Showing posts with label kawan2. Show all posts
Showing posts with label kawan2. Show all posts

Saturday, September 16, 2017

Baking Class...!!!



OMG..!!!

Baking Class..!!!

Wah..mampu ke tangan si bujang ni memasak..?

Disapa rakan sekerja lama di ruangan whatsapp, ' babe nak join baking class tak?'

Jawapan tanpa fikir akan kesan sampingan yang akan di alami nanti...Aku terus menjawab setuju sambil menganggukan kepada dengan senyum lebar walaupun si rakan aku tu tak boleh nampak raut wayah aku...

Bila dah setuju,
Banyak pula songgehnya aku ni, bertalu-talu soalan bertanya...berapa resepi?..siapa pengajar?...dan semua tanda soalan yg ada lah...
Over sangat aku ni...


19 Ogos 2017...
Untuk pertama kalinya aku menyertai kelas memasak ni, nampak sangat aku tak pandai masakkan...sampai kena masuk kelas...
Orang kata persediaan untuk berumah tangga, ada yang kata menantu pilihan...tak kesah apa yg didoakan..semoga dipermudahkan segalanya lah..(jodoh ontheway kot)..

Sebenarnya aku rindu nak pergi kelas, bila dah habis belajar ni, rindu nak pergi ke kelas la pulak, dulu masa pergi kelas asyik nak ponteng je (tapi tak ponteng pun)..




Bila join kelas baking ni rasa macam small reunion plak...
Dapat jugalah melepaskan rindu dengan kawan-kawan lama...
Lama tak gosip sebenarnya...hahahaha

Orang sibuk masak, aku sibuk bergambar...
Banyak ilmu yg aku hadam pada hari tu...

Apa yang aku belajar kat kelas baking ni...?
Dalam kelas ni, aku akan diajar 2 jenis resepi iaitu Pandan Gula Melaka Cake with Italian Meringue Butter Cream dan Crunchy Peanut Butter Cookies.



Inilah cake yang dibuat oleh kami-kami....
Technically bukan aku buat sorang-sorang...kami berjemaah untuk memasak dan menghiaskan cake ni dengan cantiknya...Cantik tak..?
Bukan itu saja, ada lagi dalam pelbagai bentuk tapi dalam 1 rasa yang enak..
Macam ni...


Ikut kepada kesesuai loyang yang ada diumah..
So kalau kat umah ada loyang 4 segi pun...boleh!!!
kalau ada bulat pun....boleh!!!
Kalau nak buat Cupcake pun...boleh!!!
Tiada masalah langsung untuk jenis cake yang diajar ni..
Kalau kat umah ada bentuk kucing or Doremon punnn boleh..
Asal boleh jeee..
Yang penting kita creative and innovative untuk mencapai wawasan 2050.. (tiba-tiba)..


Bagi menghasilkan sebuah cake yang enak dan kesedapan yang tiada tandingan...
Resepi pertama adalah...


Resepinya adalah senyum...
Pernah tak dengar orang cakap "masakkan ibu adalah paling sedap"...Walaupun mak kita goreng telur bodoh2 and taruk kicap pun..kita rasakannya sedap tak terhingga..

Sebab apa..?
Sebab mak kita masak dengan penuh KASIH SAYANG..sebab tu sedap...
So bila kita nak masak, kita kenalah tenang dan sentiasa senyum, and paling utama adalah kita buat dengan penuh ikhlas dan campakkan rasa kasih sayang korang dalam masakkan korang tu...
Barulah masakkan kita sedap....
Kalau korang masak air panas yang mendidih hingga 100 darjah celcius pun boleh jadi sedap gila khinzir kalau korang buat sepenuh hati.....kannn


Thank you Lin sebab invite aku join program korang...
Jangan sengan ajak aku lagi nanti tau..kalau ada program yang best2..

Mana Sifu nya ni..?


