Showing posts with label aiskrim. Show all posts
Showing posts with label aiskrim. Show all posts

Tuesday, April 14, 2020

Homemade Chocolate and Vanilla Ice Crea


Assalamualaikummm



Ya Allahh.. lamanyaa tak tengok blog ni haa.. siap lupa password n terpaksa reset 😂


Musim PKP #RMO ni banyak masa terluang, kerja nyer masak dan masak dan masak.. pastu menggebu.. hahahha...

Alhamdulillah banyak juga masa terluang jadi boleh sapu debu kat blog kesayangan. Semua mende ada hikmah kan.. tapi tu laa.. sedih dah lama tak pergi rumah mama abah walaupon dekat. Semoga cepat semua virus ini berlalu. aminnnn

Aiskrim buat 2 hari lepas. Lama tak buat aiskrim sendiri. Saje merajinkan diri sebab budak-budak ni selalu minta aiskrim. Kebetulan nmpk kak Cda tayang aiskrim dia, so kali ni follow resepi kak Cda ðŸĨ° lebih kurang je kalau resepi homemade ni.

Tun buat vanilla n coklat je, tak cukup rajin nk buat pelangi..


#tuntelanikitchen

♥️♥️♥️♥️♥️

Aiskrim pelangi homemade
resepi: kak Norshalieda Rozali

Bahan²
======

1 tin susu cair
1/2 cawan krimer pekat manis (atau boleh kurangkan 1 sudu kalau xnak manis sgt)
1 sudu besar ovalet
2 sudu besar susu tepung / coffeemate
1 sudu teh vanila (akak letak 2 sudu teh sbb suka rasa vanila)

Campur semua bahan masuk dalam blender biasa je
Blend sampai adunan betul² gebu dan kembang. Sampai nampak pekat

Masukkan dalam bekas dan warnakan suka hati
Sudu atau tuang layer by layer..
Masa tuang tu jgn skit² sgt ye nti xnampak layer...

Simpan peti sejuk atas semalaman

* kalau xde susu tepung @ coffemate boleh abaikan. Cedok skit susu tepung anak tu ðŸĪŠ

Untuk video cara tuang boleh klik link bawah sbb video xboleh masuk sekali gambar kat sini

https://www.facebook.com/168873523202149/posts/2871836529572488/



Gambar sekeping je, tak berapa rajin nk kuarkan props dan setting cantik-cantik. huhu....

Thursday, September 12, 2013

Homemade Dragon Fruit Ice-Cream


Assalamualaikumm :D

alhamdulillah.. alhamdulillah... setelah beberapa hari stress xleh nk update blog, akhirnya berjaya juga jumpa penyelesaian. Bagi sape2 yg menghadapi masalah mcm tun ni, bila nk update dia kuar msg:

You have logged out from another location. Do you want to log in again?
Yes, I want to log in again.

 pastu tekan yes pon kuar msg yg sama juga. tun google dan ada yg bg penyelesaian dgn log in through www.blogger.com/‎ instead of through bookmark page. sbb tun mmg dh bookmark dashboard tu. bila log in guna page yg dh bookmark msg yg sama akan keluar. Alhamdulillah ni dh blh update sbb log in guna www.blogger.com/‎. 



ok laa.. arini nk share resepi homemade aiskrim.. mmg dh selalu sgt guna resepi wssary utk wat aiskrim, cuma tukar2 perisa. aritu ada kawan kasi dragon fruit, both of us x bape gemar sgt mkn dragon fruit, jd dr bazir je, tun try wat aiskrim ni sbb kaler dia sgt cantek!  cuma sbb dia sgt byk air, jd bila freeze tu, aiskrim tu tak selembut biasa. tp my laling laju jugak mknnyer, dia ckp sedap :) jd kalau nk mencuba blh la cuba ye.

