Showing posts with label ALMA. Show all posts
Showing posts with label ALMA. Show all posts

Monday, 13 January 2025

Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat ALMA

Jumaat malam kami rakan² satu batch di U dulu buat majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat utk sahabat² kami yang telah kembali ke negeri abadi serta mendoakan mereka yang sedang diuji kesihatan, kewangan, kehilangan dsbnya. 

Bila dihitung², hampir 40 orang rakan kami yang telah dipanggil menghadap Ilahi. Bak kata Naqib, kita pun masing² akan menyusul. Sayu hati Ummi dengar tazkirah ringkas beliau, sungguh menyentuh hati. Teguran ikhlas terasa hingga ke lubuk jiwa.  

Alhamdulillah ada ahli keluarga sahabat² kami turut serta dalam majlis ni. D, isteri arwah Abe pun turut serta. Terharu dia bila dapat tahu kawan² arwah adakan majlis ni. Semoga ukhuwah kami berpanjangan hendaknya. 

Didoakan agar semua arwah sahabat² kami semuanya ditempatkan di kalangan para solihin aamin 🤲🏻

Sunday, 1 September 2024

Program From Alumni with Love (FAWL 2024)

Alhamdulillah program yang diamanahkan kpd Biro Kebajikan berjaya dilaksanakan dgn cemerlangnya pada 26.8.2024 (Isnin) tempohari. Program ni antara ALMA dan pihak Alumni Division. 



Selaku SU Biro, beberapa kali juga Ummi terlibat dengan perbincangan program ni. Tapi semuanya online, senang kerja :D 

Siapkan paperwork... 

Meeting final touch 25.8... 
Masa ni peserta baru ada 80 orang, padahal target asal 300. Alhamdulillah semasa hari event, berjaya kumpul 180 orang, semuanya  penuntut² dari keluarga B40. Objektif program ni pun untuk menyantuni mereka dengan majlis berbuka puasa (puasa sunat Isnin). Alhamdulillah di pihak kami berjaya merndapatkan dana yang diperlukan. Lebihan dana dikembalikan kepada adik² ni dengan cenderahati berupa pen dan tunai (pemenang pop quiz). Nak beli hadiah tak sempat, sebab last minute ada sumbangan agak besar dari geng Engineering 🤲 

Alhamdulillah program berjalan lancar dan meriah. Walaupun Ummi tak dapat hadir (Walid outstation that week plus hari sekolah) tapi terasa juga kemeriahannya melalui perkongsian gambar & info dari teman² yang hadir. Depa kenalah share dgn Ummi sebab Ummi kan nak kena buat report nanti haha... 

Semoga ada impak program ni buat peserta² yang terlibat. Melalui sharing session yang dibuat, diharapkan dapatlah adik² ni ambil inspirasi dan jadikan motivasi utk masing² berusaha keras utk berjaya. Ummi dulu pun masa di sekolah menengah ada abang kakak senior yg dah berjaya ke uni datang sekolah bagi talk & buat sharing session tentang kehidupan di uni buatkan kita pun bersemangat nak masuk universiti :D 

Semoga ada rezeki FAWL ni jadi acara tahunan, إن شاء الله.
Seronok dapat menyumbang semula kpd tempat yang pernah berjasa kpd kita. 


Sunday, 18 February 2024

Briskwalk @ UIA

17.2.2024 I Sabtu
ALMA Briskwalk @ UIA

Joined program ALMA di UIA semalam. Target 30 keluarga, yang hadir 16 keluarga, oklah kan? Bila first event briskwalk ni Ummi tak tahu 🤭

Starting point di Kuliyyah of Economics & Mgmt Sciences (Kuliyyah Econs). Di UIA ni, fakulti disebut Kuliyyah. Tak jadi berkumpul di stadium agaknya. Turut bersama kami, Head Alumni Division UIA, Tn Ilmyzat. Kuliyyah Econs dan Kuliyyah Laws (KL) antara Kuliyyah² awal di kampus utama UIA di Gombak ni. Alumni KE antaranya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dan KL pulak YB Fadhlina Sidek. Tu antara yang glamour lah... Dekat notice board Alumni tu ramai lagi termasuklah para menteri, pegawai tinggi kerajaan, agamawan, artis, dll...

Kuliyyah of Laws, wajiblah ada moot court kan... 

Anak soleh minta snap gambar :) 
Kampus lengang sebab tengah cuti semester sekarang. Yang ada mungkin international students tapi itu pun tak nampak pulak, mungkin di bilik masing-masing. 

Sampai library dah! Suka sangat design dan struktur binaan kampus utama UIA ni. Atap hijau, bangunan dicat warna earth. Lawa! 

Masjid ni lawa... 
Ada dataran luas kat depan ni...  

We played tourist that day 🤠

Di Kuliyyah Islamic Reveal Knowledge & Human Sciences (IRK & HS). Dekat Kuliyyah ni la Abang kata nak belajar sebelum ni, tapi sekarang dapat kelas pure Sains, nak masuk aliran Sains pula. Ummi restu je mana² aliran pun, janji Abang minat dan buat sehabis baik. 

Kuliyyah of Engineering. 
Ni lain sikit design dari KE & KL tadi. 

Kuliyyah of Architecture, lawa betul... Mentang² lah depa arkitek haha... 

Hasil karya pelajar Architecture. Kata Tn Ilmyzat course ni antara yang bagus tapi kos pengajiannya agak mahal. Material  projek macamana ni mahal, kena beli cooper untuk hasilkan arca (?) ni... 

Sukalah persekitaran UIA ni, redup je dengan pokok² besar. Dengan angin pula bertiup, alhamdulillah tak terasa jauh pun berjalan. 

Cuaca cerah, langit membiru cantik sangatlah hasil bidikan kamera phone masing-masing pun :) 

Azman Hashim Complex. Sini kiranya business center-lah; ada bank, cafe, multi purpose hall, kedai fotostat dll... Kanopi putih tu Richiamo Cafe. Dalam UIA ni juga ada CU Mart, Mykori... 

Bangunan pentadbiran UIA. 

Katanya wajib bergambar di tangga besar ni... Jadi, kami pun ambillah kesempatan memotret kenangan di sini. Boleh tahan masuk air juga kawan² Ummi ni, siap rekod video ucapan raya dari perantauan 😂 

Akhirnya kami kembali ke KE, untuk majlis penutup dan pemberian hadiah kepada semua peserta. Total distance covered 4.7km, 7667 steps 💪

Alhamdulillah satu program yang menarik dan sangat mengujakan. Bayangkan ada di antara kami ni dah berpuluh tahun tak berjumpa. Kira macam reunion jugalah program ni pun. Sebenarnya ada beberapa kali juga ALMA buat program tapi sentiasa tak berkesempatan nak hadir. Alhamdulillah kali ni diberi kesempatan oleh-Nya walaupun jadual padat hari ni :D 

Jadual asal program hingga jam 10.30 pagi, tapi singgah sana singgah sini pukul 11 lebih juga habis. Udahnya kita brunch teruslah di kafe kolej. Alang² masuk UIA, pekena Nasi Arab sepinggan :D 

Sebelah petang ada agenda lain pula :)