Showing posts with label Kampar. Show all posts
Showing posts with label Kampar. Show all posts

Wednesday, 26 January 2022

Kampar Boutique Hotel (Kampar Sentral)

Kampar Boutique Hotel ni ada dua, satu di pekan lama dan lagi satu di pekan baru (Bandar Baru Kampar). Mula tu kami booked yang di pekan lama. Sehari sebelum check in, kami dimaklumkan family room yang kami booked ada unexpected problem regards to its floor. 

Jadi kami tukar ke Kampar Boutique Hotel berhadapan Kampar Sentral yang terletak di jalan utama. Easy access. 

Kami pilih triplets room (RM149- direct booking). 

Bilik agak sempit tapi oklah sekadar untuk berehat dan tidur semalam. 

Nak ambil gambar penuh memang tak boleh, sebab biliknya memanjang dan sempit hihi .. 

Lantai cantik 😍

Bilik air agak besar. Air  shower laju, best! 

Lobi...

Hotel ni ada lift, tapi kecik .. kami 6 beranak pun kena 2 trip. Masa check out, punyalah lama tunggu lift, kami angkut luggage bags turun tangga je. Keluar pintu, tengok-tengok kat bahagian belakang hotel. Macam nak lari tak nak bayar sewa je 😂😂😂

Secara keseluruhan, hotel ni OK. Hotel baru, rasa selesa w/pun bilik agak kecil. Mungkin kalau dapat family room (hari tu fully booked) lebih selesa untuk kami berenam. 

Kampar Boutique Hotel (Kampar Sentral)
No 23,25 & 27 Laluan Batu Sinar 2 
Kampar Sentral 
31900 Kampar 
Perak Darul Ridzuan


Wednesday, 19 January 2022

Maze Park @ TT5, Tg Tualang, Perak

Walaupun TT5 tu sangat menarik untuk dilawati, tapi mungkin tak sesuai untuk bawa babies/toddlers. Selain safety reason (tiada pagar keselamatan),  keadaan atas kapal korek tu panas, takde kipas angin apatah lagi penghawa dingin :D Kena pula pakai safety helmet tu kan ... 

Jadi, Ummi cadangkan bawa saja anak2 ke Maze Park bersebelahan TT5 ni... Kalau tak nak masuk TT5 dan nak ke Maze Park saja pun boleh. 


Maze Park atau Taman Sesat ni memang menyesatkan! 

Yang kat luar ni ok, tak sesat (Insha Allah) sebab pokok kenek-kenek je. Boleh nampak kepala lagi haha ... 

The whole park... Heart shaped! 

Ini bahagian luar... Banyak spots and  props yang Instagram-able dalam ni... 

Lawa! 

Rasa macam dekat overseas pun iye :D 

Kambing jinak-jinak pun ada hihi ... Rabbit pun ada dalam Bunny Maze tapi semua tengah berehat/tidur.. Panas terik time ni..  

Sekarang kita tengok apa ada kat dalam tu ...

Stone Maze... 
Lawa sangat!
Batu tinggi memang tak nampak bahagian luar. Sesat kami dalam ni adoi... 

Jumpa post boxes pelbagai negara .. 

Pusing-pusing jumpa tempat ala-ala enchanted garden giteww...

Batu-batu hasil bumi... Ada kuarza, bijih besi, granit dsbnya .. emas depa tak pamerkan pula :p 
  
Jumpa terowong... Cuak juga nak masuk sebab budak-budak group depan kami tu kejap-kejap "ular... siput... ulat gonggok..." semua depa sebut, bergurau sesama sendiri je tapi kita pula yang cuak sebab dalam tu gelap, dek rimbunan pokok-pokok. 

Akhirnya nampak cahaya di hujung terowong ahaks

At Recycle Maze..

Teringat Pua Chu Kang...tiber 😂😂😂

Lastly, Muraya Maze ... Kakak lead, sesatlah, apa lagi 😂 Masa ni dalam pukul 12 kot, tengah panas terik. Boleh pulak sesat huhu ... 

Bila dah keluar dari sini, haruslah haus kan ... 

The Can Tin ni depan tadi... Singgah beli aiskrim dan Coke... 

Sebelum balik, bagi makan ikan dulu. . 

 Lawa sangat view 😍

Kalau tak kerana janji dengan Kak Ah, boleh berlama-lama di sini. Tempat ni dibuka jam 9 pagi hingga 6 petang. Bolehlah plan dulu waktu yang sesuai untuk datang. Kami hari tu main terjah je :) Apapun, sangat seronok berada di sini. Maze Park ni terjaga, bersih dan cantik serta ada pelbagai tarikan yang mengujakan. Sesuai untuk seisi keluarga. 





Tuesday, 18 January 2022

Melawat Kapal Korek Tg Tualang No 5 aka TT5

Perjalanan dari Batu Gajah ke Kampar melalui jalan dalam akan menemukan kita dengan tempat tarikan pelancong yang dikenali sebagai Kapal Korek Tg Tualang No 5 (Tg Tualang Tindredge No 5) aka TT5. 

Dah lama tahu kewujudan Kapal Korek Tg Tualang ni tapi tak terfikir pun nak melawat ke sini. Adalah sesekali nampak signboard-nya bila ke Ipoh atau Lumut. Ingatkan jauh ke dalam sangat... Rupanya boleh nampak dari tepi jalan je...

Jalan belakang tu lah main road ke Kampar, Gopeng, Malim Nawar.. . 

Jadinya kami tak lepaskan peluang untuk tengok kapal korek ni. Ingatkan sekadar tengok dari luar, rupanya boleh naik atas kapal korek ni! Ada guided tour lagi... 

Harga tiket. 

