Showing posts with label 2016. Show all posts
Showing posts with label 2016. Show all posts

Saturday, June 25, 2016

Iftar 2016 bersama Pusat Tusyen Perintis Didik (PTPD)

Assalamualaikum....

Selamat berpuasa...berpuasa tak tu...

Harap-harap berpuasa la yer...

Apa citer iftar tahun ni?

Alhamdulillah...

Tahun ni dapat jemputan istimewa dari keluarga Pusat Tusyen Perintis Didik (PTPD) untuk berbuka puasa bersama.

Macam tahun-tahun sebelum ni, dapat juga jemputan dari mereka, tapi kali istimewa sikit..

Kalau dulu potluck dengan cikgu cikgi PTPD, tapi kali ni dibawa istimewa ke SACC Convention Center Shah Alam...

Tu dia..nam apun dah glam kann...

11 Jun 2016 bersamaan 6 Ramadhan 1437 ikatan janji pertemuannya.

Macam biasa, kesesakan lalu lintas di Shah Alam amatlah tidak dapat dinafikan lagi...

Dengan semangat yang kentar untuk aku menjamu selera, lagi-lagi makan free kan....

Pukul 7.00 malam aku dah sampai di perkerangan SACC Convention Center..

Mesej sana, calling sini untuk mendapatkan no meja daripada owner a.k.a sponsor iftar aku tahun ini.


Meja 316 dan 319 menjadi milik keluarga PTPD untuk tahun ini.

Sebelum ni, pernah juga aku meng-iftarkan diri disini, macam biasa free la kannn...

Sponsor by ishhhh (rahsia)...

Dan sebelum sebelum ni juga, SACC tak pernah mengecewakan aku dalam menghidangkan juadah berbuka puasanya pada para tetamu yang datang, termasuklah aku...

Jom layan gambar makan aku...
Kita review SACC punya juadah tahun ini pula.



Bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan kepanjangan beraturnya..

Maka aku sampai-sampai jer terus mengambil makanan..

Dengan mengunakan strategi "ko ambil tu, aku ambil tu"... Dengan menggunakan strategi ni, makanan yang terhidang lazat dia atas meja kami tidaklah berdouble..

Kami mengamalkan no pembaziran walaupun free, asal kan kami dapat merasa semua jenis makanan pun dah cukup alhamdulillah.

Ok....apa lagi..?


Makanan yang wajib dicari setiap kali kalau ada big event ni..
Kambing...memang sedap...
Makan pula dengan sos dengan saladnya...


Bukan tu saja...
Ada...


Meatball..
Macam sama ikea punya..tapi tak serupa...


Ada lemang dan rendang daging...
Yang ni serius sedap..
Menu ni aku tak share dengan sesiapan pun...
Aku makan sorang2....



Yang ini, lauk dalam pinggan aku..
No nasi..
Konon nak diet kann...
Tapi sama jer kalau aku dah melantak lahoba macam ni..
Macam mana nak kuruskannn..

Ada sirap dan nescafe..
Memang terbaik..
Sedap..

Banyak lagi menu yang sedap-sedap..
Tapi perut aku ni tak boleh nak sumbat lagi..
So aku makan mana yang termampu sahaja lah..

Thank agains to...


Terima kasih sekali lagi kepada keluarga PTPD yang sudi menjemput aku untuk memeriahkan suasana majlis berbuka puasa pada tahun ini...

Thanks to Cikgu Sam yang sudi belanja aku..
Tahun depan kalau ada lagi..
Jangan lupa jemput tau...


*********

Dalam keseronokan berbuka puasa kali ini...
Aku juga merasai kesedihan dimana sahabatku yang  kehilangan ayahnya pada hari yang sama..
Kepada sahabatku zana...
Janganlah bersedih, yang pergi biarlah pergi, yang tinggal teruskan kehidupan..
Kami di sini mendoakan ayah mu disana semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh..
Semoga persahabatan kita semua perpanjangan...

Al-Fatihah untuk ayahmu sahabat..



Selamat berpuasa semua...

Tuesday, June 14, 2016

Kueh Raya 2016...!!!


Assalamualaikum....

Selamat berpuasa semua...
Pejam celik kita dah lebih seminggu berpuasa kann...
Syukur alhamdulillah kita semua diberikan kekuatan dan umur yang panjang untuk menunaikan puasa tahun ni lagi..

 
Lama gila aku tak update blog ni...
Sempena bulan puasa ni dan hari raya pun akan menyusul..
Kuih raya mesti la ada kan..

Tahun ni aku nak tolong promote-kan kuih raya kawan aku ni..
Setiap tahun aku memang beli kuih dia, dah 8 tahun aku beli ngan kawan aku ni..
Kawan-kawan opis aku pun dah memang kenal dengan kesedapan kuih ni...


