Showing posts with label Us. Show all posts
Showing posts with label Us. Show all posts

Sunday, 22 June 2025

Lunch @ Azrai Patin, Sunway Batu Caves

Boleh dikatakan hampir seharian kami keluar semalam. Dari pagi hingga Zohor tu dekat luar je... 

Bila perut berkeroncong, terus cari kedai makan. Kali ni kami pilih Azrai Patin Tempoyak Jerantut Pahang di Sunway Batu Caves. Restoran ni berhadapan dengan KWSP Batu Caves. 

Dah namanya kedai ikan patin, haruslah Ummi ambil ikan patin kan ... Ambil sepotong ikan patin goreng dan daun salad. Kuah masak lemak, sedapnya alahai.... Sesuailah dengan nama kedainya, bukan over claim. Sambal Tempoyak pun wajiblah ambil juga kan. Patin Tempoyak pun ada cuma tak rasa nak makan. 

Bila makan ikan patin goreng ni teringatlah memori di tanah suci. Boleh dikatakan seminggu sekali ada menu ikan patin goreng belado untuk jemaah muassasah. Ada orang tak suka tapi Ummi sukalah pulak. 

Tapi sejak musim haji tahun lepas menu ikan patin dah dikeluarkan dari senarai. 

Walid pun ambil lauk ikan goreng. 
Adik pun sama, ikan keli goreng.
Angah macam biasa, ayam gorenglah pilihan dia. 

Pinggan Kakak macam² ada; ayam, sosej dan telur mata. Dia baru balik exam, lapar kot :D 

Alhamdulillah bagi Ummi lauk pauknya sedap, 'berasa' kata orang. Kuah masak lemak paling sedap, cukup lemak dan pedasnya. Bukan pedas yang sampai berair hidung, just nice  πŸ‘πŸ» 
Total harga RM42.00 termasuk 4 air kosong dan 1 gelas Teh O Ais. 

Sebelum tu singgah di TF Value, ada food fiesta. Takde yang menarik bagi Ummi, plus semuanya mahal² belaka. Cotton candy yang biasa RM5 je, depa jual RM8 di sini. Biasalah tu, event² camni selalu je dengar orang cakap harga lebih mahal. Takpelah pilihan di tangan kita.  


Restoran Azrai Patin Tempoyak Jerantut Pahang
Lot 62G, Jln SM 3A, 
Taman Sunway Batu Caves
68100 Batu Caves
Selangor
Waktu Operasi: 10.00 pg - 4.15 ptg 
(Mon - Sun) 



Friday, 20 June 2025

Air Mineral

Khamis malam Jumaat rutin kami parents F5 adakan majlis bacaan Yasin untuk anak² calon SPM 2025. 

Malam tadi bacaan Yasin kami dipimpin oleh Ustaz Hashim b Yaacob. Rasa macam pernah nampak Ustaz, mungkin di TV kot sebab Ustaz penceramah bebas. 

Air mineral untuk buat air Yasin. Mudah-mudahan terang hati anak⁴ kami dalam menuntut ilmu dan sihat serta dilindungi-Nya selalu. 

Sambil menunggu parents lain join, terpandang pulak lukisan pada botol air mineral ni. Sebelum ni tak pernah bagi perhatian pun. Bila ditenung, rupanya.... 

Ada imej Bazar Warisan, Terengganu. 

Yang ni pula Teater DiRaja Shah Alam, Selangor. 

Baguslah, ketengahkan design sebegini. Dari tak tahu kewujudan tempat² ni sekarang dah tahu. 

2/3 design sama. Nanti nak belek² la dekat kedai kot jumpa design lain pula. 



Sunday, 15 June 2025

Melayan Tetamu Jauh ❤️

Lepas Zohor ada orang jauh nak datang, itu yang cepat² pergi makan kenduri semalam

Tetamunya sepupu Walid, Kakngah (Makngah Minah) dari Jitra bersama suami dan anak menantunya. Turut sama anak² dan menantu; Kak Ilah, Abg Aiman dan Abg Lan. 

Set table dulu...

ETA depa pukul 3 ptg jadi pukul 2 gitu Ummi masuk dapur. 

Goreng mee je...
Dalam tu letak daging korban, sama menu dengan rakan blogger Cie :D 
Ialah kan, selagi tak habis daging korban dalam peti, macam² la menu daging yang keluar kan... 

Ummi beli mangga dan pisang. 
Depa bawak mai cakoi dan putu piring serta mangga juga 😁

Lama juga bersembang. Ummi boleh geng dengan sepupu² sebelah Walid sebab depa semua ramah tamah dan baik² belaka. Usia pun baya² Paklong dan Makngah (abang & kakak Ummi), 60-an juga. Dah bercucu belaka. Jarak umur pun jauh juga dengan Walid dan adik beradiknya sebab arwah Wan Lah (ayah Mak Ngah Minah) dan Tok Ayah beza umur 16 tahun tak silap. Macam Mak Ngah dan arwah Pakcik juga, age gap 15 tahun. Tulis la dekat sini, biar anak⁴ faham :D 

Terima kasih banyak Kak Ngah dan family sudi bertandang di teratak kami. Ikutkan nak ajak bermalam tapi banyak lagi program depa sebab hari ni (Ahad) dah nak balik Jitra. 

Safe journey In Sha Allah. 

Saturday, 14 June 2025

Wedding Myra @ Laman Ummi Farisha


Kalau minggu lepas Kak Aya & Abg Burn sambut menantu sulong di Bayswater KLCC, minggu ni giliran Kak Zana & Abg Zack pula sambut menantu sulong alhamdulillah. Kedua² pasangan ni jiran kami. 

Pasangan ni sepatutnya bertunang ke bernikah tahun lepas, tapi seminggu sebelum majlis tak silap Ummi ayah pengantin lelaki meninggal dunia. Jadi majlis mereka ditunda hinggalah hari ni mereka disatukan sebagai suami isteri yang sah. Arwah bapa pengantin lelaki jemaah surau juga. Abang Angah pun kenal arwah Atok Jaafar ni. Kiranya besan Kak Zana ni orang sini jugalah. 

Cantik dekorasi dalam dewan ni...

Kali ni kami datang awal, dalam pukul 12 dah sampai jadi mudah dapat meja. Kebetulan Cik Ana dan Cik Leha pun sampai masa yang sama, jadi senanglah kami semua duduk semeja. Anak³ dan cucu² Cik Ana pun ikut sekali. Meriah meja kami :) 

Lauk banyak dari nasi :D
Ada lauk ikan keli belado dan sayur pisang muda, alahai sedap sungguh! 

Agar² merah atau lengkong pun ada... Lama tak makan, ambil 2 ketul sedap ya amat :D 

Laksa pun sedap ...

Coq Udang Kuah Kacang mabeles πŸ˜‹
Lauk ayam seketoi bahagian Ummi minta Walid tolong perabih. Ummi fokus makan ikan keli beladoπŸ‘†πŸ»

Ini kali kedua kami makan kenduri di Laman Ummi Farisha ni. Kali pertama tahun 2019, wedding Hana

Selamat Pengantin Baru Myra & Aizat 🌹
Semoga berbahagia selalu hendaknya 🀲🏻 

Terima kasih daun keladi Kak Zana & Abg Zack atas jemputan. Semoga diluaskan rezeki selalu. 
 

Wednesday, 11 June 2025

Wedding @ Bayswater KLCC


Dari Hotel Tenera kami ke Bayswater at KLCC ni, meraikan undangan dari Abg Burn dan Kak Aya ke majlis perkahwinan anak lelaki mereka. 

Pertama kali lalu SMART Tunnel, cuak juga ye.  Panjang terowongnya, tak seperti Terowong Menora atau pun Terowong Karak (Genting Sempah) yang pernah/biasa kami lalu. 

Walid kata kalau naik LRT boleh nampak tempat ni. Lokasinya antara  Stesen Damai dan Stesen Ampang Park . 

Rel LRT! 
Pertama kali jalan kaki di bawah rel LRT, wajiblah snapped gambar :) 

Parking space dekat dewan tu limited jadi kami parked di bawah rel LRT ni. Kawasan berpagar tak tahulah siapa pemiliknya tapi dikenakan caj RM10 per entry

Jamah juga baby cakoi dan cendol. Itu pun Abang Angah rajin bangun ambilkan. Malas nak keluar masuk sebab susunan kerusi meja agak rapat dan tetamu tengah ramai. 

Dewan cantik

Tak lama pun kami di sini, sebab peak hour. Selesai makan, terus minta diri. Majlis dibuat bersama rasanya antara keluarga pengantin lelaki dan perempuan jadi tetamunya ramai. Kita bagi ruang untuk tetamu yang datang kemudian pula. 

Buah tangan dari keluarga mempelai 

Tahniah sekali lagi buat kedua mempelai 🌹 
Terima kasih daun keladi AB & KA atas jemputan. 

Tuesday, 10 June 2025

Cuti Sekolah Dah Habis

Anak² soleh dah selamat kembali ke asrama. 

Tengok bilik dah kosong, rindu la pulak πŸ˜… 

Sebelum balik asrama tu Angah sempat belajar buat Ayam Goreng Korea dgn Kakak. 

Riuh rendah dua beradik tu di dapur macam nak buat kenduri. Apa yang disembang pun tak tahulah. 

Ummi bakar daging korban. Daging tu dah rebus. Ummi cuma letak garam dan serbuk kunyit kemudian bakar sekejap dalam AF. 

Malam tadi Angah call, buku tahriri tertinggal di rumah 🀦🏻
Stress betullah kalau anak² di asrama tertinggal barang ni huhu... 

Yang Kakak pula lupa nak bawa homework Sejarah yang dia buat dengan Nurin last Friday

Mujurlah subjek Sejarah ni sebelum lunch break, sempatlah berkejar ke sekolah time depa rehat pagi, passed the homework to her

 Adik pula tak sihat hari ni. Petang semalam badan dah dedar. Hari ni ke klinik alhamdulillah takde apa yang serius pun. 

