Showing posts with label Nukilan. Show all posts
Showing posts with label Nukilan. Show all posts

November 4, 2012

Sharing to all mothers...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


You will never have this day with your children again.
Tomorrow, they'll be a little older than they were today. 
This day is a gift. 
Breathe and notice. 
Smell and touch them;

Study their faces 
and little feet and pay attention. 
RELISH THE CHARMS of THE PRESENT.

Enjoy today, MAMA.
It will be over before you know it.


June 4, 2010

Satu kerugian!

Hari ni Jumaat. Along dah start cuti sekolah. Tapi papa keje hari ni. Tak tahulah pukul berapa pulak balik hari ni. Mlm kelmarin dekat pukul 12 tgh mlm baru balik. So...macam biasa mama soranglah yg kena melayan budak2 ni. Entahlah...rasa penat semacam je hari ni.
Tadi baru lepas ajar along dan angah mengaji Quran. Adik tak join sekali sbb tengah syok tido. Kalau tak, dialah yg mula2 sekali mengaji. Alhamdulillah, anak2 menunjukkan peningkatan dlm bacaan masing2. Sekarang ni along dah masuk Juzuk 12 surah Hud. Angah pula dah hampir separuh Buku 3 Iqra'. Adik pula dah hampir ingat semua huruf Hijaiyah (tapi belum kenal huruf).
Sekarang ni kalau tiap kali baca Al-Quran, along akan selalu tanya maksud perkataan atau ayat yg dia baca sbb skrg ni dia dah belajar bahasa arab kat sekolah. Kadang2 tu terasa malu jugak bila tak dapat jawap bila dia tanya maksud perkataan Arab tu. Betapa ruginya mama sbb selama ni membiarkan ilmu yg dipelajari hilang begitu saja.
Malunya nak bagitau kat sini...sbnrnya mama ni bekas pelajar Maahad Muhammadi selama 4 tahun (dulu ada kelas peralihan sblm tingkatan 1) kemudian pindah ke SMKA Naim Lilbanat selama 2 thn (form 4-5). Kalau tiap kali exam tu mmg score A. Lepas habis spm, mama masuk matrikulasi di Kolej Mara Seremban. Mula dari sinilah mama tinggalkan bahasa Arab yg mama dah pelajari selama 6 thn tu. Lps tu masuk UKM dan sampailah sekarang mama terus tinggalkan bahasa arab. Emm...lama jugak tu...hampir 14 thn. Memang dah banyak perkataan Arab yg mama lupa. Terasa rugi sgt2.
Nampaknya skrg ni mama kena mulakan balik. Sama2 belajar dgn anak2. Insya-Allah. Moga dipermudahkanNya.

March 8, 2010

Perubahan ke arah kebaikan.

Bermula minggu ni, beberapa perubahan tlh. mama buat. Bermula dgn. pemotongan Astro dan stop kelas tuisyen along. Semuanya kerana hasrat mama mahu menjayakan program home school mama ni. Dah lama sebenarnya mama nak potong astro ni tapi bila difikirkan anak2 dgn program favourite mereka tu rasa kesian pulak. Tapi bila difikirkan kesannya, mama tekad utk stop astro nih. Bila dah tak boleh tengok tv nih mama pulak lah yg penat. Penat sbb setiap masa anak2 dok suruh buat itu dan ini. Kalau sebelum ni bila mama nak buat kerja rumah, mama suruh anak2 ni tengok tv. Dah siap kerja baru mama sambung balik aktiviti dgn mereka. Tapi hari ni dari pagi sampailah malam mama beraktiviti dgn anak2. Tapi bagus jugak macam ni. Setiap masa diisi dgn perkara yg berfaedah dan anak menjadi lebih aktif.


Sekarang ni homeschool mama tidak lagi tertumpu kpd angah saja. Tapi mama ingin menumpukan perhatian dan mendidik semua anak2 mama. Along, angah dan adik pun terlibat. Mama skrg ni dah start ajar adik mengenal huruf. Kepada anak2 akan mama curahkan segala ilmu yg mama pelajari selama ini. Memang agak mencabar tugas mama skrg ni. Namun kpd Allah mama berdoa semoga dikuatkan semangat dan disihatkan tubuh badan utk mama teruskan usaha ini.


Kadang2 terlintas juga perasaan ragu2 akan kemampuan diri utk mendidik dan mengajar anak2. Ya lah, dgn tiga orang student yg berlainan level disamping kerja rumah mama yg lain. Kalau mama tidak bijak membahagikan masa dan mengatur jadual mungkin semua ini tidak akan berjaya. Jadi mama amat2 mengharapkan bantuan dan sokongan papa. Tanpa papa mama tak mungkin mampu melakukan semua ini.


Kalau sebelum ini mama hantar along utk kelas Qiraati dan fardu Ain juga tuition English. Tapi skrg ni semuanya akan mama buat sendiri. Mama sempat hantar along utk kelas Qiraati selama 1 1/2 thn. Disebabkan tidak puas hati dgn tahap perkembangannya semasa belajar di situ, mama ambik keputusan utk mengajar sendiri. Alhamdulillah skrg ni along sudah boleh membaca Al-Quran dgn lancar dan target mama along akan khatam Al-Quran tahun ni. Insya-Allah. Angah juga skrg ni sudah start buku 1 buku Iqra'.


Kalau tahun lepas mama tidak begitu serius dgn home school ni. Tapi bermula tahun ni mama akan lebih serius utk home school anak2 ni. Insya-Allah.


March 6, 2010

Cepatnya masa tu bergerak. Usia pun makin bertambah. Anak2 pun dah besar. Hari ni umur adik dah genap 2 tahun. Happy birthday adik. Sesekali tu rasa tak sabar nak tengok anak2 ni besar. Ramai orang fikir bila anak dah besar kuranglah sikit penat nak menjaga mereka. Tapi pada pendapat mama sebenarnya bila anak2 makin besar maka makin beratlah tanggungjawab utk mendidik dan menjaga anak2. Tambah lagi dgn keadaan sekarang ni. Dgn bermacam2 gejala sosial. Nauzubillah. Jauhkanlah semua itu daripada anak2 ku Ya-Allah.
Khamis lepas mama berkesempatan balik ke rumah orang tua mama. Dah lama rasanya mama tak balik jenguk Tok Ayah dan Mok. Walaupun dekat tapi kedaan tidak mengizinkan mama utk kerap balik ke sana. Sedih sangat bila tengok mereka. Dengan umur yg semakin lanjut, tubuh mereka berdua juga semakin uzur. Sekarang ni semua anak dah besar dan berkeluarga. Jadi tinggal mereka berdua saja kat rumah tu. Teringat mama masa kecik2 dulu. Riuh-rendah kami adik beradik kat rumah. Tapi skrg suasana sepi. Hanya sekali sekala waktu cuti barulah semua adik beradik berkumpul semula. Bila tengok pada Tok Ayah dan Mok tu, perasaan mama kalau boleh mama nak anak2 mama kecik macam ni sampai bila2. Sentiasa ada dekat dgn. mama. Tapi kita manusia tidak mungkin dapat mengubah ketentuan Allah. Cuma harapan dan doa mama semoga anak2 mama menjadi anak yg taat dan patuh kepada Allah s.w.t juga kpd mama dan papa. Insya-allah.

February 22, 2010

Sakit Kepala.

Sejak kebelakangan ni cuaca memang tak menentu. Pagi hujan lepas tu panas terik. Papa baru je baik demam selsema. Skrg ni kena kat mama pulak. Selsema...kepala pun sakit sangat. Rasa mcm nak tidur je hari ni. Tapi paham2 je lah....macam mana nak tidur. Baru je letak kepala, adik terus terkam. Dia ni memang tak boleh tengok mama landing sikit, jealous.
Hari ni papa balik lambat sikit. Dekat pukul 9 mlm baru sampai rumah. Tengok pada keadaan tu rasanya lambat lagi tidur budak2 tu. tak puas lagi main ngan papa dia. biarlah diorang main, bolehlah mama ambik peluang ni tulis blog. Tapi kepala ni masih dok berdenyut2 lagi ni. entahlah, mama pun tak tahu apa sebenarnya penyakit mama nih. Kalau dah start sakit kepala tu susah sikit dia nak hilang. Kalau masa belajar dulu biasanya lepas exam paper akaun mama mesti balik telan panadol. Masa kerja audit firm dulu pun macam tu jugak. Ada la jugak pegi check doktor. Dia kata ada tanda2 migrain. Harap2 penyakit ni tak lah melarat.
Esok along exam. Risau jugak. Rasa macam kita pulak yg nak periksa. Tuan punya badan rileks je. Mungkin dia rasa dia boleh buat. Insya-Allah. Harap2 along dapat 5A exam bulan ni. Mama dah janji dgn along kalau dapat 5A mama nak bagi hadiah. Tapi tak cakap lg hadiah apa. Wait and see.

February 19, 2010

Cepatnya masa berlalu.

Sedar tak sedar usia perkahwinanku sudah hampir 10 tahun. Hampir 10 tahun aku mengharungi susah senang hidup bersama suami dan anak2. Seingat aku belum pernah sekali pun suami menyusahkan aku. Hinggakan apabila aku membuat keputusan utk berhenti kerja dan menumpukan sepenuhnya kpd keluarga juga disokong olehnya 100%. Terima kasih abang. Bukan tidak ada yg kurang bersetuju dgn keputusan aku ini dan seringkali juga aku merasakan terlalu rendah diri apabila berada bersama kawan2 hatta adik beradikku sendiri dgn berstatuskan 'surirumah'. Namun suamiku sentiasa memberikan dorongan dan semangat utk aku teruskan niat murni ini. Tidak rugi segulung ijazah yang dipegang walaupun aku tidak makan gaji. Bukannya aku tidak meghargai jasa kedua orang tuaku yg membanting tulang memerah keringat mencari rezeki bg menyekolahkan aku. Tapi pada pendapat aku tidak semestinya jasa mereka itu dibalas dgn wang ringgit setiap bulan (semestinya bukan itu yg mereka harapkan). Kepada anak2 akan ku curahkan segala ilmu yg dipelajari , Insya-Allah.
Kini tumpuan aku sepenuhnya kepada keluarga. Mengurus rumahtangga dan mendidik anak2 sebaik mungkin. Cuma kadang2 mungkin disebabkan stress (alasan) aku lupa matlamat asal aku memilih utk menjadi surirumah sepenuh masa. Selain Allah, tiada tempat utk aku mengadu selain suamiku. Terima kasih abang kerana sabar dgn perangai Nie.
Mendidik anak2 memang banyak cabarannya. Kalau tak sabar...haru jadinya. Kalau dulu aku rasa aku memang kurang sabar. Darah muda katakan (skrg. pun apa kurangnye) he...he..Tapi suami byk mengajar dan membimbing aku. Kalu nak dibandingkan aku dgn suami memanglah dia tu lebih penyabar. Dgn. anak2 memang dia jarang marah. Tapi kalau sekali dia marah mmg kecut budak2 ni.
Walaupun hidup kami skrng ni sederhana saja, tapi aku lebih senang begini. Harapnya kebahagiaan ini akan terus berkekalan hingga akhir hayat. Insya-Allah.

February 16, 2010

Impian mama

Anak-anak sememangnya anugerah drp Allah yg tak ternilai. Betapa aku rugi selama ini kerana mensia-siakan masa dan peluang yg di berikan oleh Allah s.w.t utk mendidik dan membentuk anak2 ini dgn sebaik-baiknya.
Haikal merupakan anak sulong (along) yg sememangnya aku rasakan menjadi bahan eksperimen utk aku. Dengan ilmu keibubapaan yg tipis aku cuba mendidik along. Memang aku cuba mempelajari dan mendalami ilmu ini tapi aku lebih banyak mengikut perasaan. Maafkan mama atas segala silap mama selama ini.
Tekanan dan cabaran dlm menguruskan rumahtangga ini mmg tak dapat dinafikan. Lebih2 lagi jika kita sbg surirumah sepenuh masa (hanya mereka yg senasib saja yg memahaminya). Tetapi itu tak sepatutnya dijadikan alasan. Sepatutnya aku merasa bertuah kerana diberikan peluang ini. Juga bertuah kerana dikurniakan suami sebaik suamiku dan anak2 secerdik dan secomel anak2ku.
Dari segi pendidikan along, sememangnya jika difikirkan balik ada juga perasaan menyesal. Menyesal kerana terlalu menekankan pendidikan duniawi sehingga mengabaikan pendidikan agama kepadanya. Pendidikan along sebenarnya bermula usianya seawal 3 tahun dgn menghantarnya ke Farley's Kindergarten (tadika cina) dgn harapan dia dpt menguasai bahasa Inggeris dgn baik. Dia di sana utk 2 thn dan kemudian pindah ke Tadika A1 utk 1 thn. Selama 3 thn dia di tadika aku perhatikan penguasaannya membaca tidaklah begitu baik. Tetapi alhamdulillah, mujurlah along dpt menguasainya sebelum masuk darjah 1 (aku sendiri yg mengajarnya di rumah).
Insya-Allah, utk angah dan adik aku nekad utk mengajarnya sendiri di rumah (home school) kerana setiap perkembangan dan pencapaiannya dapat aku ikuti setiap masa. Dan aku akui cabaran utk usaha aku ini memang ada jadi aku amat mengharapkan sokongan dari semua (lebih2 lagi suamiku).
Akan ku cuba yang terbaik selepas ini. Doakan mama ye!

February 14, 2010

Papa rasmikan blog

First time tulis blog. Sebenarnya tak tau nak tulis apa cuma kebetulan sedang surfing jadi teringin jugak nak "mengomen" walaupun idea dalam kepala tu boleh dikatakan menghampiri "kosong"..
Lagipun tuan punya blog ni pun orang lain, tapi saja gatal-gatal menumpang sambil ambil peluang kongsi pandangan serta luahan rasa sesama keluarga sebab asyik sibuk memanjang aje dengan kerja kat pejabat, hari-hari kerja, pegi sebelum matahari terbit dan balik bila matahari dah terbenam, eii.. bosannya hidup bagi orang yang memandang apatahlagi tuan empunya diri.
Opss sorry la rasanya dah terlari sikit dari skop asal blog ni dibuat sebab pada dasarnya dibuat bagi tujuan berkongsi pengalaman serta pandangan berkenaan pendidikan anak di rumah (Home school ).
Rasanya konsep sekolah di rumah ni pun agak begitu kurang "terbuka" sangat bagi masyarakat kat negara kita Malaysia ni, tapi tidak begitu bagi negara-negara maju seperti Amerika Syarikat ataupun UK.
Apa-apa pun ini merupakan suatu cabaran yang begitu positif walaupun mungkin ramai yang akan memberi komen lebih cenderung kepada "tidak" sebab bila kita nak memulakan sesuatu yang boleh dikatakan lari tergelincir sikit dari rutin atau kebiasaan sesuatu tempat maka pasti ramai yang memberi reaksi bertentangan, tak kisah la sebab memang dah adab manusia macamana tu. Cuma mungkin bila dah kenal sikit demi sedikit baru la respon tu akan berubah angin orang kata, jadi buat sementara banyak bersabar dan berdoa kepada Allah, InsyaAllah setiap perkara yang baik serta sentiasa dibuat atas niat yang ikhlas kepada Allah pasti akan berjaya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails