Si Penghibur Hati 😸

Assalamualaikum semua. Hari ni sis nak share sedikit kisah si comel kat ofis sis ni. 

Kebiasaannya staf akan masuk parking di dalam kawasan ofis. Namun, bila kita sampai lewat sikit je, dalam 8.15 pagi macam tu, parking ofis sis ni dah penuh. Tambah pula dengan double park, triple park ni. Memang tak kuasa la sis nak masuk parking kat dalam ni kalau dah lewat. Lagi pun sis pernah terlupa nak tinggalkan nombor semasa double park dalam ofis. Huhuhu.

Jadi sejak sebulan kebelakangan ni, sis parking la dekat area terowong menuju ke ofis sis ni. Cumanya kat sini kena la bayar parking. Sehari RM4, kalau tak bayar, sekejap je saman perbadanan sampai. 🤣

Dalam perjalanan menuju ke pintu pagar ofis sis, sis selalu nampak ada adik2 Mystep (perasan sebab warna pas kerja dia berbeza dengan sis) bagi makan kat kucing-kucing kat gate tu. Kadang-kadang ada yang suka ambil gambar setiap kali lalu gate tu. Abang dan kakak guard Rela pun setiap hari mesti refill kibbles bebudak ni.

Tapi satu je perangai bebudak 😸 ni, diocing ni jinak-jinak merpati, makan di tangan. Jadi sis pun apa lagi, bawak la wetfood untuk diocing ni. Rasuah. 🤣🤣

Alhamdulillah. Sekarang ni kalau diocing nampak sis, diocing tahu yang sis ada wet food. Sebelum sis bagi makan, sis mintak izin dulu dengan guard, sebab risau kalau diocing taknak makan dah biskut diocing. 😅

Inilah gambar bebudak Nyau ni. Sis panggil Nyau je, tak ada nama spesifik. Yang kuning sikit tu anak dia. Time makan je mulut bising. Orang nak manja-manja dia lari la pulak. 😅

Gambar yang berjaya di snap petang semalam. 😁

Yang ni gambar pagi tadi. Si kecik tak tahu la merayau mana. Jadi, mak dia makan seekor. 😅

InsyaAllah ada rezeki petang nanti sis cari diocing lagi. Sekadar berkongsi rezeki dengan dah bebulus, sambil2 release stress kerja.

With Love, Airene Erawan 💕

Post a Comment

16 Comments

  1. Kucing sy si merry pun mkn wet food je..yg kering dh kureng mgkn sbb dh tua kot =)

    ReplyDelete
  2. hahaha macam anakbulus kat rumah ni. patutnya makan wetfud sehari sekali je tp kengkadang siang malam dia minta wetfud. Aihhhh ingat ammi korang ni cop duit ke apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. menipis poket ammi ye.. selagi boleh bodek, kita bodek ye bebulus.. nak marah, anak sendiri.. 🤣🤣🤣

      Delete
  3. Dekat Hosp tak boleh ada kucing..jadi,memang tak boleh la bg kucing makan.
    Ok tu sis parking sehari rm4, dekat spital sehari rm14..jadi rela lah kita double, triple park..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak aih.. harga parking hospital pun dah lepas breakfast.. silap2 boleh lunch sekali.. 😶‍🌫️😶‍🌫️

      Delete
  4. Diocing ye panggilnya ahak :D
    OK la flat rate RM4. Kena saman lagi mahal kot... dekat Sri Gombak RM10 saman parking (kena bayar within 72 hrs).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. tatabahasa baru dari Jackferr & Kakten.. mula2 confuse jugak diocing tu ape.. 🤣🤣🤣

      Delete
  5. Berkongsi rezeki yang sungguh bermanfaat.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah dpt berkongsi rezeki. barakallah fiik

    ReplyDelete
  7. Memang seronok melayan kucing-kucing ni.

    ReplyDelete
  8. Parking adalah isu utama di Putrajaya ni terutamanya di Parcel e, d dan c.

    ReplyDelete
  9. Seronoknya bila dapat layan diocing ni makan. Dapat berkongsi rezeki, malah, jadi terapi hilangkan stres bekerja

    ReplyDelete
  10. Jadi perhatian ramai mereka ni. Alhamdulillah ramai berkongsi rezeki tak putus-putus. Elok terjaga makan cukup. Dapat makan wetfood tu dah kira mewah dah tu.

    ReplyDelete