Selain TT5, kita juga boleh melawat Maze Park yang terletak bersebelahan TT5. Kami beli tiket kombo; 3 dewasa + 3 kanak-kanak. Dapat sekali 4 keping postcard dan 3 bungkus makanan ikan. Dalam lombong ni banyak ikan 

Sementara Walid beli tiket, kami tinjau galeri dulu...

Inilah bijih timah! 

Opah-opah kita dulu mendulang biji timah guna dulang kayu ... Macam kat bawah ni...

British mai terus bawak kapal korek sebesar alam...

TT5 ni saiz M (sederhana), ada lagi kapal korek lebih besar darinya. Lagi banyak bijih, lagi besar kapal korek ditempatkan di situ. Habis hasil bumi kita depa angkut balik negara depa 😬

Menurut En Amir, tourist guide kami TT5 ni ialah kapal korek ke-5 dibawa masuk ke negara kita, dari 115 kesemuanya. Sebab tu dipanggil TT5. Tempat pemasangannya di Gopeng. Bila harga bijih timah jatuh sekitar tahun 1982, semua kapal korek ni dijual atau dipindahkan ke luar negara dan ada juga dijual sebagai besi buruk. TT5 juga hampir dijual tetapi Sultan Perak ketika itu mengusulkan agar disimpan dan dijadikan sebagai muzium/tempat lawatan untuk generasi akan datang. Sekarang TT5 dijaga oleh MBInc, anak syarikat kerajaan negeri Perak. 

Satu lagi kapal korek yang tinggal di Malaysia ialah TT2 di Dengkil. Tapi, khabarnya ia dibiarkan begitu sahaja. Tempat orang merakam aktiviti paranormal katanya. 

Basket pengorek bijih ni berat 2 tan sebiji. Senang-senang boleh dapat 2000 ringgit kalau jual di kedai besi buruk, kata En Amir  :D 
Besi padu tu... 

Setiap pelawat wajib pakai topi keselamatan. TT5 ni dah berusia lebih 80 tahun. Ianya bukan replika tapi kapal asal jadi struktur kapal ada yang dah berkarat, berlubang, crack dsbnya. Dari 3-4 tingkat, hanya ground floor dibuka untuk pelawat. Walaupun usang dan rustic, tapi nampak kukuh sebab komponen kapal semuanya dari besi padu. Tapi, hari demi hari tetap ianya dimamah usia. Kata En Amir, satu hari nanti TT5 pasti tak dapat berkhidmat lagi :( 

Tongkang yang digunakan untuk mengangkut pekerja dan bijih suatu ketika dulu. Jambatan besi tu dibina untuk kemudahan pelancong. Dulu-dulu takde .. 

Group kami ada 20-25 orang. Ada 2 keluarga Melayu termasuk kami dan selebihnya kaum Cina. Maknanya mereka pun mahu melihat tinggalan sejarah nenek moyang mereka. Pekerja lombong ni dulu terdiri dalam pelbagai kaum. Mula-mula ketuanya orang Inggeris tapi lama-lama jawatan supervisor diberi kepada orang tempatan. 

Kapal korek ni bising bila bekerja. Jadi, untuk panggil pekerja meeting, kena pukul gendang besi ni... Ada 80 orang pekerja yang bekerja secara shift

Bilik Kapten kapal. Anything went wrong, dia jerit je dari atas tu .. Ada berlaku beberapa insiden termasuk melibatkan kemalangan jiwa. Kapal korek ni ibaratnya macam kilang juga... Masa tu pula semuanya dibuat secara manual, more prone to injury/negligence etc ...

Meja & bangku tu yang asal katanya... Tempat makan pekerja. Depa bawa bekal dari rumah sebab sepanjang bekerja +-8 jam/shift depa duduk atas kapal sahaja. Tandas? Ada kat hujung kapal, dinding besi gitu je. 

Yang menjulur ke depan itulah 'longkang', membawa segala bahan; pasir, tanah yang telah diasingkan dari bijih, emas dsbnya. Kadang-kadang dapat juga emas di sini.

Railing asal (warna kuning) masih dikekalkan w/pun ada cadangan untuk letak rail yang lebih kids friendly. Sebabnya nak kekalkan keaslian struktur kapal. Jadi, parents kena extra careful bila bawa anak-anak. Takut tergelincir ke dalam lombong! 

TT5 ditemukan di lombong sebelah. Kemudian ditunda ke tempat sekarang dan ditambak semula tanah sekelilingnya. Yang kuning di seberang sana tu water pump. Setiap hari air dipam dari lombong sebelah untuk memastikan paras air mencukupi untuk TT5 terapung. 

Pontoon ni yang pastikan kapal korek ni kekal terapung. 

Tempat pengumpulan bijih/emas. Bila dah penuh, depa sangkut pada tali besi, angkat ke atas dan lalu thru rail merah tu then masukkan ke dalam tongkang yang menunggu di kiti kanan kapal. Ummi rasa tongkang lebih besar dari gambar atas tadi tu, sebab sekali bawa keluar tu bertan-tan juga. Nanti tenggelam pula tongkangnya kan? Pekerja yang keluar masuk bilik ni kena body inspection, takut sorok bijih/emas dalam baju/seluar. Benda berhargakan... 

Panjang lebar Ummi bercerita, cukuplah kan... Banyak lagi cerita menarik di sini. Kala nak tahu, kenalah datang 😉 Tour ni selama 1 jam, memang puashati sangat. Tak terasa pun masa berlalu sebab seronok dengan cerita En Amir. Pengalaman baru, pengetahuan baru itu yang jadi seronok 


Tanda kenangan; T-shirt, fridge magnet dan postcard. 

Next episode, kita ke Maze Park pulak ye :)