Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

2026-08-06

Jangan jadikan kekurangan material as reason untuk merendahkan diri sendiri.

Adakah ini hasil dari banyak sangat tengok drama merepek?

Bukan apa, aku dah suffocated dengan trend "Hina ke saya jadi housewife?", "Hina ke saya umur 30 belum ada rumah sendiri?", "Hina ke saya bla bla bla..."

Aku ni kalau ceritakan semuaaaaa yang aku lalu dari kecik, tak tahulah dak-dak sekarang nak percaya ke tak. Silap-silap dikatanya aku mereka-reka cerita. Takyah jauhlah, En Wan and anak-anak aku sendiri tak caya bila aku cakap aku takde buku latihan masa sekolah and takde bahan bacaan yang banyak.

Macam aku cakap kat komen budak tu, GUNAKAN APA YANG ADA.

Aku cerita kat Redza and Rayyan, dulu sekolah rendah aku takde buku latihan. Darjah 5 aku dah start kumpul soalan-soalan budak Darjah 6. Prektis buat. Naik je Darjah 6, benda pertama aku buat, cari soalan UPSR tahun sebelumnya. Buat. Sebab aku takde buku latih tubi. Buku rujukan aku hari-hari hanya buku teks. Sampai aku boleh hafal dah latihan and aktiviti buku teks.

Aku cakap, "Mama straight As UPSR dengan hanya buku teks. Korang kalau UPSR tak score tak tahulah nak cakap apa. Buku latihan lebih dari cukup mama belikan. Tinggal nak buat je"

Everytime kawan-kawan bawak buku cerita atau buku latih tubi, aku tumpang tengok kat tepi. Time kawan tu tengah buat, aku jeling-jeling kat tepi. Tengok samada aku boleh buat jugak ke tak soalan tu. Mencongak jawapan dalam kepala. Hahaha.

Buku cerita pun sama. Kalau kawan baca, aku tanya dulu boleh ke pinjam. Tak bawak balik pun, pinjam baca time rehat je. Sometimes dorang suruh aku sharpkan color pencil, sometimes dorang mintak aku buatkan duty roaster. Kalau hari tu dorang duty susun meja, aku buatkan. 

Aku tak rasa itu penghinaan. Aku anggap itu kerja yang berbaloi. Setakat susunkan meja, sharpkan color pensil, sebagai balasannya dapat pinjam buku cerita. Why not? Kat rumah lebih dari tu aku kena buat kerja . Setakat sharpkan pencil, apa adehal.

Point aku kat sini, JANGAN LEMBIK BOLEH TAK?

Jangan buat teruk. Jangan berdrama. Setakat pakai barang free dari Shopee, tak perlu nak rasa terhina. Sometimes, orang lain tak kisah pun mana sumber barang kau datang, janji ada. Orang lagi kesah kalau kau nanti 24/7 meminjam harta orang.

Masa Darjah 1, aku pernah beli buku pakai duit sendiri. Ada company jual buku datang sekolah, promote buku-buku latihan and buku bacaan. Sehari sebelum tu dah pi tengok-tengok and dia bagi list buku untuk kita tick nak beli mana satu. Nanti esok dorang akan bawa the buku untuk kita bayar.

Balik rumah, korek tabung. Tak berani mintak kat Mak Aji duit. Kalau mintak pun konfem tak dapat punya. 

Esoknya aku bawak 2 genggam syiling hasil korek tabung. Darjah 1 belum tahu kira duit. Main agak-agak je jumlah duit yang kena korek. Esoknya masa collect buku, aku hulur 2 genggam syiling. Now aku syak nilai yang aku bagi tu lebih dari harga buku. Tapi pakcik jual buku tu tak cakap apa-apa pun, dia main ambik je duit aku bagi. 

Dengan happynya aku bawak balik buku baru. Tapi kena sorok-sorok. Mampus kalau Mak Aji nampak.

Apakan daya. Aku hanya insan yang lemah. Nak sorok buku pun tak pandai. Mak Aji jumpa, sedap aku kena sebat. Dia ingat aku curi buku orang.

Sampai macam tu sekali ya mak aku buat. Entah apa dia punya troma agaknya. Maybe dia ingat kalau miskin senang nak jadi pencuri kot. Dia takut aku mencuri sebab dia tak mampu belikan buku. 

Ada ke patut intelligent gurllll like me mencuri? Purleaseeeeeeeeeeeee. Sebab aku intelligentlah aku korek tabung tau. Mencuri ni kerja orang bodoh. Aku punya otak sekufu dengan Mc Gyver. Sentiasa ada jalan keluar. Tapi tu je la sekali aku buat. Tak berani dah beli buku sendiri. Tersiat kulit betis aku karang.

Aku pernah pakai SATU singlet simis selama 3 tahun. Dari Darjah 4 sampai Darjah 6. SATU saja. Hari-hari basuh, keringkan dan pakai. Koyak, aku jahit. Tak pernah sekali mintak Mak Aji belikan simis. Kalau mintak pun tak dapat.

Mak Aji maybe ingat anak dia kecil lagi. Pakai baju kurung tak payah pakai simis kat dalam. Dia tak terpikir agaknya nak belikan simis. Padahal baju kurung putih tu bukannya takleh nampak kesan puting tetek. Nasib baik arwah nenek selalu bawak balik baju-baju dari makcik Singapore. Baju yang dorang dah tak nak pakai. Terselit satu simis singlet warna putih. Aku pakai yang sehelai tu dari umur 10 sampai 12 tahun. Rabak, jahit. Rabak, jahit.

Pernah satu kali lepas PJ, semua orang salin baju kat toilet. Dalam keadaan ramai orang dan nak cepat, aku tak perasan simis tu tercicir. Tengah-tengah salin baju dalam toilet, dengar riuh kat luar "Oiii apa benda ni? Sape punya kain buruk?"

Rupanya itulah simis aku. Tercicir. That was the last aku pakai simis tu. Memang buruk sangat dah pun.

Aku rasa kalau situasi aku tu kena kat budak-budak sekarang, dah viral kata dibuli. Habis saman-menyaman bagai. 

One thing aku belajar, takde siapa boleh hina kalau kau tak allow them to affect your life. Penghinaan hanya berlanjutan kalau kau ambil kisah. Kau kena buat tak tahu, jalan terus and buktikan something bigger than that. 

Dari Darjah 1 aku kena ejek. Hitam. Baju buruk. Kereta bapak buruk. Tell me, apa je yang aku tak kena. 

Tapi aku tamatkan sekolah rendah dengan wakil Malaysia ke Fukuoka, straight As UPSR and ke TKC. Itu je caranya nak ubah nasib. Nak ubah pandangan orang and confidence diri. Jangan meratib pada benda yang di luar kawalan kita. Buat apa yang kita boleh ubah.

Kalau mak bapak takde duit nak siapkan barang-barang ke uni, siapkan saja semampu kita. Dapat barang free Shopee? Why not. Pakai baju sedekah dari orang? Apa yang salahnya? Acik sentiasa pakai baju belen-belen orang tak nak. Baju acik yang baru cuma 2 helai je setahun. Mujur ada raya. Kalau raya takde, takdelah baju baru nampaknya.

Masa sekolah menengah dah lega sikit sebab bila dah besar, duit raya pun besar sikit dapat dari makcik-makcik. Aku enjoylah duit tu beli buku latihan sikit-sikit. Beli buku cerita. Tak banyak, tapi bolehlah.

Satu yang aku pelik mak bapak aku ni, hadiah SRP aku dapat mountain bike. Hadiah SPM aku dapat mini compo. Tapi sebelum tu aku mintak buku latihan, buku cerita, dia kata takde duit. Sumpah tak paham. 

Maybe bagi dorang, kalau aku dibelikan buku, maknanya adik-adik aku pun kena dapat. Tapi kalau hadiah, based on performance sendiri. Kau nak, kau kena score. Gitulah agaknya kot.

Masa nak ke uni, preparation aku seadanya saja. Baju-baju aku hanya bawak apa yang ada kat rumah. Matrik kena pakai baju kurung. Jadi aku bawak baju-baju kurung Mak Aji. Siapa suruh satu size dengan aku kan? Dia je yang banyak baju kurung. 

Takde satu pun baju sendiri, atau dibeli baru. T Shirt pun bawak apa yang ada kat rumah. Satu-satunya baju baru adalah seluar jeans jenama LEA. Ini brand Indonesia, masa tu ada store kat Subang Parade. Ini makcik aku belikan. Dia check-check preparation aku, dia perasan aku takde jeans. So dia belikan.

Sebab tu sampai sekarang aku tak berapa kisah bab baju. Aku boleh ulang pakai baju yang sama bertahun-tahun. Selagi tak rabak, selagi muat, itulah yang aku pakai. Because dah biasa dengan tak ada. Jadi bila dah ada duit pun tak terasa nak membeli. Baik aku beli makanan. Tapi Montigo, takpe beli.

Komen aku kat post budak tu bukan nak pujuk dia, tapi aku nak ubah cara dia pandang situasi dia sekarang. Rasa malu tu datang daripada orang lain atau daripada pandangan dia terhadap diri sendiri? 

Jangan malu ada parents yang miskin. Keadaan kewangan yang terbatas lansung tak rendahkan value kita, selagi kita usaha sediakan yang termampu. Aku lagi menyampah kat orang yang dah tau miskin, meratib pulak tu. Kau meratib dapat apa, bingai? Geraklah!

Starting point kita dengan self-worth BERBEZA. Starting with less is nothing to be ashamed of. Ramai je yang start small. That doesn’t determine how far they can go. Tak caya tanya entrepreneur, dorang start dengan apa? Berapa banyak? Aku sendiri start company dengan laptop DAN printer 3 in 1 (print + scanner + copier) sahaja. Yang penting start! Guna dulu apa yang ada.

Bukan maksud aku takpe jadi miskin, miskin itu indah. Tak. Aku cuma nak orang faham jangan jadikan kekurangan material as reason untuk merendahkan diri sendiri. What matters is what you do with what you have. 

Now maybe kau tak boleh pilih apa yang kau ada, tapi kau masih boleh buat dengan apa yang kau ada. Yang menentukan maruah dan nilai diri kita is not how much you can afford to buy, but how you carry yourself and what you do with the opportunities you have.


2026-07-25

Maid demanding macamkan tuan rumah!


Aku terbaca satu post sorang perempuan ni cerita pasal maid dia (bekas maid). Dia kata itu first and last ambik maid. Serik katanya, sebab maid dia makan macam tuan rumah.

Aku tertanya juga, makan macam tuan rumah tu macamana?

Aku syak maid memandai-mandai ambil makanan tanpa izin. Rupanya bukan macam tu. Maid tu tak ambik makanan tanpa izin, tak request makanan sedap-sedap atau masak sesuka hati.

Kisahnya, that day ada lauk sotong. Maid yang masak. Pastu hidang. Maid makan kemudian. Bila time maid makan, lauk sotong dah habis. Takde sisa sikit pun.

Pastu maid ni bagitau majikan boleh tak next time masak lebih sebab dia tak dapat rasa sotong.

So this lady (majikan) rasa tak best. Pada pandangan dia, maid sepatutnya makan apa yang tinggal. Kalau lauk tertentu dah habis, makan je lah lauk apa yang ada. Tak payah nak request next time masak lebih.

Dia cakap something like “Awak pekerja. Bukan majikan”.

Ok. Aku pernah ada maid. Sekarang pun ada maid kat rumah. Dari sudut majikan, aku faham apa maksud that lady.

Having a maid ni umpama kau run a company yang ada pekerja. Some pekerja sometimes dare to ask apesal boss masuk lambat, keluar awal? Apesal boss asik takde kat ofis? Apesal boss pakai kereta baru? Apesal boss cuti sesuka hati?

Some pekerja gitulah. Dia anggap dia dan boss share rules yang sama.

As someone yang ada maid, aku agree maid sepatutnya know her place. Dia pekerja. Dia makan gaji di rumah tu. Dia tak boleh tuntut apa jenis makanan yang disediakan majikan. Kau nak makan sedap, kau beli dengan duit gaji kau.

Sama macam kita run company. Ada ke kita sediakan makan breakfast, lunch and tea time untuk pekerja? Takde pun. Kita letak some stock kat pantry. Apa yang ada di situ, kau boleh pakai. Nak lebih dari apa yang disediakan, beli sendiri.

Sepatutnya maid pun begitulah.

Kalau maid expect every time tuan rumah makan sesuatu, dia mesti dapat bahagian yang sama, pastu dia start tentukan berapa banyak kena masak, tu dah cross the border namanya.

Hanya majikan ada kuasa tentukan how they manage food, menu and budget dalam rumah. Aku tak rasa menjadi majikan bermaksud kita wajib fulfill semua kehendak pekerja (maid).

Tapi, ada satu benda yang sometimes kita lupa.

Maid memang pekerja. Tapi dia pekerja yang duduk dalam rumah majikan.

Bila kita bercakap pasal pekerja yang tinggal dalam rumah kita, bekerja dengan kita, uruskan anak-anak kita, masak untuk family kita, bersihkan rumah and manage banyak benda dalam rumah yang buatkan urusan harian kita lebih mudah, relationship tu tak hanya pada “awak pekerja, saya majikan”.

Aku bukan kata kita kena layan maid macam family sampai takde boundary. Tak.

Boundaries between majikan dengan maid kena ada. Maid perlu tahu dia pekerja. Ada arahan kerja, ada waktu kerja, ada tanggungjawab, ada gaji, ada cuti, ada peraturan rumah and ada batas-batas.

Tapi boundaries tak bermakna kita kena letakkan satu rules maid cuma boleh makan apa yang tinggal lepas semua orang habis makan.

Katakanlah satu keluarga memang makan sotong. Anak-anak suka sotong. Sotong tu habis semua makan. Takde tinggal sikit pun untuk orang belakang. Maid request next time boleh tak masak lebih sebab dia pun teringin nak makan sotong.

Itu tak bermaksud dia nak jadi tuan. Dia pun mungkin tak makan banyak. Maybe terkilan sebab dia yang masak, dengan harapan dapatlah merasa sikit. Rupanya licin.

Itu benaunya cukup bagus dah. Ingat tak bibik aku nama Ida, yang sewel tu? Dia tak makan dengan kitorang. Dia makan kemudian. Sebelum hidang, dia cedok lauk dia siap-siap, asingkan. Kau rasa??

Dah macam aku pulak yang mengemis makanan dia sampaikan dia kena asingkan lauk sendiri.

Pernah satu kali tu aku potong mangga untuk En Wan. Dah settle potong aku bawak mangkuk mangga nak naik ke atas. Dia dari dapur kejar aku sambil bawak garfu “Tunggu kak. Tunggu”

Aku ni ingat apa la. Tup-tup dia cucuk garfu tu dalam mangkuk yang aku tengah pegang. Pastu terus masukkan mangga dalam mulut. Kau rasa???

Tu belum lagi aku beli eskrim hari ni, lusa habis. Aku beli biskut hari ni, lusa habis. Aku beli cokelat hari ni, esok habis. Bila aku nak makan tengok bendanya takde. Pastu dia salahkan Redza makan banyak. Tengkorak dia. Redza masa tu baru 3 tahun. Banyak mana sangat nak makan.

So bagi aku kalau maid tu request kita masak lebih sikit sotong next time, aku anggap itu masih lagi acceptable. Ye lah, dia masak tapi tak merasa. Dapat bau je. Kecewalah agaknya.

Kau bayangkan kalau maid tu cakap “Boleh tak kalau makan tinggalkan sikit untuk saya?”
Lagi kau mendidih dengar.

Aku menjak Redza kat rumah, sotong seminggu 2 kg, ya. Sotong je dah beratus modalnya sebulan. Sekali masak, sekilo. Redza and En Wan hantu sotong. Jenis kalau makan sotong, dia tinggalkan kepala sotong je untuk orang belakang.

Jadi, everytime aku masak, aku cedokkan 2 sudu untuk bibik.

“Cukup ya ni, bik?”

Dia angguk.

Memanglah nak jimat. Tapi kalau dah namanya kat rumah tu ramai, ada maid bagai, perbelanjaan dapur kenalah ambil kira maid sekali. Takkan aku nak kira mulut aku anak-beranak je.

Bak kata En Wan, hire maid ni umpama beli Benz. Setakat beli, ramai mampi beli. Tapi me-maintain tu yang sakit dan ramai tak mampu bab maintain.

Ada orang, mampu gajikan maid. Tapi makanan maid dia catu. Maid hanya boleh makan begini begini saja. Aircond takleh bukak, kena pakai kipas saja. Heater takleh pakai, mandi air sejuk saja. Ada majikan yang macam ni ya.

Aku dengan semua maid makan takde asing-asing. Maksudnya aku makan siakap, dia makan ikan kembung. Aku makan sotong, dia makan telur. Takde. Apa aku masak, itulah yang semua orang merasa lauk yang sama.

Selalunya lauk sotong je aku asingkan siap-siap untuk maid. Sebab rumah aku ni kalau lauk sotong sepanjang tahun pun, tetap macam baru first time jumpa sotong. Tak muak-muak dorang. Heran aku.

Lauk sotong memang kena simpan siap-siap untuk orang belakang, kalau tak, memang tinggal kepala je.

Bagi aku kalau kita masak 3 jenis lauk and maid berharap dapat rasa semua 3 jenis lauk tu, takde yang pelik. Yang pelik tu bila everyday maid request kita masak lauk tertentu sebab dia nak makan. Hat ni kau hantar balik.

Ataupun kalau maid argue apesal kau beli makanan tertentu untuk anak-anak tapi untuk dia takde. Ini pun kau hantar balik.

Tapi kalau sekali-sekala dia request, “Lain kali boleh masak lebih? Saya pun suka,” to me personally aku tak nampak itu tanda besar kepala.

Staff aku pun kalau aku mintak listkan apa benda yang nak di-topup kat pantry, listnya bukan calang-calang.

Air kotak milo. Vitagen. Susu kotak soya. Biskut Lexus. Maggi 3 jenis flavour.

Aku cuma pikir gini je. Mana yang aku lebih perlukan?

Aku perlu jimat, atau aku perlukan kerja aku jadi mudah?

Aku hire staff supaya urusan company ada orang boleh handle.

Aku ambil maid supaya urusan di rumah ada orang settlekan.

Antara jimat dengan memudahkan hidup, aku pilih memudahkan hidup. Selagi takde masalah attitude, kerja jalan — aku ok sediakan keperluan. Win-win.

Tapi kau jangan macam tailor aku dulu. Dulu aku ada 2 orang tailor yang duduk rumah. At one time aku ada 1 bibik and 2 tailor (semua Indonesian) dalam rumah aku.

So this one taylor ada masalah attitude. Dia rasa kasta dia lagi tinggi dari maid. Dia geli kalau makan makanan yang maid masak.

Everyday dia masak sendiri. Dah satu kerja pulak aku punya barang basah and groceries kejap-kejap habis. Modal barang basah aku macam aku berniaga nasi lemak!

Aku ni tak tahu menahu rupanya si tailor ni masak asing. Until one day aku mintak maid masak lauk, maid kata lauk dah habis. Aku cakap eh? Baruuuu je pi pasar 2-3 hari lepas.

Then barulah aku tau kisahnya. Lantas aku tak banyak cerita tanya si tailor. Si tailor tu meninggi suara kat aku dikatanya aku lebihkan si maid. Eh dah kenapa kau? Terus aku hantar balik jam-jam tu jugak. Terkebil-kebil dia. Ingat post kau aku takleh cari replacement?

Aku insyallah bab makan tak berkira. Aku ok makan sedap sama-sama. Bibik-bibik aku dulu kalau ikut duduk hotel, time breakfast, semua makan sekali kat hotel. Takde de aku laki bini makan hotel, kau aku belikan nasi lemak tepi jalan makan dalam bilik. Tak. Because aku tahu apa rasanya tengok ke orang lain makan sedap.

Aku pernah cerita masa kecik dulu duduk nursery (rumah jiran). Jiran tu jaga sepasang anak pensyarah. Tahun 80-an kerja pensyarah tu paling kaya dah kat Bandar Baru Bangi.

Setiap kali pensyarah tu hantar anak-anak, dia akan bekalkan makanan. Anak-anak dia makan bekal yang mak dorang sediakan. Anak orang miskin macam aku ni makan je la apa tuan rumah masak.

One day parents tu bawak anggur. Aku dengar jelas dia kata “Ni ada anggur. Nanti bagi budak-budak lain makan sama”

Harammmmmm. Tak dibaginya aku and Ima merasa. Aku takdelah memintak tapi terkilan jugalah bila nampak orang lain makan, kitorang tak dipelawa. Dahlah kitorang adik-beradik je yang setiap kali makan duduk atas lantai beralaskan suratkhabar. Orang lain makan kat meja makan.

Nampak tak berapa taraf pekerjaan mak bapak memainkan peranan? Padahal kitorang budak-budak, tapi sebab mak bapak tak kaya, layanan tetap berbeza. Yuran bulanan sama je padahal.

Apa pun pandangan aku tadi, pandangan korang as majikan also valid walaupun tak sama dengan pandangan aku. Sebab kau majikan kepada maid tu. Your house, your rules. Pandai-pandailah kau cakap kat maid kalau tak berkenan dengan perangai dia.

Kalau rasa perlu catu makanan, catulah. Kalau perlu sekat dia makan makanan tertentu, silakan. Kau majikan, kau lebih tahu apa nak buat dengan pekerja kau.

Bab makan ni aku tak sampai hati sangat. Selagi request tu masih logik, aku layankan je. Asalkan kerja kau beres. Aku rasa mana-mana majikan pun macam ni. As long as kerja kau settle, aku boleh bertolak-ansur sikit. Jangan mentekedarah je laju, tapi kerja kelaut.

Macam bibik Ida dulu. Ni bibik paling horror aku pernah dapat. Dia punya bongok tu sampai aku tak faham apa function dia jadi manusia.

Tak pandai memasak. Sayur tak basuh. Terus potong masuk dalam kuali. Bila ditanya apesal tak basuh dulu? Dia tanya aku balik “Memang kena basuh ke?”.

Hari-hari tunggu aiskrim lalu and mencangkung kat depan gate makan aiskrim. Dah macam beruk makan askrim.

Asal aku mintak list barang-barang dapur yang nak dibeli, dia listkan jajan. Biskut krim, aiskrim, cokelat. Aku tanya siapa yang nak makan ni? Dia boleh cakap “Belilah kak, buat kunyah-kunyah”. Kemain kau tak padan dengan miskin, selera kayangan.

Dia kata dia sapu rumah. Padahal aku sengaja tinggalkan tisu bawah kabinet TV, 3-4 hari tisu tu ada berlonggok lagi tak gerak-gerak. Pastu aku angkat karpet nak jemur, hah kauuu. Plastik twisties, plastik maggi semua bawah tu dia susup. Punyalah pemalas!

Aku harapkan dia menjaga Redza, dah aku pulak yang macam menjaga anak sorang lagi. Tu belum dengan rambut berkutu. Mandi malas. Rambut tak pernah bersikat. Masalahnya anak dua dah. Pelik aku taste laki kau ni. Boleh ada selera eh?

Hat ni elok dihantar balik. Sebab satu sen tak guna.

Aku ni tak mintak banyak. Siapa kerja dengan aku, tak kiralah maid ke, staff opis ke. Aku hire kau untuk memudahkan kerja aku. Kalau kau menambahkan beban, berambus.

Aku tak kuasa nak kesian-kesian. Sebab kita bertanggungjawab dengan kehidupan kita. Dah di-hire, buatlah kerja sehabis baik. Kalau kerja kau bagus, aku ok flexible saja. Tapi kalau kerja hauk, attitude macam siapalis, get outttt!

Berbalik pada issue maid tadi, maybe yang buat that lady rasa tak selesa sebab nampak macam bibik mengarah dia. Maybe that bibik macam bibik Ida aku dulu. Blur-blur tak faham yang dia tu pekerja, bukan famili.

Kadang some people bila tengok kita treat dia baik macam famili, dia lupa yang dia pekerja.

Teringat masa belajar dulu aku beli KFC makan kat bilik. Beli snek plate je. Ada member ketuk pintu nak jumpa. Ingatkan kejap je, sekali dia bersimpuh pulak depan aku. Takkan aku tak pelawa. Aku pun ajak-ajak ayam “Makan?”

Sekali dia cuit ayam aku oii 😆. Dahlah aku kepantangan orang kacau makanan aku. Takpelah, aku biarkanlah dia mencuit. Dah aku yang pelawa. Eh non-stop pulak dia! Aku cuit, dia cuit. Aku cuit, dia cuit. Habis seketul.

Masuk ketul kedua, aku cuit, dia pun cuit! Kau rasa???

Memang ada orang jenis macam ni. Dia tak paham bahasa sikit. So kalau kau dapat maid yang kerja ok tapi common sense kurang, maybe majikan kena slow talk bab ni. Atau kalau taknak keruhkan keadaan, setiap kali masak, asingkan je lah sikit untuk dia setiap lauk tu.

Nak tegur pekerja yang tinggal sekali dalam rumah kita ni berat sikit. Sebab dia tukang memudahkan urusan kita. Kalau kau rasa payah nak cari replacement, maka pandai-pandailah adjust. Kalau rasa buang dia lebih menenangkan hati, pulangkan je lah balik. Cari maid lain. Settle.


2026-06-19

Orang yang betul-betul ok takkan ugut orang lain.


Semalam aku terjaga around 4.30 pagi. Sebab dah pagi, aku malas nak tido balik. Golek-golek jap capai henfon. Selalunya aku check whatsapp. Semalam ntah kenapa aku bukak Thread dulu. Benda pertama aku nampak post ni:

Terus terbangun aku. Tak pastilah ragebait or not. Tapi aku berasa nak "sekolahkan" jugak budak ni.

This lady dapat bf gila. From komen orang lain katanya bf dia selalu perabiskan duit gaji. Kalau tak bagi, diugut nak sebarkan gambar nude perempuan ni. So semalam this lady buat post kata dah tak tahan hidup macam tu.

Aku boleh faham situasi this lady. Macam ni la aku lalui dulu. Everyday bangun just nak menghabiskan hari itu saja. Sibukkan diri. Buat-buat sibuk. Supaya aku takde masa nak pikir masalah dan dia pun takde ruang nak ganggu aku. Tapi kepala dada jadi sesak sebab aku simpan semuanya sorang-sorang. Kawan-kawan tak tahu apa yang aku tanggung masa tu.

Tapi, bunuh diri tak pernah terlintas dalam kepala. Maybe aku dah semak dengan perkataan "bunuh diri" tu sendiri. 

Si anu kejap-kejap ugut aku nak bunuh diri la, nak terjun jambatanlah, jadi aku dah muak. Bagi aku, tak berbaloi aku bagi dia menang tapi aku yang suffer. Tu pasal aku cakap kat that lady, BIARKAN DIA NAK SEBAR YOUR NUDE PHOTOS. Pergi mampos.

Aku tahu tak senang nak buat keputusan ni, tapi berbaloi ke tamatkan riwayat sendiri hanya kerana takut gambar nude tersebar?

Kalau gambar tu tersebar, apa jadi?

Orang bercakap?
Ya, maybe.

Kena kecam?
Maybe.

Kena buang kerja.
Pun maybe.

Mak bapak malu? Keluarga kutuk?
Ya, boleh jadi juga.

These are consequences yang perlu ditanggung atas kesalahan yang kita pernah buat. Tapi kalau pilih untuk bunuh diri, it's a permanent ending. Sedangkan jantan tu hidup macam biasa.

Jangan bagi dia menang! Orang macam tu dia bergantung pada rasa takut dan malu kau. If you give in to that fear, dia akan teruskan dengan tektik tu sampai bila-bila.

Malu tu sementara. Trauma boleh heal. Your reputation can be rebuilt. Tapi nyawa tak boleh diganti.

Kalau ada orang yang menghina atau judge kau dengan gambar-gambar tu, atau viralkan gambar-gambar tu, kau boleh report atas kes lain pula. Tak pun, kau viralkan balik muka dia. 

Kau ingat dia takkan malu hanya kerana kau takde gambar nude dia? Dia malu, dik. Dia boleh malu. Orang yang ugut nak sebarkan gambar nude ni sebenarnya bukan strong pun. Dia cuma berani sebab dia ingat orang lain takut.

Yang benaunya, dia sendiri yang paling takut. Dia lagi takut kalau kebenaran terbongkar. Dia jauh lebih takut orang nampak siapa dia sebenarnya. 

Orang yang betul-betul ok takkan ugut orang lain. Dia tak perlu gain power dengan sebarkan gambar nude orang lain. Jenis ni dia rasa boleh malukan kau, padahal perbuatan dia tu lagi memalukan. Kau cuma victim, tapi dia adalah PELAKU.

Aku pernah dah diugut dan dimalukan macam tu. Bukan gambar nude. Zaman aku belajar dulu belum ada henfon berkamera. Payah nak dapat gambar nude orang. Walaupun macam tu, dia masih boleh sebarkan cerita pasal aku. Dia masih boleh mereka-reka cerita. Masalahnya, ada orang percaya pulak tu! Cara-cara takde bukti fizikal pun orang percaya. Power tak powernya zaman tu.

Aku bukan tak tahu dia bercerita, cuma malas nak ambil port. Pernah satu budak lelaki tanya aku macam ni "Diana, cuba kau pusing belakang and depangkan tangan"

Aku tanya nak buat apa?

"Petua orang zaman dulu nak tengok perempuan ada dara lagi ke tak"

Kau rasa??

Apesal tiba-tiba kawan aku tu tanya soalan tu? Why?
Mesti ada yang mereka cerita, kan?

Dengan senang hatinya aku pusing badan and depangkan tangan. Pastu aku tanya balik "Amacam? Dara lagi ke tak aku ni?"

Pastu dia senyum "Ok. Ok. Cun"

Eleh. Ni semua tektiklah. Konon petua zaman dululah. Padahal dia nak test aku je.

Kau ingat aku tak berani? Kau sebenarnya nak test aku samada cerita-cerita yang kau dengar tu betul ke tak, kan? Nak tengok samada aku menggelabah. Aku ikutkan je. Kisah pulakkkkk aku.

Dah masak sangat dengan perangai jantan yang suka mengugut. Dah habis modal nak suruh aku stay, dia main ugut-ugutlah pulak. Sebab jantan macam ni dia tahu dia tak layak dapat kita. Takde apa yang dia can offer tu deserve us. Pandai pun tak. Kaya pun tak. Perangai hauk. Gaya je menang. 

Pulak tu bila tengok rival lebih dari dia in so many ways. Hensem pun lebih. Kaya pun lebih. Pandai pun lebih. Gaya pun lebih. Jadi, apa cara nak menang? Ugutlah. Buat cerita. Canang kat orang kau begini begitu.

Orang rilek selalunya dia akan fight dengan cara yang lebih berkelas. Disebabkan dia pakai cara yang takde kelas, jadi aku biarkan je dia nak cakap apa pun. Itu je yang boleh buat dia rasa menang. Mengugut. Menfitnah. Memburukkan. 

Tak cukup bercerita kat semua kawan-kawan, dia gigih mencari geng-geng student Jepun and bercerita pulak dengan geng-geng tu yang aku ni "bekas" dia. Konon aku ni dah barai. Sampai kawan En Wan call aku bila dia dapat tahu aku masih awek orang. Betapa kerja kerasnya beliau nak memburukkan aku.

Kan ke bagus kerja keras dan kegigihan tu kau channel-kan kat academik biar result tak hauk? At least kalau tak kaya dan tak hensem pun, biarlah result tu menang sikit. Ada gak nampak future-nya. Ini tak. Semua pun hauk pastu expect aku terima kau? 

Aku dah lalu benda-benda ni 30 tahun lepas. Aku berharap ada sorang lelaki baik yang willing selamatkan budak perempuan tu. Just like how En Wan selamatkan aku. 

Percayalah cakap aku, pengugut ni takut kalau kau dah ada boyfriend baru. Dia takkan berani proceed. Sebab tujuan dia ugut tu nak malukan kau supaya kau takde future dan kembali berharap pada dia. Bila ada someone yang pilih kau walaupun kau ada sejarah silam, itu maknanya kau masih ada future, That's game over for them. Silap-silap dia gila sendiri.


2026-06-02

Salam 20th yenniversary Green Apple!


Salam 20th yenniversary Green Apple!

Hari ni genap 20 tahun aku berblogging. Belum terpikir nak stop.

Pernah ada orang tanya macamana aku konsisten berblogging. Mana aku cari masa nak menulis panjang-panjang.

Dia macam ni. Kalau kau memang buat benda tu sebab kau suka buat, kau tak rasa perlu find time. Just like kau makan, mandi, mekap. Kalau dah hari-hari buat benda yang sama, lama-lama dengan sendirinya terbuat tanpa sedar. Cuma maybe orang heran mana aku dapat idea nak menulis everyday. Post aku semua panjang-panjang dia kata. Hat ni pun aku rasa naturally berlaku. 

Tadi aku buat post kat IG and FB tanya since when korang baca blog aku. The replies semua buat aku rasa, woiii sumpah lama gila aku berblogging! Know-know, 20 tahun.

Percaya atau tak, awal-awal aku berblogging adalah in english? 

Konon masa tu berangan nak post-post aku menembusi peringkat antarabangsa. Manalah tahu kot Michael Jackson baca blog aku ke khennn. Tapi aku asyik nak merentan je, macam tak sedap pulak merentan in english. Sopan nau vocab-vocabnya. Tak puas. Last-last aku tulis in Malay. Barulah sampai maksud makian aku semua.`

Tadi ada orang cakap bahasa aku di blog sekarang 10 kali jauh lebih sopan dari dulu.

Ya, memang dulu gaya aku sangat kasar. Aku redah belasah je semua. Nak maki, maki. Nak carut, carut. Sekarang, dah tak kuasa nak merentan. Lebih suka observe saja dari jauh. Betul-betul ada benda nak komen je baru aku tulis panjang-panjang. Kalau tak, you are not worth my energy untuk diblogkan. 

Tapi sungguhlah bila dah berusia ni, emosi lebih relax. Nak yang tenang-tenang aja.

Dulu beli bra and panties baru pun aku share gambar. Try swimming suit pun aku tepek kat blog. Siap mintak orang vote suit mana lagi cantik. 

Zaman tu young and wild. Orang kata aku sexy dan daring, padahal aku tak rasa apa-apa pun. Contohnya swimming suit. Takde lansung terdetik di hati nak tunjuk body. TAK. Tujuan aku memang nak tunjuk baju-baju yang aku try. Buat apa tunjuk sebab nak tunjuk body? Baik aku tunjuk gambar pakai baju tu kat swimming pool je nanti.

Pernah aku tepek gambar pose depan kereta aveo, baju yang aku pakai tu kemeja biasa je. Cuma butang baju sengaja bukak, menampakkan tube kat dalam. Pastu ada orang komen "Butang tu boleh je tutup, yang nak bukak buat apa?"

Itulah namanya FESYEN, bodo. Aku bukak butang tu sebab aku pakai tube kat dalam. Lainlah kalau kemeja tu terbukak tapi nampak tetek kat dalam, tu baru namanya nak tunjuk tetek. Halah halahhhh. 

Aku berblogging semasa makan gaji. Jadi kebanyakan blog post aku berkait dengan hal kerja, orang-orang di tempat kerja dan selebihnya rutin harian di rumah - pasal aku, En Wan, Redza dan bibik. Tak banyak post pasal makan luar, atau shopping, atau holiday sebab jarang buat benda-benda ni. 

Dulu ada bibik yang masak, jadi tak perlulah kejap-kejap makan luar macam sekarang. Anak pun kecik lagi, banyak nak pakai duit. Jadi kitorang banyak simpan duit, tak berhoya-hoya sangat. Sebab itulah blog aku dulu banyak gamba camwhoring, sebab aku takde pergi tempat lain selain ke opis. Maka, gambar di workstation ofis lagi banyak dari gambar holiday. But I is very happy, walaupun hanya ke workstation. Mbhahaha.

Cuma ralat sebab tak banyak gambar-gambar aku semasa bekerja. Dulu ke mana-mana lone ranger, takde siapa boleh ambilkan gambar aku tengah bercakap dengan customer, atau buat demo kat lab, atau bagi talk. Takkan aku nak berselfie kat opis customer kot. Pelik nau nampaknya. Padahal zaman makan gajilah paling banyak aktiviti aku buat. Dengan exhibitionnya, dengan demonya, dengan talknya, dengan buat workshopnya. Ralat sungguh takde gambar-gambar ni semua.

