Friday, 10 January 2025

Sarapan Popia Big Mac

Acik Solehah buat fast sale Popia Big Mac malam tadi jadi Ummi pun grabbed la. Nak beli 2 bekas terakhir yang ada tapi rupanya tinggal 1 bekas je. 

Sebekas ni RM12. 
Segan pula nak minta dia delivery sebab 1 item je, jadi Ummi grabbed la juga cheese tarts & Hokkaido cake 👇🏻

Ini pun fast sale, RM16/box
Ummi suka beli dgn AS ni, dari segi rasa tu memang garenti sedap la kata orang. Mahal sikit tapi dia guna bahan² premium. Takut tengok dia dok share harga barang² bakeri esp yang imported punya, perghhh kayangan! Yang lokal pun sama, minggu ni beli harga lain, minggu depan naik pulak sekupang dua 😇

Berkat niat Ummi nak tolong habiskan jualan dia agaknya, Allah gerakkan hati AS bagi wantan free. Alhamdulillah rezeki ☺️

Dapatlah merasa sorang sekerat 😁
Semua kata sedap, intinya tu padat, boleh gigit² dagingnya pun. Puashati 👍🏻
Esok² ada stok boleh beli lagi.

Nasi Goreng Adabi by Kakak.
Sekarang kalau balik kampung pun suruh Kakak je masak nasi goreng. Lulus dah :) 

Alhamdulillah utk rezeki pagi ni 🤲🏻

Hujan Gombak pagi ni, nak tarik selimut tak dapat sebab ada urusan kereta Walid. Dealer recall kereta utk update software. Macam² kereta sekarang ni, banyak pakai sistem kan... 

Ummi jadi Grab driver, ambil Walid dekat service centre. 

Then Walid pula jadi driver Ummi, pergi grocery run dekat TMG :) 

Style baru CNY tahun ni, lokam/limau mandarin dibalut dengan printed wrapper macam ni. 
Cute








10012025 ~ PB Last ke First?

Hari ni Abang Angah PB... Yang terakhir utk Sesi 2024/25. Dan PB pertama di tahun 2025 :) Nak kata last boleh, first pun boleh dak? 

Abang bawa balik goodies dan makanan. Hari ni Abid khatam hafazan 30 juzuk, keluarganya buat kenduri untuk kawan² sehalaqah dan kawan². Alhamdulillah hari ni 10 orang lagi kawan Abang khatam hafazan 30 juzuk 🤲🏻



Juga makan² sempena bday anak sulong dalam halaqah UR. 

Spaghetti & Ayam Goreng ni Abang bawa balik. Kenyang katanya makan nasi lemak dan kek.

Goodies

Lumayan rezeki anak² F4 hari ni alhamdulillah. 

Thursday, 9 January 2025

Balik Kampung 12/2024

Dari Bagan, kami terus ke utara lagi, menuju ke kampung halaman Walid. 

Singgah solat dulu di R&R Gurun. 
Takde apa nak rushing pun bila balik kampung sekarang ni. Anak² pun dah besar, sepupu² pun sama. Takdelah sekejap² call, sekejap² call tanya;
Makngah kat mana? 
Pukoi berapa nak sampai? 
Lambat lagi ka?  

Stressed Makngah 😇

Tok Umi hidang spaghetti tapi masak berkuah ala mee kuah. Sedap! Putu Bambu tu Ummi beli dekat R&R Gurun tadi. 

Lega bila dapat masuk bilik :D 

Tahun lepas balik kampung 2x je kot, termasuk cuti sekolah hujung tahun ni. Satu lagi masa raya. Tapi awal² tahun tu Walid dekat sebulan rasanya stay di Jitra sebab outstation. Susah sikit nak balik kampung bila ada anak² di asrama. Nak balik tu boleh tapi tak seronoklah tak cukup korum. 




09012025 ~ Merdeka 😄


Alhamdulillah selesai satu peperiksaan (UPKK) besar utk Kakak. Semoga Kakak dan kawan² seangkatan berjaya dengan cemerlang hendaknya 🤲🏻 

Lepas exam tadi pakat buat sujud syukur kata Kakak. Alhamdulillah. 

Habis exam tadi tu, ada parent belanja aiskrim Malaysia juga. Lupa nak tanya siapa nama anaknya tapi sempatlah ucap terima kasih secara personal kpd puan ni tadi. 

Semoga diluaskan rezeki puan ni selalu dan anakandanya berjaya dapat 9A UPKK aamin 🤲🏻 


Wednesday, 8 January 2025

Makan Chicken Chop Murah @ Seha Kitchen

Hari tu tengok blogger Linda dah bawa anak²nya makan Chicken Chop dekat Seha Kitchen ni. Eh tak aci, orang Selayang dah try, orang SG belum haha... Sebelum ni Ummi pernah breakfast je dekat sini. 

