Showing posts with label Melaka2023. Show all posts
Showing posts with label Melaka2023. Show all posts

Saturday, 2 December 2023

Shah's Beach Resort, Melaka

Alhamdulillah keadaan kesihatan Walid semakin baik, bolehlah Ummi buat entry penutup untuk trip ke Melaka

Singgah sana, singgah sini akhirnya sampailah kami ke tempat penginapan. Baru pukul 2.15 macam tu, alhamdulillah dapat check in awal. 

Teruja jumpa pintu jenis lama; ada dua bahagian pintu atas dan bawah. Nak masuk @ keluar kena buka dua² bahagian, ada selak masing-masing. Buka bahagian atas saja, jadilah macam tingkap. Suka elemen tradisional macam ni... Banyak elemen kayu digunakan untuk dekorasi dan binaan chalet ni. 

Almari pakaian, ada juga iron dan iron board disediakan. 

Siling dihiasi anyaman kelarai. Sukanya Ummi, asyik pandang atas je :) 

Katil ni dah sedia dirapatkan, bolehlah berhimpit 5 beranak. Saiz bilik tak besar, sedang elok dengan adanya ottoman chair di hujung katil dan Cleopatra lounge chair di tepi pintu. Ada peti ais mini dan kettle serta serba sikit 3-in-1 drinks. 

Bilik air kurang memuaskan, dari segi kebersihan dan maintenance. Toilet bowl tu scary, bergoyang² bila kita duduk atas tu. Risau je takut pecah 🥴 Satu lagi yang kurang memuaskan ialah aircond lambat sejuk. Kena rajin service la kot. Siang tu kami berehat dalam kepanasan sebab aircond tak sejuk, rasa angin je. Dinginnya tak rasa. 

Setiap chalet ada beranda. Duduk sinilah sejuk sikit. Nampak pintu yang Ummi cakap tu? 

Cantik tempat ni...
Belakang tu pantai... Bolehlah nak healing tengok pemandangan indah ciptaan-Nya.

Rezeki kami resort ni tak penuh, hanya ada 3-4 unit saja yang berpenghuni. Mungkin minggu sebelum tu, cuti Deepavali ramai yang datang bercuti di sini, termasuk Paklong AP. 

Kolam mandi depan bilik je...

Sesuai tempat ni untuk buat family day. BBQ pit, surau semua ada. Lokasinya pun strategik; banyak tempat makan dan tak jauh dari Pantai Puteri. 

Resort ni dibuka pada tahun 1971, oleh Almarhum Tan Sri Khir Johari. Memang dah lama sangat tempat ni, jadi kita fahamlah kalau ada serba sedikit kekurangan khususnya dari segi penyelenggaraan tu kan. Cuma mana yang boleh ditambahbaik tu, seeloknya dibuat demi keselesaan pengunjung. 

Breakfast pagi esoknya.
Harga untuk kanak² RM15/pax. Pilihan makanan tak banyak dan kurang enak. Ada yang terlebih masin:( 

Sebelum checked out Ummi masuk ke lobi resort. 

Pasu yang diukir Ayatul Kursi diatasnya. 

Lobi dihiasi cantik dengan hiasan Baba & Nyonya barangkali... Ummi kurang pasti tapi cantik untuk dilihat dan menarik untuk dipelajari dan dihayati. Lobi ni umpama mini muzium yang memaparkan koleksi peribadi pemilik resort;  Tan Sri HM Shah. 

Shah's Beach Resort 
9KM Tanjung Kling
76400 Melaka 
No Tel: 06 3152120


Wednesday, 29 November 2023

Pasar Nelayan @ Pantai Puteri Melaka

Seronok juga berjalan tanpa itinerary ni sebenarnya. Redah² jumpa tempat yang mengujakan. 

Contohnya, pagi Ahad tu kami ke Pantai Puteri untuk bagi peluang anak³ mandi pantai. Sampai di pantai Ummi nampak ada pasar, Pasar Nelayan Pantai Puteri. Petang semalam tak perasan, excited nampak pantai :D 

Bila dah nampak pasar ni, laju je Ummi ke arah sini, sementara Walid bawa anak³ ke pantai. Boleh pulak depa lepak makan aiskrim pagi² ni :D 

Nampak macam jeti untuk pendaratan ikan dan banyak bot nelayan berlabuh. 

