Selasa, 25 November 2025

Tahniah 3 Murid SK.Penagatan, Keningau,Pecah Rekod NILAM AINS ONLINE 2025

Senarai nama murid online AIS NILAM 2025, seramai 22 orang.

Tahniah 3 Murid SK. Penagatan, Keningau Pecah Rekod Ains NiLAM Online.

25.11.2025 bersamaan hari Selasa jam 2.13 pagi rekod catatan di laman blog Mekar Pendidikan SK.Penagatan Mamabang telah kemaskini dengan catatan rekod terbaik 3 orang murid SK.Penagatan yang berjaya mendapat Bintang di Protal NILAM AINS Online 2025.

Tahniah dan syabas kepada murid terbaik Ains NILAM Online tahun 2025 iaitu:

1. Anis Nabila Binti Nasrul ( tahap 2) mencapai 2 Bintang dengan pencapaian rekod sebanyak 776 mata dengan rekod Buku Online sebanyak 290 rekod.

2. Abdul Rahman Bin Nasrul ( tahap 2) mencapai 1 bintang dengan pencapaian rekod 191 rekod dan mencapai mata terkumpul sebanyak 373 mata.

3.Afia Arinah Binti Nasrul ( Tahap 1) mencapai 1 bintang dengan pencapain rekod 147 dan mendapat 147 mata terkumpul.

Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha mereka ini tanpa jemu dan putus asa. Tahniah juga kepada 19 murid lain yang telah berjaya membuat rekod data bacaan buku secara online di portal AINS Kementerian Pendidikan Malaysia.

Peratus data AIS Rekod NILAM Online sebanyak 862 diluluskan

Anis Nabila Binti Nasrul telah memecahkan rekod NILAM AINS
2025 dengan pencapaian 2 Bintang

Abdul Rahman dengan 1 bintang 373 mata terkumpul

Afia Arinah dengan 1 bintang pungutan mata 175

Rabu, 19 November 2025

Pengisian Aktiviti Hujung Tahun 2025, Peringkat Sekolah.

Jadual  bermula 27.10.2025 Hingga Cuti Sekolah pada 20.11-2025

Semoga Semua Aktiviti Yang Rancang Berjaya Dijalankan.

Sekolah Kebangsaan Penagatan, Keningau tahun 2025, telah digubal dan diselaraskan berbagai aktiviti pengisian sepanjang minggu terakhir persekolahan hingga 20.12.2025. Jadual ini diselarkan oleh guru jadiual waktu iaitu Puan JoseyA.

Program minggu ini adalah aktiviti latihan senamrobik serta pelbagai latihan persembahan sempena menjelang Hari Anigerah. Program Anugerah Nilam dan Program Hari Kanak-Kanak bakal di adakan pada minggu hadapan sebagai pengisian aktiviti minggu hadapan.Semoga aktiviti tersebut lancar dan berjaya dilaksanakan dengan sokongan semua kru guru mengajar dan kakitangan sokongan dan pembersihan.

Majlis Anugerah NILAM sesi 2025


Informasi tentang kepulangan murid bermula 18.Nov 2025

 


Ucapan khas warga guru kepada kaum Adam kaum Lelaki.

Program Hari Kanak-Kanak Baka dilangsungkan nanti.

Jumaat, 12 September 2025

Hari Bertemu Waris Bil 1, 2025 Peringkat SK.Penagatan, Keningau.

Hebahan Jemputan Hari Bertemu Waris 
pada 12 sepetember 2025 ( Jumaat )


Jumaat bersamaan 12 Sept.2025, Sekolah Kebangsaan Penagatan,Keningau mengadakan program Hari Bertemu Waris Bil 1, Tahun 2025. Ramai ibubapa atau waris seawal pagi pada jam 7.30 pagi sudah bersedia untuk datang melihat prestasi Tahap Penguasaan ( TP ) pencapaian anak dalam semua subjek. 

Gambar yang diambil ini adalah dokumen laporan program Hari Bertemu Waris bil 1 dan atas arahan ketua pentadbir. Gambar diambil oleh Guru Perpustakaan & Media.

Di kalangan muid juga kedengaran mereka berbual tentang markah pengusaan mata pelajaran masing=masing. Bermakna Program Hari Bertemu Waris di setiap sekolah adalah program yang mengujakan mereka kerana program ini ibubapa akan diberi salinan keputusan tahap penguasaan anak dalam semua mata pelajaran. Murid yang mendapat TP 3,4,5,dan TP 6 diucapkan setinggi-tinggi tahniah dan murid yang mendapat TP rendah dalam beberapa mata pelajaran diharapkan agar rajin ulang kaji di rumah dan membuat sedikit kajian kenapa masih berada di TP rendah.  

Kelas Tahun 6 Cerdik

Kelas Tahun 2 Cerdik

Kelas Tahun 3 Bijak

Kelas tahun 4 Bijak

Kelas Tahun 6 Bijak

Kelas Tahun 5 Bijak

Ibubapa menunggu giliran bersemuka dengan guru kelas di 3 Bijak

Kelas Tahun 4 Bijak

Kelas Tahun 1 Cerdik

Kelas Tahun 1 Bijak

Kelas Tahun 3 Cerdik

Kelas Tahun 5 Cerdik

Kelas Tahun 2 Bijak

Gembira mendapat TP Tinggi dalam semua mata pelajaran, Ariq dan Ivvan


Selasa, 9 September 2025

Hasil Karya Murid Sempena Program Bulan Kebangsaan 2025.