Homemade Dragon Fruit Ice-Cream
resepi asal: wssary@myr
olahan: tun_telani

Bahan-bahan ( 2 liter )
  • 5 sudu besar gula pasir *
  • 1 tin (4ooml) susu sejat/cair *
  • 1 sudu besar ovallete *
  • 1 biji telur *
  • 2 sb susu tepung
  • 2 sk vanilla
  • 1 bj buah naga merah- lecek
 Cara-cara
  • mix semua bahan * dengan mixer selama 5 minit, high speed - blender x sesuai ye, sbb nnti dia expand 3kali ganda, x muat blender
  • simpan dalam freezer 30 minit
  • ulang method ini ( mixing n freezing ) sebanyak 3 kali - mix, freeze, mix, freeze, mix, + vanilla+ buah naga, freeze
  • pusingan terakhir, lepas mixed 5 minit, campurkan susu tepung, esen vanilla, dan buah naga
  • kacau dengan wisk atau senduk kayu
  • boleh ubah perasa ikut suka, tapi esen vanilla tetap WAJIB
  • freeze kan semalaman, dan sedia utk dimakan ^^

 bg yg tak faham..
  • mula2 tu mix high speed selama 5 minit, dan sejukkan dlm fridge setengah jam (x beku ye, dia sejuk je)
    pastu ulang lagi, mix high speed 5 minit, dan sejukkan setengah jam
    last sekali, mix high speed 5 minit, pastu guna wisk utk campurkan susu tepung, vanilla, dan perasa pilihan.
    pastu freeze kan semalaman

Monday, May 28, 2012

Homemade Cookie 'n' Cream Aiskrim

Assalamualaikumm~~~

Aiskrimm!!! aiskrimmm!!!!! sape nk aiskrim angkat keyboard! hihi.... xde delivery,kene self pick-up ye, takut cair tgh jalan, xpun makan kt umah ni ye :P aiskrim feveret tun. samaada cookie n cream atau coklat. yg lain kureng sket. zaman wat degree dulu mmg balik dr kelas singgah kat dairy beli cookie n cream aiskrim. sedap!! 

tun dh lama x buat aiskrim nih. sebab utama, bila dh buat tuu, asyik nk bukak petiii je kerja nya.. hahaha... tun blh control lagi makan, tp my laling nih, sekali bukak peti, 1 mug besar dia habiskan.. tuu, kat bawah tu.. tu mug kedua dia dlm mkn dlm sekelip mata.. hoho.. dangerous! dangerous!


buat jugak dlm bekas kecik2.. bekas kecik2 ni byk jugak, utk diberikan pd jiran tenangga :) gmbr straight dr dlm fridge tu.. hehe.. tinggal 4, x berkesempatan nk naik umah jiran atas bg kat anak2 dia.

Aiskrim ni sgt sedap okey.. percayalah. xde rasa mcm aiskrim murahan yg bila makan tu rasa ketul2 ais. cuma compared to aiskrim kedai, dia cepat cair sket. tp xde la x sempat nk makan dh cair. kalau dlm bekas kecik2 tu xsempat nk cair dh habis mkn.. dr segi rasa mmg tip top :D

Cookie 'n' Cream Aiskrim
resepi asal: wssary@myr
olahan: tun_telani

Bahan-bahan ( 2 liter )
  • 5 sudu besar gula pasir *
  • 1 tin (4ooml) susu sejat/cair *
  • 1 sudu besar ovallete *
  • 1 biji telur *
  • 2 sb susu tepung
  • 2 sk vanilla
  • 1 paket Oreo/ Cream-O (buang filling dan pecahkan kasar2)
Cara-cara
  1. mix semua bahan * dengan mixer selama 5 minit, high speed - blender x sesuai ye, sbb nnti dia expand 3kali ganda, x muat blender
  2. simpan dalam freezer 30 minit
  3. ulang method ini ( mixing n freezing ) sebanyak 3 kali - mix, freeze, mix, freeze, mix, + vanilla+oreo, freeze
  4. pusingan terakhir, lepas mixed 5 minit, campurkan susu tepung, esen vanill, dan oreo
  5. kacau dengan wisk atau senduk kayu
  6. boleh ubah perasa ikut suka, tapi esen vanilla tetap WAJIB
  7. freeze kan semalaman, dan sedia utk dimakan ^^

