Showing posts with label Nostalgia. Show all posts
Showing posts with label Nostalgia. Show all posts

Thursday, 20 June 2024

Mee Goreng Mamak

Minta Walid tolong beli telur dan roti balik kerja semalam. Sambil² tu selit order juga untuk kunyah²... Dapat goreng pisang pun jadilah hihi... Sekali dibelinya Mee Goreng Mamak 😁

Siap dengan Teh Ais sekali... 
Sengaja tak masukkan dalam pinggan, makan macam ni teringat zaman kecik² dulu... Arwah Tok Wan bila dapat duit belanja dari Paklong mesti ke Pekan Kupang beli Mee Goreng dan Mee Kuah Mamak. Tapi sayang, Ummi tak pernah tau kedai mana yang Tok Wan beli tu. Dan Ummi pun jarang ke Pekan Kupang berbanding Pekan Baling sebab kalau nak ke Kupang kena tukar bas dari kampung Ummi tu. Sama ada ke Pekan Baling dulu, kemudian ambil bas hala ke Kulim, Butterworth atau SP. Satu lagi pilihan, tunggu dekat Batu 42, tahan je bas² ni kat tepi jalan. Nak lagi senang, bonceng je motor Tok Wan 😁

Dari nak cerita pasal MGM Walid beli ni, termasuk pulak cerita kenangan ye... 

Saturday, 2 March 2024

Buah Kumbar

Cik Leha baru balik dari Hatyai. Bulan 9 hari tu anak menantu ke sana, bulan ni turn CL pula. Kami juga yang untung jadi jiran depan :p

Buah tangan dari Cik Leha...

Ada sebotol Thai Tum Yum macam Cik As bagi dulu, buah Kundang Madu dan buah kumbar. Buah kumbar ni seakan buah salak, tapi kulitnya lebih cerah warnanya. Rasanya masam seakan buah kelubi tapi ada juga yang manis seperti di atas ni. Biasalah, buah²-an kalau dari Siam sana semuanya maneh² :D Buah Kundang ni pun maneh ya amat... 

Di dusun Tok Wan dulu ada seperdu pokok kumbar. Buahnya selain diperdu pokok, ada juga kadang lekat di akarnya. Tapi rasanya masam! Kadang kami ambil yang muda, makan bijinya. Biji dia rasa akan² buah kabung. Tapi, pokok kumbar kepunyaan Chey Eil manis leting! Selalu jadi sasaran Ummi dan Maklang Ja. Pokoknya pula membiak berperdu-perdu, semuanya pulak manis. Puas makan. 

Terima kasih daun keladi Cik Leha ye ☺️


Wednesday, 14 June 2023

Pokok Sepelas @ Mempelas

Bila nampak anak pokok ni tumbuh berhampiran pokok jambu depan Rumah tu, sengaja Ummi biar dia tumbuh. Sebab pokok ni ada memori tersendiri dalam kotak ingatan Ummi :)

Besar dah dia, menjalar dan menumpang di pokok jambu. 

Salah satu kegunaan daun pokok sepelas ni ialah pengganti kertas pasir. Arwah Tok Wan dulu kalau buat lastik (kami panggil (teghebey), gasing atau senapang kayu akan gosok kayu yang digunakan tu dengan daun sepelas ni. Nanti licinlah, macam guna kertas pasir tu.

Satu lagi kegunaan daun sepelas ni ialah untuk menggosok periuk. Zaman dulu masak memasak di atas dapur kayu, jadi asap kayu tu menyebabkan periuk jadi hitam. Caranya; ambil daun sepelas dan sedikit pasir dan digosok pada periuk. Pasir tu pasir tepi telaga, bersih dan ada mata air keluar dari pasir tu. Berkilat jadinya! Tok Cik Ya champion bab sental periuk ni hehe... Dulu kami membasuh pinggan mangkuk di telaga (perigi). Macam dalam cerita² P Ramlee tu ... Segala pinggan mangkuk, periuk belanga dibawa ke telaga milik arwah Tok Nik dan sama² membasuh di situ. Bekalan air paip di rumah sangat terhad. Kadang ada air, kebiasaannya tiada langsung bekalan airnya :( 

Walaupun Ummi familiar dengan daun sepelas ni tapi Ummi tak pernah perasan pokok ni mengeluarkan bunga yang sangat cantik! 

Bunganya ada bau lembut. 
Ummi nampak lebah kelulut berterbangan dan hinggap di bunga ni. Mencari nektar barangkali. 

Pokok begini jarang diberi perhatian, tapi tetap ada keistimewaan dan kecantikannya. 



Saturday, 12 March 2022

Bunga Kuning

Apa nama bunga ni ye? Kami panggil bunga kuning. Nak lagi specific, bunga kuning tepi jalan :D Sebab pokok bunga ni tumbuh liar di tepi jalan dan semak samun. Di kampung Ummi banyak pokok ni. Tak ada pun yang jadikan bunga hiasan tapi Ummi tanam juga dalam pasu, mengulit kenangan. Tengok pokok bunga ni, teringat kampung ahgitchuuu... 

Tepi jalan masuk ke rumah Makngah banyak pokok ni... Dulu, rumah Tok Wan pun banyak pokok ni. 

Rupanya seakan bunga matahari, tapi tidak berlapis kelopaknya. Adik panggil mini sunflower ::)

Ini pun bunga kuning juga .. tapi Ummi kenal... 

Bunga peria :D 

# Selamat mengundi buat Bangsa Johor! 
## tak sempat blog walking, ada urusan keluarga. 

Thursday, 10 March 2022

Buah Star aka Kundang

Sekarang ni segala hasil bumi terutama buah/sayur kampung dijual dimana-mana dan sentiasa 'laku keras'. Semua 'jadi harga' kata orang Baling. 

Salah satu buah kampung yang memancing perhatian Ummi ialah buah star atau lebih dikenali sebagai buah Kundang. Ialah, makanan masam-manis ni cepat je buat terliur. Walaupun bukan favorite, tapi seronok dapat mengimbau kenangan. Buah-buah kampung sebeginilah snacking Ummi zaman kecik-kecik dulu. 


Setelah beberapa ketika memendam rasa sebab harganya agak kayangan (sekilo RM 22-27 sekilo, kundang madu) masa awal musim hari tu akhirnya merasa juga Ummi buah ni. Ummi beli 1/2 kg je (sekarang sekilo RM18 di tempat Ummi), sekadar melepas hajat dan bagi anak4 rasa. Depa makan tapi sekadarnya juga, macam Ummi. Sambil makan, sambil berkongsi kenangan dengan anak4. Itulah tujuannya pun, supaya kenal asal usul. 

Di rumah arwah Tok Nik, ada 2 batang pokok star yang besar. Salah satunya sangat rendang, jadi tempat kami melepak di waktu petang. Buahnya walaupun masam, tetap juga dipetik... Buat menyicah. Kami budak-budak suka cicah kicap + gula manakala orang dewasa biasanya cicah dengan garam belacan (garam, cili, gula,kicap & belacan ditumbuk dan digaul sebati). 

Aduhai, seronoknya zaman kanak-kanak :D 








Monday, 14 February 2022

Air Asam Perut Muda 😋

Lama sungguh tak ke pasar pagi Greenwood. Ahad lepas singgahlah sekejap, nak beli ikan... 

Sampai di gerai jual ayam/daging, singgah beli perut lembu (perut tebal) sebab anak-anak  request nak makan perut masak lemak. Sambil tu nampak perut muda tergantung elok je dekat pencangkok daging tu. Sekilo 30 ringgit. Lama betul Ummi tak makan perut muda ni. Lepas Tok Wan meninggal jarang beli perut muda. Sebab nak dapatkan perut muda ni dulu-dulu kena awal pergi ke pekan Khamis. 

Arwah Tok Wan dulu, lepas Subuh dah ke Parit Panjang. Jiran-jiran pun kalau teringin nak order perut, paru, hati, limpa dsbnya akan kirim duit pada Tok Wan sehari sebelumnya. Lepas Tok Wan meninggal, arwah Wan Teh ambil alik job ni. Tapi sekali sekala je arwah Tok minta tolong beli, terutama bila menjelang raya. Bila Tok duduk dengan kami, tak pernah beli perut muda ni. Sesekali ada juga Tok sebut nak makan, tapi tak jumpa orang jual. Kalau ada pun, belum dicuci. Tok tak larat nak buat dah, Ummi pula tak pandai. Jadinya beli perut tebal saja untuk lepaskan kempunan :) 

Kami beli tak sampai sekilo pun. Dah siap dibersihkan. Kata penjual tu, dah tembak air dalam tu... Tak macam dulu-dulu, seksanya nak bersihkan perut muda ni. Berkali-kali Tok cuci untuk buang segala kotoran. 

Separuh Ummi rebus dan cicah cili kicap. 

Separuh lagi Ummi buat air asam perut muda. Penjual cakap sedap buat begini... 

Tumbuk cili padi, belacan dan garam separa lumat. Di dalam mangkuk, satukan bahan tumbuk, hirisan bawang besar, tomato dan perut muda yang telah direbus dan dipotong. Ambil sedikit air rebusan dan gaul sebati semuanya. Perah limau nipis dan gaul. Seimbangkan rasa masam dan masinnya. Siap! 

Sekali sekala makan bolehlah, tambah-tambah dah 4-series ni ... Seram juga tengok lemak-lemak tu 🤭



Friday, 11 February 2022

Minum Petang di Mel's Corner, Sri Gombak

9/2 hari tu Walid dapat kebenaran balik ke rumah after lunch, sebab ada staff (same office, tapi lain department) +ve Covid :( Sampai di rumah, sambung kerja WFH... 

Habis kerja, pukul 6 tu Walid ajak keluar minum petang. Kami pilih Mel's Corner di medan selera berhampiran Giant Mini. Walid nak ke Conelli depan tu, senang 1x park kereta je. 

Mel's Corner (MC) ni terkenal dengan cendol durian. Ada sebiji replika durian besar atas bumbung kedai tu :D Tapi, kami tak order food dari MC, sebaliknya dari dapur sebelah, Dapur Bonda kot.. Lupa namanya tapi kedai ni bersekali dengan MC juga. Sebab Adik nak makan nasi goreng. MC jual Western food. 'Goreng-goreng' dapur sebelah tu la. Yang ada tulisan  بيسم الله tu... 

Bersih kedai ni 👍

Ummi & Walid share mee goreng. But, it was a bit masin.

Nasi goreng Cina ni sedap. 

Pinggan tu 👆 Terus teringat arwah Tok Wan. Pinggan dan cawan Tok Wan arwah Tok sediakan khas; pinggan bunga kangkung hitam.  Pinggan kami (Ummi, Pakcik, Abg Aqim, Abg Anas) bunganya warna pink. Kami memang dilarang guna pinggan & cawan Tok Wan ni. Waktu makan pun, kena Tok Wan ambil dulu lauk baru turn anak cucu. Begitulah kami diajar agar hormat kepada Tok Wan. 

Tapau-kan fish & chips untuk anak3. Western food ni order dekat MC. Harga dia quite cheap; RM 8-10 per set. 

Nanti nak pi makan yong tau fu dengan cendol durian pulak :p 

Mel's Corner
No.30, Jalan SG 1/8
Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor

# Update: D'Kampung Nenda nama kedai goreng-goreng tu :D 

Tuesday, 8 February 2022

Pucuk Dok-dek

Cik Leha baru sampai dari kampung. Tak lama kemudian Angah berlari masuk ke dapur...

Ummi, Cik Leha bagi pucuk dok-dek. Dia kata Ummi makan ni... 

Pucuk dok-dek??? 

Oh, pucuk ceperai rupanya! Ummi dengan Cik Leha satu daerah, tapi berbeza betul panggilan nama pucuk ni. Jika di-Google, namanya pucuk cemperai.  

Ummi buat masak lemak putih bersama keledek. Cik Leha pula masak sayur air. Favorite arwah Tok sayur air ni. 

Semangat ambil gambar sebelum masak ... 

Lepas dah masak, lupa nak ambil gambar 😂 Sebagai ganti, Ummi sajikan gambar masak lemak kuning peria katak, boleh? 


Rencah sama je; tumbuk bawang, cili padi dan ikan bilis. Cuma untuk masak lemak kuning, tambah kunyit hidup dan tumbuk semuanya sekali. Ada orang tak letak bawang, terpulang. Ikut cita rasa atau cara masing-masing. 