Inilah sifunya...
Nak cerita sikit, sifu Chef ni namanya Chef Azlene, founder of Enelza Empire...
Alkisahnya, Chef ni sebenarnya my-Ex bos....
Aku sangat kagum dengan semangat dan kesungguh my-ex bos aku ni..
Dia meninggalkan dunia pekerjaan dengan menjadi bos sendiri..
Maybe one day aku akan mengikut jejaknya..
Ins Shaa Allah..Aamin

Kepada yang berminat dan ingin terjah IG beliau,
boleh klik ENELZA EMPIRE  atau boleh search nama Enelza Empire pada IG masing-masing...
Banyak benda yang korang boleh tahu and maybe ada benda yang korang sedang cari...


Lovely team..
See you next program guyss..
bye....
#flyinglove
#hafizyusof

Monday, August 7, 2017

Running : The Running DIVA Malaysia

Ni la bahananya bila....
Lelemak daripada lauk pauk raya bertambah membesar dalam badan dan tiada kurang seinci pun dari shape badan aku ni...

Ini boleh mendatangkan keruntuhan akhlak pada aku nnt kalau aku tak buang lelemak pada lebihan-lebihan lelemakk yang tidak diperlukan pada shape aku ni..



Al kisahnya 30.07.2017, 
Buat pertama kalinya aku menyertai running...Running ka..?...
Boleh dikatakan aku banyak berjalan DIVA je sambil melambai lambai tangan kanan dan kiri pada rakan-rakan larian aku...
Dengan bermotokan #bukansekadarselpie... yup memang benar...rasanya aku banyak berselpie dengan rakan larian daripada berlari lari anak ikan bersama...

Planningnya berbulan-bulan awal, payment dibuat pun awalburung (earlybird), so dapatlah harga yang berpatutan untuk aku join dengan kadar gaji yang ala2 cukup makan ni je kan...Total bayar untuk running ni RM50.00 jeeer...Murah je kan...sebab aku bayar awalburung..kalau lambat bayar..burung sudah terbang jauh la gamaknya...tu yang jadi mahal...


Motif aku join ni, kononnya nak menghapuskan lelemak yang ada pada shape shape badan aku yang helok ni....Tapi apa kan daya...rasanya tiada kurang seinci pun...hahahaha
So, motif utama aku telah bertukar kepada, running for fun...

Larian upsss salah...
Ala2 larian anak ikan dan sekejap jalan-jalan yang seperti menikmati angin laut yang bertiup dingin...aku lebih kepada bersembang dan bergosip dengan kawan-kawan opis lama yang telah lama tidak ketemu...



 


Memang penat berjalan 5KM...dan yang kononnya kadang-kadang berlari anak ikan tu...
Hasilnya aku enjoy and have fun with my beloved friends...
Hasilnya aku dapat hilang stress bila bersama mereka dan aku rasakan segala masalah yang ada dibahu dan fikiran aku tertidur sekejap tanpa rasa terganggu sikit pun...

Apa-apa pun aku mmg enjoy dan seronok hari tu..
Best dan rasa sangat ternilai...

Now I am officially DIVA...
hahahaha....

Next nak join yang mana plak..?
Next bercita-cita nak hiking plak..? Mampu kaa..?
Next kena kumpul duit....?

#bestfriend
#love
#therunningdivamalaysia
#divarunnning




Sekian...
Bye...

Tuesday, December 27, 2016

Short Story : Peng-Hijrahan Baru


15 Disember 2016...
Penghijarahan baru untuk aku....
Suasana baru untuk aku...
Meja kerusi baru untuk aku...
dan Bau bilik baru untuk aku...

Alhamdulillah syukur kerana aku dtelah diluluskan untuk bertukar ke jabatan baru tahun ni...
Walaupun masih disyarikat yang sama....
Insyallah fenomena ini akan menjadi batu lonjatan untuk aku menjadi lebih baik...

Im so excited, sebab dapat belajar perkara baru, dapat mengetahui ilmu baru...
Semoga kerjaya baru ni dapat bersama aku ke jalan yang di redhai...

Thanks to my friends yang buat majlis kecil-kecilan sempena perpindahan aku ke Office Shah Alam...



Semoga persahabatan kita semua berkekalan..walapun ada yg dah sorang ke Utara, sorang ke Selatan ke timur ataupun Barat...