** updated.. bagi yg x faham ye.. mcm ni...
mula2 tu mix high speed selama 5 minit, dan sejukkan dlm fridge setengah jam (x beku ye, dia sejuk je)
pastu ulang lagi, mix high speed 5 minit, dan sejukkan setengah jam
last sekali, mix high speed 5 minit, pastu guna wisk utk campurkan susu tepung, vanilla, dan perasa pilihan.
pastu freeze kan semalaman :)

Sunday, June 26, 2011

Cookie 'n' Cream Aiskrim

Assalamualaikum ^^

ingat nk update awal pagi2, tp terlekat kat FB duk chatting ngan member.. lama x jumpa kawan2 sekolah, rindu pulak.. kawan me sorang ni tercampak jauh ke dlm hutan bintulu ni, demi mendidik anak bangsa, naik bot panjang baru sampai ke sekolah.. baru je kahwin, moga tabah kerana berjauhan dgn suami, lagi2 xde line intenet n telepon .. iA nnti blh tukar ke semenanjung..

ok laa.. arini nak tayang resepi aiskrim.. siyes! mcm yg beli kat kedai.. x tipu punyer.... nk buat pun senang, dan kos pun murah.. suke! suke!! cookie n cream aiskrim ni mmg aiskrim feveret mana kt uni dulu. kalau pegi "dairy" (ni kedai mcm 7-eleven), mmg ni laa yg di cari.. beli jenama Tip-Top baru yakin halal dia.. kiteorg tepon kilang terus soal-selidik pasal emulsifier yg diguna.. hehe.. kat sana customer service dia bagus, kalau kt malaysia, mesti xde nyer manufacturer tu nk layan kita tepon soal mcm2 pasal bahan2 yg dia guna dlm produk. balik sini, kalau nk mkn cookie n cream icecream yg sedap mmg kene pi cari kat Baskin-Robbins laa.. nipis purse mkn 1 scoop icecream.. kui kui..

eh.. lama lak membebel.. resepi yg sedap ni godek2 dr myresepi laa. mana lagi kan.. resepi asal vanilla icecream, me cuma tambah oreo je.. guna 1 tin susu sejat tu, dpt 1 bekas penuh bekas aiskrim walls tu.. dia expend 3kali ganda masa kita pukul tu.. me salin n edit resepi kat sini ye ^^

Cookie 'n' Cream Aiskrim
resepi asal: wssary@myr
olahan: tun_telani

Bahan-bahan ( 2 liter )

  • 5 sudu besar gula pasir *
  • 1 tin (4ooml) susu sejat/cair *
  • 1 sudu besar ovallete *
  • 1 biji telur *
  • 2 sb susu tepung
  • 2 sk vanilla
  • 1 paket Oreo/ Cream-O (buang filling dan pecahkan kasar2)

Cara-cara

  1. mix semua bahan * dengan mixer selama 5 minit, high speed <- blender x sesuai ye, sbb nnti dia expand 3kali ganda, x muat blender
  2. simpan dalam freezer 30 minit
  3. ulang method ini ( mixing n freezing ) sebanyak 3 kali <- mix, freeze, mix, freeze, mix + vanilla+oreo, freeze
  4. pusingan terakhir, lepas mixed 5 minit, campurkan susu tepung, esen vanill, dan oreo
  5. kacau dengan wisk atau senduk kayu
  6. boleh ubah perasa ikut suka, tapi esen vanilla tetap WAJIB
  7. freeze kan semalaman, dan sedia utk dimakan ^^

dah kali ke 3 mix, expand sampai atas.. guna stand-mixer, so xlah lenguh 5minit nk mix high-speed ^^

ni dah sedia utk di freeze semalam.. penuh 1 bekas..

choc chip tu cuma hiasan ye.. hihi