Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)
Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

Hang lupa dunia na (^_~)

Bila duduk di kampung. Lupa semuanya. Tinggal semua urusan-urusan kerja. Hati ingat nak rilek - rilek ja. Syok makan- makan..jalan-jalan....kosongkan fikiran. Tenangkan hati..amati keindahan ciptaan Tuhan. Bahagianya hidup kan.
Tapi tu lah..sampai masa kena juga kembali ke alam realiti. (^_^)

Dialog bosan laki bini

Keboringan. .  Kematu muntut naik keta.
Somi tetiba pandang istri.

Somi: Hang mcm.org kampong no
Istri: Tau x pa.

Dalam hati (kuanq ajaq la tu. Perli la tu.  Mmg la org kg pun.Nangisss)

Istri: Hidup merantau. X terurus la.
Somi: Ho..la kan.

Motip!!! :p

KL-Sg. Besar-Perlis-Kedah-Penang-Sg. Besar-Kelantan-Terengganu-Kuantan-KL.

Kesimpulan: Kami byk beraya atas jalan ja tahun ni.

Sekian! Ngeeee

Pisang Salai dan Ephyra

Assalamualaikum..Salam jumaat semua.

Hari ni i rajin nak update..rajin nak blogwalking... Satu-satu romah nanti i jenjalan ya. Banyak masa la katanya..Oh!..I cuti ya hari ni..Hoyeeee...

Best sebab cuti..Tak best sebab tak ada kawan gaduh..Kui3... Cik hb kursus sampai sabtu. Pasal tu i malas keja hari ni..Hah!..Ya la tu. Tak lah, cuti sebab tak ada transport nak pergi kerja.. Nak follow kawan, sian pulak nak susahkan dia jemput i...Patah kaki kalo hb tak ada. (Padan muka..sapa suruh tak reti bawa kereta). 

Ok!..Apa- apa pun rutin hidup kena diteruskan juga. Walau tak ada kawan gaduh, kerja-kerja rumah kena buat juga (erk! apa kaitannya lak!). Bfast pun tetap buat ya..Walau pun hakikatnya kalau hb tiada ..tak ada hati nak buat bfast pun. Tapi, sebab adik ipar ada ( dia tak kerja juga rupanya). Tak dapat la mengulor jawabnya ya.. Nah!..Kita sediakan bfast simple ja hari ni ya. Pisang salai goreng rangup. Pernah dengar?.. Ada yg tanya..Eiii tak pernah pulak dengar pisang salai digoreng. Yaa..sue memang makan pisang salai ni digoreng ya. Pelik pulak kalau makan macam tu saja..Heee :).
kali ni goreng guna tepung selt raising flour. Seperti biasa sue main belasah ja. Tak sangka pula kemain rangup lagi kejadiaannya, . Bahan just tepung naik sendiri (bluekey), air, sikit minyak, garam and gula. pandai- pandai agak lah ya sukatannya. (^_^)



Dah alang- alang update, nak juga inteprem gambo sendiri. Lama dah  tuan blog tak tonjolkan diri kan.. Comel tak Kak Ton..Hahahaha..Phengsannn...Gatal! Tolong jangan kutuk i ya... I tak la jelita. Tapi alhamdulillah syukur sangat masih sihat dan tiada masalah kulit yang kritikal. Terserlah ketembunan diri ku..Ngeeee :P
 
Pada pengguna Ephyra..You all! Now Epyhra dah ada Instagram ya. Boleh la add untuk tau informasi tekini and promo-promo tekini. Cari ja EPHYRA2U. (^_^).


Ok lah.. U all..Selamat bersantai dan selamat berhujung minggu (^_^).

Taman Negara


Assalamualaikum..Ada yang rindu i tak?..Ekekekeke..perasan ja kan. Bajet galamer ala bloger popular gitu. Kui3.

N3 cuti-cuti mesia still pending lagi. Tak ada idea nak tulis apa. Hari ni update sikit-sikit cerita Taman Negara sebelum masuk tahun baru. Ni kira n3 hujung tahun jg la ni ya.

 Akceli ni bukan bercuti pun. Tapi ni lebih pada aktiviti jabatan. Balance la..ada stress dan enjoy. Siang malam pecah pala duduk dalam dewan kena juga ada aktivi yang menyihatkan. Betul dak..Hehehehe..

Just nak share keterujaan sue dengan keindahan alam semulajadi di sana dengan teman- teman. Siyes..memang tenang sangat masa berada di sana.

Meh! Kita tengok gambo saja ya.


Tiga hari dua malam. Stay di Woodland Resort, Kuala Tahan. U all boleh pi kat web diaorg ya. banyak aktiviti yang disediakan. Semua aktivitinya adalah best ya.. :))



 






Apapun..Paling best selain pi Taman Negara ni adalah..percutian sue dari Utara ke Pantai Timur.  Pertemuan dengan geng masak popular paberet sue itu..sapa lagi kalau bukan Kak Nor. Tahun depan i buat N3 pasal tu ya ( gila betul bz lah, sampai tahun depan baru nak update..kui3).. Hee..N3 hujung tahun ni sue update ni ja dulu... (^_^).
Ok all..SELAMAT TAHUN BARU 2013.

 

Happy Anniversary


Assalamualaikum..Apa khabar kawan- kawan. Agak lama juga sue tak update. Kesibukan rutin harian membataskan sue nak berbelog. Tapi still update di IG dan fb.


Alhamdulillah hari ni genap 8 tahun usia perkahwinan kami. Syukur kepadaNya. Doa sue, semoga Allah sentiasa merahmati hubungan kami  dan sentiasa diberikan ketabahan kepada kami untuk mengharungi liku- liku rumahtangga. Semoga juga satu hari nanti akan ada juga kecerian yang kami nantikan dalam rumahtangga kami..8 tahun adalah satu penantian yang lama. Tapi sue sendiri boleh bersabar dan redho dengan ketentuannay.Thank's pada kawan- kawan yang wish dalam IG sue. Sue juga sentiasa mendoakan semoga kawan- kawan juga sentiasa hidup berbahagia dengan pasangan masing- masing hingga akhir hayat. Sob..sob..Eh!..tetiba tersedih lak..Huuu



Semalam balik keja kami pi makan Sate UK dekat Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.  Cadang nak makan besar, tapi bila ingat tak mau membazir..sue ajak makan sate ja. Hb call kawan dia tanya mana tempat yang best nak makan-makan..So, kawan dia yang cadangkan restoren ni. For me, satenya sedap dan besar pulak tu. Pada yang nak rasa boleh la pi sendiri ya. Tekak masing- masing kan.
 
Okeh!..Sue stop dulu. Nak blogwalking jap. Lama betul tak jenguk rumah kawan-kawan..Banyak dah ketinggalan ketapi ni. Ok!..Daaa..
 

Terpaksa mengigih balik

Parah betul lah bila opis dah mula nak bwt aktiviti " The Biggest Loser". Diaorg ni tak bg chance langsung tau. Mcm terhidu2 ja aktiviti sihat sue sekarang ni.
Yang buat sakit ja ati tu ialah. . Bila fikir nak naik penimbang tu. Kompem2 la timbangan sue naik dgn jayanya. Seteresss i tau.

Tak kena masa betul la. . Tggu la berat sue ni turun dl, baru start TBL tu. . Heeee. . Mesti ada yg pelik kan. Np pulak sue x gemar opis bwt program tu. Bkn apa, for me bila dibuat mcm tu akan buat body sue sgt deprest. . Bila tertekan kompem 1 kg pun x mo turun.

