Showing posts with label KBKT. Show all posts
Showing posts with label KBKT. Show all posts

Thursday, 30 March 2023

Masjid Razaleigh, Gua Musang

Sambung coretan ke Pantai Timur bulan lepas, sempena majlis pertunangan Abg Aqim. 

Setelah melewati perjalanan yang panjang, kami sampai di Bandar Gua Musang. Usai lunch, kami terus menuju ke 
Masjid Razaleigh yang terkenal kerana binaan masjidnya diiilhamkan dari Masjidil Haram Mekah. 

Tentang replika Kaabah tu, Ummi baru tahu akan kewujudannya. Ingatkan binaan masjid sahaja yang menyerupai Masjidil Haram, tak sangka ada Kaabah juga. 

Ruang solat yang luas dan selesa. 

Canggih tabung masjidnya. 

Selesai solat kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Bila dah bergerak meninggalkan Gua Musang barulah Ummi teringat, Ummi nak ziarah masjid buluh sebenarnya! 

Ada rezeki lain kali nak singgah di masjid buluh pula. 


 


Wednesday, 1 March 2023

Cuti Sekolah Day 10 ~ Gerak Balik

Alhamdulillah perjalanan 3H2M yang singkat tapi berjaya memenuhi bucket list kami tanpa sengaja :D 

Apa² hal isi perut dulu. Ingatkan ada nasi dagang, tapi tiada :( 

Kemudian, bawa anak⁴ mandi kolam hotel. Nak mandi pantai tak boleh, bagilah peluang mandi pool walaupun cuaca sejuk; berangin dan gerimis. 

Pukul 10 lebih kurang check out dan terus gerak balik ke Gombak. 

Bye Masjid Kristal. Tak singgah pun TTI ni. 

Singgah beli air untuk bekalan di warung tepi jalan. Nampak kuih ni, borong semua 4 packets sebab murah. Seringgit je satu bekas, ada 2 ketul.

Acik tu cakap orang Terengganu panggil kuih apom. (Maaf, kalau Ummi salah dengar). Dalamnya ada inti kaya. 

Kuih ni macam kuih bakar/ bingka pandan tapi Acik tu cakap "ini lagi banyak telur". Sedap dua² kuih ni. 

Masuk saja LPT 2 hujan turun mencurah². Kali pertama lalu LPT 2 tahun 2018 dulu pun hujan lebat sebegini juga. Alhamdulillah lancar perjalanan kami dalam lindungan-Nya. 

Jam 4.30 ptg sampai di Genting Sempah. Walid isi minyak, cashier suggest untuk redeem point Kad Mesra. Alhamdulillah dapat 1 tuala, satu thermal blanket. Rezeki 🤩

Alhamdulillah selamat sampai di rumah. Lega tengok Moq-Tot dan Cici selamat sejahtera :D Lebih seronok, ada kejutan menanti 😁

Tuesday, 28 February 2023

Cuti Sekolah Day 9 ~ Ke KT pulok :)

Usai majlis pertunangan Abg Aqim, kami bergerak ke Kuala Terengganu (KT) melalui Tok Bali - Kuala Besut - Permaisuri - Penarik -  Merang - Kuala Nerus - Batu Rakit - KT. Sebenarnya memang ada dalam plan road trip kami untuk ke tempat² ni. Alhamdulillah Allah bagi rezeki dan peluang lebih awal, syukur. 

Ke kanan kita...

Tersergam  megah Kompleks Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK)

Sekitar jam 1.30 t/hari kami sampai di Tok Bali. 

Replika bot sebagai mercu tanda. 

Singgah di Pantai Bisikan Bayu yang letaknya berhampiran Tok Aman Bali Resort. 

Pantainya cantik, landai... Tapi sekarang air pasang, ombak besar bergulung²...tak berani nak ke gigi air pun. 

Sepanjang jalan utama berhampiran pantai ni ramai nelayan menjual lokam segar. 

Sata.

Masuk negeri Terengganu dah...

Deretan bot di Kuala Nerus. View sangat² cantik di sini. 

Singgah cuci mata (dan dompet 😅) di Luth Brothers, Kuala Nerus. Kedai bundle ni glamour kata Walid, featured in YTC Pekin Ibrahim. 

Di roundabout ni kami ambil ke Tembila/KT.

Excited jumpa kampung nama Fikri. Selalu orang je nama Fikri :) 

Sampai di Penarik meriah dengan gerai ICT - Ikan Celup Tepung. Tak berhenti sebab kenyang lagi makan nasi kenduri tadi. 


4.50 ptg sampai KT alhamdulillah. Merasa lalu Drawbridge

Terus ke Pasar Payang dulu, Ummi nak shopping ☺️ Di KB tak sempat ke Pasar Khadijah. Hajatnya nak cari telekung. 

"Pakcik ni ajak Angah duduk sini Ummi" 😊
Ramah sangatlah tu...

Adik dah merengek nak ke pantai, bawalah ke Pantai Batu Buruk.

Di sini pun ombak kuat. Memang bukan time mandi pantailah agaknya, pertukaran monsun. Hujan tapi anak² nak juga turun ke pantai. Layankan je... Nak makan ICT di sini tapi berat hati, pernah terkena dulu; balls masam dan harganya mencekik. Jadi, terus cari kedai untuk early dinner. 

Lepas dinner, terus masuk bilik berehat. 

Alhamdulillah hari yang panjang tapi lancar 🤲





Selamat Bertunang Aqim 💝

26 Feb 2023|Ahad

Inilah yang membawa kami ke Negeri Serambi Mekah, selepas hampir 10 tahun. 

Majlis diadakan di Jelawat, Bachok. Jelawat dan Bachok, dua tempat yang ada dalam bucket list Ummi untuk explore. Alhamdulillah Allah kabulkan keduanya sekaligus. 

Hantaran dari pihak kami (lelaki). 

Berkumpul dulu di homestay yang cantik ni berhampiran Pantai Melawi. Ada rezeki datang untuk majlis nikah nanti boleh ke Pantai Melawi. Bila Ummi text Cik AS, katanya dia sedang piknik di Pantai Tapang tapi kami kesuntukan masa untuk bertemu. Mungkin nanti boleh jejak kaki le situ juga. 

Abg Aqim sempat lagi layan anak buah & sepupu³... Kami pilih tema biru 💙

Bismillah...jom gerak... 

Alhamdulillah hajat kami nak menyunting bunga diterima baik oleh tuan rumah ☺️

Seutas gelang tangan sebagai pengikat janji. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar 🤲 

Perut dah lapar, jom makan! 

Sedap² lauk yang disediakan oleh tuan rumah. Bakal ibu mertua Abg Aqim dulu bukak kedai makan. Patutlah sedap :)

Kari Daging tu campur ubi Cina atau kami panggil ubi keling @ ubi kemili. Memang sedap dibuat gulai (kari). 

Pencuci mulut; yang pink & purple tu kuih koci. Kreatif' dan rajin betul orang² sekarang ni kan. Yang putih tu kuih tepung gomak katanya. 

Sedap dan lembut kuihnya. Sekali masuk mulut, kunyah dan terus telan. Kecik comey! 

Terima kasih tuan rumah atas layanan istimewa buat kami. Moga berjodohan dua keluarga besar kita 🤲

Dari pihak perempuan.

Disini juga kami berpisah; Paklong balik ke Putrajaya, Abg Aqim & Abg Anas balik Kedah dan kami pula meneruskan kembara. 

Alhamdulillah atas rezeki dan peluang yang diberi oleh-Nya. Jauh berjalan luas pandangan & pengalaman. 

Monday, 27 February 2023

Cuti Sekolah Day 8 ~ Jom pi KB

Maaf, tak sempat ke blog kawan², kami berhujung minggu di Pantai Timur, urusan keluarga :)

Usai sarapan di Maiishelloud, kami terus bergerak menuju ke Kota Bharu (KB). 

Ikut exit Bentong, first time lalu jalan baru ni. Kami pun dah hampir 10 tahun tak ke KB, banyaklah yang berubah kan?

Pekan Raub.

Rasanya Central Spine Road (CSR) tu sedang disiapkan sebab banyak juga kami lalu jalan under construction dan ikut alternative road. Perjalanan pun lebih panjang jadinya.

Dia punya alternative road tu sampai lalu depan rumah orang 🤭

Nampak masjid, singgah sat refresh diri. 

Puasa, raya dah dekat... Sempat ke siap ni? 

Lipih 🤩 
Kawan² ofis dulu ada 2-3 orang asal sini. Kebetulan Cik Ana ada di kampung tapi tak sempat dah kami nak menyinggah.

CSR Package 5 area Merapoh ni dak siap. Elok jalannya, tak perlu lalu jalan yang selekoh tajam² tu. View pun cantik, kiri kanan bukit-bukau. Ada satu bukit tu ada signboard Merapoh The Caving Paradise. Memang unik bentuk bukit² di sini. 

Dari Gombak jam 8.45 pg, jam 12.30 sampai ke Gua Musang. 

Berhenti makan, solat dan bersiar-siar dulu di sini. Anak⁴ semua dah besar, dah boleh faham dan ingat apa yang dilihat dan didengar. Trip 2014 dulu hanya Abang yang ingat, tapi ingat² lupa. Dia baru 6 tahun masa tu :) 

Menuju ke Kuala Krai. 

Sampai di Manek Urai nampak asap berkepul-kepul di tepi jalan. Ingatkan bakar akok tapi lemang rupanya! Umpama di Kijal, Terengganu, sepanjang jalan orang jual lemang. Beli juga 3 batang RM10 (saiz paling kecil) dan sebekas rendang ayam RM6. Setiap pembelian juga Disertakan dengan satu bungkus air gula untuk cicah dengan lemang tu. Sorry, lupa ambil gambar :) 

Perjalanan diteruskan. Makin hampir dengan Bandaraya KB, kereta makin banyak. Sempat Ummi potretkan pemandangan cantik ni...


Masa ni Abg Aqim & Abg Anas dah sampai di tempat penginapan. Mereka dari Kedah, ikut Lebuhraya Timur Barat (Gerik-Jeli). Dalam perjalanan di tengah² hutan tu terserempak dengan anak gajah melintas jalan! 

Credit: Kak Syuhada

Alhamdulillah setelah 10 jam perjalanan kami sampai ke destinasi...

Good night KB 🌛