Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Friday, 6 November 2020

Big Bad Wolf 2020

Kaki buku, jom shopping buku di jualan Big Bad Wolf 2020 yang sedang berlangsung sekarang (4-11 November 2020), secara online. Klik SINI.

Credit source. 

Ummi dah shopping semalam :D Yang seronoknya anak-anak excited ikut shopping sama. Pilih buku sendiri. 

Rambang mata tau sebab harga buku serendah RM0.99 untuk novel dan buku kanak (kategori Malay books). English books below RM10 pun ada juga. Kalau nak cari yang murahlah... Nak buku mahal-mahal pun ada hikhik...


Buku rujukan pun banyak... Wajiblah Ummi beli untuk anak-anak... 

Total buku Ummi beli 33 buah. Harga sekitar RM85 (including postage). Dalam minggu depan sampailah kot. Tapi, Adik asyiklah bertanya, bila buku nak sampai :D Pandai pula dia cakap, "Nanti buku ni dah tak kena pulangkan Ummi?" Selalu pinjam buku library, cukup time kena pulangkan. Kali ni excited dia sebab buku-buku ni nanti bakal jadi milik dia.

Selamat ber-shopping! 

Wednesday, 31 July 2019

Pesta Buah di Hari Pertabalan Agong


Credit: Istana Negara/MStar

Pertamanya Ummi nak merafak sembah tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Daulat Tuanku! 

Terkilan juga tak dapat tengok Istiadat Pertabalan Baginda berdua sebab Ummi peminat golongan DiRaja. Malam sebelumnya Ummi tonton Majalah 3 dari awal hingga akhir untuk ikuti persiapan istiadat ni. Tapi balik tu sempat juga tengok Istiadat Pertabalan ni, part bacaan doa dan keberangkatan Baginda berdua dari Balairong Seri dengan diiringi lagu Raja Berangkat dari Kumpulan Nobat DiRaja Terengganu. 


Berbalik kepada acara hari ni, PIBG sekolah Abang Angah belanja murid-murid dan ibu bapa serta keluarga makan buah-buahan tempatan. Selain durian, ada rambutan, dokong, manggis dan jambu batu. Kecuali durian, buah-buahan tu di'import' dari Johor. Durian pula dari Janda Baik. 





Walaubagaimanapun, acara makan buah di sekolah anak-anak ni timingnya kurang cantik. Musim buah dah menghampiri penghujungnya. Kualiti buah dah menurun. Buah hujung-hujung kata orang. Tapi itu tidaklah menghalang para tetamu menyerbu 'station' durian yang disediakan. Ummi pun antara yang terawal dapat durian 😆😆😆 kuih durian dan roti pun ada. Memang kenyang makan, alhamdulillah. 



Kata YDP, makan sampai kenyang. Takde nak simpan-simpan untuk orang belakang. Kalau habis, habislah. Siapa yang lambat tu maaflah memang tak sempat merasa. Sambutan dari ibubapa sangat menggalakkan. 


Acara makan buah tembikai, acara sampingan yang turut dianjurkan. Katanya parents dan guru je, tup-tup nampak Abang dengan kawan-kawan dia pun bersila sekali haha... Geng cikgu2 juga yang menang; tempat pertama guru lelaki, tempat kedua geng cikgu perempuan. Hadiahnya buah durian!

Acara sampingan lain; 



Ummi nyaris menang tau teka ulas durian tu. Ummi teka 25 ulas, jawapannya 23 ulas. Takde rezeki hehe... 

Akhir acara, seronok Ummi tengok ada segelintir kaum bapa terutamanya yang sama-sama membantu cikgu dan AJK PIBG membersihkan kawasan sekolah. Semua sampah terus diangkut ke tempat pembuangan sampah di belakang sekolah. Baguslah masing-masing main peranan. Penganjur pun tidaklah penat sangat. 

Tahniah kepada PIBG dan pihak sekolah yang menganjurkan acara ni. Kadangkala acara informal sebegini yang boleh jadi asbab untuk membina ukhuwah dan kerjasama antara guru dan ibubapa kan...

Rezeki kami....
Sebiji durian dari dealer, sebiji lagi dari YDP untuk AJK/guru... Mama Muiz pula bagi sebuku besar roti potong. Malam tu dinner kuah durian, pulut, roti je. Hari dunia sedunia hahaha... 




