Showing posts with label Cendol. Show all posts
Showing posts with label Cendol. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

8 Ramadhan 1434H: Homemade Cendol


Assalamualaikumm..

hari ni tuan rumah kepengsanan.. ni 1st time bulan puasa kali ni yg mmg sangat2 penat.. maybe sbb duk marah kt student yg beramai2 fail 1st test aritu pun ye jugak kot. lepas habis kelas masuk lab utk research phd lak. nk nangis je turun naik lab yg duk kt tingkat 4 (aras 3) yg xde lif tu.. uhuk uhuk :( pasni nk timbang turun tak sekilo.. huhu... 

ok laa. kurang pahala pose duk mengeluh.. nabi dulu perang badar bulan puasa, xde yg mengeluh pun kan.


nway.. sampai rumah, semayang, terus masuk dapur wat cendol.. hihi... mmg dr semalam duk fikir nk wat cendol. pastu kene pulak hari ni sangat2 panas terik. mmg laju la wat cendol. ni togel je sbb lambat lg berbuka. dekat2 berbuka nnti curah santan dan air gula melaka.. sedapnyerr...

Resepi Cendol Tepung Beras
resepi: kak e-na
sumber: kak rose, tun telani
 
Bahan-Bahan:
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan

Cara Membuatnya :
  1. Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk. Ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
  3. Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
  4. Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
  5. Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
  6. Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
  7. Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

Wednesday, April 18, 2012

Homemade Cendol 2


Assalamualaikumm!!!!

pagi ni ingat nk tayang pau kastard, tp xsempat nk transfer gambar, my laling dh bawak kamera ke opis. so sila laa terliur tgk cendol yg tun buat nih.. hoho.. lagi elaborate dr the last one. this recipe used 100% tepung beras compared to the last one yg tun try. easier to handle, lepas masak2 tu sgt senang nk tekan dlm acuan lubang2 tu sbb adunan dia sedikit lembik. bentuk pun cantik je. ikut nasihat datin chah tekan2 acuan tu jauh dr air.. eh.. paham x? tun letak acuan lubang (senduk lubnag2 yg besar) atas jug air 3litre yg isi air ais.. so jauh laa sket cendol tu nk jatuh dlm air. jd bentuk dia panjang2 tirus. tp of kos ada jugak laa bentuk alien kan. hihi


b4 this struggle masak 'nise' @ gula melaka.. pastu aritu masa wat groceries tun terjumpa satu botol thick gula melaka syrup. 5inggit lebih je satu botol dlm 450ml kot. jg senang, pour je dlm cawan cendol. rasa2nya buat teh three layer pun guna gula ni kot. haish.. makin bam2 laa pasni.. baru je kurangkan minum air manis..dh pandai wat cendol. petang2 duk pekena cendol je.. salah sape kalau baju semua shrink??

bila nmpk cendol nih, baju yg ketat tu pikir kemudian.haha.. bawah letak kacang merah.. inti pau yg tun belum blend.. pastu letak cendol. paksa blender tun utk berusaha menghaluskan air batu. makin tumpul la blade blender tu.. tun blend air+susu sejat+ sedikit air cendol. pastu atas letak corn n cendol lagi, then tuang sirap gula melaka! nyummyy!! dipetang hari yg panas, 1 gelas ni x cukup.. 1 mangkuk terus makan :P


thanks to kak rose yg banyak kali tayang cendol dia. kak rose guna tepung jagung, tp tun stick to recipe asal guna tepung beras. sbb tun tgk kat kedai cendol ready made ingredient dia tepung beras. hehe

Resepi Cendol Tepung Beras
resepi: kak e-na
sumber: kak rose
Bahan-Bahan:
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan

Cara Membuatnya :
  1. Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk / air paip. Ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
  3. Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
  4. Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
  5. Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
  6. Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
  7. Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

Tuesday, April 10, 2012

Homemade Cendol


Assalamualaikumm~~~~

hihi.. sape terliur angkat tangan! ^^ tgh2 panas dapat cendol semangkuk mmg sedap. tun, tiap2 kali blk kg my laling kat segamat wajib makan cendol. ada satu family india muslim yg jual cendol, gerai kecik je, tp mmg customer x putus. siap ada cawangan lagi. biasa pergi gerai kat bandar, kalau x pun kat area masjid kt bandar lama. mmg sedap sgt cendol dia. aritu balik segamat x sempat nk duduk makan cendol kt gerai, sempat suruh my laling tapaukan je. tp bila tapau x bape sedap sbb dia letak dlm plastik ngan air batu yg byk. so cendol tu mcm jd keras2 sket :(

nway, bila dh blk bintulu ni.. jgn harap laa dpt cari cendol yg sedap mcm kat semenanjung. aritu order cendol, ntah ape2 rasa dia. keras kejung n xde rasa ape. mcm mkn agar2 yg keras yg ingredients dia solely agar2 + air n pewarna hijau.


me rasa dulu me pernah buat resepi cendol yg sedap. tp dh lupa resepi tu me simpan kt mana. ye la, time tu xde blog lagi, pastu resepi tulis merata. kalau ada buku resepi pun, ntah2 buku tu dh di makan anai2 or berkulat dlm salah satu kotak harta karun yg me bawak blk dr uni dulu. kalau sape2 ada resepi cendol yg cara masak dia bukan masak tepung sampai kental dan tapis dlm air sejuk, tp campur2 tepung dan tapis dlm air mendidih sampai masak, plz share ye :) 

resepi ni sedap jugak.. cuma x berapa sama dgn cendol yg tun biasa makan tu. tp my laling mkn dgn banyaknyer jugak. hihi

Cendol
resepi: kak daria

Bahan-bahannya:-
  • 1 1/4 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1/4 tsp kapur makan + sedikit air= air kapur pekat
  • 10-12 helai daun pandan - xde, tun guna pewarna hijau n perasa pandan
  • 3 cawan air
  • secubit garam
  • (jika daun pandan anda tidak banyak, anda boleh guna pewarna hijau dan perasa pandan)

Cara-caranya:-
  • Kisar daun pandan bersama 2 cawan air dan kemudian tapis ambil jusnya sahaja
  • Masukkan semua jenis tepung, garam dan air kapur kedalam bekas dan masukkan jus pandan sedikit demi sedikit sehingga sebati dan kemudian masukkan baki air.
  • Tapis bancuhan tepung supaya tidak berketul
  • Masukkan kedalam kuali dan kacau sentiasa sehingga ia berkilat dan tidak melekat di permukaan kuali.
  • Sediakan satu bekas yang berisi air biasa atau lebih elok air sejuk
  • Masukkan bancuhan kedalam bekas berlubang dan kemudian tekan kedalam bekas berisi air ini. Buat sehingga habis.
  • Biarkan ia menjadi betul2 keras didalam air tersebut.
  • Jika hendak simpan pastikan cendol + air