Gerai sayur. 
Bunga kantan, daun kesum semua Ummi beli, sebab dah terbayang nak buat asam pedas :D 

Barang² jualan lain. Kedai ni lebih kurang kedai runcitlah, jual bahan² masakan kering dan basah, kecuali ikan dan ayam. 
Buah labu bersaiz kecil ala buah gelugor ni pun Ummi beli juga. Mak² dah masuk pasar kan... 🤭
Udang pun juga, di gerai ikan sebelah ni...

Seterusnya Ummi masuk ke gerai ikan. Sebelum membeli, Ummi tanya dulu boleh pack ke tidak untuk dibawa pulang ke KL, katanya boleh. Depa caj tong polistrine tu RM5, beserta ais. Tong tu depa sini panggil gabus :D 


Kak Amie LD pandailah masak ikan ni. Ummi tak beli sebab tak pernah makan @ masak. 

Dari segi harga, murah sikitlah dari Pasar SG tu. Dan lebih seronok, segar² belaka ikan dan seafood di sini. Dah pilih ikan, timbang dan bayar siap². Sementara depa siang dan potong ikan, kita diberi nombor gunakan alat yang berbunyi & berkelip² tu. Canggih alatnya, sebijik macam dekat Richiamo Cafe :) 

Ada satu lagi gerai ikan dan selebihnya ada yang buka meja, mungkin nelayan yang menjual sendiri hasil tangkapan mereka. 

Alhamdulillah, inilah antara hasil pancingan Ummi yang dah bertukar menjadi lauk; 

 Asam Pedas Ikan Pari 

Kari Sembilang Laut. 
Kacang dan terung pun beli di pasar ni :) 

Sup Kepala Ikan Jenahak. 

Alhamdulillah rezeki. 


Tuesday, 28 November 2023

Klebang Street, Pantai Klebang, Melaka

Otw nak ke rumah Uncle Husin tu, kami ke sini dulu. Ayah Rizqy bagitau tempat ni happening. Macam-macam aktiviti dan tadikan ada. 

Yang bertutup tu booth jualan. Ke dalam sikit nampak patung Kong, watak filem box office tu. Ada juga nampak patung dinosaur. Saiznya besar, boleh nampak dari luar walaupun sekelilingnya ditutup dengan kanvas. Rasanya sebelah lewat petang atau malam baru tempat ni dibuka. Tempat hiburan untuk kanak² la agaknya. 

Kami tak berhasrat untuk berhenti awalnya tapi makin ke dalam makin meriah pulak dengan gerai² jualan. Kebanyakannya makanan dan minumanlah kan... Gerai yang sediakan masakan panas dan goreng² pun ada. Kiranya nak lunch kat sini pun boleh. 

Tak lengkaplah sampai Melaka tak makan keria gula Melaka ni kan ... 

Dekat rumah Uncle Husin tu nanti, akak² geng taman kami sibuk order kuih keria ni nak bawa balik ke Gombak. Adalah saudara tuan rumah nak tolong belikan. Ummi senyum je sebab kami dah pekena dalam kereta :D 

Coconut shake,  pun wajib beli jugak kan... Tak kisahlah bukan tempat viral pun takpa, janji dapat merasa. 


Cantik pantainya tapi sayang, hakisan teruk. Cerita adik kuih keria tu, kalau malam air naik hingga ke jalan. Adalah dia tunjuk jalan raya rosak akibat dihempas ombak. Macam reporter pulak Ummi 😂

Tak boleh mandi di pantai ni, khuatir pasir jerlus. Tapi ada juga nampak pengunjung yang main di gigi air. Kena hati² lah, papan tanda amaran tu bukan sesaje diletak disitukan... 

Acah² healing :D

Tak pastilah kerusi yang disediakan ni perlu disewa atau percuma, Walid dengan Adik tumpang duduk sat 🤭 

Dua puluh tahun kot sejak Ummi pertama kali datang ke sini, memang banyak sangatlah perubahannya. Sedangkan Ummi pun dulu bujang, sekarang anak empat haha... That's life, changes happen everyday :) 

Tuesday, 21 November 2023

Housewarming Uncle Husin @ Klebang

Kata pergi Melaka makan kenduri, tapi cerita kendurinya tak muncul² pun 😆
Kendurinya Ahad, jadi Ummi cerita apa yang berlaku Sabtu tu dulu. Ikut turutan :p

Tujuan utama kami ke Melaka untuk memenuhi jemputan Uncle Husin aka Atok Rizqy untuk ke kenduri kesyukuran sempena masuk rumah baru. Alhamdulillah rumah mereka di kampung dah siap. Ummi letak "housewarming" as the keyword. Senang nak refer kendian hari. 