Tetapi kenangan akan mengeratkan silaturahim kita semua...

Love you all..

Aamin..

ok...bye....

Saturday, December 3, 2016

MengeDate : Farewell

Seperti biasa hari jumaat yang indah pada paginya..
Tapi stress pada petang nya , ditambah dengan kerahmatan hujan....
Tak tahu la kenapa...setiap kali hari jumaat mesti akan ada kesesakan lalu lintas yang mengagumkan..
Amat kagum rasanya...Dari Bangsar untuk hanya ke Toll Batu tiga mengambil masa hampir 2 jam..
Mengeluh sambil menahan rimas dalam kereta..

Hari Jumaat kali ini #021216, aku join farewell ex-officemate aku..
Selepas cadangan demi cadangan..
Selapas mengambil kira timbang berat tara..
Kami berkumpul di Soul Garden Aeon Shah Alam..

Dah lama aku tak berkumpul dengan geng hakak-hakak office lama aku yang havoc..


Inilah kami..
Pada suku masa pertama..
Hanya kami ber-7 sahaja yang sempat sampai dan dapat lari daripada kesesakan lalulintas..

Selepas masa kedua pulak..


(walaupun sesi ke-2, aku masih tabah makan dengan tertib dan gedikzz..)

Tambah lagi dua orang jelitawan..yang duduk depan skali tu..
Bila ambil gambar mereka lah yang nampak dulu (kening terangkat, sambil senyum evil)...

Walaupun masih ada yang kurang lengkap dan tak cukup korem..
Tapi kami masih dapat memeriahkan dan membigitkan suasana dengan gelak ketawa yang over tahap kiah propa....

Bila sesi bertembung beramai-ramai..
Apa lagi..
Sesi menganyam ketupat la...

Majlis perjumpaan kali ini untuk siapa..?
Cuba teka..?

Sila tunding jari pada jelitawan kaya ini....


Inilah dia...
My kakak yang banyak story mory dengan aku masa dekat office lama..
Teringat kesah lama..
Setiap kali kalau dia balik dari obersea....
Mesti lepas keje jer, aku akan lari ke tempat dia untuk dengar story kesah holiday dia yang happening and backpackers dia tu (nak ikut tak mampoo...PTPTN belum bayar)..

Saya doakan, selepas ini akak akan terus berjaya dalam bidang yang akan diceburi...
Semoga dipermudahkan dan dikurniakan rezeki yang halal dan is mengalir seperti sungai yang tiada putusnya..
Semoga penghijrahan baru dalam hidup akak ini akan memberikan sinar kebahagian dalam hidup akak..
Semoga akak akan setiasa sihat dan di rahmati dan di panjangkan umur dan semoga apa jua doa dan impian akak akan dimakbul oleh Yang Maha pengasih lagi Maha pengampun...
Aamin..Aamin.. Aamin ya rabbalalamin..


Terima kasih kepada:
  1. Kak Lin Finance
  2. Adlin
  3. Dayang
  4. Ashraf
  5. Firdaus
  6. Kak Mazura
  7. Kak Rose Salinah
  8. Kak Ana - yang paling utama kena ada, kalau dia tak ada...event cancel...(Soul Garden murung sebulan kalau k.ana tak datang)..

kerana sudi hadir ke Majlis Farewell kecil ini..
Salam semua..
Sayang semua..

Next gathering.?

Bye....


Sunday, November 27, 2016

MengeDate : Senteng

Al-kisahnyaaa..!!!

Keluar opis tajam-tajam, kononnya nak elakkan kesesakkan lalu lintas..
Hampeh bin sedih....
Keluar pintu besar office kene buat pilihan pulak, nak ikut jalan mana yang tak sesak...
NKVE or NPE or Federal..
Federal jangan cakaplah kalau hari jumaat lagi lagi ditambah dengan hujan..
ofcos giler jem mereput dalam kereta...
Nak ikut NKVE, rama keluar dari wallet..sebab belum gaji so nak jimat duit toll...
So ikut nak NPE....
Ya Allah, jem juga...tapi redah jer la sebab dah itu saja pilihan jalan yang ada...

Bila aku ikut NPE, keluar dekat Batu Tiga..
Masya allah, bapak jem dekat toll batu 3 tuu..

Angkat hp mendail no.. (toot..toot..toot..keluar lagu Ayda Jebat)

"hello akak NZ, akak dimanaaaa?....
"kakak di opis.."
"Cantik...Jom mengopi di JJ shah alam"...
"nanti akak confirmkan balik"..

Pilihan ke-2..
"ellooo aweksss...dimana..?
"di opis, kene jaga mak limah hari sebab PA dia x berapa nak sihat.."
"jom mengopi....dengan akak NZ skali"
"nnt aku confirm kan balik"
(pada masa yang sama)
"kejap beb, ada line masuk.."

"yess kak,.."
"ok akak on...jumpa disana"
"ok..."

"ok beb, kak NZ on..ko?"
"ko p dulu, nnt aku menyusul selepas mak limah balik"..
"ok cantik.."see u there"


"Piz kat mana..?"
"Cari ATM kak, duit kupu2 ni, nak makan lapo.."

(pertemuan sahabat yang lama tidak ketemu, perbualan kemesraan sebagai pembuka tirai)

"kak nak makan kat mana..? saya dah lapo tahap ultramen ni..."
"Foodcourt jom".. (selepas round-round the world satu mall , tak tahu nak makan apa...)


Tomyam set with Nasi, Meatball 10 biji and Nasi Goreng Pataya...
Menu menjadi pilihan sebab itu saja yang dirasakan sedap dan cepat dan mudah dan murah...
Motif utama bukan nak makan sangat pun, just nak together gether and sembang and paling utama aku nak elakkan kesesakan kesesakan kesesakan lalu lintas nak balik umah..
Daripada aku stress mereput dalam kereta, baik aku ajak hakak2 ni lepak dan chit chat gosip sakan...


Dari meja putih kepada meja hitam..
Daripada makanan kepada minuman..
Daripada 5 jari kepada 2 jari kepada 1 jari...

Gosip sakan sampai tak sedar masa mencemburu kami...(skemanya ayat)
Cafe pun nak tutup, so kami beransur lah...

Ehh..!
Mana citer sentengnya ni...
Seteng kain..?
Senteng seluar keje?
Sentengan..?

Biarlah rahsia....apa pun dia sangat rude....nasib baik aku tak ada di sana...

Janganlah kita memandang rendah pada orang lain, sebab kita tidak tahu akan kekuatan dan kelebihan yang Allah telah berikan kepadanya..(tu ayat baik)

Jangan nak over sangat la..ko tu pun bukan bagus sangat...(tu ayat jahat aku)
Di tujukan kepadanya......

bye....

Monday, November 9, 2015

Terima kasih semua...!!!



Assalamualaikum!!!

Apa bersepah sepah ni..?
Apa cerita kotak-kotak bertimbun kat tempat aku ni...?
Al-kesahnya...

Selama 7 tahun aku bertapak disini...
Selama 7 tahun aku mencari rezeki disini....
Selama 7 tahun aku menempuh pelbagai  kenangan dan ujian untuk menjadikan aku seorang manusia yang kuat..
Dan juga selama 7 tahunlah aku mengenal erti sahabat dan rakan-rakan taulan..

Selepas 7 tahun aku disini...
Pelbagai kenangan manis dan pahit yang aku tempuhi....

Dengan kenangan inilah yang mendewasakan aku..
Dengan kenangan ini juga mengajar aku erti bersyukur...
Dengan kenangan ini juga mengajar aku erti hidup...

Tapi selepas ini....


Tiada lagi teman-teman ini yang akan menemani aku untuk menikmati breakfast Cafe...
Tiada lagi mesej-mesej whatsapp dikala pagi....
Sapa breakfast.... no more...!

Selepas ini..
Tiada lagi kacauan dari aku untuk mencari makanan petang ketika lapar...

Selepas ini..
Tiada lagi larian2 untuk mohon otograff dari rakan-rakan retis..

Selepas ini..
Tiada lagi lepak-lepak di dalam bilik mendengar gosip dan cerita dari mereka..

Selepas ini...
Selepas ini...
Selepas ini...



 

Maka kesempatan ini..
Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih..

Terutama sekali kepada :
Kak Mazura, Kak Ruhana, Kak Siti, Haslina, Adlin, Dayang.... yang sentiasa melayan kerenah aku, yang banyak membantu aku dalam kerja, yang bagi aku tompang tempat parking kereta, yang sentiasa bergelak ketawa bersama aku, yang selalu berlanja aku makan, yang sentiasa melayan emo aku bila stress, yang selalu memberi nasihat pada aku dan secara tidak langsungnya mereka ini pendorong kepada kejayaan aku kini.






Dengan tulus dan ikhlas dari lubuk hati ini, aku memohon maaf jika ada salah dan silap selama kita bersahabat dan berkenalan....

Terima kasih semua, segala kenangan kita bersama tidak ada gantinya...
Dengan kenangan-kenangan inilah menjadi aku siapa aku kini..

Thanks u alls..


Thursday, March 5, 2015

ke Kota Bharu di Kelantan...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Rasanya sempat lagi tak aku nak wish Selamat Tahun Baru 2015...

Sempat kot...Selamat Tahun Baru semua..semoga tahun baru ni menjadi tahun yang bahagia dan kehidupan kita semua dikurniakan keberkatan dari yang Maha Esa..Aamin.. In sya Allah..

Sebagai pembuka tirai cerita 2015 ini...

Aku nak share cerita bersama rakan-rakan bercuti ke Kota Bharu.Kelantan...

For the First time aku sampai Kelantan ni...tak da laa first sangat pun,masa kecik dulu rasanya pernah sampai,tapi tak hingat storynya...kecik molek,,cute maaaa...

Tujuannya ke Kelantan bukannya nak membantu mangsa-mangsa banjir tau...Tapi nak melawat kawan kepada kawan punya wedding..

Perjalanan kami bertiga mengambil masa 12 jam baru sampai Pekan Kota Bharu...
Bapak lama giler nak sampai kann....kami dengan positivenya dan penuh dengan keyakinan yang tinggi dengan mempercayai app 'waze'....

Bergerak dari Subang pukul 8.00pagi...Kemudian berhenti kat Kg.Melayu Subang sarapan pagi nasi lemak telur goreng and sotong dulu...kami memerlukan karbo untuk memandu laju ke Kelantan....Padahal bukan aku yang pandu kereta pun....Wani sorang sahaja yang nak pandu kereta..katanyaaaa!..dia kureng suka kalau orang lain pegang stereng kereta dia....so ok la...aku happy jer jd asst.pilot....



Perjalanan aku bersama mereka penuh dengan gelak ketawa dan gurau senda...kiranya perjalan aku ke Kota Bharu tu yang mengambil masa selama 12 jam, memang tak bosan la....sepanjang 12 jam tu juga,kami melihat macam-macam permandangan dan keindahan kampung dan higway baru....



Kami singgahsana di Ridel Hotel....
Tempatnya selesa dan murah....
Bagi aku..kalau bercuti,aku utamakan keselesaan tempat tido...yg utama katil dan bilik airnya bersih...
Kalau tak ada breakfast or parking free pun aku x kesah....Tapi Ridel hotel ada sediakan b'fast dan juga parking...so facility kat sini memang best....
Dan juga ada wifi free...senang aku nak update status FB dan juga IG aku....keutama anak-anak remaja masa sekarang apabila bercuti...
Termasuk laaa kami...(remaja ker..)....
Aku sarankan juga kepada yang nak lepak pekan Kota Bharu ni..better stay di sini...Hotel ni pun belakang pasar siti Khadijah jer pun..kalau jalan kaki pun 5 minit pun dah sampai....










Hotel Ridel ni juga...terletak dihadapan sungai Kelantan dan bersebelahan dengan Menara Tinjau Kota Bharu....agaknya laa...aku pun x sure nama sungai tu...
Pada Waktu malam siap ada orang ber khalid baster la juga....syok layan-layan abe-abe kelantan menyanyi...