Sunday, 13 January 2019

Happy Birthday Zahra 💝



Sabtu lepas tertunai juga juga hajat Kakak nak ke rumah Zahra, BFF dia. Kami diundang ke majlis hari jadi Zahra. Tahun ni Zahra tak nak celebrate dekat school sebab katanya nanti mama dengan ayah tak dapat makan kek birthday dia. Alolo sweet je Zahra ni. Dia suruh mama dia buat majlis di rumah, jemput best friends dia; Kakak, Bella, Asma dengan Mek Klate haha... Depa berlima ni kamceng kat school. Kakak dengan Bella je dapat hadir. 

Pandai depa posing 😍

Walaupun kecik je majlisnya tapi meriah. Budak-budakkan... Ada 2-3 orang pun dah cukup menghiburkan.


Mama Zahra masak nasi lemak dengan lauk ikan tongkol masak sambal. Sedaplah pulak Ummi rasa haha... First time kot makan nasi lemak dengan ikan tongkol masak sambal ni. Nanti nak masaklah hihi...

Borak punya borak rupanya Walid dengan ayah Zahra satu sekolah time primary school, tapi lain-lain batch. Kecik je dunia kan... Sekarang anak2 pulak satu sekolah. 

Hadiah untuk Zahra dari Kakak. 


May Allah bless you always ye Zahra. Acik doakan Zahra dengan Balqis dua-dua berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin. 

Sunday, 25 November 2018

Meriahnya bila sekolah bertukar jadi tapak karnival


Memang sesuai dengan namanya karnival, suasana di sekolah Abang & Angah pada Sabtu, 17 Nov lepas dah bertukar menjadi tapak karnival. Program fund raising ni dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG. Memang happening. Tahniah pada semua yang terlibat 👏👏👏


Giant pool kat dataran sekolah. Ini spot kegemaran anak-anak tahap 1 and younger children belah pagi. Sebelah petang students tahap 2 pula conquered the pool. 



Enjoy sungguh anak-anak main air sampai taknak keluar kolam. Angah & Kakak pun keluar sebab dah kena halau dgn team fylng fox 😅 


Yang joined flying fox pula akan 'fly' across the pool. So, bila adult nak main, terpaksalah dikosongkan pool tu. Lagipun dah sampai time utk afternoon break. Kagum  sungguh Umi dengan idea utk aktiviti flying fox ni. Selama ni tak terfikir pun aktiviti flying fox tu boleh dibuat di bangunan sekolah. Kemain beratur budak-budak ni, dari ground floor ke 3rd floor. Berani belaka depa ni. 


Soopa doopa.
Pun jadi tarikan anak-anak juga. Main, lompat, terjun, slide semua tu kan kepakaran budak-budak 😜 

Hi Thomas! 
Sebelum main, Kakak joined coloring contest dulu, anjuran majalah Ana Muslim. Dapat saguhati je. Angah taknak join, Kalut nak main itu ini. Abang pula hilang entah kemana... Main PSP, main remote cars itulah kegemaran dia.

Selain tu, ada macam-macam lagi aktiviti...fun run, jualan amal, cabutan berkat, pameran/jualan, pertandingan memasak, gubahan, pet zoo dll... 


Transaction hari tu semuanya coupon-based. Untuk set awal rm20/set. Untuk top-up rm10 je. Hampir seratus ringgit jugaklah terbang duit Umi Walid hari tu. But it's OK. Tengok anak-anak happy tu yang priceless. Lagipun bayar murah je, mostly rm5 utk satu game/aktiviti. Mana nak dapat caj rm5 untuk seround flying fox tu. Coupon sold out! Banyaklah collection PIBG alhamdulillah. Nanti dapat balik juga kepada anak-anak kan...


Sand art. 



Bubbles. 

 

Mewarna suka-suka...Pooh tu Umi beli rm3 je. Suka Adik dapat kawan dengan Pooh. 


Archery.


Street soccer. 

Hadiah saguhati mewarna untuk Kakak.

Eh Adik, menang medal apa tu? Ada story best ni...nanti Umi share 😆

Wednesday, 20 December 2017

Mana pengantin?


