Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Showing posts with label Office. Show all posts
Showing posts with label Office. Show all posts

Thursday, November 25, 2010

Tahun 2010, 2 kali aku konvokesyen =D

Salam...

Hehe. Best kan, tahun ni sahaja dah dua kali aku berpeluang pakai jubah konvo. Tapi bukan sebagai penerima skrol. Aku hanyalah menjalankan tugas melihat pelajar-pelajar aku (dan adik aku) naik pentas.. Dah nama pun pendidik kan.. Haruslah aku terlibat dengan perarakan akademik masuk-dewan-diiringi-bunyi-gamelan. Sambil senyum-senyum simpul sebab muka masuk camera. =)

Tapi best! Sebab setiap kali pakai jubah dengan mortar board tu, mesti rasa macam excited. Walaupun setakat ni rasanya dah lima kali pakai. Diploma, degree, as a lecturer (IKIP 2 kali, UTM 1 kali). Tinggal untuk masters je belum lagi. InsyaAllah kalau ada rezeki dan peluang.. Ermmm.. Excited sebab terkenang kembali saat-saat nak naik pentas terima skrol satu masa dahulu.. Seronok sangat.. Tambah-tambah lagi bila nama disebut dengan kuat, mendahului graduan-graduan dalam department / faculty yang sama, dekat layar besar tu pulak terpampang berapa bintang yang kita dapat.. Owhh manisnya kenangan itu.. ;p Terima kasih sangat-sangat pada penyokong-penyokong dan pemberi semangat aku sepanjang belajar.. 

Eh eh kenapa aku macam bagi speech ni. Ok kembali ke jalan yang benar. Hiii..

So kat sini nak letak gambar-gambar kenangan masa konvokesyen di UTM Skudai dan IKIP International College..

Ok yang ni di UTM Skudai.. Aku sebagai wakil pensyarah bagi department aku, dan juga sebagai kakak kepada adikku yang bangga tengok nama dia kat buku konvo tu.. (u can click the pic for zooming ;p)

Wahahaha besarnya muka aku! Sekali tengok ada jugak gaya budak baru grad. =p Yang ni pula konvokesyen ke 10 IKIP International College.. Adik aku pun diraikan lagi sekali masa ni, tapi gambar dia tiada di sini.. Cukup lah gambar kat UTM tu je.. Haha dengki!

Wednesday, November 10, 2010

ISO Audit...

Salam....

Bila sebut ISO Audit, semua orang tahu apa yang akan terjadi, apa yang semua orang perlu buat. Work instructions, ISO procedures, documentations, bla bla bla.. Isk. Selama ni aku berdebar setiap kali ada audit berlangsung. Tak kira la Internal Audit or SIRIM. Tapi kalau SIRIM confirm la debaran berganda-ganda.


Baru-baru ni Audit SIRIM dah lepas, minggu ni berlangsungnya Internal Audit kat kolej. First time, hari ni nama aku sangat laaa bertuah untuk diaudit. Hohoho. 3 orang auditors, yang sorang tu terkenal dengan ketelitiannya masa mengaudit. 

Dah la aku orang pertama kena panggil. Bilik tu pun sejuk sangat.. Masa opening, auditors cakap yang audit akan dijalankan pukul 10am sampai 2pm. Kalau tak puas hati, diorang nak audit sampai la pukul 4pm. 

Tapi.... Alhamdulillah.. Aku diaudit tak sampai setengah jam. Semua ok, attendance pelajar ok, teaching plan pun ok (pagi tadi baru aku mintak APD sign. Haha!), consultation pelajar ok, supporting documents pun ok.. Bila auditors cakap "You're done!", aku dah relieved.. =) Tapi tak berdebar sangat pun masa kena audit tu.. Cuma sejuuukkkkk je..

Overall.. Alhamdulillah.. =)

Monday, August 30, 2010

Apabila esok cuti Merdeka...

Salam.. 
Salam Ramadhan dan Salam Merdeka... 
Huhu

Aku sedang bekerja. Itu sepatutnya. Tapi?
Aku takde mood!! Hari ni 59 orang staf bercuti mengikut rekod dalam sistem. Macam rekod masa musim raya je. Tapi ni belum raya lagi.

Students pun sama. Boleh pulak one of my students texted me last thursday, nak mintak postpone test. Alasan: Kelas lain semua dah cancelled, semua nak balik kampung (Jumaat cuti nuzul Quran, Selasa cuti merdeka, so mereka-mereka bercuti lama..).Hmmmm ikutkan hati tak nak la postpone, lagipun aku dah inform nak buat test dari 1st week of lecture lagi dah. Tapi bila fikir-fikir balik, if aku buat kelas jugak, buat test jugak, yang datang kelas tu ada la 2 ketul students. Mula la aku nak menjadi seperti king kong! So terpaksa la membenarkan.. Test postponed.. After raya pulak tu! Radha jelah..

Rupanya lecturers lain pun ramai bercuti.. Jadinya mood orang-orang yang tak bercuti ni sedikit terganggu. Agegegegege. Aku ni dari pagi tadi taip teaching plan tak sudah-sudah lagi. Dah la tension tak jumpa cari 'cop gajah'. Silibus aku tak bercop lagi ni wehh.. Lepas raya nak menyambut kedatangan sirim pulak. Siapa yang pandai ambik tak pandai simpan ni!!!! Grrrrr!!!


Maaf. Aku pada hari ini adalah sebegini. 30 Ogos 2010. Sehari sebelum Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 53.


p/s: Biskut raya snow almond aku (refer sini ye) sedap! Betul, tak tipu! Hehe. Nak buat lagi biskut raya lepas ni..