Korang kalau ada kesempatan ambiklah gambar masa tengah bekerja. Biarlah orang kata "sikit-sikit nak bergambar". BIAR! Itu untuk kenangan kau lagi 20 tahun.

Ini pun nasib baik aku blogger. Ada la jugak kenangan gambar-gambar lama, gambar masa muda, gambar anak-anak kecil. Bayangkan aku bukan blogger, mesti takde satu pun kenangan untuk aku kenang. Takde bukti aku nak tunjuk yang aku begitu begini masa muda sebab kalau takde blog mesti aku makin rasa takde keperluan nak berselfie and bergambo.

Dulu En Wan selalu perli-perli everytime aku menulis. Dia tanya "Tulis panjang-panjang ada orang baca ke?"

Dia ingat aku menulis sebab nak orang baca ke? Aku ni takde orang kat depan pun aku boleh bercakap sorang-sorang tau. Setakat menulis takde orang baca apa adehallll.

Aku menulis sebab aku ada banyak benda nak cerita. Kalau aku jenis yang menulis sebab nak orang baca, dah lama aku bukak balik comment section kat blog. Aku tutup ruangan komen sebab too many to reply. Kalau tak reply karang orang kata menyombong. Tapi nak reply pun kadang-kadang takde idea nak reply apa. Maka aku tutup terus. Biarlah siapa nak baca, baca. Taknak baca, sudah.

Actually sejak 1-2 minggu lepas aku dah start simpan blog-blog post yang aku rasa tak sesuai lagi nak dipublickan. Kebanyakannya yang ada gambar lama dan post-post maki hamun level teratas. Masa baca balik post-post lama, ada yang aku dah lupa pun kejadian tu berlaku.

Contohnya kes kena serang dek wife kepada sorang lelaki dari ofis sebelah. Laki dia snap candid gambar aku tengah makan kat cafe, aku pulak yang dimakinya. Bukan aku yang simpan gambar laki kau.

Pastu sorang lecturer UMT and reseacher kat biotech company di Negeri Sembilan (dua-duanya chinese) mengorat aku.

Yang ni kelakar sebab colleague and bosses kat opis pun tahu. Sampaikan dorang semua bekerjasama sorokkan aku bila that researcher tiba-tiba drop by kat ofis. Setiap kali ada exhibition mesti berlama-lama kat booth kitorang. Boss aku cakap layan je dia sembang, senang nak close deal. Masalahnya dia menyembang bukan hal kerja. Rimas aku. Elok-elok hensem terus aku nampak tak hensem dah.

Yang lecturer UMT tu ala-ala Leon Lai mukanya. Hat ni aku bengang. UMT tu lubuk komisyen aku. Aku banyak jual produk kat situ. Sekali dia pi bagitau salah sorang colleague yang dia suka aku, terussssss boss aku tukarkan aku pegang akaun uni lain. Taknak ada masalah di masa depan kekdahnya. Padan muka dia. Terus tak dapat jumpa aku dah. Kahkahkah.

Then kes aku lost opportunity untuk close deal new institute kat UMT. Masa tu aku baik dengan salah seorang Pengarahnya. Dah present, dah demo. Sekali, CEO aku take over dengan discussion. Dia brag about things he shouldn't do. Pengarah tu naik meluat, terus aku hilang opportunity. Menangis-nangis aku bagitau boss (immediate supervisor). Penat aku bersengkang mata buat proposal, ice-breaking, ujung-ujung dia take over hanya untuk ruinkan semuanya. Bahabi.

Then kisah boss lempar sales report kat muka aku. Berdengung kejap.

Tu belum lagi dengan cerita-cerita hantu masa duduk hotel time outstation. Ohhh banyaknya cerita kenangan ni kat blog. Nasib baik aku blog semua ni, kalau tak, aku pun lupa agaknya.

Dalam banyak-banyak kisah pi outstation, aku takleh lupa aku outstation dengan sorang colleague lelaki, chinese. Kitorang ke USM ada exhibition. Company letak kitorang kat Sunway Hotel. Sebilik sorang. Of cos la kan, takkan tido sebilik kot. Masalahnya aku ni penakut. Aku takkan boleh lelap mata kalau tido sorang. Mampus nak kerja esok tak dapat ni. Lalu, aku mintak colleague aku ni buat kerja dalam bilik aku. Kebetulan memang kitorang ada kerja nak disiapkan.

Dia pun lepak bilik aku buat kerja. Pastu aku nak tido. Aku tak kasik dia balik ke bilik dia. Aku cakap kau kena stay sini sampai aku tetido. Pastu kau balik bilik dengan senyap. Kalau aku tersedar sebab kau bising, kau takleh balik. Kau tido kat bilik aku. 

Tak, bila aku pikir-pikir balik apa ke naif sangat aku dulu? Lansung tak terpikir kena tangkap khalwat ke, atau pun that guy akan rape aku ke. Lansung tak terlintas. Rilek je aku boleh membuta atas katil sedangkan dia ada dalam bilik. Kau dah kenapa, Diana???

Ada lagi, aku outstation ke Bangkok dengan collague lelaki, chinese juga. Kat Bangkok malam-malam kitorang dua pergi shopping macam night market area. Bangkok kan banyak baju tido lawa-lawa. Aku pun beli. Si Kelvin tu helok je melayan aku beli lingerie, beli bra. Siap tanya aku size apa, dia sama-sama tolong carikan. Aku syak aku memang clueless lah dulu.

Tapi cerita-cerita ni semua aku dah privatekan, beserta gambar lingeri dan bra yang dibeli. Matilanakkkk gambar bra pun letak kat blog dulu.

Oklah, terima kasih kepada semua blog readers yang sudi baca post aku selama ni. Blog post aku sekarang aku tepek di IGS dan FBS juga. Tak perlu masuk blog dah. Masuk sana bukan kau boleh komen pun.


2026-06-01

Aku pergi sebabkan memori itu saja


Konsert BTS bakal buat kat Malaysia. 

Aku tak kenal BTS, tapi Rayyan kenal. Cuma dia belum tahap menggila punya minat. Sekadar kenal saja.

Aku tak kenal BTS, tapi last month ada klip dorang perform kat award event di USA yang went viral, kan? Yang suara penyanyinya off tune belaka. BTS kan tu? Aku rasa betul dah cuma tak reti nak cari klip videonya kat mana. Teruk juga kena kecam video tu. Ramai kata BTS memang tak boleh menyanyi, menang kat muka and menari je.

Salah ke minat penyanyi yang tak boleh menyanyi?

Tak salah.

Actually, trend minat retis sebab muka ni dari zaman aku dulu ada. Kalau korang kenal Jimmy Lin and Nicky Wu, itu dua retis Hong Kong. Muka A class. Sekejapan mengumpul peminat, tapi habis kat situ je lah. 

Award based on populariti and voting by viewers memang menang kat dua orang ni. Tapi award based on quality, based on singing, based on performance jangan harap dapat. Alangkan Hacken Lee yang suara nak mampos punya sedap pun jarang menang award, lagikan Jimmy Lin and Nicky Wu. Lamberttttt lagi. Tapi ada satu lagu Nicky Wu aku save dalam playlist. Sedap.

Kalau perempuan pulak, Gigi Lai and Charlie Yeung. Muka cun A class. Dah elok-elok jadi pelakon, sibuk nak menyanyi. Padahal suara hauk. Tapi disebabkan dorang ni boleh berlakon, maka dapat maintain dalam industri.

Siapa nak minat artis disebabkan rupa dan personaliti silakan. Some people tak kisah suara jamban, janji personaliti bagus katanya. Tu pasal kebanyakan rancangan realiti nyanyian, akhirnya yang popular those yang suara tak sedap, tapi menang kat muka atau personaliti.

Aku memang TAK AKAN minat retis yang takde bakat, takde achievement, let alone suara karaoke jamban.

Tahun 90an, Beyond bukan retis yang sangat popular pun kat Hong Kong. Zaman tu, HK lagi minat single artis. Audience dorang suka lagu-lagu pop and slow number. Artis HK masa tu banyak nyanyi lagu-lagu dari dari negara lain yang dialih bahasa ke Cantonese. Antara lagu yang dorang convert - Hangatnya Cinta (Leon Lai nyanyi) and Cintamu Muzik Di Hatiku (Cally Kwong). Most of them banyak alih bahasa lagu from Jepun. Dulu Jepun lagu sedap-sedap.

Zaman tu, aku minat Leslie, Beyond and Hacken Lee.

Masa aku start minat Leslie, aku kenal dia thru lakonan. Tak tahu pun dia penyanyi. Bila aku study history and achievement dia, ohhh bukan calang-calang rupanya. Bila tahu yang dia banyak tulis lagu-lagu sendiri and lagu-lagunya banyak menang OST filem, semakinlah aku minat.

Beyond, aku minat sebab they play music. Dorang tak pernah nyanyi lagu orang lain selain lagu dorang cipta sendiri. And lagu-lagu dorang sedap, cuma HK tak terima musician. HK lebih minat artis solo. That's why Beyond lagi famous kat Jepun. Dorang akhirnya pindah sana. Ka Kui mati pun di sana.

Hacken Lee is sooooo underrated. Masa aku minat dia, aku tak tahu yang dia penyanyi. Masa tu dia berlakon dalam drama pukul 6 pm tajuknya Two of a Kind. Dia berlakon jadi abang tiri kepada Paul Wong (guitaris Beyond). Rupanya lagu tema drama tu lagu dia. 

Hacken ni suara sangatttt sedap, lagi sedap dari Leslie. Tapi dia takde rupa. Dia kategori cina kulit gelap. Tak ramai peminat, tapi disebabkan suara dia sedap, lagu-lagu dia semua jadi sedap.

Punyalah lama dia dalam industri orang tak recognize bakat dia, until Alan Tam jadikan dia protege. Terus meroket, sampai sekarang famous. Dia punya famous tu, masa kawen pengapit dia adalah Andy Lau! Mesti dia pun tak sangka one day Andy Lau jadi pengapit dia. Padahal masa Jade Solid Gold Award tahun 1993, dia duduk 2 row di belakang Andy Lau. Punyalah nobody. 

Sebenarnya, antara 4 Heavenly Kings di zaman Canto-Pop, hanya Jacky Cheung and Leon Lai je yang boleh menyanyi. Andy Lau and Aaron Kwok suara tak sedap. Aaron kekuatannya menari. Andy kekuatannya muka memang hensem nak mampus dan dia boleh berlakon. Tapi menyanyi tak. Suara Andy Lau tak sedap sebenarnya. Jacky Cheung and Leon Lai suara sedap, lagu-lagu pun sedap. Walaupun aku tak minat Leon Lai, kaset dia banyak juga aku beli.

Aku minat actor China pun hanya yang boleh berlakon. I dont mind muka macamana, janji boleh berlakon. After all kau ACTOR kot, buat apa kau menang muka tapi lakonan hauk? That's where Johnny Huang comes in. Puas tengok lakonan dia. Natural. Real. Walaupun tak hensem mana dan bukan traffic actor, takpe. Janji berlakon tak kayu.

Lusa aku akan ke fan screening dokumentari filem Because of You Ka Kui. Screening 3 jam. 2 jam movie, 1 jam live band. Movie ni official release on 11th. Sengaja aku join fan screening because I am a fan! 

Aku nak tengok live band. Walaupun live band tu bukan Beyond, takpelah. Aku yakin dorang akan perform lagu-lagu hits Beyond. Aku nak kan memori tu saja. Nak tengok Beyond perform tak mungkin terjadi dah. Ka Kui dah 33 tahun mati. Aku nak mengenang memori saja. Memori kumpul duit belanja sebab nak beli kaset. Memori lepak dalam kedai kaset berlama-lama belek kaset Beyond. Memori tunggu depan TV every Jumaat nak tengok music chart Jade Solid Gold.

Hari tu masa Fauziah Latif buat konsert, ramai kutuk kata suara dia dah tak sesedap dulu.

NOPE! Korang tak faham. Yang pergi tu semua tahu Fauziah Latif dah tak boleh menyanyi sebaik dulu. Tapi dorang pergi bukan sebab nak tengok dia menyanyi perfect. Dorang pergi sebab MEMORI itu. 

Samalah macam GenKRU panggil Feminin dalam konsert. Kita semua tahu Feminin cannot sing live. Tapi kenapa kita tetap suka and bersorak and sing along? Because of the MEMORI. Just like fan screening Beyond Sabtu ni. Memori tu yang mahal. Jangan aku menangis masa live band tu perform dah.



Aku nampak post ni tadi kat Thread. Boifren ugut break kalau pergi konsert BTS. 

Dik, PUTUSKAN AJE! 
Angkat kaki, blah.

Belum apa-apa dah main ugut-ugut. Kalau aku, pegi mampos!

Tak payahlah couple dengan lelaki yang tak support minat kita. Ni bukan pasal concert BTS semata-mata. Bukan sebab artis mana yang kita suka. Tapi dari situ boleh nampak macam mana someone look at happiness dan kebebasan pasangan dia. 

Kalau minat kau tak memudaratkan sesiapa, tak mengganggu hubungan, tak menjejaskan kewangan, apehal yang sampai nak ugut-ugut putus? Benda macam ni pun nak ugut putus ke? Kau imagine esok dah kawen? Asal tak kena dengan kehendak dia, ugut cerai. Eh memang taklah aku.

That's why masa bercouple kita jangan sorok perangai sebenar kita. Biar pasangan kita nampak diri kita macamana. Kalau dia boleh get along dengan perangai kita, maknanya dia boleh bertolak-ansur dengan minat kita walau selepas kawen nanti.

Masa aku berkenal-kenalan dengan En Wan thru surat dulu, aku memang bercerita pasal kaset-kaset cina aku. Dia tahu aku gila cina dari awal. Dan dia tahu perangai gila-gila aku. Aku tak sorok diri aku yang sebenar. Dari awal lagi dia dah tahu Dusty Pink macamana perangainya, jadi sampai sekarang every time kitorang nak berjimba, suami masing-masing takde halangan. Nak melepak makan-makan, nak trip sama-sama, nak tengok konsert, nak staycation -- alhamdulillah suami kitorang sekufu nampaknya. Because dorang kenal perangai bini masing-masing sebelum kawen lagi. 

En Wan takde la kata membagi sokongan aku melayan cina-cina ni semua, tapi dia jenis tak kisah. Dia tahu that is my happiness. Benda yang aku dah minat sebelum dia wujud dalam hidup aku, buat apa nak halang-halang? Alangkan Mak Aji koyak poster Leslie pun aku masih sorok-sorok beli kaset, inikan kau yang ntah sape-sape nak ugut-ugut? Jangannnnn. Kakiku di dahimu nanti. 

En Wan memang melayan aku punya minat. Dia sama-sama carikan DVD Leslie and Beyond kat Speedy and kedai kaset. Bawak aku gi Hong Kong main reasonnya sebab nak fulfilled kan impian aku "jumpa" Leslie. Pakkal masa tu Mak Aji join sekali je, kalau tak memang dah sampai aku ke kubur Wong Ka Kui. 

Last year masa kedai pertama Zhou Liu Fu bukak kat Malaysia, kat Pavi Bukit Jalil, beria dia bawak aku semata-mata bininya minat Johnny Huang. Padahal Johnny-nya takde pun. Ada video besar terpampang depan kedai je. Pun jadikkkkk. 

Ni fan screening Because of You Ka Kui, aku tak mintak sebenarnya. Aku cuma minta dia bawak aku tengok movie on 11th. Tapi dia ni observant. Tau-tau je dia book-kan 2 tiket. Aku cakap apesal 2? 1 je dah lah, aku sorang. Takpe dia kata, dia masuk sekali. Dia pun nak tengok apa benda yang bini dia minat sangat dengan Beyond ni. Aku cakap beware, ya. Aku maybe lupa aku dah ada suami kat dalam tu nanti. 

Sebagaimana aku tak halang dia dengan minat dia ke stadium bola, dia pun tak pernah halang aku dengan cina-cina aku. Dia punya tahap supportive tu sampai playlist kereta dia pun ada lagu cina. 

Kat opis, aku pasang lagu cina. Kat rumah, dia tadah je telinga dengar aku tengok cerita cina. Exam HSK (mandarin) aku pun dia bayarkan. Tu yang Mak Aji givap tu. Dulu dia buang poster-poster cina aku sebab takut aku kawen dengan cina. Sekali dapat menantu yang menyokong minat anak dia. Jem. Kahkahkah.

Dik, relationship yang healthy is bila kita boleh jadi diri sendiri tanpa dijudge atau dikontrol. Dengar aku cakap, ya. Ni bukan nak menakut-nakutkan. Tapi bolehlah dipikir-pikirkan.

Hari ni dia suruh pilih antara dia atau concert. Esok maybe dia suruh pilih antara dia atau kawan-kawan. Lepas tu pilih antara dia atau kerjaya. Lama-lama yang sedap dia, kau menganga. Orang macam tu dia akan slowly kecilkan ruang kau untuk pastikan dia selesa.

Partner yang betul tak semestinya faham semua minat kita. Tapi dia akan happy bila tengok kita happy. Dia maybe tak ikut pergi concert, tapi dia akan tanya, “Best tak?” Dia mungkin tak hafal satu pun lagu BTS kau, tapi dia akan pastikan kau sampai dengan selamat dan balik dengan happy. 

So yes, aku vote break je lah dari lelaki macam tu. 

Bunga bukan sekuntum, kote pun bukan sebatang. Move on!

  


2026-05-29

Someone yang biasa dengan gaya daring, tiba-tiba pakai tudung — BERAT.


Post hari ni menjawab DM lagi.

Dia kata dia blog reader dari sebelum ada Rayyan. Blog readers yang baca blog aku sebelum 2010 adalah blog readers yang familiar dengan penyakit camwhoring aku. Lepas ada Rayyan aku dah jarang upload gambar selfie sebab tak lama lepas dapat Rayyan aku dah bertudung. Dia cakap she’s one of those yang terkejut tiba-tiba one day aku tepek gambar bertudung kat blog post.

Yes, aku ingat post tu. Gambar selfie kat ofis, pakai tudung sarung beli kat Giant Putra Heights. Nak pakai shawl tak pandai lagi masa ni. Pakai je tudung awning sarung tu, settle.

Masa tu kan lain tau rasa dia. Firstly, rasa apesal cepat sangat aku bersiap? Sebab aku takyah membega rambut like dulu. Muka aku berubah sebab rambut. Bila dah pakai tudung, aku tak nampak wajah aku yang pelbagai. Jadi boring. Bila boring, aku mekap pun ala kadar. Sebab excitement tu dah takde. Terasa jugak selekehnya aku ni pi jumpa client. Tudung sarung, baju blouse loose, loose pants. Macam tak semenggah. Tak bersiap. Terus jadi demotivated nak buat sales because aku tak seronok dengan diri sendiri.

Shopping beli baju semua tak berkenan. Masa tu baju untuk muslimah semua buruk. Sumpah aku cakap BURUK! Dengan kain tebalnya, kain kejung, warna pun jenis warna murah. Pakai macamana pun tetap nampak tak cantik. Benci aku. Masa ni mulalah rasa menyesal tak pikir habis-habis sebelum bertudung. Aku bukan nak orang nampak aku cantik, tapi aku nak seronok tengok diri sendiri cantik. Kalau aku sendiri menyampah tengok muka aku, camana aku nak carry diri aku depan orang?

Aku pernah kata dulu, someone yang biasa dengan gaya daring, tiba-tiba pakai tudung — BERAT. Berat sangat nak meneruskan bertudung. Sebab banyak benda kena “start from scratch”. Bukan senang untuk someone yang dah biasa pakai baju tak cukup kain, tiba-tiba bertudung. Orang yang dari kecil dah bertudung takkan faham perasaan ni. Senang-senang je nak memaksa itu ini. Belum apa-apa dah ada yang komen suruh aku pakai tudung yang labuh (tudung sarung tu memang kecik). Kau boleh sabar tak?? Aku baru first day pakai, saitan.

Kau tak tahu beratnya someone yang bertahun-tahun free hair, bertahun-tahun pakai skirt pendek, bertahun-tahun pakai blouse see thru nampak bra kat dalam, nak mengubah penampilan. Jadi bila aku cuba untuk berubah, bagi aku masa.

Sengaja aku cover gambar ni dengan tulisan, kalau tak, pitam menengoknya.

Geram je aku baca dak Gen Z tulis kat Thread dia menyampah tengok Gen X and Millenials dah umur 40 an masih nak pakai jeans and sport shoes. Eh hello?? Seluar jeans and sport shoes tu dari zaman acik lagi dah ada. Tu baru acik pakai jeans, kau jangan sampai acik cari balik inner merah ni. Jangan nak macam-macam ya. Setakat kau punya OOTD tu acik bagi side eyes je *flip shawl RM39*

Bukan senang orang macam aku nak yakinkan diri sendiri untuk bertudung. Kau tak tahu berapa ramai aku hilang kawan sebab penampilan aku berubah. Customer pun ada yang dah tak mesra dengan aku sebab perubahan aku dorang nampak macam drastik sangat. Ye la, dorang pun pelik last week datang pakai skirt pendek, tau-tau hari ni bertudung. Masuk ajaran sesat ke apa Diana ni? Aaa gitu agaknya dorang pikir.

Jangan kata customer, kawan-kawan satu industri yang kenal aku pun terkejut “Eh Diana? What happened?”

What happened dia kata 😆.

Tapi aku fahamlah kenapa. Sebab aku dulu bukan sekadar free hair. Aku level atas sikit dari free hair tu. Jadi bila aku bertudung, orang takut.

Masa ni dah pandai pakai shawl. Nasib baik ada Ariani. Shawl and tudung dia semua kena dengan selera aku. Masa ni beli shawl Ariani macam beli ikan. Sauk sauk sauk sauk, bayar. Tak pikir harga dah. Pikir nak cantik je. Sebab aku dah “hilang” rambut aku. So I need replacement. That replacement mesti cantik. Ariani punya shawl cenggini 👍🏻👍🏻👍🏻. Tapi poket rabaklah.

Masa ni tudung masih singkat. Sebab sayang pulak baju ada details kat dada tapi tak tunjuk kat orang, kan? 😆 Maka aku “terpaksa” singkatkan tudung. Waktu tu aku dah givap mencari baju muslimah. Last-last aku pakai je blouse macam biasa. Blouse aku dalam gambar tu semuanya see thru. Tapi aku pakai inner penuh. At least takde la nampak selekeh sangat. Barulah datang balik konfiden aku.

Now dah banyak baju loose long sleeves yang cantik-cantik. Dulu aku selalu beli kat Dorothy Perkins, now brand tu dah takde. So aku shop kat ELLE and Eichitoo. Kalau seluar, Uniqlo. Tapi dah lama aku tak shopping. Malas.

Aku lalui semua proses ni, jadi aku sangat faham kalau ada orang yang pakai tudung lilit tengkuk, pakai selendang jambul terkeluar kat depan, pakai turban, pakai baju ketat — aku faham. Aku bukan orang terbaik nak cakap pasal hukum, tapi aku percaya Allah memandang usaha. Dia tahu hidayah yang dia bagi tu berat untuk kau carry. Dalam ramai-ramai orang, DIA pilih kau yang hari-hari pakai baju tak cukup kain, untuk bertudung. Maka, singkat ke, lilit ke, pakai je dulu.

Sebenarnya aku lagi surprised bila En Wan support aku bertudung. En Wan tak pernah encourage aku bertudung sebelum ni. Dia memang suka aku free hair. Baju-baju aku semua dapat approval dia. Kalau dia kata cantik, walau aku tak berkenan, tetap beli. Bila aku cakap nak bertudung, dia ok je. Cuma bersyarat. Syaratnya gaya bertudung tu kat luar je. Kat rumah kena stay macam sebelum bertudung. Still with shorts and sleeveless. Dia tak suka aku sopan sangat kat rumah.

Masa mok tinggal sekali, aku pakai kat dalam bilik je. Now mok dah tak duduk sekali, aku masak kat dapur pun pakai T Shirt je. Seluar pun tak pakai. Tapi T Shirt tu paras paha la, takkanlah paras spender pulak. Tak siap-siap pulak aku masak nanti. Kahkahkah.


2026-05-27

Dulu kemain bangga lagi kurus kedengking gitu. Perasan cantik nau dah muka tirus.


Nah kauuuu. Berjujuk DM komen pasal post aku semalam. Korang yang bertanya ni memang start baca blog aku selepas aku bertudung eh? Sebab macam ramai jugak yang tanya soalan-soalan yang aku rasa readers zaman aku camwhoring, should know oready 😄.

Kurusnya Kak Diiii.
Gojesnya Kak Di.
Kak Di cantik sangat!
Boleh nampak akak sexy.


Ya ampunnnn. Murninya komen dan pujian korang. Padahal gambar ni dulu tepek kat blog, dapat makian je dik oiiii. Tak dapek dipuji-puji. Dipukikan aku lagi ada. Kahkahkahakahkah.

KAK DI KURUSNYAAAAAA.

Ya. Sekarang bila tengok balik gambar dulu aku macam… apa yang cengkung nau aku ni dulu? Eh tapi dulu takkkkkk. Dulu kemain bangga lagi kurus kedengking gitu. Perasan cantik nau dah muka tirus. Tulang kat bahu tu kalau boleh nak tayang kat semua sebab tulang yang timbul tu petanda aku slim! Gituuuu.

Tahun 2009 aku pi Hong Kong, beli jeans kat Giodano. Size 25. Kena pakai tali pinggang, ya! Size 25 masih kena jerut dengan tali pinggang. Sekarang size 25 sampai paha aku je. Naik atas sikit lagi, terus tercampak butang jeans tu.

Ni 2009 Disney HK. Kau tengok sekeping dan flatnya perut aku. Masa ni 45 kg. Baju pun XS. Tapi masa ni meratib dah gemuk dah gemuk dah gemuk.

Sebab apa?

Sebab masa aku menikah, berat aku 41 kg! Jadi, 45 kg dah gemuk bagi aku. Tapi umur 20an kurus takpe, sebab otot kita, kulit kita, kolagen kita masih solid. Kalau umur aku sekarang berat 45kg, mau terjojol bijik mata. Dah macam terkeluar soket mata. Jangan dibuat, ya! Jangan tua-tua baru sibuk nak 45 kg. Nanti lain yang kau dapat. Masa muda kau tak nak slim, dah tua baru nak slim, silap-silap menopos awal.

Umur aku 33, aku pernah cuba untuk jadi kurus semula. Selepas bersalin Rayyan aku diet gila-gila. Penyudahnya muka aku jadi sangat cengkung. Ohh tapi masa ni proud sebab dapat kembali ke berat asal. Now bila tengok balik gambar, dah macam jerangkung.

Masa ni Rayyan belum setahun. Aku diet extreme sebab nak masuk market semula. Nak meet ramai customer, terpaksa dapatkan balik berat badan sebelum bersalin. Kalau tak, skirt-skirt aku semua tak muat. Dahlah baju kerja aku semua jenis “muat-muat”. Nak tak nak, aku on extreme diet. Hasilnya ginilah, cengkung. Senyum pun tak nampak pipi, nampak tulang pipi je.

Ada satu follower ni kata tak sangka Kak Di gojes masa muda. Kahkahkahkah.

Muda, dik. Muda. Siapa je lah zaman muda tak gojes? Cuma yang lain-lain tu tak gila macam aku rajin berselfie everyday 😆. Aku punya selfie beribu! Everyday selfie kot kerja aku. Sampai sekarang everyday aku selfie. Lagi 20 tahun kalau umur panjang nanti boleh jadi modal tunjuk kat cucu-cucu aku nenek dulu penah gojes, cu. Mbhahahaha.

Tergelak bila tengok gambar lama. Aku punya OOTD ke opis dulu antara dua je — kalau tak singkat, mesti terkuak kat dada. Patutlah kena kecam.Tengok balik gambar, betullah. Baju kemeja aku tak pernah butang sampai atas. 2 butang pertama mesti aku bukak. Rasa tak bernafas tetek kalau butang sampai atas. Kena kuakkan sikit, that’s why aku always pakai tube kat dalam.

Satu benda je la yang aku masih tak dapat faham kenapa baju-baju aku dulu dapat kecaman haters tapi colleague and customers mostly ok je. Contohnya baju bawah ni. Itu baju gi ofis. Kemeja and skirt. Skirt paras lutut. Baju kemeja. Cuma butang tu terkuak BUT dalam ada tube. Kat mana yang sexy-nya? Takde. Tak sexy tapi I is kena kecam. I is tak faham.

Dulu konpiden je aku pakai baju warna putih, cream, yellow walaupun kulit gelap, kan? 
Macam “like I care??” 😆.

Dulu selfie tepi workstation dada terkuak. Now dada cover sampai perut, ya. OMG. People changed. Tengok gambar sendiri baru sedar. That’s why, maybe this is the MAIN reason kenapa aku tak suka jugde orang yang pakai terkuak, atau tudung singkat, atau baju ketat. Because I was like that before. Aku punya gaya dulu sampai orang tak sangka aku akan bertudung. Bila dah bertudung orang siap betting aku takkan lama bertudung.

Hari tu masa balik Tganu ada satu motor besar ni laju gila potong kitorang pastu cilok sana sini. Padahal moto besar tu. Kalaulah terjatuh, naya. Aku cakap “Ya Allah! Lajunya. Selamatkanlah dia”

Pastu En Wan cakap “Awak ni kalau moto kereta tengah berlumba mesti awak cakap camtu. Apesal?”

Sebab aku taknak dorang berlanggar depan mata aku, tercampak, mati. Jadi, lebih baik aku doakan.

Samalah everytime nampak kapal terbang melintas, otomatik aku cakap “Ya Allah selamatkan perjalanan dorang. Janganlah ada gegar-gegar kat atas tu”

Aku rasa mesti dalam ramai-ramai yang baca blog aku, ada orang yang benar-benar ikhlas doakan “Ya Allah, jentikkan hati Kak Di untuk tinggalkan gaya seksi ni”. Agaknya la.

Ok bye. Nak tido. Doakan aku tak kena lepuk lagi dengan En Wan malam ni. Kalau dia buat hal lagi, aku bangun lepuk kote dia.


2026-05-26

Matilanakkkkk murung Kajol baca karang. Elok-elok panjang umur dia, terus pendek napas.


Seronok aku membaca DMs dak-dak ni lepas tengok IG feed gambar aku 20s vs 40s. Banyak komen sama — “Macam Kajoll”

Matilanakkkkk murung Kajol baca karang. Elok-elok panjang umur dia, terus pendek napas.

Lama dah aku tak dengar orang kata muka aku macam Kajol. Rasanya menjak aku bertudung jarang dengar. Betullah teori aku hari tu — aku ni kalau tak bertudung memang nampak macam India. Dah bertudung kurang sikit keindiaan tu agaknya.

Tadi Rayyan tengok gambar-gambar zaman muda aku tu. Dia tanya mata mama dulu besar, now dah kecil.

Ya, nak. Itulah tanda TUA. Bijik mata tak beza banyak. Yang beza tu bentuk mata sebab kelopak mata dah jatuh sikit, that’s why makin berusia mata dah tak sebesar dulu. Lagi satu, lemak-lemak kat sekitar mata dah menyusut. Jadi kuranglah support pada bentuk mata tu.

Ingat tak Zahid Hamidi pernah operate kelopak mata? Itulah faktor aging. Kelopak mata kita akan jatuh. Kalau mata memang kecil dari muda, maybe bila makin berusia ada risiko mengganggu penglihatan.

Tengok mata acik zaman muda. Bukan main terbeliak lagi. Dah la mata memang besar, aku pi highlite lagi mata aku dengan eyeliner, maskara, eyeshadow. Kadang tu buat smokey eyes, punya nak highlightkan mata. Dari jauh orang dah nampak mata aku dulu 😆. Now mata aku tak sebesar ini dah rasanya. Tu yang kadang-kadang orang kata muka aku macam Korea la, Cina la. Tiberrrr. Yang pelik-pelik je. Maybe itulah impak AGING. Wajah kita akan berubah sikit.

Seronok si Rayyan mengkomen gambar-gambar lama aku. Dulu gambar-gambar ni ada kat blog. Pastu bila bertudung aku pixelkan. Lama-lama penat nak pixel, aku convert post kepada draft. Banyak post bergambar aku dalam bentuk draft. Sebab aku penat nak pixelkan gambar. Tapi semua gambar ni aku ada simpan ori copy dalam google drive. Adalah kenangan nak tengok balik.

Dulu kan aku rasa macam apa benda aku nak buat dengan gambar-gambar selfie aku ni?

Oiiii acik ni dulu ratu selfie, nak. Oh tak. Dulu kita tak panggil selfie. Kita panggil CAMWHORE! Acik dulu haters gelarkan RATU CAMWHORE. Kahkahkahkah.

Sebab?

Sebab everyday aku tepek gambar aku berselfie. Eh, bercamwhore 😆. Sukati akulah, aku tepek pun kat blog aku. Kau yang hari-hari masuk blog aku sape suruh? Mbahahahah.

Aku memang suka selfie atau ambil gambar depan cermin. Aku suka ambik gambar mekap aku, rambut aku, OOTD aku on that day. Sebab bila lagi aku nak bercantik-cantik? Hari kerja je la kita dapat bercantik-cantik. Maka, lepas bersiap, ambiklah gambar.

Dulu tak rasa gambar ni semua penting. Dah 20 tahun berlalu, bila selak balik satu-satu barulah rasa…wahhh begitu rupanya aku dulu ya. Mengingatkan bahawa aku pernah muda. Pernah bergaya macam dak-dak sekarang. Pernahlah color rambut, pakai mekap, conteng kuku — pernah.

Now dah tua, mudah-mudahan takde dah rasa nak kembali bergaya macam dulu sebab dah puas rasa. Bagilah budak-budak muda pulak take turn. Esok lagi 20 tahun dia pun akan jadi macam kita-kita ni juga.

Pehhhh! Pinggang secekak, dikkk. Acik pernah pinggang secekak! Betapa lonjongnya muka aku dulu.

Zaman ni berat aku 44-45 kg. Ni tahun 2008-2009. Belum ada Rayyan lagi. Sepadanlah dengan En Wan. Masa ni dia pun berat takat 50 kg je. Gen-gen Z jangan pandang lekeh sangat dengan gen X and Y, ya. Sebab korang at age 28-29 now belum tentu gojes macam kitorang at age tu dulu. Dah keluar anak sorang masih 45 kg. Wow! Unsangkarable betul tengok body aku dulu. Mana datang lemak-lemak aku ni sekarang? Kahkahkahkah.

But it’s ok. Again, kita pernah gojes. Sekarang tak gojes takpelah. Dapat sihat dah besar rahmat dah. Sungguh wei. Umur macam aku sekarang, tak makan ubat hospital pun dah syukur. Nak masuk 50 dah kot. Apa nak lagi, kan? Dapat sihat dah kurniaan paling besar.

Dulu zaman 20 an memanglah kita pikir nak kurus, nak cantik, nak sexy. Patut padanlah pun dengan usia. Masih mencari identiti orang kata. Now dah 40-an kalau masih lagi nak menyeksi, terseksa orang tengok. Bukan apa, kurus kita sekarang tak sama macam kurus zaman muda. Sumpah tak sama! Bila tengok balik gambar aku dulu, aku turunkan berat badan sampai 45 kg pun takkan jadi secantik dulu. Sebab bentuk badan kita dah lari. Allignment tak cantik macam zaman muda. Bontot dah jatuh. Tetek dah jatuh. Tulang muka dah lain. Makan toksahlah kurus-kurus sangat. Aim IDEAL WEIGHT cukup.

Baru aku perasan zaman muda dulu aku tak pakai lipstik merah menyala. Warna lipstik aku nude-nude je. Sebab apa entah. Lupa. Maybe sebab zaman tu pesen warna nude kot. Now kalau pakai nude, terus lebam jadinya muka aku 😆. Dah jadi acik-acik ni biorlah lipstik tu terang sikit. Barulah nampak sikit serinya.

Dahlah aku nak tido. Penat aku hari ni buat rendang paru, buat bubur lambuk. Dah macam hari raya!


2026-05-22

Aku tak tahu macamana cara pemilihan UPU sekarang tapi kalau ikut logik, kau takkan dapat tempat kalau kau TAK mintak.


Kat Thread tengah hot pasal result UPU. Dah 3 hari dah tak habis-habis topik ni. Rata-rata budak-budak tak puas hati dapat offer yang dorang tak minat. Aku tak tahu macamana cara pemilihan UPU sekarang tapi kalau ikut logik, kau takkan dapat tempat kalau kau TAK mintak. Walaupun offer yang kau dapat tu pilihan ke-10, chances kau akan dapat pilihan ke-10 sebab kau yang mintak.

Ramai yang kecewa, termasuk mak bapak kecewa sebab anak tak dapat asasi, tak dapat matrik, tak dapat uni yang diminta, dan macam-macam lagi.

Dia macam ni la, dik. Korang kena faham yang sekarang ni straight As saja dah 13,500. Makin tahun makin bertambah. Tapi IPTA tak bertambah. Tetap banyak tu je. Jadi saingannya sengit. Alangkan zaman Redza dulu pun dah sengit. Tahun Redza dulu straight As 9000. Punnnn macam nak kiamat meng-compete.

Aku tanya En Wan berapa merit Redza dulu?

96%.

Waktu tu UM punya requirement 92%. Redza dapat Asasi UM. Now dah berapa requirement UM, masih sama atau naik? Dengan level of ramainya budak pandai now, sedangkan kuota kemasukan UM tak bertambah, dah tentu tapisannya lebih strict. Maka, tak perlukan kecewa tak dapat uni yang diminta sebab dengan ramainya budak pandai now, dapat tawaran pun dah besar rahmat!

Pastu ramai pulak yang kecewa dapat UiTM.

Lahhjh, nak kecewa hapenya. Kau mintak UKM dapat UiTM? So what? Kau ingat dapat masuk UKM tu menjamin kau punya pointer bagus ke nanti, dik?

BELUM TENTU.

Meh sini acik nak riak sikit.

Tahun 2001 acik apply buat masters kat UKM dengan result graduation dari UNIMAS. Alahhh, UNIMAS yang orang kata stok budak-budak reject tu. Stok-stok yang katanya uni Semenanjung reject dulu.

Masa meeting perjumpaan student-student baru di fakulti, semua kena kenalkan diri one by one — nama, dari uni mana, berapa pointer, dan siapa supervisor projek masters.

Dalam ramai-ramai tu acik paling tinggi, dikkk. Padahal acik 3.54 je, tak first class pun. Second upper je. Tapi acik paling tinggi antara ramai-ramai. Padahal ada student masters yang asal dari UKM sendiri tapi resultnya 2.9 something. Aku sendiri terkejut.

Aku ingatkan nak buat masters kena 3.0 above? Takpelah, maybe dia memang student asal UKM, so ada kelebihan. My point is, tak kira di mana uni kau belajar, hasil akhir yang penting.

Before that, zaman matrik, aku pernah jadi tukang jaga exam student UKM. Semester break, saja cari duit lebih. Mak Aji kata uni nak pakai pembantu untuk jaga exam. Aku pun apply. Dapat.

Masa bersembang dengan salah sorang lecturer kat belakang dewan, dia tanya kitorang dari uni mana. Ada la 3-4 orang sebaya yang masing-masing belajar kat uni lain.

“Saya UNIMAS”

Lecturer tu tanya “UNIMAS cawangan Johor ke?”

“Tak. Saya di Kota Samarahan”

Dia reply “Saya pernah mengajar student-student UNIMAS. Student-studentnya slowlah”

Aku ada kat depan ni padahal. Tapi aku senyum je lah. Maybe dia biasa mengajar student UKM. Student UKM kan cream-cream katanya.

Takpelah, I is diam je. Takkan aku nak cakap “Saya pernah dapat offer USM tapi saya reject”. Biarlah. People make assumption based on their experience. Maybe experience dia mengajar kelompok student UNIMAS yang slow learner. Kalau dia mengajar aku, mesti persepsi dia berubah. Mesti dia kata POWER GILA STUDENT UNIMAS! Kahkahkahkahkahkahkahkah.

Adik-adik yang dapat Politek ke, UiTM ke, ambik je la tawaran tu. Belajar dulu baru tahu boleh carry ke tak. Ni tak. Ingat resukt cream time SPM ni bermakna kau boleh carry subjek Uni? Belum tentu, dik. Kawan-kawan Redza ada a few orang kat Birmingham yang kena repeat paper. Tu semua straight As time SPM dulu, dik. Maka, ambik je la offer Politek and UiTM tu. Buktikan you can graduate with flying colors. Melainkan mak bapak kau kaya boleh support ke IPTS, lain cerita. Bolehlah nak memilih. Ni kalau kau pun financially tak strong, belum masanya nak memilih, dik. Ambik je la offer tu dulu.

Sebut pasal uni, aku always teringat memori pahit masa berurusan dengan sorang lecturer kat salah sebuah uni di Semenanjung. Ni takde kena-mengena dengan study, ni urusan kerja.

Kejadian tahun 2008, masa aku kerja dengan Devil Wears Prada. Kisahnya, bos aku and one of my collegue ke Spore dengan dua orang customer dari that uni. On Monday meeting bos dah bagitau yang dia and kawan aku takde kat ofis for 2 days. Waktu tu dia tak mention yang 2 customer tu ikut tapi memandangkan aku yang call customer tu mintak full name as in passport so aku tau la dorang ikut sama.

Hari yang dorang ada kat Spore, aku gi that uni jumpa customer-customer lain. Ini aktiviti biasa. Biasalah, masuk lab sembang lebih kurang dengan customer.

Aku pun tanya, “Eh dengar-dengar cerita ada new lab bukak, apa jenis labnya? Siapa team member yang boleh saya jumpa?”

Science officer cakap “You can see this people (dia bagi a few names)”

Pastu dia cakap "Tapi Prof X takde hari ni, dia MC".

Prof ni leader of the group.

Aku selamba cakap "Eh, bukan Prof gi Spore dengan bos saya?"

Terpinga-pinga kejap science officer tu.

Aku reply, "Oh, maybe dia tak ikut kot".

Topic pun closed.
Kami sembang pasal lain pulak.

Tau-tau je petang yang sama Devil Wears Prada tanya apesal aku pi bagitau that science officer yang dorang pi Spore bawak Prof?

Aku pulak yang terpinga-pinga.

Now you tell me. How was I supposed to know it was meant to be a secret and not something I could tell other people? Ada kau bagitau benda ni rahsia? Tak, kan?

Bos aku cakap this Prof dah pissed off with statement aku and ntah hapa hapa dia bebel yang buatkan bos aku melenting.

Bos bagitahu that trip was cancelled sebab melanggar polisi universiti. Polisi apa aku tak nak ambik tau.

Aku pun oh oklah. Kalau gitu, takpe. Aku mintak maaf. Aku mintak phone number that Prof sebab nak say sorry. Aku simple je beb, kalau aku tahu aku salah aku boleh je say sorry. Tapi sebelum tu aku nak tahu apesal tak jadik pergi jadi aku boleh explain kat that science officer.

Bos explained the Prof tak pegi sebab trip tu boleh melanggar polisi uni. Kawan aku pulak tak jadi join the trip sebab dia kena gi Melaka. Bos cakap dia sorang je ke Spore.

Ok lah. Aku call Prof.

Si Prof ni pulak cakap yang this is a big deal. Kemungkinan tittle Prof dia boleh ditarik balik just because aku cakap dia join bos aku ke Singapore.

Lahhh. Apehal lak sampai kena tarik tittle?
Aku yang buat silap takkan tittle kau yang kena cabut? Aku tak paham.

Aku cakap, aku akan explain to the science officer and kalau kena bawak jumpa big bos pun aku sanggup. Aku tak kisah, aku boleh mengaku salah, aku akan cakap yang aku buat cerita dia pegi Spore when sebenarnya dia tak pergi.

Pastu Prof ni kata, "Try talking to the science officer first about something else, so it doesn’t look like you’re only approaching them to cover up your mistake. Then slowly explain what happened and admit your mistake properly”

Lagi aku pening. Dah memang aku salah, aku nak pi mengaku salah pun kau tak bagi?

Lepas tu dia kata, kalau aku explain kat his big bos pun things is unlikely to change, sebab big bos maybe akan mintak passport as a proof dia tak pegi Spore.

Lagilah aku jem. Like, kalau dorang mintak passport, bagi je la. Dah memang kau tak pergi, kan?

So besides the science officer, aku contact one of the researcher kat tanya kenapa Prof ni marah sangat aku bagitau science officer dia pi that trip? Kalau tak pergi dah la, nanti aku explain la aku yang mereka-reka cerita.

“Dia kata dia MC hari tu, tapi kenapa saya contact dia tak dapat? (Pastu dia gelak-gelak). Takkan Dr Y pun MC kottttt (Dr Y is the other customer yang pergi dengan Prof)”

Aku contact science officer, “Sorry ye, saya tak tau pun trip tu sebenarnya tak jadi. I thot diorang semua pegi. Sorry banyak-banyak sebab salah bagi info.

Science officer reply, “Isokay Diana. Kitorang semua tau dia cakap benda yang tak betul sebab dia gelabah”

Lepas settle kes, aku email colleague cerita pasal kes ni.

----- Original Message ----
From:
To: Diana Ishak
Sent: Wednesday, September 10, 2008 8:54:34 PM
Subject:

D,

Wah, ni marah betul ni… type right after berbuka ke?
Memang u tak salah pun….

Prof X memang dari dulu lagi kuat makan under table, most probably org atas dah tau lama dah and tgh cari evidence and peluang to frame him…

Kalau I, I sanggup to loose the deal kalau nak kena main this way…If customer jenis bersih, then kita pun selamat.

Tambah sekarang ni semua org dah “baik” ngan BPR. Anyway, just follow your heart, you tak buat apa apa salah, so, takde apa yang nak dicover kan ….
Sale sikit takpe asalkan hati senang….Sale banyak tapi hati risau aja payah juga.


Now baru aku jelas kenapa this Prof gabra. Disebabkan nak cover kesalahan dia, aku yang kena jadi kambing hitam.

Ceritanya, dorang memang ke Singapore. This Prof punya lab nak beli instrument, nilainya RM3 juta. Instrument tu ada kat Singapore. That instrument is brand kitorang. So boss aku nak bawak dia ke Spore tunjuk instrument tu and demo pada dia. Kiranya nak lock the specs jadi specs yang keluar tender nanti adalah specs brand kitorang.

Aku tak tau pun benda tu rahsia. Bos aku yang bijaksana sangat tu pulak, apesal kau tak sound kitorang “I am going to Spore with these customers, but please keep it to yourself".

Tu la kenangannya menjadi kambing hitam. Tak tahu apa jadi dengan Prof tu selepas kes tu. Selepas kejadian tu, aku switch area dengan colleague. Aku taknak jaga that uni. Tapi relationship aku dengan Devil Wears Prada ok. At least dia tahu ketidaan dia hari tu aku tetap keluar buat sales kat that uni dan ada bukti besarrr aku keluar buat sales 😆.

Kes ni buatkan aku realized, duit under table ni wujud di mana-mana, especially kalau nak menang deal besar-besar. Macam kes Prof ni maybe the deal was dia akan dapat komisyen from company aku kalau dia keluarkan spec brand kitorang dalam tender. Tu pasal dia gabra beruk bila terkantoi dia pi Spore tengok demo unit.

Agaknya selama ni dia buat kerja ni takde bukti, sekali terkantoi tanpa sengaja oleh sales person lurus bendul macam aku. Terus jem dia.

Bos aku pulak gabra kalau Prof tu pissed off nanti dia tak jadi masukkan spec instrument kitorang dalam tender. Modal banyak keluar dah tu. Yang Prof gabra takut “kerja” dia selama ni akhirnya ada bukti dan title kena tarik balik.

Aku? Aku lah jadi kambing itam. Tak cukup itam lagi agaknya aku ni sampai nak dikambing itamkan pulak. Mbhahahhaha.


2026-05-21

Aku jumpa balik gambar-gambar rumah lama aku masa awal-awal pindah dulu.


Aku jumpa balik gambar-gambar rumah lama aku masa awal-awal pindah dulu. Ingatkan satu-satunya gambar rumah was gambar yang aku ambik masa nak jual rumah. Rupanya awal-awal pindah ada ambil juga. Masa tu masih light-light je lagi keadaan rumah. Tak meriah mana.

Bila umur nak masuk 50 tahun ni, aku rasa lega umur 20-an dah beli rumah. Walaupun masa tu terpaksa korbankan banyak keseronokan. Maklumlah zaman muda. Kalau nak ikut hati, memang banyak kehendak. Nak holiday, nak vacation, nak shopping, nak beli branded stuff. Pulak tu kita berkerja, everyday hadap colleague yang gaya kemain outstanding lagi. Macam menekan-nekan hati ini nak bergaya macam dorang juga.

Dak-dak sales gaya mantap, ya. Maklumlah hari-hari keluar jumpa customer, takkan nak repeat baju yang sama. Haruslah shopping. Kasut lagi, henbeg lagi, mekap lagi. Kereta dak-dak sale zaman tu Altis, Vios, Camry. Aku je Kancil 😆. Dah lama sikit upgrade ke Aveo.

Mujurlah En Wan punya determination kuat. Pengaruh dia buatkan aku sama-sama bertahan tak holiday tak shopping demi nak kumpul duit beli rumah.

Akhirnya tahun 2005, at age 28 tahun dapat masuk rumah sendiri. Rumah yang penuh drama sebab kontraktor lari tak siapkan renovation.

Masa tu area tu rumah kitorang yang buat “major” renovation. Takdelah besar mana pun tapi sebab waktu tu rumah kitorang je yang buat renovation dulu sebelum pindah masuk, kebanyakan jiran kat situ ingatkan kitorang anak orang kaya.

Masa tu pak incik kau dengan sport carnya pulak. Anak-anak lain gi taman naik tricycle, Redza rem moto. Bapak dia belikan moto untuk anak dia gi taman. Ammaknya pulak gi kerja pakai skirt belah depan. Wah sesuatu sangat kerjaya perempuan ni. Patutlah hidup mewah. Gitulah agaknya orang berkata. Kahkahkah.

Masa tu kan, orang yang paling membangkang aku beli rumah landed adalah Mak Aji. Sebab rumah kat Putra Heights mahal dia kata. Dia kata jangan nak berlagak-lagak beli rumah mahal, menyewa ke dulu. Aku la haiiii dia ni.

Tahun 2005 area Subang Jaya, landed, nak expect harga berapa? Sampai bila nak menyewa? Nak tak nak kena pejam mata, beli. Makin bertangguh, makin duit kitorang akan berkecai ke tempat lain. En Wan kata sementara komitmen belum banyak, anak belum sekolah, kena beli rumah dulu. Kalau tak, kita sentiasa akan nampak duit tu berlebih. Biar lock satu komitmen yang besar dan berbaloi pastu duit ada lebih baru buat benda lain.

Mak Aji benaunya suruh beli kat Bangi. Dia kata murah. Aku cakap takkan nak suruh laki aku berulang Bangi-Shah Alam everyday? Dia kata “Bapak kau bertahun-tahun berulang ke Shah Alam, kau tak pikir?” Lahhhh, aku pulak nak kena pikirkan laki dia 😆.

Tu pasal hal kita laki bini takyah libatkan mak bapak. Dorang always ada buah pikiran untuk semua benda yang kadang tak terpakai dengan keadaan kita. Nasib baik kitorang berahsia. Beli rumah tak cakap pun. Tau-tau je pindah.

Boleh je benaunya cari yang jauh sikit macam Puchong je, Shah Alam ke, tapi En Wan nak yang betul-betul dekat dengan kilang. Kalau boleh depan pak guard house kilang tu dia nak duduk.

Sebab dia sejenis engineer yang on-call 🤣. Malam-malam buta, pagi-pagi buta, kena be ready. Kalau mesin rosak, dia kena berkejar ke kilang. Memang dia sorang je engineer yang berwibawa agaknya. Tu pasal cari rumah yang dekat dengan kilang. Masa tu aku kerja pun kat Subang Jaya. Jadi, just nice beli kat Putra Heights.

Set kerusi ni now ada kat ofis GreenAard. Lama dah kerusi ni dari 2005 lagi.

First time beli rumah, barulah sedar duit beli langsir je dah barai. Mahal rupanya buat langsir. Yang kau pulak pi beli end lot, lagilah banyak guna langsir. Zaman tu pulak zaman Eric Leong punya rancangan deko-deko rumah. Dia ngajor langsir kena buat sampai ceiling supaya rumah nampak luas. Dah satu hal aku kena pakai banyak kain langsir. Bermeter-meter sebab nak cecah sampai ceiling.

Zaman tu dah bermula zaman warna-warna nude-white untuk hiasan rumah. Tapi aku and En Wan tetapkan suka warna-warna bright. Sampailah sekarang rumah aku penuh warna. Ceria macam tuannya. Mbhahahaha.

Ketahuilah meja makan tu dibeli oleh blog reader masa aku nak pindah ke rumah kedua.

Rumah ni aku jual di blog. Masa nak jual tu pakai banyak agen. Agen macam biasalah, dia nak jual cepat, dia suruh kitorang jual less than 300K. Eh cantek muka? Aku bukan pindah bodo-bodo tau. Aku pindah dalam keadaan rumah dah renovate.

Last-last aku cuba-cuba tepek gambar rumah kat blog. Eh ramai rupanya yang respond. Tapi yang willing beli dengan harga yang kitorang nak, cuma sorang je. Jadi, dialah tuan rumah yang baru.

Nampak sangat baru pindah rumah sebab bawah belum ada TV. Masa ni TV hanya ada satu kat living hall atas. Bergaduh dengan Redza everyday bapaknya nak tengok berita, dia sibuk nak tengok Bob the Builder lah, Thomas & friends lah, Mr Bean lah. Lama-lama letakkan sebijik lagi kat bawah. Maka dia berdua dengan bibik tengok TV kat bawah. Ammak and appa bertenet layan DVD kat atas.

Zaman tu kemain rajin kitorang layan DVD. Boleh dikatakan every other nite tengok movie. Siap bentang toto depan TV. Kadang-kadang tetido terus atas toto. Punyalah bertenaga kita age 20-an, kan? Malam-malam boleh larat tengok movie. Padahal esok kerja tu. Now, pukul 10 malam aku dah menguap-nguap macam nak rabak mulut.

Sesungguhnya tua itu berlaku, ya. Sekarang nak melayan mata stay up tengok movie tu takdelah serancak zaman muda. Sesekali terlajak tengok iQIYI tu adalah jugak. I’m glad zaman muda dulu puas cuddle-cuddle layan movie dengan laki. Sebab kalau dah tua ni baru nak cuddle-cuddle depan TV jawabnya tinggal harapanlah sebab dia lagi banyak jumpa client malam-malam dari jumpa aku sekarang.

Kitchen kabinet ni aku buat dengan designer yang sama yang buat kitchen kabinet rumah sekarang.

Aku ingat lagi masa the new couple datang nak view rumah, dia bawak parents dia sekali. Her mom suka sangat dengan dapur ni. Cantiknya! Cantiknya! Aku rasa sebab mak dia suka, maka dia beli. Tima kasih aunty sebab suka dapur ni.

Oven kat dapur dalam gambar ni fungsinya memanaskan pizza dan macaroni bakor saja. Kek and biskut tak pernah buat lagi di rumah lama. Setahun 5 kali kot guna oven. So basically that oven is new.

Nampak tak atas table top tu ada RADIO? Tu hiburan aku memasak sambil dengar kaset Beyond and Leslie. Zaman tu Spotify belum ada nokkk. Kenalah beradio-radioan di dapur. Sekarang dapur aku pakai speaker. Nak masak je, connect dengan Spotify terus. Barulah mendonia.

Inilah area dinding aku yang lompong masa pindah masuk. Sepatutnya pindah masuk dengan kabinet dah siap pasang. Apakan daya, dinding pun takde! Binawe. This WHOLE area tak wujud masa kitorang pindah masuk. Kau rasa??

Terpandangkan tray sebelah sink tu. Itu tray susu and botol-botol susu Redza. Rindunya Redza masa kecik 😭. Baideway yang membongkok kat washing machine area tu bibik Yani. Bibik pertama kitorang.

Haaaaa kau nampak takkkk? Bersusun majalah Impiana, Anjung dan Cleo. Zaman tu 3 majalah ni wajib beli.

Inspirasi mendeko kononnya. Cleo tu beli sebab banyak sample free dalam tu. Tu je. Bukan aku baca habis pun.

That frame on the wall. Itu kesayangan En Wan. Itu collection keychain setiap bandar besar dia singgah seluruh Jepun. Dari hujung ke hujung dia dah jelajah dan itulah buktinya dalam frame.

Habit ni now diwarisi oleh Redza. Redza dah start ada board dalam bilik gantung keychain. Tapi Redza collect keychain stadium-stadium bola yang dia dah visit. Aku syak next year dia tour Europe nak cecah semua stadium bola kat sana sebelum grad. Betullah kan, anak-anak ni melihat dan mencontohi apa yang dia nampak dari mak bapak. Banyak pengaruh En Wan kat Redza. Takde ke yang nak mencontohi aku minat retis cina? Aku nak wasiatkan kaset-kaset cina aku ni kat sape agaknya?

Ni ruang kitorang anak-beranak makan. Meja yang kat depan tu hiasan je. Meja yang function kat belakang ni. Sekarang meja ni kat pantry ofis aku.

Tu Redza masa baby, melenggeng 24/7. Tu pun menurun bapak dia jugak. Suka tak berbaju. Tapi everytime aku melipat baju, baju dia jugak yang paling banyak. Pelik.

Wahh kemain Diana dalam bilik tido ada beskal exercise. Naiknya adalah 4 kali setahun.

Sofa hitam tu ada kat ofis aku sekarang.

Katil ni Mak Aji hadiahkan sempena kawen. Dia kata anak perempuan keluar rumah selepas kawen jangan sampai tak bawak perabot bilik tido. Itu kebiasaan yang dipraktikkan oleh atok and nenek untuk semua anak perempuannya.

Jadi, Mak Aji practice yang sama untuk aku and Ima. Aku takde anak perempuan, so takyahlah aku belikan perabot bilik, kan? Jimattttt.

Oh lagi satu, Mak Aji hadiahkan aku and Ima sama-sama dapat set pinggang mangkuk compelete dinner and tea set for 16. Dannnnnn…KUALI!

Mak Aji kata “Arwah atok kau pesan kat mama anak perempuan keluar rumah bekalkan kuali”. Aku tak tahu apa lambang di sebalik kuali ni. Maybe supaya dapur sentiasa ada makanan? Entah.

Aku cakap kat En Wan esok anak kita kena bagi jugak ni. En Wan kata takkan zaman anak kita nak bagi kuali. Bagilah TM7 dia kata. Wahhhhh cantek muka??

Kolam ikan kesayangan En Wan. Gigih dia mendeko rumah nak buat kolam ikan. Dulu deko konsep Bali famous. Dia pun nakkkkk. Every week beli ikan kap. Masa kitorang pindah ke rumah sekarang, ikan tu semua dah besar-besar and banyak! 30 ekor ada dalam tu. Tapi kat rumah baru kitorang tak plan nak buat kolam ikan. Nak konsep lain pulak. Maka berakhirlah hobi melayan kolam.

Kat tepi ni la aku and En Wan malam-malam lepak baca paper sambil ngeteh laki bini. Healinglah konon. Feeling sungguh perangai.

Kau tengok Redza. Cewahhh, tangan letak belakang sambil tengok ikan. Macam mandor. Inilah feveret spot dia. Everyday, like EVERYDAY bapak dia kutip barang dalam kolam tu. Kejap spanar, kejap senduk, kejap hanger. Aku kan budak ni, nak je dia yang aku campak dalam tu.

Hari-hari dia tunggu bapak dia balik kerja sebab nak bagi makan ikan. Everytime ikan makan dia cakap “Good boy, fish!” 🤣

Sebab everytime dia makan sampai habis, En Wan akan tunjuk thumbs up “Good boy”, jadi dia pun cakap benda yang sama kat fish. Good boy fish. Pun bolehhhh.

Kat sinilah Redza menikmati keindahan alam sambil ditemani bunyi air terjun dari kolam bapak dia. Hari-hari sibuk nak masuk dalam kolam ikan. Sebelum dia dan ikan-ikan bersatu, terpaksa belikan kolam comel ni. Dah hari-hari pulakkk dia nak mandi pagi kat dalam kolam. Everyday lepas kitorang pergi kerja, porch dah kosong takde kereta, bibik akan isikan air kolam untuk toyol berendam.

Insyallah dak goodboy fish ni akan balik minggu ni. Tak sabar ammak nak bersilat semula di dapur.