Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

SAGUHATI | Menang Contest dapat Hadiah

Assalamualaikum...!!!

Yahooooo...!!! Aku dapat hadiah.

Eh...Eh..!!! Betul ke aku menang ni...(senyum melerik sampai ke telinga sepanjang hari)

Shot entry jer ni. Aku nak share yang aku menang hadiah dari Contest Travelholicawesome Photo Challenge Balik Raya 2015.

Yeah..!!! ....(sila tepuk tangan)

Nak tengok Photo Challenge Balik Raya 2015 aku boleh ke ----> SINI



Fisrtly, syukur alhamdulillah, ingatkan aku tak menang, sebabnyakan  pesaing-pesaing aku semua hebat-hebat belaka, kelakar dan kreatif giler.


Tapi anggapan aku salah rupanya, aku menang juga untuk hadiah saguhati.
Rasa macam tak percaya, yerlah kan...first time aku join contest-contest online ni, tup-tup menang juga. Giler excited aku, rasanya masa hari pengumuman tu, aku memang senyum happy giler-giler sepanjang hari. Agaknya tido pun dalam senyum.

hahahahaha..!!!

Hadiah aku di sampaikan oleh one of juri contest ni. Kiranya orang kuat contest juga la. Thank you so much to kak Anash@Coconutz yang sanggup turun padang untuk menyerahkan sumbangan banjir  hadiah kepada aku.


Hebat tak...?
Siap ada penyampaian hadiah, and pasti kami berdua macam sedang buat iklan ubat gigi. Senyum sampai ke telinga kannn...

Apa hadiahnya..?





Inilah hadiah yang aku menang...
Sempat lagilah aku mengayakannyaaa....

Bestkannn...
Aku dapat Windbreaker UNIQLO dan Microfibre Towel.

Memang best la hadiah-hadiah yang aku menang ni. Memang tak rugi aku join contest ni.
If ada lagi contest macam ni tahun depan, memang confrim aku nak dan akan akan akan join lagi...
So kepada yang tak dapat join tu, gigit jari jer la tengok hadiah-hadiah aku...hahahaha..!!!

Kepada pemenang-pemenang yang lain, taniah diucapkan, u all memang awesome...

and juga Terima kasih kepada team #TRAVELHOLICAWESOME yang menganjurkan contest ni.

POST TAG #TRAVELHOLICAWESOME BLOGS:  
Thank you..thank you..thank you so much...

Sampai disini sajaa....

Bye...



Monday, July 27, 2015

PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015 - Hafiz Yusof


Assalamualaikum...!!!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Aku nak ucapkan selamat hari raya kepada kamu kamu kamu semua, semoga raya 2015 ni memberikan lambaran baru dan #syukurselalu.

Kesempatan ini aku nak mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap,kotkot la ada yang ter-#sentap bila baca blog aku or annoying and terasa gedikzzz dan sebagai gala diva bagai...
Aku mohon maaf dari akar rambut hingga hujung kuku jari kaki.
Mohon maaf dipinta.

Tahun ini raya aku ada kelayan sikit, nak kata sikit kira besar juga la. Sebabnya ada ahli keluarga baru, anak buah aku yang baru Mohammad Ammaar.
Dan juga tahun ini, aku menyertai sepuluh cabaran onak duri satu blog terkenal ni.
Ada 10 jenis cabaran yang perlu selesaikan dengan penuh gigih dan tabah dan dropmywaterface juga la.
But i dont care, demi menyahut seruan Datin seri dan coz aku naak have fun juga, so aku join cabaran onak duri ni.
At least, terisi juga la masa raya aku dengan giler mengiler, tak da la aku melanggok tengok tv jeeer..

Apa cabaran onak duri yang aku kene laluinya tu..
Jom terokainya dengan tabah dan bosan la yer..sebab aku ni kurang kretiviti dan inovasi konsensi..




CABARAN 1
Blogger menimbang berat. Mesti nampak muka, patu kaki atas penimbang dan tunjuk berat badan korang. Di sebelah penimbang tersebut ada sampul duit raya.(Jangan malu, bukan berat yg menjadi ukuran haha.)



Target raya nak kurus,kononkonon nak turun 10kg, hampeh bin sedih, bukan turun yang jd ukurannya..naik berat badan adalah lagi.