Sebelum ni sue dah try diet n senam secara rilek. Tak mo memikirkan sgt soal nak kurus cepat. And my weight. . Turun dgn jayanya. Walaupun penurunannya lambat but puas hati coz bdn pun x gelebeh. Lg pun sue senang lg susun jadual aktiviti sue sendiri. Pelbagaikan aktiviti utk berpeluh. Akhirnya. . Sue berjaya menyusutkan berat bdn dgn ukur lilit sekali.

But now berat sue mula naik semula. Silap sendiri jg,coz terlalu selesa dgn keadaan dan selalu lambat sedar. Layan sanagt kebizian diri sampai lupa pd matlamat nak kurus semula tu. (peh! Target x menahan. Nak kurus cam anak dara semula. . Ngee )

Now dah dekat dua minggu sue start balik la jaga makan dan senam sikit-sikit. Penurunan walaupun sedikit tapi sue puas hati. Yang penting, sue dapat ajo balik perut ni supaya dapat terima makanan dalam kuantiti yang sikit. Bagus juga untuk persedian nak menghadapi bulan Ramadhan ni. Apa yang penting air putih kena banyak ambik ya.


Apa yang pasti sangat bersyukur sebab dengan adanya cik penimbang yang baru ni makin semangat nak kurus..Heeeee....Now, mau kumpul kupon banyak -banyak lagi..Ada benda yang nak dibeli lagi..Ngeeee.

Okeh!..Apa-apa pun, matlamat sebenarnya sue bukan nak kurus saja. Tapi penting untk jaga kesihatan. Takut woo kalau muda-muda lagi  (ciss muda lagi kerr) diserang sakit macam-macam...Takutnyaaaa.

So, kawan-kawan marilah kita sama- sama jaga kesihatan, jaga pemakanan, kawal stres dan lakukan aktiviti yang menyihatkan. Kesihatan tu adalah aset yang paling bernilai. Nak tau bernilai ke tak, try la sakit dulu..huhuhuuuu....Okeh!..Daaaaa...




Published with Blogger-droid v2.0.6

Nak naik kan mood saja

Assalamualaikum.


Saja letak gambo ni...Nak naik kan mood . Badah letih lagi dengan kerja-kerja kenduri kawen anak buah semalam. Tiga hari ligat macam robot, hari ni kat opis dah lemau semacam..Ngeee....Nanti kalau rajin sue update gambo kawen semalam ya...
Ok!..layan lagi satu pic kat bawah ni..Ni ambik mood honeymoon plak. Erk!..heeeeee



Past: Berat sudah naikkkk..huaaaaa....Sedey..sedey..kena gigih balik ni. 

Tak ada Kek ya.. But i like it..

Assalamualaikum.
Firstly..Thank's pada semua yg wish birthday sue. Sue sangat-sangat menghargainya. Dah 33 tahun dah pun. Menambah umur lagi. Tapi tak pa la, usia ja yang menambah (eh! berat pun sama naik jg la..huhuhu..haruuu)..yang penting jiwa still muda lagi ya..Heeee...
Hidup mau happy  ya..Nanti baru lah boleh awet muda macam kakak-kakak GMM tu...Heee.
Taraaaaa...

 Amacam! Terguda tak. Heeee...Ni kalau nak buat sendiri kompem sue nangis ni. Orang yang penyabo ja buleh buat ni. Macam kakak-kakak ku semua tu..memang rajin dan kreatif, kompem boleh buat punya.




Ni hb bagi, tak ada kek pun tahun ni. Tapi ok la..i like it. Ni lagi sedap dari kek. kalo kek tu sue pun boleh buat sendiri kan. Heeee..Lawo kan..sayang lak nak potong... (^_^)

Jemput rasa la sorang sikit ya..sue dah potong separuh dah, bawa pi office sikit..Rezeki dia orang la... (^_^)


