Wednesday, September 24, 2008

Indahnyaaa..

Ahh..indahnya rasa dunia nie..semuanya indah2 belaka..hahah..Tq so much BOSS..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..Yahoooo!!!!

Raya hampir tiba, tak sampai 1 minggu lagi. Tak sabar menanti kehadiran kak Ita dr Kelantan..ahhh..rindunya..sure meriah ramai2 nanti..anak buah zura ramai ooo..11 orang + Kael & Akma, 13 orang la..

Zura tahun ni beraya kat kl dulu..raya ke 2 @ 3 baru balik Kedah..Sebab tahun lepas dah raya Kedah dulu kan by...heheh.. ;)

Seronok! Beraya kat mana2 pon seronok n meriah..Ermmm.. tahun ni filem2 yang ditayangkan kat tv best2 lah...cam tak kasi jalan2 je..Yang zura tunggu2 setakat ni, Ayat-ayat cinta (TV3, Raya ke-10) dan Ada cinta (lakonan Nadia, stacy, di Astro RIA)..tu je kot setakat ni..Ayat-ayat cinta zura lom tengok lagi..ketinggalan betol..Cousin zura, Ada yang study kat Mesir pon dah tengok..dia kata best..

Ok, oleh kerana raya nak dekat, so, mama WAJIB ajar anak-anak mama berjimat cermat :P .So, mama belikan lah tabung comei wat putera puteri nie.. :)

Akma yang baru bangun tido, mama dah suruh masuk duit dalam tabung :p Kembang2 dah rambut..heheh


Tuesday, September 23, 2008

Kuih..kuih..

Weekend zura sekarang bz giler..bz membuat kuih..dengan ditemani anak2 yang SANGAT rajin membantu mamanya di dapur..


Ni kuih baru..Panas dari buku..hehe..leh ke camtu? Baru try buat..sedap cuma kena kurangkan ketebalannya..


Colourful cookies


Inilah budak2 yang rajin tue.. :D



hahah..dah kena tarik ngan abahnye..
Alhamdulillah..siap jugak akhirnya.. 1 hari 3 jenis kuih..


Ni baru sikit tau...lom cukup lagi..ada baaaaanyak lagi kuih yang MESTI dibereskan..


Actually, tahun ni mak tak nak amik order lagi, tapi kawan mak tu nak jugak kuih yang mak buat..tiap2 taun mesti nak..ada dalam 5-6 orang..yang lain2 mak kata tak larat da..
Bayangkan dari mak muda asik buat kuiiihhh je..kuat betul ibuku sorang nih..kita yang baru 1 hari buat dah pedih2 pinggang...kekek..


Tak pe..insyaAllah azam zura, zura akan jadikan bisnes kuih sebagai kerja sampingan satu hari nanti..

Monday, September 22, 2008

Dapat kad raya



Zura dapat kad raya nih..dari Mazznana..tq ye..huhu..nak kena balas ek? :P nanti kita balas k..

Coklat

Zura kalau boleh tak nak ajarkan anak-anak dengan makan makanan ringan coklat ke, gula-gula..nanti gigi cepat rosak kan kalau tak jaga..cam Amar..abis gigi dia..sayang betul.. lagipon memang tak elok untuk kesihatan kan..

Mikhail ngan Akma kalau tak nampak gula2 & coklat ok dia..tak la mintak..cuma kalau ada dalam peti ais je asyik makan..berulang2 cam makan nasi lak..


Tengok la mulut anak ku yang penuh dengan coklat..

Dah habis, amik lagi..ishh..


Tapi nasib baik la dorang ni suka gosok gigi..kalau nak kena ngan mama dan abah dia, cubalah
nangis masa gosok gigi..tak leh keluar dalam bilik air tu selagi tak gosok betul2...


Dan lagi..

Ini budak mengamuk nak coklat lagiiiii..
Anak mithali yang tolong mama pujuk adiknya..

Lama-lama tak leh jadi nie..kalau dibiar, habis lak kang untuk abang amar..so, cepat2 nyorokkan..kasi diorang popia pulak..ni mak buat..sodap gileeerr campur ngan kuahnyee..


Amboiii..besarnye Kael gelak..

Friday, September 19, 2008

Watsons

Tadi g Popular ingat nak cari buku untuk anak buah zura, Umar..ada la minat 1 buku ni memang bagus tau! Buku sains yang ceritakan tentang kejadian2 yang berlaku masa kita buat sesuatu..
cam makan ke, terjatuh ke pastu luka, dan macam2 lagi..Tapi buku tu tinggal 1 je..dah tu cam dah rosak sikit..tak elok la nak bagi kan..ingat nak cari kat kedai lain nanti..mintak2 ada..kenan tol..


Pastu g guardian n watsons..Ni la hasil soping takat 30 minit tadi..tak leh lama2..pokai lak kang..heheh..




2 bakul sampah..comel je. ni beli 1 free 1..sesuai la letak lam bilik kan.., 2 hair vitamin ellips, 1 grammy sugus untuk budak2, dan 1 Blackmores primrose oil + Fish Oil..tapi bila dah beli..mak aiiiii..terkezut tengok kebesarannye..nyosal beli..dah la susah nk makan ubat. :P sebab ni siap campur fish oil kan..kalau tak campur tu kecik sikit..ermmm..tengah berpk2 camana nak mkn malam kang..wahaha..

Makan mee

Balik kerja semalam anak-anak mama tengah makan mee goreng..Ni favourite mama nie..tak makan nasi pon tak pe janji dpt mkn mee goreng nih..

Rupa2nya menurun ke Akma dan Mikhail. Diorang pon suka betul makan mee..tapi semalam makan sikit je. sebab dah makan macam2 da. dengan minum susu lagi..Kael ni kalau makan bayka, minum susu lambat baru habis..Akma pulak minum susu 200ml tak smpi 5 minit dah habis..baru minum ke dah lama ke sama je..

Nia, maid tengah suap mee..eh..dia lak nak makan.. :p
Lepas aksi ni, Akma nak makan sendiri. Akma kalau suap sendiri suka la..tapi cam main2 je..dah kenyang byk lak ragamnye..

Dompet raya

Assalamualaikum..Morning..Selamat pagi..

Semalam balik kerja tercari2 sesuatu..tengok2 dapat kad raya dari Hiryu Ayu..macih yang..huhu..rajinnya hantar kad raya.

Dan satu lagi ni ha..zura beli online dari member PCM, Syana...






Anna Sui
Merah + pink
Zura lagi suka kaler merah ni..lawa kan..


Tapi apakan daya, kak win dah cop dulu..sebagai adik yang baik, terpaksalah mengalah..hahah..
Cantik x? cantik jugak kan.. :p

Ok la tu kan..janji dapat dompet untuk raya nih.. :)

Wednesday, September 17, 2008

Nuffnang

Hari ni baru register nuffnang..mana la tau kan kalau ada rezeki nak dekat raya nie..huhuhu..Berangan je..kalau dapat syukur sangat2..

Ni pon saja suka2 try..Baru 1st time wat nie..hehe..Walaupun sedar perbezaan blogku dr lain2 kan yg pemes2, artis ke..kekek

So, kalau ada sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan, sila-silalah klik pada iklan disebelah ye..tq so much..***muahhh*** ;)

Kalau nak hulurkan bantuan lebih sikit, nanti zura kasi no account ye..:P tq la banyak2..jasa korang akan zura kenang sampai bila2.. :D

Persiapan raya

Ari ni selsema lak..opis ni sejuk giler...semalam panas..haha..dugaan2..

Sejak 2 tiga hari ni asek cek maybank2u je..tapi hampeh..hello gaji..hello vit 'B'.. mana hang tak keluaq2 lagi nih? dah bape haribulan nih? jenguk2 la ambo kat sini ha..nak wat duit raya lagi..nak tukar duit lagi..nak buat kuih lagi..nak sambut bday 3 org lagi..adoiiiii..yaiii..(ha..dah mcm2 loghat kuar dah..cam bahasa pasar jdnye..redahh jeww)

Persiapan raya setakat nie..:-

1) Baju mama - 100%
2) Baju Melayu Mikhail - 100%
3) Baju kurung Akma - 100%
4) Baju moden Mikhail - 100% hehe..moden la sgt kan..alaaa..baju yg wat jln tu..
5) Baju moden Akma - 100%
6) Baju abah - 5% :P next week nk g beli..
8) Kasut Mikhail - 100%
9) Kasut Akma - 100%
10) Capal Mikhail - 0% next week gak nak carik

11) Langsir raya da pasang - 97%
12) Umah dah cat tp dah diconteng balik oleh budak2 yang sangat berbakat..sib abik sikit je 95%

13) Kuih raya - 5% this week baru nak bertungkus lumus..cewah

14) Servis kereta - 27/9/2008 dah wat appointment ngan Toyota b4 pose lagi..

15) Cuti da apply awal2..haha..4 ari je.. (30/09/08, 3/10/08, 4/10/08, & 6/10/08)

16) Pastu, 3 birthday menanti.. (7/10/08 hubby, 8/10/08 my mom, 10/10/08 my mil)..nie tengah pk apa yang harusss dilakukan.. 30%..

Dari itu, cepat2 la keluaq ye..cam byk lagi yg tak lengkap kan..huhuhu..

Kenangan bersama arwah abah

Hari ni rasa sayu sangat2 bila tengok gambar arwah abah kat sebelah tu.. Malam tadi borak2 ngan mak dan kak win..diorang pon cakap bulan puasa sayu dia lain macam je..

Zura sebagai seorang anak yang palingggggg rapat dengan arwah abah..so, kerinduan tu terasa bagai membuak2 dah nie..tengah cerita2 ni pon dah bergenang..tak dapat tertahan lagi..tak tau nak cerita ngan sapa.. sebab kalau zura cerita, automatik tumpah la apa yg bergenang tadi..

