CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Showing posts with label Qelate. Show all posts
Showing posts with label Qelate. Show all posts

Friday, 3 May 2013

Nasik berlaukk di pagi hari...ohsem

Salam,

Hari ni bersiaran lansung dari kampung tercinta di Qelate...lalalala, balik awal siap sedia untuk mengundi dengan bijak ngeeee. Gerak dari Batu Pahat malam tadi pukul 9.30mlm, agak berdesup jugak lah incik hubby bawak keta sebab kul 3.30 pg dah selamat sampai Kota Bharu. Mak incik ni konon2 nak temankan hubby la, tapi 80% of the journey mak incik tidur berdengkur2 je hahaha.


Bangun pagi pukul 7 pagi terus bisik2 kat hubby mintak gi beli kan nasi berlauk kak wokk yang femes tu. Hadoyaiinye pun, ramaiiiiiii gila orang beratur. Lauk pun habis dah, tengah duk masak 2nd batch tapi tu pun ramaiiiiiiiiiiiiii lagi sanggup tunggu. Maka nya incik hubby & FIL beli nasi berlauk JJ.* By the way, JJ tu refers to Jaroh Janda* eheh.


+- sebungkus RM3.50, licinnnnn mak incik bedal. diet tak diet belakang kira la... bedallll je -+


For those yang tak tahu, sarapan di Qelate memang normally nasi berlauk eiter ayam or ikan, tak pon nasi kerabu or nasi dagang. Paling2 koman pun pulut pagi weh. Meriah woh, tu la yang paling di rindui oleh anak perantau di Qelate. 


Anak2 pun seronok dapat bergolek2 dengan tok umi & tok abah dia. Bukan main lagi susun kusyen kat living hall Tok Umi tu buat fort lah, kereta lah, motor lah memacam. Kalau kat umah mommy, jangan mimpi lah dapat susun kusyen cenggini. Laju je tangan mommy cubitttttttttt paha abang & adik.

+- hamboiiiii adik pun join abang, bajet dia budak besar sangat -+


Ok lah, tak mo tulis banyak2 dah. Nak siap2 nak keluar gi Wakaf Che Yeh la daaaaaaaaaaaaaaaaa.

Pssssttt : meriah betul pemandangan bendera2 dan macam2 jenis arca sepanjang perjalanan Batu Pahat-KB malam tadi.

~ Thanks for reading this (^-*) ~

Friday, 2 November 2012

SULTAN KELANTAN berkenan membuka pintu ISTANA NEGERI kepada seluruh rakyat jelata

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Ini I nak share satu berita baik buat semua rakyat jelata samaada di negeri Kelantan, Malaysia @ di mana sahaja.

Tahu tak yang AL-SULTAN KELANTAN, SULTAN MUHAMMAD V telah mengampuni perkenan MEMBUKA PINTU ISTANA NEGERI, Kubang Kerian kepada seluruh rakyat jelata selama 35 HARI bermula hari ini 01 Nov hingga 06 Dis 2012 bagi memeriahkan Ekspo MAIK sempena ulangtahun ke 100 penubuhannya.




Ekspo bertemakan 'Seabad Mendaulatkan Islam' mensasarkan 100,000 pengunjung. Sebenarnya Pihak MAIK sebenarnya mencadangkan lokasi lain utk ekspo ini tapi Tuanku Sultan menitahkan agar ekspo ini diadakan di Istana Negeri. 



Memang ianya bakal menjadi satu SEJARAH kerana rakyat jelata semua DIJEMPUT ke Istana bermula jam 9 pg hingga 6 ptg setiap hari. Tarikan utama ekspo adalah Pameran Kegemilangan Islam Kelantan bertempat di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri yang mempamerkan ratusan artifak menarik seperti replika rumah dan pedang Rasulullah SAW serta mimbar masjid berusia lebih 100 tahun.



HOS PENYIAR majlis ini ialah TV ALHIJRAH dan pelbagai program utk pengunjung bersama pihak TV ALHIJRAH juga diadakan. Di antara sebahagian pengisian program dari TV Al-Hijrah ialah :
  • Zon Aulad:Pertandingan mewarna
  • Sesi bersama Personaliti TV Al Hijrah
  • Pertandingan Tulisan Khat
  • Sesi bersama artis jemputan TVAH ~ PENAMPILAN ISTIMEWA : IRMA HASMIE
  • Kuiz TVAH
  • Konsert Mahabbah
  • Pelancaran program Ikhwan Maik
  • Ceramah motivasi remaja
  • Program bual bicara bersama tokoh agama 
  • Demonstrasi masakan oleh chef terkenal negara

Manakala sebagai tanda cakno (ambil berat) utk golongan 'saudara baru',org asli & golongan kurang mampu pula, sebanyak 40 gerai jualan turut disediakan di halaman istana termasuk gerai pameran/jualan dr agensi kerajaan & swasta.


Tiada tiket masuk dikenakan tetapi setiap pengunjung akan diberikan "penanda buku" percuma yang mempunyai nombor bersiri bagi mendapatkan hadiah cabutan bertuah berupa hamper dan barangan elektrik yang disediakan setiap hari.

Pengunjung yang masuk ke ruang pameran di Dewan Jubli Perak akan diberikan beg plastik khas bagi mengisi kasut mereka sebelum memasuki dewan. Penganjuran ekspo tersebut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Muzium Malaysia, Muzium Islam Kelantan, Muzium Negeri Kelantan, Arkib Negara, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Ketamadunan Islam (ISTAC), Muzium Kesenian Islam Malaysia dan agensi-agensi di bawah Maik.



+- TUANKU SULTAN MUHAMMAD V telah merasmikan pameran ini pd jam 10 pagi hari Khamis 1 Nov 2012 -+

Jadi, apa tunggu lagi?. Yang ada di Kelantan dan negeri2 berhampiran Kelantan bolehlah sama-sama menjayakan sasaran 100,000 pengunjung ini di samping itu secara tak langsung MENGHARGAI budi ikhlas Tuanku Sultan yg dikasihi yg berkenan membuka pintu Istana Negeri, Kubang Kerian utk rakyat semua...JUNJUNG KASIH TUANKU..!!

# Untuk Info lanjut, sila LIKE FB Ekspo MAIK 2012.

Pssssttt : rumah yang I duduk masa kecil2 dulu memang 2 minit je dari Istana Negeri ni tapi o course la I tak pernah dapat masuk pun istana ni. Kalau I dapat pergi ekspo ni, bestnyaaaaaaaaaa.


~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 

Wednesday, 24 October 2012

(WW 36) : SN Jr = Penyokong cilik The Red Warrior

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Tak sia2 I bersalin awal 5 hari dari due date, dapat layan tengok final Piala Malaysia 2012 antara ATM dengan Kelate yang sungguh2 hebat dan mendebarkan. For those yang tak tengok, nah I tepek video.


Ini nak share gambar penyokong cilik The Red Warrior yang baru berusia 5 hari masa game tu berlansung. Tak dapat pakaikan jersey, pakai bedung merah pun boleyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.



Pssssttt :  kesian SN Jr tak dapat tidur nyenyak malam tu, mommy asyik menjerit je kat tepi dia kui3x.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Thursday, 9 August 2012

Resepi AKOK Kedut Fukuoka

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
AKOK bukannya berasal dari perkataan AKAK yang di-bahasa-kelantan-kan...tetapi AKOK ialah sejenis kuih tradidional Kelantan yang sangat lazat especially kalau di makan sewaktu panas2..perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh *hamek ko, sikit punya panjang expression bagi nak menggambarkan keenakan luar biasa kuih AKOK ni*.

Biasalahkan di bulan2 puasa ini ramai yang suka update gambar2 makanan kat FB. Selalunya mak buyong boleh tahan lagi keinginan terliur bila tengok gambar2 makanan tu, tapi bila ada orang letak gambar kuih AKOK ni..ya ampun, rasa tak menahan tahap mengidam tu...macam duk terbayang-bayang je kuih2 AKOK yang famous kat Qelate nuh.

Kat kepala ni dah terimbau kenangan makan AKOK yang di jual kat gerai2 AKOK di tepi2 jalan kat Kelantan masa bulan puasa. Antara gerai2 AKOK kegemaran kami sekeluarga ialah gerai akok kat tepi Jalan Chabang 4-Pengakalan Kubur, gerai tepi jalan kat Palekbang, gerai Akok Salor dan jugak kedai akok bungo kat Wakaf Bharu

 +- akok di bakar dengan arang, memang lemak berkrim dan bau nya harum semerbak dari jauh lagi -+


Selepas berhari-hari menahan keinginan nak makan AKOK, akhirnya mak buyong memberanikan diri nak buat sendiri AKOK dan bakar guna oven je. Resepi di ambil dari MyResipi, so I copy-paste letak kat sini sebagai rujukan diri sendiri di masa hadapan.

Bahan-bahan ( 36 biji )

  • 5 biji telur
  • 200 ml pati santan
  • 100 ml air
  • 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
  • 30 gram tepung gandum
  • 3 helai daun pandan- disiat-siat
  • 2 cubit garam halus

Cara-cara

  1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
  3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
  4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

Since I tak ada acuan bahulu, I guna acuan muffin I yang besar gedabak tu je. 


Alhamdulillah, percubaan pertama untuk orang yang tak pandai masak macam I ni menjadi. Masa tengok je rupa AKOK kedut Fukuoka I ni, terus happy sampai menjerit2 kegembiraan. Happy mengalahkan dapat duit berkepuk-kepuk hahaha.



Jadi, untuk yang mengidam nak makan AKOK tapi tak dapat balik beli kat Qelate, boleh lah try resepi ini. Di jamin sedap, lemak berkrim dan menjadi macam yang di jual kat gerai2 tepi jalan kat Qelate nuh.

Pssssttt : makin pekat pati santan tu, makin lemak AKOK tu nanti. I guna santan dalam tin je, kurang pekat dan kurang lemak, tapi tetap sedap.

 

Friday, 8 June 2012

Lebuhraya Rakyat (Kota Bharu - Kuala Krai)

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Baru-baru ini Kerajaan Ngeri Kelantan telah mengadakan Majlis Pecah Tanah bagi Projek Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai. Pada hakikatnya Kerajaan Pusat yang menyenaraikan projek ini di bawah Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5: 1986 - 1990) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9: 2006 - 2010) TETAPI sampai sekarang masih lagi tidak melaksanakannya tanpa sebarang alasan yang kukuh di berikan kepada rakyat negeri Kelantan.


Oleh itu, Kerajaan negeri Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk melaksanakan projek ini. Walau apapun kekangan dan rintangan yang di hadapi selama ini bukan bermakna tiada penyelesaian terhadap rangkaian lebuh raya di negeri Kelantan. 


Oleh itu, saya nak menyeru para dermawan dan hartawan di luar sana yang berhati mulia untuk sama-sama memberi sedikit sumbangan ikhlas bagi menjayakan projek Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai (Lebuh Raya Rakyat) yang telah bermula sejak 28 Mei 2012.Semoga dengan sumbangan dari anda ini akan memudahkan perjalanan ke Kelantan *yang biasanya sangat sesak di musim perayaan dan cuti sekolah*. Semoga sumbangan itu dapat menjadi pahala kebajikan kita di akhirat nanti...Insya Allah.





SUMBANGAN RAKYAT JELATA SEBAGAI WAKAF AMAT DIALU-ALUKAN: 
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun (Bank Islam) bernombor 03036010003031 atas nama "Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd."

