Showing posts with label relationship. Show all posts
Showing posts with label relationship. Show all posts

2026-07-10

Nak tinggalkan boifren sebab tak pandai kopek kulit udang and lobster.

Tengok komen-komen pada post Thread ni, macam biasalah, generasi sekarang punya suggestions, “Tinggalkan je!”

Nampak sangatlah belum cukup pengalaman hidup. Tinggalkan sebab apa, dik? Sebab tak pandai kopek lobster?

Bahaya bila dengar pandangan dari mindset macam tu. Meh acik bagi pandangan acik. Nak pakai tak pakai, terpulang. Tapi baca dulu.

Ini BUKAN isu lobster atau ketam atau siapa yang kupaskan udang. Ini adalah isu apa yang bersarang dalam kepala budak perempuan yang buat post ni, ketika dia kupaskan kulit udang semua tu.

Dia tulis dia anak sulung. Kat tempat kerja kena jadi leader. Kat rumah pun kena jadi leader. Dating pun kena jadi independent, kena buat semua. Nampak tak apa masalah sebenarnya?

Maksudnya, yang buat dia penat bukan kupas kulit seafood tu. It was the emotional weight she had been carrying all along!

Perasaan always kena bertanggungjawab. Always kena jadi orang yang paling tahu semua benda. Always kena selesaikan masalah. Her boyfriend was simply the trigger for kepenatan yang dia tanggung selama ni. Itu saja.

Kat sinilah ramai salah faham situasi. 

Kalau someone (lelaki) tak tahu bukak cengkerang lobster, to me itu bukan red flag.

Saya ulangggggggg.

Tak tahu buka lobster bukan red flag!!

Aku pun tak tahu macamana nak tukar mentol. Tak tahu nak tukar tayar kereta. Nak keluarkan duit kat ATM pun terkial-kial. Sebelum kawen aku tak pandai masak pun sebab benda jarang buat. Does that mean I’m not fit for marriage?

Of cos TAK.

Tak tahu bukan masalah. Tak mahu belajar, baru masalah.

Jangan cepat sangat kaitkan everything dengan weaponized incompetence. Orang sekarang cepat nau kaitkan semua benda dengan weaponized incompetence.

Lelaki tak tahu lipat baju.
Weaponized incompetence.

Lelaki tak tahu mandikan baby.
Weaponized incompetence.

Lelaki tak tahu buka ketam.
Weaponized incompetence.

Sometimes benda tu memang dia tak pernah buat. Aku and En Wan masa first time makan lobster and king crab pun terkial-kial. Tapi kita belajar and next time tahulah camna nak buat.

Toksahlah berangan gi dating nakada lelaki kopekkan udang, bukakkan cengkerang ketam, serve kita, suapkan kita. Banyak tengok drama cinta ginilah akibatnya. 

Kita kena tengok macam ni. Everytime keluar makan, boifren memang hulur semua makanan suruh girlfren buat ke? Atau masa makan lobster tu saja dia serahkan pada kita untuk buat? 

Does the boifren langsung tak pernah cuba belajar? Atau memang the boifren anggap kopek udang tugas perempuan?

Konteks sangat penting, ya. Masalah media sosial sekarang, kita suka buat kesimpulan berdasarkan satu cerita. As if satu situasi tu je dah menentukan karakter someone.

“Currently trying to find the courage to leave him”

Ayat ni bagi aku menggambarkan dia nak tinggalkan boifren sebab PENAT, bukan sebab kes bukak lobster tu. Relationships rarely end because of one incident. Kalau lelaku tu ALWAYS serahkan semua pada dia untuk buat, ok fine go ahead tinggalkan. Tapi kalau hanya kerana that one moment buatkan kau rasa nak tinggalkan boifren, cuba pause kejap. Pikir balik apa root cause kepada frustration kau tu. 

If this pattern has been repeating throughout your relationship, I completely understand why you are exhausted. Sebab ada beza antara “tolong” dengan “bergantung”.

Kau tolong kopekkan udang.
Dia tolong ambikkan tisu.

Kau masak.
Dia beli barang masakan.

Dia sidai baju.
Kau lipat.

Itu namanya saling menjaga.

Tapi kalau semua benda sorang je buat, yang sorang giver, yang sorang menerima. Memang penatlah ceritanya.

At the same time, aku rasa there’s a rather worrying trend zaman sekarang. Bila ramai susah nak terima hakikat yang dalam relationship sometimes kita memang kena buat lebih sikit daripada partner kita.

Not everyday kita terima 100%. Ada hari dia cuma boleh bagi 20%, kita bagi 80%. Esok lusa mungkin kita pula bagi10%, dia bagi 90%. Bukan setiap kebaikan kena balance on the spot. Aku selalu percaya a healthy relationship is not where every task is split equally. It’s where both feel valued and appreciated. 

Kalau hari ni aku buat extra dan partner aku noticed that extra, aku happy. Tak kisah kalau next time kena buat lagi. Yang memenatkan tu bila kita buat lebih, tapi partner tak notice and assume apa yang kita buat tu normal.

Hari tu aku ada share screenshot ni:

Masa En Wan kat Surabaya dia reply text aku say thank you masak untuk mak dia. Ini pun dah buat hilang rasa penat.

Takde appreciation. Takde say thank you. Takde effort nak respond. Itu sebenarnya yang buat orang burnout. Bukan task-nya.

Lagi satu this lady mention dia anak sulung. Ini aku sangat boleh relate. 

Ramai anak sulung memang terbiasa jadi problem solver. Dari kecil dah diajar jaga adik. Mak bapak berharap anak sulung matang awal. Kena pandai banyak benda so that menjadi contoh kat adik-adik. Kena pandai buat house hold chores supaya boleh uruskan adik-adik. Kena kerja yang bagus supaya boleh ringankan beban mak bapak. Lama-lama anak sulung dah terbiasa pegang semua role. 

Bila in a relationship, tanpa sedar, anak sulung tend to jadi lebih dominan berbanding boifren. Maybe boifren tu pun tak pernah minta dilayan. Tapi anak sulung dah terbiasa buat dulu semua benda, eventually so boifren juga dah terbiasa menunggu untuk dilayan.

Then one day, masa tengah burnout, anak sulung started to realize eh kenapa semua benda aku kena buat? Padahal dia sendiri tak sedar kebiasaan yang dia sendiri create. That can happen. Sebab habit kita sejak kecik sangat mempengaruhi cara kita berurusan dengan orang lain, termasuklah semasa in a relationship.

Ada orang dibesarkan dalam keluarga yang semua benda mak bapak urus, atau maid buat. Jadi dia membesar dengan kebiasaan macam tu. Bukan sebab dia tak pandai buat, cuma dia dah biasa DILAYAN. Maka, itu normal bagi dia.

Masa awal-awal kawen, aku gosokkan baju-baju En Wan. Bukan sebab dia suruh, tapi sebab aku dah biasa menggosok baju mak bapak and satu rumah punya pakaian. Dari Darjah 3 aku dah diberikan task menggosok baju-baju kerja Mak Aji and Pak Aji. Jadi bila bersuami, tak payah disuruh, aku buatkan.

Bila sarat mengandung Redza, kaki dah tak larat nak berdiri lama time menggosok. Aku minta En Wan gosok sendiri baju kerja.

Terkial-kial!!

Aku tanya apa yang teruk nau ni? Serupa tak bergosok hasilnya. Barulah aku tahu dia TAK PERNAH gosok baju. Dari kecil maid buatkan. Masa kat Jepun, dia hantar dobi. Balik dari Jepun terus kawen, bini pulak take over menggosok. Memang dia tak tahu menggosok baju. Barulahhhhhh aku tahu sekayangan itu laki guwe, sampai baju pun tak pandai gosok sebab dah terbiasa semua dibuatkan oleh maid.

Kita yang marhaen ni, yang biasa buat banyak benda sendiri memang terasa pelik, dah kenapa gosok baju tak pandai? Hakikatnya orang begini wujud. Apetah lagi manusia yang tak reti kopek lobster. Logik kalau wujud sebab bukan hari-hari kita makan lobster.

Udang. Ibal tu sampai sekarang CT kopekkan udang. CT cakap sakit hati tengok Ibal terkial-kial kopek udang, dalam pinggan bersepah-sepah. Jadi, setiap kali makan udang, CT kopekkan. Ibal tak suruh. Ibal pilih untuk tak makan lansung. Tapi sebab CT dah masak, dia naklah laki dia makan apa dia dah masak jadi dialah kopekkan.

Aku sendiri pun, 25 tahun kawen dengan orang Tganu, sampai sekarang tak pandai bukak ketupat daun palas. Mentekedarah kemain laju. Bukak tak pandai. Kalau makan dengan En Wan, dia yang bukakkan. Kalau makan sendiri, aku bukak pakai gunting.

Ceritanya, it is normal kalau ada benda kita tak pandai. Tak perlulah hanya kerana tak reti kopek udang jadi reason nak berpisah. Gila ke apa?

Sama macam perempuan yang dari kecil tengok ayah basuh pinggan. Bila kahwin dengan lelaki yang tak pernah basuh pinggan, konfem dia rasa pelik.

Sebenarnya both cuma datang daripada background berbeza. That’s why communication is key. Lebih penting berkomunikasi dulu daripada terus judge. Kalau kau sendiri tak pernah bercakap, tak pernah berbincang, tak pernah luahkan apa yang kau rasa, macam mana boifren nak tahu kau dah penat?

Ramai orang expect partner kita can read our minds. Kau rasa kalau kau diam, lelaki paham? Jangan harap. Kau kena bagitahu dia. 

Ni tak. Penat, diam. Pendam. Senyum tawar. Buat semua benda. One day, meletup. Partner kau jadi blur-blur bila kau tetiba meletup nak break. Selama ni nampak kau ok je. Rupanya selama ni kau penat tapi tak pernah bagitahu.

I’m not saying every situation like this boleh diselesaikan dengan communication. Memang ada lelaki suka ambil kesempatan. Ada. Ada yang sengaja buat-buat tak tahu sebab malas nak buat. Ada yang memang percaya (terbiasa) semua tu kerja perempuan. Ada yang bangga langsung tak pernah masuk dapur sebab semua wife siapkan. Ini masalah SIKAP.

Kalau tak reti bukak kulit lobster, kita ajar. Pastu mintak dia try. Settle. Next time makan, suruh dia bukak sendiri sebab kau dah pernah ajar. Kau punya kau bukak, dia punya dia bukak. Settle.

Macam aku, tak pandai bukak ketupat palas. En Wan dah ajar. Tetap aku tak pandai. Bila aku nak makan, aku buat cara aku. Pakai gunting. Settle.

En Wan tak pandai gosok baju. Ada time aku tak larat, dia hantar semua pi dobi untuk press. Sebab dia masih tak reti gosok baju. Settle.

Tak pandai buat takpe. Janji pandai cari alternatif. Sebab ni bukan masalah kemahiran, tapi sikap. Dah diajar tapi tak nak buat, itu sikap.

Aku menyampah dengan cara penyelesaian orang-orang sekarang bila ada masalah like this. Tak suka, tinggal. Tak suka, putus. Padahal kau tak betul-betul identify the root cause. Sometimes the root cause bukan sebab boifren tu, tapi sebab kau sendiri. Kau penat bila dari kecil kau kena jadi leader. Bila berdating kau expect dilayan, malangnya that is the first time boifren makan lobster, dia pun tak tahu nak buat. End up kau kena buatkan. Jadi, kau frust. 

From here aku tak rasa isunya pada boifren. The issue ni lebih kepada you nak merasa dilayan semasa berdating. You nak feel camana rasanya boifren kopekkan lobster and letakkan kat pinggan. Tuangkan gravy. Suapkan. That is your expectation tapi tak berlaku seperti diharapkan. Itu yang triggered frustration.

Masa aku nak kawen, semua persiapan aku buat tanpa En Wan. Dia tak balik-balik Malaysia sejak bertunang. Semua benda aku kena urus tanpa dia. Cari kain untuk buat baju nikah, sendiri. Carikan kain untuk buat baju nikah dia pun, aku. Gi cari baju bersanding, dia takde. Gi fitting baju, sendiri. Tempah kad undangan pun sendiri! Orang lain pergi tempah kad undangan berdua. Aku pergi dengan kawan se-opis. Mintak dia temankan. Semua benda aku buat sendiri, dah macam aku syok sendiri nak kawen. 

Nak frust tu boleh je. Sebab aku nak gak merasa berdua tempah kad kawen, berdua gi fitting, berdua beli barang hantaran. Dahlah tak balik-balik, call pun jarang. I had every reason to leave him. Sebab dia tak membantu pun. But I learned something important. Dalam relationship, kita kena bezakan antara orang yang tak mampu buat dengan orang yang tak peduli untuk buat.

Ingat lagi masa kitorang first time makan King Crab. Berdua je. King crab tu datang setongkol. Pastu ada gunting and alat-alat lain. Aku pandang En Wan, En Wan pandang aku. Camana nak buat ni? Gelak dulu apa-apa hal. Then panggil waiter.

“Dik, camana nak bukak ni?”

Tanya je. Nanti dia ajarlah. Settle.

Tak mampu nak buat, tak reti nak buat, tapi sebab peduli untuk buat, maka kita mintak waiter ajarkan. Bila dia dah ajar, En Wan buatkan semua and serve aku. Padahal aku tau dah sebab dah tengok waiter tu buat. Tapi bila dia buatkan semua and serve dalam pinggan, rasa berbunga-bungalah juga. Ini sebenarnya yang perempuan nak rasa. 

Kalau kau dah penat melayan, jangan buat! Kau makan part kau, dia makan part dia. Ajar sekali je, pastu biar dia buat sendiri. 

Kalau dia tak reti jugak? Lantak. Kau makan sorang. Eventually dia akan kopek sendiri sebab dia pun nak makan. Takkan dia nak tengok je. Kalau dia buat untuk diri dia sendiri pun tak dah cukup baik sebenarnya. At least kau tak payah buatkan. 

Aku pernah tulis dulu. Baik isteri, baik gilfren. Kita sebenarnya yang membiasakan buat semua. Last-last bila dia tak pandai buat, kita marah. Kita yang terbiasa merajakan, bila dia dah sedap jadi raja, kau kata kau dilayan macam hamba. Kau yang biasakan sape suruh?

Kalau ada ruang untuk berbincang, bincanglah. Kalau ada ruang untuk berubah, bagi peluang. Kalau dah berkali-kali cakap tapi takde perubahan, baru buat decision. 

Ini tak. Kau penat, tapi kau tak bagitahu. 

Kau nak on dating day dilayan macam princess, tapi kau tak bagitahu. 

Kau suka surprises, tapi senyap tak bagitahu. 

Itu salah kaulah. Sebab lelaki ni bukan semuanya romantik. Some lelaki memang born romantik. Dia tahu what to do and what to plan. Some lelaki kau kena bagitau what you expect him to do, barulah dia ada idea. So, kita kena pandai-pandailah. Kalau suami jenis yang “Nah! Duit. You plan and decide everything. I join je nanti”— adakah ini masalah? Yang penting kita dapat apa kita nak, kan? 

Jadi “leader" all the time ni memang penat. Tak kira lelaki or perempuan. Semorang sebenarnya nak ada satu tempat yang dia boleh berehat dari jadi leader, boleh jadi diri sendiri. Tak perlu always strong. Tak perlu always ada solution untuk semua perkara. Tapi kita kena faham how people treat us selalunya bergantung kepada tindakan kita sendiri. Kalau kau potray diri kau always strong, always ada solution, always jadi orang harapan, then bersedialah untuk lead sepanjang masa. 

Kalau tanya patut ke she leave her boyfriend? My answer is, I don't know. Because I don't know their relationship. I don't know what happened before that incident, or what happened afterward. Yang aku tahu, kalau someone dah rasa suffocated sampai berpikir nak putuskan hubungan, that decision bukan sebab kopek kulit lobster. Ada benda lain yang dia penat. 

Aku rasa dia penat buat semua benda untuk orang lain - untuk parents, adik-adik, colleagues, friends. Too bad, hari tu boifren kebetulan tak pandai makan seafood, dia jugak kena buat semua. Jadi, boifrenlah yang kena.

Cuma aku nak tanya, kalau tinggalkan boifren, adakah akan menghilangkan kepenatan jadi leader? Adakah dengan tinggalkan boifren, kau boleh berhenti lead parents, adik-adik, family? Adakah boleh stop lead your teammates di ofis?

I don't know, cuma aku tak nampak masalah tu akan selesai. 


2026-06-19

Orang yang betul-betul ok takkan ugut orang lain.


Semalam aku terjaga around 4.30 pagi. Sebab dah pagi, aku malas nak tido balik. Golek-golek jap capai henfon. Selalunya aku check whatsapp. Semalam ntah kenapa aku bukak Thread dulu. Benda pertama aku nampak post ni:

Terus terbangun aku. Tak pastilah ragebait or not. Tapi aku berasa nak "sekolahkan" jugak budak ni.

This lady dapat bf gila. From komen orang lain katanya bf dia selalu perabiskan duit gaji. Kalau tak bagi, diugut nak sebarkan gambar nude perempuan ni. So semalam this lady buat post kata dah tak tahan hidup macam tu.

Aku boleh faham situasi this lady. Macam ni la aku lalui dulu. Everyday bangun just nak menghabiskan hari itu saja. Sibukkan diri. Buat-buat sibuk. Supaya aku takde masa nak pikir masalah dan dia pun takde ruang nak ganggu aku. Tapi kepala dada jadi sesak sebab aku simpan semuanya sorang-sorang. Kawan-kawan tak tahu apa yang aku tanggung masa tu.

Tapi, bunuh diri tak pernah terlintas dalam kepala. Maybe aku dah semak dengan perkataan "bunuh diri" tu sendiri. 

Si anu kejap-kejap ugut aku nak bunuh diri la, nak terjun jambatanlah, jadi aku dah muak. Bagi aku, tak berbaloi aku bagi dia menang tapi aku yang suffer. Tu pasal aku cakap kat that lady, BIARKAN DIA NAK SEBAR YOUR NUDE PHOTOS. Pergi mampos.

Aku tahu tak senang nak buat keputusan ni, tapi berbaloi ke tamatkan riwayat sendiri hanya kerana takut gambar nude tersebar?

Kalau gambar tu tersebar, apa jadi?

Orang bercakap?
Ya, maybe.

Kena kecam?
Maybe.

Kena buang kerja.
Pun maybe.

Mak bapak malu? Keluarga kutuk?
Ya, boleh jadi juga.

These are consequences yang perlu ditanggung atas kesalahan yang kita pernah buat. Tapi kalau pilih untuk bunuh diri, it's a permanent ending. Sedangkan jantan tu hidup macam biasa.

Jangan bagi dia menang! Orang macam tu dia bergantung pada rasa takut dan malu kau. If you give in to that fear, dia akan teruskan dengan tektik tu sampai bila-bila.

Malu tu sementara. Trauma boleh heal. Your reputation can be rebuilt. Tapi nyawa tak boleh diganti.

Kalau ada orang yang menghina atau judge kau dengan gambar-gambar tu, atau viralkan gambar-gambar tu, kau boleh report atas kes lain pula. Tak pun, kau viralkan balik muka dia. 

Kau ingat dia takkan malu hanya kerana kau takde gambar nude dia? Dia malu, dik. Dia boleh malu. Orang yang ugut nak sebarkan gambar nude ni sebenarnya bukan strong pun. Dia cuma berani sebab dia ingat orang lain takut.

Yang benaunya, dia sendiri yang paling takut. Dia lagi takut kalau kebenaran terbongkar. Dia jauh lebih takut orang nampak siapa dia sebenarnya. 

Orang yang betul-betul ok takkan ugut orang lain. Dia tak perlu gain power dengan sebarkan gambar nude orang lain. Jenis ni dia rasa boleh malukan kau, padahal perbuatan dia tu lagi memalukan. Kau cuma victim, tapi dia adalah PELAKU.

Aku pernah dah diugut dan dimalukan macam tu. Bukan gambar nude. Zaman aku belajar dulu belum ada henfon berkamera. Payah nak dapat gambar nude orang. Walaupun macam tu, dia masih boleh sebarkan cerita pasal aku. Dia masih boleh mereka-reka cerita. Masalahnya, ada orang percaya pulak tu! Cara-cara takde bukti fizikal pun orang percaya. Power tak powernya zaman tu.

Aku bukan tak tahu dia bercerita, cuma malas nak ambil port. Pernah satu budak lelaki tanya aku macam ni "Diana, cuba kau pusing belakang and depangkan tangan"

Aku tanya nak buat apa?

"Petua orang zaman dulu nak tengok perempuan ada dara lagi ke tak"

Kau rasa??

Apesal tiba-tiba kawan aku tu tanya soalan tu? Why?
Mesti ada yang mereka cerita, kan?

Dengan senang hatinya aku pusing badan and depangkan tangan. Pastu aku tanya balik "Amacam? Dara lagi ke tak aku ni?"

Pastu dia senyum "Ok. Ok. Cun"

Eleh. Ni semua tektiklah. Konon petua zaman dululah. Padahal dia nak test aku je.

Kau ingat aku tak berani? Kau sebenarnya nak test aku samada cerita-cerita yang kau dengar tu betul ke tak, kan? Nak tengok samada aku menggelabah. Aku ikutkan je. Kisah pulakkkkk aku.

Dah masak sangat dengan perangai jantan yang suka mengugut. Dah habis modal nak suruh aku stay, dia main ugut-ugutlah pulak. Sebab jantan macam ni dia tahu dia tak layak dapat kita. Takde apa yang dia can offer tu deserve us. Pandai pun tak. Kaya pun tak. Perangai hauk. Gaya je menang. 

Pulak tu bila tengok rival lebih dari dia in so many ways. Hensem pun lebih. Kaya pun lebih. Pandai pun lebih. Gaya pun lebih. Jadi, apa cara nak menang? Ugutlah. Buat cerita. Canang kat orang kau begini begitu.

Orang rilek selalunya dia akan fight dengan cara yang lebih berkelas. Disebabkan dia pakai cara yang takde kelas, jadi aku biarkan je dia nak cakap apa pun. Itu je yang boleh buat dia rasa menang. Mengugut. Menfitnah. Memburukkan. 

Tak cukup bercerita kat semua kawan-kawan, dia gigih mencari geng-geng student Jepun and bercerita pulak dengan geng-geng tu yang aku ni "bekas" dia. Konon aku ni dah barai. Sampai kawan En Wan call aku bila dia dapat tahu aku masih awek orang. Betapa kerja kerasnya beliau nak memburukkan aku.

Kan ke bagus kerja keras dan kegigihan tu kau channel-kan kat academik biar result tak hauk? At least kalau tak kaya dan tak hensem pun, biarlah result tu menang sikit. Ada gak nampak future-nya. Ini tak. Semua pun hauk pastu expect aku terima kau? 

Aku dah lalu benda-benda ni 30 tahun lepas. Aku berharap ada sorang lelaki baik yang willing selamatkan budak perempuan tu. Just like how En Wan selamatkan aku. 

Percayalah cakap aku, pengugut ni takut kalau kau dah ada boyfriend baru. Dia takkan berani proceed. Sebab tujuan dia ugut tu nak malukan kau supaya kau takde future dan kembali berharap pada dia. Bila ada someone yang pilih kau walaupun kau ada sejarah silam, itu maknanya kau masih ada future, That's game over for them. Silap-silap dia gila sendiri.


2026-06-08

Makin lama kau bertahan kat something yang kau tak suka, the more it costs you.


Post aku semalam pasal agen tu, ada yang kata aku garang dengan En Wan sampai ugut nak calarkan kereta. Hahaha.

Bukan garang, dik. Cuma tak nak semakkan otak dengan benda-benda yang tak perlu.

Aku memang macam ni dari dulu. Benda kalau buat semak, aku buang. Siapa follow aku dari dulu mesti tahu aku rajin buang barang. Baju, shawl, barang-barang rumah, etc. Apa yang buat semak kepala, aku buang. This applies to all. 

Manusia, kalau semakkan hidup aku, punnnnn aku buang. Takyah bising-bising, just angkat kaki, jalan. Tu pasal aku bagi kata dua dengan En Wan jangan ambil prospek yang serabutkan kepala. Sebab I observe people. I can tell right away jenis orang yang berserabut macam tu, eventually they will drag you into it. Nanti kau pun jadi serabut. Lepas tu menyusahkan aku. Ah, tak payah.

Dalam konteks yang berbeza, kenapa kita kena endure pain dengan something yang kita tak suka? Benda yang terang-terang akan menyusahkan hidup kau, kau masih nak teruskan. Why?

Kalau aku, the moment aku dah rasa hawa-hawa tak best, aku tinggalkan. Especially in sales, kalau awal-awal dah nampak customer tu difficlut customer, aku brake. Aku takkan teruskan. Tak dapat sales dari dia adalah lebih baik dari aku dapat sales dari dia tapi mental and emotional health aku kacau. Not every sale is worth it. Some customers don't just buy. They consume your time, your energy, your patience. Baik aku lepaskan je. Aman hidup.

Benda yang kita tak suka, jangan bertahan.
 
Benda yang buatkan everyday kau question why why why, jangan teruskan, especially yang melibatkan manusia.

Takde pilihan?

No, kita sentiasa ada pilihan. Cuma kadang-kadang kita tak suka pilihan yang ada. Itu je.

Ramai je yang kata dia bertahan, dia teruskan sebab takde pilihan. Selidik punya selidik, rupanya bukan takde pilihan. Tapi pilihan yang ada semuanya susah.

Nak berhenti kerja?
Boleh. Tapi takut tak jumpa kerja lain.

Nak start bisnes?
Boleh. Tapi takut rugi. Nak smooth running.

Nak sambung belajar?
Boleh. Tapi takut susah. Takut penat. Takut takleh carry stress.

Nampak tak? Masalahnya bukan takde pilihan. Tapi every pilihan comes with price. Most people prefer the pain they know over the uncertainty they don't. Sebab manusia suka something yang familiar. Walaupun benda tu menyakitkan. Rasa sakit yang dah biasa feels safer than the risk they don't. Tu pasal ada orang bertahan dalam kerja yang dia benci, for 20 tahun lamanya.

Everyday bangun pagi rasa malas nak pergi kerja. Every Ahad malam mula pikir apa alasan nak buat untuk tak datang ofis. Mulalah rasa tekak sakit, pening kepala, padahal sakit tu tak wujud tapi dimintak-mintak keluar supaya ada reason nak MC. Every time dapat gaji, happy 2-3 hari. Lepas tu repeat cycle yang sama. It’s not that they are unable to walk away. They are scared of what comes next.

Tapi yang aku takleh terima, isteri yang bertahan terus dengan suami yang menyakitkan hati. Sebab?

Tapi takut hidup alone. Takut kalau tinggalkan yang ini, nanti dapat yang lebih buruk.

Dah tu? Sanggup bertahan dengan yang ini walaupun menyakitkan hati semata-mata takut nanti dapat yang lebih teruk? Deyy! Yang sekarang ni MENYAKITKAN HATI. Itu keywordnya. Dah kenapa nak bertahan?

Bertahan dalam marriage yang dah takde rasa. Just surviving the marriage. Tak bahagia. Takde rasa cinta. Takde rasa hormat dah. Tapi still bertahan. Sebab takut apa orang kata. Takut menyesal. Takut tak jumpa orang lain. Jadi dia pilih untuk terus stay walaupun menyakitkan.

The thing is, makin lama kau bertahan kat something yang kau tak suka, the more it costs you. Tu pasal aku tak suka simpan something yang serabutkan kepala. Nak-nak lagi manusia. Aku lagi rela bergerak alone dari berramai-ramai, kalau ramai tu menyusahkan hidup. Kalau aku dah menyampah, aku withdraw. Takde explain panjang-panjang. Selalunya buat senyap and never look back. Biarlah kat luar bersampuk-haruk nak assume apa pun, gasak kau.

My mental health is very expensive. Protecting my mental health is not optional. It is a priority. Selagi aku boleh bertahan, aku takkan merungut. Tapi kalau aku tak tahan, aku tembak one shot pastu aku anggap kau dah tak wujud.

Aku ni orangnya mesra tau. Cepat mesra dengan orang yang baru kenal. Walaupun first time jumpa, aku can bersembang. Takde hal. Tapi kalau aku pernah rapat dengan kau, pernah baik, and one day aku withdraw diri dari kau, kau takyah nak play victim. Kau sebenarnya tahu apa kau dah buat.

Ramai orang nak bertahan, tapi memekak hari-hari. Mengeluh 24 jam. What's the point bertahan?

Aku kalau tak suka, aku direct bagitahu. Tanyalah En Wan. Dia sangat takut kalau aku tak puas hati dengan keluarga dia. Sebab dia tahu aku akan terus tembak. Dengan family aku pun kalau aku tak suka, aku sembur je, lagikan family orang. Tak payah nak berdramalah nak pendam, nak simpan dalam hati, nak berkorban. Hakikatnya kau terseksa. Eh apeni??

Kadang aku tengok kat Thread bini buat luahan pasal suami, aku kadang terpikir korang ni duduk serumah, tido bertindih sekatil, maknanya korang rapat. Apa yang payahnya nak berbincang? Apa yang susahnya nak sembur laki kau? Takut derhaka? Takut dosa? Abis yang kau meluah kat Thread tu apa bezanya? Baik kau sembur laki kau depan-depan, kurang-kurang mesej tu sampai.

Aku dengan En Wan kalau ada benda tak puas hati -- perang. Habis-habisan. Masa tu keluar kau-aku terus. Takde Di-Abang-Di-Abang. Aku terajang TV pun pernah. Nak terajang dia takut api melaka, jadi aku terajang TV. Settle bergaduh, tido. Tapi rules kitorang, walaupun rumah ni ada 6 bilik, macamana bergaduh pun, kena tido dalam bilik yang sama. Katil yang sama. Biarlah letak penghadang kat tengah pun, janji tido bersama.

Habis kuat pun 3 hari, lepas tu baik balik. Sebab kita meluah marah dan tak puas hati pada sumbernya. Mesej tu sampai. Ni kau meluah merentan kat media sosial, takkan settle punya. Kita ni kalau ada masalah, selagi boleh nak cari penyelesaian. Kau meluah kat media sosial tu nak cari penyelesaian ke nak cari attention and validation? 

Orang yang gunakan medial sosial untuk merentan masalah rumahtangga, dia sebenarnya tak nak apa-apa berubah. Dia nak stay dengan relationship yang sama. Because kalau dia nak things change, dia akan cari jalan keluar dengan senyap.

Ada orang tak bahagia dengan marriage, tapi dia tak bising kerana dia yang mahu bertahan. Dia hadapi dengan senyap, tenang and buat apa yang the best. Tapi ada orang lain, memekak bagai nak rak kat media sosial konon laki dia begitu begini, tapi masih dalam marriage tu jugak. Takde buat apa-apa untuk keluar dari relationship tu melainkan memekak. Ujung-ujung "Kami dah berdamai, saya bagi dia peluang sekali lagi". PANTAT.


2026-05-31

Lelaki jangan jadi miskin kerana dunia jahat dengan lelaki

Hari tu nampak orang buat statement “Lelaki jangan jadi miskin kerana dunia jahat dengan lelaki”

Tak. 

Salah.

Semua orang jangan miskin. Tak kira lelaki atau perempuan. Tak kira latar belakang, rupa, pendidikan. Kalau ada pilihan, janganlah pilih untuk hidup miskin.

Kasar bunyinya? Memang pun.

Miskin ni bukan sekadar takde duit. Dia datang sekali dengan limitations banyak benda. Bila miskin, kau tak boleh memilih, freedom kau limited, suara pun tak didengari. Banyak benda yang orang lain boleh ambil mudah tapi kau kena fikir berkali-kali. Nak makan apa, nak pergi mana, nak sakit pun kena fikir dulu mampu ke tak.

Masa kecil dulu, dapat pergi Langkawi. Jalan-jalan kat kedai, arwah nenek cakap "Pilihlah satu T Shirt". 

T Shirt Langkawi yang jual-jual tepi jalan tu. Yang warna putih with printed gambar kat depan. Basically T Shirt bodo la orang kata. 

Itu punnnnn aku ambik masa nak pilih. Sebab benda jarang dapat. Takde duit nak beli selalu. Jadi bila ada peluang, kena fikir boleh pakai ke mana aje kalau beli ni, boleh tahan lama ke tak, berapa kali boleh pakai in a week. Kalau boleh biar dapat maksimumkan pemakaian, janganlah setakat boleh pakai 3-4 kali je. Selalunya baju-baju aku warna putih je lah, sebab boleh pakai ke aktiviti sekolah dan boleh match dengan seluar apa-apa warna.

Dulu kalau beli baju kurung raya pun macam tu. Biar baju tu boleh dipakai berkali-kali, boleh pakai sesuai ke mana-mana majlis. Walaupun minat juga baju kurung moden, aku always ended up pilih baju kurung pesak biasa. Senang boleh masuk ke mana-mana majlis.

Itulah impak dari miskin. Benda simple pun jadi complicated.

En Wan ada satu sweater warna green neon. Masa dia beli tu aku cakap "Neon green? Berapa kali je boleh pakai ni?"

Bagi aku, baju jangan pilih yang terang-terang sangat sebab tak sesuai nak bawak ke semua tempat. Better beli warna-warna selamat.

Pastu En Wan jawab "Kenapa nak kena pakai banyak kali?"

Menung kejap aku digest statement dia. 

Lain betul mindset orang yang dari kecil dah berduit. Dorang tak perlu pikir nak memaksimumkan usage of baju. Pakai sekali dua jadiklah, gitu. Sedangkan baju-baju aku ada yang dibeli 10 tahun lepas, 15 tahun lepas. Masih aku pakai sampai sekarang. Begitu selamatnya warna-warna yang aku pilih. Merentasi zaman!

Tapi ada betulnya juga dengan statement "Lelaki jangan miskin". Sebab lelaki dari dulu dah diexpect untuk jadi provider, kena kuat, kena cekal, kena handal. Kalau tak, kau dilabel "lelaki tak guna”, “tak mampu jaga family”, "tak provider". That pressure is real.

Tapi, perempuan pun tak kurang struggle-nya. Perempuan maybe tak dibebankan dengan expectation yang sama, but they face a different set of challenges. Kena fight untuk dapat same treatment, kena buktikan kemampuan dua kali ganda, kena balance antara kerja + keluarga + expectation sosial yang tak masuk akal. 

And what happen kalau perempuan miskin? Double struggle. Orang tak pandang kau. Apetah lagi lelaki. Dorang pandang sebelah mata je kat kau.

Toksah beria la kata lelaki tak pandang rupa, yang penting hati. Pantek kaulah. Kalau takde rupa, mana mau kau datang dekat nak kenal-kenal hati dia? Takde pun. Jadi, perempuan tak perlu cantik semulajadi. Kau ada duit, otomatik boleh jadi cantik bergaya.

Sebab tu aku kata, jangan miskin. Bukan sebab materialistik, tapi sebab duit is a tool to survive. A tool to make choices. A tool to get out of stressful situations. And a tool to say NO when you need to.

Orang selalu kata "hidup sederhana itu lebih baik”

Ya, betul. Tapi jangan salah faham. Yang sederhana tu GAYA HIDUP saja, bukannya takpe kalau miskin. Salah dah pemahaman tu.

Cuba tanya orang yang tak cukup makan, yang kena kira setiap sen sebelum beli barang dapur, yang kena simpan rasa sakit sebab tak mampu jumpa doktor. Tanya dorang indah ke hidup dorang?

Aku bukan cakap semua orang yang miskin tu malas. Ramai je yang kerja keras gila-gila tapi masih struggle. Because systems, opportunities, and background all play a role. Tapi dalam apa pun keadaan, kalau ada peluang untuk keluar dari kemiskinan, kau kena fight. Jangan pasrah berserah, especially kalau kau lelaki. Sebab tanggungjawab kau tak kecik, ya. Hidup kau bukan takat survive hari ke hari, but also about improving your life and those who are counting on you. Kalau kau stop trying, kau dah musnahkan masa depan orang lain yang bergantung kat kau.

Kebanyakan lelaki kalau cakap pasal "Lelaki tak boleh miskin, dunia jahat pada lelaki miskin", benaunya dia nak tuju ke perempuan yang tinggalkan dia.

Hello? Takde maknanya perempuan yang dah hidup bersama dengan kau boleh tinggalkan kau bila kau miskin. Perempuan tu tinggalkan kau bukan sebab kau jatuh miskin, tapi sebab kau PEMALAS!

Perempuan tu penat bila tak nampak effort kau. Perempuan tak bodoh, ya. Dia takkan tinggalkan kau bodo-bodo gitu kalau takde sebab. Some lelaki bila dia tengok pasangan boleh cari duit, willing to share, dia rasa macam that perempuan selesa dengan cara tu selama-lamanya. Jadi si lelaki pun relax, kerja santai-santai, takde rasa nak pikul tanggungjawab. Until, perempuan tu bersuara dan tinggalkan dia, mulalah dia kata "Perempuan bila dah ada duit, berlagak".

Aku rasa ramai lelaki tak faham situasi ni. 

Perempuan kalau dah sayang, semuanya dia bagi. Sangat tak logik kalau kata perempuan berubah bila ada duit. Sebab perempuan bila takde duit pun dia akan bagi segalanya. 

Perempuan bukan berubah bila dah ada duit. Dia berubah bila dia sedar bukan dia yang patutnya pikul beban yang sepatutnya dipikul bersama. Dia 50-50 dengan kau pun dia ok. Yang jadi tak ok tu, bila dahlah dia contribute expenses 50-50 dengan kau, masak pun dia, urus anak pun dia, urus rumah pun dia. Time ni lah perempuan start naik hantu. Bila naik hantu memang semualah dia ungkit.

Ramai lelaki ingat perempuan kalau sudi berkongsi, sudi terima lelaki tu seadanya, bermakna sampai bila-bila perempuan tu akan bertahan walau apa pun berlaku.

Tak.

Many women stick around because they are holding on to hope. Hope that the husband will finally step up, pull their weight, and take responsibility. Tapi bila kau rileks santai goyang telur, jangan salahkan dialah kalau dia nak lari. 

Bila dia lari, jangan salahkan duit. She didn't leave because kau takde duit. She left because she got tired of waiting for someone who was comfortable letting her carry everything on her own!

Sebab itu jangan miskin. Bila kau ada duit, banyak benda berubah. Kau ada pilihan. Kau boleh pilih kerja yang kau nak, bukan sekadar kerja yang kau terpaksa ambik. Kau boleh pilih untuk keluar dari environment yang toksik. Kau boleh pilih untuk jaga diri kau. Kau boleh pilih untuk bagi kehidupan yang lebih baik pada orang yang kau sayang. 

Kalau takde duit, banyak pilihan tu hilang, termasuklah hilang bini.


2026-01-11

Bila career dah bagus, income stabil, kereta besar, kawan ramai, tiba-tiba isteri yang sama dah tak cukup.

Post aku ni berkenaan dengan post yang aku jumpa kat FB tadi. Korang baca dulu apa yang orang ni tulis:

Aku selalu terfikir satu benda, kenapa bila seorang lelaki yang dulunya semikin, bila dahg berduit, tiba-tiba isteri yang selama ni always ada, tiba-tiba tak cukup? Masa semikin elok pulak dengan isteri tu. Bila berduit, terus nak "cari bahagia". Selama ni tak bahagia ke? So selama you are surviving the marriage demi kebahagian kote kau? Bila dah berduit barulah nak cari kebahagian sebenar, gitu?

Tak semua lelaki macam ni, tapi kebanyakannya gitulah yang kita nampak. Banyak dah cerita-cerita macam ni. Pengalaman kawan-kawan sendiri pun ada. Bila berjaya sikit, bila dah kaya sikit, mula rasa pilihan yang dia pernah buat dulu sebenarnya pilihan terpaksa, bukan pilihan sebenar. Dah senang baru tersedar kononnya layak dapat lebih baik sesuai dengan kehendak dan kemampuan. Panteklah. Dasar pengote.

Realitinya, ramai perempuan pernah duduk kat tempat penulis tu. Duduk sebagai isteri yang semasa suami takde apa, dialah bahu, dialah kawan, dialah pemberi semangat, dialah everything. Tapi bila suami dah mula ada duit, ada pengaruh, isteri tu tiba-tiba jadi macam orang yang dipilih sebab dulu takde pilihan lain. Macam isteri tu stepping stone. Digunakan masa-masa terdesak, masa belumada apa-apa. Dah ada segalanya, buang.

Kadang aku pelik. Macamana masa kau susah dulu, isteri tu jadi tempat bersandar, tapi bila dah kaya, kau rasa dia takde function dalam hidup kau lagi. Masa tengah susah, apa yang isteri buat walau baik atau buruk, kau tak tinggalkan dia pun. Tapi bila dah senang, dan-dan kau nampak buruk je kat dia. Padahal masa susah, isteri tulah yang bertahan dengan kesengkekkan kau, berjimat duit sama-sama, share duit, etc. 

Masa orang lain tak hingin nak pandang kau, isteri tu terima kau. Kau ingat isteri tu tak rasa rendah diri ke bersuamikan lelaki sengkek macam kau? Tapi dia stay sebab dia yakin suami dia boleh berjaya walaupun orang lain anggap biasa-biasa je. Dia bantu suami dia seboleh mungkin supaya suaminya jadi someone yang orang pandang. Tapi bila orang dah start pandang, si suami lupa diri. Mulalah kote tu bak antenna men-scan perempuan-perempuan cantik untuk dimengotekan. 

Bila career dah bagus, income stabil, kereta besar, kawan ramai, tiba-tiba isteri yang sama dah tak cukup. Tiba-tiba rasa berhak dapat lebih cantik, lebih muda, lebih menarik, lebih memberi energy. Padahal yang kau kejar tu pun belum tentu nak kalau kau susah. Perempuan tu cuma hadir semasa kau berada di versi terbaik. Masa kau dah handsome bergaya dan berduit. Tapi isteri kau datang masa kau ZERO.

Dia macam nilah, ya. Semua orang nampak cantik bergaya kalau BERDUIT. Perempuan cantik yang kau kejar tu pun cantik sebab dia banyak berhabis duit untuk nampak cantik. Kalau takde duit, dia dengan acik jual tempe selevel je rupa.

Tahu tak, apa difikiran isteri-isteri yang ditinggalkan bila suami cari lain setelah kaya? Isteri-isteri ni mula tanya:

“Selama ni dia kahwin dengan aku sebab dia nak atau sebab hanya aku ada masa tu?”

“Kalau dari dulu dia mampu pilih sesiapa, adakah dia tetap pilih aku?”


Soalan ni berpusing-pusing dalam kepala yang akhirnya makan diri, makan emosi dan makan harga diri. Bila suami kawen lain, isteri makin yakin yang dia sebenarnya bukanlah pilihan sebenar. Kau pilih dia sebab dia je yang ada masa tu. Kau pilih dia sebab dia ada apa yang kau perlukan. That’s the kind of pain that’s quiet but slowly eats you up.

Bagi aku suami yang tinggalkan isteri untuk perempuan lain selalu fikir kebahagiaan dia sorang. As if bahagia dia je penting, bahagia isteri tak penting. Oklah fine, orang kata kalau dah tak bahagia buat apa stay, ye tak? Tapi WHY NOW? WHY ONLY NOW? Lepas kau ada segalanya, suddenly dah tak bahagia? Jubolah!

Lelaki macam ni lupa satu benda. Bahagia yang dibina atas penderitaan orang lain selalunya tak kekal lama.

Aku tulis balik.

BAHAGIA YANG DIBINA ATAS PENDERITAAN ORANG LAIN SELALUNYA TAK KEKAL LAMA.

Kau ingat lelaki yang buang isteri sebab perempuan lain ni kekal tak dengan perkahwinan barunya?

Hari tu someone tanya aku "Akak rasa ex saya dengan Y tu kekal tak?"

Aku jawab "Kekal, tapi your ex hanya surviving the marriage"

Why?

Sebab lelaki macam ni selalunya ego. Dia tau dia dah buat silap tapi takkanlah nak mengaku salah, ye tak. Tak macholah. Jadi, terpaksalah teruskan the marriage padahal merana dalam diam. 

Kalau kau tengok pasangan yang berkahwin atas penderitaan orang lain ni selalunya terlebih excited nak tunjukkan kebahagiaan dan keserasian sebab nak control damage. Ini indicator paling obvious. Dia punya beria nak tunjuk bahagia tu boleh jadi stok gelak. 

Kepada ex-wife ex-wife toksahlah sedih nau tengok "kebahagiaan" tu. Tak bahagia mana pun benaunya. Behind the close door kau tak tahu apa yang berlaku. Jangan di-stalk lagi lelaki jenis tu. Pass the baton. Sometimes cara Allah nak keluarkan kita dari relationship yang toksik tanpa kita jadi isteri derhaka adalah dengan menjadikan suami kita buang kita untuk perempuan lain. Biarkan.

Awal-awal memanglah nampak bahagia, seronok. Benda tengah baru, memanglah sedap. Rasa diri power sebab mampu pilih perempuan lain. Tapi hidup kita ni tak duduk setempat. Dia berpusing. Masa pusing esok, kau akan mula faham. Perempuan yang kau pilih masa kau senang, mungkin bukan perempuan yang kekal masa kau susah.

Dia lain tau bila kau pilih perempuan smeasa kau memang dah senang, sebab kau akan dapat yang sekufu. Kau dan dia dah ada lifestyle yang sama maybe sejak kecil. Kalaupun perempuan tu bukan dari kelompok yang sama taraf, kau pilih dia sebab kau boleh memilih. Tapi bila kau pilih perempuan ketika kau mula kaya setelah semikin beberapa lama, kau cenderung untuk dapat perempuan yang tak sekufu.

Dalam keadaan senang, banyak benda boleh ditoleransi. Dalam keadaan susah, barulah nampak siapa yang benar-benar sekufu. Pilihan dalam hidup bukan tentang “boleh pilih” atau “mampu pilih,” but about being able to stick together bila dunia berpusing.

Tapi part yang paling best dalam cerita tu bila suaminya sakit. Part bila keluarga suami minta dia jaga sebab takde orang nak jaga.

Nampak tak, bila kita sakit, yang nak jaga kita cuma pasangan kita je. Keluarga, adik-beradik pun taknak jaga. Dorang ada banyak kerja lain nak buat. Dorang cuma datang esok bila kau dah mati, time nak tuntut faraid tu nanti kemain ramai datang berlonggok. Jarang sangatlah nak tengok kalau abang sakit, adik nak jaga. Adik sakit, akak ambik cuti tanpa gaji nak jaga. Jarang. Seboleh mungkin tanggungjawab tu diserah pada pasangan. 

Macam gitu pun masih ada suami yang apa-apa hal sebelahkan adik-beradik. Apa-apahal lebihkan adik-beradik. Dengan keluarga sendiri takleh say NO. Tapi dengan bini, boleh. Disuruhnya bini faham situasi dia. Esok kalau sakit, serahkan je balik kat keluarga. Tengok adik-beradik mana yang nak jaga.

Dari cerita ni pengajarannya, masa kau senang, kau boleh pilih sesiapa saja. Tapi masa susah, tak ramai yang pilih kau. Jangankan perempuan, adik-beradik belum tentu pilih kau. Apa-apa pun akan berbalik pada isteri juga.

Kenapa?

Sebab isteri tu lah yang paling banyak berkorban. Paling ikhlas. Dan isteri pertama mungkin lembut hati. Kalau isteri pertama tu orang lain, maybelah. Kalau aku, sorry. Masa tengah sihat kemain lagi kote kau nak mencari kebahagiaan. Dah sakit terlantar takde orang nak jaga boleh rupanya bahagia dengan isteri pertama. Elok disimen je kau ni.

Perempuan, dengar sini aku cakap. Kalau laki kau macam ni, yang bila dah susah baru nak memuja-muji kau semula, TINGGALKAN. Tak payah nak sentimental sangat mengenangkan kenangan manis dulu-dulu. TAK PAYAH. Kalau seorang lelaki boleh tinggalkan kau bila dia ada pilihan lain, dia bukan lelaki yang layak untuk dijaga bila dia takde apa-apa. Sometimes, bagi kifarah buat kerja adalah decision yang paling tenang.


2025-10-03

Cinta adalah emosi, dan emosi berubah-ubah.


Tetiba teringat drama She and Her Perfect Husband (pelakon Xukai & Yang Mi). Cerita pasal perempuan and lelaki ni desperate nak kawen. Yang laki nak kawen sebab nak elakkan mak dia asik setkan blind date. Yang perempuan nak kawen untuk dapatkan kepercayaan company. So they both buat perjanjian kawen sekian-sekian tempoh, tapi benar-benar fall in love selepas kawen.

Kalau ikutkan kebiasaan ramai orang, cinta tu penting. Sebab dari kecik sampai je besor, we grew up on love stories and drama, novel, filem, lagu. Semua bercerita pasal indahnya jatuh cinta. As if cinta tu penting kalau nak kekal bahagia. Tapi semakin matang, semakin kenal dunia, kita dah nampak yang hidup ni lebih banyak kaitannya dengan responsibility, kerja, family, anak, kewangan...barulah tersedar cinta saja tak cukup. Dan cinta tu tak berapa penting mana. 

Maybe untuk dak-dak muda yang teringin nak lalui fasa bercinta dorang akan rasa cinta is everything. Tapi untuk dak-dak tua macam aku ni, yang mana aku sendiri lalui bercouple tanpa cinta, aku terasa nak share perspektif aku pasal ni.

FYI, aku juga pernah bercinta. Macam nak bercinta! Sanggup berhabis duit, berhabis masa, berhabis tenaga. Orang lain pukul 10 pagi baru nak outing, aku pukul 6.30 pagi dah on the way ke town nak outing. 6.30 pm kat Kuching dah cerah, ya. Tak gelap. Tapi masih considered awal. Takde siapa gila nak outing pukul 6.30 pagi. Aku je.

Apesal nak keluar awal sangat? Sebab nak gunakan sehabis naik hujung minggu yang ada. Keluar 6.30 pagi balik 6.30 petang. Barulah berbaloi spend time katanya. Pergi breakfast. Habis breakfast pegi shopping. Habis shopping tengok movie. Habis movie main bowling. Habis bowling gi karaoke pulak. Semua duit aku. Tapi masa tu cinta punya pasal katakan, oh takpe berhabis. Cinta kan perlu pengorbanan. Asalkan bahagia. Pundek ah.

Rupanyanya jodoh aku dengan Mr Annoying. Dahlah annoying, jarang berjumpa pulak tu. Berdating pun dalam surat, dalam phone call. Tak tahu apa nak cerita bila orang tanya pengalaman bercinta. Sebab takde kenangan. Bayangkan gambar berdua-dua pun 4-5 keping je. Selebihnya gambar selepas kawen. Tak ke bosan perjalanan bercinta tu? Tapi rupanya ini yang menjadi.

Don't get me wrong. Bukan nak kata cinta tu langsung tak penting. Cinta ada fungsinya, kind of like a spark. Tapi kalau ditanya, bagi aku cinta sebelum kawen bukan penentu utama. Yang lebih penting, is our partner really ready for marriage?

Why do I say being ready really matters? Sebab kawen tu bukan tentang hati yang tengah berbunga-bunga. Kawen tu partnership. Kerjasama. A big project we will be carrying for life. Kalau dalam bisnes, partnership bermaksud kita sanggup bertahan, sanggup cari jalan penyelesaian bila ada masalah, sanggup tolak ansur demi kelangsungan. That’s what marriage is like.

Ramai orang yang bercinta bertahun-tahun, dari zaman sekolah, zaman uni, tapi akhirnya tak kawen. Ada yang putus sebab hal remeh-remeh, ada yang campur tangan keluarga, ada yang bila dah dewasa haluan hidup tak sama. Ada yang kawen sebab cinta, tapi akhirnya bercerai sebab tak boleh hidup bersama. Kalau cinta tu cukup, kenapa statistik perceraian makin naik every year? Kenapa orang yang dulu sanggup bersumpah sehidup semati akhirnya berpisah jugak? 

Jawapannya simple. Sebab cinta adalah emosi, dan emosi berubah-ubah. Hari ini kita cinta, esok kita marah. Hari ini kita rindu, esok kita menyampah. Sebijik macam WYX yang lansung tak konsisten. Kau yang mintak break pastu kau menggelepar bila ex kau ramai orang kejar.

Kalau aku takde kes dengan ex-bf dulu, mesti aku tak tahu yang aku rupanya boleh bercouple tanpa cinta. Rupanya aku salah sorang yang boleh start a romantic relationship tanpa bercinta terlebih dulu.

Turns out, readiness is what really matters. Orang yang benar-benar bersedia untuk kawen, dia akan fikir jauh. Dia tahu kawen bukan sekadar “aku sayang kau, kau sayang aku”. Dia tahu kawen bermaksud berkongsi hidup, berkongsi duit, berkongsi rumah, berkongsi masalah. Dia tahu tough times will come, and they are ready to face them.

Aku selalu guna analogi bisnes bila cerita pasal marriage. Sebab bisnes dan kawen ada persamaan, iaitu dua-duanya perlukan komitmen, modal, strategi dan inner strength (resilience). Dalam bisnes, tak semua keputusan partner kita setuju. Kadang-kadang ada projek yang kita rasa rugi, tapi partner yakin boleh menjadi. Kita akan bertekak, kita akan cuba buktikan hujah masing-masing. Tapi kalau bisnes tu masih ada potensi, kita takkan tutup kedai just because of one disagreement. Kita akan cari sekecil-kecil alasan untuk bertahan, untuk terus jalankan bisnes tu, selagi tak memudaratkan.

Marriage is the same. There will always be things we don’t like about our partner. Akan ada hari kita rasa nak give up. Akan ada waktu kita rasa pasangan tak faham kita. Tapi kalau kita sedar this is partnership, kita akan cuba pertahankan. Kita akan cari alasan sekecil-kecilnya untuk terus bersama.

Cinta semata-mata takkan buat kita bertahan. But being ready to share both the highs and lows, that’s what really keeps the relationship strong.

Satu lagi sebab kenapa aku kata cinta sebelum kawen tak selalunya penting, sebab lepas kawen, cinta tu akan berubah bentuk. Mula-mula kawen semua sweet, semua romantik. Semua yang ada pada pasangan kita suka. But after a few years, once kids come into the picture, bila ada hutang rumah, bila kerja makin sibuk, masa untuk bercinta dan romentik-romentik cuddle atas sofa tu jadi makin limited. So kalau harapkan rasa cinta berbunga-bunga sepanjang masa, kau memang akan kecewa.

Tu pasal ada orang yang cepat fedap bila keadaan dah tak sama macam dulu. Masa tu la ramai mula persoalkan, “Kenapa dia dah tak macam dulu?”, “Kenapa dah tak sweet?”. Padahal cinta tu tak hilang, tapi sebab hidup dah makin banyak tanggungjawab. Cinta still ada cuma dia evolve jadi lebih matang. Dia berubah daripada “I miss you, I love you” kepada “Jangan lupa bayar bil” or “Jaga anak kejap aku nak mandi.” 

Bunyi macam boring, tapi sebenarnya itulah real form of love. Love that’s not just about sweet feelings, but one that grows side by side with responsibility. Kalau masa bercinta dulu kau boleh call sejam dua jam cerita benda random, sekarang maybe love tu terzahir dalam bentuk laki tolong basuh pinggan bila kau penat, atau tolong ambik anak sekolah sebab kau ada meeting.

Kalau kita masih expect love tu mesti macam awal bercinta, we will always end up feeling empty. Tapi kalau kita boleh nampak love dalam bentuk-bentuk kecik macam ni, you will realize the love never really left, it just changed form. Yang tinggal adalah komitmen. Adakah dia orang yang balik rumah penat kerja tapi tetap tolong urus anak? Adakah dia orang yang berkorban kehendak sendiri demi bayar bil rumah? Adakah dia orang yang sanggup teman kita kat hospital bila sakit? At that point, it’s not just about love anymore. It’s about being ready and taking responsibility.

Bak kata Ustaz Kazem, cinta ni masa awal-awal je. Dah kawen, cinta ni dah takde. Yang ada cuma sakinah. Ramai orang boleh janji cinta. Boleh cakap "Saya akan sayang awak sampai mati”. But promises are easy to say, hard to keep. What really matters is being willing to put in the real work in marriage. 

Kalau dia betul-betul bersedia, dia akan tunjuk dengan tindakan. Dia akan belajar manage duit, simpan duit, fikir masa depan, bincang hal anak, usaha kenal keluarga kita, buat persiapan mental untuk hadapi susah senang. That’s worth way more than just berjanji-janji sayang sampai mati. Sebab janji cinta tak mampu bayar bil, tak mampu jaga anak, tak mampu penuhkan barang dapur.

I don’t wanna come off like I know everything. Ini bercerita dari perspektif sendiri saja. Aku lebih pentingkan orang yang ready dan mahu berkahwin. Maybe reason aku berani accept offer En Wan dulu sebab dia yang tiba-tiba bagi cadangan "Jom kita bertunang". For someone yang memang tengah desperate nak selamatkan diri, tiba-tiba ada orang offer ajak bertunang, walaupun antara berani tak berani, aku terus iyakan je. Sebab kalau dia tak ready, konfem dia takkan gamble diri nak bertunang. Dia boleh je bagi cadangan "Pergi report polis!". Tapi tak, dia offer untuk bertunang. Nampaklah kesediaan kat situ.

Yang aku pulak, disebabkan aku nak selamatkan diri, maka aku bertahan walaupun relationship aku dengan En Wan agak membosankan sebab ntahlah, takde apa pengisiannya. Couple, tapi makan sorang, outing sorang. Bertunang, tapi persiapan buat sorang, tempah kad sorang, tempah baju sorang. Boring sebenarnya. Tapi disebabkan misi aku nak selamatkan diri, aku bertahan. Bila dah kawen dah no turning backlah. Barulah tahu dia ni annoying rupanya. Tapi benda dah jadi, maka teruskan je la apa yang kita dah start ni. Hahaha.


2025-09-01

You don’t lose people. You just make space for better ones.



Ok, video ni menarik untuk aku elaborate.

Kadang-kadang dalam hidup, kita jumpa orang yang kita betul-betul sayang. Someone we pinned all our hopes on. Yang kita rasa “This is it. This is my forever”. Tapi relationship tu tak berpanjangan. Tak berjodoh. Dan cara relationship tu putus pun painful, in a heartbreaking way. Maybe dia tinggalkan kita untuk orang lain. Or maybe dia hilang tanpa explanation, tau-tau senyap missing in action. Or maybe dia betray our trust. Either way, the pain is real.

Bila benda tu jadi, biasanya kita akan tanya diri sendiri, “Why me? Why do I have to go through this? Why did Allah allow me to meet the wrong person?"

Sometimes Allah sengaja bagi kita lalu jalan yang perit so that kita belajar untuk nampak perkara yang lebih penting dan yang lebih kita perlu dalam relationship tu. 

Dulu aku punya kriteria untuk boifren, yang pertama mestilah ada rupa. Kalau tak paling hensem pun, dia mestilah yang outstanding. Yang ramai agree dia ada rupa. 

Yang kedua, sekepala. 

Yang ketiga, dia mesti willing spend time together. 

Tiga-tiga ni bagi aku penting. Yang lain-lain tu kita manage kendian.

Dapat. Aku dapat tiga-tiga tu serentak dalam satu orang. Rupa, dia ada. Dan kitorang agak serasi. Kitorang dari uni yang sama so by right hari-hari dapat jumpa.

Bila dah break dengan dia, barulah aku tahu rupanya aku ni ok je long distance relationship. Rupanya long distance relationship tu lebih menenangkan jiwa. Rupanya berendek 24/7, berkepit ke sana sini, outing bersama every week tu sebenarnya tak penting. I mean bukan tak penting, cuma I am ok with it. I am ok jumpa 6 bulan sekali. I am ok hanya berutus surat. I am ok bercakap kat fon only. I am ok keluar outing sorang, makan sorang, celebrate birthday sorang. Rupanya spend time together setiap masa tu tak menjanjikan apa-apa.

Ex aku dulu kalau aku cakap "Malas nak study today", dia akan "Jom, outing!" 

Masa tu aku rasa macam bestnya sekepala gini. Aku tak realize itulah yang boleh menjahanamkan hidup aku. Sebab everytime outing, duit aku yang keluar. Tapi disebabkan perangai 'sekepala' tu dah mengaburi mata, aku assume itu adalah tanda kitorang serasi.

Dengan En Wan, dia lansung tak memanjakan aku dengan cara tu. Every surat mesti di-ending dengan "Jangan skip class. Study"

Even masa aku stress lab work tak jumpa positive result, dan aku nak quit belajar, En Wan cakap "Kalau awak berhenti belajar, kita boleh buat apa? Bukannya saya boleh bawa awak datang sini (Jepun). Bukannya kita boleh kawen. Cuba pikir panjang sikit. Kita sama-sama nak hidup senang nanti, susah sekarang takpe. Cuti dulu sekejap dari masuk lab. Nanti dah ok, sambung balik".

Takkan jumpa En Wan pujuk "Oklah, kalau Di rasa nak quit, quit saja. Nanti abang support Di". Memang taklah!

Cara dia "sekepala" dengan aku berbeza. Dia push aku ke arah yang betul walaupun bukan itu yang aku nak dengar. Lama-lama aku realised, itulah sebenarnya tanda serasi. Sebab kalau dia ikut kepala aku dulu, mungkin ntah ke mana-mana aku hanyut. 

Serasi bukan maksudnya buat semua benda sama-sama. Serasi sebenar adalah bila dua orang jalan bersama, kalau sorang tergelincir, yang lagi sorang akan tarik balik ke atas.

Macam tu lah dengan mendapat orang yang tepat. Dia macam kita pergi restoran. Tengok menu semua nampak sedap. Kita order satu makanan yang kita rasa best. Rupanya tak sedap. You feel disappointed, but at least now you know what you don’t like. So next time kau order, kau dah kenal selera kau, mana yang sesuai dengan tekak.

Same goes with relationships. Kadang-kadang kita kena taste the wrong dish dulu before kita jumpa the right one. Tapi memang sakitlah, kan. Kita manusia. Bila dah invest time, energy, love, we expect reciprocity. Kita expect orang tu akan value kita the same way. Bila dia tinggalkan kita in a painful way, of cos kita sakit hati. Nak pulak bila kita benaunya dah nampak kita je effort beria, dia tak. But we still choose to stay dengan harapan we both can make it at the end. Ujung-ujung dia tetaplah begitu dan makin worse sampai meletihkan kita.

Tapi dari perspektif yang lebih besar, Allah tengah re-route hidup kita. He knows the final destination, He knows siapa pasangan terbaik. Rejection is just God’s redirection.

Kita takkan reject sesuatu yang memang untuk kita. Kalau Allah izinkan rejection, itu tanda benda tu bukan rezeki kita. Dan bila Allah tutup satu pintu, Dia akan buka pintu lain. Cuma kita ni suka duduk berlama-lama kat pintu yang tertutup hoping that one day pintu tu terbuka. Sometimes kalau apa yang kita genggam tu menyakitkan tangan, lepaskan. Hanya dengan melepaskan barulah genggaman tu kosong and kau boleh genggam something yang tak menyakitkan.

That’s how life works. Allah buatkan that someone menyakitkan hati berkali-kali kerana itu saja caranya untuk kau make space orang yang lebih baik masuk. Some people like me yang dari kecil mengadap torture, aku jadi sangat berdaya tahan sampaikan apa yang ex aku buat, aku masih bertahan. Sebab kepakaran aku adalah bertahan. Until-lah dia jadi sangat ganas - pukul aku, tampar aku, nak toreh tangan aku - itu akhirnya buatkan aku gerak. Kalau tak, maybe sekarang aku antara isteri-isteri yang bertahan dengan suami narcissist.

But I understand. Teori senang, realiti susah. Nasihat macam ni kadang kedengaran bangang. Kau akan rasa, “Senanglah cakap, kau tak rasa sakit aku”.

Yes, you are right. Sakit tu kau je yang rasa. But at the same time, kita kena acknowledge that pain is part of growth.

Manusia ada tendency untuk jadi lebih kuat selepas trauma. Kita panggil ni post-traumatic growth. Maksudnya, bila kau dah lalu satu fasa susah, kau bukan saja survive, but grow jadi lebih matang, lebih resilient and lebih wise. So your heartbreak is not the end of the world. It’s the start of your transformation.

Bila ada orang tinggalkan kita dengan cara yang menyakitkan, kita selalu salahkan diri “Apa kurang aku? Aku tak cukup cantik ke?"

Sometimes it’s not about you. Orang tinggalkan kau sebab dia yang tak ready. Dia yang selfish. Dia yang tak tahu your value. That’s not your fault. So stop internalizing rejection as if you are not enough. Yang benaunya kau terlalu enough sampai dia tak mampu handle. Someone walking away from you does not mean you are unworthy. It simply means they were not meant to walk the entire journey with you.

It’s like when you take a bus. Not everyone who boards at the first stop will stay till the last stop. Some people just accompany you halfway, teach you something, then get off. That’s life.

Allah bagi kita orang yang salah dulu supaya kita belajar apa itu ikhlas. Bila kau dah pernah ikhlas dengan orang yang salah, nanti bila jumpa orang yang betul, ikhlas kau tu akan jadi gift yang sangat mahal. Trust me. I am the living proof. Dengan lelaki hauk pun aku bertahan, willing to share, willing to spend, apetah lagi dengan lelaki yang lebih baik. Once kau dah pernah bagi hati kau kat orang yang salah, kau akan nampak beza bila hati kau jatuh kat orang yang betul.

Dulu, dengan lelaki hauk, aku sentiasa plan nak buat yang the best. Everytime aku dah bagi the best, aku masih lagi berfikir what else aku nak buat lagi lepas ni. Macam sentiasa not enough. Dah macam nak menang pertandingan. Kena prepare the best. 

Tapi bila Allah ganti dengan orang yang betul, semua benda yang dulu aku buat dulu, aku buat dengan santai dan terasa ringan. Sebab kali ni aku bagi pada orang yang tahu appreciate. Dulu aku struggle, now ada orang yang back me up, yang sama-sama fikir future. Trust me, it hits different bila kau finally jumpa orang yang layak dengan ikhlas kau.

Bila jumpa orang yang tepat, someone yang treat you with respect, yang stay no matter what, masa tu kau akan faham kenapa Allah tak izinkan orang yang dulu tu kekal. That’s the thing about pain. It sharpens gratitude. Orang yang pernah lapar je tahu nikmat kenyang. Orang yang pernah miskin je tahu nikmat kaya. Orang yang pernah terluka dalam relationship saja tahu nikmat disayangi. 

That’s exactly how the universe works. You don’t lose people. You just make space for better ones. Jangan kejar orang yang dah choose to walk away. Move forward. The right one will never need to be chased. They will choose to stay.


2024-10-17

Kenapa orang terpelajar lebih banyak bercerai dari yang tak terpelajar?

Wow berani dia tanya soalan ni tengah-tengah panas isu rumah tangga lately. However, this is an interesting thing to discuss sebab kalau kita tengok sekarang, statistik penceraian are increasing dan ada satu trend yang nampak ketara, iaitu highly educated or highly professional couples lebih ramai bercerai berbanding couple yang mungkin tak berpendidikan tinggi. The question is, why did this happen?

Kalau nak bandingkan antara pasangan yang tak berpendidikan tinggi dan pasangan yang berpendidikan tinggi, ada banyak point yang kita boleh tengok. Pertama sekali, hopes and expectations masing-masing terhadap perkahwinan tu sendiri. Educated couple usually has more expectations. Dorang selalunya letakkan standard yang lebih tinggi dalam hidup. Dorang nak stable career, lifestyle yang selesa, and at the same time, dorang nak their partner boleh penuhi keperluan emosi, fizikal, dan intelektual.

Bab mencari yang intektual tu aku sokong. Bila kita bercakap pasal keperluan intelektual in a relationship, it does not necessarily refer bijak semata-mata. Ini termasuklah cara berfikir, kebolehan selesaikan masalah, boleh berkomunikasi atau berbincang dengan baik. Tak semestinya perlu lebih pandai atau ada tahap pendidikan yang sangat tinggi, tapi lebih kepada keserasian cara berfikir and how they can interact on the same intellectual level or sekurang-kurangnya saling memahami.

Aku suka deep conversation. Sembang-sembang pasal falsafah, sains, or deeper matters of life. Kalau pasangan aku takleh relate to these things, aku jem. Sah-sah aku takleh connect dengan dia on a deeper level. Korang pernah tak jumpa orang yang kau tak tahu nak sembang apa sebab bila kau start with one topic, dia takleh sambung? 

Takyah start dengan heavylah. Aku pernah terpilih wakil universiti ke Berdialog dengan PM (masa ni Tun masih PM). Dorang buat kat Mint Hotel. Around 20 selected students dari setiap universiti di Malaysia berkumpul kat situ. Adea sorang student lelaki nak ajak aku bersembang. Aku tanya belajar kat mana, dia jawab "Somewhere kat utara". Kau rasa?? Memanglah aku boleh berteka-teka sebab wakil utara cuma UUM, UPSI and USM. Antara 3 ni je. Tapi, soalan tu simple kot. Apa yang kau nak main teka teki. Kalau soalan sesimple tu dia boleh pusing-pusing, memang boleh terpusing kepala aku berkawan dengan dia esok. Nexttttt.

Gais, intellectual needs in a relationship sangat penting, ya. Kita nak hidup lama. Seharian kita mengadap dia esok. Kalau sembang pun takleh connect, baik aku bercinta dengan tiang TNB je. It is not just a matter of high IQ or level of education, but more about understanding each other's minds. Kesediaan untuk berfikir secara mendalam pun is a must. Sebab life is not easy. Kalau berfikir pun tak pandai, letih la kau.

Berbanding dengan couple yang uneducated, dorang lebih fokus kepada perkara asas. For them, as long as basic needs macam makanan, tempat tinggal, dan perhatian dipenuhi, itu sudah cukup. Dorang tak banyak demand atau expect too much daripada pasangan. Highly educated couples KEBIASAANNYA ada tekanan kerjaya. Pressure to succeed, pressure to get promoted, pressure to reach a certain level in their career, etc. Kadang-kadang disebabkan sibuk dengan kerja, masing-masing abaikan keperluan emosi dalam perkahwinan. Terlampau penat atau tertekan dengan kerja sampai tak ada masa nak luangkan dengan pasangan. Sedangkan pasangan yang mungkin tak berpendidikan tinggi, kebanyakannya kerja biasa-biasa, waktu kerja pun mungkin tak heavy, so they have more time together and build a strong relationship.

Aku rasa ada sedikit point yang aku bersetuju kat sini. Lately ni ramai pasangan yang bercerai di kalangan celebriti dan founder (or someone yang berbisnes). Kesibukan dengan kerjaya sebenarnya banyak menyumbang pada penceraian. Maybe sibuk, atau pressure untuk achieve sesuatu dah mengurangkan banyak emotional attachement dengan pasangan.

Bila bercakap tentang komunikasi tadi aku baru teringat satu point lagi. Educated couples may have more complex communication. Bukan sembang ringan-ringan. Heavy talk. Dorang boleh berhujah, pandai berdebat, dan kadang-kadang bila ada konflik, masing-masing nak menang dan buktikan dorang betul. Sedangkan pasangan yang lebih sederhana may be more compromising. Dorang lebih rela mengalah dan tak banyak bertekak sebab dorang tahu pentingnya kesederhanaan dalam hubungan. They don't need long arguments or complicated theories untuk selesaikan masalah. Dorang berpegang kepada prinsip mudah, iaitu hormat pasangan dan elakkan konflik.

Aku tak pasti dorang ni kalau betekak pada benda yang simple-simple saja atau sebaliknya. Bukan apa, kalau aku bertekak dengan En Wan selalunya perkara yang kompleks. Kalau setakat bertekak nak makan kat mana, nak baju raya tema apa, nak balik pukul berapa - ni semua aku tak kuasa nak bertekak. Kalau nak ajak aku bertekak mesti yang berbaloi. Yang buatkan common sense aku bergerak sama. Kalau setakat "Baju raya tahun ni tema apa?". Kau decide sorang pun boleh. Kalau tak jumpa kaler karang, aku selak je baju kurung dalam lemari. Asal kena sipi-sipi dengan warna tema, settle. Maksud aku, aku takkan boleh berpegang pada bersabar dan hormat pasangan buta-buta. Kalau aku rasa kau tak betul, aku bangkang. Benda tak puas hati, buat apa nak sabar.

Some couples especially kalau banyak kita peratikan yang tak educated sangat, they practice patience. Especially akak-akak yang duduk kampung, yang suaminya saja mencari rezeki. Dorang ni lebih banyak bersabar. Tak tahulah dorang ni memang sabar atau dorang takde pilihan lain melainkan sabar. Maybe kerana dorang dependant pada suami, so they believe that memaafkan and giving in is the best way to keep the relationship peaceful. 

Ada juga yang dorang mengalah bukan sebab sabarnya tinggi tapi kerana they do not have good communication tools. Ini berbalik pada isu educated and uneducated couples tadi. Those yang unedicated, dorang tak banyak input untuk berhujah dan berdebat, jadi bila ada konflik, dorang merasa lebih baik mengalah saja. Sebab nak melawan tak pandai. Tak pandai nak suarakan pandangan. Kesian juga gini. Dia punya ilham tu limited. Aku lain. Aku kalau hujah tak sampai, insyallah tapak kaki aku sampai. Aku guna apa yang ada dulu. Kahkahkah.

Financial factors plays a big role dalam mana-mana marriage sebenarnya. Educated couple selalunya has bigger salary, and thus, they have more options in life. Tapi, kelebihan ni boleh membawa kepada rasa independent yang kuat dalam diri masing-masing. Bila terbiasa berdikari, kurang rasa bergantung kepada pasangan and more likely to separate bila ada masalah. Tu yang aku cakap tadi, couples yang less educated, selalunya ada simpler lifestyle. Selalunya juga they depend more on each other to survive. Thats why marriage dorang bertahan lebih lama sebab masing-masing perlukan each other. Dorang lebih komited dengan rumah tangga. For them, marriage is a lifelong commitment. They do not easily give up sebab dorang faham itu adalah sebahagian daripada kehidupan. Tak cepat melatah untuk bercerai.

Compared to educated couples, dorang buka suka nak bercerai. Siapa la yang nak kawen 7-8 tahun hanya untuk bercerai akhirnya? Takde siapa. But sometimes dorang lebih cepat decide untuk berpisah because they have more options. Dorang berpelajaran, boleh cari kerja, boleh cari duit, boleh dapatkan connection. So they feel that they can start a new life without having to endure a marriage that they feel is no longer working. Yang ni to me sangat lojik. Kalau kau ada pilihan yang lebih baik untuk emosi dan mental health, kenapa nak bertahan, ye tak?

Lagi satu yang aku rasa maybe ramai terlepas pandang, but akhir-akhir ni dengan macam-macam isu, aku dapat notice satu perkara iaitu distraction dari social media. Social media boleh buatkan pasangan yang berpendidikan lebih cepat merasa tak puas hati. Kelompok ni yang banyak guna Instagram, Facebook, dan TikTo so dorang terdedah dengan kehidupan orang lain yang nampak lebih baik di media sosial, and this can lead to dissatisfaction with their own partner. Sedangkan pasangan yang mungkin hidupnya lebih sederhana, dorang lebih terasing daripada media distractions dan lebih fokus kepada daily life yang realistik. Dorang tak mudah terganggu dengan apa yang berlaku kat luar sebab life dorang tertumpu pada keperluan sendiri.

Pengaruh followers dan audiens media sosial pun satu hal gak aku peratikan. Bila kau ada terlalu ramai followers atau audiens di media sosial, your actions are evaluated by many people. This can be very stressful especially for newly divorced couples. Tak memasal ada keperluan untuk explain why this, why that. Hal yang peribadi macam tu dah jadi bahan gosip dan spekulasi among followers. Bila muncul team itu dan team ini, dah jadi macam a way to provoke or seek attention. 

Ya, aku faham, yang bercerai sedang melalui fasa emosi yang sukar. They feel that social media is a place to release stress or share feelings. Tapi ada yang mungkin tak sedar post-post dorang dah macam memprovokasi atau mencari perhatian. I understand they just want to express their hidden feelings dan berharap untuk dapat sokongan emosi daripada audience. However, when the story is shared too often or in a provocative tone, it can be seen as an attempt to gain validation or excessive empathy.

Tak dinafikan, ada yang menggunakan divorce sas a way to increase popularity or get more attention. Orang memang suka kisah kontroversi dari cerita-cerita biasa. Dalam tak sedar orang yang baru bercerai continue to share their story in a way that DELIBERATELY invites debate or attention, even though it may hurt their ex-partner or children's feeling. Kalau ada unsur domestic abuse lain cerita. Tapi kalau hal yang too private, rasanya settle sendiri dahlah.


2024-10-16

Dalam hati kecil seorang isteri, dia tak pernah nak jadi “lelaki” dalam rumah tangga.

Ya, betul. Memang kebanyakan punca ramai orang bercerai sekarang adalah sebab orang perempuan sekarang ramai yang dah bekerjaya dan pegang duit sendiri. Betul. Aku setuju.

However, this is an overly simplistic view. Hakikatnya, ini bukan sekadar perempuan berkerjaya dan ada duit sendiri.

Ok, let me explain. Semakin ramai perempuan ada kerjaya and able to generate their own income, sepatutnya ini menjadi kelebihan, bukan masalah. Isteri yang berkerjaya bukan je dapat bantu ringankan beban kewangan suami, tapi contribute dalam aspek lain. Sebaliknya, apa yang BANYAK berlaku sekarang adalah, ramai suami letakkan beban kewangan atas bahu isteri. Mentang-mentang bini bekerja, ada duit, dia letakkan sebahagian tanggungjawab men-cover perbelanjaan dalam rumah pada isteri. Macamana bini tu tak angkat kaki?

Dulu, bila isteri tak bekerja, tanggungjawab menanggung keluarga sepenuhnya terletak di bahu suami, seperti yang dituntut dalam agama. Tapi sejak ramai isteri mula bekerja, ramai pulak suami ambil kesempatan mintak isteri kongsi tanggungjawab perbelanjaan rumah tangga. Yang lebih teruk lagi, ada suami lepaskan tanggungjawab sepenuhnya kat isteri. Ada suami ambil jalan mudah agih-agihkan tugas kau bayar rumah, aku bayar letrik. Kau bayar air, aku bayar internet. Kau bayar baju anak, aku bayar yuran anak. Eh dia pulak pandai-pandai agihkan tugas. Kalau bini tu yang willing, cerita lain.

Dahlah bini tu balik dari kerja kena sambung kerja-kerja kat rumah pulak. Kau kalau jenis ringan tulang takpe. Ini tak. Masuk je rumah, mengangkang depan TV. Nama nak menolong takde. Tolong masak lagilah jauh. Kalau mengote tak payah disuruh. Hilang penat-penat kau semua. Inilah punca isteri rasa terbeban. Duit gaji kena share, kerja rumah kena buat sorang, on top of that suami masih anggap dirinya ketua keluarga yang mesti ditaatkan, tapi tak jalankan tanggungjawab sebenar sebagai ketua. Kau rasa?? Pastu bila isteri mintak cerai, kau tuduh puncanya sebab bila isteri ada duit, berubah jadi sombong. Kau rasa kalau aku tonyoh muka kau berbaloi tak?

Kalau aku pun blah angkat kaki. Dah kenapa aku nak stay. Dahlah aku bayar half-half, on top of that kena buat kerja lebih masa, kena layan kau lagi, kena taat lagi, tak boleh melawan, tak boleh itu, tak boleh ini, nanti jatuh derhaka, jatuh nusyuz. Ah tak payahhh. So kau boleh faham tak punca-punca kenapa kes cerai-berai di kalangan wanita berkerjaya semakin meningkat? It is not because perempuan bila ada duit dah tak perlukan suami, tapi sikap suami tu sendiri yang buat semak!

Again aku ulang, orang perempuan kalau dah sayang, segalanya dia bagi. SEGALANYA. Setakat duit takde hal nak berkongsi. Cuma patut padanlah. Janganlah sampai dah jadi satu tanggungjawab pada dia pulak. Yang kau pun, bila isteri tu banyak berkongsi perbelanjaan, ringan-ringankanlah membantu. Sama-sama kerja cari duit, sama-samalah penat urus hal rumah juga. Kalau berasa malas nak menolong bini kat dapur, rajin-rajinkan beli makanan bawak balik untuk makan di rumah dengan isteri. 

Masalahnya, ramai suami tak bersedia untuk ubah mentaliti. Dorang masih anggap kerja rumah dan jaga anak adalah tanggungjawab isteri, walaupun isteri juga keluar bekerja dan penat macam dorang. Bila isteri membebel-bebel, kau marah. Dia penat tau tak. Nak urus rumah, nak masak, nak urus anak, nak urus laki benak macam kau lagi.

Jangan cakaplah "Sebab itu tugas isteri hanya di rumah. Jaga anak, bukan pergi bekerja". Ahh kau. Cakap lebat. Alangkan bini berkerja tong tong duit belanja pun tak cukup, lagikan harap kau sorang bekerja. Makan ikan kering cecah air sirap anak orang tu karang. Aku menyampah selalunya bila masuk bab ni, ujung-ujung ada yang cakap "Rezeki Allah yang beri, insyallah cukup". Ya ampun plis lah! Jangan bagi misleading statement boleh? Memanglah rezeki Allah bagi, tapi kena usaha. Ini tak. Usaha minimum, tapi nak rezeki maksimum. Pastu tak habis-habis suruh bini tu bersabar. Bersabar tu mesti bersekali dengan jalan usaha. Yang kau, bersabar takat kat bibir je.

Aku memang bersetuju ramai wanita berkerjaya suka minta cerai, tapi ada sebabnya. Sebab tak tahan dengan sikap suami. Hari tu ada someone respond kat post aku pasal isu kebanyakan isteri yang run business, bila dah berjaya jadi besar kepala.

Yang orang nampak itulah - bini berjaya, jadi berlagak dan minta cerai. Bini berjaya, tinggalkan suami. Bini berjaya, tak hormat suami. Bini tak kenang budi. Macam-macam. Kau kena faham satu perkara. Walau se-sukses mana pun seorang isteri, walau berapa banyak gaji dia bawa balik, walau sehebat mana dia di mata orang lain, dia tetap seorang perempuan. Dia tetap ada naluri lembut yang nak disayangi, dilindungi, dan dimanjakan suami. 

Dalam kebanyakan kes penceraian yang melibatkan isteri yang success in business, bila isteri berjaya, suami mula berasa selesa dan merasa tanggungjawab dia dah ringan sebab income isteri besar. Kerana suami tahu isterinya tak berkira dan willing berkongsi. Slowly, suami mula bergantung pada kejayaan isteri dan biarkan isteri tanggung sebahagian besar tanggungjawab mencari nafkah. Suami gunakan alasan, kononnya dia membantu kerja-kerja di rumah. We are even katanya.

Ya, betul. Isteri cari duit lebih, suami balancekan dengan membantu urusan rumah. Ok, fine. But you must remember, isteri masih perlukan suami yang berusaha. Ini yang ramai suami tak sedar. Isteri sebenarnya masih mahu suami berusaha lebih, walaupun dia dah berjaya. Dalam hati kecil seorang isteri, dia tak pernah nak jadi “lelaki” dalam rumah tangga. Takde isteri yang nak galas beban kewangan sorang diri atau ambil alih peranan sebagai ketua keluarga. Walaupun dia mampu, dia masih nak suami tunjukkan tanggungjawab. Tunjukkan bahawa dia masih lelaki yang boleh diharapkan. Faham?

Suami, kau tak boleh ambil sikap selesa and let your wife bear more of the burden. If  you do not show seriousness to keep trying or do not take the initiative, your wife will start to feel like she is fighting alone. Mungkin inilah punca ramai isteri yang berjaya akhirnya buat keputusan untuk bercerai. Bukan sebab dorang berlagak atau tak hormat suami, tapi kerana dorang merasa tak lagi dapat sokongan emosi dan moral daripada suami. Baiklah hidup sendiri. Takde beza pun hidup sorang atau berdua sebab ujung-ujung tetap kau yang kena buat lebih. At least kalau hidup single, duit kau hanya untuk kau sorang. Ini kena kongsi pulak dengan orang yang takde common sense. Eh letih.

Ini bukan soal duit semata-mata. Isteri bukan mintak suami to compete with her success, tapi dia nak suami masih ada di situ, menyokong, membantu, dan memahami. Seorang isteri hanya nak tahu walaupun dia mampu berdikari, her husband still plays the role of LEADER in the family.


2024-10-11

Someone yang lebih banyak bercakap selepas relationship berakhir tak semestinya bersalah.


Menjak kes Fazura-Fattah tengah panas, orang keluarkan balik video lama Dato Rosyam Nor yang dia kata "Perempuan kalau berduit, jadi berlagak". Eh, panas pulekkk hati aku bila tengok balik video tu.

Sorry ya, aku tak bersetuju lansung dengan statement tu. Aku adalah perempuan yang tak kisah berkongsi duit. Aku punya level tak kisah, ATM and kredit card aku dulu En Wan pegang. Dan aku willing untuk berbelanja RM50 saja seminggu (En Wan bagi cash every week). Cheque komisyen kalau dapat, terus aku pass kat En Wan. Serious tak kisah lansung berkongsi. Yang benaunya, perempuan kalau ada duit, tak lokek berkongsi. Yang buatkan perempuan tu berlagak adalah kerana sikap suami!

Kalau lelaki tunjukkan sayang kat isteri, jaga hati, tak cakap kasar, bagi attention, berusaha memenuhi basic keperluan keluarga, tapi dari segi kewangan dia tak mampu, isteri mesti tak kisah kongsi duit atau ringankan tanggungan suami. Because this is partnership. Tapi kalau kewangan dahlah tak mampu, perangai pulak hauk, membantu tidak, mengarah bukan main lagi, kepala batu, bossy, tau nak sedap 24/7, dan narsistik. Tak ke bini tu dah macam membela anak kecik sorang lagi? And on top of all that, isteri kena tanggung expenses rumah tangga. Kau rasa? Eh tak payah nak sembang syurga neraka bila kau sendiri letakkan bini dalam neraka dunia.

In many relationships, terutamanya bila isteri ada career yang lebih berjaya daripada suami, financial disparity can create tension. However, this tension tak selalunya berpunca daripada isteri yang duitnya lebih banyak dari suami. Masalah timbul bila suami ego, tak mahu accept kekurangannya (financial). Ego suami tu yang buatkan si suami tak dapat sesuaikan diri dengan kelebihan yang isteri ada. Sesetengah lelaki rasa terancam bila isteri lebih berjaya atau lebih berduit. Mulalah dia create toxic environment mengarah itu ini, preach about taat la, preach about derhakalah, saja nak bagi pressure kat bini. Nak kontrol duit tak boleh, dia kontrol pulak emosi bini tu sampai rabak.

50-50 financial arrangement can work IF suami dan isteri sama-sama faham peranan dan hormat perkongsian masing-masing. Kalau suami tak dapat cover banyak kos rumah tangga tetapi banyak bagi support dari segi emosi, ringan tulang, ambil tahu hal anak-anak, aku jamin tak ada masalah isteri nak share gaji. 

Orang perempuan ni aku cakap kau, kalau dah sayang, semua dibaginya. Itu perangai orang perempuan. So, kalau bini kau naik tocang, puncanya mesti kau. Aku masa bercouple dengan si anu, bukannya aku berduit pun. Sama-sama tunggu duit MARA masuk. Tapi kawan-kawan pelik macamana aku boleh mampu belikan si anu tu baju baru every month, perfume, belanja makan segala. Aku sanggup tak berganti baju baru semata-mata nak simpan duit so that everytime outing kita sama-sama boleh enjoy. Itu masa aku tengah sayanglah. Bila kau start buat taik kat aku, kau mendapatlah. No turning back.

Semalam ada sorang tanya aku soalan ni:


Selalunya yang kita nampak, bila orang tu banyak sangat bercakap, dialah yang bersalah. Individu yang lebih senyap adalah di pihak yang benar. Gitu kita menyangka. However, untuk mengesahkan statement ni, it requires deeper consideration sebab sikap manusia dalam relationship is diverse and complex.

Yang pertama, someone yang lebih banyak bercakap selepas relationship berakhir tak semestinya bersalah. Yang ni kita boleh tengok dari personaliti dan cara dia hadapi tekanan emosi. Orang yang ekstrovert, cenderung untuk ekspresikan emosi verbally. Dan dia lebih senang mencari sokongan sosial bila berdepan masalah. Dorang jenis lebih terbuka untuk share dan luahkan perasaan pada kawan-kawan atau keluarga. Ini salah satu cara untuk memproses perasaan, bukan nak mencari validation atau justifikasi atas tindakan dia. 

Orang yang lebih introvert selalunya memilih untuk memproses emosi internally. Kita boleh nampak selalunya orang pendiam, atau laid back prefer berdiam atau refusing to share details about their relationship problem. Kerana secara fitrahnya dia memang pendiam.

Kita ambil situasi someone is upset sebab pasangannya curang. Yang sorang galak buat statement itu dan ini. Yang sorang lagi senyap. Lalu kita as orang awam buat andaian yang banyak bunyi tu yang salah. Hakikatnya, BELUM TENTU. Dia mungkin merasa terdesak untuk explain their actions kepada semua untuk mempertahankan diri dari sebarang tuduhan. Kita yang takde kena-mengena ni akan anggap itu adalah tanda bersalah sebab kau banyak sangat buat statement itu ini, padahal dia hanya nak menjelaskan apa yang telah berlaku.

Benda ni macam kisah aku. Korang as blog reader yang membaca aku hencap kaw-kaw si anu sejak 2006, kau rasa aku di pihak betul ke salah? Mesti ada yang kata aku pihak salah sebab aku banyak sangat menulis padal dia, kan? Tapi kawan-kawan aku tahu macamana aku senyapkan diri masa dia galak bercakap itu ini pasal aku kat kolej dulu. Semua ingat aku jahat and kejam tinggalkan dia sampai menderita. Memang masa tu aku senyapkan diri sebab misi aku berbeza pada waktu tu. Once misi aku dah settle, now you see the nasty side of me. Kau banyak sangat mengata aku jahat, kan? Ha meh sini aku tunjuk aku punya jahat. Lebam kau aku hencap bertahun-tahun. Dengan kau, dengan yang mengutuk aku sebab percaya cakap kau, semua aku hencap sekali jalan. Orang yang tak tahu cerita dan hanya membaca apa yang aku rant bertahun-tahun akan kata "Mesti dia yang kena tinggal dengan boifren ni sebab tu tak move-on". Hahahaha. Lamberttttt lagi. 

So, bila someone banyak bercakap itu dan ini ketika relationshipnya berakhir, hanya dia saja tahu kenapa. Ya, boeh jadi dia mereka-reka cerita (macam si anu dulu), atau maybe juga itulah the right time untuk dia meluahkan apa yang dah terbuku sekian lama (macam aku now).

Kita as orang luar tak tahu mungkin bertahun-tahun dia berdiam diri. Hanya kali ni baru dia berani buka cerita. We don't know. Look. Orang yang banyak bercakap selepas relationship berakhir mungkin juga rasa bersalah, tapi tak bermakna dialah punca keretakan relationship tu. Rasa bersalah adalah emosi manusia yang biasa. When someone feels they may have contributed to problems in the relationship, dia terdorong untuk menjelaskan atau mempertahankan their actions. Sebab ramai dok menghencap itu ini. Of course dia termotivated to explain or defend diri dia. This is normal. Tak bermakna dia bersalah dalam erti kata sebenar. Cepat sangat kita nak menghakimi siapa betul siapa salah. Rilek-rilek la.

Aku punya kes dulu, bertahun orang hencap. Waktu tu keadaan memang tak menyebelahi aku lansung. Kitorang break, pastu aku couple dengan En Wan sedangkan si anu kekal single. Pastu final year aku bertunang, si anu masih single. Then aku kawen, si anu masing single. Orang tengok pulak En Wan bawa sport car. Lagilahhhhh. Oh betul rupanya Diana tinggalkan si anu sebab nak kejar lelaki kaya. Aaa gitu. So u oll yang enjoy menikmati penceraian Fazura and Fattah, jangan cepat sangat buat andaian. Awal lagi ni. To me, someone yang merasa gagal dalam memenuhi ekspektasi pasangannya may often try to explain what went wrong, dan mengulang-ulang bercakap hal yang sama kepada orang lain. Itu adalah her way to get an outside view of what is really going on. However their action bukanlah bukti bahawa dia bersalah.

Aku tahu korang ni asyik bertanya pasal ni and assume aku bercakap pasal Fazura-Fattah ni sebenarnya tak puas hati selagi aku tak bagitahu aku sokong siapa, kan? Dia macam ni, ya. Aku memang tak side siapa-siapa sebab aku bukan fans dorang pun. Minat-minat gitu je. Siapa yang salah, let them decide. Cuma aku rasa Fazura tak sepatutnya reveal bab nafkah tu. Yang itu too personal. Kalau domestic abuse lain. Yang tu jenayah, kena bagitahu supaya orang lain berjaga-jaga. Hat tu je yang aku kurang bersetuju. Tapi tentang dorang bercerai, nak sokong siapa, sorry I is tak berminat. I kan dah kata I pun ada duda lain untuk ditengok-tengokkan kat China tu.

Ini masalah rumah tangga yang biasa saja. Berkahwin. Bercerai. Aku rasa takde yang besar sangat pun dorang ni. Maybe masalah komunikasi yang tak allign bertahun-tahun yang akhirnya jadi masalah besar. Itu saja.   

Masyarakat kita always kaitkan "senyap" dengan integriti dan kebenaran. Orang yang tak banyak bercakap dianggap sebagai lebih matang atau bijak, sementara orang yang banyak bercakap dilihat sebagai cuba nak sembunyikan sesuatu. Pada pandangan aku, this view is too simplistic sebab kejujuran dan kebenaran tak semestinya diukur dengan kuantiti percakapan seseorang. 

Quiet person is always right is often misleading. Ramai je yang senyap, pendiam, pemalu, rupanya dia paling hauk. Sesetengah orang menggunakan diam sebagai cara untuk sembunyikan motif sebenar. Ada je manusia yang bersalah tapi tak nak mengakui. Dia prefer berdiam diri sebagai satu cara untuk mengelakkan tanggungjawab. Their silence disalahtafsirkan sebagai kebenaran, sedangkan hakikatnya they are simply trying to avoid exposing their faults or flaws. Yang ni aku tak cakap pasal Fattah ya, ini general statement seorang Diana. Kau spin ayat aku, kau siap.

Ada juga yang pilih untuk senyap selepas putusnya hubungan kerana tak nak cetuskan konflik. They feel that talking about the issue will only make things worse or cause more drama. Dalam kes ini, diam bukanlah tanda dia benar, tetapi satu strategi untuk kekalkan ketenangan dan mengelakkan perbalahan yang tak perlu. Contohnya, kalau relationship tu berakhir in a tense situation, salah sorang mungkin pilih untuk tak membincangkannya lebih lanjut dengan orang luar sebab nak jaga reputasi pihak lain atau tak nak kembali luka lama.

Kita juga kena faham yang seseorang yang banyak bercakap tentang masalah dalam relationship mungkin buat gitu sebab merasa perlu untuk mempertahankan diri dari tuduhan yang tak adil. Dalam banyak situasi, after a relationship ends, there will be a version of the story from both sides. Orang yang merasa dituduh akan terdorong untuk menjelaskan dengan lebih detail to make sure that their view of what happened is also heard. Ini bukan tanda mereka bersalah, tetapi lebih kepada untuk menegakkan kebenaran dari perspektif mereka.

Orang yang banyak bercakap after a relationship ends mungkin juga ada trauma atau difficulty letting go emosi yang belum selesai. They may talk about the issue over and over again because it is too traumatized. Bagi sesetengah orang, bercakap is their way of coping with pain. Just like me. Aku terlalu trauma dengan apa yang dah jadi, sampai termimpi-mimpi. Even now pun boleh termasuk lagi dalam mimpi, terbangun dengan jantung berdegup laju. Cepat-cepat peluk En Wan. Padahal dah bertahun. Tapi disebabkan benda tu sangat bagi kesan, until now, aku boleh bercakap pasal kes tu berkali-kali, fresh macam baru berlaku semalam.