Kami sampai waktu orang sedang berdoa. Selain ahli keluarga, majlis dimeriahkan oleh geng surau kami. Ada yang berkonvoi motorsikal dan ada juga berkereta macam kami. Kiranya walaupun kenduri di Melaka tapi jemputan jiran-jiran setaman di SG ni juga. Pi mai pi mai tang tu 😁

Semua nak rasa; sayur kobis, Kari Ayam, ikan masin, ayam goreng, asam pedas ikan dan acar telur puyuh. Ambil serba sikit dan share² kami anak beranak. Kuih-muih pun banyak, tak daya Ummi nak makan. Sebab sebelum sampai sini kami dan balun Keria Gula Melaka :D 

Acar Telur Puyuh. 
Ummi ingat masak kurma tapi Aunty Sopiah kata ini acar, airtangan mak mertuanya (moyang Rizqy). Patutlah ada timun, bukan kentang dan carrots. 

Macam kenal mangkuk tu kan? 

Iye, Aunty Sopiah tapaukan lauk dan kuih bakar untuk kami! Bukan kami je yang dapat, geng surau pun pakat bawa balik asam pedas sorang sebekas. Allah, baiknya hati Uncle Husin suami isteri ni. 

Tak cukup lagi tu, semalam depa dah balik SG, ada lagi buah tangan untuk kami ☺️

Kuih Bakar Berlauk.
Sedappp 😋 
Entah berapa ketul Ummi makan... 
Yang Kuih Bakar biasa 👆 tu Ummi tak berapa suka, sebab rasanya lain sikit dari yang biasa dimakan. Rasanya depa guna minyak sapi. Angah penggemar kuih bakar tapi yang ni dia pun tak nak. Ummi jugaklah tukang perabih 😅

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan. 

Dinner @ Tomyam Husna

Menjelang Maghrib kami beredar dari Pantai Puteri dan mula mencari tempat untuk makan malam. Mula tu kami singgah di Medan Ikan Bakar Komuniti di belakang Pusat Korektional Jabatan Penjara, dekat Makam Hang Tuah. Tapi, belum buka :( 

Makanya pencarian diteruskan hinggalah nampak sebuah kedai tomyam yang dah dibuka; Tomyam Husna. Lokasi tak tau sebab tak familiar dengan area sini. Tapi kedainya di jalan utama yang agak sibuk. 

Tauke dia :D 

Kami pilih Set B, RM75. 

Set B sudah mariiiiii...
Set ni disertakan dengan 4 pinggan nasi dan 4 gelas air.

First time order meal set camni, dapat air tembikai dan air epal hijau. Selalunya satu jenis air je kan, itupun yang biashe-biashe macam teh O ais atau sirap... Alhamdulillah puashati. 

Adik nak nasi goreng, layannnn...

Nasi Goreng Kampung 

Makanan sedap, servis pun cepat dan kedainya bersih. 

Sebelum balik, owner tanya datang dari mana... Bila bagitau dari SG, terus dia buka cerita. Dulu dia cook dekat Jees Seafood, Sri Gombak. Patutlah sedap makanannya 👍


Monday, 20 November 2023

Sepetang di Pantai Puteri, Melaka

Ini kali pertama kami sampai di Pantai Puteri ni. Zaman belajar di U dulu, Melaka umpama rumah kedua Ummi; selalu ikut Mommy Zya balik Jasin. Cuma, seingat Ummi tak pernah MZ bawa ke sini. Kalau Pantai Klebang Ummi ingat, kami pernah ke situ. Dengan Aunty Syima dan Dak Akim (anak sedara MZ). 

Subhanallah, indah ciptaan-Nya. 
Memang ralit tengok sunset...

Pantai Puteri ni tak crowded hari tu, rezeki kami dapat bersantai-santai dengan tenang. Pengunjung ramai tapi tak sesak. Yang berkhemah bersama keluarga juga ada, yang mandi manda, yang memancing pun ada... 

Bagus, self love first :p 

Nak makan² pun ada banyak kiosk dan gerai di sini...kacang rebus, mi segera celup, minuman dsbnya. 

Ada gerai goreng², Dapur Mak Nani. Esok pagi kami, kerusi meja ni takde, means depa meniaga waktu petang-malam lah... Kiosk kopi pun sama, pagi takde. 

Ada rezeki boleh ke sini lagi. Bawak Abang pula sebab dia tak ikut kami ke Melaka kali ni. انشاء الله 

Edited; up sini status WA Ummi pagi ni. 
Semoga dalam kegembiraan kita, tetap terselit doa untuk mereka.