Memaparkan catatan dengan label Taklimat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Taklimat. Papar semua catatan

Ahad, 30 Oktober 2022

Selia Bantu Program TS25 SK. Penagatan Oleh En. Imran

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua

Bertemu kembali, kali ini admin hendak paparkan satu peristiwa yang sangat penting di sekolah kami. Peristiwa ini ialah kehadiran pemantauan dan selia bantu Program TS2 Sekolah kebangsaan Penagatan dan SIP Plus, iaitu En. Imran dari PPD Keningau. 

Kehadirannya sangat ditunggu-tunggu terutamanya En. Johny makajian @ Abdul Karin Bin Abdul Rahsid yang merupakan Guru Besar baru sekolah. Kehadirannya ditunggu atas keperluan sekolah ini memerlukan infor mengenai perlaksanaan PTS25. Pasti sekolah inginkan bimbingan dari pegawai atasan yang berpengalaman dan memang ada kepakaran dalam perlaksanaan Program TS25 di sekolah.

En. Imran berbaju koprat putih KPM sedang memberikan infor kepada GB
sekolah bersama dengan barisan Pentadbiran yang lain.

Antara yang hadir sesi selia bantu ini ialah Guru Besar sekolah, En. Zahir ( PK 1) En. Hendrie ( PK Hem ) Puan Masrinah ( PK KOKUM ) dan Puan Josey ( Setiausaha utama dan Penyelaras Program TS25). Addmin hanya berperanan mengambil gambar dan menyediakan bilik Pusat Sumber sebagai tempat bilik perbincangan antara mereka.

Apa yang addmin fahami ialah PTS25 ini merupakan satu angka panjang sebagai peluang kepada pihak sekolah membuat TRANSFORMASI (perubahan ) yang luar biasa. Terutama dalam mengusakan kecemerlangan murid kemenjadian murid serta menjadikan sesebuah sekolah itu menjadi pusat penyerahan ilmu atau pentaulihan ilmu kepada murid yang selamat, ceria dan kondusif. Sekolah hendaklah berjaya mencapai hasrat piawaian Kandungan Program TS25 secara menyeluruh. Pastinya peranan guru akan mendukung hasrat utama TS25 iaitu menekankan Transformasi hebat dalam PdP.

Setiausaha yang berbaju purple sedang mencatat maklumat 
dari En. Imran.




 

Jumaat, 10 Disember 2021

Taklimat Khas Sesi Persediaan Persekolahan 2022

 Taklimat Khas Sesi Persediaan Persekolahan  2022

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Selamat malam, bertemu lagi dalam paparan blog Mekar Pendidikan SK. Penagatan, Keningau. Kali ini laporan secara ringkas bergambar hasil dapatan dalam sesi Taklimat Khas Sesi Persediaan menjelang pembukaan sekolah pada Januari 2022.

Taklimat di pengerusikan oleh PK 1 En. Mohd Zahir Bin Baharom pada 10.12.2022  yang bertempat di Makmal ICT. Alhamdulillah kerana taklimat ini selesai dengan lancar hasil kerjasama kehadiran penuh oleh warga sekolah.

PK 1 Sedang mempengerusikan taklimat 

Guru Besar sekolah sedang memberikan taklimat
kepada semua guru.

Ingatan Mesra Kepada Semua Warga Guru SK.Penagatan, Keningau.

En. Karim Abdul Rahsid selaku Guru Besar sekolah serta Penolong Kanan 1 mengingatkan agar semua warga guru dapat membuat persediaan persekolahan menjelang tahun 2022. Beberapa perkara yang tekan oleh Guru Besar ialah:-

1. Aspek kehadiran pada awal pagi sebelum 7.20 minit pagi, semua warga guru telah berada di sekolah.
2.Mengemaskinikan Rancangan Pengajaran Harian dan disemak oleh pentadbir.
3.Kepada semua guru tahun 6, sila sempurnakan Kursus Semakan KSSR 2017 hingga 20.12.2021.
4.Menyediakan soalan secara sumatif atau formatif  sebagai Ujian PBD akhir tahun.
5. Mempastikan penilaian PBD telus dan perlu sediakan borang penjaminan TP yang telah diberi kepada murid.
6.Perbaiki kehadiran ke sekolah dan kehadiran mengajar di kelas. Sebolehnya hendaklah menepati masa dan elakkan terlambat jika tiada masalah yang serius.
7. Menyemak semula SKPMG2 agar dapat disahkan oleh Guru Besar.
8. Menceriakan bilik guru dan bilik - bilik khas.
9.CRK iaitu cuti rehat khas hendaklah di pohon dahulu baru di luluskan mengikut keperluan sebenar dan bukan sewenangnya mengambil CRK tersebut.

Doa disampaikan oleh Ustaz Norisam 

PK HEM En.Hendry Yamurong

Guru-guru yang hadir.

Suasana di Makmal ICT 
Guru-guru semua sudah bersedia
mendengar taklimat penting.

Informasi Terkini Pemulihan Khas 

Cikgu Moita Inggit, guru Pemulihan Khas sekolah memaklumkan bahawa usaha berterusan pada aspek seperti murid bermasalah pembelajaran dan kategori OKU diambil serius. 

Cikgu Moita memaklumkan akan memberi infor dari masa ke semasa tentang perkembangan murid di Pemulihan Khas.

Cg Moita juga memaklumkan ada kemajuan murid pemulihan kini  menguasa mengenal huruf dan membaca seperti murid di 1C bernama Christella Agustin, murid ini menunjukkan perkembangan yang baik katanya.

Perkara lain yang ditimbulkan

1.PKHem meminta guru tahun 6 membantu murid dan ibubapa bagi mengisi borang online permohonan ke sekolah kawalan atau ke tingkatan 1 tahun 2022.
2.Pakaian batik yang baru harus semua guru mengambil agar seragam dan gambar tidak timbul pakaian yang tidak sama.Urusan pakaian batik baru di amanahkan kepada Cg.Siti Aminah Harun.
3.Guru Perpustakaan & Media memohon agar di beri jadual ganti dalam kadar satu atau dua kali seminggu bagi mengganti guru yang mengambil cuti atau berkursus.
4.GPM meminta agar diberi teguran serta beri ingatan untuk mengurus PSS sekolah oleh pentadbir. GPM mengharap agar teguran itu nanti  dapat memberikan semangat yang berguna untuk terus menjadikan PSS tidak luntur kefungsiannya di sekolah,walaupun perkhidmatan PSS di hadkan buat masa kini akibat pendemik Covid-19.
5.Guru Besar memberi ingatan agar apa juga program yang hendak di buat di sekolah harus dibincangkan dahulu. Dan memberi nasihat agar bekerja mengikut daya dan kemampuan masing-masing.