Maklumat lanjut boleh rujuk di FB Lebuhraya Rakyat KB-KK

Pssssttt : anok2 Qelate tu, mari lah pakat dermo; tokkan so sen sore jah pung tokleh bui. Ni utk kemudohan kito jugop nanti.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Tuesday, 11 October 2011

*(Video): Terengganu 3-1 Kelantan | Suku Akhir Piala Malaysia 2011

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Malam tadi telah berlangung perlawanan suku akhir Piala Malaysia (first leg) antara Terengganu VS Kelantan. I cari-cari jugak kalau ada tunjuk kat TV ataupun ada online streaming kat mana2 website tapi kecewa. 
So, tidur je lah dengan penuh pengharapan yang team The Red Warrior akan menang. Alih-alih bila bangun pagi tadi tengok kat wall post family & kawan2 yang Kelantan tewas 1-3 kepada Terengganu.


Juara Liga Super, Terengganu memperoleh bekalan selesa menjelang pertemuan timbal balik kedua suku akhir Piala Malaysia apabila menang 3-1 ke atas juara bertahan, Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam.




Lebih dasyat pada perlawanan malam tadi ialah, 5 kad merah dilayangkan oleh pengadil perlawanan dengan 3 menjadi milik Kelantan melalui Shakir Shaari, Mohd. Daudsu Jamaluddin dan Aziz Ismail sementara 2 kad lagi di layangkan kepada pemain Terengganu, Ismail Faruqi dan Zubir Azmi. Selain itu 10 kad kuning turut di layangkan kepada pemain-pemain kedua-dua pasukan.


Mace sokmo2 lah, kalu Qelate lawan Tranung jah mesti ada insiden gocoh, sebab samo2 bekeng bereng kot. 

Tapi hok herannya, bila ore negeri lain buat hal, buleh pulop ore Qelate & Tranung berganding bahu untuk lawe balik. Pening palo ambo. 

Gapo2 pong, harap2nyo team The Red Warrior leh hambat Tranung semula maso 2nd leg di Stadium Sultan Muhammad ke -IV, Kota Bharu hari Jumaat ini.

Harap2 jugop ada tunjuk live streaming untuk ambo yang jauh ni tupe tengok retep. 


Pssssttt : Gomo Kelate Gono *buke gomo bergocoh, gi gomo sumbat gol nuh!*


~ Thanks for reading this (^-*) ~ 

Wednesday, 20 July 2011

Melaka VS Kelantan



Minggu lepas ada beberapa blog yang telah menyiarkan gambar papan tanda perbandingan KEJAYAAN Melaka dan KEGAGALAN Kelantan. Sila perhatikan terdapat penggunaan perkataan KEJAYAAN dan KEGAGALAN di situ ye, tertanya-tanya juga apakah motifnya penggunaan perkataan itu di papan tanda tersebut?.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhA211zxCXXorhwj8jH0h2NPh7t_N7kCLjZhF5LE61UO2YjO6l9Am6lz80ox-_mN_KrIM5HQonEnrdT2A089lZIjEmgqC4cIORaEn0oLagO-8X12L36MA5csPY1fYXlJmo7wplRyy0K3UQ/s1600/kelantan.jpg
+- sumber: OhDuniaku -+


Lebih membingungkan, apakah motif sebenar papan tanda ini di wujudkan oleh pihak terbabit di Melaka?.

Menambah lagi persoalan yang berlegar di fikiran ialah mengapakah perbandingan di buat dengan negeri Kelantan sahaja?. Bagaimana dengan 11 buah lagi negeri dan wilayah persekutuan yang ada di Malaysia ini?. Istimewa sangatkah Kelantan di mata Melaka?.



Timbul beberapa persoalan di benak fikiran sewaktu meniliti papan tanda tersebut :-

(i) Dari sumber manakah statistik dan peratusan ini di perolehi?.

(ii) Adakah pengiraan berdasarkan peratusan angka atau nisbah yang relatif dan mengamil kira faktor Bilangan penduduk Kelantan =1,453,000 orang manakala Bilangan penduduk Melaka = 687,100 orang (statistik 2003).
Besar kemungkinan perbandingan yang di buat ini tidak konsisten datanya jika semata-mata berdasarkan solid figure tanpa
menggunakan peratusan keseluruhan.