Anak4 suka masak lemak sebab kuahnya tu... Walaupun Angah dan Adik kurang makan sayur, tapi bila tercedok sayur sekali, depa makan juga. Oklah tu. 

Hari ni pun Ummi masak lemak; masak lemak ayam pencen. Adik request semalam, "Ummi buatlah itik masak lemak pulak" Ummi pelik juga sejak bila Adik makan itik. Tapi, Ummi layankan juga. Cuma Itik tak ada, ganti dengan ayam pencen. Bukannya Adik tahu pun hihi... 

Ayam pencen ni Ummi HP 35x dalam Noxxa. Kemudian baru masak atas dapur biasa. 

Tadi, masa tengah makan...

"Adik nak suruh Ummi buat masak lemak telur itik sebenarnya... Adik tersilap" 

😂😂😂



Thursday, 27 January 2022

Nostalgia Cucur Sampah



Balik dari jemput Kakak di sekolah, Abang bagitau, "Cik As bagi cucur udang Ummi" Ini mesti 'upah' Ummi tolong ambil Fa-Za di Pasti tadi :D

Simpan dulu, apa-apa hal kita makan nasi dulu... Hari ni Ummi masak kari ikan mayong ☺️ 

Ambil gambar atas dapur, sebab dah hidang satgi selalu lupa atau tak sempat ambik gambar dah :D 

Lepas Asar, Ummi bancuh tepung untuk buat cucur sampah, top up cucur udang Cik As bagi tadi. Rakyat ramai, faham-faham aje lah 🤭

Cucur sampah ni terkenal di kampung Ummi, terutama di bulan Ramadhan. Lebih kurang je dengan cucur udang, cuma dimasukkan taugeh sebagai main ingredient. Zaman dulu kalau beli udang pun untuk dibuat lauk, bukan cucur atau rencah goreng mi/bihun. Kari Udang bersama Daun Bawang dan Udang Gaul bersama Kelapa masakan ni lah arwah Tok selalu masak jika beli udang. 

Untuk cucur sampah tadi, satukan semangkuk taugeh yang sudah dibersihkan, cili merah, bawang besar, tepung gandum, garam, sedikit serbuk kunyit dan air. Gaul sebati. Sendukkan adunan dan goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Makan bersama sos pencicah atau sos cili. 

Nak lagi nostalgia, minum dengan teh O. Dulu-dulu, beli susu pekat untuk cicah lemang waktu raya je. Minuman semuanya 'O' je :D 

Monday, 10 January 2022

Pokok Putat

Lalu di sebuah tadika tadi nampak bunga putat berjuntaian di luar pagar. Cantik, macam untaian hiasan di archway dewan orang kahwin :D 

Cantik bunganya...

Buah putat.

Buah dan pucuk putat boleh dijadikan ulam. Arwah Tok suka sangat ulam buah putat, dimakan mentah saja. Cicah dengan sambal belacan. Nak lagi sedap, sambal belacan tu digaul bersama ikan bersaiz kecil yang  dibakar. Kalau ada ikan bendang macam anak ikan puyu ke, ikan sepat ke laaaaagi sedap :D 

Pucuk putat... 
Warna kemerah-merahan...

Buah putat Ummi tak makan tapi pucuknya Ummi suka. Rasa kelat-,kelat gitu. Masa Paklong tinggal di Kg Baru dulu, rajin juga Ummi petik 2-3 tangkai pucuknya setiap kali ke sana. 

Dari segi perubatan Ummi tak pasti kegunaannya. Tapi, ada sejenis lagi pokok putat yang kami panggil pokok putat akar, jenis menjalar dan memanjat tumpang  pokok-pokok lain. Di kampung Ummi banyaklah pokok ni, tumbuh di kawasan semak-semak dalam dusun. Yang ini daunnya tak dimakan tapi boleh digunakan untuk merawat luka. Daun ni diletakkan pada luka sebelum dibalut dengan kain diatasnya. Masa arwah Pakcik bersunat dulu, Ummi-lah tukang cari daun ni. Dulukan bersunat dengan Tok Mudim, mana ada  laser ke clamp ke. Luka dirawat sendiri di rumah dengan cara tradisional. Kalau ada ubat pun, sejenis ubat warna kuning yang kami panggil iodin. Asal luka je, letak iodin. Tak pun minyak gamat :D 


Tuesday, 27 July 2021

Nostalgia ~ Petai

Buah rambutan 2kg RM15, mata kucing 2kg RM10 manakala raja buah, sekarang dah tinggal RM5 sekilo. Yang masih mahal si petai ni, 5 papan (keping) sepuluh ringgit. 

Beli petai dengan Abg Omar, 5 keping sepuluh ringgit. Jiran kami ni ada kebun di Batang Kali khabarnya. 

Kecik-kecik dulu Ummi tak makan petai dan tempoyak. Busuk! Masa tu pokok petai Tok Wan tanam ada 5-6 pokok dan buah sentiasa lebat. Zaman tu kurang ada harga sebab masing-masing ada pokok sendiri, keterbatasan jaringan perhubungan serta pengaruh media massa langsung takde kot. Sebut nama Baling pun orang tak berani datang, takut komunis! Padahal aman sentosa je daerah kesayangan Ummi ni :) Zaman Tok Wan kecik2 dulu adalah komunis, askar Jepun semua tu. 

Seingat Ummi petai hanya dimakan samada ulam mentah atau dijeruk. Manakala tempoyak atau kami sebut 'asam derian' pula digaul bersama sambal belacan. 

Adakalanya petai terbiar masak di atas pokok dan akhirnya jatuh ke tanah jadilah petai cambah. Dalam memori Ummi, paling seronok mengutip petai cambah bersama arwah. Biasanya selepas hari hujan, kami akan masuk ke hutan kecil belakang rumah. Berebut-rebut menyelak dedaun kering mencari petai cambah. Petai cambah ni ialah mata petai yang mula berakar. Kalau tidak dikutip, akan jadilah anak pokok petai. Selain petai, ada juga jering cambah dan kenuak (kerdas) cambah. 

Bila Ummi masuk asrama, ternganga jugalah bila dengar kawan-kawan sebilik yang berasal dari bandar atau pekan makan petai. Naifnya Ummi, ingatkan petai hanyalah kegemaran orang kampung! 

Bila dah besar, berkelana ke ibu kota barulah Ummi belajar makan petai dan tempoyak ni. Padanlah muka, sudahlah kena beli sekarang ni, harganya pun tidaklah murah! Zaman mewah dengan buah kayu dah lama berlalu, dah ditebang dan diganti dengan pokok-pokok baka lebih baik katanya. Tapi, jika tak dijaga dengan elok dan dibiarkan tanpa pengawasan, tidaklah menjadi juga :( 

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai
Kisar bawang merah, bawang putih, cili merah, cili hijau & ikan bilis. Tumis hingga pecah minyak, masukkan petai, diikuti tempoyak. Gaul sebati, perisakan dengan garam dan gula. Siap!

Bila berganding kedua-dua ni, bertambah-tambahlah nasi :D Abg Aqim kalau ada sambal tumis ikan bilis petai tak pandang dah lauk lain. Rindu dekat anak buah Ummi seorang front liner ni  😁

Lepas makan nasi, kita makan pula buah mata kucing ni, untuk sejukkan badan. Kopek, simpan dalam peti ais kemudian makan. Walah! 

Alhamdulillah tahun ni meriah dengan buah-buahan bermusim ni. Kita nikmatilah sepuas-puasnya. Bila bekalan banyak, harga pun lebih murah. Alhamdulillah rezeki juga untuk kita yang tak dapat balik kampung. 

Wednesday, 23 June 2021

Umbut Kelapa

Hujung minggu baru ni, pekerja bandaran trimmed pokok-pokok di sekitar perumahan kami ni. Adalah jiran-jiran ambil kesempatan upah mereka tebang/trim pokok masing-masing. Salah seorangnya Kak A. Nampaklah pekerja-pekerja tu tebang pokok kelapa. Ingat habis di situ je ceritanya... 
3-4 hari lepas Kak Leha tanya Ummi makan tak umbut kelapa. Of course-lah...  Kak A bagi umbut kelapa katanya. Nanti dia share dengan Ummi. Tunggu punya tunggu, petang tadi barulah dapat haha... Ingatkan Kak Leha dah lupa :D 


Ya Allah sedapnya kerabu umbut nyioq ni! 
Sebelum ni Ummi pernah makan umbut kelapa masak lemak putih. Itupun dah berbelas tahun rasanya. Masa wedding Misah di Tg Karang dulu. Masa kecik dulu, pernah juga nampak orang kampung tebang pokok kelapa kemudian belah batangnya untuk ambil umbut. 

Ini pula asam rebus keladi. Makanan special juga di sebelah Utara. 

Dalam tu ada ubi keladi sekali. Marvelous!

Ummi ni tak berapa pandai masak menu sebegini, berbeza dengan Kak Leha. Alhamdulillah rezeki berjiran dengan orang sekampung, terubat juga rindu dengan juadah sebegini. 

الحمد لله على كل نعمة 💚

Monday, 21 June 2021

Nostalgia Kulat Sisir & Kulat Ton

Benarlah kata pepatah, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Walaupun jauh dimata, kampung halaman sentiasa dihati. 

Ummi ni walaupun tinggal di perantauan tapi join juga group wasap kampung Ummi. Sebab, kami sekampung ada pertalian saudara. Dapatlah juga tahu perkembangan semasa di kampung selain bertanya khabar saudara-mara. Yang masih tinggal di kampung dan yang berhijrah mencari rezeki di luar kampung lebih kurang bilangannya. 

Hari ni group wasap kampung Ummi riuh-rendah berkongsi nostalgia makanan dan masakan kampung zaman kami kanak-kanak dulu... Semuanya gara-gara Maklong Mah tayang gambar kulat sisir (cendawan sisir) yang dipungutnya di kebun. Sekarang musim hujan di kampung jadi kulat ni galaklah tumbuhnya. Biasanya kulat sisir tumbuh di atas batang getah yang ditebang. 

Credit: Maklong Mah

Dulu-dulu Ummi suka ikut arwah Tok dan Tokcik Ya kutip kulat ni. Sejenis lagi kulat cuping kami panggil sebab bentuknya seakan cuping telinga :D Dek kerana namanya, Ummi tak makan kulat jenis ni. Hehe... 

Kulat sisir ni sedap dimasak kari bersama ayam. Kuahnya biar cair sedikit. Makan dengan nasi panas-panas. Sedapnya! Tapi, bila di perantauan, Ummi baru tahu rupanya kulat sisir juga boleh dimasak lemak cili api. Pun sedap juga. Kulat cuping pula biasanya dimasak sayur air atau masak bening. 

Ummi pernah jumpa kulat sisir ni di pasar pagi Greenwood. Baca sini: Nostalgia Buah Berangan.

Satu lagi kulat ton namanya. Di sesetengah tempat ianya dipanggil cendawan busut atau kulat pusu. 

Credit: Sinar Harian 

Warnanya putih bersih berbau wangi bila tumbuh. Tapi, awas ada jenis cendawan seakan kulat ton ni yang beracun. Bila makan, boleh mabuk atau pening. Sebab tu bila terjumpa kulat sebegini orang kampung biasanya datang berjumpa Tok Wan untuk dapatkan pengesahan. Sebab Tok Wan paling cekap mengesan dan kenal kulat ni. Biasanya kulat ni tumbuh di bawah dedaun pokok kenuak (kerdas) atau pokok durian. Ummi paling suka kudup cendawan ni. Kata Tok Wan, yang kudup lagi manis dari yang sudah kembang. Kembangnya hanya sehari dua jadi perlu cepat dikutip. Tak banyak pun, sekitar 10 kuntum sekali tumbuh. Walaupun sikit, tetap juga berbagi rezeki dengan Maklang Di sebab dia pun penggemar kulat ton. Pun dimasak air saja. Masih ingat lagi, Tok Wan suka hirup sayur kulat ton ni. Nikmat sungguh nampaknya :) 

Sekarang Ummi jarang dengar dah pasal kulat ton ni. Mungkin perubahan iklim, kandungan mineral dalam tanah ataupun tiada lagi pokok durian dan kenuak di dusun menyebabkan kulat ni tidak lagi muncul di dusun Tok Wan :(