3 September 2025 bersamaan hari Rabu, merupakan hari diadakan Majlis Perasmian dan penutupan Program Bulan Kebangsaan peringkat Sekolah Kebangsaan Penagatan, Keningau tahun ini. Diadakan dengan penuh kemeriahan, keriangan dan warna warni termasuk pakaian busana yang diperagakan oleh murid, warga guru dan komuniti ibubapa.

Ustaz Ismadi Bin Bachok menjadi Pegawai Perasmi majlis ini selaku juga sebagai YDP PIBG sekolah tahun ini. Gimik perasmian juga dilakukan oleh YDP PIBG dan kerjasamna Timbalan Pengerusi PIBGU En. Adnan dan Guru Penolong Kanan. Memang meriah sambutan kali ini. Di ucapkan tahniah kepada semua. Semoga usaha ini dapat di teruskan pada tahun depan dan akan datang.

Program Bulan Kebangsaan telah memberi peluang kepada murid menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Panita mata pelajaran. Mari saksikan beberapa gambar pameran aktiviti murid yang sangat seni, kreatif dan inovasi. 










Happy Kemerdekaan & Keriangan dan kegembiraan di Bumi Bertuah Tanah Air Tercinta. Gambar kenangan tiga orang guru ceria semasa program ini.




Rabu, 27 Ogos 2025

" Bring Back Oldies Memory" Anjuran Panitia PJK Program Bulan Kebangsaan 2025.

 

Rabu, 27.08.2025 bertempat di padang SK. Penagatan dan di Dewan terbuka sekolah diadakan sukaneka  tradisional yang dianjurkan oleh Panita Pendidikan Jasmani Kesihatan yang di ketua oleh Cikgu Josey A selaku Ketua Panitia PJK sekolah tahun 2025.

Semua warga seronok menyaksikan penglibatan semua murid tahap 1 dan tahap 2.

Julung kalinya diadakan Program Kebangsaan di setiap sekolah dan termasuk SK.Penagatan, Keningau. Semua pantia mata pelajaran diperlukan untuk menganjur aktiviti sebagai pengisian sebaik program ini dilancarkan.

Penglibatan semua staff sekolah dan komuniti murid tahap 1 dan tahap 2 serta PraSekolah amat digalakkan demi menjayakan sukaneka  Pancing Botol, Isi air dalam baldi,boling kelapa dan pusaran bumi. Murid juga dapat menyaksikan aksi kawan-kawan mereka bertanding sesama secara sihat. Walaupun acar sukaneka mencabar kebolehan mereka dan kemahiran mereka  yakni peserta tetap melaksanakan misi mereka agar pasukan menjadi juara dan pemenang setiap kategori sukaneka.

Penyelaras Program Bulan Kebangsaan ini amat berterima kasih kepada semua Pantia Mata Pelajaran kerana dapat menjayakan apa juga yang dirancang sempena Bulan Kemerdekaan ini. Ajk yang dilantik serta Guru Pelatih diucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Kerjasama yang diberikan amat dihargai.

 Gabungan Pengacara Hebat Menjayakan Sukaneka Ini.

Gabungan pengacara yang hebat seperti Cikgu Josey sendiri, Cg, Davina dan Cikgu Rissa diucapkan terima kasih atas kejayaan mengacara sebagai pemudah dalam menjayakan SUKANEKA yang menarik minat murid menyertainya. Ada banyak lagi sebenarnya aktiviti yang tidak kurang menarik seperti Senamrobik yang di adakan di Dewan terbuka yang di ketuai oleh Cigu Piah sebagai pengacaranya. Syabas dan tahniah semua. Majulah sukan untuk negara. Sukaneka bermula pada jam 7.40 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Jumpa lagi di artikal lain.

Muridbersedia diberi taklimat oleh pengacara Sukaneka di padang sekolah

Guru kelas memberi semangat dan mengatur peserta mengikut kelas masing-masing.

Acara tahap 1 dan Prasekolah, mengisi air dalam baldi, mendapat sorakan hangat

Menyaksikan semua acara Sukaneka hari ini.

Memberikan semangat kepada peserta menyudahkan aktiviti..

Cikgu Davina salah seorang pengacara program sukaneka ini

Gabungan tenaga yang mantap, pengacara dan guru kelas 1C

Happy menjayakan Sukaneka ini..

Murid tahun 6 turut memberikan sumbangan bakti untuk bertugas bersama.

Sukaneka Pusaran Bumi..

Sukaneka mengisi air dalam botol

Tersenyum guru pelatih dari IPGM Kampus Keningau

Tersenyum menyaksikan sukaneka ini berlangsung

Acara sukaneka memancing botol..

Cikgu Jeramah tunjuk cara memancuing botol

Guru pelatih lelaki dari IPGM Keningau.


Vedio senamerobic hari ini 28.08.2025