 


Malam tu kami layan lagu-lagu rock kapak sambil lepak kat cafe basikal sambil minum Red Rose Tea dengan Hello Kitty Cake yang bersebelahan Menara Tinjau tu...

Layan jugak laaa syoknyaa...



Konsep cafe ni relax dan santai....memang enjoy....




Harga 1 teko tea ni RM12.00...tapi 3 kali tambah air yer...so memang berbaloi minum....
Kata owner cafe ni....Red Rose Tea ni berkhasiat untuk melenakan tido dan melawas kan...
So memang pun...terbukti...hihihi

Malam tu juga...
Kami merayau2 ke Pantai Cahaya Bulan...
Konon nak ambik angin laut..
Alih-alih..Kita orang terkena ketik ketam dan patuk belut...
Perghhhhhhh...!!!..memang sedap laaa kalau korang sume pun dapat rasa...




Perghhhh...!!!
Memang sedap....
Kami perkena Manggi ketam...Manggi Belut dan Sop Belut...
Sedap and seriusly sedap...you all kene try kalau datang Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu...

Citer dah panjang untuk hari pertama ni...
Hari kedua plak...?
Kami makan tengahari lauk pengantin laaa...
Dan skali lagi...memang tak rugi aku datang ke kenduri kawin kawan Wani ni..
Sume lauk-lauk kendurinya memang sedap dan puas hati bila makan...



Citer pasal makanan jer aku ni..
Mana pengantinnyaaa...?
Tu dia...
ucapan taniah dari aku..semoga berbahagia hingga ke jannah..
Aamin...


******

Selesai sahaja kenduri..
Kami ke Kota Bharu Mall plak...
Nak shopping katannyaa..
Tapi....!!!



Tapi..!!!
Kami coffee break dulu di...Arnold Cycling Cafe..
Aku tak sure kenapa orang Kelantan ni suka basikal....?
Apa yang best kat KB Mall...?..
Tak ada apa pun...Macam mall biasa jer....
Yang buat kelainannya masa aku pergi..
Aku dapat bukti dari kesan banjir....


Nampak kesan peninggalan banjir pada pintu kedai tu...
Sila focus pada warna kuning pada pintu grill tu yer..
Bukan pada baju kuning tuu..
Dan juga ini buka gambar pre'wedding tauuu...hahaha...

Jalan dah jauh..
Penat dah penat..
Pembakaran karbo yang banyak juga..
So kene la buat penambahan karbo dalam badan aku ni....
Pusing-pusing Kota Bharu..
Kami decide makan kat situ jer....sbb kami tak jumpa kedai ikan bakar..



 Kami makan bertiga sahaja..
Kami order macam-macam jenis makanan...
Telur dadar...
Sotong masak sambal...
Sayur Kailan masak ikan masing...
Ikan Siakap masak 3 rasa...
Sop Ekor...
and..Sambal belancan..
Rasa-rasa habis tak...?
Giler tak abis....Lapooo giler kot masa tu...tapi belom giler betul2 laa....hihihi



Hebat kannnn kami...!!!

******

Orang kata...
Kalau ke Kelantan...Kalau tak singgah Pasar Siti Khadijah...tak sah holiday kita tu..
Orang kata laaa...bukan aku kataa...
So..untuk mengotakan kata orang..Kami pergi pada hari terakhir...


Memang best...
Kata tak mau shopping..
Tapi...!!! abis juga la duit aku beli seluar kain pelikat dan balik sebagai gift utk family....

Ok..selesai sudah perjalanan kami di Pekan Kota Bharu Kelantan...
Masuk kereta..sembang2..
Terus tertido...
Keji sungguh aku kerana membiarkan pilot wani drive sorang2...
Dalam kekejian aku tu..
Rupa-rupanya...wani melencong...
Katanya..mata dia sakit kalau tak dapat tengok Pantai..
Maka kami singgah ke....?









ok....
Itu saja pembuka cerita 2015 aku bersama-sama sahabat handai aku di Kota Bharu.Kelantan..
Bye....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...