Assalamualaikum....Muhasabah diri sendiri

Assalamualaikum.
Selamat pagi dan salam jumaat semua. Pagi ni, sue nak muhasabah diri sendiri.
Sebagai manusia kita tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Begitu juga sue.....sebagai manusia kita sering diuji dengan pelbagai dugaan. Untuk menghadapi semua dugaan tu, sifat KESABARAN itu paling penting. 
Ya, sue mengaku.....lately ni sue selalu kurang sabar. Tak dapat control kemarahan sendiri kadang-kadang hingga boleh mengeluarkan kata- kata yang  pedas juga. Dulu, kalau sue marah...sue akan berdiam diri sahaja sehingga semua perasaan tu hilang, baru sue bercakap or layan orang. But now, sue kadang-kadang melepas juga. Mana la pi semua sifat kesabaran sue agaknya. Sue tau, kemarahan tu kalau tak dikawal akan memburukkan keadaan.Tapi tu lah..kita tak boleh lari dari mempunyai perasaan tu. Susah nak kawal.

Kita mungkin tidak boleh menjadi terbaik untuk orang lain, tapi cukuplah menjadi terbaik untuk diri sendiri. Selalulah untuk muhasabah diri. Jangan malu untuk mengaku kesilapan kerana kita ni hanyalah insan kerdil di dunia ini. 

Pagi ni sue share sama-sama doa ini. Doa untuk menjadi orang yang sabar. Semoga kita akan menjadi orang yang lebih SABAR. And selain daripada tu, kalau rasa nak marah or rasa tak boleh kawal perasaan..banyak-bayak kan lah beristiqfar dan berzikir. Insyaallah, kita dapat mengawal semula emosi kita.
Ok..tu saja sue nak share pagi ni. Ingat kawan-kawan...Jangan malu....Sentiasalah muhasabah diri.

p/s : Thank's to Resepi Rahsiaku yang selalu berkongsi ilmu.

Tayang bunga

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni sue tak mo cerita pasal food or up gambo food. Hari ni sue nak up gambo bunga kat garden sekangkang kera sue.  Mood tengah bermunga-munga la ni..Ngeeeee...Sila abaikan rumput-rumput dalam picture tu...Rumput yang dah lama tak diragut ....

Koranggg..sue la ni memang tengah gila kan bunga ala-ala Lavender ni... Adakah bunga sue tu juga spesis lavender juga?...Tak tau la..yang pasti color dia sama..(^_^). Bunga ni senang nak tanam rupanya..sue kerat ja, cucuk kat tanah..hidup ja. And tempat yang dikerat tu..cepat ja bercambah baru. 
Sebenarnya, bunga ni sue rembat mak punya..Kikikiiiii....Sayang mak...Tau ja anak dia suka munga kan...Bagi saja kalo nak..siap dia yang masukkan dalam kereta lagi. ..Minggu ni nak balik kampung...Kompem ada ja lagi bunga-bunga yang mak offer suruh bawa balik...(^_^)



Ini picture wallpaper pc kat office sue...Cantik kan....Big bos pun kalau lalu, mesti tegur cantik gambo lavender kat pc tu..Ngeeee..rupanya dia pun suka bunga ni juga...Fuhh..ni buat nak berangan lagi ni...Verangan pi berdiri ditengah-tengah ladang dia..Waaaa...sangat syokkk tauuu....

Khamis sudahhhh..

ASSALAMUALAIKUM..
Morning semua...Hari ni kompem huru hara skit..Selsema tak baik-baik..pala nyut-nyut juga..Kira BONUS tak habis lagi..keja melambak atas meja...
Hadoiiiii...cepat la..Jumaat..
Nak cuti..nak rehat....Ngeeee

EN hb..nak bagi tau ni..."SAYA PERLU PERGI BERCUTI"....Jom arrrr....(^_^)...

Bubur @ Moi tuk org tak sihat + Sambal Ketuk




ASSALAMUALAIKUM.

Ya..saya memang tak sihat hari ni. Hidung sakit dah ni..asyik duk sok sek sok sek..Hidung berair.....badan tak sihat hari ni, makanya sue cuti kan diri hari ni..Demam selsema ni, menangkap ke kepala sakitnya. 