Abang okay la kot, takde call pun. Pagi tadi dia exam Hifz. Ummi doakan urusan Abang dipermudahkan 🀲🏻 


Monday, 9 June 2025

Early Dinner @ Nas Bistro Prima SG

Petang Ahad kami bawa anak⁴ jenjalan di Aeon Wangsa Maju. 

Ummi ngan gegirls takde beli apa²... 
Cuma beli barang dapur sikit ... 
The boys beli baju sorang selai.

Walid beli bun selambak! 
Memang perut lama tapi tak nak makan dekat sini. Rushing nak balik sebab Abang ada online class pukul 8 mlm. 

Merasa jugalah jam...  
Ada yang balik dari kampung dah Ahad tu kan...

Sebelum balik rumah, singgah la jugak di Nas Bistro ni. Anak⁴ kami ni dapat makan di kedai mamak pun depa happy tak sangga dah πŸ˜

Abang lama dah 'dendam' nak makan nasi kandaq. 
Angah pun sama, ambik nasi putih juga. Dia lauk ayam goreng la as usual... 
Gegirls dua² order Megi Goreng Telur Mata. Apa yang sedap sangat MG dekat mamak pun tak tau la, asyik² itu je yang depa order

Ummi order Mee Rebus tapi yang sampai ni macam Rojak Mee. Malas nak tanya ngap saja la sebab dah Maghrib dah ni... Plus, sedap haha... kalau tak sedap mungkin komplen kot :p 
Tapi tengok bil tulis MR, betullah tu kot. Mungkin MR depa style gini. Raikan saja.  
Walid order roti bakar je. Tapi tapau Mee Goreng Ayam juga :) 

Mee Rubus la kakak manissss 😁

Sampai rumah, Abang terus on laptop. Then solat pastu berkelas la sampai pukul 10 mlm. 



Alhamdulillah. 














Sunday, 8 June 2025

Cerita Raya Haji Kami

Raya Haji kali ni kami sambut di perantauan, sama seperti kebiasaan tahun² sebelum ni. 

Juadah pagi raya;

Cantik Abang potong lemang 🫰🏻
Regu dengan Rendang Cik Ros. Walid dan Adik macam biasa, lemang cicah dengan susu pekat :) 

Nasi putih, nugget dan Teh Tarik. 

Kek Pisang Coklat by Acik Solehah. 

Solat raya pukul 8 pg on the dot
Berlari² anak Ummi dan gegirls ke surau. Terleka sikit di rumah. Dapatlah juga tempat di saf terakhir. Ini pun melimpah jemaah lelaki dan perempuan sampai ke luar. Abang solat di luar surau, atas kawasan bertar (hampar tikar). Ramai jemaah alhamdulillah. 

"Walid la Ummi"
Excited pulak dia nampak gambar Walid :) 

Balik rumah bancuh air sejuk pula. Cordial mango ni pemberian Cik Tah bulan puasa hari tu.

Lepas bergambar sekejap, Walid dan hero² terus tukar baju. Nak ke surau semula utk ibadah korban. Pisau baru beli, untuk hiris daging. Tahun lepas pun beli juga pisau rasanya. Tahun sebelum tu pun ada rasanya. Pendek kata, setiap kali korban beli pisau baru πŸ˜„

Abang Angah dua² petugas, dapat t-shirt sorang selai. Walid AJK dapat t-shirt collar warna grey. Untuk peserta korban, dapat sekaki payung. 

Selalunya Ummi akan ke surau semula lepas solat raya untuk tengok lembu tapi kali ni malas pula. Rupanya kali ni ada insiden yang tak diingini berlaku. Ada seekor lembu yang dah disembelih tapi belum mati melompat dan berlari ke sana sini hingga ada 2-3 orang cedera. Tak pasti sama ada dilanggar lembu atau terjatuh dalam keadaan panik dan kelam kabut tersebut. Terpaksa dibawa ke hospital juga dengarnya 2 orang yang tercedera tu. 

Dalam.pukul 1130 dah dapat daging/tulang/organ bahagian korban kami. Terus Ummi bersihkan dan rebus dalam PC. Lily nak bawa makcik² dan baby cousin dia datang rumah. Ummi suruh datang lepas Zohor, sempatlah nak masak sup tulang. 

Sambil² tu siapkan meja juga... 
Ketupat Palas frozen Ummi buat raya puasa hari tu. 

Biskut raya Acik Solehah, raih pujian ramai. Memang sedap πŸ‘πŸ» 
Kak Sya sampai snapped gambar nak ambil no fon AS, nak order juga :) 

Untuk tetamu Ummi hidang nasi putih, sup tulang ni dan telur dadar serta cili kicap. Seronok tengok Baby Maryam pun boleh makan sup tu. 

Terima kasih Cik As dan Cik Ana sekeluarga datang beraya. Uncle Apai katanya dah sampai depan rumah, tapi tak tekan loceng atau bagi salam, tahu² dah balik :( 
Rupanya dia ada  call Walid tapi Walid sibuk uruskan korban memang tak pegang phone la kan... Takde rezeki nak jumpa. 

Semoga Allah luaskan rezeki kita semua untuk laksanakan ibadah korban setiap tahun hendaknya aamin 🀲🏻