Sebagai contoh no 17. Jenayah. Kalau gunakan percentage pasti melaka lebih tinggi; tapi di gunakan nilai solid figure untuk menampakkan KEGAGALAN Kelantan.
Point no 1 dan 2 amat berkaitan dgn kuasa membeli (purchasing power).

Walaupun pun pendapatan purata di melaka lebih tinggi, namun harga barang juga tinggi. Semua orang tahu barangan di Kelantan lebih murah, sebab itu setiap kali tiba cuti sekolah berpusu-pusu orang menyerang negri Kelantan termasuklah makcik2 dari Melaka semata-mata untuk membeli-belah. Perbandingan hendaklah dibuat dengan tepat. Apple to apple, orange to orange.



Kalau pihak terbabit berhasrat untuk membuat papan tanda kedua untuk perbandingan Melaka dan Kelantan lagi selepas ini, saya ingin memberikan beberapa cadangan untuk perbandingan lain pula seperti :-

(1) Jumlah Enrolmen di IPTA

Jumlah Enrolmen Pelajar Tempatan IPTA and KTAR bagi Melaka dan Kelantan boleh di rujuk kepada jadual yang di keluarkan oleh Ministry Of Higher Education (MOHE) dalam Jadual 2.5 Enrolmen Pelajar Tempatan IPTA and KTAR Mengikut Negeri Kelahiran dan Jantina, 2009 - 2010(muka surat 40-41).

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhE-Pi377Bk-JWD93UMv1x1uwVtWzjm79u3hi8Gg1gnxdRqjxAxGqwgM0_xQbT7ZYHLeW1GLId4THQ3wf1emmtaMSV4eNwACXKo6xgyi97lgGPWGnM4pPIA7J81j_Hgr9ooPCfZRN6pv1g/s1600/jadual1.jpg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxy3ZpzIR7BNMMqGBoyGpIxFlg5xSjcSjwj0_k70jKPaCMpI8aeTU8d8FeoCkN5E2EdrjCcyYymRBYqPbLl4ikNWwA4O0OFlrUWqLwUTeojZCEspDZzjZ0LUBGUkiMVzFjuV7-lmfR_Nc/s1600/jadual2.jpg

Mengikut jadual sahih yang tertera di atas, Kelantan menduduki tangga PERTAMA dari segi bilangan warga negeri nya yang belajar di IPTA berbanding dengan Melaka di tangga ke-13. *perbandingan di buat berdasarkan solid figure seperti di papan tanda itu lah jugak*.

(2) Tempoh Operasi Pusat Hiburan

Negeri Melaka, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi. Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan sedangkan di Kelantan tidak terdapat pusat hiburan kelab malam pun. Itu juga salah satu sisi KEJAYAAN Melaka bukan?. - sumber: sini -


(3) Jambatan Styrofoam

Melaka ada Jambatan Hang Jebat di Jalan Tun Mahathir yang menelan belanja RM 7.6 juta untuk dibina.Walaupun umur jambatan ini tak sampai 2 tahun sudah berlaku keretakan dan kerosakan pada strukturnya. Hiasan batu pada tepi jambatan sudah pecah dan rekahan panjang kelihatan. Paling mengejutkan ialah ada bahagian jambatan dibina dengan menggunakan STYROFOAM.






Walaupun "arch" dibawah jambatan itu hanya sebagai fungsi estetika bukannya "load bearing structure" tapi agak tidak munasabah rasanya bilamana styrofoam digunakan sebagai bahan binaan. Lihat sajalah "dinding" jambatan yang mudah ditebuk kerana styrofoam digunakan. -sumber: Blogserius -

Mungkin ini juga salah satu KEJAYAAN Melaka kerana kalau di Kelantan rasanya tidak pernah ada jambatan Styrofoam ini.


(4) Statistik Kes Murtad

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang. Mengikut data yang dibekalkan, Melaka menduduki tangga ke-7 dari segi permohonan murtad berbanding dengan TIADA permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

Agaknya inilah salah satu lagi KEJAYAAN Melaka yang boleh di buat perbandingan dengan KEGAGALAN Kelantan.


http://media1.malaysiakini.com/371/dafa2c51600c64ed5ea57f6b1a845ff4.gif


Begitulah serba sedikit perbandingan yang dapat di buat mengenai Melaka dan Kelantan. Tolong jangan menilai isi kandungan artikel ini dari sudut politik Hijau VS Biru. Tujuan artikel ini di tulis ialah atas dasar sayangkan negeri kelahiran. Ibaratnya "cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya".


Lagipula, saya merasakan agak kurang wajar tindakan yang di buat oleh pihak terbabit untuk membandingkan KEJAYAAN dan KEGAGALAN sesebuah negeri dengan meletakkan papan tanda sedemikian. Apa yang boleh di simpulkan di sini ialah "Jangan terlalu asyik meneliti kuman seberang laut sehinggakan gajah gergasi di depan mata pun tak nampak".


Pssssstt: no heart feeling untuk orang negeri Melaka ye, ini cuma pendapat peribadi berdasarkan papan tanda itu. Saya pasti ada di kalangan orang Melaka sendiri yang turut merasa kurang senang dengan kewujudan papan tanda tersebut.



~ Thanks for reading this (^-*) ~

Thursday, 7 July 2011

Kelantan Juara Liga Super 2011



NORSHAHRUL Idlan Talaha muncul wira Red Warriors selepas membantu Kelantan muncul Juara Liga Super 2011 buat kali pertama, malam tadi.

Skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu dinobat sebagai juara musim ini selepas menundukkan Sabah dengan keputusan 2-1 di Stadium Likas.

Video: Sabah 0-1 Kelantan | Gol Norshahrul Idlan Talaha

Video: Sabah 0-2 Kelantan | Gol Norshahrul Idlan Talaha


Selepas jaringan kedua itu, Kelantan yang hanya menantikan wisel penamat dibunyikan agak cemas apabila Sabah bangkit memberi tentangan dengan memperoleh gol menerusi Razlan Otoh, minit ke-76.

Jaringan tersebut menyuntik semangat pemain Sabah untuk memburu gol penyamaan dengan melakukan asakan bertali arus, namun gagal menembusi gawang Kelantan yang dikawal kemas Khairul Fahmi Che Mat.

Kemenangan pada perlawanan terakhir semalam membolehkan Kelantan mengumpul 56 mata dan tidak mampu dicabar Selangor dan Terengganu.


Video: Sabah 1-2 Kelantan |Kelantan Juara Liga Super 2011



Walaupun bermain di Likas, penyokong setia pasukan The Red Warrior tetap bersemangat ke stadium untuk memberi sokongan padu kepada psukan Kelantan.

Lebih manis kejuaraan semalam juga membolehkan skuad Red Warriors menamatkan kemarau tujuh tahun tanpa gelaran Liga Super sejak diperkenalkan pada tahun 2004.


+- Pemain Kelantan meraikan kejayaan menjuarai Liga Super 2011 selepas mengalahkan Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, semalam. - UTUSAN/Ghazali Basri-+

#Sumber berita : Sokernet


~ Thanks for reading this (^-*) ~

Wednesday, 15 June 2011

WW(2) : Penyokong pasukan bola sepak KELANTAN ganas?









https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2kFPLr50eei7r7Dpev2DVLLLAhAvpWwdFRr1SrQ8DY1vIGBD5otFXJHNBxi0iguqNO7FXycRdam6OFeMfWjT0jyH5SjOQ_h6CeOxBS66qITURK4i2IU3wvNLPCep1GH-shk7hMRCYSGkq/s1600/248750_227943517218253_100000078195013_988177_2380242_n.jpg
+- penyokong Terengganu solat Maghrib berjemaah sebelum perlawanan bermula. sumber: revolterami -+


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjn3Dx5Ob8b7JH6SNZuh_VX98r4SucJhpqM1hDmQvtmIhJruj1zz0yqmuC4rwTez-DMjp5xJgiSS04d0QMydZbQcm5ZngciAXxK5sZcRU5FvYGpdAsOFKmeBpN7FPSEFrUL0HTGFkFlwTq/s1600/penyokong-kelantan-sembahyang-300x225.jpg
+- penyokong Kelantan solat Maghrib berjemaah sebelum perlawanan bermula. sumber: revolterami -+



+- Pic source : FB ~ sebelum perlawanan akhir Piala FA 2011 Kelantan VS Terengganu -+



Psssssssssttt: gambar-gambar ini tidak pernah di siarkan di mana-mana akhbar arus perdana di Malaysia jelir

~ Thanks for reading this.(^-*) ~

Sunday, 12 June 2011

Gol sendiri meranap impian Kelate di Piala FA 2011

Hanya saat yang memisahkan antara kejayaan Kelantan pada malam ini untuk Piala FA 2011 menjadi milik mutlak Terengganu. Tahniah kepada semua pemain Kelantan yang bermati-matian di hadapan penyokong sendiri yang telah pun tewas selepas gol penyamaan Daudsu. Tiada apa yang boleh dilakukan pemain Kelantan setelah pasukan Terengganu bagai memperolehi "Turbo Charge" apabila ribuan penyokong bangkit memberi sokongan menenggelamkan sokongan penyokong Kelantan.

Cuba lagi untuk semua pemain, pendokong dan penyokong Kelantan. Tahniah sokongan terbaik dari semua!!!!!!!! Gomo Kelate Gomo

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

~ sumber:
TRW ~

Ini ialah gol-gol yang terhasil sepanjang perlawanan malam tadi.



GOL PERTAMA : NURUL AZWAN ROYA (KELANTAN) -

KELANTAN 1-0 TERENGGANU





GOL KEDUA : gol sendiri DAUD SU (KELANTAN) -

KELANTAN 1-1 TERENGGANU





GOL KETIGA: NORDIN ALIAS (TERENGGANU) -

KELANTAN 1-2 TERENGGANU






Ulasan Yatie Chomeyl: bola tu bulat, baso dio doh la..ado hok mene ado hok kaloh. Frustrated meme la frustrated mugo nok mene lolo doh, tapi sebab ado hok tolol gi lepar bom api jadi pengadil keno wat maso tambahe 5 minit nah. tu pun gol sendiri tu maso minit ke 97 doh. Gapo-gapo pong, takpo lepas ni leh try lagi.

Ambo tetap sokong Qelate sokmo-sokmo insya Allah.



Psssttt: frust memang frust tapi taklah sampai menonggeng jelir .


~ Thanks for reading this. Anda semakin chomeyl kalau anda memberi komen (^-*) ~

Saturday, 11 June 2011

Debaran Final Piala FA 2011 Makin Dirasai

b_250_200_16777215_0_https___lh5.googleusercontent.com_-Q74gJ_ZYdFo_TdRmXQUv4sI_AAAAAAAAI4Y_5Tk9SN1M5-I_20110516-67.jpg11 jun akan mencatat satu lagi sejarah bolasepak Negara, pertembungan dua pasukan pantai timur Kelantan dan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil, dijangka lebih 80,000 penyokong kedua-dua pasukan akan hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir piala FA ini. Jualan tiket juga amat menggalakkan.


Debaran makin dirasai oleh jurulatih yang pertama kali mengalas tugas musim 2011 sebagai jurulatih kelantan ini, Datuk M.Karathu tidak akan mengambil mudah perlawanan malam esok walaupun diatas kertas kelantan sudah menang 3-0 kerana mahu pemain fokus dari tekanan fizikal dan mental. Semua pemain di prestasi yang baik dan bebas digantung, Datuk M.Karathu percaya para pemain yang akan diturunkan pada malam esok akan menunjukkan semangat juang yang tinggi dan tidak terlalu yakin serta mengambil mudah saingan lawan.


Syabas bagi peminat setia yang datang dari jauh,tidak kira menaiki apa pun kereta sendiri,kereta api ,bas ,kapal terbang,motosikal dan berkonvoi ,berhati-hatilah dan sentiasa menjaga keselamatan diri,kami doakan anda semua selamat sampai di Bukit Jalil dan pulang.


b_250_200_16777215_0_https___lh4.googleusercontent.com_-D0sKHUaMbjY_TdRmZtVFo7I_AAAAAAAAI4k_-9O-esXwLvU_20110516-63.jpg Peringatan kepada penyokong Kelantan anda dilarang memulakan provokasi ,menyeludup mercun ,pemetik api, bendera politik dan sepanduk provokasi. Pihak Polis Diraja Malaysia dijangka akan mengerahkan seramai 2430 orang anggota termasuk ”Special Branch (SB)” berpakaian awam, berkuda, anjing-anjing pengesan juga akan digunakan dan PDRM akan dibantu oleh 400 anggota ikatan sukarelawan Malaysia RELA.


Sekali lagi di ingatkan pihak KAFA tidak akan bertanggungjawap jika anda ditangkap dan didakwa , fikirkan kerjaya dan orang yang menyayangi anda.Ingat kita datang ke stadium bukan mahu tunjuk ”Gedebe” tapi mahu memberi suntikan semangat kepada pemain agar kelantan dapat menjuarai piala FA 2011 ini.


Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo
Sumber: Portal Rasmi TRW


Ambo denge hubby akan tetap sokong Qelate dari bumi Ultraman ni. yang penting, tengok bola tengok bola jugop, semaye jange tinggal tu. GOMO QELATE GOMO!

Gambar: Penyokong KELANTAN BERJEMAAH Di Padang Bola

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlOpv3g5k9zmRiQXWhBoBB7iUH9S8aSMHTmzkqtSz3QOGKKRtMTeRfnrki92JO5rFd59KYr8lKevwCf61qXTQISCiarRb0phdTE31Bvb_nGZZHYkF_tVTY1MqvRlPeTXb44ag_gDDtx9C8/s1600/image001.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgETjnsp2-2XaItoheNqpE4DfAPdG5q8HBIanTVOPUofRnlhFIRArbPvgvagnDFnR4kC5VFyy_-WIux_8mAoa1ijKCCE7dw0VhD546Il0UrTYzjepRIEG3zuFB3vwq0ZusX4cit497O8ajJ/s1600/image002.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj96_sv9ZIaJIiwUJNxh0bHdzcCKFqyOFdb_b9hpcWFII7DVf0KoAR43Agx4gbB2ujbzfxhyphenhyphen6zUvbYkhfZ_FETLjPQqoEyCFPDMHzNTkQJcEx7TONAcCf17dDstwe1XEQ4F3ggYg1Xb8a2C/s1600/image003.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJ4CxeyoUT9L6pQCaZ6EBV_RIaDVrJ9Mun8JryPucjH5ht1bQomUgXNUItTf35X4lXFHb8NZco1CWsAOH1coorFhn-bg8YnIhriYlx17_HXgrRjp85J2ibUtYKWDhDd5Ab9WK5ugOZn-mB/s1600/image004.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3xlKHr48WPQ9iq3NHcM_QQRpb_Es7Si4NBtdMgAPPiIlkGS2toxsWX7eQXNkyfJ0ikhnRcnT9kEEFQRrpvtsdr7rc0aTaXR0Fp0dJUQJefe2c0nLs2Ltg5xTvW0qUuC7oYRBBQjPjVIvi/s1600/image005.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhynDGbFjUu6oOs3bPBi6JupUayVJBY8a9VY-GjvaCYkW55m8qNgVfkSJY7sP08VjRHWVz9qRZvYF52AaXjcqZN94dQ935qlG95bkj2jDYiBlY8KD0tBi9BlYdH5sFCxs-z4Tn1QdTjAhoJ/s1600/image006.jpg
. "Biar jadi contoh ko peminat pasuke bola sepak negeri lain retep, insyaAllah"


~ Thanks for reading this. Anda semakin chomeyl kalau anda memberi komen (^-*) ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...