Walau tak sihat.....Tapi tak boleh duduk saja membiarkan perut ni memberontak kelaparan. Makanya kena juga masuk dapur masak sesuatu. Kunun nak buat lempeng, tapi macam leceh. Kalau bleh nak yang tak perlu kena sentiasa jaga. Tadi masa duk merayau ke rumah Alin..ternampak bubuqdia yang simple tapi cukup menyelerakan. Bagus la..kena la dengan keadaan sue sekarang ni...Tak sihat + malas masak.

Masuk dapur, pi reneh bubuq dulu.Lawan dengan sambal ketuk. Terbukak skit lobang idung ni..kikikikiii..Tapi..bubuq i bukan sebarang bubuq...Still tak mo kalah juga tu, tekak kena diutamakan. Dalam bubuq, bubuh carrot + rencah soto ADAMI...Haaaa..kompem la sedap. 

Elok-elok bubuq masak, gas lak habis...Hahahahahhaaa...nasib lepas juga siap masak.kalo dak kempunan la.  Dah la..nanti sue update sempurna skit. Gambo pun just letak yang tu ja. Tu pun ambik kat fb ja..tak edit-edit letak watermark pun. Nanti-nanti sue upadate lek lok skit ya....Huk!..Huk!...sok..sek.sok sek..hingus nak leleh ja ni...Stop dulu ya..




Sambal Ketuk ~ Sumber : Alin Marlini 

Bahan-Bahan :

15 biji cili padi - sue guna 6 biji ja...pedas nanti bleh cirit birit lak...kikikii
segenggam ikan bilis
minyak masak
secubit garam

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Goreng ikan bilis sehingga garing. Toskan.
  3. Tumbuk cili padi (jangan terlalu lumat)
  4. Masukkan ikan bilis. Tumbuk (jangan terlalu lumat)











   

Teringin

Assalamualaikum...Ntah apa mimpi, pepagi lagi dah meroyan teringin nak makan Mee Udang.
Memang lama tak buat pun. Last buat masa raya pose hari tu. Siyes, semenjak dapat resepi mee udang Ros ni, sue dah jadi penggemar Mee Udang dah. Sebelum ni, sue tak pernah pun minat nak makan Mee Udang..sebab tau dalam tu ada udang kering. Tapi rupanya, walau ada udang kering..sangat sedap hasil kejadiannya rupanya..kikikikiii...Thank's Ros sebab bagi resepi yang sangat sedap..memang kena dengan selera akak.

Layan gambo ja la jawabnya...Nak resepi rujuk sini na...Ujung minggu ni baru bleh projek masuk dapur balik...Hujung minggu baru nak pecah diet..Bagi peluang kat diri makan sedap...Ngeeeee..Duiiii..Dapppnyaaaaaa.... (^0^)

Legaaaa.....Rindunyaaaa

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..legaaa, Lama betul tak online...gatai ja tangan..Tak dapat nak blogwalking, chatting..tak dapat nak skodeng tengok food yang sedap-sedap...tak dapat cuci-cuci mata..tak dapat shoping juga..hahahahhahaaa..

Lama tak online sebab Modem broadband problem. Harii ni baru berkesempatan nak tukar modem baru...
Rugi ja...bil dah bayo tuk dua bulan..tapi dekat setengah bulan tak online..Rugi..rugi....


Hari-hari sue bila balik rumah..Bukak tb..duk ngadap channel masakan ja..AFC & TLC la duk dihadap... Tak pernah jemu..Heeee....hilang juga la gian nak tengok food kawan-kawan blogger..(^_^)

Ok!..First..untuk malam ni..sue nak blogwalking dulu puas-puas....banyak benda dah terlepas nih...Sasaran utama..rumah geng-geng masak dulu....Nak raya ni..tentu banyak menu-menu yang best kuar..Harus diselongkar tu...Tungguuuuuu..sue datangggg...(^___^)







Baklava....Edisi dah basi...

ASSALAMUALAIKUM.
Pehh!..lama betul tak update. Selain daripada maleh...masalah broadband pun satu hal la kenapa lama tak buat n3...Tadi masa duk tengok-tengok posting..bleh plak tertengok n3 ni yang sue dah tulis sikit tapi still tak post lagi sebab tak upload gambo dalam pc lagi....

( Cita basi )
Meh nak cita pasal bakhlava ni...Sumpah!..first time tengok benda ni dalam blog Mek jiya aka Cik Kamben kita tu..Mak aiii..terliur tau.." Ko memang kejam jiya...Duk tayang gambo bakhlava yang mengancam tu. 
Siyes...sue memang teringin sangat nak rasa..ingat nak mintak kat mek tu ja..:P....   tapi pendam ja la...


Ya Allah..sue sangat-sangat bersyukur..esoknya tu, ada budak opis ni bawa baklava ni..Siap setapurware besar lagi...Sue pun..macam nak menjerit rasanya..Banyak ko..sue makan..hahahahahahaa..SEDAPPPPPP.....Betui la cakap ko Jiya..BAKLAVA ni SEDAP rupanya...Kikikiiii....


Ok..ni Baklava yang sue makan ya...hahahhahahaa.Dah!..korang pandang ja ya...Jangan duk kemaruk teringin macam sue dah la ya...Jenuh nanti nak mencariknya..kikikiiii





Tengok la tuuuu..sukaaaa tau...dalam dia ada kekacang..luar dia manis skit..tp ok la..Lelehhhhh ja....


Tiada N3 masak..

ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdulillah...syukur ya..sempat juga kita merasa berbuka tadi...hari ni dah ramadhan ke 9... La ni sue malas nak upload gambo..Bukan pa..Menu lebih kurang sama ja...Ulang-ulang menu sebelum ni...Rajin-rajin nanti sue up ya...Bukan pa..malas nak transfer gambo..malas jugak nak edit gambo.... Nak up mobile tadi pun tak sempat sebonya...cukup-cukup ja siap dekat nak berbuka..Heeee...
Menu hari ni simple saja...Bihun sup,smabal kicap, Pisang salai goreng dan Ayam goreng berempah..... Supnya pun sue campuq semua..buh sayuq banyak-banyak..So sue just makan sup sayuq ja la tadi..Tuk hb ja sue sediakan bihun...Sue banyak makan pisang salai goreng hari ni..5 ketui sue bedal..kikikikiiii..Full perut jadinya..Dah la minum ayaq tembikai..lagi la cepat kenyang....

Ok...sue tak mo menceceh panjang-panjang lagi...Pas ni nak pi kemas-kemas rumah sikit..Pastu nak packing baju siap-siap...Sok balik keja terus nak gerak balik Perlis.....Apa-apa kalo rajin sue akan update dari Perlis... Nak baliik sana, sue kena prepare  betul-betul..terutamanya, sue kena set kemas-kemas dalam kepala ni yang SUE NI TENGAH BERDIET...makanya sila jangan rambang mata tengok makanan-makanan yang menyelerakan kat PARAM nanti...Sebab apa sue cakap macam ni...Sebab..kompem, hb akan ajak sue pi beli ja makanan...Alasan dia...Duk kampung makanan murah-murah dan sedap-sedap..so, tak payah la nak masak-masak..Pi beli saja...And lagi best alasan dia (ni sebab nak bodek sue saja la ni..ngeee) ..kita balik ni..nak bawak ayang jalan-jalan la..Kita pi  bercuti la..

Erk!!!..apa daa....Asal ajak bercuti.. pi balik kampung dia...Kikikikiiii..Layan ja laa....Tak bawak jalan-jalan nanti...Siap laaa....(^_^). Ok lah...sue stop dulu..nanti tak siap keja-keja sue...Daaa semua, nanti free sue pi tengok juadah berbuka korang ya....La ni tak sempat la nak pi selongkar dapur korang...key..Daaaa...

Progres diet.

ASSALAMUALAIKUM..
Lama dah sue tak cita pasal DIET kan...yang nampaknya, asyiknya post makanan..Hehhehehhee..Sue letak n3 makanan, tak bermakna sue tak teruskan diet sue ya..Alhamdulillah, sue still lagi boleh menjaga pemakanan sue.
Minggu lepas buat full timbangan lagi..Alhamdulillah..walau tak banyak, tapi still ada penurunan. And yang paling mengujakan..walau pun berpuasa..total water dalam badan sue makin meningkat..berat pun masih menunjukkan penurunan (walaupun sikit)...and my fatt ada pengurangan...

Alhamdulillah juga..ramadhan kali ni, cih hb juga turut nak berdiet sama. So, secara tak langsung ini sangat memudahkan proses diet sue.. Sebab sue tak perlu susah payah fikir nak masak bermacam-macam untuk berbuka..Sekadar menu yang simple-simple saja dan kuantitinya juga sue buat tak banyak..Ini bagi mengelakkan dia makan berulang-ulang kali...Heeee...Kalau ikutkan sue, sue nak masak menu-menu yang diet saja...menu yang tentu-tentu tak sedap..sebab kurang segala-galanya..tapi bila fikirkan hb pun diet juga...sue buat juga menu yang agak berat..cuma sue bg dia dalam kuantiti yang terkawal...Sian..orang baru nak blajar..Lain la macam sue ni...makan korma pun dah kenyang...(^_^)...

Paling best..la ni dia pun layan juga cita The Biggest Loser tu..Hahahhahhahah..dia pulak yang lebih-lebih teruja...Secara tak langsung, time ni la sue BAKO semangat dia...sambil-sambil mintak tredmill supaya semangat nak diet..kikikikiiiiii....

Tak pa lah..sue tak paksa pun tuk dia diet..Cuma sue risau...sebab familly dia ada sejarah Kencing manis. kalau dia tak jaga kesihatan dia...takut senang pulak dia kena...Isskh!!!..dijauhkan lah...Bukan senang kalau sakit ni..Makanya, sebelum sakit..eloklah kita sama-sama menjaga kesihatan. Motip sue diet ni pun satu ja..
" I DIET UNTUK KESIHATAN". Bila kita sihat secara tak langsung aura kecantikan tu akan datang sendiri..ya dak!..Heeee...

Ok..pesanan untuk diri sendiri dan untuk sapa-sapa yang tengah berdiet tu... Set kat kepala..diet untuk sihat..supaya tidak akan kecewa jika kadar penurunan berat badan tu sangat la slow...It's ok kalau sebulan hanya 1kg ja turun..tapi kesihatan kita bertambah baik...Bayangkan kalau 1kg sebulan..setahun dah berjaya turun 12kg..banyak juga tu kan. Jaga pemakanan dan pastikan amalkan gaya hidup yg sihat dan cergas.. Pastikan sehari mesti workout ...15 minit pun cukup la... banyakkan aktiviti yang memerlukan kita berjalan..And bagi surirumah or istri-istri tu...rajin-rajin la berkemas ya...(^_^)...

Gambo ehsan Cik Google..
Dah!..cukup sampai sini dulu.....banyak sangat sue membebel dah ni..membebel tak juga boleh bako kalori..Kalo membebel ( tangan ja yg membebelnya ni) boleh bakor lemak-lemak juga...Kompem 24 jam sue akan mebebel...kikikikiiiiiii Keyyy...selamat berdiet semua..Jangan putus asa...Dan ingat..Biar lambat asal selamat..erk!!!..layannn ja lah...Ngeeee (^_____^)...

2 hari tiada

ASSALAMUALAIKUM..
Muahhhhh!!!..muahhh!!!..Rindu plak... Baru beberapa hari tak bukak blog dah banyak benda yg tertinggal. Ni pun tak banyak blog yang dapat sue singgah....

Sat lagi nak gerak pi Kursus dah...Ahad baru balik..Kompem penat...Blog tak update lagi...
Sekarang ni..tak ada masa sangat nak bukak komputer..Balik keja ja..terus masuk dapur..masak apa patut sambil-sambil main dengan baby Amsyar....Kalau dah main dengan Amsyar..bleh jadi  tak perasan dah lewat...Kemas-kemas rumah...Kul 10 dah tido..Tu ja la rutin sue semenjak dua menjak ni..(^_^)...

Maybe..minggu depan kot..baru free skit...Time tu sue up projek membaking dan menjarum  ya...Dalam pala ni banyak perancangan..Heeee....Tungguuuu...

Now...sue nak rilek-rilek sat...Sampai tempat kursus nanti kompem tak bleh rilek...Hai..lama tak buat aktiviti lasak-lasak ni..Macam mana lah agaknya ya..Jangan sue pancit sudahh..kikikikiiii...Cuaca dah la lembap..hujan..Eiiii..mula la terfikirkan pacat..lintah dan macam-macam lagi dalam pala ni..Hadoi aiii..tu la..lama sangat tak melasak..Ni la jadinya..Ngeeee..

Key..sue stop dulu..Daaa..(^_^)


Tempe..i like it...dan idaman hati (^_^)

Ni menu sue berbuka semalam..Dan rasanya macam ada kemungkinan hari ni pun nak makan macam ni lagi..Sedap hingga menjilat jari..Heeee....


Bukan lauk lain tak ada ya....Semalam balik keja awal..Beria-ria masuk dapur. Masak macam-macam...Ikan Bakar la..Gulai Udang la..sudahnya..menu yang ni juga yang menjadi idaman hati..(^_^). TEMPE GORENG + SAMBAL KICAP+SAYUR KACANG MENTAH (kunun nak seimbang la ni...pulun juga letak sayur..)

Orang kata..orang jawa ja suka tempe...Tapi i bukan jawa..tapi sangat la suka dengan tempe sekarang ni...(dulu..bau tempe pun tak tahan..)..Tu laa...kan orang dah kata..yang mana kita tak suka tu lah, satu hari nanti kita akan suka sangat..Haaa..sama la kesnya dengan ni..Erk!..buleh ka macam tu..Hehehheee...Sama ja la kot..

Oh!..tak dilupa juga..AIR SIRAP idaman hati minuman petang semalam....Alhamdulillah..Kenyang..(^_^).
Hari ni...Sirap lagi la kot.....Ngeeee....Idaman hati la katakan....Ok..Sekian update menu berbuka semalam...Yang penting apaaaaa????..Yaaa..DIET sue tak kantoi...(^___^)...

Terganggu betul la fikiran......ni semua sebab...

 ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni Isnin...Monday Bluess (alasannn)...Mood Kureng..Tak mo cakap sangat...Heeee....Tapi sebenarnyaaa... I pose hari ni...Hazabnyalah nak menghabiskan 3 hari lagi ni..Tu la..suka sangat bertangguh-tangguh lagi..Pandan muka la ya..


Sekarang baru kui 1.30..perut tak lapo..nafsu ke arah makanan tu tak der..walaupun baru lepas skodeng Nasi Daging Kak dayang yang mables tu tadi..Tapi....ada satu ja yang sangat-sangat mengganggu pala otak sue kala ini...Ni memang penyakit biasa yang sue hadapi kalau pose or bulan pose...

Waaaa..teringin nya nak MINUM AYAQ SIRAP....Leleh ni.....
Tengokkkk..se jug..i bayang kan tau..heeeeee
Tengok!!..Senang ja kan nak bagi anak pak Hassan ni makan..Sangat tak memilih...Sue boleh tergoda just dengan Air Sirap saja..Ngeee...Teruk..teruk.......

Tak sabooo nak balik....Ngeeee...

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...