Kalau korang berminat nak beli silakan untuk order meng-order...
Tapi baca syarat-syarat belian dulu yer....


















Syarat-syarat pembelian:
  1.  Minimum kena beli 4 balang kuih tau.
  2. Kos penghantaran - Postage/Kotak ditanggung sepenuhnya oleh pembeli, saya guna POSLAJU. Harga kotak boleh tengok kat SINI.
  3. Kalau nak free postage, kene datang ambil sendiri la kuih tu yer...kalau nak datang ambil hanya area Shah Alam dan Klang sahaja (boleh contact no hp kat atas tu). if you all beli berbalang2, saya akan consider untuk buat penghantaran tp tgk kawasan la yer, dalam selangor shj.
  4. Pembeli kene buat full payment selepas saya emailkan invoice dan mesej/whatsapp/email bukti pembayaran yer. Cara pembayaran boleh tgk SINI.
  5. Jika, kuih out of stock tiba-tiba, duit pembayaran akan dipulangkan kembali.
  6. Selepas proses penghantaran, saya tidak bertangungjawab jika berlaku apa2 kemalangan.
  7. Thank you...if ada pertanyaan boleh whatsapp no di atas.

Friday, April 1, 2016

Taman Botani Shah Alam & C'Jurugambar

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Wah..!!!
Lamanya tak update blog....
Dah naik berhabuk dah blog ni sampaikan hitam putihh mataku....
Oh....!!!...tidak...gambar hitam putih itu hanyalah sebagai pembuka tirai untuk post kali ini....
Cantik kannn..!!!...tengoklah siapa jurugambarnya (nak belagak sikit)....hahahaha

 

Bukan sebab malas atau tiada cerita yang hendak dikongsikan, cumaaa masa itu tidak mengizinkan je..Sehinggalah ketika ini, aku mencuri sedikit masa untuk berkongsi cerita aku ditugaskan sebagai jurugambar di satu program explorace bagi tingkatan 3 dan tingkatan 5.

Diatas jemputan amal jariah oleh Owner - Pusat Tusyen Perintis Didik atau pun dikenali sebagai PTPD, aku dengan gembiranya menghulurkan diri ini untuk membantu sahabat aku yang membina impian dalam mendidik anak bangsa untuk terus berjaya dan berdedikasi dalam pelajaran mereka..


Makanyaa...
27 Mac 2016 jatuhnya dihari Ahad...
Seawal 7.00 pagi aku dah ada terconggok di Taman Botani Shah Alam untuk menjalankan tugas sebagai jurugambar (konon mcm pro, padahal non hado pun)...
Kebiasaanya waktu ni aku masih bergolek2 atas katil lagi tapi disebabkan dah berjanji, maka hari ahad aku kali ini diisikan dengan penuh aktiviti..


Semangat sungguh budak-budak ni nak mulakan aktiviti Explorace PTPD 2016 kali ni...
Aktiviti pertama mesti la warmup dulukan...
Agar ada yang tak terkejut pulak urat saraf otak dan ion2 yang sedang berhubung tu...

Firstly....
So apa lagi jom berpoco-poco dan berzumba...


Di lead oleh seorang yang bergitu profesional hinggakannn Fitness First pun mencari sapakah gerangan jejaka yang berpoco ini untuk dijadikan jurulatih mak datin mak datin area Setia City mall...
Namanya diberi sebagai Cikgu Uzir, orangnya ceria dan bersuara lantang.... 


Fisrt game : Tic-Tac-Toe
Memang lawak dan aktifnya budak-budak ni berlari..
Sorry la dik, abang ni duduk depan korang jer yer ambil hambar..
Tak larat nak join lari...
Sapa yang tak tau apa tu tic-tac-toe...Sila tanya Mr.Google k..



 

Setiap pelajar diberikan satu belon, dan belon tu perlulah ditiup sebesar mungkin (trick jer tu)...
Belon tu sebenarnya sebagai amanat dan nyawa bagi setiap pelajar...
Kalau pecah belon tu, maka akan dipotong markah kumpulan masing-masing..

Motif disini adalah untuk mengajar memupuk sifat amanat...
Amanat yang bagaimana tu..?
Bagaimana berhati-hatinya mereka menjaga belon tu agar tidak meletop, sama seperti bagaimana mereka perlu menjaga amanat dan kepercayaan kedua ibu bapa mereka untuk mereka tumpukan di dalam pelajaran mereka..

Malas nak bebel panjang-panjang..
Jom kita layan gambar gelagat pelajar-pelajar PTPD dalam mengharungi setiap cabaran yang disediakan...

Jom...!!!


 

  

Check Point Pertama: Teamwork

Menyerahkan belon yang berisi air kepada rakan seberang dengan menggunakan kain tanpa berganjak daripada tapak masing-masing...
Masa diberikan 7 minit...

ermmmmm...!!!
Macam susah...tapi jika dilakukan dengan good strategy dan teamwork...

Disini PTPD memupuk sifat kerjasama dan komunikasi dikalangan mereka untuk memastikan sesuatu tugasan itu dilakukan dengan baik dan berjaya...
Nothing possible kan...!!!


 
 


Check Point Kedua : Critical Thinking

Bagaimana kertas A4 yang kecil tu, boleh muat 4 orang pelajar skali masuk..
Sorang lagi jaagaa belon...comey jer kannn...hihihihi
So 4 orang jer la pikir macam mana nak masuk dalam kertas A4 tu..

Penat nak pikir tu..
Abang pun pening nak pikir tu...
Tapi tadi pagi dah minum anmum essential so ion-ion otak ni pun berhubung sikit (yeke aku minim susu ni, ke susu tin cap baldi) ...
Baru la dapat jawapannya..Tak perlu google pun.....


 
 
 

Check Point Ketiga: Communication

Check point yang ni pulak, arahannya adalah bagaimana pelajar-pelajar ni perlu berinteraksi dengan kawan-kawannya tanpa menggunakan sebarang bunyi ataupun suara, hanya dengan pergerakan saja dibenarkan dalam menyampaikan mesej yang dikehendaki...

Memang lucu bila melihat gaya-gaya budak2 ni sampaikan aku pun tak tercapai akal nak fikirkan...
Ion-ion otak pun leh putus tengok gaya dia orang..
Paling lucu bila kene buat gaya sumpah-sumpah..kalau korang hebat cuba la buat gaya sumpah-sumpah...
hahahaha.....


 

Check Point Ke-4: Strength

Cabaran check point ni pula, meniup belon sebesar kepala bayi kemudian mencucuk dengan lidi hingga tembus belon tanpa memecahkan belon tu...
Setiap pelajar diberi 2 kali cubaan...
No bad juga, ramai yang berjaya menembusi belon dengan lidi tanpa meletop.


 
 
 

Check Point Ke-5: Confident Level

Kali ni, pelajar-pelajar tu dikehendaki mengeluarkan biji guli berwarna putih dari dalam baldi yang ditutup dengan kain hitam...
First2 lagi pelajar-pelajar ni dah kene psyco dengan cikgu-cikgu dia orang, konon-kononnya ada ulat dalam baldi tu...
Pelajar-pelajar perempuan mula la mengerok erok gelinya...
Cabaran kali ni adalah untuk mengajar bahawa keyakinan diri yang tinggi dan kental akan membuahkan kejayaan di akhir penjalanan...

Fasa dunia baru akan menjelma dalam hidup pelajar-pelajar ini, maka mereka perlulah berani untuk menempuh pelbagai jenis cabaran yang hadir dalam hidup mereka selepas ini. Oleh itu, dengan keyakinan diri yang tinggi, insya-allah, segala cabaran yang hadir akan dapat di tempuhi dengan baik...



 

Check Point Ke-6 : Creativity

Last check point pula melibatkan kreativiti pelajar...
Kalau tak silap, cabaran for this check poit, pelajar dikehendaki membuat traditional game daripada bahan-bahan semula jadi yang ada disekeliling mereka..

Kreatif ke tak kreatif ni....?
Ofcos la kreatif kann...kalau dah buat congkak guna daun kering...hihihihi

 


 


 


 


 


 


 

Poco-poco dah...
Zumba pun dah...
Game dah abis...
Makan pun sudah...

Sesi penyampaian hadiah pun dah selesai....
Taniah kepada para pemenang...
Sesungguhnya tiada pemenang ataupun si kecundang, kerana anda semua adalah pelajar PTPD dan anda adalah pemenang dihati cikgu-cikgu PTPD...

Akhir sudah Program Explorace PTPD 2016...
Enjoy sungguh pelajar-pelajar ni...
Sekali skala kenalah ada aktiviti luarkan,agar pelajar-pelajar ni exposed dengan benda-benda baru serta dapat menjana minda mereka dengan ilmu baru..

Apa yang penting adalah pengalaman dan intisari program ini dapat mereka terapkan di dalam kehidupan harian mereka agar mereka menjadi seorang insan, pelajar dan anak bangsa melayu yang berjaya..
Insya-allah...

Terima kasih kepada Team PTPD kerana telah menjayakan satu program yang happening dan enjoy ni..

Alamat: Pusat Tuisyen Perintis Didik, 
No.8-1-B, Jalan Kristal AR7/AR, Seksyen 7,
40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel. No: 012-935 6449 (Cikgu Sam Ismail)
Emel: perintisdidik@gmail.com


Terima kasih semua....
Bye.....
Wasalam....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...