Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

2022-03-26

Trip Alor Setar


Cukup sebulan.
Marilah kita update pasal trip ke Alor Setar bulan lepas πŸ˜†.

Last month, pada tarikh 25 Feb, kitorang gerak ke Alor Setar sebab Rayyan ada game hoki di sana.
Aku tak pasti apa yang seronok sangat aku ke sana.
Samada sebab dah lama tak ke utara, atau seronok nak pegi Padang Besar and makan Laksa Kak Su.
Atau sebab Mak Aji and Pak Aji ikut sekali.
I don't know. Tapi seronok.

Perjalanan pagi Jumaat smooth.
Sengaja bertolak pagi sebab nak santai-santai. Game esoknya.
First pit stop adalah RnR Tapah.
Ini RnR favourite aku.
Dulu zaman selalu kerja di utara, walau tak lapar atau dahaga, tetap stop di sini.
Paling tak pun lepas minum teh tarik.
Lone range hirup teh tarik dengan pakai skirt pendek belah tepi sambil usha orang lalu-lalang.

Kebetulan Ibal and CT balik Kelantan masa ni, jadi aku ajak Mak Aji and Pak Aji join sekali.
Dulu setiap kali aku ada kerja di utara, wajib bawa sekali dorang.
Buat teman tido. Maklumlah penakut tido sorang.

Padahal sebelum gerak dah breakfast tau.
Tapi tetap aku nak stop RnR sini pekena nasi lemak paru and teh tarik.
For so many years aku tak ke sana dengan kereta (selalu naik flight je ke Langkawi), rupanya nasi lemak paru tu masih wujud.
Parunya pun dah tak kejung macam dulu.
Dulu, kemain keras pelantung tapi tetap aku kekah.

Masa kat situ nampak group player hoki MBPJ stop makan.
Dorang datang dengan 2 bas. Semua player.
Kelab Rayyan pergi asing-asing sebab semua parents nak ikut sekali tengok anak main.
Beria, kan?

Keluar je dari Tapah, hujan sampailah Alor Setar, non stop hujan. Tapi tak lebat.
Walaupun hujan kitorang tetap masuk Penang hari yang sama.
Takde dalam plan pun.
Rupanya En Wan plan senyap-senyap nak bawa aku makan pasemboq sotong.
Dah lama bini dia berzikir nak pasemboq sotong agaknya. Alhamdulillah dapat gak.
Suka Pak Aji dapat masuk Penang makan cendol kat Padang Kota.

Sebenarnya nak ke Padang Brown tapi dia bukak lewat.
Kitorang taknak lewat sangat sampai ke Alor Setar.
Nak keluar dari jambatan sebelum 5pm.
Takpe, Padang Kota pun ok.

Dulu kalau aku ke sini, aku makan kat gerai lain, tapi sebab hujan jadi tempat duduk limited.
Makan je lah kat gerai mana-mana pun, janji ada sotong. Not bad juga kedai ni. Pilihan banyak.
Tapi kan, yang palingggggg best adalah mamak menari kat Gurney Drive.
Tak tahulah wujud lagi tak mamak tu.
Yang tu selection of food dia lagi best. Sotong besar, ketam besar.

Alhamdulillah, dalam pada nak cepat tu siap pak incik aku order kerang bakar siap.
Kalau boleh macam-macam lagi nak order sebab bukan selalu-selalu nak sampai sini, tapi kekenyangan. Puas hati dapat makan pasemboq sotong, kerang bakar and cendol.
Terasa lengkap dah 'percutian' ke Penang. Dulu pun kalau aku datang Penang, 3 benda ni yang aku cari dulu. Selagi tak dapat, aku tak keluar dari Penang.

Sebenarnya kan, aku tak reti makan pasemboq dulu.
Yang pandai makan hanya Mak Aji.
It all started in year 2010, masa aku kerja di USM, aku met sorang blog reader lelaki yang sedang belajar di USM.
Dia bawak aku ke Padang Kota ajak makan pasemboq.
Dia yang ajar aku makan benda ni.
Terus tersangkut sampai sekarang.
Setiap kali aku ke USM, memang akan makan dengan dia di sini.
Tapi tulah, dah berkali-kali makan pun, tetap tak pandai makan kuah.
Jangan sesekali tuang kuahnya ada sotong aku. Kuah kena asing.

Ni baru betul "walau hujan kuredah jua".
Biarlah berpayung-payung pun, janji dapat makan pasemboq.
Satisfied. Marilah gerak ke Alor Setar.

Hari tu kitorang stay kat mana ntah aku dah lupa.
Apartment.
Apartment dia boleh nampak dari tepi hiway cuma aku lupa namanya.
Cantik, and new.

Sebenarnya kitorang tak plan nak tido sampai 3 malam di Alor Setar.
Game hanya 2 hari - Sabtu dan Ahad.
Kitorang booked 2 malam di Raia Hotel.
Ingatkan game Rayyan start lambat, sempatla kot gerak dari PH lepas Subuh Sabtu.
Rupanya team dia main 9 pagi.
Tak dapat nak tambah 1 malam lagi di Raia, tu yang kena book tempat lain.
Tapi selesa apartment tu, bersih dan tak hassle nak parking.
Cuma, the apartment terlalu baru sampaikan the owner tak provide banyak benda lagi.
Tapi takpelah, basic keperluan semua cukup.
Slowly dia improvelah nanti.

Malam tu kepenatan, malas nak keluar makan.
Lagipun masih hujan dan malam. Tak kenal jalan lagi. Maka, kita order Grab saja.

Pagi esoknya Rayyan kena datang stadium awal, pukul 7am dah kena kumpul kat sana.
Ramai gila wakil-wakil dari negeri lain. Masa ni En Wan je hantar Rayyan sebab tak tahu lagi keadaan kat sana macamana, jadi dia tak bagi semua ikut. Awal-awal coach dah minta players bawak tikar sebab dorang semua akan lepak bawah khemah. Kalau ada tikar dapatlah duduk and baring-baring sementara tunggu turn.

Ko nampak tak kelibat seorang ayah yang sibuk nak pakai jersi yang sama?
Semua jersi Rayyan, dia akan tempah satu untuk diri dia sendiri.
Setiap kali Rayyan training, dia akan pakai jersi yang sama.
Dari jauh orang ingat dia coach.
Padahallll, menyibuk-nyibuk saja πŸ˜†.

Rupanya audience tak dibenarkan masuk stadium. SOP ketat.
2 hari sebelum dah kena buat RTK.
Hanya players and coach saja boleh masuk.
Mak bapak yang ramai-ramai ikut tu pandai-pandai la pasang khemah kat luar stadium kalau nak tengok anak main.
Dah la sepanjang hari hujan (renyai), berderet mak bapak tepi stadium berpayung tengok anak-anak main.
Aku mintak mahap la nak tunggu.
Kau yang nak main kan, kau mainlah.
Dia tak bagi aku masuk padang, aku pi Padang Besar. Apa susah πŸ˜†.

Ini ehsan gambar profesional photgrapher yang snap gambar Rayyan tengah main.
Masa ni mak bapaknya tengah bersoseh shopping kat Padang Besar.

Rupanya bahagian pasar kat Padang Besar tu tengah renovate.
Diorang robohkan semua dan buat lot kedai.
Nanti dah siap agaknya pasar akan bertumpu di situ.
Yang open cuma main building (the Arked).
Tapi nasib baik kitorang nak cari barang dalam Arked, takdelah terkilan sangat tak dapat ke pasar tu.

Sebenarnya takde apa sangat aku nak cari kat sini. Nak cari gajus je.
Tapi tak tahulah kenapa kalau datang Perlis mesti nak masuk sini.
Suka tengok-tengok barang-barang kat sini.

Pak Aji yang beria nak ke Padang Besar.
Tau tak dia nak cari apa?
Nak cari tali pinggang.
Dia kata tali pinggang yang dia pakai sekarang adalah dari kulit gajah yang dia beli di Padang Besar tahun 2011 lepas. Masih tahan.
Tu yang dia nak cari lagi tu.
Malangnya dah takde dah tali pinggang kulit gajah.
Seller kat sana semua kata dorang tak bawak masuk dah. Tak tau kenapa.

Yang ini team menantu dan mak mertua mencari jersi.
Yang Mak Aji nak belikan untuk dak itam kat rumah tu.
Yang En Wan belikan untuk anak lelaki dia pulak.

Yang lebih best adalah, lepas Padang Besaq kita zasss ke Laksa Kak Su.
Ya Allah, inilah tempat yang boleh dikatakan setiap kali naik utara akan kugagahkan juga sampai ke Laksa Kak Su.
Dulu, sesekali kerja aku hanya sampai USM saja, tak lajak hingga ke UniMAP.
Walaupun begitu, tetap aku pi Kuala Perlis semata-mata nak makan laksa.
Lone ranger makan laksa.
Dua pinggan ya, bukan sepinggan tau.
Takut meja sebelah nak kacau.
Tengok aku makan pun dia pikir 3 kali πŸ˜†.

Bila ingat-ingat balik kan, macamana la dulu aku boleh tergamak drive sorang-sorang jauh-jauh semata-mata nak makan?
Siap take own sweet time hirup kuah laksa yag dah habis sebelum order sepinggan lagi.
Itu baru makan, ya. Belum kira yang aku tapau lagi.
Everytime aku tapau laksa Kak Su mesti laksa 1kg, kuah extra.
Kuah extra maksudnya kuah 2 plastik.
Kalau tak, dia bagi 1 plastik je.
Aku beli lebih kuah. Bayar extra.
Kenapa extra?
Sebab boleh bekukan. Kalau laksa Kak Su dah habis, kuah masih ada.
Boleh beli je laksa kat sini kukus.

Tapi hari tu tak dapat tapau sebab kitorang masih perlu stay lagi di Alor Setar.
Mana nak sumbat kuah sampai 2 plastik dalam bilik hotel?
Terpaksa la aku berpuas hati dengan sepinggan laksa saja.
Takpe, akan aku cari alasan untuk datang utara.

Orang lain semua laksa standard.
Aku sorang je laksa special.
Laksa special ni ada telur sebiji. Tu je yang specialnya.
Bayangkan dulu aku bedal 2 pinggan laksa special sorang-sorang kat sini?
Memang spesis "Hati kau keras, Roy".

Yang ni pulak spesis "di mana ada kuih, di situ kita beli".
Kat Padang Besar dah shopping segala macam kuih. Sambunggggg pulak kat sini.
Nasib aku tak jumpa pasar malam kat sana.
Kalau tak, entah apa dia tapau.
Kat sini Mak Aji beli kuih gunting.
Ya ampunnn sedap gila!
Dulu aku selalu order kuih gunting kat satu seller ni, dari Kedah juga.
Lepas tu dia dah sambung blaja dah tak buat lagi.
Sedap gila kuih guntingnya.
Yang Mak Aji beli kat Laksa Kak Su pun not bad juga.

Tengah-tengah makan, around 2.30pm coach bagitau game habis around 3.30pm.
Just nicelah kitorang pun dah habis makan, terus patah balik Alor Setar untuk ambil Rayyan and check in Raia Hotel pulak.

Bagus juga cuaca kat sana hujang-mendung. Takdelah berselipat sangat anak aku.
Cuma kasut and stokin macam belacanlah. Sebelum masuk kereta, kat tepi kereta tu juga aku suruh dia tanggalkan baju seluar [cover dengan kain], lapkan badan dia dengan wet wipes, baru boleh masuk kereta. Sorry ya, aku tak tahan berkuap bau bacin nanti. Jadi, kena wangi-wangi dulu baru masuk kereta.

Hadiah kejayaan. Se-venti Starbucks.

Check in hari tu lama.
Disebabkan itu pihak hotel sediakan makanan.
Alhamdulillah, makan lagi kerja aku.

Ini Raia kedua aku stay. Raia pertama di Kuala Tganu.
Tapi KT tak sebesar Alor Setar.
Aku suka stay sini.
Kawasan cantik, hotel pun ok, parking best sebab kat luar, tak perlu nak masuk basement.
Pagi-pagi boleh jogging keliling hotel sebab kawasan luas.
Kalau esok lusa kena datang Alor Setar, nak duduk sini lagi.

Kebetulan kitorang pulak yang tukang rasmi makanan.
Memang tak sempat nak lapar trip kali ni. Asyik makan je.

Dulu masa kita kecik inilah orang harapan untuk bawa kitorang adik-beradik berjalan.
Now, kitalah pulak jadi orang harapan.
Pak Aji boleh lagi bawa kereta.
Hari-hari dia yang hantar cucu ke sekolah.
Cuma kalau long journey dah tak berapa kuat.
Lagipun kalau bukan follow anak berjalan, siapa lagi nak bawa dorang berjalan, kan.
Takkan nak saja-saja start enjin pergi utara berdua takde arah tujuan.
Kesian bawa kereta jauh-jauh.
Umur-umur macam ni selayaknya jadi boss duduk belakang ikut anak-anak berjalan je.

Malam tu kitorang dinner kat sini - Asiatic Thai Cuisine.
Mula-mula ingat nak pi Medina Thai.
Pernah pergi sana dulu, somewhere in year 2018.
Makanan sedap dan deco cantik. Ingat nak bawak Mak Aji datang sini, sekali tutup.
Aku tak tau la tutup ke, melingkup.
Sebab whatsapp tak berbalas, call tak berangkat, FB pun macam tak aktif.
Tapi kitorang tetap cari Medina malam tu, kot la bukak. Rupanya memang tutup.

Terus ke Plan B, iaitu ke Asiatic.
Tanya juga kat IG mana tempat makan best untuk dinner.
Takde sorang yang sebut Asiatic.
Tapi En Wan kata try je lah sini sebab tempat nampak convenient.
Jarang restoran besar-besar gini tak sedap.

Alhamdulillah sedap gila!! Puas hati.
Dia punya tempat lebih kurang macam Japanese restoran yang aku pegi makan wagyu dulu (somewhere in PJ).
Selesa makan sini, ruang makan besar, lauk sedap. Harga-wise aku lupa, tapi standard lauk Siam.
Dia punya selection of lauk-pauk sangat banyak.
Tapi aku order 6 jenis je.
Itu pun Mak Aji menjeling-jeling "Kau ni apa order banyak sangat, siapa nak habiskan?"

Eh macam tak kenal pulak perut anak dia.
Bukan selalu datang sini. Takkan nak makan ala kadar.
Biarlah makan sampai puas.
Ini pun aku nak order dessert tak dapat, dia cakap "Takyah, takyah. Nanti bapak kau takleh tido malam kekenyangan".
Bapak aku jugakkkk yang dia salahkan.

Korang kalau belum try Asiatic, bolehlah masuk sini. Sedap masakan dia.

Inilah yang kadang aku berbulu je dengan En Wan. Dia kalau ambik gamba, dia main ambik je.
Dia bukan nampak gambar aku nampak boyak kat situ.Aku dah kata tak payah guna wide screen sebab gambar akan kembang kat tepi. Badan aku akan tertarik sekali. Takkkkk. Dia nak pakai wide screen jugak. Nah! dah macam berat 100kg aku.

Eh, apa susah. Kita balas balik.
Aku ambik wide screen juga biar kepala dia nampak lonjong. Settle.

Gambar kekenyangan.
Masa ni dah sampai hotel semula.
Snap la satu buat kenangan depan lobi ni ha.
Rayyan ambik gambar lagi cantik dari apak dia.

The nexy day, Ahad. Rayyan masuk game round 2.
Masa ni dua team terkeluar dari game sebab salah seorang positive Covid.
The thing is, dorang datang dengan bas.
Takleh buat apa la, kena balik.
Tak salah aku team Melaka.
Kesian pulak. Datang jauh-jauh dari Melaka ke Kedah sekali takleh main.
Satu team lagi aku tak sure dari mana, tapi datang dengan bas jugak.

Terjumpa salah seorang parents dari team MBPJ.
Dia blog reader dan juga schoolmate adik aku masa kat SMSAH (Jenan).

Seronok tengok ramai juga parents yang datang support anak.
Jauh-jauh pun sanggup datang.
Yang dari KL, Perak, Johor.
Mak bapak sekarang lain macam supportive dia.
Kalau mak aku dulu, pegilah kau sorang.
Tak kuasa aku nak berpanas dia kata πŸ˜†.

Team Rayyan kalah.
Jadi, tak perlulah kita tunggu sampai petang, ya.
Meh lah kita terus sambung game kat Pekan Rabu.

Mula-mula nak makan kat food court Pekan Rabu.
Rupanya kat situ takde breakfast. Dorang bukak untuk terus lunch.
Pukul 10.30am tak ready apa pun lagi.
Semua gerai yang kitorang pegi semua kata tak siap lagi.
So, kitorang seberang jalan, berdepan dengan Pekan Rabu ada satu food court tepi sungai.
Ada lauk-pauk dengan nasi putih, and ada juga gerai jual ala carte. Not bad, sedap juga.

Pak Aji tengok dah ada gerai jual lauk-pauk, terus dia makan nasi putih.
Aku and En Wan pagi takleh masuk sangat nasi putih, mesti mau nasi lemak atau nasi goreng.
Mak Aji makan kuey teow. Rayyan, hanya makan ayam goreng kunyit.
Picky eater sikit Rayyan ni. Tapi nasib baik dia tak pernah jemu dengan ayam goreng. Senang nak cari.

Ini adalah kali pertama untuk En Wan masuk Pekan Rabu.
Kalau aku, ini 3rd time.
Dua yang terawal aku masuk masa Ima sekolah di SMSAH.
Dua kali datang tengok dia, dua kali aku masuk Pekan Rabu.
Tapi masa tu bangunan lama lagi.
Kalau bangunan baru, ini pertama kali.

Bangunan baru ni lebih selesa, dan kemas. Tapi, agak lengang.
Tak macam Pasar Payang.
Pasar Payang, walaupun dah berubah ke bangunan baru, masih ramai orang.
Aku tertanya-tanya juga, adakah sebab ini hari Ahad, kat sana orang kerja maka Pekan Rabu tak ramai orang?

Bila aku naik tingkat atas (level yang jual makanan), barulah nampak orang.
Dah jadi sempit pulak ruangan atas tu. Patutnya ruangan makan ni yang letak kat ground sebab lebih besar supaya orang ramai bebas bergerak sikit. Tapi maybe juga kalau dia letak ruang makanan kat bawah, orang takkan naik tengok kedai-kedai kat atas. Maybe.

Cantik-cantik tudung instant kat sini.
Tapi aku tak pakai, hanya melayan Mak Aji shopping je.
Yang tudung kanan sekali tu cantik sangat!
Ada macam-macam warna. Material dia sedap, warna-warna dia menarik.
Aku lupa nama kedai, jangan tanya.
Yang kanan tu aku belikan Mak Aji, dia terus pakai guysssss.

Pak Aji masih lagi mencari tali pinggang kulit gajah kat sini πŸ˜†. Tak jumpa pun.
Korang kalau tau mana jual tali pinggang kulit gajah bagitau aku la ya, kesian pulak tengok bapak aku tak jumpa apa dia cari.

Lepas keluar Pekan Rabu, kitorang masuk Aman Central.
Saja je nak tengok apa ada kat dalam.
Macam-macam ada rupanya.
Sempatlah aku dengan Mak Aji shopping kat dalam tu.
Sempat juga pekena Baskin.

Keluar dari Aman Central, En Wan bawak ke Sotong Buncit.
Aku lupa apa nama kedai ni, tapi ada perkataan Sotong Buncit.
Sotong dia memang besar.
Yang menambahkan besar bila dia sumbat susu sotong dalam tu.

Ramai juga orang datang makan sini.
Boleh juga kitorang sampai waktu lunch hour.
Tapi memang ramai queue makan sotong buncit.
Rezeki kitorang dapat sotong awal.
Sebab, sotong yang tengah dibakar waktu tu adalah batch yang last.
Batch last selalunya kecik sikit dari lain sebab yang besar-besar orang dah sambar dulu.
Yang ramai-ramai queue tu nak tunggu batch baru masuk (masih di dapur).
Eh tak kuasa aku nak menunggu, ambik je la yang tengah bakar tu. Settle.

Kebetulan masa aku nak jalan ke meja bawak sotong, akak yang goreng bawal tengah nak angkat ikan dari kuali. Terus aku hulur piring. Ngam dpat makan semua yang panas-panas dan tak payah tunggu lama.

Ni lah rupa sotongnya. Ambik 1 je, itupun tak habis, sebab liat.
Frust tengok dalam sotong banyak susu sotong je. Telur sotongnya sikitttt je.
Selalunya gitulah, seller sendiri tak tau beza mana satu telur sotong mana satu susu sotong.
Kalau kat Tganu, yang jual sotong celup tepung tu beria letak sign "Telur sotong". Hampeh!
Bukannya telur, tapi susu.

Ini beza antara susu and telur, ya.
Telur sotong tak banyak mana.
Yang banyak selalunya susu sotong.
Susu tak sedap, yang sedap telur.

Pak Aji kata "Jalan dengan kau ni, papa tak sempat lapar" πŸ˜†.
Nak buat macamana, anak-anaknya semua jenis yang enjoy food [read: kuat makan].

Hari tu dapat berehat panjang sikit sebab lepas lunch terus balik hotel.
Dapatlah aku and En Wan berjemaah membuta sampai lewat petang.

Ini depan Raia. Besar, kan? Besar dan luas compoundnya.

Sebenarnya aku dah malas nak keluar malam tu.
Kesian pulak Mak Aji and Pak Aji asik nak kena bersiap je untuk makan.
Ingat nak order Grab Food je.
Tapi En Wan kata dia taknak berbau bilik dengan makanan.

Malam tu makan kat Makcik Cafe, dekat je dengan hotel, dalam 1km je.
Not bad juga cafe ni. Tapi foodnya tak banyak, tapi masih boleh kenyang.
Malam tu kitorang makan western, kecuali Pak Aji tetap nak nasi.

Bersyukur aku cafe ni ada chicken chop.
Kalau tak, bingung aku nak bagi dia makan apa.

Esoknya, around 9.45am dah check out sebab petang tu aku ada meeting.
Memang sengaja tak ambik breakfast kat hotel sebab nak merasa makan pagi tempat lain.
Tapi hari check out malas nak merayap dah.
Makan je buffet breakfast kat hotel, lepas tu boleh terus gerak balik.

Jangankan tidak laki aku nak jugak merayap.
Tiba-tiba je dia masuk exit Kuala Kangsar.
Dia cakap "Jom tengok apa ada kat dalam tu". Boleh?

Masuk Kuala Kangsar semata-mata nak cari makan je.
Maka jumpalah this cafe yang terletak di dalam ladang getah. Unik, kan?
Ramai pulak orang makan situ. Popular rupanya tempat ni.
Tempat dia unik, cuma tak berapa kemas. Tapi bolehlah nak makan.

Nasib baik takde nyamuk kat sini.
Risau gak dalam ladang getak kot ada nyamuk ke.
Ada pak panjang tetiba merayap bawah meja ke.
Tak berapa tenang sangat aku nak makan sebab imaginasi aku agak melampau time tu.

Walau tak berapa tenang, mee bandung ni tetap habis aku bedal.
Well, Diana kan.

Siap ada sesi pembelajaran ya, kat sini.
Apak beliau tunjuk macamana rupa biji getah, macamana rupa pokok getah yang dah ditoreh, macamana rupa mangkuk takung getah.
Kesian budak-budak sekarang, 2 tahun belajar di rumah, tak pernah masuk lab, tak ada lawatan sambil belajar.
Nak belajar sains pun susah nak faham sebab tak nampak bendanya.
Aku dulu kecik-kecik dah tahu cara proses getah bagai.
Maklumlah, atok ada bangsal proses getah.
Takpe, esok cucu aku, aku angkut masuk ladang getah terus.
Maklumlah nenek dorang ada ladang getah sendiri. Gitewww.

Selesaikan trip ke Alor Setar 4 hari 3 malam yang dipenuhi dengan aktiviti makan.
Kalau ikut plan kitorang, minggu ni the whole family dah ada kat Langkawi untuk ambik Redza balik.
Redza kan dah habis skolah.
Rancangnya semua nak kumpul kat Langkawi.
Tapi macam-macam pulak jadinya hujung bulan ni.
Yang kena Covid. Yang kena kuarantin sebab close contact. Nenek meninggal.
Takpe, lepas raya kita start.


2022-02-14

Langkawi - nak tengok Redza graduate.


Dah lebih seminggu aku balik dari Langkawi jumpa Redza, rupanya aku tak update kat blog lagi.
Semalam ada yang DM "Bila Kak Di nak tulis pasal Langkawi?"
Aku macam..oh aku belum update lagi eh? πŸ˜†.
Bila ada macam-macam akaun media sosial ginilah jadinya.
Dah up gambar 2-3 keping kat IG, terus terlupa nak update blog.
Rupanya tak memadai ya gambar 2-3 keping tu? Hahaha.

Trip ke Langkawi hari tu cuma 1 malam je.
Bukan bercuti. Datang nak tengok anak je.
Macam korang tiap-tiap bulan jenguk anak kat asrama.
Kitorang ni anak over the sea, tak dapek nak pergi tiap-tiap bulan.
Maka, pergilah bila ada hal-hal penting, contohnya, nak hantarkan songkok and kain sampin.
Kitorang pergi 4 Feb, sebab patutnya 5 Feb tu majlis graduation Redza.
Memang dari awal tau dah itu majlis tertutup, parents tak dijemput datang atas faktor Covid-19.
Tapi En Wan nak sangat tengok anak dia pakai jubah graduation, dapat tengok dari luar pagar pun takpelah.
Saja, nak suka-suka tengok anak.

Cikgu and parents dah buka order kat whatsapp group untuk beli graduation bouquet.
Sekali aku terperasan yang tarikh graduation 6 Feb, tunda satu hari.
Tiket dah beli. En Wan kata takpelah, pergi je.
Nanti kita cari Redza kat masjid sebab kebetulan kitorang gerak Jumaat pagi.
Sempatlah nak gi cari dia kat masjid.
Dapatlah pass kat dia kain sampin and songkok untuk pakai hari majlis.

Bertolak dari rumah pukul 5am. Drive sendiri je kat airport, senang.
Tinggalkan kereta kat situ satu hari.
Takyah kalut nak tunggu grab atau taxi.
Lagipun kalau nanti balik dengan kereta sendiri, boleh singgah mana-mana.
Alhamdulillah, segalanya smooth.
Keluar awal, takdelah terkejar awal.
Tau je lah kan, KLIA2 punya pintu jauh mana.
Menapak melintas jambatan tu.
Sempatlah aku lepak dalam surau 20 minit lebih awal tunggu Subuh. Surau pun takde orang.

Flight pagi smooth.
Bertenang-tenang aku kat atas tu dapat settlekan 1 juzuk kau.
Dasar penakut.
Kalau tak, aku bukannya boleh tidur pun.
Baik aku cari benda untuk dibuat nak distract minda aku dari berimaginasi yang bukan-bukan.
Dari airport terus breakfast kat Nasi Dagang Pak Malau.
Punyalah berkali-kali aku dok pulang balik pulang balik ke Langkawi, inilah first time aku datang sini.
En Wan kalau pergi Langkawi sorang-sorang dia singgah sini.
Dengan aku dia tak bawak sebab dia kata aku cerewet takut kucing.
Tapi hari tu takde kucing, kalau ayam bersepah.

Kitorang sampai ni masih tak ramai orang.
15 minit lepas tu, full takde seat sampai orang menunggu.
Memang semua turun flight pakat breakfast sini terus agaknya.

Kaunter nasi dagang ni macam kaunter nasi dagang Masjid Kinrara Puchong.
Ginilah pesennya, dengan periuk-periuk bersusun macam ni. Tinggal pilih je nak apa.
Tapi kat sini ada lauk kuah nasi dagang daging.
Selalu orang makan nasi dagang dengan ikan je.
Tapi kat sini ada lauk daging.
Aku ambik daginglah, apa lagi.
En Wan nasi dagang original makan dengan ikan.
Rayyan tak reti makan nasi dagang, dia always nasi minyak lauk ayam.

Yang bestnya kat sini kuih-muih sangat banyak.
Terus aku macam "Ini kalau Mak Aji ada sekali, tak habis dia menapau ni".
Tapi ni je gambar kuih aku sempat snap. Ada banyak lagi sebenarnya.

Mak Aji cukup suka kedai yang ada kuih-kuih melayu macam ni.
Tu pasal kalau pi JB, balik-balik kitorang makan kat Sedap Corner sebab situ kuih-kuih melayu sangat banyak.
Mak aku enjoy makan kuih-kuih melayu ni.

Hari tu aku sempat ambik karipap kentang je.
Lepas tu orang dah ramai kerumun-kerumun aku dah macam risau nak tempuh orang ramai.
Dia menjak semua dah cucuk vaksin ni, dah tak berapa nak kisah bergesel badan.
Asal tak sentuh mata and hidung je kekdahnya.
Yang penting mask on, ya. Mask jangan tanggal.

Ini menu utama di sini.
Nama pun Nasi Dagang Pak Malau, kalau datang sini hanya nak pekena kuih, memang tak kenalah.
Mestilah makan nasi dagangnya.
To me, nasi dagang dia boleh makan.
Aku pernah makan nasi dagang yang lagi sedap dari ni.
Tapi oklah nasi dagang Pak Malau ni. Boleh datang lagi.
Insyallah next month kitorang ke Langkawi lagi untuk ambil Redza balik for good, bolehlah singgah sini lagi.

Yang bonus kat sini dalah view belakang tu.
Cantik and kedesaaan makan tepi sawah.
Instagrammable sungguh bergambaq makan dengan pemandangan sawah.
Kan rare tu.

Ini Pak Malaunya, siap bertanjak bagai.


Lepas makan, En Wan pujuk aku pi naik bot.
Aku dah berapi dalam kereta. Pung pang pung pang aku bancuh.
Baru turun flight, dah suruh aku naik bot.
Aku mikir nak kena naik flight pun sampai takleh tido.
Baru je aku nak bertenang, dah suruh aku panjat bot pulak.
Memang memintak aku bancuhlah, kan.
Dia kata "Kita gi tengok dulu, kalau tak ok, takyah naik".

Ajak aku pi sini. Paradise 101 Langkawi .

Situ je pun pulaunya. Naik bot 2 minit je.
Kecoh lebih mak kau ni, Rayyan.

Oklah, kali ni aku naik bot dengan tak gabra lansung sebab yang pertamanya, dekat sangat.
Yang keduanya, tak dilambung ombak lansung sebab ombak tak masuk pun kawasan ni dek kerana ada pulau lain kat depan tu.
Kawasan pantai yang bot lalu ni airnya tenang.
Pantat kau takkan melambung-lambung atas bot.
Aku bukan apa, pengalaman naik bot ke Pulau Redang dulu buat aku tobat nak pegi lagi.
Tak pegi lagi Pulau Redang tu pun takpelah.
Melambung-lambung pantat aku, ombak bantai kaw-kaw.
Habis keluar segala zikir, azan.
Penumpang dalam bot tu lagi seram tengok aku menjerit dari tengok ombak. Kahkahkah. Gasak kau situ.

Apa ada sini?

Kalau korang jenis enjoy beach, datang sini.
Kalau sesaja nak datang tapi tak mandi, tak main jetski, tak payah datang.
Macam aku datang sini, bukan buat apa pun. Ambik gambar je.
Makan pun tak sebab awal sangat sampai, cafe tak bukak lagi.

Tiket kau masuk ini bersekali dengan voucher buffet (lunch).
Tapi bukan makan free dengan voucher tu, kena top up sikit lagi kat dalam tu.
Voucher tu berapa ringgit je dia bagi.
Kau kena top up kalau nak makan nanti.
The thing is, kalau kau nak makan ala carte walaupun air, takde ya.
Kau kena makan buffet juga.
Pandai gak dia buat pakej gini.
Nak tak nak, orang kena top up juga duit untuk makan buffet.
Kitorang hari tu bukan taknak top up, tapi nak kejarkan pi jumpa Redza kat masjid, makanya, voucher tu burn begitu saja.

Banyak juga spot cantik-cantik untuk bergambar.
Tapi hari tu aku takde mood sangat nak bergambar.
Panas terik (walaupun panas pagi). Aku takut aku migrain je nanti kena panas-panas ni.
Jadi, aku banyak menyorok kat tempat redup.
En Wan and Rayyan je lah yang merayap banyak untuk bergambar.
Ramai yang datang situ sebab nak mandi and main.
Laut air tenang, memang best la nak berjetski and mandi.
Silakanlah pergi kalau datang sana.
Aku lupalah tiket berapa harga. Tak mahal pun.

Kesian En Wan, nak ajak bini ambik gambar sama-sama pun kena merayu-rayu.
Aku bukan taknak, tapi nak preserve kepala aku dari kena migrain attack.
Ni masih pagi, panjang lagi hari nak tunggu ke malam.
Aku kalau dah kena sakit kepala, satu hari tu kira gone, ya.
Melepek muntah belahak siap. Karang tak jadi apa nanti.
Tapi aku ambiklah jugak, buat syarat bukti dah sampai.

Dulu, masa aku kerja sales, ke sana sini everyday sampai lebam kulit aku kena panas, boleh dikatakan pain killer sentiasa ada dalam handbag.
Asal sakit kepala je, aku telan sebiji.
No choice, kalau tak, aku takleh buat kerja.
Kadang-kadang aku telan Tramadol. Ini power punya ubat.
Now dah tua-tua ni, banyak memerap kat rumah je.
Tak kuasa aku nak mencekik pain killer je.
Tu pasal kalau nak ajak aku berjalan tu ada sikit payah.
Aku taknak ruin orang punya program kalau sakit kepala aku datang.
Adalah lebih baik, korang je pegi berjimba, aku lepak dalam bilik pun takpe.
Tapi bagus juga tau gini, ada hikmahnya.
Cuba kalau aku kebal panas, mesti aku masih seperti dulu, tukar 2 piece terjun dalam laut. Hahaha.


 

Ini video sempat En Wan ambik dalam perjalanan dari pulau Paradise kembali ke tanah besar.
Orang lain pergi pagi balik petang, kitorang 1 jam je dah patah balik.

Lepas tu terus ke mall untuk shopping barang Redza.
Dah alang-alang ke sana, dapatlah belikan dia barang sikit.
Budak-budak ni takleh outing, semua barang kena melalui ko-op.
Apa yang ada kat ko-op boleh beli di sana, kalau takde boleh request.
Si Redza ni jenis tak kisah. Nak tunggu dia men-request memang taklah.
Apa yang ada kat ko-op tu dia beli. Yang takde, dia buat diam je.
Dalam hal ni, menyenangkan kerja aku.
Hari tu bapak dia cakap meh sms Redza dulu tanya apa barang dia nak.
Aku cakap "Tak payah. Kalau ditanya, semua benda dia kata tak payah. Dia yang betulnya, belikan aja. Hantar".

Hari tu belikan biskut-biskut, jajan, maggi, Milo, susu low fat, shampoo, sabun, sabung basuh, toiletries, dan segala tok nenek yang aku rasa dia perlukan.
Kalau tanya dia, memang semua dia kata taknak.
Cuba kalau dibelikan, dia takkan kata apa punya.

Lepas shopping try call Redza tanya ada kat mana.
Dia kata now dah siap-siap tunggu bas.
Maka kitorang terus ke masjid. Tunggu dia kat sana je.

Alhamdulillah, dapat jumpa Redza.
Sardin je anak aku turun bas dengan tak pakai mask, tak bawal sejadah.

"Ma, ada mask lebih tak? Mask Redza tak tau jatuh kat dalam bas tak jumpa"

"Abis, sejadah mana? Tak bawak?"

"Lupa"


Nasib baik bapaknya dah prepare bawak sejadah siap-siap dari rumah.

Sejuk hati tengok anak-anak ni gi bersolat kemain smart dengan bersampin lengkap.
Baju putih Redza pakai tu adalah baju yang sama dia pakai lusanya (Ahad) masa graduation.
Betul-betul tak kisah budak ni tau.
Baju skolah pun ok, janji baju melayu konsepnya.

Budak-budak ni solat Jumaat tak masuk dalam, semua di luar.
Aku rasa dia nak bagi gap supaya tak berada dekat dengan orang luar.
Dorang kan memang terkurung dalam skolah, jadi bila sesekali keluar agak berisiko juga.
Maka, dorang tetapkan budak-budak ni solat di anjung.
Tapi, Redza hari tu mencilok masuk dalam masjid sebab nak solat sebelah bapak dia.

Ingat nak pass barang-barang beli tadi dengan dia terus kat masjid, tapi dia kata mintak kitorang pass kat depan pagar skolah.
Jadi, lepas solat, dapatlah jumpa dia lagi kat sekolah pulak.
Mak bapak hanya depan pagar saja, ya.
Tapi sempat jugak bergambar. Nasib baik guard baik.
Sekian sajalah sesi berjumpa Redza.
Takpe, lagi sebulan lebih je lagi. Lepas tu kita ambik dia bawak balik terus.
Tak sangka Redza tak sampai 2 bulan lagi dah nak habis sekolah.
Rasa macam baruuuu je aku dengar dia baca buku tadika "This is my penily. I love my penily". *nangis*

Lepas tu terus pi makan. Dah nak pukul 3pm tak lunch lagi.
Ini kedai feveret. Rasa dah banyak kali aku letak gambar aku makan sini.
Nama kedai ni HIJAU kalau tak salah.
Sini lauk-pauk banyak. Dan yang best ikan-ikan bakar dia banyak jenis.
Aku macam biasa, akan sauk siakap dulu.
Kuah asam dia mahvelles!
Walau dah nak pukul 3pm, lauk-pauk masih banyak pilihan.

Lepas makan barulah check in.
Aku macam biasalah, no idea mana tempat aku bakal stay ni.
Tapi En Wan berani-beranilah nak buat lawak dengan aku stay tempat merepek-repek, memang aku keluar tido hotel lain.
Nasib baik hotel ok.

Kitorang stay Ocean Residence.
Hotel ni kalau tepi jalan memang tak nampak. Dia ke dalam sikit.
Jalan masuk pun kecik je macam lorong.
Tapi tetiba kau nampak gah pintu masuk Ocean Residence.
Macam ada di suatu kawasan yang lain. Gitu.

Kat sini ada villa, ada cabin house dan ada long house.
Long house ni umpama bilik hotel.
Kalau villa and cabin house ada siap dining area, and hall.
Aku datang 3 beranak je, sesuailah ambil long house.
Long house dia konsep bukak sliding door terus terjun masuk pool.
Ni kalau datang satu famil besar dengan adik-beradik ambik sampai 5-6 bilik, pool tu consider korang punyalah.

Selain dari pool long house ni, ada infiniti pool juga kat area villa.
Villa takde 'private' pool macam long house. Kalau nak mandi kau kena datang infiniti pool.
Macam long house ni best sebab pool betul-betul depan bilik kau.
Nak mandi sampai tengah malam pun takde sape halau.

Ini tugas aku kat sana - mengambil gamba dua beranak ni berendam dari hujung ke hujung.
Selebihnya hanya lepak dalam bilik tengok TV dan makan.

Harga bilik RM300+ untuk satu malam.
Bilik dia kecik je, and very basic.
Almari pun takde, just tempat nak menggantung baju.
Tapi iron and board semua ada dalam bilik.
Hari tu kitorang ambil extra matress. Matress ya, bukan katil.
Sebab bilik kecil, tak muat nak masukkan extra bed.
Masuk bilik tu kitorang kena re-arrange perabot sebab nak muatkan tilam and sediakan space untuk solat.
Bilik air takde bathtub.
Nak buat apa bathtub kalau ada 'private' pool, kan.
Tapi shower dia lebat betul. Puas mandi.
Yang penting, ____________ [sila isi tempat kosong, 5 markah].

Dua beranak tu lepas berendam, masing-masing terbongkang sampai Maghrib.
Lepas solat baru keluar dinner.
En Wan dah plan nak makan kat Telaga Seafood, di Pantai Cenang.
Aku yang malasnya masuk Cenang ni, HAZABBBB dengan umat.
Musim-musim penyakit ni, risau juga nak bersesak-sesak, tapi kena hati-hati je lah.
Tempat parking, kalau kau nak park tepi-tepi jalan depan kedai tu memang kirim salamlah.
Tapi takpe, dorang ada sediakan tempat parking orang awam. Besar kawasannya.
Cuma kena menapaklah jalan kaki untuk ke kedai yang korang nak tuju.
Kalau jenis kaki masih larat nak berjalan jauh, takpe.
Dapat yang tak larat nak menapak, memang letih.
Tapi sebenarnya bila kau berjalan kaki kat situ tak terasa jauh sebab kiri-kanan kedai meriah-meriah.
Kau ralit dengan kedai kiri kanan tau-tau dah sampai Telaga Seafood.

Orang memang ramai kat dalam ni. Tapi, tempatnya besar dan banyak juga meja.
Hari tu kitorang tak tunggu lama, 5 minit je dah dapat meja.
Ada live band sekali dalam ni. Ikan boleh pilih sendiri, jangan risau.

Pilihan seafood sangat banyak. Cuma hari tu ikan kerapu takde.
Takpe, siakap ada.
Makan 2 orang je, tak enjoy sangat sebab tak banyak makanan boleh order, takut tak habis.
Rayyan nak makan chicken grill.
Jadi, aku berdua je dengan En Wan nak meratah ikan siakap ekor, udang goreng tepung and tomyam campur.
Nak order lobster takut tak terabis pulak.
Dilema betul kalau makan berdua.
Tekak nak makan macam-macam tapi takut tak habis.
Kalau makan ramai-ramai tu at least bolehlah cuit sana sikit, cuit sini sikit.
Overall makan malam hari tu RM150 saja. Oklah, price dia.
Cuma, lambat sikit makanan sampai. Ramai orang agaknya.

Esoknya check out awal sebab En Wan ajak merayap ke Impian Suri.
Laki aku ni lagi kuat berjalan dari aku tau.
Dia yang pujuk aku masuk sini.

"Taknak beli periuk?"

"Hari tu kata kuali dah rosak, pegilah beli".

"Ni alas periuk panas, taknak beli?"

"Pyrex ni kata hari tu nak beli yang kecik-kecik, banyak ni. Belilah".


Ya Allah. Aku ni bukan taknak beli.
Tapi memikirkan nak mengangkut naik flight.
Airport sini bukan macam KLIA tu.
Sini nak kena angkut segala tok nenek barang panjat tangga flight tu.
Tapi buat syarat dah masuk kedai, belilah jugak sikit.
Selebihnya simpan bulan depan last gi Langkawi ambik Redza bawak kereta baru aku borong.

Kali ni tak pergi Haji Ismail pun sebab masa beli barang-barang untuk Redza, dah sekali beli coklat kat situ.
Coklat pun aku dah tak tau nak beli apa.
Rasa macam kerap nau pulak beli coklat kat Langkawi.
Kalau Redza balik bercuti pun akan kirim coklat.
Yang makan kat rumah ni tak ramai pulak tu.
Nantilah, bukan depan beli banyak sikit.

Flight balik on time, alhamdulillah, cuma experience dia tu yang aku tak berkenan.
Rupanya musim angin tengah kuat.
Dari take off atas landasan lagi kapal tu dah ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan.
Masa naik lagilah ke tepi ke tengah kejap kejap terasa kapal terturun.
Ya Allah, tak tenang betul aku nak menghabiskan 1 jam perjalanan.
Benda-benda macam ni yang jadi punca aku bergaduh kalau nak berjalan.
Faktor persekitaran telah menyumbang kepada pergaduhan suami isteri. Kahkahkah.

Tuan besar sedang menikmati Stabucks sementara tunggu amma habis solat.