Bagi zura, abah seorang yang saaaaaaangat kuat bekerja..tak de masa untuk dia berehat sewaktu muda. kalau ada pun waktu terluang akan dihabiskan bersama anak-anak dia. No tido siang! No malas-malas!

Percaya @ tidak, sewaktu hidup abah, abah tak pernah menjejakkan kaki ke Langkawi..Lain-lain dah pernah pergi, Penang ke, Kedah ke, Johor, Singapura dll..tapi Langkawi je belum sampai..Abah memang nak sangat pergi...tapi bila ada masa, hati pulak teringin nak jenguk anak no 2, kak ita kat Kelantan dan cucunya kat sana..sebab kak ita ikut suaminya yang kerja kat sana..so, dipendamkan aje hasrat tu..Didahulukan mana yang paling utama dan paling sayang..Abah sanggup korbankan kehendak sendiri..

Antara cucu abah yang palinggg rapat adalah Umar.Selalu la bawak jalan2..Semalam dapat msg dari kakak sulungku, Dr Mazlina, a.k.a Kak ee,

"Esok bday Umar. Doakan dia ya. Tadi balik sekolah dia kata ada hadiah untuk mama dan abah. Tengok2 dia kasi report card. Dia dapat no 3. Banyak kali dia cakap Terima kasih Ya Allah".

Terharu acu baca ni Umar. Kalau atuk ada masti atuk dah peluk2 umar dah..atuk dah kasi hadiah kat Umar kan. Atuk suka bagi hadiah kalau ada sesuatu yang membuatnya bangga. Mayb untuk kasi semangat lebih sikit kot..

Sekarang ni, selalu pulak dengar kes barah sana, barah sini kan. senang je dapat penyakit macam tu. Abah la salah seorangnya yang meninggal akibat Leukimia. Tak tahulah di mana puncanya sebab penyakit tu datang secara tiba2. Bermula dengan demam panas yang tak kebah, sakit sendi2..pergi klinik pon doktor kasi ubat tahan sakit je..Lama2 baru pergi HUKM, doktor suspect demam denggi la, tibi la..amik air kat tulang belakang, baru tahu penyakit sebenar. Hari ni tau Leukimia, petang masuk ubat kimo..abah diam je tak tanya pon ubat apa tu..orang kampung datang baca Yasin ramai2 dalam bilik tu. abah masih sedar waktu tu..Diorang balik, abah g toilet nak amik wudhu' sebab nk solat maghrib. zura duduk situ temankan abah sebab hajat dihati nak jaga abah malam tu dengan mak. abah dengar zura nak jaga, senyum je abah. Dalam pukul 8.30malam, abah dah sesak nafas..panggil doktor, doktor kata abah dah nazak. Telefon la kakak2 suruh datang..Kak ee dan kak win sempat datang sebelum abah dipengsankan..Dan itulah kali terakhir abah buka mata.


"Ya Allah, ampunkan dosa-dosa abahku, berilah kebahagiaan abahku didunia sana..Kau rahmatilah abahku dan tempatkanlah abahku bersama orang2 yang beriman"..Inilah antara doa yang selalu zura panjatkan lepas solat.

"Apabila mati anak Adam maka putuslah segala amalannya, kecuali tiga perkara, pertama sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya". InsyaAllah..

Sampai awal

Hari ni sampai opis awal sangat..b4 kol 8 dah sampai..ye la, Selangor kan cuti, Nuzul Al-Quran..

Zura pon keje Selangor gak tapi tak leh cuti sebab hq kat kl...arghh..tension jek..kat building ni sunyi gilos..semua cuuutiiiiiiii..air-cond xde..panassssss!huh..sib baik puasa..tahan je la api kemarahan nih..huhuhu :P


Tak baik tension2 kan..dugaan jek ni..sambil2 tu layan la sambungan gambar2 weekend ari tu ye..

Mikhail nk solat zohor ke? lom masuk lagi la yang..


Sempat lagi betulkan kupiah yang dipinjam dari abahnye..
Tengok tu..Akma pon nak pakai gak sampai tertutup mata..
Akhir sekali..lepas penat, semua pakat join abah tidoooo..

Tapi ini semua adalah lakonan semata-mata..Tak de nya diorang nak tido seawal nih.. :p

Tuesday, September 16, 2008

Buli

Hari minggu yang lepas, kitorang tak ke mana2.."duduk rumah saja" cam ayat Mikhail..heheh.. mayb sebab dah tak de kerja, so budak2 ni carilah kerja part time..wahaha..mana la pernah nampak diorang duduk terperuk je..

Mikhail seronok naik motor abahnya..tu la..malam tadi tak mo tido, asik baca bukuuuuuuu je..siang dah ngantuk..
* Ni bkn penderaan buat somi ye..anak2 dah kacau dia tido atas katil..turun bawah, kacau gak..adeh..diorang nak menagih kasih sayang tu by..kekekke..ni dah kes buli nih..sian hubbyku.. :P
Akma kusyuk menyusun clock puzzle.

Bukan main suka lagi Kael..dulu susah tol nak tengok dia senyum..senyum mahal la konon ye..





Blog Widget by LinkWithin