp aku tahu la dia merujuk kepada detox drink yg letak buah2 tu. Yang lebih kurang camni.

Aku tak pernah buat lagi.
Sbb malas.
Nak potong2, nak simpan beberapa jam.
Kalau nak bawak pergi ofis, lagi aku malas. Sebab kena bangun pepagi, potong itu ini. Acik malasss.. bangun pun cukup2 masa utk mandi, solat je. Tu pun kadang iron baju pun pagi. Pemalas giler kan (sbb tu kalau tetiba aku ter masak nasik goreng pepagi tu dah rasa habis haibat smpai kena tunjuk kat instagram. Kihkihkih).

Tapi boleh ja pun..potong memalam sebelum tido, masuk kat peti ais kan.
Tapi cam buh lemon je tu, aku ada buat gak.
Tapi, sbb kat sini susah nak carik buah yg organic, jadi ada keraguan jugak la di situ bila kena rendam dengan kulit2 buah tu. Cam kalau blend, kita boleh buang kulit dia. Takpe kot. Basuh la bersih2 kan.

Haaa... orang kata aku rajin sbb buat juicing bagai, padahal aku la insan paling pemaleh wey. Nak buat itu pun aku malas. Kihkihkih.

Tapi sebenarnya ni senang je.
Cuba tgk ni, cam sedap je kan.

Tapi, bila dah minum, buah tu makan ke cemna?
Haha.
Baik blend terus kot.. terus masuk dalam perut segala menda tu. Kihkihkih.

Takpe. Boleh je memana.
Web ni bes. Banyak resepi detox drink
http://itsjello.com/55-homemade-flavored-water-recipes/


p/s : ni hari kita cerita pasal makanan kesihatan je yea.

8 July 2013

Edisi Detox : Secawan Air, Sehiris Lemon.

Dah makan macam - macam.
Sila detox.
Pagi.
Sebelum jamah apa-apa, minum lah secawan air [suam pun boleh] campur dengan sehiris lemon.
Biar ia meresap seketika.

Oh. Kulit lemon tu sila basuh bersih bersih. Kang pesticide segala meresap plak.
Lain lah kalo beli lemon organik.

Tu detox aku sehari selepas outstation tu ari.
Kau g tpt orang, pastu org ajak makan, takkan kau nak ngengada taknak, taknak.
Makan.
Nasik la, kek la cucur udang la.
Kena pikir cara utk cleansing jugak. Jgn biarkan ia berlama lama dalam badan.

Pepagi makan sunkist. N minum pun air campur lemon.
Dan pepagi jugak telan Gulsan [which selalu malam aku minum].
Supaya cecepat "cleansing"
Huhu.
Skang ni, kalau boleh takmo 'simpan' makanan byk2 dan lama2 dalam badan.
Hehari mau cleansing dan detox.
Dan takat ni, Alhamdulillah, hehari proses kumuhan berjalan lancar. 

Lemon tu beli dalam pack camni.
Sbb cam comel je tgk pack ni.
Complete buahan citrus. Ada orange, grapefruit n lemon.

20 June 2013

Apa Itu Detox?

Wah..semenjak 2 menjak ni dh jadi blog kesihatan nampaknya kan. Haha. Bagi laluan la yer.
Oke, kita salu duk ckp detox, detox ni kan. Apakah sebenarnya detox tu?
Meh tgk antara maksud detox ni. Diambil dari sini

Basically, detoxification means cleaning the blood. It does this mainly by removing impurities from the blood in the liver, where toxins are processed for elimination. The body also eliminates toxins through the kidneys, intestines, lungs, lymph and skin. However, when this system is compromised, impurities aren't properly filtered and every cell in the body is adversely affected. 

Sebenarnya detox ni bukan la macam satu program ke apa. Secara tak langsung mmg hehari pun kita detox. Dari proses pekumuhan pun dah dikira detox. Itu pun dikira 'cleansing' jugak kan. Cuma, cara tu lah. Cara men detox lah. Ada yg kata dia ber detox dgn pgambilan supplemen.

Utk aku, mmg simple je. Oleh krn aku mmg culas dan mmg tk pernah berdisplin dengan segala supplemen, aku opt utk diet detox dgn bhn semulajadi ja. Buah, jus, sayur. Kurang bahan kimia, ekonomi pula. Nak lagi senang utk detox adalah exercise. Lagi free je kan. 

Dari artikel yang sama juga

10 ways to help your body detoxify
After a detoxification program, you can cleanse your body daily through diet, supplements and lifestyle practices.

1. Eat plenty of fiber, including brown rice and organically-grown fresh fruits and vegetables. Beets, radishes, artichokes, cabbage, broccoli, spirulina, chlorella, and seaweed are excellent detoxifying foods.

2. Cleanse and protect the liver by taking herbs such as dandelion root, burdock and milk thistle, and drinking green tea.

3. Take vitamin C, which helps the body produce glutathione, a liver compound that drives away toxins.

4. Drink at least two quarts of water daily.

5. Breathe deeply to allow oxygen to circulate more completely through your system.

6. Transform stress by emphasizing positive emotions.

7. Practice hydrotherapy by taking a very hot shower for five minutes, allowing the water to run on your back. Follow with cold water for 30 seconds. Do this three times, and then get into bed for 30 minutes.

8. Sweat in a sauna so your body can eliminate wastes through perspiration.

9. Dry-brush your skin or try detox foot spas/foot baths to remove toxins through your pores. Special brushes are available at natural products stores. 

10. What is the most important way to detoxify? "Exercise," says Bennett. "Yoga or jump-roping are good. One hour every day." Also try Qigong, a martial-arts based exercise system that includes exercises specifically for detoxifying or cleansing, as well as many other exercises with specific health benefits.

Kalau utk org nk kurangkan berat badan pun mmg elok buat detox diet.
Boleh tgk sini utk makanan semasa detox diet. Mmg akan kurus lah kalau bbetul ikut. Dia suruh buat 7 days je. 
Dan sini pula utk makanan yg patut di avoid.
Mmg boleh turun berat badan ni kalau ikut. Huhu.

Apa pun, yang penting, kalau taknak detox bagai sgt pun takpe.
Tahu apa yg kita makan. Tahu khasiat dia. Elakkan makanan yg tak berkhasiat. Dan jgn byk sgt makan makanan yg proses, pengawet dan perisa tiruan. Kalau kita jaga pemakanan, kita juga kalau boleh minima kan pengambilan supplemen. Sepatutnya ambik ikut apa yg doktor nasihat.

Aku ni pun, baru ini lah datang kesedarannya pun. Ini lah hikmah bila diturunkan kesakitan ini oleh Allah. Moga istiqamah utk mengambil makanan berkhasiat. Insyaallah.

Lagi resepi detox drinks - http://www.detoxdrinks.info/


INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign