Showing posts with label letter C. Show all posts
Showing posts with label letter C. Show all posts

October 28, 2010

The Carrot Seed Lapbook.

Semalam angah dan adik berjaya siapkan satu lagi lapbook iaitu 'The Carrot Seed Lapbook'. Masa mama duk cari2 bahan utk mengajar minggu ni mama jumpa bahan utk buat lapbook ni kat sini. Mmg sesuai utk aktiviti homeschool kami khususnya adik yg skrg ni masih lagi belajar mengenal huruf Cc - Cc is for Carrot.

The Carrot Seed Lapbook.

Angah dan adik ambik masa 2 hari utk siapkan lapbook ni. Saja mama bagi mereka buat slow2 sbb tak nak bagi diorang rasa boring sbb banyak benda yg perlu mereka buat utk siapkannya.

Hari pertama (Isnin). Melibatkan aktiviti mewarna dan menggunting.

Hari kedua (Rabu). Masih lagi dgn aktiviti menggunting dan last sekali menampalkan bahan2 yg telah digunting pada manila kad utk dijadikan lapbook.

Antara kandungan lapbook ni ialah:
~carrot size tri-fold book.
~C is for.....cards and pocket.
~what plants need.
~will it come up? - pull-tab book.

October 26, 2010

Collage Activity : Cc is for Carrot

Ini aktiviti angah dan adik hari ni. Masih lagi dgn huruf Cc dan hari ni angah dan adik belajar Cc is for Carrot. Kali ni mama bagi mereka buat collage activity pula. Aktiviti macam ni mmg bagus utk fine motor skill anak2.

Collage Carrot.

Bahan-bahannya:
  • kotak cereal
  • kertas warna- oren dan hijau
  • gam
  • gunting
Cara membuatnya:
  • buatkan bentuk carrot pada kotak cereal dan gunting.
  • gunting kertas warna oren kecil2 dan kertas warna hijau panjang2.
  • letakkan gam pada kotak cereal tadi dan tampal kertas warna tadi utk dijadikan carrot.
Adik tekun menyiapkan projek kali ni (walaupun pada mulanya dia tak nak buat...tapi bila tengok carrot angah dah nak siap barulah dia faham apa sbnrnya yg mama minta dia buat tu)

Angah yang tengah bersemangat (tapi kalau time dia takde semangat tu...mmg jenuh jugaklaa mama nak kena pujuk dia)

October 20, 2010

Cc is for Cotton.

Alhamdulillah, dgn izinNya mama masih lagi diberikan semangat dan kekuatan utk meneruskan homeschool ni walaupun terpaksa berdepan dgn macam2 kerenah anak2. Biasalah budak2...ada masanya mereka tu mudah mendengar dan menurut apa yg kita cakap. Ada masanya jugak kita sebagai ibu ni mmg perlu banyak2 bersabar bila mereka buat 'perangai'.

Bermula minggu ni, adik dah mula belajar membaca menggunakan buku Bacalah Anakku. Kalau ikutkan cara mengajar membaca menggunakan kaedah fonik, anak2 tak perlu dikenalkan lagi dgn nama huruf tapi diajarkan bunyi huruf tu dulu. Macam tu lah juga cara mama ajarkan angah dulu. Tapi utk adik ni, mama ajarkan nama serta bunyi huruf tersebut. Memang kalau boleh mama nak ajar mengikut cara mama ajar angah dulu tapi dah terlanjur adik belajar dan dahpun mengenal huruf2 ni sebelum mama bersedia utk ajar adik membaca. Jadi mama akan cuba dulu kaedah/cara ni utk adik dan tengok samada cara ini berkesan ataupun tidak. Kalau adik dapat ikut cara ni, mama akan teruskan dan kalau tidak mama akan gunakan kaedah yg mama dah gunakan sblm ini. Harap2 usaha mama ini di permudahkanNya.

Ini pula adalah aktiviti anak2 utk hari ini dan semalam:
  • Alphabet Book: Cc is for Cotton.
Aktiviti ni menggunakan templete Cc yg telah adik & angah warnakan.

Adik & angah sedang menyiapkan projek 'Letter Cc is for Cotton'.
  • Counting cotton.
Aktiviti yg biasa adik buat utk belajar mengira dan mengenal nombor. Kali ni dgn menggunakan 'cotton'.

April 9, 2010

Aktiviti Homeschool 4-8 April

Tema utk minggu ni adalah Caterpillar ( sambung dgn tema minggu lps)

Setiap hari kelas akan dimulakan dgn bacaan doa.

Skrg ni mama dlm proses mengajar angah ttg hari sbb dia masih dan selalu confuse bila disebut hari ni....esok...kelmarin. Jadi setiap hari mama akan sebutkan today is, yesterday was dan tomorrow will be. Setiap hari kami akan ulang2 dan mama harap cara ni berkesan. Dan biasanya lps tu kami akan sama2 nyanyi 'day song'.

Sunday monday
tuesday wednesday
thursday friday
saturday

ANGAH

Reading

Selain drp buku2 baru yg mama beli, angah juga sentiasa mengulang membaca booklets yg mama print kat sini utk word families yg mama ajar minggu lepas iaitu at, ap dan an juga utk pelajaran minggu ni. Utk minggu ni, angah belajar word families am.

Belajar phonics menggunakan flash card.


Bahan bacaan bahasa Melayu.


Writing
Minggu ni mama melatih angah utk mengeja dlm bahasa Melayu. Mama minta angah utk mengeja perkataan yg mama sebut dgn menulisnya di atas white board. Setakat ni angah dah boleh mengeja utk perkataan mudah. Utk minggu depan mama sdg mencari idea utk teruskan aktiviti ni dgn cara yg lebih menarik.


Mengeja dan menulis di white board.


Counting (Math)
Utk math minggu ni, angah masih lagi teruskan dgn addition. Mama cuba pelbagaikan cara belajar agar lebih menarik dan tidak membosankan.
Antaranya mama menggunakan dadu besar. Angah akan baling dadu tu 2 kali dan tulis nombor yg dia dpt kat white board. Seteruskan campurkan dua nombor tersebut dan dptkan jumlahnya.

Mama juga buat aktiviti tambah ni dgn menggunakan flash card number yg mama tlh buat minggu lepas bersama dgn wood pegs. Angah akan pilih 2 card yg mama terbalikkan dan akan tambahkan 2 nombor tersebut dgn meletakkan wood peg pada kad tersebut mengikut nombor yg tertera pada kad tersebut.


Mengira dgn menggunakan wood pegs.

Mengira dgn menggunakan caterpillar cards yg mama print kat sini.

Science.

Minggu ni angah belajar 'short, shorter, shortest' dan 'long, longer, longest' dgn menggunakan card yg mama print kat sini.

A fun size sorting game.

Fine motor skill.

Alphabet minggu ni adalah C.

Colouring alphebat C for caterpillar.

Lacing letter C card.


Selain mewarna, dlm worksheet ni juga angah belajar ttg warna, nombor dan buah.

Gross motor skill

Anak2 mama mmg sentiasa aktif bergerak dan bermain. Minggu ni mama cuba bermain bersama2. mmm...mengah juga bila dah lama tak melompat2 ni. Kami bergilir2 baling dadu dan sama2 melompat mengikut nombor yg kena.

Seronok bermain bersama-sama.

Fun & craft

Kami sama2 menyiapkan lapbook yg kami dah start buat sikit minggu lepas. Sesuai dgn tema, kami buat lapbook caterpillar & butterfly. Antara yg terdpt dlm lapbook ni adalah small and capital letter cards, flash card and spin for life cycle of butterfly, caterpillar poem, shapes, story 'the hungry caterpillar' dan what begin with letter C.

Selain utk angah, mama akan gunakan lapbook ni utk adik.

Sama2 menyiapkan bahan utk lapbook. (semangatnya adik sampai duduk kat atas meja tu...)


Lapbook for letter C.


Menyanyi mmg cukup menghiburkan kanak2. Angah dan adik cukup suka kalau mama selitkan dgn lagu2 semasa belajar. Minggu ni dgn tema caterpillar and butterfly, jadi kami sentiasa nyanyi lagu ni...

Fly fly fly the butterfly
in the meadow it flying high
in the garden it flying low
fly fly fly the butterfly.

Satu lagi lagu dan lagu ni sebenarnya lagu nostalgia mama masa kecik2 dulu. Mama selalu nyanyi lagu ni dgn adik2.

Dari ulat jadi kepompong
duduk tidur dalam kelongsong
cukup masa kepompong pecah
jadi rama-rama yang indah

Rama-rama terbang merata
sangat cantik aneka warna
hisap madu di pohon bunga
tapi sayang hidup tak lama.


Disebabkan kat rumah dah takde tv, jadi sekali sekala mama akan bagi anak2 tgk video kat internet. Sambil2 dok cari bahan, mama jumpa video ni.

Iqra'

Teruskan dgn buku 2 Iqra'. Sehingga hari ni, angah sudah di m/s 16.


ADIK

Motor skill

Lacing letter C card.

Conteng2 kat white board. Boleh melatih tangan utk menulis.

Match colour menggunakan lapbook yg mama buat minggu lepas.

Adik ni rajin jugak belek2 buku cerita.

ALONG

Jika along tidak ada banyak homework, mama akan bagi latihan utk along buat.

Utk bacaan Al-Quran, semalam along sudah masuk ke Surah Al-A'raf.

OUTDOOR ACTIVITY.

Santai2 dgn papa kat coffee house time papa cuti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails