Tuesday, 29 January 2013

Bio-oil le pulak


Saya ni jenis suka try produk2 kecantikan. Tapi gunanya ikut mood. Tu pasal le muka pun dot.dot.dot .... penuh jeragat!!! Paling latest saya guna Safi Rania Gold ... budget muka macam Cik Ta ... LOL ...

Safi Rania Gold tu ok tapi set lain dah habis, tang sunblock masih ada. Tapi saya "kureng" brand ni sebab muka saya nampak lagi cerah dan ini menyebabkan jeragat saya lagi jelas kelihatan.

Dan sekarang saya guna BIO OIL pulak. Lepas sapukan bio-oil kat muka, saya sapukan sunblock Safi Rania yang tak habis lagi tu. Sunblock tu kan melekat, so bila dah sapu bio-oil, licin skit nak tepek sunblock.

Anak-anak pun saya beri pakai bio-oil sebab tiap2 hari kena panas, muka dorang nampak kering. Tapi bila dah beri guna, paham2 le ...

Nota : Siapa pernah guna?? Ok tak??

Friday, 25 January 2013

Walker

Ini walker ke-2 untuk Luqman. Satu dah hantar kat rumah babysitter. Yang ni baru dapat semalam from Abang Didin (kwn arwah hubby). Even secondhand but macam baru lagi. Lagi satu - Walker Canggih!!! Den pun takde le beli canggih gini. Turun dari anak mereka-Muhammad. Lagi satu tu mcm trolley tolak2.


 Imran dapat beg sekolah. Ada tayar !!!

Alhamdulillah rezeki untuk anak-anak yatim *alahai, sayu bila sebut!!!

Thanks to Abg Didin and Atie sekeluarga yang sentiasa ambil berat tentang kami. Mereka sekeluarga akan menunaikan umrah hari Isnin ini. *Setiap tahun mereka tunaikan umrah. Rezeki mereka * . Semoga Allah permudahkan segalanya.

Wednesday, 23 January 2013

WW - Duit Lagi ♥

Alhamdulillah tadi dah terima RM300 (3 orang anak). Ketua Menteri yang tolong sampaikan. Ibubapa dijemput hadir.

Terkedik-kedik le makcik keluar dari office. Nak terima duit le katakan.

Monday, 21 January 2013

100 hari sudah

Today genap 100 hari arwah meninggalkan kami.

SERIUS, makin hari makin saya merinduinya. Saya sentiasa berdoa semoga saya bertemu dengan dia. Saya juga sentiasa berdoa semoga dia sentiasa di hati saya. Taknak ada pengganti !!!

Arwah tinggalkan keperluan yang cukup untuk kami. Arwah juga tinggalkan 5 orang permata hati yang boleh menjadi bekalan untuk saya di sana kelak.

*emotional kejap ...

Thursday, 17 January 2013

KUCIWA

Minta maaf, saya tak sempat nak bw. Semalam Emergency leave sebab ibu saya warded due to penyakit yang masih misteri.

So saya bz jadik SUPERMAK. Bangun early in the morning, MASAK !!! Kerja yang 3 bulan lebih ku tinggalkan. This morning masak SAMBAL DAGING, 3 EKOR IKAN BAWAL GORENG DAN KANGKUNG GORENG.

Tengahari ambil anak2 balik sekolah sebab babah ku kena melawat ibuku. Masuk GH, kena ikut time!!

Nak hidang lauk, bukak oven (lauk simpan dalam oven) .... CLEAR. Tong sampah bersih. Yang ada sambal daging yang ku biarkan dalam periuk di atas oven. Calling2 babahku.

"Babah dah buang sebab ingatkan lauk lama."

Boleh bayangkan camne KUCIWA nya diriku. Dari opis terbayang2 ikan bawal :-)

Sebenarnya dah 2 kali breakfast pagi ni ... hehehe. Breakfast nasi lemak kat rumah dan breakfast dengan Ketua Menteri ... Phewittt!!!




Thank you YA RAHMAN for this opportunity


Tuesday, 15 January 2013

Lesen mati

Semalam baru tersedar yang lesen memandu saya dah lama mati, 21/9/2012. Selama ni "selamba" jek memandu pergi balik Mersing dan KL tanpa rasa bersalah. Dah tahu, nak drive balik kerja pun seram.



My friend kata kalau `tak prasan / tak sedar`, Tuhan selamatkan. Tapi kalau dah sedar....itu amaran! 

Tadaaaaaa... dah renew!!! Mahal RM47. Now "tarikh mati" ikut birthdate kita ek, supaya senang ingat. Bagus, bagus ....


Boleh pulak kakak kat kaunter gelakkan. Dia kata kalau kena tahan, mesti tak kenal. Muka dah lain. Of course!!! Tu muka budak innocent. I Love the spec. Tu kira spec paling CUN la tu ... khahahaha ..... Now dah boleh tukar gambar rupanya.




Monday, 14 January 2013

3 bulan sudah

14 Januari 2013

Genap 3 bulan pemergian suami tercinta. Masih terasa-rasa kehadiran arwah di sisi kami. Kami merindui arwah

InsyaAllah, aku akan ingat pesanan arwah kepada diri aku. Banyak pesanan tu ....

Satu per satu ujian/masalah yang aku terpaksa tempuhi. Paling aku tak sanggup "ujian" dengan anak-anak. Memang aku nak FOKUS pada anak-anak, kerja dan PAMA. Masalah2 lain aku story-mory dengan kakak2 ku then kuis/jentik ke tepi jek Malas aku nak pikir.

Masalah selalu dengan IMRAN, yang sangat manja dengan arwah.

Imran : "Ibu, Imran nak berak" 
Saya  : "Pergilah" 
Imran : "Ibu jangan pergi kerja dulu tau".

Dah tu bukan nak pergi toilet cepat, dok cakap "Ibu jangan pergi kerja dulu tau" berkali-kali. Bila kata OK, merengek jugak "Nanti mesti ibu pergi dulu" ... last2 menangis, bukannya pergi berak.
 * Berak mostly every morning/ sebelum tidur pulak tu ~~


Belum lagi masuk kes-kes yang lain ....**fenings

Dah tua nanti sure aku ketawa teringat "masalah2" IMRAN ni.

Friday, 11 January 2013

Lepas Geram

Dalam seminggu ni Luqman asyik resah je masa tidur. Kejap-kejap merengek, golek kiri, golek kanan tapi mata tertutup. Takde demam / sakit2. Kalau biasa-biasa, masih aktif.

Tidur saya terjaga-jaga. Saya bangun/baring menyusukan dia sambil mata kekadang tertutup. Luqman pun menyusu sambil mata tertutup. Dah tu minum skit jek.

TAPI bila dok pikir balik, dah "keseorangan" jaga anak, boleh le pulak saya "rela" melayan Luqman yang bangun berkali-kali tu. Kalau "berdua" dulu, kalau baby menangis, sure bergilir-gilir jaga. Main pas pas baton gitu. Dia kejut saya, saya kejut dia. Bila turn dia jaga, boleh plak dia pekakkan telinga... hehehe. Lawak jugak sampai masam2 muka... korang pun sama jugakkan???

Takpe, pagi ni saya "lepas geram" dengan makan SUKUN goreng. Babysitter beri sukun, ibu saya takmo goreng sebab cucu (anak2 saya) tak suka makan. Sukun dihantar ke rumah sepupu.


On the way nak hantar Luqman pagi tadi, call cousin.

Saya : "Angah, ada goreng sukun tak?"
Cousin : "Ada, ada ... tengah goreng la ni."
Saya : "Okey, jap lagi Jah sampai"

Lepas hantar Luqman, singgah makan sukun goreng. Breakfast kali ke-2. Kat rumah dah makan roti. Kalau orang dah goreng, SEDAP je kan.



Wednesday, 9 January 2013

WW - Boys

Today, 9 Januari 2013

Luqman genap 6 bulan ... yeehaaaa!!! Dah start makan Nestum last 2 weeks.






6 January 2013

IMRAN berusia 6 tahun. Surprise !!! Surprise cake sahaja. 
Imran terkejut so Menjadi le surprise nya..... SUKE!!!





Imran with cousin, Ikhwan

Tuesday, 8 January 2013

Kampung Girl

Masa lunch hari Jumaat Nabilah try makan tempoyak. Asyik tanya, "sedap tak ibu, sedap tak ibu?" berkali-kali. Bagi ibu, kalau pasal makan, SEDAP jek !!!

Dinner dia dok "promote" pada Maisarah and Nabihah. Dah suka la tu!!! Kemain lagi mereka bertiga dok mengadap cili hidup tumbuk dengan tempoyak for dinner. Tambah nasi 3 kali !!!

Nenek keluar dari bilik, nenek tengok cili hidup yang nenek tumbuk dah habis. Nenek kata, "Len kali nak makan tempoyak, tumbuk cili sendiri"





Laku tempoyak kat rumah. Sanggup tumbuk cili sendiri .. hehe. Ibu tak suka tumbuk cili TAPI ibu suka tumpang makan jek.

Monday, 7 January 2013

Teman Pengganti

Tengok AJL semalam? Saya tengok melalui youtube waktu lunch break.

Dulu member office beritahu saya, setiap kali dengar lagu Teman Pengganti, mesti dia ingat kat saya. Saya cuba dengar lagu tu ... emm, tak masuk in my taste.

Hari ni dengar thru youtube AJL semalam, saya boleh meleleh ... jiwang la tu!!! Cepat-cepat ambil wuduk dan solat Zohor. Sebelum lagi ramai "simpati".


Nota : Memang tak boleh "ditinggalkan" sorang2 dalam office sambil dengar lagu2 jiwang.

Then lagu Teman Pengganti ni kan sama melodi ngan lagu Noorkumalasari - Hati Seorang Kekasih. Kebetulan masa kami bersanding di Mersing on 13 Aug 2000, tengah makan beradab. Lepas dah habis bunyi kompang2 tu, boleh le pulak "orang record" pasang lagu Hati Seorang Kekasih. Kecoh kejap then dalam masa beberapa saat, lagu Hati Seorang Kekasih itu ditukar.

Tengok le liriknya. Tak sensitip betul "orang record" tu tau.


Dalam keriuhan
Riang suasana
Di majlis yang indah

Dari kejauhan
Aku menyaksikan
Persandingan dikau

Kau dikelilingi
Teman teman dan saudara
Aku ditemani air mata


Nota : Doters minat One Direction. Mereka suruh saya dengar. Layan kejap !!!

Friday, 4 January 2013

Setahun berlalu ....

3 Januari 2013

Genap setahun bekerja di sini. Setahun ada 12 bulan kan? Nama jer setahun bekerja TAPI dah tolak 3 bulan berpantang .. hehe. Alhamdulillah, rezeki masih di sini dan memang dah MALAS nak carik kerja tempat lain. Berdoa semoga dapat jadik staff tetap. We all kat sini semua kontrak !!!

Rabu dah start sekolah. Anak2 dah besar, so saya hantar kat luar pagar macam biasa. Teringat last year, arwah terpaksa hantar kakak-kakak then hantar dan tunggu Imran di sekolah sebab saya kena lapor diri di tempat kerja on the same day.... syahdu, syahdu ...

Arwah takde, so saya kena KUAT dan ajar anak jadik KUAT jugak.

Anak jadik KUAT terbukti secara tak sengaja semalam. Nampak dahi Nabihah bercalar. Dia terlanggar pokok.... KUAT tak?? Dah tahu pokok tu dah lama idup, jalan sambil dongak kepala, sape suruh??!!

First day of school. Xcited .... gelap lagi, dah ready untuk ke sekolah.
 Nota : Semalam g KL .... adoii, dah tak sanggup nak harung jammed tapi terpaksa jugak tempuh 2 jam di Jalan Kuching coz ada lori tanah terbalik. Time tu le ko nak terbalik loriii oiiiiiiiiiii .....