Minggu lepas kami balik kampung. Buat kenduri sunat depa ni dengan sepupu depa, haziq. Ikut perancangan awal nak sunat kan depa bertiga sekali tapi bila fikir balik susah juga nak travel balik ke KL lepas sunat. 2 orang pulak tu... 


Lauk pauk jangan cakap, sedap2 belaka. Lauk kampung... Ada itik masak hitam, kari daging, kerabu rebung, pekasam ikan puyu, daun belalai gajah goreng belacan, ulam2, sambal belacan... Umi tak ambik pot pun kali ni pasal menu, semua serah kat maksu je. Janji sedap haha... 


Sedap sangat itik masak hitam ni 

Pekasam ikan puyu ni rm25 sekilo.
Mak Kodiang beli dari orang kampung dia. 

Ulam ni paling win bagi Umi.
Ada nangka muda, pucuk putat, ulam raja, tomato dll. 

Ni pula dessert & fruits... Cream puff yang maksu order ni sedap... Licin awal2 lagi... Pisang tu Tokcik Pah sedekah. 


Cucuq udang kuah kacang 😋

Seperti biasa, kaum ibu makan before solat jumaat. Kaum bapa after jumaat. Sebelum tu buat tahlil dulu. 


Kali ni Umi tak jemput kawan2 Umi pun macam majlis aqiqah Adik hari tu. Walid adalah jemput 3-4 orang kawan2 dia. Selebihnya jemputan Tok Umi & paksu/maksu. Kenduri pun dibuat di rumah depa. 

Sesuatu yang baru bagi Umi, setiap kali tetamu nak ziarah Abang, Angah & haziq depa mesti tanya "pengantin mana?"... Mula2 tu confused juga takut orang tersalah kenduri 😁 rupanya budaya kat sini kot budak2 yang baru sunat tu digelar pengantin. Yelah, special day depa... Seronok sakankah budak2 ni setiap kali orang jengok, dapat duit. Even Abang & Angah yang dah baik luka sunat hari tu pun  menempel je sebelah haziq tunggu angpau 😄 actually dalam kad jemputan memang Tok Umi letak nama depa sekali pun... Itu yang depa dapat juga habuan :)

Inilah pengantin nya 😘

Sapa jangan kacau Angah nak kira duit....kemain! 

Alhamdulillah majlis lancar, makan minum semua cukup.  Thanks semua anak cucu tok ayah 💝

Thursday, 7 December 2017

Makan kenduri di Laman Zarlith



Jumaat, 1/12 sempena cuti Maulidur Rasul tu kami jadi wakil Tok Umi & Tok Ayah ke kenduri kahwin anak perempuan bekas jiran setaman. Ayah pengantin turun ke jitra hantar sendiri kad jemputan kepada jiran2 lamanya. Effort sangatkan? Since Tok Umi & Tok Ayah tak dapat hadir, kami diminta jadi wakil. Dah maklum pada tuan rumah pun. Takdelah kita main redah je :) in fact ini kali ke-3 kami jadi wakil keluarga untuk majlis kenduri anak2 Tuan R ni. 



Time kami sampai tu majlis akad nikah belum dimulakan. Mula tu cuak juga. Risau takut anak2 meragam. Pilih meja belakang sekali. W/pun jauh dari main stage, dapat juga tengok pengantin masuk. Skrin besar pun disediakan di setiap penjuru dewan. 


Ini first time rasanya Umi attended majlis akad nikah yg bukan ahli keluarga. Dapat jugaklah merasa majlis akad nikah ala2 artist tu kan... Lepas setel akad nikah baru tetamu mula makan. But it's OK sebab food semua dah ready. Tunggu depa angkat penutup dome tu je. So convenience sebab takyah que bagai untuk ambik food. 

Part paling best adalah tayangan video yang dilakonkan sendiri boleh pasangan pengantin. So sweet bila depa flashback how the started dating etc.  Tersengih-sengih Umi teringat kisah chenta sendiri 😄

Laman Zarlith ni terletak di Segambut. Memang venue utk segala jenis majlislah. Tempatnya selesa dengan segala kemudahan asas seperti parking, surau, bilik air semua disediakan. 


Moga rumahtangga yang baru dibina berkekalan hendaknya. Selamat pengantin baru!