Friday, January 30, 2009

Pantai Klebang

Lama xberupdate kan..lama bercuti...syokkkkkkkk sangat2..

CNY ari tu, mula2 kitorang plan xg mana2..dok umah je..sekali angin hubby ajak balik Melaka..zura ok je..gerak kol 12 lebih...sampai Melaka dalam kol 4 lebih..campur jem la kan..kalau tak 1 jam dah sampai..



Weols jalan g Pantai Klebang, tapi pantai tu sekarang dah xcantik la..dorang nak bina apartment plak kat situ.sayang je..sebab tak nak menghampakan budak2, zura bagi Mikhail naik kuda..hehe..nasib baik kat sana ada kuda..seronok la sikit kan.



Cara Mikhail pegang tali tu, ada gaya penunggang pro x?





Masa turun tu, Mikhail nak naik kuda besar plak..tak takut langsung dia..Oh ye..Zura nak kasi Akma naik jugak tapi dia ni jenis 'pemalu' sikit..hehe..mayb dah besar sikit cam Mikhail baru dia berani kot..sian plak dia tgk je..

Bila tgk kuda ni, teringat kat mawi..walaupun zura ni bukanlah peminat dia.. :p

Monday, January 19, 2009

Perasan jap




Tq Syana..I like it!!! Wahh perasan tetiba :p hahaha
Tulis sepuluh perkara mengenai orang yang beri award ini.


Pasal syana yang zura tau:


1. suka bisnes
2. ada blog bisnessnye..
3. suke masak..
4. suka mila
5. suka western food
6. suka cantik2
7. pakai tudung
8. anak ustaz
9. member pcm
10. suka bercuti


FAKTA MENGENAI SY


~ tak suka org yg sukaaaaaa sangat meminta..
~ suke western food + masakan mak
~ xpandai nak bermekap
~ suka menyanyi..tak kira la sore sedap ke x..redah je..
~ takut n geli dengan semua binatang..xdenye nak bermanja2..


AUTA MENGENAI SY


~ sangat suuuka masak n buat kek :p
~ seorang yang boros


HOBI


~ bercuti
~ berenang
~ manyakat budak



Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan nyatakan nama mereka di blog anda




~ Aliz - sila aktifkan blog anda

sapa2 yang baca blogku..



Friday, January 16, 2009

Happy Birthday Kak Win

Oleh sebab zura bz b4 ni, zura nak letak n3 yang zura tertinggal..Walaupun dah berkurun tak kisahh nak letak gak.. :p

Oh ye, 1 Januari lepas, besday kak win..Mak buatkan kek..sedap sangat..Lemon cake..mak bab2 buat kek ni mmg marvelous la..menjadi jek semua..turun lak ke kak ee..kat zura lom turun-turun lagi..ntah bila nak turunnya tak tau la.. :p





saje kasi malap2 dulu.. :)
Budak2 yang tak sabar nak ngapppp..
" Happy Birthday to you ".. budak2 ngah nyanyi..



Inilah kek nya..serius tau sedapppp sangat..tak muak sebab ada lemon kan..
Kalau kak win baca blog zura, hehe (walaupun tgh membz kat maybank nun..)..
Zura doakan semoga kak win panjang umur dan dimurahkan rezeki ye..Dan dikurniakan raaaamai zuriat yang soleh dan solehah :)


Thursday, January 15, 2009

Legaaa..

arghh..lega rasanya bila kerja dah siap sepenuhnya...kekek..bos pon nak cepat kan..dan zura berjaya siapkan hari ni sebelum esok (dateline 16/01/09)..abis sakit pinggang2 ni..concentrate abis..ye la..buat kerja pon sorang2 kan..boring sebab tu bersemangat nak buat..heheh :p..

Oh ye..zura baru dapat emel dari my hubby..macam2 jadisekarang ni..harap2 semua berhati2 ye..

" AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..Berhati2 semua terutama para wanita.
Bahaya….!!!

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.


AMARAN DARI PIHAK POLIS – BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )


Sedarlah semua! Tolong sebar2kan….. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain. "




Friday, January 9, 2009

Detik-detik akhir seorang ibu

Assalamualaikum wbt
Wahai Saudara Islam Ku

Anak ini mencuba untuk menyelamatkan Ibu nya yang dalam keadaan kritikal. Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?
Pejamkan mata Anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh Anda ingin menjadi sesaorang yang akan bangun dan membela nasibnya.





"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Lebanon/Palestin, hancurkanlah rejim zionis laknatullah..amin. ..."> >


(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi laknatullah - dengan Izin Allah) Surah al fil: "A'lam tara kayfa fa'ala rabbuka bi as-hab al-fil "A'lam ya'jal kaydahum fi tadlil Wa arsala alayhim tayran ababil "Tarmihim bi hijaratin min sijjil Fa ja'ala hum ka asfin ma'kul"


Lipat gandakan doa ini. Kirim kepada 7 orang rakan anda yang lain.. Maka 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 = 823453 orang akan berbuat berdoa, kemudian 823453 X 7 = 5.8 juta orang...InsyaAllah akan ikut berdoa...
** Zura dapat dari emel..kesian kan..sama-sama la kita berdoa semoga mereka diberi perlindungan oleh Allah..

Wednesday, January 7, 2009

Dariku untukmu..


Zura dapat award dari Syana..tq ye..Zura suka sangat..best kata2 dalam tu..


Zura nak bagi award ni khas untuk :
Latzrkht - :)
Lampu Suluh
Farashazlina
Aliz_me
Shiera

Monday, January 5, 2009

Anakku..

Jumaat zura amik cuti sebab nak buat check up kat klinik biasa zura pergi, Pusat Rawatan Jamilah..Dan Alhamdulillah semuanya sihat dan selamat..Jantina lom nampak la..Masa zura scan, baby gerak2..dah start aktif..Ingat nak buat 3d scan la.tp kat mana yang ok ye? n bila masa yang sesuai?



Nama setakat ni kalau boy dah ready dah..girl lom lagi..ada cadangan ke? kekek :)

Blog Widget by LinkWithin