Chicken Chop RM8.90
Cukup lengkap ada semua, saiz ayam pun bagi Ummi berbaloi dgn harganya. Sos black pepper tu Adik Kakak suka sangat, sampai licin depa makan 🤭

Boleh sangat kalau nak belanja anak² makan Chicken Chop dekat sini. Sedap rasanya bukan ala kadar je. Nanti boleh bawa Abang Angah pulak. Sedap kena share, tak sedap kita diam² :D

 

Waffle Biscoff RM10.90.
Ummi makan ¼ je, kenyang dah sebab waffle-nya tebal, tapi lembut. Yang ni pun recommended juga. 

Ada promo Ais  Tingkap ni, order la satu... 

Gabungan soda, sirap selasih + laici. 
Okay, not bad

Seronok makan dekat sini sebab tak crowded

Waktu operasi 👆🏻


Lokasi sebelah market Sri Gombak. 
Alamat lengkap pada resit 👆🏻








08012025 ~ Hujan Lebat

Hari ni cuaca sebelah pagi hingga Asar tu panas sangat. Masuk kereta nak pergi ambik Kakak pukul 3 lebih tu dia punya berbahang memang tak boleh bincang huhu... 

Masa ni cuaca terang benderang lagi...
Balik ke SG; singgah isi minyak, minum² dulu sampai pukul 5.15 gitu hujan mula turun. Sampai rumah kena berpayunglah nak keluar kereta. Lebat betul! 

Ini semalam. 
Dekat sekolah hujan lebat, balik ke SG tak hujan pun. Begitulah, semuanya atas kehendak Yang Esa. 









Tuesday, 7 January 2025

Nasi Kandar Tepi Laut, Butterworth


Jom Ummi nak share tempat makan sedap, murah dan ada view yang sangatttt cantik ni, yang kami terjah masa cuti sekolah bulan 12 baru ni. 

Dari Gopeng, kami meneruskan perjalanan ke Utara. 

Dalam perjalanan Walid suggest singgah lunch di sebuah kedai di Butterworth. Orang tua² di kampung Ummi panggil Bagan :D 

Walid 'nampak' Pekin Ibrahim makan di kedai ni... Nampak dalam YouTube channel ye, bukan nampak depan mata :D 

Waze bawa lalu jambatan...
Terkejut sbb ala² jambatan Pulau Pinang. Bagan sebelah darat (tanah besar) bukan pulau, awat nak kena naik jambatan pulak 😅 Punyalah lama tak mai area ni, hilang ingatan teruih 😂 

Ini rupanya Jalan Lingkaran Luar Butterworth. 
Teringat Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) kat KL ni :D 

Sampai dah...
Nampak biasa² saja tapi jangan underestimate humble warung macam ni. Sometimes they serve the best and most delicious food tau! 

Bersih!
Terbaiklah Mamu 👍🏻

Senarai harga 👆🏻

Mula tu Ummi nak try hat ni. 
Tapi tak jadi, sebab 👇🏻

Ummi nampak Kari Ikan Bawal, siap ada teloq lagi!
Dia potong ikan tu sekali dgn teloq, bukan jual asing²... Walah! 

Dah amik nasi tu, jom pi cari meja. Kami pilih duduk tepi benteng jadi boleh nampak laut dan ditemani bunyi ombak. Angin pun berpupuk lembut, memang layan sungguhlah orang kata... 

Dah la makanan enak, view pun lawa ya amat. 
Bukan setakat kenyang perut, mata, hati minda semua ikut kenyang. 

Ni bukan pantai mandi tapi pantai nelayan kot. Ada yang memancing tu... Ada bot² kecil juga ditambat di benteng ni...

Seindah lukisan ❤️

Kalau nak order goreng² dan western food pun boleh, satu tempat dgn nasi kandar ni. Depa pakat menega la kot, share² bayaq sewa sebab kawasan ni lawa. 

Angah ambil lauk Ayam Bawang. 
Satu tu je lauk dia, sejenis tak pandai makan banyak lauk. Sayur memang a big no la for him.  

Adik pula pilih Kari Ayam dan Papadom. 

Abang sakanlah dia; Ayam Goreng, Telur Sotong dan Papadom. 

Walid pilih Ayam Bawang, Papadom dan lauk daging/kambing tu... 

Kakak; Ayam Bawang juga, Telur Dadar & Papadom. Papadom tu sebenarnya ada orang belanja. Depa kata Pakcik tu ambik (siap pek), bayarkan dan bagi depa. Ummi tak perasan sebab tunggu meja. 

Semuanya dalam RM60 shj. Air rasanya RM10 je termasuk 2 gelas fresh oren. Alhamdulillah kenyang sangat. Paling penting puashati dengan keenakannya, layanan mesra dan suasana kat sini. Ada rezeki memang nak repeat

Untung orang hat dok sini, kedai ni depan block kediaman depa ja :D 

Nasi Kandar Tepi Laut 
369, Jalan Pantai Bersih, 
Taman Pantai Bersih, 
13000 Butterworth, 
Pulau Pinang
Waktu Operasi: 12pm - 10 mlm setiap hari.