CABARAN 2
Blogger berdiri di tengah-tengah pasar ramadhan / pasar malam / pasar terbuka, berkain pelikat sambil pegang buluh lemang dan kaki kene angkat tinggi sebelah. 
(Tak kira laki ke perempuan, tetap kena pakai kain pelikat ye.)



Nak bergambar kat pasar malam, sume peniaga dah ambik cuti seminggu, so aku pun bergambar la kat kaki lima kedaikedai apek mata sepet ni pun jadi la and for sure bukan kat low yat yer...hihihi



CABARAN 3
Blogger melakukan aktiviti-aktiviti yang paling gila yang pernah blogger buat masa puasa / raya. 
(Lagi pelik, lagi unik, lagi mencabar, lagi gile, lagi bagus. Risiko tanggung sendri tau hehe.)



Yang paling rare tahun 2015 kali ini bagi aku adalah musim buah menjelma.
Orang sume sibuk beraya rumah sanak saudara, aku balik kampung masuk kebun tepuk tampar dengan nyamuk yang keluar beraya juga.
Rare juga aku panjat pokok rambutan tahun ni dan tak sempat nak berselfie atas pokok sebab banyak semut (nasib baik pokok durian tak leh panjat).



CABARAN 4
Blogger bergambar secara kreatif dengan kuih-kuih yang dibentuk menjadi perkataan “#TA RAYA”. Mesti kena guna minimum 7 jenis kuih yang berwarna-warni serta bercorak-corak.(Lagi kreatif, lagi bagus.)


Bergambar dengan kuihmuih, kuih kat rumah tak cukup tujuh,badget lagi sebab GST kuih naik harga, so aku tompang kuih umah makcik aku yang sentiasa banyak berbalangbalang tak terkira tu.
Kuiskuis juga la kerepek pedas dalam balang tu bagi jadi "Y"...hahahaha
Tibatiba sedang seronok menyusun kuihmuih yang indah membentuk perkataan tu, ada plak budak comey persis Cahaya Puteri ni sibuk nak bergambar dengan sepanduk #TravelholivAwesome.
Bagikan ajaaa....



CABARAN 5 
Blogger bergambar dengan orang yg ambik zakat fitrah kat kaunter (amil), sambil hulurkan biskut raya (tak kira sekeping atau sebalang) sebagai tanda terima kasih.(Siapa amil tu tak kisah. Kalau orang lain yang tgh bayar zakat pun takpe.)


Alhmadulillah, tahun ini aku masih sempat tunaikan zakat fitrah lagi (demicabaranpakciknisiapsenyum).
Bila cabaran ni menyuruh bagi kuihraya, aku dok pikir punya pikir, nak bagi apa yer...?

Ting..!... selalunya amil ni orang tua2 jer yang jaga, so aku memilih kuih traditional "DODOL" sebagai kuihcabaran2015 kali ini untuk disedekahkan kepada pakcik amil yang seporting tu..
Thank you pokcik...



CABARAN 6
 Blogger bermain bunga api dengan penjual bunga api. (Siapa penjual bunga api tu, tak kisah.)



"Abg mercun letup-letup ada?"
"Sume mercun meletop dik..yang bunyi letup opocot jer tak ada.."
"hahahaha.."
Abang penjual ni pemalu katanya, tak mau tunjuk muka bila ambik gambar, sebab takut nanti kene tangkap dengan kastam, nasib baik ada sepanduk aku, buat tutup muka dia.




CABARAN 7
Blogger bergambar di petrol station sambil memegang 10 jenis sampul duit raya yg berlainan design. Mesti kena pegang sampul 5 kanan 5 kiri sambil gaya mengipas. (Walau mengipas, sampul kena nampak ye. Lagi kelakar, lagi bagus.)



Tak pasal2 cousincousin aku pun terjebak sama dalam cabaran ni.
Yola kannn, sapa plak nak ambik gambar aku kalau depa x da..
thank you cousin2 ku dan bff ku...






CABARAN 8 
Blogger pegang kalendar 2015 yg tunjuk tarikh hari raya 1 Syawal, kat depan rumah tol / RNR. 
(Kalau dpt bergambar dgn pekerja tol yg buat muka menangis lagi bagus.)



Disebabkan terlupa nak bawa calender, so aku menggunakan teknologi yang ada.
Thank you Mr.DataUmbile aku yang mengizinkan aku mengoogle image calendar kuda 1 Syawal.
Hihihihi....jadi laaa....



CABARAN 9
Blogger susun kasut raya kat rumah orang yg korang pegi beraya, secara bertingkat. 
(Lagi tinggi, lagi macam-macam bentuk kasut, lagi bagus.)



Tahun ini tak ramai yang datang beraya, so KLCC tak dapat dibina tahun ini, hanya tanah yang ditarah seperti mendatarnya kasut-kasut susunan aku ini. ( tuan rumah tak banyak kasut kot...)



CABARAN 10
Blogger bersalaman dengan orang yang paling tua masa raya / buka posa. Orang tua tu kena pegang kertas tulis photo challenge tu dan diselit pula sampul duit raya. 
(Sapa orang tua tu tak kisah. Lagi tua, lagi bagus. Hahaha!)


"Opah senyum la opah.."
"Ishhh...tak daq laa aku.."
"Baru la cun opah, litip x nak pakai ke..nak masuk komputer gambar opah ni.."
"Idaq la aku, nanti kamu gelak kan aku tengok gigi sebatang aku ni.."
"Oyalaa opah..."
"hahahaaa.... "(sila abaikan suasana selerak kat belakang tu,masa ni ada kenduri kikah anak cousin aku)

Alhamdulillah...
Siap juga cabaran cabaran onak duri yang aku kene tempuh dengan tabah dan gigih gituwwww...

Selamat hari raya semua...terima kasih kepada yang terlibat dalam pembikinan filem cabaran cabaran ni..
Love u all...

#selamathariraya
#2015
#TARaya
#syukurselalu
#lembaranbaru

bye...





Friday, August 22, 2014

“iPhone 5s gajet IMPIAN setiap Blogger”

Contest:
“iPhone 5s gajet IMPIAN setiap Blogger”
 
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 diucapkan pada semua..rasanya masih dalam hari raya lagi kita ni kannn....
So tak terlambat la kot nak ucapkan selamat hari raya pada rakan-rakan blog semua...
 
Post kali nak citer sikit..tiba-tiba afiz rasa macam nak join contest plak..tak pernah pernah nak join pertandingan blog ni..
Tiba-tiba jer...sebab apa yek..?
Ofcos la sebab hadiahnya...korang baca tajuk pun dah tau hadiah yer kannn...
 
Semester nya dapat iPhone s laaa.
 
nah nak tempek satu gambar iPhone kepada sesiapa yang tak kenal iPhone..
 
 
so Inilah pertama kali aku nak join contest blog blog ni...
tetiba jer dapat seru nak join..agaknya aura iPhone 5s ni kuat sangat kooot sampai leh tarik badan aku yang debab ni tok join...(kuat tuuuuu)...
jom kita try....
 
Contest ni bertajuk = iPhone 5s gajet IMPIAN setiap Blogger
 
Siapa yang buat contest ni...?
Contest ni di anjurkan oleh Denaihati.com.....Boleh juga klik di SINI...
 
 
 
Siapa pula penaja-penaja blogger yang sweet n bermurah hati nak taja iPhone 5s tok aku tuu..?
Ni la senarainya...jom kita terjah satu persatu....
 
*******
Back to : “iPhone 5s gajet IMPIAN setiap Blogger”
 
Apa Impian afiz:
Impian afiz bersama iPhone 5s ialah dapat memerangkap segala kenangan manis bersama yang tersayang..bukan dengan kekasih sahaja tapi dengan keluarga dan rakan-rakan...
Inilah hasil kenangan manis afiz bersama rakan dengan iPhone 5s diaorang...
 
ber Monopod di Hari Raya 2014 bersama iPhone Ofismate
 
 
Di Wedding event Dewan Perdana Felda dengan iPhone 5s Kak Mazura


Berbuka Puasa di Alamanda bersama iPhone 5s Wana

Graduation Day bersama iPhone 5s Wana
Bersama iPhone 5s Classmate IMC2014 USM

 
Inilah IMPIAN yang afiz nak kekalkan dan mencipta lagi berbagai-bagai kenangan manis baru dan bahagia  bersama keluarga dan rakan dengan camera iPhone 5s.
 
i and Phone mencintai dan menyanyangi bersama = iPhone
 
*******
Info mengenai iPhone 5s:

 
Terima kasih... 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...